Sunday, July 31, 2011

Bahang Puasa

bila masuk Ramadhan sahaja ada-ada sahaja lah sms seperti:
"Hi I'm Ramadhan..bla bla bla..minta maaf dan selamat beribadat dan berpuasa"..

ia adalah seasonal sebenarnya, bermusim.. dan penghantaran sms itu rambang atau pukal.."tanda ingat",
itu sahaja jika tanya pada ambe lah.

sementara ambe, hanya hantar sekeping sms ringkas dan sms pada sahabat yang mana ambe ingat dan sering bersama selama ini.
dan ambe tak perlu tunggu template atau pantun sms bodoh-bodoh seperti selalunya, ambe wajibkan diri bahawa apa ditulis dari diri sendiri biarlah seburuk mana bahasanya.

telan serta hadamkan lah maksud sebenar Ramadhan,
lihat serta perhatikanlah amalan di bulan ini,
berpuluh ribu jutaan masjid dibina serata dunia, yang hanya Ramadhan, Eid Fitri, Eid Adha, Maulid dan Solat Jumaat sahaja dipenuhi kerana dibulan lain kita akan disibukkan kembali oleh urusan Dunia.
itu kah Agama yang dikatakan Cara Hidup?

bagi sesetengah pengabdi Masjid, mereka akan katakan salah, bagi sesetengah jemaah luar Masjid, mereka akan katakan ada benarnya.. benar mungkin kerana urusan Dunia itu agar ada barangan berguna dengan harapan dibawa Harta itu agar diinfak atau korban kepada Akhirat.

kita lihat pula pada institusi rumah tangga yang dimana isinya sememangnya ada Suami dan Isteri, rumah pula diibaratkan "Masjid",
jika tanggungjawab seorang Suami itu mencari rezeki dan berusaha untuk menampung atau menunaikan hak Isteri yang mungkin dirumah perlukan ini dan itu. Suami lah Jemaah Luar masjid, Isteri itu lah Pengabdi didalam Masjid.
namun kemuliaan yang priority itu pada Suami bilamana sudah pulang kerumah.
yang berkuasa itu tetap Suami.

konsep sebegini pula di apply pada sistem pemerintahan, jika "Suami" atau Raja berpergian ke mana-mana luar dari tanah taklukkannya, "Pemangku" dilantik agar memain kan peranan, Sang "Permaisuri" menilai serta membantu "Pemangku" tersebut..jika ia tidak ikut Suaminya berpergian.
secara Hakikatnya, memang Permaisuri lah wakil sebenar Raja tersebut(andai maseh belum ada Putra yang sudah baligh umurnya) walaupun maseh memerlukan Lelaki untuk mengaburi pandangan kasarnya.
kerana kita tak boleh nafikan, Isteri itu adalah Maruah atau Lambang Nafsu bagi sang suami,
andai Isteri buruk tingkah lakunya, yang buruk sebenarnya itu Suaminya..
andai Mulia Budi Pekerti serta rendah diri dan tegas lakunya, itu tetaplah cermin pada Suaminya..

bulan yang akan datang ini, yang mungkin sahaja tradisi anutan yang berkadar ikut-ikutan.. jika tak dibuat, maka janggal lah. dibuat pula, tak tahu menahu apakah sebenarnya tujuannya dilakukan begitu.
ambe harap dapat dipecah kan lah pemikiran yang singkat, dengan luaskan sedikit kadar pengetahuan kita selama ini, yang sudah set kan di otak bahawa Puasa ini orang Islam sahaja yang lakukan.
ambe baca berpuluh bahkan mungkin beribu kali Rukun Islam, kemudian Naskah-naskah lama Buddha, Kristian ataupun Juda.. ambe rasa lebih-kurang aja dengan Agama lain jika kita sekadar baca ikut apa ditulis kan itu:

pertama, Mengucap Dua Kalimah Syahadah..Apa Hindu, Buddha, Kristian, Juda dan lain-lain Agama tak ada ritual mengucap atau berikrar dengan janji dengan penyaksian diri bahawa Agama ini atau itu benar sebelum menganutinya?

kedua, Sembahyang 5 waktu..Apa Buddha tak ada Sembahyang pada Patung atau Idol nya? Kristian malah ambe pernah terlihat cara sembahyang mereka mirip dengan orang Islam Solat.. bagi mereka yang baru mengetahui akan hal itu sudah pada kacau fikirnya, difikir keras apa pula beza nya dengan kita jika benar Islam ini Agama yang berada di titik akhir kewujudan Muhammad Bin Abdullah.

apatah menyentuh hal ketiga, Berpuasa..Apa selama ini anda diajar untuk Diet itu bukan miripnya dengan phase kanak-kanak agar dididik mereka untuk tahu bagaimana berpuasa ke? atau ndak membuktikan betapa abdi orang beragama lain berpuasa juga demi mensucikan roh dalaman mereka, kamu tanya biksu atau sami atau paderi akan Puasa, semua dari mereka itu ada dan pernah mengamalkan Puasa.
apa bezanya dengan Puasa kita?
kerana ia satu Bulan yang Khususiah yang ada Tarawikh dan diakhiri dengan Hari Raya?

ambe kira jika setakat kita meletak Puasa kerana kita Islam, itu tak cukup.. Kamu Puasa kerana kamu ndak jadi orang yang Islam. baca betul-betul ayatnya, itu berbeza maksudnya.

Pertama bagi ambe mengertikan Puasa dari dahulu hingga kini, beza orang Islam adalah memerlihara Puasa mereka kerana Malam itu ada Tarawikh dan disambung amalan sendiri. Hari esok itu dibiarkan esok sementara sepanjang hari yang akan anda mulakan Puasa ini adalah tumpuan khasnya.

Jika Tarawikh dahulu Nabi amalkan bersama Sahabatnya dalam kadar berjamaah, maka amal Malam itu amalan sendiri. terserah apapun amalan seperti mengaji quran, atau berzikir..amal Malam itu menentukan siapa sebenarnya diri kita,
jika bangkit tidur itu malas setelah tarawikh dan kita setakat bangun beberapa jam sebelum Bersahur, itu rugi dan berbohong.
kenapa ambe katakan ia rugi? kerana solat tarawikh itu anda lakukan beramai-ramai, manakala amal malam itu anda sendiri..anda dengan Tuhan secara jelasnya.. ketepi kan soal Wajib, Sunat atau Harus. itu sekadar indikasi merujuk apa yang Utama, Penting dan Segera dalam satu ketetapan.
yang ambe hendak utarakan adalah dimana kemahuan serta kehendak kita?
jika anda berdalih dengan berbagai alasan, itu maksud ambe "berbohong"..disebabkan kita sebenarnya mampu lakukan dan tunaikan, hanya kita lembik atau malas didalam menyedari betapa teruk Nafsu dibantai sepanjang hari.

jadi, apa makna ber Puasa memandangkan anda menghabiskan masa malam untuk tidur?
setahu ambe, tidur waktu malam itu sunnah khusus buat yang sudah beristeri atau bersuami..tidur sunnah lain yang pernah diketahui ambe itu antara Zohor ke Asar..lain lah bagi mereka yang sudah kepenatan, di harus kan rehat atau SAKIT..pada yang suka benar menjawab tu, SAKIT apa? anda tahu penawar SAKIT HATI itu hanya diselesaikan dengan ketenangan, ketenangan yang banyak ada dalam beramal..jika logic difikir, beramal diwaktu siang, semua sibuk..anda dihubungi telephone, anda dipanggil untuk ke sini atau kesana atas urusan kerja..namun Malam? mana ada, kan?

