Sunday, August 21, 2011

SATU

Tuhan sayang kamu dengan memerintah terik itu membakar Isi,
hingga terukir Puisi yang hamba garap dalam sendiri,
ditiuplah angin yang menghembus sunyi,
air diam dalam tentram..tak berkata apa kecuali bertanya pada makhluk Bumi,

apa bikinmu disini?

Tuhan sayang kamu dengan menyediakan ketaatan dimana-mana,
batuan yang diam dan lebih keras paduannya mengalahkan kepala,
ia redha apa jua..
"pijaklah kepalaku"..kata batu,
kerana aku Cinta Tuhanmu..

Tuhan sayang kamu dengan kiri kanan laut mempaksi mengelilingi kepulauan,
yang kamu huni dengan penuh kenikmatan,
tidak cukup bagimu mensyukuri maka mengalirlah ia kehulu serta hilir sungai yang sepakat dari kita menamakan,
ia terima apa perubahan nya demi rasa,
tanpa soal..kita teguk serta telan hingga kencing sebagai tanda "menghargai"..

Tuhan sayang kamu dengan kedap dan anti graviti yang ditentu,
agar berjalanlah diatas udara atau dibawah bayu menurutmu,
angin tidak pantas untuk mengutukmu,
sebaliknya melayani apa jua mahu..
walaupun bukanlah selalunya kau tahu..Tuhan Mu berserta dengan Mu, SELALU.

Tuhan sayang kamu dengan hentaman cahaya yang membakar binasakan hari,
selang kelmarin, berbulan, tahun atau abad waktu yang pergi,
Mata dari Hari tak siapa ingin melihatnya kecuali mengetahui,
kemudian beransur lagi dan lagi dan lagi..berterusan hinggalah waktu itu bukan lagi ufti bakti,
tanggungan kepada Dua Alam yang nyata disaksi,
apa kataku Tuhan sayang kamu jadi Peduli?,
Matahari kita cari kemudian berteduh mencurangi,
Bulan apatah lagi..
alasan mu yang "Takut"..disengaja ada kan oleh diri.

akan tetapi Api diam, Api senang dengan segala ancam tuduhan,
senang dari kita katakan Api lah punca Kejahatan..
Apa Syurga Sangka kita itu tidakkah yang me-Nerakakan, menghancurkan dan membinasakan?

walau itu kerja hari ini,
aku disini menerima eksistensi agar dilenyapkan sama sekali,
aku adalah tiada kerana aku bukanlah manusia,
aku bukan kata-kata,
aku pun pinjaman dari Maha Nama.

aku hadir dengan Sihir Kaseh,
agar dihulur kesedaran buat yang terpilih,
kau sebak bila menilik kata-kata ini teragih,
kau tanamlah benih Yakin..dan usah kau alih,

meski berjuta ibarat ku persembahkan diatas lembaran karya mengenai "Tuhan Sayang kamu",
kita maseh menoleh,
berpaling,
dari kebenaran yang Sejati,

Tuhan bukan setakat Sayangi kamu, bahkan merindukan dirimu,
kerana Dia lah Wadud.

Tuhan sayang kamu..dengan sukar,
Dia utuskan sekuntum Bunga yang Mekar dan Wangi..
sementara kau dapat nikmati setitik haruman khas dari Syurgawi..

biar pun kenyataan ini berupa sementara,
itu-lah Manusia dan Janji mereka,

betapa Hampir dirimu..yang mengingatiNya, dalam SATU detik dari 1000 masa.

pada malam yang Manusia asyik bermimpi,
kau bangkit dengan keperkasaan dan keteguhan,
melangkah ke Pentas Sajjadah kecilmu,
menanggalkan segala pakaian akalmu yang sarat dengan alasan,
menelanjangi kata-katamu hingga kelu dalam ungkapan,
menghancurkan kandungan Hati yang semakin memenuhi ruang perasaan,
menghilangkan diri dengan bersendirian,
melucutkan jawatan keinginan diatas keberadaan,

dan kendatipun kau bersujud.

demi ke-Syukuran yang tiada bandingan,

yang SATU dari sarwa kebesaran.

dari Tiada dan Adanya SATU,
airmata syadhu itu-lah bukti bagimu..

Bahwa ALLAH tiada dari pernah membencimu bahkan tetap menyayangimu

dengan CINTA sahja..

walau selalu, kau tak tahu,

atau tidak mahu..pilih-lah yang mana

1

KBD