Tuesday, August 23, 2011

MALAIKAT FB

kalau ber Doa, orang akan tanya..nak minta apa?

maka kita tanya pula pada orang yang dalam perlu, kamu ndak apa?

Doa satu ritual ke Tuhanan yang semua Agama amalkan..tapi tak semua Yakin Doa itu sebuah Miracle atau Keajaiban datang dari kuasa Tuhan.

seperti satu filem yang ambe pernah tonton dulu sebagai (contoh muqadimah)
watak dalam cerita tu orang kristian,
yang berdoa dibucu katil memohon macam-macam yang baik buat diri kemudian naik katil dan tidur dengan nyenyak.
namun esok hari cerita itu, yang berdoa tu pula yang sumpah seranah seakan akan marah pada Tuhan yang disangkanya hingga terbit kata "Holy Cow"..

Holy Cow setahu ambe itu keturunan Yahudi yang diselewengkan Samiri ketika Nabi Musa naik Gunung dan tinggal umatnya dibawah..dan kalau tak ndak ambil kisah ini sebagai iktibar, maka pergi jauh kebelakang lagi dimana Hindu wujud dan dianggap sebagai Agama. menurut orang Hindu mereka percaya Lembu adalah antara Re Incarnation atau penghidupan semula Roh didalam badan Lembu.

yang berucapkan "Holy Cow" itu tetaplah watak yang mengakui dirinya Kristian sedangkan apa ditonjolkan itu tak macam orang yang berTuhanpun, sepatutnya dari sudut sebutan inilah bukti jelas bahawa siapa anda. kerana dari Kalam lah maka diri ini dinilaikan, kerana ia datang dari cetusan Fikir dan Rasa Hati.

dan bukan ndak tunjuk buruk Agama orang lain namun kita hari ni apa lah kurangnya..

kalau tadi adalah contoh Muqadimah maka sekarang adalah contoh yang Isi.
ada lah seseorang yang ambe pernah kenal, bahkan sayang dan kasihi, dia ni sebenarnya anak yatim. Tak ada Ayah. namun dalam kesedihan tak ada ayah dia, berlagak macam lah hebat sangat, kalau hari-hari kita cerita masaalah agar diminta cadangan atau solution untuk selesaikan, dia pun ada masaalahnya, yang sering dibahaskan pun selalunya hal rakan sekerja..orang kerja ini tak betul, orang kerja itu tak betul. bilamana ambe kata, biarlah dia macamtu, atau tak apa lah orang dah buat macamtu nak macamana lagi.. dia akan terasa ditentang.
sedangkan yang buatkan pasangan itu serasi, intipatinya perlu sesuatu yang berbeza dan pasangan perlu menerima perbezaan agar masing-masing mula mengenal. itu tujuan berpasangan.

namun yang diinginkan adalah persamaan yang 24 jam dalam sudut fikirannya. sedangkan itu mustahil lah..ambe Lelaki yang memimpin, takkanlah nak ikut Wanita kemana sahaja fikiran dia pergi. Ada masa boleh lah ikut, tapi kita perlu ada sense of leadership yang membuat keputusan kadangkala bertentangan agar dia tahu siapa berkuasa.
Politik hari ini lebih kurang ajalah dengan Wanita yang bertahap Makcik Tua yang selalu keluhkan itu ini sementara Pemerintah yang veto seolah-olah Atuk yang Tua tinggal gigi sepuntung dua aja.
Prang mereka kita tengok sendiri, dan kita faham bahawa takkan ada penyelesaian andai masing-masing tak akur dengan keputusan itu mengatakan bahawa itulah keputusan yang muktamad. Muktamad itu datang jelas dari Tuhan, tak kira lah pertikai Undi Hantu yang betul atau rekaan, yang mengizinkan tetap Tuhan. lain-lain hujah itu ambe kira orang tu tak percaya Tuhan lah, senang..

