Monday, August 1, 2011

Sahur Selasa

sempena hari Isnin bulan kedelapan tahun 2011,
dimana kita sebagai umat Islam sudahpun bermula untuk menjalani tuntutan ke tiga rukun Islam,
iaitu berpuasa di bulan ini iaitu Ramadhan..

kebanyakkan hari-hari Isnin didalam Sejarah bersangkut paut dengan kata kunci "Perintah".
sebagai contoh: Nabi Allah Idris alaihissalam naik kelangit, pun pada hari ini, Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina, Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT, Muhammad Ibni Abdullah lahir dan wafat serta berbagai lagi lah contoh-contoh dari buku kita dapat ambil sebagai rujukkan dan renungan akan hari ini.

bila disebut "Perintah" ia pastinya datang dari titah, titah yang hanya sumber usul nya datang dari Tuhan Ya Azim/ Agung.
dalam pengamalan kita pula, oleh kerana nasib kita pilih selalunya lebih jauh dari itu kita akan sekadar merenung pada apa sudah terjadi daripada menyedari apa sedang terjadi atau bakal terjadi nanti.
tugas atau assignment diterima dari para Anbia, Salafus saleh suatu ketika dahulu tidak dapat kita nafikan bahawa tugas itu sememangnya yang sangat berat dan teramat tinggi kerjanya,
jika Adam diperintahkan turun ke bhumi diatas kesalahan mereka lakukan, Idris diperintahkan naik kelangit..melihat kecanggihan teknologi hari ini, maseh lah jauh dari boleh bagi satu orang manusia untuk naik ke langit..Nasa perlukan baju khas Astronaut bagi memerlihara tubuh dari terkena terik radiasi atau pencahayaan sinaran UV sebagai contoh dari beratus kemungkinan lain yang tidak di "filter" lagi oleh Ozone kerana para "angkasawan" kononnya sudah berada diluar dari Dunia.

sementara mengenali Hikmah penjelajahan kecil mereka dalam mengkaji alam semesta, kita sudah difahamkan melalui doktrin-doktrin orang kafir di zaman persekolahan dahulu rupa kehidupan serta sistem cakrawala berfungsi dan apa isi setiap planet yang ada dan sebagainya..soalannya tetaplah "dimana LANGIT?"

adakah ruang kosong yang berisi gas, bintang-bintang, planet itu LANGIT?

andai orang dahulu ramai berpendapat bahawa lapisan LANGIT adalah pantulan pada BHUMI iaitu 7 juga, makanya adakah Nasa sudahpun menyelongkar Lapisan LANGIT yang Tujuh sepertimana yang diwartakan melalui peristiwa Isra' Mi'raj Rasulullah dahulu?

ambe dengan penuh sombong mendakwa apa mereka lakukan itu maseh lah suatu ke"pandai"an andaian semata-mata kerana telah berjaya menyingkap berbagai kebodohan berlaku berdasarkan persoalan-persoalan lain yang pasti akan timbul.
sedangkan kisah Nabi maseh di luar logika zaman ini malah..
dan ambe tak hairan jikalau ramai umat yang mengaku Agamanya sama, sudah was-was kerana begitu ramailah Ulama yang sekadar membiarkan mereka ini tertanya-tanya lantas membina berhala andaian sendiri yang kemudian diberi nama "Iman" agar mereka halakan ia sebagai sumber kepercayaan.

asal kita tanya ustaz aja, mesti dia berikan indikasi "kena percayalah..kita Islam" dan titik.

belum dan jarang dari kita dengar ada "al-fadhil, syeikh atau al-ustaz" merelevant-kan soal Hakikat. sedangkan banyak soal Hakikat diguna pakai pada teknologi hari ini,
sepertimana selalunya ambe kongsikan pada orang ramai yang pernah datang pada ambe, soal telekomunikasi sememangnya diluar dari fikiran kita untuk menjangkakan.
dari Sejarah sekolah kebodohan kita pelajari dahulu (agar kita Had kan fikiran jadi lebih sempit), Alexander Graham Bell mencipta telephone pertama didunia, dari menggunakan dua corong yang diikat guna tali disetiap hujungnya, teori getaran yang membawa suara tersebut boleh disampaikan dari point A ke point B dari suatu jarak yang jauh.. sebelum itu ada orang puteh lain pula sudah menciptakan satu kaedah tele(suara) phone(jauh) iaitu melalui Antonio Meucci-Charles Borseul-Johan Phillip Reis-Elisha Gray hinggalah Graham Bell. dalam sejarah itu pun kita dah tak tahu menahu, bukanlah kerana kita "mangsa" ajaran bodoh, namun kerana pemikiran sejak dari sekolah sudah kita di hadkan melalui istilah percatuan silibus atau module..