kerana itu lah adanya Lailatul Qadar, yang dimana sebenarnya Malam kejadian itu hanya sendiri yang tahu bila, tak akan sama dengan orang lain.. Dah namapun Malam(Laila) Ketentuan(Qadar)..
dan seringkali Malam itu lah biasanya diceritakan keajaiban suasana yang ditelan sunyi, semua Pokok seolah-olah Tunduk, angin dingin menyapa baik, bintang jelas kelihatan bagai cahaya lampu-lampu sebuah bandar besar dari pandangan jauh seumpamanya dari berbagai lagi penyaksian orang-orang lain yang terpilih, namun realitinya kita maseh diatas permukaan bhumi. anda sendiri..

buat ambe yang pernah, ambe faham jelas serta yakin bahawa itu lah yang dikehendaki Allah bagi kita semua, menidakkan apa sedang ada, atau mencurangi Dunia agar dibawa ke kampung Akhirat yang jauh lebih abadi.

disebabkan itulah ambe tak runsing dengan susah apapun, walaupun diketika itu memang nampak mengeluh atau marah, ambe maseh lah membantu orang lain agar gembira dengan apa mereka inginkan..masaalah ambe hanya dengan diri, yang lapar bila perut kosong..namun Tuhan tlah jamin saluran Rezeki Nya datang dari sumber yang menghairankan adakalanya, bila duit dah tak ada, ambe mohon belas ehsan dari sahabat, rakan atau kawan..tak semua mengambil kesusahan ambe sebagai masaalah yang perlu dibantu, iya..ambe beralih arah ke tempat lain dengan harapan Tuhan celikkan mata mereka pada melihat Rahman dan Rahim.
sedangkan permulaan Hidup pun Sudah jelas Bismillahirahmanirrahim. Tiada "dengan Allah" mustahil ada "Ar Rahman" atau "Ar Rahim".. anda baca bismillah didalam tiap ayat anda baca, apa anda amalkan diatas Kemurahan Allah atau Kaseh Allah di hari ini?
jawapannya sangat menyayat hati ambe untuk mengungkapkan, memang jelas ambe boleh sahaja mohon bantuan dengan Keluarga untuk perihal "Pinjam Duit" namun diakhir cerita, Keluarga Maseh dan tetaplah Keluarga.
walaupun moral orang kita hari ini yang sengaja tidak halalkan makan minum hingga mati, ambe tak percaya orang dahulu budinya begitu, alangkah cara berbahasa mereka pun begitu berhati-hati dan sangat "dalam" maknanya..berapa lama bagi kita yang payah berbahasa baik untuk himpun,susun dan sampaikan ayat-ayat berbentuk pantun atau puisi yang "dalam"?
sudah pastilah memakan hampir berbulan bahkan tahun bagi memahami setiap kata agar indah nya rupa untuk dikhabarkan.
maknanya disini, beza orang dahulu dengan sekarang begitu kuat berkira, tamak nya kalahkan qarun, lahap kalahkan babi..sedangkan di akhbar sahaja sudah bertempel-tempel kisah-kisah yang menyayat hati, alasan kita hanya mampu ucap "kesian" kemudian beralih muka surat lain..itu-lah reality kita sekarang.

dan mengenai Tujuan "Pinjam Duit", memanglah perlu dibayar dari sudut akadnya, namun begitu jika benar Agama Islam ini bersaudara..berkira? ambe tak fahamlah macamana. Kristian melabur berpuluh ribu atau mungkin juta ke seluruh dunia bagi usaha Fundraising mereka terhadap orang cacat, anak yatim, orang tua dan sebagainya.. kita maseh sibuk repair Masjid dan meng-IT kan Masjid, padahal MANUSIA itu sendiri sudah canggih dari Computer, Projector ataupun visualisasi mereka.. yang cipta itupun maseh Manusia, ilham dari Alam Ciptaan Tuhan.
sebak pun ada, fed up pun ada..bila melihat berkeliaran "Usaha Agama" orang Islam bodoh hari ini yang membina Madrasah Anak Yatim dan memburuh kan Anak Yatim agar kononnya ber Khidmat untuk menampung belanja Madrasah itu..APA yang ndak orang Islam seperti itu buktikan pada Dunia sebenarnya??..

kejadian tersebut sudah berkali-kali berlaku pada diri ambe,
terutamanya sesudah ambe keluar dari kedai buku Pustaka Seri Intan dan datanglah anak-anak yatim menjual minyak urut, sambil memegang fail Madrasah yang hendak ditampung perbelanjaannya.. ambe tanyakan adik itu, "mana ustaz yang tinggalkan adik?"..dia takut-takut untuk tunjuk, katanya nanti dimarah.
bila ambe rasuahkan duit padanya agar digunakan duit ini untuk makan dan minumnya, baharulah dia toleh ke arah belakang mengarahkan diri pada van buruk disudut tempat parking,
ambe angkat muka padanya yang kelihatan begitu gaduh dan cemas..start engine kemudian hilangkan diri.

ITU ISLAM BAGI KITA HARI INI???

ambe lelah untuk dengar orang jawab pada ambe bila balik dan kongsikan hal ini melalui telephone atau chat ataupun perbualan biasa antara rakan karib atau kawan college. sebabnya ambe akan dengar orang kata "kita kena faham, mungkin itu dan ini"..bagi ambe yang pentingkan apa ambe saksi itu, bila orang jawab dengan andaian bermacam-macam itu pun sudah fail. kamu soalkan ambe hal lain yang sudah pasti bercabang-cabang hal nya, berbagai-bagai kerja dan cara penyelesaiannya..
ambe sampaikan satu contoh, cuba lah sampaikan pendapat. bukannya andaian atau persoalan lain.

jika benarlah, "kita kena faham"..cuba fahamkan maksud ANAK YATIM, yang Baginda Rasul begitu berkeras tuntut agar dimuliakan. hingga ada satu Surah Khas buat mereka. Surah Al-Maun.
baca dan faham maksud itu sebelum kita suruh orang lain bersangka baik pada ketetapan yang jelas buruk dan hancur kan Islam sendiri.

syukur bagi ambe yang maseh diberi peluang dan ruang untuk menulis, dan menyampaikan bahang kepanasan Ramadhan yang sememangnya kita perlu pisahkan dengan kehidupan cara senang dan mudah didalam sengajakan diri agar berkeringat,susah payah dan menikmati Letih atau Penat sepanjang bulan ini.. telanjangkan diri anda dari segala pangkat atau darjat kerana bukan sahaja Raja,Menteri,SUK,Setiausaha Sulit atau apa-apa lagilah pangkat, Tan Sri, Dato, Datin atau Toh Puan..dibulan ini SEMUA SAMA.

anda Buruh kepada Tuhan..kalau sudi bagi anda menjadi Hamba Allah la..

andai Puasa belah pagi hingga Petang sudah pada lahap membeli juadah Nafsu di Bazaar melampaui keperluan, sudah-sudahlah berlagak macam orang Islam. ada baik anda Kafir teruslah..tak payah nak rosakkan Agama Islam, ataupun Agama lain.

bagi ambe yang sengaja berbahasa kurang ajar, lebih gemar sengaja perasankan diri ambe adalah Pendusta Agama dari JADI PENDUSTA AGAMA yang sebenar,
melacur mulut agar reti bahasa bahawa istilah "Hamba" bukan sekadar cakap.
dan menjadi ketua, hakikatnya adalah sebenarnya Kuli Batak bagi sekalian Hamba.

Berlagak apa nya?
kamu besar sangat ke dalam bahang Puasa ni?