yang menarik mengenai Wanita ini dia ni sebenarnya bagus dalam bekerja, tapi sensitive macam anjing gila kadang-kadang. anda kata tak baik kata orang tu anjing gila, baca elok-elok ayatnya ada "macam" jadi faham lah ia cuma metaphor atau ibarat semata-mata, dah nampak macam tu..lebih-kurang sama aja.

ya ambe ambil kelemahan dia untuk lihat diri ambe, dan kenal pasti sensitive yang baik dan tidak baik kalau dia punya sensitive tak baik, dia cuba memerlihara hak yang dirasakan hak dia. yang dimana hak itu bantu keluarganya yang dah kehilangan Raja dan berkabung sehingga kini. itu bagus lah dari sudut itu.
jika dia punya sensitive baik pula, kenapa kerja dia mengadu pada ambe pada orang-orang ditempat kerja dia yang ambe pun tak ada lah kenal, kemudian paksa ambe untuk cuba bayangkan berada ditempat dia memandangkan bekerja dibidang dia itu yang berbeza. yang ambe cuba fahami ambe akui, kerjanya selalu ad hoc..namun kerja ambe juga student masih, kemudian bantu family business, perniagaan sendiri, berkarya dan kerja Agama dan Bangsa yang fulltimer semestinya, semua tu pun lagi lah ad hoc..

adakah ambe tak sensitive? ambe rasa lebih teruk kot sensitive jika tak pandai kawal dan urus semua kerja dalam satu masa, kenyataan selalunya ambe multitasking dan segera. nak banding dengan dia, teruk lagi ambe lah..namun yang dipaksa suruh berada dalam kadar exaggeration sensitivenya yang membuak-buak macam anjing gila kadang pening lah kepala sebaliknya ambe diam dan dengar kemudian berikan apa patut dia tahu dan letak ajalah handphone atau alih topic lain.

kejam? ambe fikir tak kejam buat macam tu, kejam orang ada lah tak nak dengar langsung kata orang lain yang cuba berusaha bela diri mereka dan kemudian hukum terus.. itu kekejaman orang. bukan Tuhan sebab Tuhan dah beri kita pilihan terang-terang..

dimana hubungan yang sepatutnya intim pernah didoakan ambe tiap hari untuk ada bakal Isteri bila berlaku hal seperti ini?
kenyataan KERJA di LUAR itu sepatutnya LELAKI, namun kerana liberasi yang dijuangkan puak America yang jelas askar Dajal dah ajar kita melihat sebaliknya, konon itulah keadilan.. Baiklah, itu keadilan..

tapi kalau ambe kata Wanita itu sepatutnya Istimewa dan tak bekerja diluar kemudian duduk bekerja dirumah aja apa itu diterima?

tak? maka itu bukan salah ambe atau lelaki lain yang layan kamu macam pelacur atau jalang.. kerana kita tahu yang kerja diluar itu hanyalah orang seperti itu. jangan ikut apa kita tengok berlaku hari ini sebagai perbandingan, namun pergi jauh ke belakang dan cetek kan fahaman tu sebelum dalamkan fahaman hingga mampus dalam memahami semua dengan bijak lah kononnya.
orang perempuan dulu sebelum ada Agama semua Pelacur..itu kenyataan, kerana tak ada Hukum apa-apa, dan tak ada ketetapan Lelaki nikah 4 atau Wanita tak boleh nikah lebih dari satu.. Belum ada.
maka mereka bergaul dan bersetubuh dengan siapapun dikehendaki, hingga beranak pinak mereka yang Anak Haram.
Anak yang Haram kalau menurut Nabi Muhammad, tak boleh dijaga oleh Ayah atau Ibu yang kandung sebaliknya menyerahkan pada orang lain, kerana Anak itu "Haram", Haram dari dosa. sedangkan Ayah dan Ibu kandung mereka itu memang bersalah dan kotor dengan dosa.. Apa contoh tauladan mereka yang main suka hati hingga dapat kita itu ndak kita tahu? kita menyesal dan bahkan rasa teruknya orang tua kita, walhal itu orang tua kita.

