Tuesday, August 16, 2011

Penghapus Eksistensi

Bagi mereka yang begitu gemar dan bersungguh lah untuk mengejar popularity atau mengidamkan kehidupan yang “ala-ala Artist masakini”..bila mana anda berjalan di tengah khayalak ramai, hampir kesemua pada berpaling melihat dirimu dan melayani dirimu dengan rasa segan dan pada penuh kesopanan, atau mungkin impianmu untuk jadi orang “penting” didalam compartment hidup sehinggakan kamu berjalan dimana-mana sahaja orang mengejarmu untuk menjabat tanganmu atau diciumi tanganmu walaupun anda tahu secara kasar, dia orang lebih tua dari kamu, kamu tak kenal dia hanya tahu sahaja bahawa mungkin dia adalah penghuni kampong A bukannya kampong H.

Hakikat pengetahuan itupun imaginasi ataupun kenyataan yang liar itu dibiarkan sahaja, sedangkan kerja kita menampilkan apa yang telus dari diri.

“Bagaimana aku layan orang Tua kerana Umurnya atau Usianya ataupun Usahanya?” hal-hal sebegitu buat ambe, seharus dan sepatutnya ditanya pada diri..sangat janggal sebenarnya ndak melihat babak orang yang dah jelas beruban namun bercium tangan pemuda yang cetek pemikiran seperti ambe..memang lah dalam Ber Agama itu tidak kiralah umurnya berapa tahun, namun “Islam” menuntut kita memuliakan Kanak-kanak kerana Kesucian mereka, orang Tua kerana Pengalamannya ataupun orang berilmu kerana Pengamalannya, yang jelas tersedia didalam tertib ta’am atau Makan.

Dengan hanya mengetahui tata cara atau perundangan Islam sebelum, sedang atau sesudah Makan atau ta’am pun kita tahu, bahwa Rezeki bukan satu perkara yang boleh dimain-mainkan sesuka hati.. Walaupun kurang sedap rasanya, masin, pahit, tawar..complaint nya setelah itu.
Namun ketika rezeki berada dihadapan kita, tak payahlah cakap banyak. Makan ajalah.. lain kali kalau tak sedap, hang pi masuk dapur buat sendiri..

Namun hari ini untuk sedarkan isu “Rezeki” inipun satu kerja yang payah, dalam 12 bulan satu tahun, tiap-tiap bulan, tiap minggu, tiap hari, kita perlukan makanan sebagai penerus eksistensi diri sebagai Jasad yang Sihat agar sempurna Bergelar Manusia.

Dan bersepah-lah “Rezeki” hinggalah ia di franchise kan merata Dunia, tersebar dimana-mana product McD sebagai contoh. Tapi soal consumerisme atau pengguna, apa pernah kita tahu kenyataan yang jelasnya bukanlah SEMUA orang minat McDonalds atau Product yang dimuntahkan oleh Ronald McDonalds buat kita.

Dan mengetahui fakta McDonald bukanlah Mek Rubiah ataupun Semek Aminah, ia satu usaha franchise luaran Negara yang terang-terangan product datang dari Negara yang orang kita hari ini begitu memerangi nya lah konon-nya,
Solusi yang ditekankan adalah Boycott product Yahudi.. pada masa sama yang endorse atau yang maseh membawa masuk ke Negara kita adalah dari antara mereka juga, Ahli Politik.

Akhirnya kita sedar bahawa basa basi atau janji-janji mereka pun sama sahaja seperti orang yang berkonflik antara dua buah kedai yang satunya menjual Baju Melayu dan satu lagi menjual Jubah.

“Pembaziran” adalah Investment atau Pelaburan terhebat sekali pernah Jagad kita amalkan, sedar atau tidak.
Bermula dari soal Prang Ahli Politik tadi yang sibuknya mempromosikan product masing-masing hingga mengorbankan nyawa dan bertelagah dengan berlarutan..

Hingga McDonald jadi mangsa atau kita jadi mangsa pada usaha Freemasons(buat sesetengah orang yang paranoid dengan Freemason atau Illuminati movement la)..

