Wednesday, August 24, 2011

sa-orang pelunchur GULA

seperti seekor menatang yang disumbat ke dalam satu kantung bag atau kocek jacket dan panggil haiwan perliharaan..

dari pandangan, apa respond kita?
suka?

teringin?

atau kasihan?

itu semua cadangan atau atau option yang lain yang mungkin bakal menjemput option lain. berkaitan dengan posting sebelum ini yang berkait dengan SEBAB.

namun apa ada kah dari antara kita yang sedikit ini sedar, BILA agaknya kita mula berfikir mengenai SEBAB?
ambil kertas dan pen dan tuliskan:
1.tarikh dan haribulan kejadian.
2.tahun kejadian.
3.masa kejadian
4.tempat berlakunya kejadian.

apa dapat dari itu kita tenung benar kedalam itu agar sedar hingga berjaya mengisi borang soalan bodoh Apikalam kali ini? semata-mata untuk membuktikan bahawa anda sebenarnya "hebat" dan memiliki memory otak yang unique.

ternyata ramai manusia bahkan ambe sendiripun pada awal terdetik memikirkan hal ini tak dapat mengimbas 4 detail itu, padahal soalannya simple dan event atau kejadian itu berlaku sekali seumur hidup namun maseh kita tidak dapat ingati dan jawab soalan ini dengan tepat.

belum lagi menyuruh anda ingat balik kejadian ketika anda berada separa didalam rahim ibu dan separa lagi sudah berada di Dunia nyata. kerana soalan itu semacam tidak logic dari memory untuk terima Input se mentah itu..

ambe begitu anti Pandai, bahkan ambe tak suka andai di Mimic sebagai Robot yang sama di Sekolah atau di mana-mana sahaja ambe berada. Maka ambe memrangi Kepandaian, kerana tetaplah yang berhujah itu pun maseh tidak dapat jawab 4 soalan ambe itu.

dan paling ambe benci dan meluat, secara jujur adalah Wanita-wanita yang punyai Ciri "Rasa lebih Pandai"..kerana dengan "Rasa" kemudian "Lebih" dan "Pandai" itu langsung tak tele atau kena. tengok tiga suku kata itu dengan pengetahuan makna sebaliknya. Rasa, datang dari mana? Mulut? itu Bohong..kerana ia datang dari Lidah. Sementara dengan mengetahui Pecahan deria Rasa pun curang pada "Rasa" dan pada sudut lain pula, Deria-deria ini seakan-akan "Musim" pada "Rasa" yang satu..
ia Sakit, ia Panas, ia Pahit, Manis, Tawar, Sedap dan Mengantuk..namun maseh tiada yang tepat bagi menterjemahkan diri sebenar "Rasa" atau posisi sebenar "Rasa" yang kadang disini, kerana ia gatal disini, tapi berjangkit disana, maka kita tergaru-garu cari sumber kepastian sebenar.

Rindu adalah golongan paling kerap di Rasai oleh sesiapapun dan menjadi Highlight terbesar dari Pahit,Manis,Masin atau Tawar yang diceraikan oleh Deria Rasa Lidah. walaupun "Rasa" Remuk bila kecewa, tersentap bila dikutuk, tersinggung bila ditegur, marah bila bertentangan dengan keselesaan diri hingga nyaris memasuki "area 51" diri..itulah Hati. dimana Ibu bagi sekalian Rasa yang ada. yang dihantar oleh Akal yang berfikir dari imbasan memory Otak. Hati yang berzikir dari pekerjaan Jantung yang berdegup-degup..Syahwat yang membuak-buak.. Wayar Ibunya tetaplah Hati.

