Thursday, August 4, 2011

Penyakit Jiwa: Takut

kalaulah diaju akan soalan berbentuk pilihan,

sebenarnya-lah, cuba disoal pada diri sendiri dalam diam..
perkara apa yang menakutkan kita?

adakah species makhluk yang pelik dan exotic rupanya yang usulnya dari turunan Jin,
kemudian timbul versi bangsa lain seperti Bunian, Hantu itu paling ditakuti?

kenapa? adakah kerana mereka sekadar wujud dialam ghaib bukannya di alam kenyataan kita duduki ini?
bagaimana pula dengan tujuan kewujudan mu yang dari awal dahulu, bukan kah kerana asbab mereka mohon agar ada memerlihara kesejahteraan Dunia ini kerana mereka sedar betapa teruknya mereka..seburukmanapun Jin itu mungkin dipersepsikan, sehina apapun bomoh, pawang, ustaz atau dukun katakan..pengiktirafan mereka itupun kerana hal Ghaib juga.
Tuhan yang paling Ghaib dan Istimewa dari semuapun hingga hari ini tidak dapat digambarkan rupaNya, tak usah pergi jauh lah..ambil contoh Nabi atau Rasul sudahlah. orang-orang Tua atau ulama yang beriman sangat melarang mereka-mereka mencuba agar digambarkan raut wajah mereka, bimbang kalau lari dari Aqidah dalam menganggap itu adalah itu..
bagi ambe lah, terus terang dari Mimpi-mimpi yang sering detikkan naluri ambe bahawa ini Nabi Sulaiman, ini Nabi Musa, ini Nabi Muhammad, atau ini Saidina Ali yang menunggang Kuda Putih menendang Gajah yang besarnya.
pada masa itu ambe memang terasa sangat excited,
kerana ternyata lah Naluri yang terdetik melalui alam mimpi, bukan lagi dibuat-buat sepertimana kehidupan jaga kita.
disaat itulah Roh kita berlaku jujur kerana anda adalah diri anda yang sendiri, namun tak tergamak oleh ambe untuk gambarkan sepertimana mencuba lukiskan agar orang-orang lain tahu juga bahawa Nabi itu benar wujud suatu ketika dahulu, bukan seperti "Dongeng" yang sering sahaja orang kita hari ini nafikan Sejarah Melayu..walhal bercakap perihal Sejarah Agama itu lebih lama dari sejarah Bangsa. untuk kepada Agama, kita perlu kenal dimana dan kenapa Melayu harus begini kemudian India begitu dan Cina pula lain Arab dengan kasar dan barbaric atau Kanaan/ Eropah dengan kemegahannya.. pasti lah ada penerangan yang telus dari itu walaupun menjejak Identiti Bangsa kita sendiri hari ni pun dah kita dihadkan..disekat atau disimpan dalam peti yang dicampak ke lautan hingga tak siapa dapat temuinya.
akhir sekali dari asakkan atau asuhan fikiran kita ini, kita sepakat tunduk lemah dan akur bahawa kepercayaan apapun dihamburkan melalui teori tidak sama seperti amali,
apa anda amalkan pasti mendapati dengan cara yang berbeza dari orang yang lain. anda bayarlah berjuta atau bilion dolar USD atau Pound sterling pada Scientist untuk buat kajian agar memberi satu Hipotesis yang mutlak. masehlah keliru dan tak ada conclusive nya.
itu bagi ambe, "Istimewanya" Islam.. kerana Islam bagi pemahaman ambe, ada Susunan Aturnya yang khusus tersedia bina oleh para awalin yang tonggak iaitu 25 Rasul, antara Bhumi dan Langit kesemuanya ada kisah-kisahnya, logic atau tidak, ada huraiannya..

dan hingga hari ini ambe maseh bimbang untuk declare diri sebagai orang Islam, walaupun sudah mengucap, sudah Solat, ada Zakat dan ada Haji.. bukanlah kerana ambe 50-50 dengan Dunia atau Akhirat namun khuatir yang amat jikalau menjadi sebahagian asbab mengapa Islam itu Kejam. sepertimana yang giat melanda kita hari ini.

adapun berita Bomb di sana sini, di Pasar Raya yang disitu ada kanak-kanak yang tak bersalah, orang Islam yang sama seperti dirinya, orang Tua atau kurang upaya sedang pergi membeli keperluan hidup masing-masing..di Bomb oleh pengebom "Berani Mati" yang sudah declare secara rasmi melalui rakaman video tape bahawa dia adalah Islam dan tujuannya "Jihad" itu adalah untuk menyampaikan message kepada pemimpin Dunia bahawa Islam pun mampu "Muntaqim" atau "Dhar" terhadap siapapun yang mendera Umat Islam lain.. bagi mereka yang anggap itu lah "Jihad".

tak ada sepotong ayat yang jelaspun mengarahkan anda agar "Bunuh Diri" hingga mengakibatkan kematian orang lain atau mati katak begitu sahaja.
anda seorang perintis masa..yang berminat dengan Sejarah, kaji benar dan sah Prang-prang umat terdahulu. mengapa kita berprang? adakah kerana Nabi hamba kepada Amarah sedangkan kita duduk puji sebagai Hamba Allah?