KBD

Wednesday, July 27, 2011

kagumi neraka

"eh, tak baik lah"

pedoman hari akan buat kita sedar bahwa betapa ramainyalah pelagak suci ini akan menidakkan orang seperti ambe contohnya, didalam mengungkapkan kata tersebut..

dari anda sibuk mengarutkan keindahan, kemahsyuran atau kesentosaan Syurga sampai apapun masehlah "Neraka" terpercik dari kata-kata "kutukkan" terhadap perasan baik.

anda nyatakan bahawa ini kawan anda, sementara tugas utama seorang itu mengambil berat bukan sahaja kesenangan semata-mata namun dikala kesusahan melanda diri mereka. akan tetapi, dimana anda ketika "kawan" anda dilanda kesukaran yang hingga apapun sukar membuatkan dirinya tak dapat lena tidur, atau makan dengan kenyang kerana pocket nya tlahpun bocor dan sebagainya-lah..kamu dimana?

bermimpi dengan keamanan?

kenyang dengan kedamaian?

dimana?

frustrasi atau tidak didalam mengertikannya, apa ambe kata kan ini sememangnya tak siapapun dapat menafikannya..hanya orang rasa pandai aja akan berhujah diatas kata-kata ini yang jelas adalah dari kebodohan ambe.

bilamana mengertikan bagaimana rupa Neraka,
API jadi bahan utama rujukkan kita,
kerana API lah contoh terdekat, meskipun API yang diterbitkan oleh Matahari maseh berjuta batu jauhya dari Dunia ataupun mungkin API yang terdalam isi Bhumi agar turut mengiyakan bahawa bahan hukuman buat orang yang berdosa itu tetap API NERAKA.

kulit anda terbakar atau sun burn berapa kali kerana kepanasan, tiadalah anda sedar pun itu baharu sezarah mungkin azabnya,
kita tak merasa extreme benar panas itu..maseh lah "bahang" yang datang dari pada matahari.
sedangkan didalam menyedari itupun kita tak tahu berapa juta sel dari permukaan kulit atau disebalik kulit tlah terkorban,
kerana baharu kita katakan "panas betul hari ni"...

walaupun anda pernah melecur, belum tentu anda benar sadar secara menyeluruh akan keperitan api tersebut..hanyalah lesekkan atau jilatan api terhadap dirimu, paling-paling tidakpun kita hanya mengelak kerana "trauma" atau sudah serik dengan API.
Kita jauhi pada kehebatan API malah cuba membikin API-API ditempat lain, melagakan orang A dengan orang B sedangkan kita saling bersahabat, membenci orang A kerana itu dan iri pada orang B kerana ini.. API paling dingin kita wujudkan dalam titik hitam Hati tidak kita langsung sedar.

dimana-mana sahaja anda berada,
perhatikan..bagaimana orang "alim" hari ini dengan penuh berlagak serba tahu cuba nyatakan padamu "TAKUTI LAH API NERAKA"..sedangkan diri mereka bukanlah papan tanda AMARAN atau billboard bergerak, malah manusia yang sama seperti anda, yang bukan memberi sekadar indikasi malah melaksanakan perintah yang tersedia dalam apa bentuk rujukkan yang ia yakini diatas pengalaman. Usaha dalam bentuk Hikmah bukanlah Cakap sahaja atau semata-mata.

anda bertanyalah pada mana-mana ahli psychologist, walaupun lain-lain istilah mereka namun bottom line nya tetaplah "ketakutan perlu diatasi. bukan dengan lari." yang pastinya ketakutan akan tetap datang dari lain kondisi yang bermacam-macam rupa lagi..

berani bercakap? senangnya berkata-kata? semua ini kerana ambe pernah lalui, ambe penghidap penyakit Anxiety Disorder buat sekian lamanya.. maka pelbagai ketakutan ambe tlah hadapi didalam menjadi makhluk paling pengecut didalam dunia ini.
bacul dengan bergaduh, ataupun pengecut bila gelap menyelubungi suasana. itu lah kenyataan selama itu.
ambe penakut pada masaalah, hingga semua masaalah jadi bertambah..
sampailah ambe hilang penguasaan pada kaki, tak dapat merasa bagaimana geli atau sakitnya dipijak atau disentuh oleh sesuatu..dan penyakit itu ditanggung hampir beberapa bulan,
namun oleh kerana sa-ekor semut API yang mengigit kaki ambe, sadarlah bahawa ambe sudah berada diatas ketakutan.

Neraka adalah satu contoh teladan, direka oleh karya imaginasi manusia ataupun benar lah datang dari Tuhan yang perlu bagi kita selesaikan agar tahu sejauh mana benar atau palsu dakwaan itu. jika setakat bermain dengan andaian sahaja dan semata-mata, sampai bilalah anda akan tetap meragui apa anda sendiri akui tanpa apa barang saksi.

Ramadhan adalah bulan yang menguji api Kemahuan anda.
Nafsu yang terkandung pada tiap diri empunya.
anda lapar, anda perlukan makanan..bilamana anda sudah makan anda maseh mahukan lebih..semuanya Nafsu.
yang kita sering dengarkan adalah Amarah.

kerana Amarah sahaja yang paling dasar terdapat pada tiap diri Manusia, sudah kita dapat lihat betapa mudah dan semakin mudahnya technology sudah buatkan kita.
kemudahan itu suatu kebaikkan, namun terlampau mudah hingga tiada pengajaran usaha yang mengalirkan keringat peluh susah-payah adalah satu hijab dalam memahami apa bezanya Nafsu yang Baik atau Tidak baik. bahkan memahami atau mengerti apapun, perlukan kesakitan.
contoh yang paling dasar adalah dari ketika anda "buat anak" atau melakukan persetubuhan atau intercourse, itu semua dilakukan dengan Nikmat untuk mencapai klimax Nikmat yang sebenarnya zat paling Nikmat yang suntuk bagi merasainya.
imbuhan Nikmat diberi ujian didalam kandungan, hingga saat melahirkan..SAKIT dirasai paling tinggi, adapun pernah meninggal gara-gara melahirkan anak dan ada maseh dipilih untuk terus berusaha membela anak nya.

pepatah orang Puteh, NO PAIN NO GAIN..memang benar.

faedah apa mengagumi Neraka adalah bergantung pada anda, bagaimana anda cuba menafsirkannya berdasarkan ilmu anda timba selama ini..dengan Neraka kita tahu dan makin yakin bahawa Syurga itu pun ada.

jika anda tanya ambe,
Syurga bukan target utama orang Islam,
target pertama orang Islam itu bersatu kembali dengan Tuhan..
tapi selagi anda disini,
tak usahlah banyak berangan tentang keindahan..
Dunia maseh Penjara untuk Mukmin, seandainya anda sudah berjaya keluar dari penjara itu..selamat lah abadi
didalam Neraka yang serba sementara ini.

bagi yang begitu meluat dan benci pada ambe yang pernah ucapkan "pergi jahanamlah kau"

ya,,ambe sedang berjalan dengan menyaksikan jahanam itu yang sebenar, hingga hari ini dan mungkin esok.


