Monday, August 22, 2011

SEBAB

demi menjawab ketidakjelasan atau keserabutan fakta yang bergunung-ganang.. bawalah diri kepada melihat tiga hal yang sudah, sedang dan bakal berlaku.

hal itu hanyalah "zaman"..yang mana bila kita tahu ada orang Pakar Masa Lampau adalah ahli Sejarah, Pengkaji Sejarah atau yang Arifful Shajarah. padahal bila meneliti mereka seperti Leonardo Da Vinci, Nostradamus ataupun siapa-siapa lagilah "product" modal "Insan" hari ini yang begitu di iya-iyakan kita oleh ajaran Dajal.. Hakikatnya, mereka tetap mengguna pakai semula apa Agama tlah ajar pada mereka. dan mengguna pakai ajaran Isa hingga Adam bahkan mungkin Muhammad salallahualaihi wa salam agar apa mereka sampaikan itu efective agar di relevant kan..

setelah itu lahirlah para Pakar Masa Akan datang pula, yang juga terdiri dari Nostradamus atau Leonardo Da Vinci, bersama lampiran karya puitis mereka mengenai Prediction "Armageddon" atau Peristiwa Akhir Zaman..yang sedikit sebanyak buat antara kita terhantuk akal dan berkata "eh..betul la" disebabkan relevance yang semakin logic(menurut kita).sedangkan kita sedar, itu maseh memerlukan kaedah "kitar semula" sahaja.

kemudian wujud pula Pakar Masa Kini seperti mereka yang menyambung kembali Usaha Gigih Nostradamus atau Da Vinci atau siapa-siapa lagi sang Pengkaji berkaitan Sejarah. hingga menghimpunkan ramai peminat atau pengikut yang didakwa taksub atau extreme, sedangkan menurut Hukum Akal.. apa yang jelas sepertimana kita ketahui hari ini semuanya boleh direka dan dicipta kemudian di promosikan melalui gembar gembur cable atau saluran Networking yang mantap, maka jadilah sesuatu yang "diterima oleh Umum"..

ambe beri satu contoh mengenai Penyiaran yang Salah tapi disiarkan dan kemudian diterima bahkan disokong oleh penonton yang terdiri dari masyarakat kita sendiri.
antaranya WWE atau Gusti..dimana dimata kita dah jelas itu semua dedahan yang teruk dan tak elok dimata, mendedahkan Aurat lah satu-satunya alasan pertikaian kita. Kemudian bukan sahaja penggusti Lelaki bahkan Wanita yang sama juga naik di Ring untuk melakukan helah mereka pula.
1. Kita dah tahu semua tu lakonan dan dah ada plot masing-masing.. kerana kalimat "Entertainment" dah jelas dibelakang World Wrestling.
2. Kita faham ia datang dari orang yang rata-rata kita sendiri benci diatas perilaku mereka terhadap Umat Muhammad sendiri.
3. Kita saksikan sendiri bagaimana penampilan dan definisi Terrorist melalui Character atau Watak Jahat yang bernama dengar atau mungkin memang Islam.
namun apalah SEBAB kita sokong Hiburan seperti itu atau memrangi pula mereka?
ambe tulis kerana ambe nampak kedua-dua scenario itu, dan tak lupa ambe pun pernah meminati Ultimate Warrior atau Kane atau Undertaker ketika berusia 7 tahun dan kemudian pula membencinya ketika sudah semakin remaja.
kerana Bodoh dan kebudakkan,
Obsesi Minat ambe terbawa-bawa hingga ke gelanggang katil rumah nenek ambe sampai sepupu ambe pun cederakan, berdarah dagunya dan terluka atas SEBAB idola gusti.

bila ambe kemukakan hal ini, tolong jadi 2 orang dalam satu masa. iaitu menjadi Pembenci dan Penyokong. maka anda lihat kedua-dua hal ini tetap dan maseh berlaku kerana kenyataannya Tuhan izinkan berlaku. dan tugas membendung atau sengaja mengendorse hal ini maseh bergantung pada SIAPA pemimpin kita, yang peduli kepada kita hingga penyiaran pun ada yang memaklum kan kita ia tidak disaran atau digalakkan oleh pemerintah diatas SEBAB.