kalau kita anggap balasan di Dunia anak Haram tak boleh dijaga atau jumpa bila dah besar itu SALAH..maka salahkan Tuhan ajalah kerana kejam, Nabi dan Rasul cuma sampaikan aja.
walhal Hikmahnya macam-macam, fikir elok dan baik. Apa kesan kita dari mengetahui kebenaran selama ini salah dengan kesalahan selama ini adalah benar..kedua-duanya buat kita obses untuk tahu lagi kemudian lagi dan lagi hingga tak dapat dijawab mencetuskan macam-macam hal tak baik..

maka soalan bonus kedua wujud, apa keturunan Nabi sebelum Muhammad itu semua Haram belaka?
kalau ambe jawab ya, mungkin ambe akan diwartakan dalam Akhbar atas statement itu. namun anda teliti elok-elok. Haram itu bukan maksudnya tidak baik, tapi "terlarang" dalam bahasa Arab.
anak yang Haram bukan anak yang tak baik, walaupun hasil dari perilaku tak baik dan salah namun anak maseh yang mulia.

yang bersalah itu orang Tuanya bukan anaknya..jadi mohon benar lah mulai anda baca hari ini dan faham maksud sebenar, sebarkan hal ini agar Mentality kita dirubah dengan tidak melayani anak Haram ini dengan layanan pelik bahkan lebih Istimewa..

hari ni bila kita dikata "anak haram" je kita dah react..pertama kita sangka Haram tu tak elok, maka kita marah lah. bila kita tahu ia bukan begitu maka kita pula malu sendiri. atau mungkin hadiahkan penumbuk satu pada nya kerana tlah kutuk orang tua kita yang penat lelah usaha untuk nikah dulu dengan sah, senang-senang aja kata orang..
namun faham diri yang dipanggil anak haram ni, mereka sepatutnya suci dari dosa. Masjidil Haram itu disengajai panggil haram kerana ia bersih dari kekafiran. maka perbuatan balas membalas ni kerja orang kafir je..Nabi ajar bersabar, kerana Sabar itu pun nama Tuhan.. Kenal Maha Sobur.

Hingga Muhammad bin Abdullah isytihar Islam dengan segala perundangan sepanjang keberadaan baginda maka ini jadi officially, soalan Nabi sebelum itu sah atau tidak sah anda tak payah nak fikirkan lah buat masa ni. mereka dah jelas Kekasih Allah dan buat semua demi Kerana Allah, dalilnya ada dalam kehidupan kita..itu Result Usaha mereka yang terdahulu.

namun nak cerita bab wanita berkarier atau kerja ni, ambe rasa kurang sesuai lah..jikalau ndak kerja sebab ndak tahu susah payah tak apalah..dah nikah nanti kerja dirumah ajalah dengan Izin Suami. tapi menurut kata wanita macam anjing gila ni pada ambe, dia tak nak macamtu. dia nak jadi career lady, cewah..career lady korok mung kerja baru sikit ni dah bising macam apa kutuk dan tikam kawan sendiri macam apa.

kenyataannya tak pernah-pernah selesai. ada-ada ajalah cerita nya, hingga ambe pun jadi mual dengan aduan macam-macam sedangkan kita cari calon isteri untuk kenal dirinya, adakah sesuai untuk jadi mother material pada anak nanti atau tidak. tapi disuruh ambe faham kerja dia pula..habis tu kerja rumah siapa nak buat? dia senang-senang aja jawab, "orang gaji boleh panggil, pizza hut ke apa ke semua ada kan"
dah kalau saya tak nak bayar semua tu nanti?..ambe saja buat-buat tanya,
"ala, i bayar lah..eh jap, bukan ke tu termasuk Nafkah Suami perlu tunaikan untuk Isteri?"
ambe diam dan ketawa macam lembu gila dan jawab "sekarang baru nak guna Agama..eloklah tu" dan sambung ketawa...

