Wednesday, August 24, 2011

pembidas sepenuhmasa


penghargaan diberikan kepada "peminat" dalam diam yang membaca dan mengikuti Apikalam, walaupun dari sudut hubungan antara kita semuanya ghaib dan maya rupanya namun apa diharapkan dari hamparan umpatan atau huraian katanta kepanasan..
oleh kerana ia adalah threat yang berisiko tinggi, anda tlah berjaya ambil risiko ini semata-mata untuk melunaskan hutang "ingin tahu" itu.

jika kita ambil setiap perkara dan hal peri-hal dengan +ve , soalnya mengapa harus dipersoal kan lagi? walhal Sifir bagi mereka yang kenal Asas mereka akan ambil semudah 1 2 dan 3 tanpa mempersoalkan jawapannya ialah yang berada di tempat 4.

1 + 1 = 6
eh, salah ke? nanti, jangan cepat kata salah. Perhati elok-elok...Maseh Salah?

tak sedar ke + atau = itu pun dari 1 juga?
cuba kira elok-elok maka anda jumpa lah jumlah Lidi yang ada..tu lah sekarang main calculator.

macam itu juga la dengan hal +ve. pasti ada sudut yang baik dan benar walaupun test atau ujian itu pada awalnya memang Jahat dan Bodoh..macam tak ada kerja dan sebagainyalah..namun bila anda duduk diam di rumah sambil berbaring, anda nampak kebenaran itu sendiri.

jika ambil ia -ve bermakna anda menafikan tiap apapun yang ada, anda tolak semua orang walaupun keluarga ataupun seseorang. Main Objective kita adalah demi mencapai apa yang hendak kita miliki. kemudian dah dapat, back to zero semula.
jadi tak salah dari ambe jika ambe kata 1 - 1 = 0 kerana ia benar di logic akal anda dan kita.

itu sebenarnya apa kita dah miliki sejak awal, dari kecil hingga besar.."Keyakinan"
anda yakin dengan Sifar kerana rata-rata asas keberadaan anda pun bermula dari 0. anda didalam kandungan Ibu, bukan Ayah walaupun Ayah dan Ibu mencetuskan satu chemical reaction hingga membentuk Jasad namun anda tetap dan maseh 0 dari pengetahuan, maka anda perlu pencampuran 1 (ibu) dan 1 (ayah) menyampaikan 1 pengetahuan pada kita yang 1 juga maka jumlahnya adalah 4. namun tidak sempurna jika tiada 1 keadaan,suasana atau tempat untuk dijadikan class room maka tambahlah lagi 1, tapi takkan jadi juga andai tiada 1 macam persefahaman agar diyakini bahawa jumlah nya adalah 7.

eh, jap! nanti! nanti!..tadi kata 1 + 1 = 6 sekarang dah jadi 7 pulak?

habis tu, kita tahu kalau Nabi pernah bersabda Allah suka pada nombor yang Ganjil..tapi kenapa Ganjil dan bukan Genap itu disukai?
dari pendapat ambe yang bodoh ini, ambe faham dengan nombor Ganjil dan Genap ini ada kaitan dengan Mentality kita kebiasaannya dalam Hari-hari..
Cuba dibilangkan sesuatu yang boleh buat manusia Jam dan tersentap, kesannya lebih mendalam dari menyampaikan sesuatu yang lembut dan beralas, walaupun ia juga effective, namun kerana kita atau orang seperti ambe ni "benok" kata orang ganu atau lembab fikiran maka dengan kelembutan biasanya lambat disebatikan dengan diri.
kenapa? sebab menjadi manusia akan cepat skeptikal dengan keganjilan dan kepelikkan biasanya, walaupun mereka Yakin ada kebenarannya, selalu nya mereka akan pertikaikan hal Ganjil dan mencurigai hal Pelik dan "tak masuk akal"..

sedangkan Nyawa pun sampai hari ini kita tak tahu berada dimana khususnya, kita cuma tahu tercabut aja. kerana itu kerja Malaikat Maut yang datang sentap Roh keluar dan memutuskan Nyawa maka lahirlah istilah peri bahasa "Putus Nyawa".