KBD

Tuesday, July 26, 2011

duduk ditempat aku?

alangkah sekejap benar mungkin masa berlalu,
hal itu dan ini berlaku hinggalah ambe kadangkala tak sempat untuk menghadam dalam hari-hari..Sejarah Hari sering buat kita leka seandainya kita begitu gila mencipta Sejarah Hari esok. belum mempelajari dari pedoman Kelmarin dan Hari ini setelah dan sesudah dilalui.

kebelakangan ini ambe memang berada pada paras rendah,
perasaan begitu low battery..fikiran pun semakin membodoh mentafsir..kalam ambe semakin bacul,
sendiri ambe begitu rindukan ketenangan.

walhal ketenangan itu dimana-mana sahaja dikehendaki oleh kita.

merenung kembali mimpi, ambe jadi rindu untuk mati. kerana menyedari betapa teruknya lah orang dihari ini tlah bikin dari sarwa soal, baik social yang maseh ada orang membalas kebencian dan iri dari "jujur" ambe hadiahkan..hanya semoga mereka faham apa itu kebenaran, yang menyakitkan..tak ada aman darinya melainkan kesakitan yang dalam diam atau dalam kebingitan bunyi pekikan manusia yang masing-masing sibuk menyuara akan perhatian.."aku ada"
sementara bahasa rumit kita ndak fahami tetaplah Api, ia melayani udara, air serta menumpangkan kaki-baranya diatas pentas bhumi ini. rata-rata mendendangkan tempo atau rentak "pujian" syukur diatas Tuhan.

sementara manusia keji seperti ambe sibuk kehulu-hilir hanya untuk membayar "hutang" pertemuan atau kehendak.
pulang ke rumah seringkali lewat malam pun kadang mengorbankan waktu value ambe bersama keluarga ataupun sahabat-sahabat.

geli hati ambe rasakan, bagi orang yang sudi menyentap perhatian ambe dengan wajah paling teruk dari beruk yang seakan-akan mengejek kewujudan ambe, yang sebenarnya "malu-muka" kerana hutang emas yang tak dibawa belayar dirinya yang dianggap "kawan" dalam sudut Kehidupan Awam sementara benar anggap "Sahabat" diatas kata-kata baik ambe pernah ucapkan padanya..sedangkan mereka tahu dan jelas, kehadiran ambe yang meminjam itu bukan membeli barang itu, akadnya tetap "pinjam" sementara bukan membeli atau memiliki.
diatas dasar per"sahabatan" ambe hulurkan bantuan, berikan padanya sejumlah wang semoga mendapat kefahaman seperti ambe ini maseh menganggap pemberian itu sebuah bantuan yang paling jujur, yang padahal TAK ADA APA FAEDAH darinya jika makna FAEDAH kita ertikan sebagai pulangan dalam bentuk barangan.

ambe yang perasan baik, begitu lah menceritakan sudut ambe. yang tak minta siapapun PERCAYA ambe kecuali percaya dengan kebenaran AGAMA dan Rasul yang ambe akui takkan ada lagi lain bererti bilamana praktikal atau amali kita lalui sendiri agar mengerti sendiri.

bila ambe bercakap mengenai ke PERCAYA an ini.. berpuluh atau mungkin ratus permasaalahan yang melanda pada ambe dan mungkin anda yang membaca, dimana kita sering diragu-ragukan kerana luaran atau perbuatan yang langsung tiada hubungan yang melekat didahi mereka yang tuliskan "PERCAYA AKU"..

ambe yang begitu skeptikal pertamakali mengenai Nabi-nabi dahulukala, memang ambe akui "diatas apa perlu aku percaya dia?aku tak kenal pun dia meskipun orang mendefinasikan "Nabi" orang Suci"..itu kata-kata diam bathin kotor ambe.
bilamana melihat Sunnah/cara-cara, tambahlah radical diri ambe yang penentang benar..kenapa nikah ramai? kenapa berjanggut? kenapa semua ada cara-cara? tak boleh ke kita buat suka hati kita?

tempelak persoalan bodoh dan mungkin sesetengah akan katakan ambe "Murtad" maseh ambe tak faham, adikerana ambe belum tahu ambe ini benar Islam, kerana itu maseh cadangan semata-mata dituntut ayah dan ibu. derhaka ambe sememangnya jelas didalam sulit. kita cari benar itu bukan mudah, orang dahulu cari kebenaran bukan begitu. melalui susah payah.. Nabi buat usaha yang pelbagai hanya dengan bukti perbuatan, mereka bukan penulis. mata saksi itu orang lain, yang mencatit Hadis,Sahih,Nas ataupun Kitab-kitab seperti Taurah,Zabur,Injil dan Quran..tiada dariantara mereka berkarya dengan pena oleh kerana fahaman mereka itu menulis atau memahatnya tepat diatas tamra ini..diatas permukaan bhumi milik Tuhan dengan kerja-kerja mereka, melayani alunan ombak lautan atau mengalirkan kata-kata didalam tinta suci air, ataupun mengendarai ayat-ayat mulia diudara agar lambang-lambang ke Tuhanan disaksikan cakrawala, ataupun membakar diri didalam menyatukan makna kata kuasanya Tuhan maha Esa mereka.
atau mengukir pujian dalam keterangan puteh atau menusuk pujaan dalam kegelapan hitam.

kesimpulan ambe dapat berikan hanya kata "PERCAYA AKU" dari para orang suci utusan Tuhan itu hanya ajakkan, kamu nak ikut..maka ikut. namun mengikuti itu penyaksian sebenar kita dan diri sendiri.
kita dituntut YAKIN bukanlah PERCAYA oleh kerana kepercayaan sering berubah-ubah.

hal mengerikan ambe adalah menghadapi kemalangan jalan raya kehidupan, dimana disitu ada berbagai macam rupa kenderaan, yang diisi driver yang liar atau licik atau bengap atau pengecut.
disitupun kita dapat menilai sendiri betapa organic nya manusia dan laku mereka. fahami mereka itu tetaplah ada hadnya, namun mengenali dirinya perlu bersatu.
itupun tetap ada perkataan "kau takkan rasa bagaimana aku sendiri rasakan"..ya itu jelaslah, semua orang lain kot.

kalau dah sama, dah tentu-tentu mudah diambil kira kita beragama tanpa soal apa berdasarkan apa pemimpin kita katakan sahaja. kita makhluk yang mulia namun malang jika benarlah berlaku begitu, kerana kita ada akal yang berfikir macam-macam, kalam yang beragam-ragam, hati yang berperasaan dan perasan, dan roh yang perlu dihidupkan agar didirikan dengan terdiri.
kita akan sadar bahawa itu membodohkan,
tak mungkin kita berada dibawah tanpa apa pemberitahuan sebabnya kenapa? akal kita mempersoalkan, seperti menentang kerana kononnya "curious" atau ingin tahu, bila dah diberi tahu..soalan lain pula timbul. sedangkan soalan pertama tadi aja yang ndak disoalkan, dah beranak pinak pulanya tahu itu.. apa disitu pun kamu adalah makhluk yang langsung tak bersyukur, sedangkan orang yang memberitahu dengan cara jujur itu satu Nikmat.

tanya kan benar, kamu ndak tahu apa? bila dah dapat..lalui lah sendiri. berhentilah soal macam-macam..itukan maseh andaian singkat sahaja. kamu PERCAYA itu pun dah macam memurtadkan Tuhan. kamu persoalkan Pemimpin kenapa begini dan begitu, walhal tak ada pemimpin pun minta ndak jadi pemimpin. dari kecik hingga besar kalau ditanya cikgu sekolah, nak jadi apa..orang tetap akan jawab pekerjaan sahaja. bukan ndak jadi Pemimpin sedangkan satu class anda tlah melantik anda tanpa anda minta..

itulah diri AL-KARIM nya Tuhan.
memberi tanpa kita minta..

kita tak minta Quran itu ada, namun umat Nabi-nabi sebelum Muhammad dah ada timbul fikir untuk ada penyelesaian ini..
maka diatas itu Tuhan jadikan Muhammad sebagai masterpiece contoh terbaik dari semua.
dan karya Quran yang mengandungi kesemua Kitab sebelum itu menerangkan bahawa cadangan Islam itu terbaik..andai ada fikir mengAgamai atau menyusun diri dalam kehidupan..