lagi lagi Mentality..guna bila perlu, kalau material tu tak apa lah..ini cakap pasal Agama yang ada relation dengan Tuhan yang siapalah hari ni pernah jumpa dan tengok Tuhan dengan diri sendiripun belum tentu, cerita orang yang pernah jumpa Rasul pun rata-rata menentang dan mencurigai dengan banyak persoalan,
akhirnya kita tahu yang kita semua berusaha susun tangga nak balik elok-elok dia nak senang-senang runtuhkan dengan suka-suka hati apply Agama ikut selera..

dan adalah lain-lain hal dinyalakkan lagi. ambe mute dan buat benda lain dan bila dia perasan macam ambe diam sangat, maka ambe off mute dan kembali iya kan ajalah..

namun critical dari segala kesabaran ambe terhadap orang perempuan ni ambe dah tak mampu ber As Sobur lagi bimbang Hilang Tuhan kerana Kemarahan maka ambe angkat kaki dan blah ajalah dari hidupnya..demi satu pengajaran yang amali agar dia tengok sendirilah kenyataannya, ambe dah larang banyak kali bahkan terpaksa naikkan angin untuk highlight dan emphasize kan penegasan..tak kunjung mahu untuk dengar. maka ini lah perpisahan antara ambe dan dirinya..

walau "Doa" itu tak pernah putus bahaginya atau sesiapa sahaja yang khas memusuhi ambe, "Doa" dari kebatinan diri ambe yang sakit ini biarlah jadi semacam "hantaran" agar Tuhan membelanya dengan meminangkan diri mereka dengan orang yang lebih jauh baik dari ambe..

namun konsep ber-Doa ini, adakah ia hanya untuk di atas Sajaddah atau Carpet atau Kain Alas yang dispesifikasikan ketika Selesai Solat sahaja?
bagi ambe, tidak semestinya. bahkan para Wali dan Nabi berdoa dimana-mana sahaja dan tiap masa..

hanya bila di istilahkan "Doa" maka ia Khusus buat satu Ritual Keagamaan, orang dapat anak maka dia buat kenduri Doa Kesyukuran, ndak bertanding kerusi mengundi puak-puak Politik akan adakan Majlis Solat Sunat Hajat dan kemudian diakhiri dengan Doa, atau Majlis Taaruf hingga Ijab Qabul selesai, Doa itu Al-Awal dan Al-Akhir. Pemula dan Pengakhir setiap ritual tersebut.
yang dimohon selalunya Berkat, Rahmat, Hajat serta Ampun dan Taubat.
Berkat adalah yang mencukupi didalam ketentuan Tuhan..kita tak offend ketentuan maka yang ada itulah yang adanya maka itulah Keberkatan yang "terpilih". Sesebuah majlis Kuliah atau Syarah yang diwajibkan hadir 100 orang namun yang berjaya hadapi segala rintangan hanya 10 orang, itu lah Berkat dari segi Theory ambe la..Makanan yang ngam-ngam tanpa kita sedari bahkan disangka kita tak cukup untuk kenyangkan 5 beranak dalam satu rumah, itu Berkat.

Rahmat adalah yang hadir, dimana kita tahu ada Malaikat bernama Rahmat yang bersyarat jika hendak rumah itu mendapat kehadiran Malaikat yang memerlihara kita. itu pada pandangan Hakikat lah.. Tapi kenapa ia adalah Rahmat? Kerana Syarat kita dah tunaikan, maka ia Rahmat lah.
Cuba anda bayangkan jika dalam satu Masjid itu ada 40 Jemaah sebagai contoh yang semuanya taat pada satu Imam, apa sahaja Imam yang Murshid itu katakan maka jadi faktor ketaatan agar tak buat onar didalam Masjid, jaminan Masjid pastilah ia Rahmat..kerana dah takkan ada lagi Pencuri tabung Masjid, atau perosak PA System dan Pencopet Selipar.. Kerana adanya 40 orang Jemaah yang masing-masing mengingatkan tugas masing-masing, dan kerjanya membersihkan masjid tanpa Ikut Shift namun demi mencapai Keikhlasan. Diatas Pengamalan yang menjemput Rahmat itu lah sebenarnya bukti bahawa kejadian Manusia yang beragama Islam itu adalah Rahmatan lil Alamin.
Kerana apa mereka dah amalkan didalam masjid jadi pengamalan diluar kehidupan. Ibarat umat atau anak atau product yang dihasilkan dari kilang Institusi Masjid atau Rumah atau Kilang Nilai-nilai Kerahmatan.

