Thursday, August 4, 2011

Penyakit Jiwa: Cinta

menarik sebenarnya bila kita imbas balik bagaimana setitik perasaan Cinta itu terasa bila kita pertama kali dilamar oleh Cinta..
kegembiraan yang melimpah ruah dalam bahasa orang puteh panggil Overwhelmed,
hingga mengalirkan air mata sekaligus menyalahkan emosi bahawa dengan bahagia pun mampu meneteskan air mata kebahagiaan..

terharu, teramat syukur atau apa lagi lah tamsilan kita terhadap jiwa, ambe tak nak pergi jauh dalam mengupas semua itu hanya hendakkan kita tahu dengan tepat bahawa tajuk kali ini adalah mengenai Penyakit Jiwa kedwa setelah Takut yang baharu tadi rasanya ambe sudah post..

mengapa ambe katakan ia Penyakit sedangkan Cinta itu penawar bagi segala macam luka?
heh!..siapa kata? Doctor di Klinik atau Hospital Sakit Jiwa?
barangkali Doctor pun dah terjebak dengan penyakit yang sama..

kata pepatah Cinta itu Madu dan Racun,
ya ke?
kalaulah Madu itu kemanisan hubungan yang melambangkan kebahagiaan atau hal kanan yang baik-baik belaka.
manakala Racun itu kepahitan hubungan yang melambangkan kesakitan atau hal kiri yang menyalahi segala kebaikkan.

bagaimana pula dengan Isu Poligami hari ini yang rata-ratanya tidak setuju sedangkan yang sengaja dikiaskan dalam Poligami rata-ratanya itu adalah Madu yang kita maksudkan manis belaka itu.

Hindu yang didambakan satu Agama..pun amalkan, walaupun "safe zone" itu membuahkan pernyataan tak galakkan tapi tak melarang. kerana yang maseh diamalkan itu berada di "kasta" tertentu sahaja.
apa pula kata Buddhist kebanyakkan nya berpegang pada kepercayaan mereka terhadap "keserakahan" atau loba.
Juda pula andai dibaca kitab lama, ia diizinkan..sama seperti Kristian yang berpandu pada kitab Juda yang turut mengizinkan namun tidak diamalkan kerana pelbagailah hujah yang terbit dari pimpinan-pimpinan mereka sesama mereka hinggalah buatkan penganut pun adakalanya bingung untuk guna kepercayaan yang mana?
kemudian musuh utama Dunia hari ini, melalui pemerhatian ambe lah..
Islam,
yang jelas terang dan bersuluh mengamalkan Poligami dengan tanpa segan silu, menimbulkan kontroversi disini atau disana hingga membuatkan jutaan lautan wanita menolak atau pura-pura setuju.
manakala adapun antara lelaki yang sengaja guna advantage Poligami ini sebagai salah satu immunity kuasa mereka bagi menuruti Serakah, lantas Isteri itu bukan lagi Isteri malah sekadar Gundik tempat lepas air berahi semata-mata...

ambe kirakan post kali ini adalah sangat bahaya, tidak lah sama seperti yang lalu kerana ambe yakin yang ambe akan tempuhi itu adalah tujahan persoalan bagi mereka yang sakit jiwa atau yang kuat kempen mengetengahkan Womens Rights yang berkarier dan sebenarnya Independent secara senyap-senyap melalui kempen gossip bersama "geng-geng" ataupun secara terang-terang dibawah pimpinan wanita yang entahlah ambe nak kata apa lagi bila tengok fizikal pun dah fail.