Apa pernah kita kaji atau teliti titik mula sesuatu Big Mac atau Fillet o Fish?
Bukankah Big Mac itu ada padanya Roti yang asalnya dari Gandum serta Bijan, Garam dan sebagainya hingga dinamai Roti yang khususi untuk Burger,sementara Daging Burger itu sudah mestinya di pastikan ia Halal terlebih dahulu diatas procedure penyembelihan Lembu atau Kerbau atau Sapi? Tomato atau Chili Sauce yang jelasnya adalah Sayuran yang merata bagi kita boleh ditanam dan didapati dimana sahaja anda berada?
Issue Fillet o Fish, yang sesetengah dari mereka yang berpenyakit Ragu akan order bila mereka berada diperantauan kerana sah-sah Ikan tak perlu disembelih.

Didalam usaha penerangan sebegitu pun ada yang menjawab “ye, aku tahu tu”.. kemudian suku sahaja burger dihabiskan sementara yang sebahagian itu dibuang ke tong sampah.
Dan kata-kata kita yang konon Boycott McD atau beribu Franchise Product orang Yahudi itu pun Bazir, dan sedar atau tidak di kedai makan warung apapun yang diusahakan oleh orang kita sendiripun kita sama-sama bazirkan.

Nasi Goreng, Mee Goreng Mamak atau apa-apa lagi lah yang dibutuh perlu oleh Selera kita. Jadi imbuhan pembaziran, bila pinggan yang dimakan tak kunjung licin bahkan sisanya berlambak-lambak.
Bazir dan terus membazir..

Rezeki yang datang dari Tuhan, menurut kitapun tak lagi kita lihat dari mana usaha atau process Rezeki itu sendiri mengalir tepat kepada kita.
Kita tak teliti lagi sepertimana orang terdahulu, yang makan apa adanya hanya demi menghargai Rezeki yang diyakini bahwa “Allah Jamin”..

Dan jadi lah hari ini, makhluk yang sering berpinta-pinta yang macam-macam. Idamkan yang tak masuk akal hingga dicari bagai nak rak demi makanan atau minuman yang sah-sah berakhir di system kumbahan kita dan keluar melalui Dubur atau Qubul masing-masing ke lubang Jamban penentu bagi segala macam Keenakkan.

Ambe katakan “Kita” dengan sengaja maka tak usahlah kata ambe pun tak tergolong dalam konteks pembazir. Ambe pun adalah pembazir maka ambe tahu sudah bazir itu siapa dan bagaimana.

Rezeki di Syukuri? Bohong..

Tengok bazaar Ramadhan Hari ini, apa yang ndak kita Syukurkan melainkan penjualan Product yang lebih-kurang sama sahaja, dengan label lain nama dan ramuan olahan lain. Sepatutnya dengan berPuasa, kita Tahan dan Bendung Nafsu.

Malah apa sahaja lah Nafsu kita? Yang kadarnya Hangat ketika itu dan Hangit setelah itu.
Bermula dari Cakap, kemudian Makan, bahkan adakalanya Tidur atau semestinya relasi Nafsu sering dikait dengan Sex yang semuanya Berlebihan, Melampau, Meninggi, Melangit dan Memekakkan apa sahaja Nabi tuntut ketika ber Puasa..

Dan terduduk kita kemudian menyesal, itu sahajalah kerja Nafsu pada Kita. Beri janji yang Syurga malah anda sadar Syurga itu tiada disini, Neraka pada Hakikat Dunia memang ada..

Bukanlah menjadi orang yang konon Suci, Alim dan Warak seperti ambe lagakkan ini mendapat keuntungan pujian ataupun peminat. Hingga hari ini, siapalah yang minat Ku Bad ataupun kenal siapa si Raja Badruddin Hakim Shah? Ambe pun tak ingin bahkan minta jauh-jauhkanlah dengan penyakit Famous Amous.
Dan ambe pinta hari-hari Doa Mohon Kutukkan dari dinding cermin kamar ambe semoga-moganyalah, tujahan sulit dari kawan, rakan dan teman ambe maseh kekal diamalkan dan agar masing-masing yang maseh meragui kata-kata ambe ini. Cari lah kebenaran melalui kata-kata ambe ini. Kerana ia hanyalah pesanan bahawa ketidak warasan hidup yang sedang diusahakan hari ini harus di waraskan kembali pada pengamalan.