Hajat adalah yang paling tinggi peringkatnya, yang jika diteliti maksudnya adalah yang diminta ketika Darurat.
Orang biasa buat Solat Sunat Hajat kerana apa? maka itulah Darurat bahagi mereka ditempat mereka. Namun bukanlah berhari-hari kita Solat Sunat Hajat di Masjid, jika ada amalkan Hari-hari macamtu, itu Bagus lah.. akan begitu rupanya, ambe cuma ambil indikasi ibarat menurut apa yang kita lihat dari budaya yang kita tlah amalkan seharian.
Sebab itu orang Melayu guna perkataan "Tunai Hajat" bila ndak buang hadas besar atau kecil atau "Qadar Hajat" bila balik bersama Isteri mereka, kerana Hajat adalah apa yang mereka perlukan ketika itu. Minta adalah yang sekejap sahaja kadarnya, namun Hajat adalah Fire Extinguisher ketika berlaku Kebakaran, Jet ketika berlaku Taufan(sebab nak cabut lari), Bahtera ketika berlaku Banjir dan sebagainya..
dan Hajat pula terbahagi 2, (buat pengetahuan ambe lah) iaitu Sendiri atau Jemaah. Kalau kadar kekuatan diri sendiri itu kuat, maka dia secara tak langsung mencabar diri nya sendiri dengan Hajat dia pintakan, kalau tak kuat maka dihimpunkan lah Jemaah bagi merealisasikan Hajatnya.

maka akhir sekali dipermintaan Doa selalunya Keampunan, kita tahu ada Doa Taubat.
Taubat dari pengertian Harfiah atau Huruf ia adalah sesuatu penyesalan yang kita tak mahu lagi lakukan namun dengan Ritual Doa Taubat maka ia memperkuatkan kewujudan Tuhan yang memberi semacam tenaga Kekuatan.
namun ketika kita Kuat, apa ada kah Doa Taubat itu timbul lagi? dan jika dah jadi macam pengamalan harian atau routine, apakah ia benar dirasai bahawa kita ber Taubat takkan buat lagi?
dah tahu takkan buat, kita akui ketika lemah bahawa kita ni lah serba lemah..dan tahu serta mengerti bahawa tiada lain Hanya Tuhan sahajalah segala-galanya.. dalam masa sama kita pulak perasan dah kuat dengan apa jua bentuk penindasan yang tlah dibuktikan dalam menjiwai karekter atau watak yang kuat tadi. orang tegur, kita marah. orang cakap, dia taknak dengar..apa kerana kekuatan hati yang padu lagi degil itu sudah mulai menjadi Emas semula padahal dahulu dah melebur menjadi antah yang nyaris-nyaris sahaja lenyap?
anda TAU BUAT atau benar TA hu UBAT? jika Bodoh, macamana anda boleh katakan anda dah Tahu sedangkan memang anda tak tahu? dan kalau anda TAHU penawar Hati itu hanya kembali merindui Rasul atau mencintai Allah, bagaimana pula dengan mecurigai jaminan yang BAIK itu dalam kehidupan zahir dimana Ubat itu bukan penawar, ia sekadar Inference dan jelas senantiasa berubah-ubah jenis dan kandungannya.. Pokok hal Taubat ini, anda dari awal bertaubat kerana anda begitu rasa lemah, kerdil, banyak salah dan silap, bodoh serta tolol tanpa pengantungan namun saat anda berdiri diatas, adakah anda maseh dan terus Ber-Taubat?
itu soalannya..