Nabi Muhammad menjadi kekaguman Dunia kerana baginda adalah diplomat yang paling terpuji,
Nabi Isa menjadi sanjungan Dunia kerana baginda adalah hamba paling redha terhadap apa di uji, walaupun perbincangan hari ini maseh keliru apa benar yang disalib itu Isa atau "kembar Gelapnya"? sampailah timbul satu Agama yang dinamai Kristian yang di wujudkan oleh orang lain,
bukannya Isa yang declare itu Agamanya kerana beliau maseh akui Nabi Yahya itu lebih mulia, atau moyang-moyangnya yang lain..atau menyatakan janji nya bahawa ada Nabi setelahnya yang akan datang menyempurnakan nama "Islam"..
atau Nabi Yahya,Zakaria,Yunus,Ilyas, Ilyasa, Raja Sulaiman, Daud, Zulkifli, Harun, Musa, Syuib, Ayub, Yusuf, Yaaqob, Ishaq, Ismail, Luth, Ibrahim, Saleh, Hud, Nuh, Idris ataupun Adam segala Bapa, Datuk, Moyang sekalian Moyang..

tak adapun bukti yang mengarahkan agar "bunuh diri" dengan bomb yang tentu-tentunya lah bunuh orang lain, meskipun kafir atau jahat manapun. Peprangan Badar, Khandaq, Uhud pun kerana mempertahankan kepentingan sejagat..bukannya strategy pecah ikut suka hati untuk perintah pun..

namun dengan muka tak malu ini lah ambe mengaku, bahawa banyak benar antara hal ghaib yang maseh belum terang disaksikan atau mungkin belum disadar akan sendiri. ambe tak hebat kerana ambe guna kembali ayat-ayat orang terdahulu, bahkan bahasa ini pun ambe pinjam dari orang yang ambe sendiri pun tak kenal pun siapa pengasas Dewan Bahasa paling awal dalam mencipta bahasa Melayu ini.

semua ambe pinjam. dan kerana pinjaman kalam yang banyak inilah ambe ambil agar dijadikan "unggun" kepada apikalam ambe, oleh kerana ambe takut benar dengan dingin yang merapuhkan, atau banjir yang mereputkan dan tanah yang menghancurkan..kenyataan jasad ini pun perlu dikembalikan, apa sahaja pun yang diujar "aku punya" akhirnya bukan kamu punya dengan mutlaknya.

atau barangkalinya ketakutan anda sebenarnya adalah menerima kehilangan?
orang yang anda sayangi, sebelum ini begitu akrab bahkan menemani tidur kamu kerana mereka adalah sahabat sebantal dan setalam makannya?
atau orang yang anda paling kasehi, seperti pacarmu atau boyfriend atau girlfriend yang anda pada sebelum ini tak sedar langsung betapa hilang logic nya pada awal pertemuan, hingga perasaan ini berputik bilapun tak dapat di simpulkan dalam satu bentuk pengesahan yang tetap. yang bagi mu, dialah sang pemelihara? dialah sebahagian diri mu? dialah segala-galanya yang teratas dari sekalian orang lain kerana dia adalah pilihan mu agar moga-moga dapat kamu hidup dan mati bersama..

jangankan memetik bunga yang diluar taman larangan yang lain, bahkan didalam taman sendiri pun bukannya kita air atau bajakan dengan constant atau terus menerus pun. tetap ada culasnya kita terhadap kebajikkan atau khidmat kita terhadap keluarga sendiri, adik-abang-kakak apatah ibu dan bapa. itu pun kita dah ketepikan bila sudah terjerumus dalam perihal berpacaran yang singkat wawasannya. tak ada fikir langsung terhadap menjadikan ia sah hingga wujud semacam angan baik bahawa anda akan memiliki "anak", maka disitulah harapan baik sepertimana diamalkan sebelum semua ada.