Muhammad Bin Abdullah dari cerita zaman sememangnya Hamba pada Tuhan. Dan Maarifat baginda pada hidup seharian meyakinkan dirinya bahawa semua ada relasi hubungan dengan Tuhan, maka yang terbaik itu diketahui diajak orang lain lakukan, kerana jelas dah tahu apa yang baik dari hal tidak baik.

Judi satu hal yang diamalkan ketika zaman baginda, maka dicari sebab mengapa kita harus berjudi, hingga dikenalkan Hidup yang berdasarkan ke Rahmanan Tuhan..mengapa perlu Judi dan Bertaruh Harta sedangkan ia sudah sedia diberi secara percuma oleh Allah?
Maka sakit orang berjudi itu kerana Malas, ndak untung cepat dan gilakan yang banyak dari sedikit..sedangkan yang sedikit itulah kunci permulaan Kaseh.

Bagaimana dengan soal Berhala ketika itu yang sarat berada di dalam Kaabah sendiri?
Apa Kaabah adalah balai penghadapan yang berisi Tuhan dan Dewa-dewi kemudian manusia menyembahnya?
Itu satu kerja bodoh kerana yang bikin batu ukir menjadi Idle atau Patung Berhala tersebut tetaplah Manusia..Apa selama ini Tuhan itu Buatan Manusia aja lah ye?
Kesalahan itu menjadikan Umat ketika itu cuma berandaian yang berakhir sebagai sangka, walhal yang kita cari itu Tuhan yang sama.
Allah dalam tafsiran bahasa Melayu dari Arab bermaksud “Segala-galanya”..
Yang menjadikan sarwa atau seluruh Alam dikembalikan dalam bahasa Arab bermaksud “Hu Rabbil Alamin”..
Di Yakini oleh sang Muhammad yang mulia Allah adalah “Maha”..lebih dan melebihi bahkan melampaui apa yang mampu diandai atau disangkakan. Maka Tuhan itulah yang benar buat kita semua.
Maka Muhammad bin Abdullah berusaha agar itu dilenyapkan.

Diturun wahyu ketika 40 tahun usianya, maka diusahakanlah satu Agama yang mampu menyelesai dan merawat keserabutan fikir kita sesama kita.
Dinamai “Islam” yang sememangnya bahagi mereka yang mengaku “Islam” meraikan dan melayani mereka siapa sahaja dengan kemuliaan. Kerana Agama Islam mengajak kita Kenal Siapa lebih dan bahkan Maha Mulia dari makhluk atau ciptaan yang semestinya Tuhan,Allah,Rabb.

Namun begitu penyakit ideology, theory atau apapun buah fikiran yang disengajakan ambil copy paste ke sini untuk diisi kedalam kitab masing-masing buatkan kita semakin keliru. Semakin celaru bahkan semakin gila dengan soal Eksistensi. Walhal nyata kita sebagai Manusia itu Sakit, menandakan ada system badan yang tidak mampu bertahan diatas penggunaan kita terhadap system tersebut yang tidak cermat ataupun sudah sampai waktu ia Rosak.
Setelah itu kita Mati. Ditanam, membusuk dan mereput hinggalah Tiada.

Itu Manusia.

Namun sebelum itu, ada bahan yang perlu kita promosikan. Produk yang semestinya ada Syarikat Khususnya.
Andai Jus Mate itu Produk bagi Syarikat Dr Rozmey. Maka kita tahu lah secara menyeluruh kita hidup berdasarkan 2 Asas Utama.
Bangsa dan Agama.

