Saturday, August 6, 2011

Penyakit Jiwa: Bangga

Firaun adalah raja yang zalim, Hamam adalah Mentri atau Bendahara yang senantiasa ampu rajanya, menyokong tiap apapun perintahnya sementara Dermawan yang paling haloba pernah disaksikan Dunia adalah Qarun.

Hingga hari ini istilah peti besi atau kayu yang tertanam didalam tanah atau tengah lautan dipanggil “Harta Qarun”, menunjukkan satu dunia ketika berlaku nya itu memperakui betapa kaya-rayanya Qarun.

Musa adalah Nabi yang ke 14 dalam 25, kitab diutus bahaginya adalah Taurat atau Torah. Anak yang disengaja hanyut oleh sungai hingga dibela oleh Isterinya Firaun sendiri,
Padahal Firaun ketika itu begitu obsess dengan memburu anak lelaki kerana menurut tukang tilik dan atas hasutan Hamam, kelak ada pemimpin lelaki dari kalangan rakyatnya bangkit menentangnya.

Kasar mata ambe mengatakan Firaun juga Dayus dalam berumah tangga kerana tlah melanggar sendiri kepercayaanya bahawa dialah Tuhan. Bagaimana lah pemimpin itu adalah pemimpin sementara dia adalah Dayus anda kirakanlah sahaja bagaimana menurut pedoman hari ini.

Namun diatas kebenaran Firaun maka semua yang lain dianggap baik sahaja, hingga Musa bertambah usianya kemudian tlah menerima Hidayah. Sampailah kisah pertarungan antara Musa dan Firaun, Hamam, Qarun berserta ahli sihir itu jadi tauladan tersohor dan cerita epic berkenaan Hero yang hebat bersama Mukjizat-mukjizatnya, diantara kita ketahui, dipersetujui oleh Kristian dan Juda bahawa Kisah membelah lautan itu benar berlaku menurut kitab-kitab lama mereka.

Sementara diri ambe, engganlah beriya-iya menghuraikan kesemua nya. Sekadar mengambil yang jelas bahawa kisah Raja yang Zalim itu benar ada,
Mentri yang Zalim dan kaki sogok benar ada,
Orang kaya atau pengikut taat setia atau asset bagi Raja yang Zalim itu benar ada.. dan Pemimpin yang mungkin penentang kekhurafatan itu ada.

Muamar Ghaddafi atau Osama bin Ladin, ambe malas untuk membuat conclusive kekejaman mereka lakukan itu benar atau tidak..
Kerana seperti anda, ambe pun tiada berada dikondisi mereka setakat ini atau mungkin pernah, wallahualam.
Cuma secara reality nya, kita tak kenal Muamar Ghaddafi siapa melainkan atas Media cetak dan Visual dipertontonkan, boleh sahaja ia palsu dan sengaja dibikin itu dan ini.
Atau Osama bin Ladin yang diwartakan tlah mati dibunuh oleh orang Amerika, rata-rata Akhbar Cetak yang diterbitkan orang Islam kita sendiri dimerata dunia mengambarkan “Keganasan Berakhir”.. sedangkan dalam diam kita menyokong benar agar keganasan sebenar bermula.

Kita tak kenal siapa Muammar Ghaddafi, Kita tak kenal siapa Osama bin Ladin,
Sungguhpun rakyat sendiri berkata bahawa sahih begini dan begitu, apa kita tahu jelas itu yang berada di hati Muammar Ghaddafi atau Osama dengan Tuhan?
Yang ambe tahu, mereka bernama Islam dan maseh berbangga membawa bendera Islam, ucapan mereka pun tetap berkalimah Toyyibah.
“Perjuangan” ditahap mereka yang bencikan Amerika itu jelas menjadi sentapan kepada seluruh dunia dan khusus buat umat Islam. Walaupun kita tak tahu siapalah mengebom berani mati didalam kapal terbang yang memecahkan WTC atau Pentagon. Kata orang Amerika itu antara sekutu Osama dan sebagainya..

kuasa mereka adalah Dunia, NATO atau PBB semua berada ditelunjuk mereka hari ini itu sudah pun jelas sejelasnya.

Akan tetapi bagi kita disini pula, yang sibuk berkempen lah kononnya boikot semua barangan Amerika dan Yahudi, pada masa sama orang diatas dari kita pula membenarkan produk tersebut digunakan, walhal alatan perang kita pun jika tak silap dari ambe lah..pun dibeli dari seberang sana.

Yang menentukan itu kita sangka Kafir itu jahat dan wajib di hukum, anda berada dimana? Jikalau anda ndak sangat bunuh orang Kafir yang jelas kejam itu, pergi berjuang di Iraq sana, berjuang di Palestin ataupun dimana-mana sahaja umat Islam jelas ditindas tanpa peri kemanusiaan.

Terus dalam menyedari erti “peri kemanusiaan” atau humanity, nilai sebagai “Manusia” hari ini disini, cubalah anda tilik sendiri.
Dimana dasar bantu membantu orang fakir yang susah maseh kita tepis, dimana dasar bekerja siang malam hanyalah untuk menunaikan apa anda hajatkan, dimana dasar usaha pada orang yang diyatimi oleh pemimpin Agama yang sepatutnya mengatur dan susun kembali kehidupan ini agar lebih systematic.