Rasulullah sendiri mencontohi nama Tuhan "Al-Karim" diatas perlaksanaan, beri kesejahteraan tanpa diminta.
susah payah, korban itu dilaksanakan demi kebahagiaan orang lain.
sementara ambe yang cuba mengerti bagaimana perasaan seseorang yang memberi tanpa mereka minta dalam ucapan atau perkataan pun dah kenal sungguh bagaimana tanggapan buruknya,
orang sering curiga dan berprasangka tidak baik..katanya sesetengah pendakwa itu "Agenda" atau "Politik"..

sedangkan masa ambe untuk berehat dahpun jelas berapa jam aja tidurnya, hingga sakit ke diri..dimana kepentingan atau politik ambe?
sedangkan lebih bertambun kerja lain ditangguhkan hanya untuk bantu tanpa diminta untuk dibantu, hingga susahkan diri..dimana Agenda ambe?

paling major adalah perihal Cinta. orang sering datang pada ambe, minta konsultasi walaupun ambe tak pernah offer secara rasmi "Khidmat Masyarakat" ke apa menempel didahi ambe..kita beritahu begini begitu dari dasar pengalaman, namun tetaplah orang yang pertamakali datang pada ambe minta tolong dalam perbuatan nya yang jelas, tetap degil dengan mengulangi hal sama..tanpa pembaharuan..padahal bodohnya adalah ambe bila dah boleh jangkakan bahawa orang itu begini dan begitu nantinya..tetap bodoh ndak tolong hanya semata-mata ndakkan satu pencerahan jiwa meraka dalam menikmati hidup lebih baik.

terbaharu didalam soal di kampus atau college ambe sendiri,
isu nya Duit pinjaman.
dimana ambe diajak tiba-tiba menyertai Group Rahasia dalam Facebook oleh pelajar-pelajar yang punyai masaalah keewangan.
dirasakan teranianya kerana pelbagai hal sulit dari pihak pengurusan. ambe yang memerhati akan hal ini melihat nya sememangnya bermacam-macam scenario dan jenis rupa masaalah yang bermula dan berakhir kerana duit.

dipihak kedua itu orang-orang college ambe sendiri, yang mereka begitu concern bilamana terjadi hal ini.
dirasakan kesannya akan diketahui oleh satu Dunia kononnya, kerana ia laman sosial Facebook.
lalu dipanggil lah orang berkenaan hari kemudiannya setelah direport oleh para pelajar sendiri kepada staff,
setelah selesai soal-jawab atau sisasatan, ambe pula dipanggil berjumpa ke esokkan harinya..

didalam mengetahui yang menanggung masaalah yang konon besar ini adalah Mentor yang ambe anggap seperti Bonda ambe di college. ambe kasihan yang benar dengan Bonda ambe, kerana masaalah yang tampak kecil ini dah terima tekanan macam-macam dengan orang-orang bengap disekelilingnya, tengok pada rupa dan melalui pengetahuan ambe, tak ambe hairanlah jika dirinya dimarah-marah oleh rakan sekerja lain.

maka perbualan yang memakan hampir 3 jam lamanya ambe dan Bonda ambe berkenaan hal demikian.
disuruhlah cara baik ambe agar Bonda tidak mengambil ia sebagai tekanan, namun tetaplah masaalah orang lain yang menekankan dirinya kerana jawatannya itu menindas benar pemikirannya untuk berbuat keputusan.
ambe terangkan satu demi satu perihal student, yang ambe dah anggap mereka macam adik-adik kerana ke-senioran ambe perasankan.. ndak sekat mereka untuk bersuara, untuk apa? kita semua layak bersuara, dalam bersuara itulah pemimpin akan nilaikan tahap kita dimana, kerana jelasnya bahasa orang Amarah itu banyak kebodohan yang sombong sementara yang benar rasa teraniaya itu pula mungkin kerana perihal tidak jelas.
kita larang, tetaplah buat..itu kan kita semua? jangan kan kita cakap orang muda atau anak-anak.
namun akibat apapun maseh ada, anda buat baik..akan tahu buruknya atau anda buat buruk akan tahu baiknya pula..

pemimpin yang hebat adalah mereka yang pandai berlaku adil. reti menimbangkan berat kiri kanan agar seimbang..
contoh paling dekat adalah adinda ambe sendiri, dimana dia dilantik menjadi pemimpin buat masyarakat kecil jemaah kami dan dia sangat bijaksana dalam mempelajari cara adil agar dilaksanakan secara menyeluruh..itu dari saksi mata sendiri.

maka cadangan ambe paling terbaik dalam hal itu ambe cadangkan agar Bonda ambe fikirkan agar dapat dilakukan sesi soal-jawab terbuka pengurusan dan student agar student dapat bersuara sepenuhnya dan begitu juga pihak pengurusan.
mendapat lah persetujuan. walaupun hingga hari ini ambe kabur lagi bila lah ia akan diselesaikan..
mungkin tak ada kesepakatan antara kita untuk menyelesaikan sebaliknya ndak berdendam..salahnya tidak Bonda ambe, beliau antara orang yang ambe paling kagum di college, kerana sifat lemah nya dan begitu setia mendengar apa macam permasaalahan yang ada..salah sebenar itu semua yang bermasaalah dengan hal ini meskipun mereka yang sibuk hujahkan salah silap pihak A sementara pihak B baling batu ke arah pihak A..

dan pada masa sama, adalah orang beberapa orang datang pada ambe, dengan riak wajah kusut mereka mengenai hal ini..
ambe terangkan dengan cara paling tegas, orang akan kata ambe ni marah..sedangkan ambe marah lebih teruk dari itu.

kemudian akhir kalamnya berbunyi "awak tak duduk ditempat saya..tak tahu lah makanya"
buat pengetahuan pembaca,
kebetulan atau tidak, hal ini berlaku pada hari serentak dan keluar dari kalam orang berlainan pihak.

Kebetulan?

ambe tak fikir itu kebetulan, ia apa Tuhan ndak beri ambe faham benar-benar..bahawa memang ambe tak duduk ditempat nya..namun kesungguhan ambe untuk selesaikan hal kecil ini..yang tak mungkin lah satu Dunia PEDULI pun hal duit-duit beratus ribu aja kalau benarlah ada istilah "pecah amanah"..
Dunia peduli kan hal duit berjuta-jutaan dan dianggap masaalah besar..
ayahnda ambe bermasaalah tentang project yang terbengkalai kerana jutaan ringgit pun maseh mampu ketawa, main bola dan ucap nama Tuhan setidaknya walaupun kerana project tersebut betapa banyak hutang perlu ditanggungnya, tak kita cerita hal issue Stadium Runtuh lagi tu..

ucapan "terimakaseh" dari orang bermasaalah seringkali datang pada ambe dan bilang "awak tak duduk ditempat saya" seringkali diberi sebagai balasan "baik". padahal kita semua tahu kot, masaalah apapun dicollege, bukan masaalah ambe. duit pinjaman yang tak jelas..bukan masaalah ambe kerana ambe rela susah payah pakai duit itu ini agar selesaikan yuran. pengurusan bermasaalah..ada conflict atau salah faham..bukan lah masaalah ambe.
namun orang datang dan berkongsi, ambe cuba benar meneran berbeban-beban kefahaman agar jelas tahu dimana silap dan salahnya dan apa cara terbaiknya...

jawapan "awak tak duduk ditempat saya" itu satu jawapan terima kaseh yang paling sarcastic jauh teruk dari bahasa caci maki ambe gunakan. walaupun lembut dan baik rupanya, indah tutur bahasanya..dalam sunyi kita pun seolah-olah persoalkan atau kutuk Nabi dan Tuhan.
apa masaalah kecil kamu sebegitu maseh ndak "cabar" Nabi yang tlah beri berbagai cabang cara untuk menyelesaikan kesemua masaalah hidup diatas kesudian Tuhan pandang makhluk paling bodoh dimuka bumi hari ini dengan bantuan-bantuan atas IzinNya?