Diatas Agama. Maka Tuhan Ciptakan Bangsa,
Konteks Bangsa yang paling awal adalah Kaum Adam dan Hawa. Itu pun Bangsa. Kerana yang buatkan Bangsa itu adalah Perbezaan.
Syurga dan Neraka adalah Bangsa kepada Kesentosaan dan Kesengsaraan.
Malaikat dan Syaitan adalah Bangsa kepada Kebaikan dan kejahatan.
Jin dan Manusia adalah Bangsa kepada Kehalusan dan Kekasaran.
Perbezaan adalah kuncinya. Namun setelah anda Kenal Perbezaan..anda menyadari persamaannya, maka hal sama sepatutnya diheret pada bersatu antara yang tidak sama dan sama agar dipadankan.

Itulah kerja kita, Penghapus Eksistensi, kewujudan yang wujud buat manusia sesama manusia agar tidak hanya duduk dan berpuas hati melainkan mencari bahan yang dapat disyukurkan.
Dalil atau bukti kesyukuran adalah meraikan kebersamaan..

Buat ambe, berkenan sungguh menggambarkan visual seorang Suami yang mengimamkan solat bersama Isteri nya, itu membuahkan perasaan ambe merasa betapa Romanticnya Hidup dan Mati itu sebenarnya.

Jika selama hidup luar dari Solat Sang Suami adalah pencari, siang begitu berusaha agar dipercukupkan kehidupan yang indah dan semacam Syurga buat Isteri didalam Rumah mereka. Ternyata Suami itu Hamba, kuli batak buat Isteri jika mereka tiada Pegangan atau Keyakinan Agama kerana yang benar “Dunia” itulah Wanita. Kerja lelaki agar “Dunia” yang diluar dikembalikan pada “Dunia” yang asasnya perlu didahulukan rumah yang punya tangga menjadikan ia penghubung kepada Akhirat.

Dan setelah Suami berjaya menyambung tangga ke Rumah dan pulang, hal tersebut bertukar. Susah payah suami berganti pada Isteri yang tanggungjawabnya menjaga tiap undang-undang yang ada dirumah agar “Raja” dirumah itu bersemayamlah dengan baiknya. Ternyata Isteri pula yang Hamba, yang berbuat apa sahaja dirumah itu demi Suaminya.

Kemudian Solat lah perintah Wajib bagi mereka yang mengaku Islam, dari Solat secara bersendiri, Nabi mengalakkan kita melalui Sunnahnya agar Berjemaah lah dimana-mana sahaja terutama dirumah.
Maka berjemaahlah pasangan Hamba Tuhan.
Yang sibuk bekerja siang dan malam, Pasangan Lelaki dan Wanita berada diatas Persamaan yang berbeza, Kemuliaan Lelaki yang diciptakan oleh Tuhan Bangsa Pertama didahulukan..sama seperti soal Mengapa Bumiputra harus didahulukan Orang Cina di Negara China. Atau Melayu di Tanah Melayu.
Maka yang menyusul ikut dibelakang saf itulah Wanita, Bangsa kedua yang dijadikan dari Rusuk Adam alaihissalam.

Soal penting siapa atau tidak sudahpun di ketepikan, kerana Nabi yang paling hampir dengan Tuhan bahkan yang Kenal Tuhan sudah tetapkan Saf atau Bari situ begitu. Apa yang penting Solat itu menghadap Tuhan..

Seolah-olah melaporkan kembali kerja-kerja yang tlah dilakukan mereka, seperti Pemohon Kerja dan Pekerja bertemu Wakil Majikan. “inilah Kerja kami yang dah siap”..maka dibawalah Wakil Majikan atau PA Boss mengadap Boss besar sendiri agar kita dapat serahkan kertas kerja yang sudah disiapkan dengan sebaik mungkin seraya menyampaikan khabar “Alhamdulillahirabbil alamin”..

Kerana begitu bersyukur bahawa memang benar sama sekali, yang terpuji dan layak dipuji itu hanyalah Boss Besar, yang tlah beri semacam Kehidupan Baharu, Nikmat sementara yang enak, menentukan Rezeki, Jantina dan segala ketentuan lain buat Majikan..
Kerana Jelasnya, kita adalah BUKAN siapapun melainkan pekerja yang menghapuskan Eksistensi diri dan pelebur ke Aku an atau ananiah bila menghadap Tuhan didalam Solat.