dan setelah kemudiannya wayar atau cable di gunakan, elektrik dipakai bagi memperkuatkan getaran agar jelas sampai ke suatu jarak yang sedikit lebih jauh dari rumah A ke rumah B. alat yang mempunyai dua salur, satu adalah tempat mendengar dan satu dibawah tempat bersuara. putaran nombor atau dial ke atas nombor tertentu memperbolehkan rumah A menghubungi rumah R sebagai contoh diatas keinginan kita.

yang mengassume kan akal kita ia logic kerana ia ada gelombang tertentu, frekuensi getaran tertentu sepertimana station radio yang menggunakan frekuensi tertentu untuk mendapat siaran tertentu dan alasan bagi kita adalah kerana adanya pemancar dan satelit yang memantulkan gelombang tersebut.

soalan ambe disini apakah getaran? gelombang? frekuensi? yang masing-masing bergantung pada sempadan tertentu agar punya coverage network. tapi dihujung akar segala soalan itu apakah mungkin ini berlaku begitu sahaja tanpa penjanaan tenaga?

kita bercakap melalui corong paper cup yang bertali, tali tersebut yang tlah diikat dengan paper cup lain dihujung sana membawa getaran bunyi yang kita hasilkan dengan berkesan sekali bila ia menegang dan berkurangan bila ia mengendur..

apa itu tenaga?

yang menyala dan menghasilkan haba dan mengumpul hawa agar diterbitkan satu bentuk tenaga statik berdasarkan penggeselan atau apa-apa kaedah lain..bukan kah itu bukti kewujudan Jin sepertimana disampaikan melalui Hadis dan Quran sendiri kejadian Jin itu dari lidahnya Api?

dimanalah logic nya telephone bimbit hari ini kita guna pakai jika dahulu kita boleh lagi terima kenyataan kerana ia maseh berwayar?
bagaimana dengan coding ayat-ayat penulisan dalam kaedah SMS hari ini? apa Huruf yang kita tekan itu berbunyi sepertimana kita bercakap dan bersuara?

atau perubahan drastic PC dari zaman awal penciptaan Computer hingga ke Computer Riba laptop yang mampu ber broadband, atau ber wifi untuk kita saling berhubungan diatas rangkaian Internet. melalui apa logic kita boleh guna pakaikan tanpa ada tenaga?

dan bilamana ungkapan tenaga yang keluar dari pernyataan orang seperti ambe cuba relevantkan dengan Jin yang sudah wujud dari awal sebelum kita sendiri muncul di Dunia, dianggap salah dan pelik. sedangkan anda itu yang pelik dari ambe, kerana tidak berani mengasah fikiran agar lebih tajam merobek hijab logica yang orang-orang kafir sendiri ingin kita percaya dan yakinkan.

..percaya ataupun tidak, inilah lumpur yang tlah dari kita dihijabkan, dihitamkan dahi-dahi keyakinan dengan tidak lagi yakin dengan kewujudan Ghaib, sedangkan dalam diam kita sendiri tlah menjejakkan kaki nyata kita didalam alam maya dan ghaib ini.. Apa semua hal Ghaib itu harus menakutkan?
anda takut bila anda tidak diberi peluang untuk mengerti, bagaimana jika anda bawa orang asli pedalaman ke rumah anda kemudian menyuruh mereka membuka PC anda dan online. mereka terkejut dan takut kerana pendedahan itu mereka tidak dapati didalam pedalaman, "teknologi" bagi mereka itu adalah hal asing oleh kerana mereka diasingkan.

ada bertanya pada ambe, mengapa kita takut pada gelap?
jawapannya senang, kerana kita sudah didedahkan dengan cahaya yang terang begitu banyak. hingga kita sudah bersedia mengadaptasikan kenyataan dari kelam kehidupan, sedangkan yang mengimbangi kehidupan itu adalah dengan adanya gelap dan terang.
anda sebagai diri anda yang berdiri pasti ada bayang yang tak pernah terpisah. siapa bayang itu? bukankah ia juga raut diri anda sendiri? bagaimana anda melihat? bukankah dengan iris mata yang gelap warnanya,ambe tak pernah pula dengar atau tahu ada orang melihat gunakan mata puteh yang ada disekeliling bebola matanya.

manakala merelevantkan perihal kewujudan Jin, pada masa sama anda sudah mulai membuka mata hijab anda didalam usaha mengerti siapalah "Malaikat"..
makhluk Allah yang sangat taat, begitu taat diri mereka dijadikan.