dan perihal kerja lain dari college, andai ndak ditaburkanlah berapa puluh bantuan dalam diam ambe dibalas jawapan "awak tak duduk ditempat saya"..sememangnya mencabar ambe yang ada setitik makna sabar, yang cuba buat terbaik buat Tuhan yang seolah-olah ditiadakan orang hari ini, sudah pasti Tuhan tahu Niat kita apa dan Matlamatnya agar apa. itupun dah mencabar Tuhan yang As-Sobur-Maha Sabar terhadap makhluk-makhlukNya..

dalam perihal masaalah, ambe fikirlah..tak perlu pun ndak "duduk ditempat saya" jika kita mahukan masaalah diselesaikan dalam kadar sesingkat mungkin, kerana memang dah akan makan hari atau bulan bahkan tahun agar cakra Karma berputar pada anda agar merasaikan yang dimaksudkan SAMA tadi.
setidaknya, cuba belajar TERIMA apa orang sampaikan kerana apa buruk dan kurang kita bantu tanpa kamu minta pun tlah kami cuba fahamkan dengan menolak segala hal lain berbentuk peribadi,
"awek", adik-beradik ambe, atau keluarga ambe atau kerja utama lain lagi dah dianggap kerja sampingan..sedangkan itu sudah mencurangi belaka..kita buat demi kamu yang bermasaalah agar masaalah kamu diselesaikan agar sedikit selesa dengan menikmati hidup yang jelasnya kamu akan alih pandangan mata pada orang lain, bukan cari ambe lagi bila dah happy atau senangpun..itu kenyataan ambe lalui sendiri!

disini, dimana-mana..ambe tak mohon dan tak pernah minta agar mempercayai ambe..
namun Yakin pada apa tlah disediakan baik dalam Agama ataupun setelah anda benar Islam.

dari mulut longkang ambe,
ambe lebih rela kehilangan teman wanita dari kehilangan sahabat..namun kadang-kadang, ada orang ambe anggap sahabat dengan percuma mereka lebih pilih teman wanita ataupun harta mereka dari terus kekalkan tali keyakinan. itu dah berbelas tahun ambe selami dalam tanpa sedar..

kerana ambe Yakin sebagai lelaki, yang adalah pemimpin dan pembela wanita yang ambe kenali.
adik,saudara,kawan,ibu, bonda,emak ataupun ummi ambe..

dan berilah pada orang yang anda terdetik rasa Kasih-an apa anda ada sehingga hilang kemampuan, itu bukti anda adalah orang yang benar jujur dengan Tuhan..bukan dengan Ku Bad ataupun siapapun..

ambe menulis anda membaca.
serba sedikit Tahu lah..bagaimana "duduk ditempat aku" sedang duduki sekarang dan selama ini.
sememangnya ambe payah untuk difahami, PELIK dan sukar dijangka kerana kebanyakkan emosi ambe tak serlahkan diriak wajah atau percakapan..kadang-kadang terzahir, ramai pula tak dapat terima pula..dah membazir.

perasaan yang tulus dan jujur ambe luahkan,
sememangnya malam itu ambe hilang daya kekuatan, rokok ndak dihisap pun terjatuh berkali-kali digenggaman jari yang tak pernah berlaku sebelumnya..bila diangkat dua-dua blah, ia berketar dalam diam..Palpitation, Anxiety..penyakit lama ambe tanggung hingga jantung bergendang laju lebih dari garis "Normal"..
penyakit yang hampir saja melumpuhkan kedua belah kaki ambe kerana begitu tertekan bathin ambe memikirkan masaalah yang bukan masaalah ambe pun..namun begitu kuat kehendak untuk membantu, malah kerana kebodohan ambe, jadi sedar lah diri.
sememangnya memang cukup terkesan dengan lagu Aerosmith-Fly Away From Here dan Mariah Carey-Whenever You Call..
rasa, sangat lost.
dan ingin terbang dan lari dari ini semua..namun kerana Whenever You Call..jadi panggilan hati ambe agar terus berusaha ajak mereka yang maseh sudi..walaupun dalam jutaan orang hari ini, ada satu antaranya..biarlah. dari tak berbuat apa-apa.

bagi pemahaman bodoh ambe, semua rasa itu tak diibaratkan disini. tak kan layak..
kerana Cinta ambe tetap buat Tuhan..bukan Makhluk.

dengan sombong dan angkuh lebih teruk dari Iblis ambe bertanya:

"duduk ditempat aku?"

KBD

Sunday, July 24, 2011

trance-SAKSI Mimpi dan Nyata

dalam banyak guru dari awal usia ambe,
ada satu orang guru mengaji ini yang ambe selalu gelakkan..
guru mengaji ambe adalah guru mengaji bonda ambe juga waktu bonda ambe tinggal di Bukit Besi dahulu..
kata bonda, "Ayoh Su" memang garang orangnya..

sebelum ambe belajor dengan dia, dah dapat Trailer Kisah Ayoh Su yang menakutkan itu..
lantas jadi lagi lah takut.

bila ambe dan adik-beradik ambe ke rumahnya, untuk sesi ramah-mesra, kelihatan lah susuk tubuh tegap walaupun sudah berusia hampir ke arah 70 tahun. berketayap, bercermin mata petak besar, berbaju pagoda dan kain pelikat di pintu rumahnya..
jantung ambe dah mulai bergendang rentak rambong bertempo 168 lebih-kurang lajunya.
kami salam dan dijemput masuklah..

di dinding rumah beliau ada beberapa jenis rotan tergantung, pertama yang ambe maseh ingat itu adalah rotan standard dijual kedai kitab hari ini, rotan kedua itu hanger dan ketiga adalah rotan yang biasanya orang buat untuk mengibas carpet.
seram-sejuk-seram-sejuk jadinya.. dikepala ambe hanya tertumpu pada koleksi rotan-rotan tersebut, adakah rotan ini punyai sel-sel makhluk manusia yang legend degilnya melekat disitu sebelum zaman bonda ambe lagi? bila diketahui bahawa memang beribu-ribu anak muridnya.

sesi buka mulut dan bercerita antara bonda dengan ayoh su sememangnya menarik,
bonda perlu berjalan kaki dan kadang kayuh basikal berbatu untuk kerumah ayoh su.perbandingan dari nasib kami yang sudah berkereta dan tak perlu berkeringat untuk kayuh dari Batu Burok ke Losong.
kemudian berceritalah ayoh su akan anak-anak muridnya yang sudah menjadi wakil rakyat, atau doctor atau peguam..semua berjaya setidaknya pun.. ambe ketika itu ndak sangat jadi arkitek makin kuatlah semangatnya, walaupun ambe maseh takut dengan kisah-kisah kegarangan ayah su ini.

dengar pada suara ayah su, dan bersama desingan paru-paru beliau yang sememangnya berpenyakit Asthma atau Lelah. Pada teori andaian itu sememangnya ambe sudah seakan-akan tahu, era kebengisan atau kegarangan tok guru sudahpun expired.
tapi itu maseh teori, "class" sebenar belum start. ini maseh lah introduction atau muqadimah atau pra kenalan.

apa yang menantikan ambe berserta adik beradik ambe itu adalah esok hari.
maka esok itu ambe kesana setelah selesai waktu sekolah..
dengan quran masing-masing kuat dipeluk dada, bersama rehal dan aksesori lain seperti kain, baju melayu dan songkok jadi uniform sekolah ambe.

masuk buat kali ke dua itu sudah menyeramkan, kelmarin bonda ada..hari ini hanya kami sahaja.
ayah su keluar dengan uniform biasanya yang kelmarin, baju pagoda, kain pelikat dan kopiah..serta cermin mata tebal beliau hingga terasa jauh benar ndak dapat tengok matanya.

dan ayah su menyuruh kami sama-sama berfatehah, dan menunggu giliran siapa dahulu sementara yang lain mengulangkaji pembacaan surah Al-Baqarah.
ditolak-tolak, akhirnya ambe jadi orang pertama mengadap ayah su, sementara abang ambe kedua..kakak ambe bersama "side kick" nya iaitu Mok Su, Isteri pada Ayoh Su.