Penyiaran yang Salah disisi Agama apa-apapun yang melata sekarang, tetap berlaku di Dunia..Maka alasan kita yang "nak kata apa pun tak reti..tapi gitulah..Kerajaan kita lah"....apa makluman itu sudah kita sampaikan pada Kerajaan atau belum? jika tidak dipedulikan, maka apa SEBAB nya?
yang perintah itu kita ataupun mereka? ya, jelaslah Kerajaan atau Pemerintah lebih berkuasa dalam apapun hal. Melalui salah siapa hendak kita salahkan? padahal kita dah UNDI, bahkan orang lama pun UNDI hingga sepakat dengan kebersamaan agar Pemerintahan yang macam ini lah terbaik untuk masa hadapan..

tapi kita tak kunjung Syukur dengan Nikmat yang dah diberi dari Susah Payah sebagai Rakyat untuk buat ini atau itu tapi tetap melalui cara alternative mana-mana pun kita dapat selesaikan.. kita belajar dari Susah Payah dan tahu Nikmat Senang kemudian hari, itu tak kita nampak sebaliknya mencari dan korek-korek lagi cela, salah silap pemerintahan agar dipertikaikan dan jadi bahan bakar kebencian. sementara ambe yang tulis macamni, para pembangkang akan kata ambe sokong kerajaan yang zalim.

nanti dulu, tengok posisi ambe sekarang ni siapa secara Pribadi? adakah ambe benar Raja yang Sultan sekarang yang dikelilingi kaki tangan kipas dan gundik-gundik? ambe tetaplah orang yang sama seperti anda, rakyat biasa.

mestilah ada SEBAB yang concrete untuk berani kemukakan hal ini, kenapa?
antaranya alasan ambe hanya mungkin ndak kita tengok diri, yang juga tak sempurna, Najib pun kurang sempurna walaupun dialah Perdana Menteri, Mat Said pun kurang sempurna walaupun dialah Menteri Besar Terengganu, Haji Hadi pun mengaku dirinya kurang sempurna kerana itu dirasakan Islam perlu ditegakkan dan diamalkan oleh pemerintahan di Malaysia..Anuar Ibrahim pun ada kurang sempurnanya juga, dulu kita tengok beliau berada di tempat sama bahkan bersuka ria dengan orang-orang yang beliau kini prangi hari ini.. semua ber SEBAB.

ataupun Barack Obama pun kurang sempurna walau diiktiraf dunia beliau antara pemimpin ulung Dunia masakini, tetaplah dia memerlukan Kempen, Penyokong agar Undi dirinya naik menjadi siapa dia sekarang ni.

atas SEBAB itu maka Allah taala beri kita semacam contoh-contoh yang dibaca mungkin dari buku Sejarah, maka kita tahu dulu tu macamtu, kemudian lihat sekarang dan sedar bahawa Sejarah tetap berulang dan diulangi walaupun tema zaman berlainan, keadaan dan suasana dah berbeza yang tetap itu "Pokok" dari Nya.
Pokok adalah tafsiran kasar dari bahasa Arab yang dipanggil Shyajaratun.. dimana Pokok berkembang menegak diatas dari sekerdil benih mungkin besar kuman, di develop hingga tumbuh mengakar, menjulang hingga wujud dedaunan dan akhirnya ada buah dari pohonnya.. Sejarah adalah tempat kita berteduh, bagi ambe orang yang kaji Sejarah sama aja dengan orang yang tanam pokok durian di dusun.
kerana mereka sudah tahu awal mula buah Durian, ada mula dan akhirnya, jika akhirnya adalah biji durian yang dibuang, maka biji itulah akan melahirkan Pohon Durian lain pula.
maka process itu dipelajari kemudian dipracticalizekan hingga disaksikan sendiri, sungguh-lah cara macamni terbukti berkesan.

tatkala kerana Benih Pokok Durian yang hendak ditanam itu berada di Bumi bukan milik kita maka difahami keadaan yang sesuai untuk tanam. serta timbul lah bagai-bagai andaian dan prediksi berdasarkan cuaca, musim dan sebagainya..itupun sama aja seperti Prediksi Nostradamus mengenai Akhir Zaman yang sebenarnya cuma olahan dari Isa melalui Injil. Kerana selagi hidup di atas Dunia, kita maseh berada di dalam Karma..ada orang tanya ambe dahulu, apa Karma itu betul ke?
maka disini ambe beri tahu, Karma adalah betul. Kerana ia datang dari ajaran Jin melalui Hindu kemudian Buddha mengguna pakai semula menjadi satu kepercayaan lain.. Source itu tetap dari Jin melalui Manusia juga, dan akhirnya datang semua dari Ciptaan Allahurabbil alamin juga, Tuhan sekalian Alam. Jadi, jangan peliklah dengan statement ambe mengatakan apa Nostradamus katakan tu ada betulnya juga, tapi salahnya mungkin Agama buatnya. sama lah macam kita hari ini, yang dah menikmati buah Durian tanpa peduli pun siapa yang usahakannya, atau yang dah bersusah payah meneliti dan buat kajian hingga kita dapat rasa dengan penuh sedap dengan percuma.