dari garapan sebelum ini, ambe dah tekankan sangat bahawa kewujudan Hati yang merasa apapun itu kebenarannya ia tetap lah akan Hancur sebelum diubat semula lagi dan lagi.. jadi apa "Rasa" itu benar Keyakinan? Bukan.. Keyakinan tak guna akal, kerana ia akan laksanakan aja mengikut tuan empunya diri yang berkeputusan untuk buat walaupun tak logic. Keyakinan sememangnya Risiko, kerana tanpa Risiko..siapa Perjuangan? kita hari-hari berjuang untuk Hidup maka sedikit sebanyak tak peduli apapun Risiko masa buat benda salah atau betul hingga akhirnya menerima kesan dari itu maka jadi tahu sudah bahawa ini adalah ini dan itu adalah itu..barulah Adil dalam menyusun semua macamana..

maka kita tahu Hati itu sementara, kemudian kalimat "Lebih"..macamana nak Lebih itu sedangkan bila di compare keseluruhan dalam Dunia. akan tetap ada yang melebihi kita. ia tak kekal, dan sementara sahaja.

kemudian "Pandai", yang tetaplah memerlukan Kebodohan baharu boleh Pandai. namun begitu adakah anda Pandai kerana anda iktiraf diri ataupun kerana termakan pujian orang dan dari situ dah boleh berlagak Pandai?

maka ketiga-tiga hal ini yang ambe sengaja Cirikan pada Wanita typical yang "Rasa Lebih Pandai"..kerana bela anjing gila atau kucing gila ataupun sugar glider gila sebagai haiwan perliharaan itu buat dia tak sedar diri bahawa sifat diri siapapun sebenarnya Bodoh, akan tetapi Wanita yang mengakui kebodohannya kerana ndak belajar dari kesilapan dan kesalahan..disini mereka Insya Allah selamat.

sementara yang maseh tetap membela Sugar Glider Gila, Kucing Gila atau sedia bertuankan seekor Anjing Gila itu disarankan agar ditegurkan lah mereka, atau anda terasa, tengok diri..apa ambe kutuk kamu ke?

itu pengibaratan, contoh dan reference yang dapat kick start agar anda lebih educated atau terpelajar dari jadi kurang ajar..
bahawa terima ketentuan Bodoh dan memuliakan ke Pandaian orang lain. cukuplah..itupun kita dah pertikaikan.

yang buat ambe malah lebih berdesing bila ada Wanita macam itu, walaupun bukan semua, ambe terpaksa lah jadi orang yang bakal dibenci oleh kawan-kawan wanita dengan memberi semacam hentaman yang padu dan pukul rata Wanita semua sama.
kerana rasa tak kena, bila Wanita dah mula meng Typicalizekan diri mereka jadi "Rasa Lebih Tahu, Pandai, Berjaya dan Hebat"..

Isu disini bukan Racist atau Prejudice berat sebelah, ataupun saja ndak menangkan pihak Lelaki kerana ambe pun Lelaki..BUKAN.

Namun Rujuk dari Awal Asas kita..Adam dan Hawa. jika Dua-dua antaranya ndak jadi Ketua, Siapa pengikutnya?
Andai Sinonim Ketua atau Pemimpin untuk berkata-kata, bersuara agar dapat memerintahkan order, maka pasti ada yang mendengar.. Cuba bayang Pemimpin ada Dua pada satu masa, siapa dengar siapa? memang tentulah ada sesi soal Jawab..tapi moral bercakap atau bersembang atau berchatting itu agar apa?
jika soalan ditanya maka tunggu selesai soalan baharu tanya lain. yang selalu berlaku, bila satu jawapan sedang diterangkan, kita dah tanya macam-macam, konon educated tapi sebenarnya dengan cara menyampuk sesebuah penerangan itu dah kira biadab..sebenarnya kadar kemampuan kita melakukan sesuatu itu cuma satu perkara dalam satu masa. lebih dari itu, kita akan mula merungut, bersungut dan mengeluh macam-macam..sama macam Wanita yang pandang Poligami.
Satu dia Ok. Dua, dah mula cakap pasal Redha dan konon Redha, kemudian orang seperti ambe bersuara dah mula pertikai "kau tak duduk tempat aku" dan sebagainya..wey! Redha tak pakai Mulut lah..