memang menakutkan kerana nampak rotan-rotan terlekap di dinding tak jauh dari situ. mungkin kerana salah satu sebutan pun bakal didenda rotan sebagai peringatan..itu sedang bermain di taman permainan kepala otak ambe ketika berada dirumah beliau.

namun ternyata silap, ambe yang dalam ketakutan itu tersilap sebut, beliau betulkan, kemudian silap lagi, dia betulkan..dan ambe dalam berketar jadi tersasul lain sebutannya. beliau ketawa, walaupun bunyi nya macam doctor jahat dalam movie-movie yang ada bunyi desir lelah nafas yang keluar dari paru-parunya..

rupa-rupanya ayah su kelakar orangnya..
dan hingga satu kenangan ambe belajar semula untuk Solat, dia sebut satu perkara yang sangat kelakar bagi ambe. yang ambe pun tak dapat tahan kecuali ketawa besar dihadapannya dengan biadap sekali..
ayatnya baju kelawar. tapi kerana sebutan orang ganu, jadi KULALAWOR..dengan memulasnya urat perut ambe ketawa itu sememangnya dikongsikan bersama adinda-adinda ambe yang sering kami "kutuk" orang..

ayah su kebingungan dan ketawa halus sahaja kerana tidak faham apakah sedang berlaku dan apakah kelakarnya..

mengenai mimpi ambe post di FB tadi,
ceritera panjangnya begini..
pada awal cahaya overexposure mimpi bermula, seingat ambe itu ambe sudahpun berada diperkarangan rumah Ayoh Su.
dengan bau kayu api kerana persekitaran kampung Losong Hiliran Jejawi itu ada jual keropok lekor, ia satu sentimental memories ambe bagi mengingatkan bahwa masa ambe kecik dulu sering disini, makan snack larangan, minum air tebu atau tin yang seringkali bonda dan ayahnda ambe larang kerana bimbang sakit perut.
maka langkah kiri-kanan ambe menuju tempat dimana ambe belajar dari awal mengaji..sungguhpun sebelum itu ambe dah diajar Ustazah lain, di tadika Al-Arqam atau Yayasan Islam ambe dah khatam banyak kali muqaddam dan iqra. tak pula diceritakan Ustaz "Express" yang solat nya mencatat record dunia kerana begitu pantas seperti kilat yang juga pernah ambe ikutinya pergi belajar dan mengajar Iqra' anak-anak tadika di Yayasan Pembangunan Keluarga ataupun dirumah-rumah kawannya ataupun di Madrasah Kubang Bujuk sendiri.
kali ini purely ambe akan belajar dengan Ustaz yang bahasanya memang orang ganu. lelaki sejati dan orang kampung.

bilamana ambe dipintu rumah, kelihatan sudah Ayoh Su sudah menunggu ambe di lantai, bersama rehal dan quran lama yang berlapuk berwarna puteh kulit depannya.
dengan pakaian baju pagoda, kain pelikat dan cermin mata beliau sudah sahih. inilah Ayoh Su..yang pernah beberapa tahun sebelum ini ambe berjumpa dengannya melalui mimpi, oleh kerana beliau sudahpun meninggal Dunia.

tak disuruh baca Fatehah, ambe disuruh baca satu surah yang ganjil dan tak ada di dalam quran. Oleh kerana ndak sebut itu susah dan ndak dibaca itu tak terjumpa dek file ingatan ambe, disitu lah ambe sadar bahawa ini adalah alam mimpi..dan sememangnya mimpi kali ini satu hal yang dapat mengenangkan ambe pada satu-satunya maksud, iaitu "baca"..

Ayoh Su berulang kali pesan pada ambe didalam mimpi tersebut, "baca gok molek".. kerana ayat beliau suruh itu payah.memang jelas kita memerlukan Hardisk Storage Otak dari Jasad, jika kita yakin bahawa mimpi itu "keluar" dari kereta yang didalam Nyata kita sering drive aja Jasad agar kesana, atau kawal anatomi kereta agar reverse atau kedepan atau brake ataupun guna wiper dan sebagainya..
kini dalam mimpi, apa kita bawa bersama itu lah ingatan kita.. kita mungkin boleh bawa External HD kemana-mana untuk store data kita kehendaki namun maseh perlukan input yang dapat menjayakan transfer tersebut, PC atau Laptop.

anda pernah menonton filem Inception kan? itu antara kawalan mimpi dalam mimpi yang sebenarnya ada logicnya dan pernah berlaku. namun orang yang seorang diri tak mampu mengawal mimpi tersebut..jika ia dikawal sendiri, maka jadi seperti filem The Cell dimana dalam usaha mencari Mangsa Pesakit Jiwa, perawat atau juru mimpi perlu masuk ke mimpinya. akhirnya kerana kerapuhan jiwa juru mimpi tersebut yang ndak bantu diri Pesakit Jiwa itu akhirnya terperangkap, maka Juru mimpi itu pun perlu kan bantuan pihak ketiga untuk membantunya, beritahu ini adalah mimpi dan dia perlu pulang segera pada kenyataan.

berbeza filem Inception yang ambe fahami, dimana ia adalah usaha mengambil alih kuasa pemangsa yang dikehendaki.
untuk konstruksi mimpi dan sebagainya tetap memerlukan orang lain..namun heroin begitu terganggu dengan kenangan lama, yang tlah meninggalkan kesan luka dalam hati dan fikirannya, tetaplah mimpi itu gawat kerana tidak menyedari kenyataan bahawa isterinya sudah tiada..tapi sering zahir di mimpinya. walaupun dalam filem ini, Mimpi itu semacam tempat berkerja watak Hero itu. jika kita banding tara dengan kenyataan, Kerja tetap Kerja dan Peribadi tetap Peribadi. ia minyak dan air.
apa berlaku sekarang, hari ini selalunya mencampur adukkan minyak dan air, dengan mencurah pelbagai intipati kimia lain andaian serta laku kita sesama kita hinggalah tercemar belaka kehidupan..

Science Fiction sememangnya Benar Berlaku. ambe tak nafikan kerana ambe lalui sendiri kehidupan yang begitu luar dari jangkaan..kita kata kita tak melangkah masa seperti back to the future, kesilapan kita ini sendiri adalah sejarah orang terdahulu dari kewujudan kita pun. Tradisi atau Budaya itu adalah medium Mesin Masa dalam kadar perbuatan..kita tak katakan ia tak logic dan relevant kerana kita harapkan dari Rupa dan Paras keadaan dan suasana.. itu mungkin berlaku bagi sesetengah yang terpilih dan bagi tahap sesetengah lain anda perlu belek kembali apa kita lakukan. Deja Vu Sememangnya wujud dari hidupmu kerana kamu sendiri memperakuinya dalam diam "eh..macam pernah datang je sini...tapi bila?" itu antara scenarionya.