kita dah nampak tapi buat-buat Buta, memang Buta atau sengaja Buta.

maka celiklah dengan meneliti SEBAB yang berlaku..andai kita Yakin Tuhan wujud, tak ada lagi alasan "Kebetulan" yang diragukan oleh rasa.

padahal sebut "Kebetulan" tu pun kita yang bodoh ni akui ia BETUL..namun mentality dalam memahami "Kebetulan" dah semacam jadi ikut-ikutan, bahawa itu macam "tak sengaja" sedangkan Tuhan dah rancang tiap apa hal sebelum kita ada lagi..
apatah yang tambah di ekor ayat itu "KOT"..ambe rasa macam nak lepuk kepalanya dengan Buku Teks Sejarah Darjah 5 je rasanya.

dengan SEBAB, kita nak ragu apa. Tuhan buat semua ada SEBABNYA. dan SEBAB paling jelas itu kejadian,peristiwa,hal atau "kemalangan" yang berlaku pada kita secara sendiri dan tunggal didalam Hidup itu adalah untuk anda sedar, Tuhan dah ingatkan kita, Rasul,Nabi atau Wali dah berpesan pada kita dalam Wasiat atau Amanat mereka, dalam tulisan lagi.
yang anda perlu buat hanya duduk dan baca Quran. itupun Susah..

SEBAB apa Susah kalau bukan kita yang buat ia jadi ASBAB kesusahan. Mentality yang selalunya ambe jumpa hari-hari melalui kenalan, kawan, rakan sekerja, atau sahabat, secara rata ramai lah yang suka SUSAH dalam ber SEBAB..

SEMPIT dan SULITKAN fikiran sedangkan fikiran kita boleh pergi jauh ke Canada andai kita benar mahukan, atau pergi Mekkah dibulan ini, andai kita betul hajatkan.

dan kita tahu sudah, bahawa SEBAB hanyalah rumah Tumpangan atau baju zirah/ armor diri yang sementara. ia tak jamin keselamatan kita dalam menempuhi Hidup esok dan lusa atau minggu depan atau bulan hadapan bahkan tahun hingga berbalik menjadi mangsa zaman.

SEBAB apa Hidup Rakyat susah? adakah SEBAB kerajaan sedang menikmati dan ratah harta Rakyat? ambe tak Yakin dengan statement tu walaupun benar sama sekali, yang ambe Yakin hanya setiap perlakuan ada Balasan. Disini atau Disana..
"Selama" tak wujud disini walaupun benar ada pembaharuan dari setiap zaman agar usaha "Selama" kita tahu..tetaplah "Selama" itu di Maha Genggaman KebesaranNya.
maka mula lah menekan butang Fikir yang logic dan tidak logic..
andai kita tahu cetusan itu mencetuskan Api dari Kegelapan maka sedarlah Hidayah pasti ada disitu, maka istilah "Selama" Nya itu memang benar ada..namun wujud di alam yang berada atas dari logic dan tidak logic.
itulah Ketentuan.
Ketentuan wujud demi satu SEBAB,

SEBAB Tuhan itu YA SALAM.

kenapa orang ber Tuhan perlu resah dengan Kesejahteraan sedangkan semua itu dah dijamin, buat mereka yang Ikhlas ndak tanpa menuntut apapun balasan kecuali dengan satu-satu sahaja SEBAB.
iaitu,

"ALLAH"

yang terdiri dari 99 SEBAB kenapa DIA adalah Tuhan..atau anda tahu nama Tuhan itu melebihi 99, itu lebih lah dari hebat..kerana anda adalah Pilihan. maka Syukurlah.

SEBAB? bukan semua orang sedar pun akan wujud 99 ni kalau tak ada Nasyid Asma Ul Husna.

Apikalam mohon beransur dari bermacam SEBAB. dan memohon agar anda cuba jawabkan SEBAB ambe buat kerja bodoh ini..
adakah SEBAB ambe adalah Hamba?
atau kerana ambe tahu SEBAB anda semua adalah Tuan bagi diri Hamba?

jika anda bersedia jadi Tuan buat ambe, Jazakallah..
tapi kalau anda sudah siap menjadi Hamba pada ambe dengan menggelar ambe Tuan..maka terima -lah Kaseh.

KBD