dan ketakutan disini pula ada semuanya berkadar realistic yang sememangnya menuntut material atau barang-barang untuk satu dalil mewakili satu janji. orang yang sering kata pada kita yang "cakap tapi tak ada hasil" maka disinilah maksudnya..
apapun, bagaimanapun atau sudahpun terjamin semuanya di ketentuan Tuhan. Usaha maseh dan pasti perlu ada terlebih dahulu kerana itulah "jual-beli" kita dengan Tuhan.
Doa tanpa Belajar itu Bohong,
Belajar tak Doa itu Sombong.

tuntutan kita lihat dari kemajuan, technology yang semakin hari seolah-olah memaksa kita atau tekan syor pada diri agar terima mereka sebagai keperluan. dari pakaian yang dibikin dengan karya tangan atas olahan benang..hari ini sudah mesin jahit gantikan.
dari dibasuh guna keringat kaseh sayang tangan, dibanting-banting segala kekotoran yang terlekat dipakaian yang disayang..hari ini sudah ada mesin basuh yang hanya membutuhkan anda guna sabun dan air serta elektrik.
ataupun panas terik-sejuk dingin dibawah bumbung dirasai suatu ketika dahulu, sudah meng asbabkan satu kenangan manis dikala susah dengan tidur yang berkeringat namun bergilir-giliran untuk kipas masing-masing,
malah rebutan selimut yang kecil itu kerana malam sangat sejuk buatkan akhir tutup mata itu berpelukkan antara satu sama lain,
ribut petir yang mencemaskan tlah menyebabkan antara pasangan suami isteri bersenda gurau dibawah teratak buruk mereka..hari ini sudah ada dinding batu, atap dan bumbung yang teguh, atau kipas dan aircond..

sungguh bilamana ambe sendiri mengenang hal-hal seperti itu, terasa hendak balik kepada zaman itu dan rasai sendiri..walaupun menyedari bahawa ambe mungkin mampu boleh laksanakan, akan tetapi buat bakal Isteri yang entah lah siapa..sanggup ke?

bagi realiti hari ini, dakwaan ambe tetap lah payah.. kerana dah dari celik sudah di dedahkan cahaya itu terhadap kesenangan dan kemudahan. bila susah sikit, dah merungut macam apa..sama lah seperti ambe pun.

namun ambe yang sengaja bikin artikel hari ini sebagai sahur jiwa,
pilih lah jawapan dari antara itu.

kerana sememangnya kita penakut, tak ada orang yang mengaku berani bila mereka bersendiri melainkan cuba berimaginasi dengan visual fikir atau rasa sendiri kononnya andalah berani.
jika adapun mengaku berani, pastinya dihadapan orang ramai sahaja..dan kerut muka sombong itu jelas lah, kerana sememangnyalah yang buatkan paling hebat manusia itu hari ini mungkin adalah berlagak suci yang maseh berenang didalam lumpur yang sama.
untuk bukti mata saksi sendiri, tengokkan dan perhatikan aja dikeliling anda..berapa ramai lah orang seperti itu ada.
dan tanyakan, apa anda dapat dengan berlagak sebenarnya walaupun ia benar dilalui sekalipun?
kita tuntut merendah diri pada Tuhan atau tinggi diri sebagai Tuhan bagi sekalian Manusia sebenarnya?

hmm..ambe tak terasa apapun hebatnya dengan berlagak tahu, didalam menyedarkan kenyataan banyak bodoh kita yang tolol bahkan dungu. ini cumalah cadangan diatas pemahaman ambe sahaja...yang ada dari antara anda membaca dan suka-suka buat hipotesis hanyalah satu kerugian yang besarlah, kerana tetaplah baik buruk itu anda tolak belaka dari masuk berfikir.
kita sendiri hitamkan hari yang terang. jangan salahkan gerhana.

berlagak suci? disini?..tak payahlah, kerana diingatan ambe pada perjalanan hidup ambe secara bersendiri selama 24 tahun sudah ini berbagai hal yang mungkin orang sebaya ambe pun naik hairan akan perubahan ambe.. sedangkan jika kita terima bodoh sendiri, itupun hikmah terbaik untuk mengerti usaha mengatasi kebodohan yang disubjective kan atas hal tertentu. kemudian anda terima bodoh lain, menjadi pendengar bodoh didalam pelbagai hal, anda faham fungsi kebodohan itu sebenarnya mekanisme menjadikan anda semakin matang dan terus matang..