"eh..dont judge the book by its cover la".. ya ialah tu, kalaulah sebutir buku itu ibarat Maruah, Isteri patut tahu bahawa Kulit itu lah diri mereka yang mengambarkan siapa Suami nya.
Bukankah Isteri itu lambang Maruah Suami? anda khursus sebelum nikah, takkanlah Pejabat Agama atau Imam Muda musim ke 20 tak ada beri tahu bab tu?

sebelum kita cakap hal tidak Adil sepertimana lah yang ditentukan oleh Agama apapun yang galakkan Poligami, mari kita lihat amalan Monogami dengan erat kemudian bezakan antaranya..
pertama itu, dua, atau tiga, atau empat jiwa wanita bersama lelaki..dah tentu berbeza dengan satu isteri dan satu suami.

kes sakit otak hari ini rata-ratanya bukan datang dari orang berpoligami pun, walaupun jelas ada lah sebahagian..namun nanti dahulu, kita bincangkan kenapa ambe katakan tak ada kes bagi orang berpoligami, kerana banyak kes dimahkamah itu melibatkan hubungan Monogami. Isteri tuntut cerai kerana tak tahan berpoligami, itu pun kalau nak kirakan salah siapa. anda nak Agama setia pada anda atau anda setia pada Agama tidak kiralah apapun kondisinya? sedangkan kes yang sering kita lihat merata itu gaduh kerana ada pihak ke tiga, itupun mungkin tak jelas..ataupun jelas lah. kenapa tak diajak aja menikah? kerana anda rasa suami anda milik kamu satu orang?

secara telitilah kita perhati betul-betul hal ini, jangan kita tujah apa terdakwa lakukan sebaliknya cari punca "dimana" silap atau salahnya. mesti kita akan sedar bahawa kerana Isteri sudah tak mampu atau malas berusaha membantu Suami lah sebab utama kenapa Suami cari orang lain.
ambe pun sampai satu tahap yang sudah muak ataupun jemu dengan hal sama, dari hari penat bekerja kemudian lewat malam mencari ruang untuk berehat dan santai kongsikan hari yang tlah dilalui..kemudian apa anda terima adalah pertikaian hinggalah mencetuskan perbalahan, dan akhirnya buat pertama-kedua-ketiga kali mungkin mengaku kan aja lah silap-salahnya anda walaupun anda tahu apa terjadi itu hanya salah faham.

mengalah-mengalah-mengalah..

kalau ambe luahkan dengan kawan ambe pun pasti dikutuk lelaki dayus, sedangkan ambe bukannya ndak dayus apatah mengerti apapun makna dayus.
dengan kutukkan itu lah baharu ambe sedar bahawa dayus itu adalah menjadi pemimpin lelaki pada isteri yang redha dan diam kan aja semua hal walaupun ia memurkakan aturan yang ditetapkan Nabi yang Cintakan TuhanNya.
maka kerana itu, ambe tak ndak sesekali menjadi penyebab anak-isteri ambe mampus dalam api neraka nanti..cukup-cukuplah api dunia pun tak dapat tanggung hebat manapun ambe akan jadi, tangkal kebal apapun dipakai terjun dalam gunung berapi pun tetap mati, melainkan ada semacam karamah atau Tuhan tak izinkan ajal itu disitu.

anda,
lelaki atau perempuan.. apa rasa anda dengan amalan mengalah aja dengan hal yang anda tahu itu tidak betul atau ini sebenarnya betul? bosan atau tidak dengan Hidup sebegitu? sedangkan pengertian Hidup itu tetap ada beri dan ambil..Tuhan maha Sabar, diberi bertahun atau puluh tahun teroka kehidupan agar kenal Dunia, belum tentu dengan kenal Dunia masaalah kenal Diri itu difahami dengan bersungguh. Buat satu hal Salah yang kita dah pernah buat sebelum ini, malah Tuhan maseh maha Sabar. didalam kesabaran itu sekalipun, adalah kemurahan sebalik kebaikkan yang selama ini kita sangkakan, diberi sakit sebagai imbuhan pengajaran namun kita tak mengambil ia sebagai satu kesyukuran sebaliknya salahkan Tuhan kerana Hidup ini "sepatutnya Indah" kata sesetengah dari kita.
Hidup yang mana?
anda ndak Akhirat? belajar lah jadi orang Islam,
anda ndak Dunia? belajar lah jadi orang Kafir..kerana inilah Nikmat buat mereka sehinggalah mati nanti Tuhan tentukan. kita tak boleh nak berlagak Tuhan untuk tentukan ini Ahli Neraka dan ini Ahli Syurga dalam mengetahui itu sekadar contoh dasar buat panduan akal sahaja. bila anda kenal orang mana-manapun, dan mengenali kebaikkan mereka adakalanya kita sendiri rasa kelakar kenapalah orang Islam hari ini tak ada sebaik mana orang Kristian yang bersungguh-sungguh bantu orang yang dalam kesusahan.