bagaimana dengan keyakinan terhadap wujud Akal, sampai hari ini perbahasan dan hujah hebat di serata University dalam menentukan dan memberi Inference masing-masing mengenai posisi Akal, ia dikepala..itu kita tahu, namun secara kasarnya itu dimana? adakah Akal itu urat saraf? adakah Akal itu isi-isi dalam Otak? macam-macam lagi lah andaian dikemukakan.
walhal kita ambil Monyet, atau Kucing atau Burung mereka semua ada Otak namun apakah sehebat itu binatang ini dapat membina Masjid Terapung atau mencipta Laptop versi mereka ataupun Iphone 5?
itulah bezanya Manusia dan Binatang. kita tetap Ber Akal walau apapun Hujah. Otak mungkin receptor yang menyimpan ingatan atau kita ambil bahan kasar didepan mata, itulah Pen Drive atau External Hard Disk yang dikenali sebagai Storage.
mekanisma Otak bagi orang yang Nyanyuk kata kita, selalunya dikaitkan dengan Orang Tua..Kenapa?
kerana Otak dah hilang Fungsi sedikit demi sedikit, ia ada jangka tertentu.. namun perbandingan kita pada orang Tua yang tidak Nyanyuk, kenapa pula?
itu kerana mereka ada Keyakinan..walaupun Keyakinan yang sedikit tapi berisi messagenya..percaya tak tu? Datuk anda atau Nenek mungkin bagi anda macam PC lama yang dah Nazak namun sekali Storage itu direcover guna kecanggihan technology, anda jumpa sesuatu yang bermakna.
Nabi-nabi hidup bahkan melangkaui Usia Logic, jika itu jadi reference hari ini maka ambe berilah inference ambe pula, mereka bergerak tidak lagi diatas hal tidak logic dan hidup dengan menyalahi apa fakta dapat katakan. itu hal mengarut dan dongeng bagi yang mereka sebelah kiri akan tetapi sebelah kanan akan mempercayai nya dengan membuta tuli..kerana mereka tak mau kepercayaan bahkan keyakinan. dan salah satu isi kandung keyakinan adalah ia tak logic berlaku.

Confidence atau Keyakinan adalah perilaku yang mengatasi ketakutan. betul tak?
Orang yang penakut, dia tak yakin untuk berjalan seorang diri dalam gelap, namun Orang Yakin dengan Kegelapan, itu tak ada hal. atau mereka yang angkat berat 40kg beras setiap hari yang pada kita rasakan itu tak masuk akal, namun kerana diri si pengangkat beras yang sudah berpuluh tahun bergiat dalam bidang itu mereka dah kenal apa itu yang dimaksudkan "berat"..

Maka tak salah andai ambe katakan Hero sebenar kita Bukan Nabi Muhammad atau Nabi-nabi lain sementara Super Hero yang sebenar maseh Bukan lah 25 Rasul namun mereka ini adalah Lebih Super-Super dari Hero yang pernah dipotray atau digambarkan oleh pelukis komik seperti Stan Lee atau Todd McFarlane. Malah merekalah Adiwira-adiwira yang sepatutnya dicontohi diatas ketidak logic hal dilakukan oleh mereka.
Belah Laut..siapa Boleh? Tentang Firaun pun kita belum tentu..jangankan main lawan Sihir. Padahal itu baru Preview aja..Main eventnya mungkin Belah Laut.
atau Lenturkan Besi dengan Nyanyian Daud alaihissalam..Siapa Boleh hari ni? Mariah Carey mungkin boleh pecahkan Gelas. tapi Besi orang hari ni pun bingung..

Dinamai Mukjizat bagi Rasul, Karamah bagi Sahabat-sahabat atau Kesaktian bagi Waliullah..itu semua ada dari beratus-ratus himpunan ceritera untuk kita baca. dan orang ramai jadi cepat obses dan kagum dengan Kepelikkan Magic-magic..Cuba kalau Nabi Muhammad tak belah Bulan, apa kita hari ini percaya Islam itu satu-satunya Kebenaran?