Jibrail dariantara Malaikat yang ditugaskan menjadi penyampai wahyu atau khabar Allah kepada pilihanNya hingga terbitlah Quran dan Hadist sebagai antara Dalil kewujudan Malaikat, pada pemahaman ambe lah.

kita ndak kata Nabi yang sengaja reka, baginda pun Buta Huruf.
kita ndak kata Muhammad Bin Abdullah seorang yang low profile namun sebenarnya well educated, keluarganya susah belaka jikalau ndak banding dengan Musa Alaihissalam yang sememangnya kaya raya Ayah tirinya.

dari mana datangnya Wahyu atau Firman yang diertikan seperti Ilham ataupun Cetusan dari Fikiran Akal dan Rasa Hati?

seperti kita memperakui Syaitan itu dalang bagi kejahatan, seperti itulah antara logical sebenar tujuan mengapa Malaikat ada, kerana tiap Malaikat yang dituntut bagi kita agar percaya itu ada tugas serta peranan masing-masing. Pokok pangkal segalanya adalah demi memerlihara sunatullah dalam mengamalkan sunatullah yang tersedia ada tercipta sudah.
Dari langit ada beribuan bahkan jutaan cahaya yang terang memerlihara akan amanat peredaran Matahari, Bintang, Bulan serta sebagainya makhluk dilangit, di bhumi apa kurangnya yang kita ketahui seperti Rahmat yang menurunkan rezeki, Jibrail bertugas seakan-akan "postmen" atau pengutus khabar dari Tuhan kepada HambaNya, Maut menyentap roh dan mematikan nyawa seseorang, Raqib dan Atib seperti "kerani" yang mencatit baik-buruk laku seseorang dan sebagainya..

andai kita letakkan Syaitan itu ibarat Majikan Iblis dalam usaha menyebarkan utusan kejahatan, Malaikat ibarat para pekerja Tuhan yang menyampaikan utusan yang sebaliknya. yang melaksanakannya berdasarkan Pilihan itu tetaplah Manusia dan Jin.
Jika jahatlah ia, maka Dajjal itulah contoh tauladan jahatnya kita..jika baiklah ia, Rasulullah serta Nabi, Sahabat Rahimakumullah dan Waliullah lah contoh tauladan kita.

Ke Agungan yang mana hendak kita ikut berdasarkan kuasa pilihan kita ini?
itu menjadi soal yang sepatutnya, walaupun ada dariantara kita berkata menjadi "baik macam malaikat" itu tak mungkin, anda perlu tahu bahawa anda layak menjadi bahkan lebih baik dari itu dengan satu syarat iaitu bukan dengan perasan baik namun senantiasa berasa tidak baik agar menjadi lebih tegar untuk memperbaiki tiap kesilapan atau kesalahan.

didalam mengintai kebenaran dari alam ghaib setelah zaman yang penuh kekeliruan antara teknologi dan old school, sememangnya mengaburkan kita.
kerana kita sudahpun teramat senang, hakikat diri antara kita sebalik tubuh ramping dan cantik ini sebenarnya berwajahkan manusia yang gemuk lagilah pemalas,
kerana fikiran kita sudah had kan, suara zikir atau tasbih kita di tutup-tutupkan, perasaan kita di sekat, usaha mengenal diri sebenar kita pun dibendungkan..bagaimana lagi lah hendak ada satu titis keringat kesungguhan bahawa kita ini benar mencari diri sebenar, mengenali diri yang selama ini disibukkan dengan pelbagai urusan orang lain demi kepentingan orang lain sahaja..walhal kita mengerti setelah mentelaah semua sirah bahawa bottomline-nya, takkan ada senang lenang dan walk in agar anda ber Agama apatah menyampaikan kebaikkan dalam laku.

renung lah dengan nyalaan api kalam ambe yang semakin mengecil,
kerana yang sering ambe muliakan itu adalah anda..dan jika ambe tak muliakan, maknanya takkan adapun garapan sebegini rupanya.
api tetap api, cahaya tetap cahaya..

Hadamlah ia sebelum terpadam.
bersedialah menghadapi cabaran..Ramadhan.

KBD