Anda bertahyat dan berjanji tiap 5 kali sehari bahkan lebih dari 5 kali.. Anda mengaku bahawa Eksistensi diri anda itu sebenarnya Tiada, dan yang ada nyata sebagai Contoh itu tetaplah Muhammad bin Abdullah.

Kerana yang kita tahu, Muhammad itulah Rasulullah.

Pesuruh Allah.

Dan Ibrahim itu pemusnah segala Berhala yang membuat manusia gila yakin bahawa Tuhan itu pada Sangkaan..baginda pun dibakar oleh manusia ketika itu, jangankan orang seperti ambe yang berkalam api kemudian dipanah busur kemarahan kerana ambe cuba sampaikan hanyalah kebenaran yang tlah beribu bahkan mungkin juta Waliullah yang lahir dan syahid dijalan Allah demi kebenaran Agama yang benar iaitu Islam.

Bakarlah diri dengan semangat ini, demi kebaikan kita bersama..Bukan untuk berbalah atau bergaduh melainkan mencari persamaan yang sepatutnya di hapuskan, walaupun berkali-kali..

Hingga anda cemuh ambe dengan rasa penuh benci dengan dakwaan ambe, itu tak apa. Yang penting itu kesan yang ambe yakin sudahpun melecurkan akal, kalam, hati bahkan roh anda untuk semata-mata mengaku Eksistensi yang anda setuju sebenarnya itu tak perlu wujud buat diri.

Yang ndak famous, kaya, bagus ataupun hebat..berhenti ajalah angan bodoh tu.
Dan lihat dan amal serta yakin lah, itu semua Eksistensi yang tiada bertepi, dan Materi..
sedangkan wawasan kita itu Nun..di Akhirat.
Dan tak perlu gilakan Pahala kerana imbuhan Syurga,
Sedangkan Kita ndakkan jalan pintas kembali pada Tuhan dan berada langsung disisi Tuhan..yang walhal sepatutnya lebih Indah Dari Syurga sekalipun.

Eksistensi adalah Existance..Wujud ia kerana Kesyukuran maka balaslah dengan Kerja mensyukuri Nikmat tersebut.
walau apapun Nikmat yang diberi hari ini, esok belum mungkin akan ada..menunjukkan ia sudah terhapus setelah anda beradu lena didalam kebakaran terbesar Dunia hari ini.

sungguh mimpi disangkakan Indah, rupa Nikmat itu tetaplah terhapus lagi..Jika anda ditentukan untuk Mati sahaja..
tak usah hidup, kerana dah cukup lah Eksistensi hidupmu selama ini hingga hari ini mencabar Tuhan dengan penuh hebat.
dengan tak sedar diri, mengaku kehebatan mu itulah Eksistensi dirimu di Mata Dunia.

walhal semua itu Binasa.
Dunia atau Akhirat Cinta benar pada Tuhan yang jadikan mereka..itu lah korban mereka.
maka Matilah mereka bila tiba masanya,
lalu apa korban diatas sumpahmu?

jangan katakan apapun kecuali tiada, kerana itu tetap lah Eksistensimu,
yang maseh menuntut balasan.

ambe hanya minta balasan DIAM dari apa yang diperkatakan, Hadam dan Rasakan kerana itulah Syarat Beritahu ambe,
maka anda faham, ia adalah usaha agar dikembalikan,
barang pinjam mutlak itu, kembalikanlah.

ambe tlah bakar semua Ilmu ambe disini, rasa atau lagak pandai dan serba tahu tlah dicurahkan air padanya,
hingga udara meleburkan ia jadi bintik bara yang akhirnya mati begitu sahaja..
dan sedia dari sebelum menulis agar biarkan diri sebagai target Hukuman..yang sudah pun berlaku atau belum berlaku teruk gila-gila oleh makhluk Dunia.

apapun terimakasih diatas "surat puji"..banyak betul warning anda yang membaca dan beri respond yang "baik"..

Api Kalam mohon diri.

KBD