bila membaca ini semua, tahukah bahawa Doa ini sebenarnya sangat Istimewa dan bukan sekadar cakap tapi tak buat melainkan sombong dan bodoh menganga tanpa usaha apapun kecuali minta lagi dan lebih hingga terlebih-lebih..

scenario yang sering berlaku dan berlangsung hari ini adalah budaya BERDOA di dalam FB, jika kita perhati elok-elok Doa apa kita minta dan pada SIAPA sebenarnya kita minta itu tak lagi dipeduli.. Kita tahu minta lagi dan lagi, kemudian kononnya dah rasa baik sangat post Doa di FB kerana itu cara orang Islam lah kononnya..sedangkan cara orang Islam atau ber Agama lain ada ritual khusus nya, iaitu berbalik pada diri, kita minta apapun adakah kita Syukur dengan yang dah ada? Fikir bab Syukur ni ambe rasa takut nak ber Doa, bukan Sombong namun Segan. sejujur-jujur ambe lah yang cakap macam bagus ni pun.
bahkan ambe pegang kuat dengan orang Melayu lama kata, "setiap kata itu lah Doa"..sebab Doa adalah perbuatan, perlaksanaan Kalam yang berkata kemudian dibuktikan melalui Usaha-usaha kita demi mencapai apa kita Hajatkan, agar mendapat "Rahmat" diatas Syarat kita buktikan yang memadai untuk kadar diri yang dipanggil "Berkat"..itu semua ADA dalam amalan harian kita yang Sebenarnya..

ambe berkalam disini atau dimana-mana, secara tidak langsung, ia adalah Doa.. kerana isi Kata-kata ambe berisi Usaha dan Cara bagi mencapai apa kita semua ingin-ingin kan iaitu SATU PIMPINAN buat diri kita mengikut Institusi mana kita berada, baik Rumah Tangga dimana Cicit perlu Tok Nyang, Cucu perlu Datuk, Anak perlu Ayah, Suami Perlu Guru yang BerTuhan agar Ajar dirinya untuk Tunaikan Hak Isteri menurut apa Rasul ajar. sebagai Guru pun perlu Rasul kerana Penjamin Hubungan Allah dan kita itu tetaplah Rasul sebagai Pengantara..
atau dalam structure pemerintahan luar, Rakyat perlu Menteri atau Bendahara agar dapat mengadap Rajanya. sama aja macam dirumah hingga ke dalam diri kerana itulah yang membuatkan Hidup lebih bermakna. kerana ia tersusun. Susunan itulah Din atau Agama dari harfiah kata yang berlainan bahasa namun ndak satu Maksud sama juga yang meng unify kan kesemua kembali bersatu.

bila ambe fikir dan tertengok Status FB orang berdoa-doa ni, ambe timbul rasa kelakar pun ada..kadang ambe tegur dia marah, katanya tak baik, kita ni penat dah berprang hujah macam-macam dan sebenarnya taknak berhujah hingga timbul rasa "apa aku buat semuanya betul..orang lain salah" itu ananiah/ ke AKU an..sedangkan kita dan ambe maseh cari Tuhan, cari kebenaran melalui CintaNya yang menyeluruh bukan didalam Hati yang pasti binasa berkali-kali tiap masa kita berasa kecewa dan remuk..kerana kita tak kuat dalam penggantungan Material..Mak atau Ayah kita Kaseh bagai ndak rak, kenyataannya suatu hari mereka pun akan tak ada, tinggal kita terkontang kanting, apa kalau kita tak mula berfikir sekarang dengan peranan yang ada sebagai kakak atau abang terhadap adik beradik kita, siapa ndak tunaikan dan teruskan usaha mereka yang dah meninggalkan Dunia.