terus terang ambe akui,
menjadi diri ini..senang dan mudah sahaja mengasingkan diri dan menyendiri, lihat kanan kiri semuanya mendesakkan agar ianya di-mengalah-kan ambe. biarkan ajalah macam tu, biarkanlah macam ni. hingga meremukkan hati bahkan hancur tak ada perasaan untuk kata apapun kecuali melihat orang yang anda alah kan itu maseh yang berlagak bagus, tak hormat orang lain dan sombong dengan apa yang dirasakan ada walhal semuanya milik orang yang kita sendiri tahu itu bukan anda punya dari dasar kasar mata-lah..namun hujah nya berbentuk Hakikat, katanya semua itu milik Tuhan, bukan kita punya pun, pinjam belaka..sebenar-benarnya memang lah ambe pun setuju. hanya ambe minta si polan itu setujukan pula pernyataan ambe bahawa Adat Dunia maseh di Dunia, material maseh material..yang rupanya Syariat.
Adat Akhirat itu Adat Akhirat, yang mengandungi hal-hal ghaib dan tak nyata atau ertikata lainnya perihal Hakikat.
Syariat adalah titik mula, Tarikat adalah panduannya, agar ditentukan hala jalan pada Hakikat yang pasti membawa ke arah Maarifat(Kenal terhadap sesuatu hal).

dari Syariat yang Beri..Hakikat lah ambil.
atau Hakikat yang diberi..Syariat pula ambil.

Give and Take sebegitu pun jarang dikesah kan. menyebut Cinta seperti Carut, walhal ia datang dari Hakikat, hasil nya kamu nampak orang itu separuh gila merindukan kamu. bukan lah susah sangat pun ndak faham.

halangan kita selalunya Sombong tapi kita sedar betapa Bodoh dan kurang matangnya diri sebenarnya yang kuat benar melawan dan berdebat atau ndak menang.
jika Bodoh tapi Sombong dengan keyakinan yang kita yakin atau confident sepenuhnya tu tak apa lah jugak, namun pengertian hari ini BODOH SOMBONG tu Negative, SOMBONG BODOH itu Positive. kerana kita ndak sedapkan Nafsu mengata, tu je.
dalam mengkaji kedua-dua hal ini, Bodoh atau Sombong dua-dua memiliki ciri-ciri yang tertentu.

Bodoh antara sifat Kaseh,
kerana Kaseh..kita berkorban, korban pun satu kerja Bodoh sebenarnya. kerana selalunya dibuat atas perkara yang tak nampak jelas dimata atau payah difahami kecuali pelaku sendiri aja lah yang tahu.

sementara Sombong antara sifat kemurahan,
yang sering sahaja diberi dengan muka pangang atau bongkak atau hidung tinggi kerana dia yakin apa dia lakukan. hingga orang semua tahu apa itu Sombong dari perilakunya..

amat malanglah bagi mereka yang bersungguh cari beza antara Bodoh Sombong atau Sombong Bodoh.
sedangkan Bodoh dan Sombong itu lekat di dalam pengamalan mu tiap hari.

namun apa berlaku pada ambe adalah jauh dari itu, yang tolak belaka rata-rata kerana dia maseh rasa bagus.
kita dimana-manapun diletakkan, Tuhan akan tunjuk siapa lebih bagus..tak payah lah nak buktikan bagus siapa melalui kata-kata atau perbalahan atau "nak menang aja", buat aja yang terbaik..cukup lah.