Tak rasanya..

kerana tarikkan kita pada Hal Tidak Logic seperti ini buat kita Percaya dan terus Percaya..belum Confident namun ada semacam Kepercayaan.

dan tak salah bagi ambe kata jika ambe atau anda yang sekadar percaya cerita lama, itu sama aja dengan Hindu. kerana orang Hindu cuma percaya, dan tarikkan utama Hindu itu semestinya Kesaktian..jadi tak juga bercanggah dari fakta selama Sejarah termaktub dan terus termaktub kisah-kisah berhawa Magical ini menjadi sumber kepercayaan awalin. Wali 9 di Tanah Jawa dahulu terkenal dengan Sakti mereka. Sama seperti Sirah Nabi Musa menentang Firaun yang rata-rata bersihir-sihiran.. dan kerana itu juga Para Wali 9 tlah sedikit sebanyak "Membelah Lautan" Samudra ini hingga ke mana sahaja wilayah Nusantara diketahui.. memang lah tak ada cerita Wali 9 belah Laut namun ambil ia sebagai Subliminal atau Tersiratlah yang membawa maksud Pecah Sempadan hingga dibawa Umat yang Jahil berhijrah ke Negara Baharu iaitu Negara yang dinamai Demak yang mengamalkan Islam sebagai tonggak utama..
dan diantara Wali yang 9 ini lah amalkan apa Nabi Daud Alaihissalam laksanakan, iaitu nyanyian..Music yang berunsur ketuhanan bagi melawan Jalud atau Gergasi-gergasi "Syarikat Rakaman" ketika itu..haha..
maksud ambe, Music-music yang ada ketika itu lah.. Orang Popular kan bagi kita tu macam "orang besar" juga. kerana kita agungkan karya mereka, kita ralit hingga lupa karya itu perlu dibawa semacam appreciation pada Tuhan. Bukan memuji dan memuja awek atau tumbuhan atau beruk-beruk dihutan..Tuhan.

ambe bersama Dendang Anak pun hingga hari ini, banyak betul "gergasi" yang rasa lebih tahu dan hebat menindas perjuangan yang kecil ni. yang bukanlah famous tu kami namun kami ndak lagu itu difahami..itu aja. tapi reaction "peminat setia" selalunya yang hampeh, yang cuma dengar dan balik..walhal yang bikin lagu dan tulis lirik itu bukanlah orang Music pun, dan buat lirik pun bukan suka-suka dan senang-senang bahkan dibulan Ramadhan macam inilah Ilham itu datang, dari amalan beramai-ramai juga, berterawikh, muzakarah, berzikir dan baca Quran..dan paling sedihnya pemuzik yang terpilih ini pun apa adanya, adalah yang background memang Music dan Study music namun ambe ni, bukanlah pandai sangat bahkan chord pun tak tahu, cuma dengar macam tu, ikut macamtu. kadarnya itu jelah.

music satu hal sensitive dan pelik hari ini bila kita kaitkan dengan Agama dan Tuhan. Hujah dan pertikai orang ramai selalunya tempat tak kena, di khayalak orang ramai, di majlis pihak pembangkang atau kerajaan..Politic-kan Music sedangkan kami tahu Music lah satu-satunya Hak yang tak boleh diclaim kan oleh sesiapa menjadi miliknya, kerana abadi itu dari Syurga, Milik Tuhan. kalau Karya pun nak pegang hak Syarikat Rakaman maka Nasib Pemuzik pun belum tentu terjamin..Syarikat-syarikat rata-ratanya akan observe Market dulu untuk tahu permintaan hangat itu Genre atau Jenis apa, baru boleh deal. Jika tak ada, tak adalah.. sementara pertikaian tempat tak kena pula dari orang yang bukannya duit banyak kecuali bersungut sebab hakikatnya dia susah, maka dia nak orang lain susah..itu je. kalau ikut adat hari ni banyak duit, nak cakap banyak, cakaplah..tapi berilah ruang untuk marketkan product ini jika dirasakan bagus. ini tidak, cakap banyak dan tak kadar ke diri dulu.
sementara pemuzik lain yang kuat condemn Dendang Anak itu dan ini, ambe sering terima comment dan condemn mereka dari perbualan atau email atau message. Cakap macamlah dia tu hebat, tapi tak kadar ke diri dimana kejayaan dia. kalau dia comment sahaja tak apa lah, itu kira Syukur namun dah teruk-teruk dan kaw-kaw hingga dah jelas itu Condemn maka ambe pun jadi fed up untuk dengar.