Sedih? ambe pun sedih, kerana ambe pun ada Ayah dan Bonda yang hebat buat ambe jadi sepertimana ambe sekarang. anda yang dah merasai jauh pedih dari ambe terlebih dahulu, sepatutnya bersyukur kerana anda sudah berjaya survive hingga hari ini..sedangkan Nabi belajar dari usia kecil lagi tanpa orang tuanya..tumpang hidup orang lain dan sebagainya..

namun apakah Doa anak yang Soleh itu hanya kerana mereka Solat, Baca Quran, pergi Masjid dan tunai Zakat dan Haji..Luaran kita mungkin boleh kata iya, namun Hakikat? Dalaman kita dengan yang Mati atau Ghaib dari Kenyataan?
"ya lah, itu dia dengan Tuhan lah"..jawab kita slalunya, sememangnya dengan Tuhan namun bagaimana salah yang cuma jadikan Agama sebagai Ritual tapi bukannya sesuatu yang kita pelajari dari penghayatan..Hayat itu Hidup.
walaupun dikatakan Hidup setelah Mati itu ada Hidup lain tetaplah di alam kenyataan hari ini kita Hidup.maka apakah sumbangan Solat yang kita nyatakan pada Tuhan kerisauan hari ini mengenai umat berdasarkan Surah dibaca atau Quran yang mengandungi 1001 penyelesaian masaalah yang tlah kita tahu sendiri, atau Masjid yang mengamalkan basic cara Hidup sebagai orang yang ber Agama yang ada constitutional atau perundangan,syarat serta cara tertentu untuk tiap cara tertentu kemudian disumbangkan melalui Zakat iaitu pembayaran Ufti tertentu untuk belajar Infak kepada yang memerlukan agar dibuang segala macam rasa "ini aku punya"..hingga ke Haji dimana anda bermalam diarafah, sepatutnya Ariff lah kerana disitu padang yang penuh dengan pengetahuan sebenar dan visualisasi kasar mengenai padang Mahsyar yang panas terik dan tak ada apa-apa, atau melafazkan Talbiah yang bermaksud anda datang sebagai tetamu Allah..itu bukan kah Pre View menuju ke Akhirat?
atau berlari anak antara Safar dan Marwah agar faham betapa istimewanya seorang "Bonda"..atau Melontar Jumrah yang tak ada apa-apa namun disuruh sangkakan ada Syaitan. Syaitan tu Siapa? Batu? kalau Batu itu dari Tanah..Siapa Syaitan?
kamu dan kita tahu Syaitan atau Iblis dari Api. dah tu apa kaitan Batu Jumrah di Mudzalifah yang kita lontarkan tu dengan Syaitan?

Fikirkan ini, kerana ambe sendiripun fikir dan cuba amalkan apa yang disampaikan melalui Hidup, maka ambe pantulkan ia dalam kata-kata sebelum ambe Mati..

Doa di FB memang tak salah, hanya apa kita minta itu buatkan Doa itu nampak macam Salah dan Syirik..Malaikat menyampaikan Doa kita dan mengutuskan khabar dari Tuhan melalui Hidayah dan Hikmah. maka janganlah buat FB atau mana-mana laman social seperti Malaikat atau Nabi pun seolah-olah ada Account.

Doa itu Istimewa..bila anda berdoa mengikut alasan "saya cakap je"..itu kurang pada betul, kerana mana mungkin kita "cakap sahaja"..kita cakap bersuara dengan usaha angin yang digetarkan mulut dan lidah menerbitkan kata-kata atau menulis mengikut semua macam saluran diri dan sendiri, semua itu "BERSAHAJA" ke? jika ada tujuan dalam bercakap melalui niat hingga matlamat. itu lain lah.

jadi berhati-hati dengan sangkaan MALAIKAT di FB atau menyangka ada MALAIKAT di FB atau "MALAIKAT" yang menulis ini sendiri bila mula berkata. kerana kita Bukan MALAIKAT dan maseh Manusia yang maseh ada jalan yang jauh untuk menjadi Insan kembali yang ber Tuhan.

ambil ini sebagai nasihat atau hinaan..terserah. Pilihan itu tetap anda.

KBD