bukan endorse atau bangkang Poligami namun lihatlah kenyataan sebenar sebagai Wanita apapun anda atau mereka, tetap mula tanya untuk dapat jawapan dan kemudian tanya jawapan agar dapat soalan lagi, tanya soalan yang membuahkan soalan lain..Kerja Bodoh atau kerja Buang Masa? kerana anda hanya duduk berfikir tapi tak buat apa kecuali duduk dan fikir..Periodically bagus la, namun separuh hari 2 atau 3 hari duduk macam itu..hakikatnya TAK boleh TERIMA JAWAPAN itu sehingga lah JAWAPAN itu kunjung jadi JAWAPAN menurut dirinya..

dan ambe tak suka bukannya semua Wanita namun sesetengah ekor jelmaan anjing gila yang tak habis-habis minta SEBAB. dah beri SEBAB, cara beri respond semula tu, macam dia ni lah tukang tilik hati orang, pandai baca perasaan orang dan hebat macam Profesor X.

sedangkan anda maseh belum dapat jawab soalan awal ambe tanya awal-awal tadi, dah mula cakap banyak.

begitu juga bagi Lelaki, yang rasa HEBAT sebab kedudukan Selesa Tuhan tentukan.. namun maseh belum dapat Usahakan agar soalan ambe dikemukakan tanpa bertanya sesiapa kecuali diri sendiri.

dan bagi yang dari awal bersangka baik, mereka tahu. Modus Operandi ambe hanya satu.
diatas SEBAB pertikaian pertama kali dilakukan kita, kita sendiri lupa dan kenal pasti sendiri.. maka sedarlah itulah KEBODOHAN yang jelas terpancar.

apalah salahnya mengaku BODOH untuk belajar dalam menyedari memang kita BODOH.
yang konon suka bela menatang tapi sangkar kan mereka, sumbat dalam bag sempit kecil dan kata "tak, Johnny Suka"..
heh, nak aja aku kata pada dia balik "kau memang seorang spesis Peluncur Gula yang sungguh rare"..

letak diri dalam bag mayat cukup lah, suruh kawan zip..rasa lah sendiri, kita pun tahu rimas..
"alar, habitat dia kat hutan pun dalam sarang, celah-celah kayu..sama je kot".. menjawab lagi lah dia, padahal kita pergi pisahkan ia dari rumah dan kampung halaman mereka hingga paksa duduk dalam sangkar kerana KITA je nak bela sebab SUKA.."Kepuasan yang peri Kemanusiaan" agaknya.. cuba culik tuan empunya sugar glider tu dan bawak lari ke tempat lain ditempat dia tak familiar..apa dia rasa agaknya? baru la nak bahas mengenai beza Manusia dengan Binatang..kamu buat pada Binatang awal-awal tu apa ada fikir benda macamtu dulu? Sekat habis perjalanan Haiwan tu sedangkan kamu pun marah andai semua dikongkong..tak perlu guna Perasaan pun untuk tahu itu, tengok macam tu pun dah tahu tak kena.

tak payahlah nak bela-bela binatang kalau tak faham "BELA" tu apa. walaupun sebutan bunyi nya lain dan dirasakan maksudnya lain, ejaan tetap sama. BELA itu menjaga, melindungi bukan memenjara..jika kita perlihara ada sebab yang tertentu macam sakit atau cedera atau cacat atau boleh jaga kawasan rumah(dari bela Hantu Raya)..itu semua lain lah..tapi selalunya kita nak yang cute dan comel..mana ada orang nak kucing kurap.

sudah-sudahlah BODOH kan diri yang dah sedia BODOH.

BODOH bukanlah kelemahan tapi kekurangan, kalau ia ditambah, bukan kah itu kekuatan?..dan tidakkah ia sebenarnya asbab Akal kita semakin lebar dan luas terbuka melihat semuanya..

siapa kata?

orang BODOH ini kata.

KBD