"macamana pula kamu kata kamu matangnya ku bad?"..lihatlah buah dan fahamkan penciptaan buah dari awal benih tu, saluran buah hanya tangkai, tangkai menyalurkan apa jua yang didapati dari akar atau pucuk..buah tetaplah yang bodoh disitu aja..tak kemana dan tak merayap ke mana melainkan menerima apa jua yang diberikan.
beri makan taik baja, telan taik baja..maka ia tahu lah itu taik baja.yang khasiatnya menyuburkan.
beri air maka diminumlah air itu..maka tahulah air itu menyegarkan.
beri tekanan angin baik luar atau dalam..maka mengertilah angin itu membebas dan menyerap rongga manapun ia dihalakan.
beri hawa matahari suluh padanya..maka tahulah matahari itu sumber hidup apapun sekali didunia selagi ia didunia.
namun yang titikkan cahaya dari bayang agar kita tahu buah itu bentuknya demikian rupanya adalah tetap yang maha menentukan dan maha menciptakan..

ambe mengaku ambe penakut,
takut Hidup dan takut Mati.
kerana ambe dah banyak kali lihat kematian, apatah menguruskan hal mati hingga dibawa kepangkuan keluarga sebelum dihantar ke destinasi akhir iaitu liang lahad..
disitu ambe banyak benar belajar, bahkan beberapa tahun kelmarin ambe sambut hari kelahiran ambe di bilik jenazah kerana ayah sahabat ambe itu meninggal dunia. ahli keluarga lelaki kurang, maka ambe bantu lah secara sukarela.

dan soal Hidup ambe pula banyak dimengertikan dari merenung balik kematian orang lain, baik dari mimpi atau jaga..tetaplah yang sama kadarnya, cuma bezanya soal Mati, kita akan diberi hidayah untuk mengerti agar memahami benar bagaimana Alam Barzakh itu sebenarnya.. anda yang baca dan Hidup hari ini, dimana lah kesempitannya jika kita peringatkan kesuntukkan Masa yang pejam-celik kemudian pejam-celik lagi anda dapat khabar si polan itu pula meninggal, esok disitu pula mati, lusa kucing kesayangan kita pula yang mampus.. itu pun dah cukup bagi ambe ingat betapa dekatnya Hidup dan Mati itu sebenarnya berada pada diri kita.
anda bernafas sedetik, anda hembuskan nafas..kerana mekanisma itu membuatkan kita ada nadi.
tapi atas pergantungan yang "apa" diantara dua detik nafas atau denyut jantung anda dihentikan sedetik itu?

Takut apapun, tetaplah memang menakutkan..pertama kerana ada sensor bahaya diwujudkan oleh sendiri kerana diri maseh belum melaluinya apatah mengetahuinya. namun yang jarang diketahui oleh orang ramai mungkin ketakutan itu berpunca dari masaalah kurang tilikan diri pada sendirinya yang sebenarnya berada dari antara dua alam, tiap masa dan ketika..realiti atau fantasi. sedar atau tidak sedar.
tapi sampai bila lah hendak kita takutkan tanpa kita cuba langkah masuk mengenali risiko itu kemudian belajar mengatasinya sendiri. orang cerita begini dan begitu, dah takut..padahal itu maseh teori. apa ambe tuliskan ini pun teori namun sedikit-sebanyakpun ambe dah lalui sendiri. walaupun mengetahui result akhir itu tetaplah Takut pada sesuatu yang memang ambe tahu tak terbanding bidang kuasaNya dan teruk dari biasa akibatnya.

sementara ini bukanlah syarahan, huraian atau buat-buat tahu..bahkan timbunan kitab-kitab disekeliling kamar ambe pun tak dibuka untuk dapatkan rujukkan apapun bagi dicurahkan ke sini. ambe tetap menulis dengan kejujuran ambe, diatas apa ambe sampaikan ini agar sentiasa dikenang ambe semula bahawa ambe ni sebenarnya bodoh yang amat. maka jadikanlah ambe contoh orang bodoh..kerana itu lah apa ambe ndakkan pun.
dan adalah dariantara kamu lah orang pandai yang sering buat kesimpulan pada apa "orang tak katapun begitu" namun berkeras mengalahkan batu untuk tetap padamkan apikalam ini.

Ramadhan ini..tentukanlah dimana ketakutan anda, pastikan itu ketakutan anda, atasi lah ia dengan sangat takut pada Tuhan yang sudah jelaskan bahawa kamu lah makhluk paling sempurna dan dimuliakan olehNya dengan seribu satu macam keistimewaan.

agar benar Istimewa itu Istimewa, Rahsiakan lah ia agar jadi antara perjuangan mu,
semoga sendiri itu tahu bagaimana teruknya ujian bagi mereka yang tetap memerlihara akan hal yang Istimewa kerana diyakini benar lah bahawa Rahsia itu lah barang yang paling Istimewa.

jangan jadi seperti ambe yang tlah membakarkan hampir semua Rahsia diri ambe selama ini. didalam Apikalam ini.


KBD