bagi yang ambe dipertemukan agar dijadikan teman, pastinya yang muncul diakal ambe itu calon isteri.
maka ambe jadi naik biul dikepala,
apa ambe maseh perlu berkeras dan tidak mengalah kerana ambe tahu yang memimpin itu adalah ambe?
perlukah ambe selaraskan dengan kata-kata sedangkan berhamburan kata ambe tlah taburkan dimerata-rata hanya untuk berlaku jelas dan jujur?

ambe dah penat dengan itu semua sebenarnya,
walaupun pertikaian Umur jadi antara Issue yang dipandangi, ambe langsung tak pernah nak tahu pun umurnya hanya Namanya..kerana ambe tak minat dengan Nombor hanya nama yang baik semoga-moga nama yang baik itu di sampaikan pada Tuhan agar tuntunlah jalannya jika ambe adalah benar buatnya.

mengalah dengan Poligami kerana anda tak rasa, atau rasa kemudian bersungut-sungut dalam Doa agar jadi semulia macam Isteri Nabi..padahal Nabi pun Poligami sepanjang hidupnya dengan berbelas-belas bekas Isteri dan Isteri permanent.
untuk jadi Isteri yang permanent itupun kira sangat Syukur kerana dah mampu capai apa yang dikehendaki oleh tiap jiwa wanita, iaitu Bahagia di Syurga. kerana ndak Bahagia di Dunia ni...ambe pun tak pasti lah, sebab Mulut berbau pun dah berbalah ditengah malam. macamana?

sementara ambe, yang maseh ditaraf bujang.. ambe tak ndak cakap lebih-lebih lah kecuali menyampaikan kefahaman ambe aja.
keyakinan ambe terhadap Poligami kerana apa tlah Nabi buktikan hari ini melalui kehidupan kita hari ini, yang senang dan mudah. tapi kita pula ambil terlampau mudah dan ringan hingga usaha pun dah semakin mengering.
dalilnya Mereka Mampu..

apa berlaku hari ni hingga buat kita pun rasa Wanita teranianya kerana amalan Poligami orang Arab hari ini seolah-olah melayan Wanita sebagai gundik, ambe harap buat lelaki yang bakal berpoligami tidaklah ulangi yang sama. Wanita tetap perlu dimuliakan..dan ada Satu surah yang Khas bagi mereka, sementara buat Rajul atau Lelaki pula memenuhi surah-surah lain yang tersirat padanya peranan,tanggungjawab dan tugas..menunjukkan betapa ringan dan mudahnya bagi wanita balik ke Syurga,
dan hanya perlu Taat dan Khidmat sebagai Suri sementara tugas lain itu kerja Lelaki yang bernama Suami.
penegasan demi penegasan, Wanita itu Lemah..maka bela lah mereka kerana mengenali apatah memilikinya itu antara anda akan tahu dimana keistimewaan bila bersatu hati.

dan ambe hanya memerlukan satu wanita sebagai Isteri dalam hubungan Monogami.
cukuplah dengan peranan itu ditunaikan dengan cara paling terbaik. tak perlu melambung-melangit tingginya atau melaut luasnya..bagi ambe yang maseh mencari, menunggu dan menanti..payah benar ndak cari calon yang sudah siap menerima ambe sebagai satu-satunya hero baginya,
yang mengadu minta bantuan tiap kali sahaja ia rasa susah,
bukan kah pembawakkan seperti itu dikirakan membakar jiwa kita agar di inspire sepenuh nya menjadi lebih terbaik dari hero bahkan lebih super dari hero?
memang lah tampaknya macam angan-angan yang berlebihan..namun angan itu lah buatkan setidaknyapun hubungan anda itu tidak tersia-sia, bahkan wanita manapun tahu bahawa lelaki ini tlah banyak menyelamatkan dirinya dari bahaya..

jiwa lelaki yang sering inginkan sumber inspirasi atau ilham, agar lebih kuat menempuhi dinding-dinding halangan, kebal dalam menghadapi cabaran, belaian dalam menyampaikan hasrat..bahawa calon yang ini lah keyakinan sebagai seorang Ibu pada Anaknya.