kerana yang cakap selalunya bukan yang dibidang sama, Rockers atau Jazzist atau Pop yang main group murahan di Hotel bersama lagu orang lain.. jika ndak bantu, didiklah kami.. dari awal-awal ambe declare kami ini bukanlah Musician yang terpelajar rata-ratanya.. namun suara sumbang itu berakhir disitu sahaja. begitu juga "Kehebatan"

sedangkan ambe memerhati, tiap-tiap malam Dendang Anak berlatih sesama sendiri untuk memantapkan dan belajar technique apa lebih baik dalam persembahan, guru-guru alam maya aja lah jadi panduan reference tapi rujukkannya tetap orang yang buta Chord yang kami tetap sanjung beliau sebagai Yang Dipertua Dendang Anak. Usaha dengan cara susah yang sesangat lah susah.. demi apa? Popular? tak juga.. jelas nama Dendang Anak itu perdendangan demi Anak. Generasi..tak kira manapun berada, semacam "Zabur" ini tlah berjaya tewas dan tawan setiap Jalut yang ada, walau dimana-manapun kami dicampakkan.
dengan airmata kadang kerana tak tahan betapa terharu rasanya, kalau tak terpilih bersama Dendang Anak ambe pun mungkin antara orang Jahanam yang menjahanamkan kerja baik orang lain juga agaknya.

tapi itulah kita, asal Music aja Haram terus.. Hukum tak lari meniti dibibir. Rambut panjang pun Issue hingga hari ini, walhal itu Sunnah Jibbliyyah atau Fashion Nabi. namun ramai anggap itu cerita lama, kalau cerita lama..buang ajalah Quran ke Laut.
itu Nabi dari Zaman sebelum kamu ada, moyang kamu pun belum tentu ada..

itu salah satu contoh walaupun banyak lagi kesah lain, kemudian Bahasa Melayu diterapkan ke jiwa-jiwa mereka ketika itu. Walaupun Sanskrit maseh diguna namun maseh ada penerapan Bahasa Melayu dari Jawi juga. Hingga ke Hari ini..kita tak sedar kebanyakkan pengaruh bahasa,budaya dan adat dalam kehidupan pun terasnya maseh Hindu.

itupun ndak salahkan Melayu, ambe fikir perilaku sebegitu lebih kurang puak-puak Yahudi yang menyalib Isa dan biarkan terbunuh begitu. Kita berdarah daging dan warna kulit serta bahasa yang sama pun mencurigai orang kita sendiri, kemudian tuntut hukuman secara beriya-iya demi "KEBENARAN ISLAM" kononnya..
"ISLAM" kah orang yang benci?
"ISLAM" kah orang yang kedekut?
dua soalan itu ambe tanyakan pada pembaca dan hadamkan benar difikiran dan perasaan..

walhal setiap orang Islam mengamalkan Bismillahirahmanirrahim setiap hari dalam apa jua hal dari bangun tidur hingga ke atas katil sebelum jimak pun disuruh Bismillahirrahmanirrahim dahulu..
kerana Kemurahan yang diberi Tuhan agar kita Bijaknya di sana..apa kita buat hari ni?
kerana Kaseh yang diberi Tuhan agar kita benar Mewarisi demi kesinambungan yang baik..apa kita buat hari ini?

ambe tak Yakin kalau Hukum itu Solutionnya, walaupun Ulama menggariskan Hukum agar kita tahu tiap apapun dilakukan ada Hukum nya namun begitu adakah anda BERHAK untuk HUKUM orang lain dengan sewenang-wenangnya padahal rata-ratanya umat hari ini cuma "Faham Agama", "Tahu Agama" namun belum Islam. Islam ditanah Arab sekalipun ambe sendiri berada disana, lama berada disana untuk fahami ini dan kesimpulan ambe hanya Islam kerana Bahasa. setakat di Jiwa.. tapi bukan didalam kehidupan.. Injil dari Isa mengajar kita untuk menyelami dan memperhalusi Bahasa yang ada, kerana bahasa itulah "Injil" kita, yang ada pada surah Yaasin.

yang sudahpun disedia compile kan oleh Sahabat Saidina Othman Radhiallahuanhu dalam Al Quran ul Kareem.. maksudnya Satu-satunya Panduan yang "Kareem" dari Nama Allah Al Kareem yang bermaksud Maha Pemberi tanpa meminta.

Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam yang paling sempurna dari semua yang ada atau tiada. bagi ambe adalah Super Super Super bahkan 1000 kali Super Hero nya yang patut dikagumi kerana peri badi nya..

anda yang kuat terpengaruh dengan cerita Tv atau Comic yang berunsurkan hal tak masuk Akal..fikirlah kenapa Akal kamu tak boleh terima, kerana Kuasa itu sendiri akan merosakkan apa adanya jika salah guna kuasa.
Tuhan dalam Sanskrit, Kuasa dalam bahasa Melayu. anda lihatlah betapa ramai "Tuhan" yang berlagak hebat dari Tuhan.
padahal hari-hari sebut Qul Hu Allah Hu Ahad.
Allah mungkin istilah orang Arab sebagai Tuhan..namun maksud sebenar kalimat Allah itu maseh Segala-galanya.. Bukan lah Tuhan..
Namun penyatuan antara makna Segala-galanya dan Tuhan atau Kuasa itu ada sinonimnya.. maka kenali lah Asma Ul Husna sepertimana yang tlah ambe dan sahabat ambe lain-lain pelajari dan amali.. Nama-nama yang ada, apa maksudnya sedangkan itu semua ada disini, maka "benarkah Tuhan itu dimana-mana?" menurut sesetengah orang..
bila anda cuba fahami NamaNya yang YA RAHMAN..kita pun naik segan nak minta. itu sepatutnya dirasai..
kerana Kemurahan itu jauh lebih hebat dari apa yang kamu dapat bayangkan atau sangkakan oleh Akal.

dan tahu bahawa Akal tak mampu menanggung KEBESARAN ALLAH taala,
diberi pada Kalam, yang juga ada limit dan letih penulis mengisahkanNya..sungguh pun itu benar apa tercatit pada Surah Al Kahfi, walaupun diganti berlautan tinta untuk menulis kalimat kebesaranNya..takkan habis..kita hilang kata-kata, ambe hilang untuk memberi satu nama yang tepat bagi memberi pengetahuan rasa takjub ini..
diberi pula pada Hati atau Kalbu, yang juga tak dapat menahan hingga pecah berkali-kali pun bersalin lagi dan lagi maseh lah Hancur..Hati pun ndak mati kerana Allah taala dan buktikan pada Kita semua sanggup Syahid.
Diri yang sendiri yang dipanggil Roh..yang juga terperangkap dalam Jasad ini yang sekarang anda-anda semua duduki pun tetap tak tahan dengan Kerinduan dan Kebesaran Allah taala..yang maha-maha dan maha besar dari apapun dapat diandaikan atau gambarkan..

TAKUT LAH TUHAN.

jangan takut ambe jika apa ambe sampaikan ini tidak mampu difikirkan akal. jangan fikir, jangan rasa namun laksanakan apa yang sepatutnya..dari jadi Pembidas sepenuhmasa pada nasib orang lain, yang juga ada Hak yang sama seperti kita.
Nak kembali pada Tuhan.

apa kita maseh ingin bergaduh kerana hal kecil dan benda-benda bodoh?
jika iya, teruskan ajalah.

kerana Api yang kejam ini sudah pada berpesan. Logic dan Tidak Logic hal..jangan Hukum, saksikan sendiri dari kehidupan dengan penelitian fikir yang tajam.

buat yang lemah, mari sini ambe smash dengan panas lagi..biar lah terbakar dengan kemarahan itu..paling kurang anda dah rasa bahang Apikalam. sebelum dijilat Api Neraka.
bukan takut-takutkan..dah susah sangat nak timbul fikir dan rasa takut Tuhan..

KBD