Hari-hari ungkapan ala-ala Intellectual kita muntahkan, buat pun tidak.
Sementara ambe dah jelaskan dari awal penulisan ini sekadar pendapat, setelah apa ambe amalkan selama ini jadi perkongsian bersama.
Bukanlah promosi diri atau tunjuk baik atau sekadar falsafah.
Falsafah apanya, bahkan orang-orang seperti Hamka, Raja Ali, Hamzah Fansuri, Abdullah ibn Abdul Kadir Munsyi atau ramai lagi berkarya hanya semata-mata demi penjelasan yang sebegini.

Dengan harapan Melayu faham apa dia cakap, dan bahas kan dalam BAHAs SA mereka. Bahas pada Sa. Yang satu Bangsa mungkin dituju orang kedua atau pihak B atau mungkin sahaja kita cuba berlagak hebat dan ndak Ber bahas dengan yang maha Satu..itu terserah lah namun akibat nya tetaplah ada.

Namun apa Bahasa kita yang berminat untuk kaji,kenal dan ketahui anda lihatlah sekeliling hari ini.

Ternyata apikalam ini hanyalah False dan Sampah bagi mereka yang awal-awal dah curiga dan katakan “betul ke ni?”..atau “eleh” didalam hati.
Kita sendiri menghijabkan cahaya Agama sendiri, macamanalah kita nak cerahkan orang lain sedangkan peranan orang yang Yakin itu beri dan agih lagi bahkan sebarkan Hidayah melalui apa kepandaian mereka punya, korbankan maka Tuhan sudah tetapkan akan diganti sesuatu yang jauh bermakna malah terbaik dari sebelumnya..

Itulah Peri Kemanusiaan. Orang yang peduli dengan kepentingan manusia lain yang kabur makna Manusia itu sendiri.
Ada yang pemalas macam babi..itu belum Manusia sepenuhnya,
Ada yang sombong macam merak..itu pun sama,
Ada yang garang atau bekeng macam harimau..itu pun lagi lah sama,
Ada yang bangga diri tak tentu pasal macam helang..itu pun sama,
Ada yang bising macam katak bawah tempurung..itu pun sama,
Ada yang sudi ibaratkan diri macam Merpati lah kononnya nak kebebasan..itu pun sama,
Atau yang menipu membelit kalam macam ular..itu pun sama,
Kerana kesemua sifat Binatang kita contohi dan turuti..walhal kita Manusia. Yang lebih terpuji dari itu.. “Peri” itu kalau kita rujuk kamus maksudnya “Sifat”.

Sememangnya jelas sifat binatang itu ada, Kejadian Manusia pun dari Tanah dan pelbagai Unsur yang ada di Dunia, itu ada pada kita. Air tulang itulah Sperma,
Angin itulah yang memancarkan Sperma, dan Api dari derapan darah itulah cetusan pembakaran Jantung yang laju berdenyut.
Itu tak kita cerita makhluk Api itu apa..melainkan melihat Matahari, Gunung berapi, Angin itu apa..melainkan melihat Burung yang terbang, awan yang meneduhkan atau filter kan kepanasan,

Hanya kita tahu makhluk Air ada ikan, tak tercapai lagi ke dalam dasar sebenar dasar agar tahu apa berada dan kehidupan seperti apa wujud dari hulu lautan…
Sementara mengetahui makhluk Tanah pula tersebar melata dimana-mana di daratan..pun bukannya kita berminat untuk tahu berapa ribu atau juta makhluk yang ada tentu-tentunya masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri.
namun guna pakai itu yang selalunya tak kena. Kita lupa bahawa kita mampu jadi lebih hebat dari Manusia iaitu dengan kembali tahu Insan itu siapa.
Roh yang ada mula tapi tiada akhir, ada abadi nya kemudian setelah dimatikan disini, ada alam Barzakh, Akhirat dan Final Destination buat kita seterusnya..

Sememangnya lah jelas bahwa kita jauh bagi mengertikan Manusia itu apa sebenarnya. Ndak cakap pasal Agama kemudian menafikan sepenuhnya kenyataan sememangnya kita berbangsa-bangsa, bersuku kaum yang berbeza-beza.. macamana?

Musa alaihissalam tlahpun buktikan kepada Sejarah bahawa Raja yang Zalim itu perlu ditentang, namun adalah caranya..bukan dengan cara darah dibalas darah atau sebaliknya bagi kita melainkan ia berlaku diatas dasar ketentuan Tuhan sendiri.

Namun lihat kembali bagaimana “hutang” setelah kemenangan itu diraih oleh Musa melalui Surah Al-Kahfi dimana Nabiullah Khaidir alaihissalam menguji Musa dengan pelbagai hal yang melanggar langsung hukum akal atau sihir yang pernah ditentang akannya..iaitu Hukuman.

Maka kembali lah Musa menjadi Murid..sama seperti kita, yang tidak kira lah tua atau muda..kita tetap dan kekal belajar bilamana berada di atas Bhumi yang milik Allah dan mengaji di sekolah Allah..

Bangga?

KBD