kerana kepentingan ambe adalah orang lain seperti anda, yang sedia membaca dan mengoyakkan fikiran lama dan bersedia menyalin pakaian akal baharu..
sekiranya tidak dipeduli oleh sesiapapun, ambe tahu bahawa ambe lakukan demi jaminan Tuhan,
Lelaki baik untuk Wanita baik, Lelaki jahat untuk Wanita jahat.

ambe lelaki yang jahat,
kerana itu ambe perlukan wanita yang jahat buat ambe..
biarlah terima diri dengan kurang sekurang-kurangnya atau mengaku bodoh, asalkan bukan wanita yang berlagak Imam terhadap persembahan baik ambe demi kerana dia juga selama ini.

jahat?

memang pun..dengan bersatu lah moga-moga kita kenal apa KEBAIKKAN dalam rumah-tangga atau masjid.

ambe sering anggap perempuan yang sudah matang menjadi wanita, yang belum bernikah atau mungkin balu atau janda itu tidak ada masjid bagi mereka,
maka yang membina masjid itu adalah lelaki..itu kerja nya.

sementara wanita yang menunggu waktu untuk dijadikan Isteri itu, kumpul lah sebanyak mana erti Hidup diluar dengan total, menanggung kekecewaan Dunia ataupun angkara baik Dunia yang pastinya ada muslihat akan diketahui agar segala macam rupa ilmu itu dikumpul demi membantu Suami dan membesarkan Anaknya dengan Ilmu yang mereka dapati bukan setakat melalui rujukkan buku bahkan dengan kerja memerhati dan menempuhi Hidup itu sendiri secara amali.

walaupun kabur, penyakit jiwa yang bernama Cinta itu sememangnya tiada Dua, kerana itulah Suami tlah dilarang untuk ber Cinta namun sekadar ber Kaseh pada Isterinya yang dipilih dari berpuluh atau ribu..
hak disini adalah buat Isteri kerana mereka sahaja lah yang layak merasakan Cinta di Dunia melalui Suaminya.
Apapun sahaja yang mungkin dapat dipenuhi pasti diusahakan oleh suami buat Isterinya..jikalau si Isteri sudah sedia tidak lagi berlaku Curang dengan tidak lagi mengharapkan apapun baik kawan,keluarganya sendiri ataupun dirinya kecuali Suaminya yang satu-satunya untuk menentukan Hidupnya.

itu yang kebanyakkannya gagal hari ini, terlampau banyak kemudahan dan tak rasa apa bentuk susah payah yang sebenarnya.
yang banyak dipinta itu mudah dan murah atau percuma..
hingga bila Suami yang bekerja siang malam, yang belum tentu lagi balik atau tidak kerumah kerana beribu kemungkinan mati atau hidup..cari yang kedua atau tiga sebagai ganti kekuarangan yang ada. bila Cemburu yang sebenarnya sifat lelaki dah diambil wanita, hancur lebur lah.

mana ada hormat lagi, melainkan mengeji Tuhan yang jadikan lelaki itu pimpinan bagi membelamu, tapi anda umpatkan keburukkan nya sebagai tanda terima kaseh.
Cinta?...

periksa betul-betul,
khuatir Nafsu sahaja kot.
(kalau memberontak dengan Api Kalam ambe, itu Amarah lah tu...mana ada Nafsu baik yang nak tentang,dendam atau lawan balik melainkan terima dengan keredhaan,kesabaran,ketaatan dan kesabaran Tanah)

Cinta adalah segala-galanya buat Isteri yang sentiasa bergantung pada Suaminya,
Cinta adalah segala-galanya buat Suami yang sentiasa bergantung pada Tuhan..agar jamin kesentosaan menuju dan kekal di Akhirat bersama hingga selamanya.

itu lah Cinta. yang disaksikan ambe melalui mata sendiri. tiada dongeng atau rekaan.

KBD