Namun meletak Science Fiction sebagai satu-satunya panduan, takkan jadi. Agama itu perlu kerana dalam Agama itu ada Iman. semua Agama ndak berIman atau Virtue atau Faith..
Persiapan untuk beriman itu perlu jadi dahulu Orang Apa? jika anda Kristian, pakailah pakaian Kristian dan buatlah kerja orang kristian agar yakin apa diajar itu memang satu Karamah atau Miracle..jika anda Islam, pakailah pakaian Islam yang dirinya bukan manusia tapi Insan, yang ada Roh, Qalbu, Kalam, Akal, Nafsu dan sebagainya.. itu stage One bagi sesetengah orang.
Stage Two setelah Islam adalah Insan, disitu anda tahu caranya menjadi Insan yang Hamba, yang Ikhlas dan sebagainya..
Stage Three itu lah Iman..dimana anda diajak percaya perkara Ghaib yang tak logic sebenarnya, namun disuruh percaya juga agar Yakin Beriman. satu-satunya cara itu melalui dan menyaksikan sendiri apa tlah terjadi,
Qadha dan Qadhar..apa berlaku setelah Usaha kita sebelum ini? Hampa atau Gembira, bukankah diatas Takdir ketentuan Tuhan?
Kiamat..apa yang mula dan akhir, itu lah Kiamat. orang Mati, itu kiamatkan diri dari tubuh jasadnya. tak perlulah nak tunggu full scale baru nak akui.."oh, tu kiamat"..penghijrahan dari Jahat ke Baik itu sendiri adalah kiamat, ambe panggil Kiamat Hidup.
Kitab-kitab..anda percaya 100% kerana membaca itu bodoh, membaca apa ambe tulis sebagai contoh paling dekat. kerana erti "Percaya" sendiri itu Pagan.. kita perlu atasi kepercayaan agar Yakin benar penulis yang khabar kan ini sememangnya benar dari sudut ini atau itu.
Malaikat..anda mungkin tak dapat lihat lagi rupa Jibrail atau mana-mana malaikat disebut, namun anda sudahpun melihat orang berlagak Malaikat, seperti tak ada Nafsu kononnya dan tak peduli apa orang katakan kecuali mengikut arahan pemimpinnya. "Taat" itulah kata kunci bagi menceritakan Malaikat..simbolik kehidupan hari ini, ramai orang berlagak Malaikat dan merasakan itu ini lebih baik dalam masa sama melanggar pemerintahan yang sudah terbukti benar dan ada baiknya. Malaikat tetap lakukan ini agar ia begini dan begitu agar begitu..
Rasul & Nabi..anda hari ini tak dapat lah katakan sepakat bahawa orang itu adalah Nabi dan itu adalah Rasul, kerana ketetapan di Quran dan Hadis itu begini, kembali pada keyakinan Kitab-kitab tadi yang turun dari utusan Malaikat juga. ada syarat, ada rupa sebenar mengatakan cara Nabi begini dan cara Rasul begitu..Pemimpin zalim itu perlu diperangi dengan cara-cara tertentu diatas fikir yang jujur, "macam ni ke kita nak pada hidup anak-cucu nanti?" itu antara Fikir Umat yang Nabi sering risaukan.
Bukanlah Nabi buat untuk dirinya dimuliakan, namun begitulah caranya.. Hingga kamu yang bergelar Abang atau Ayah atau Datuk maseh dihormati kerana ajaran Melayu itu Hormat mereka, bertertib dan beradab.
Allah..itu rahsia, itu hanya orang Arifbillah, para Anbia dan mereka terpilih sahaja yang tahu..kerja ambe maseh belum selesai, ambe tak berani untuk katakan hal ini namun terbukti sudah melalui nama-nama Asma Ul Husna, Allah itu WUJUD.

hal pertama itu tetaplah As-Sabur..kesabaran itu jelas ada. walaupun tak kita nampak, tetap kita rasa dan guna. ini kerana Tuhan maha Sabar begitu Sabar pada kita, yang maseh mentah dan berjalan dibumiNya dengan banyak salah dan silap. akan ada peluang kedua-ketiga buat nya..walaupun keempat itu jelas lah bukan lagi sengaja tapi mengutuk keras Tuhan dan Diri sendiri dengan bermacam-macam cara beruk kita.

dan sebagainyalah...perlu diingatkan bahawa ini sekadar catatan peribadi ambe, atas tamsilan yang mungkin ada silap dan kurang. sesat atau betul sekalipun dah namanya PERJALANAN. kita perlu guru-guru untuk menarik kembali kita kelandasan benar..memahami logical kehidupan dikenyataan sebenar itu tak logic bila kita sendiri alami, kerana kita tak lagi buat diatas fikir atau perasaan sebagai alasan, namun sendiri tlah pilih begitu.

Mimpi adakala kita diganggu hantu, itu sememangnya antara alam kewujudan mereka, itukan alam yang sarat dengan hal-hal ghaib. yang penuh dengan daya jangka imaginasi kita sendiripun tak dapat tafsirkan dalam kata-kata. tapi apa disaksi itu lah bukti saksi kita itu dan ini.. simpanan storage otak tak mampu simpan kesemua output kita lihat, input kita terhad, terpulang pada empunya yang tlah lalui belaka untuk menebar sebanyakmana pengetahuan maka luas dan besarlah Input Storage HD Akal kita.
mimpi pada perjalanan kita sendiri..yang kita lalui pada alam jaga atau bangun dari tidur kemudian kita tempohi pelbagai scenario yang berlainan dalam kadar subconsciously dibawa pada pengertian unsubconsciously.

sementara kejadian pertemuan ambe dengan Ayoh Su ini adalah bukti untuk ambe ertikan bahawa BACA Quran itu bukan setakat dibaca..namun persediaan total diri pada yang dibaca, tersurat atau tersirat..bukanlah setakat BACA dalam kadar routine harian kerana ia akan menghindarkan kita dari bala, Allah mengkehendaki sesuatu takdir itu terjadi maka tetaplah jadi. Jaminan Allah yang Rahman dan Rahim selalunya membenarkan KemurahanNya dikongsi, walaupun ia Kafir atau pengutuk Agama RasulNya, tapi tetap diberi.. walhal pengutuk-pengutuk inilah banyak menyumbangkan pada kita Ilmu-ilmu berguna dalam olahan yang memang asal-usul nya dari Nya juga..Discovery Channel, History Channel, Animal Planet, HBO ataupun apa lagi medium penyampaian digunakan orang Kafir jauh maju dari Islam hari ini..sedangkan pengamalan itu pun "Rahman".Kemurahan dalam berpengetahuan agar dari kita berilmu dalam pengamalan..ataupun didalam erti lain, biarlah orang kita kata orang Kafir dah doktrin kita dengan pengetahuan tersimpang atau mungkin menuduh mereka perang Agama Allah ini..tetap didalam peperangan itu sesetengah orang Islam kenal apa itu "Maunah" atau Barang berguna untuk Agama kita panggil Islam.

bagi ambe yang bukan ustaz, bukan syeikh, bukan orang berIman lagi yang maseh mencari jalan untuk Benar Beriman.. ambe tak pernah tuduh betul-betul orang kafir kerana Jahat, meskipun pernah terkalam bahasa "Jahat" diatas perilaku, perjalanan ambe tetap menyalahi ambe maka ambe lah malu sendiri kerana berlagak pandai sedangkan bodoh dalam menghukum orang.

kita hari ni ceramah sana sini, buat apa pun ambe tak tahu melainkan kerja untuk ternak anak isteri sendiri. sumbangan kerja kita pada "Rahman" didalam "Rahim" kita itu mana?
dan perlu anda pertikaikan itu agar anda menang sendiri atau terima bahawa kita dalam usaha ini tetaplah sama..tetapi tak serupa pada cara. Mimpi tetaplah Mimpi. namun ia adalah "Alamat" baik dari Tuhan untuk kita kesuatu pengertian lain..dah nama pun "Alamat"..nak tahu betul atau tidak, cari lah dalam kenyataan.
celoteh,bahas,debat..tak ada munafaat langsung melainkan salah faham yang makin bertambah...itu hari ini KITA banggakan.
menang dalam debat antara Islam atau Kristian jadi Issue besar..anda yang pergi tengok itu pun belum tentu Kristian tu macamana, kamu kata Kristian atau Agama lain. Islam tak pernah Hukum Agama lain, melainkan Hukuman yang jelas menghukum orang Islam sendiri agar faham contoh dahsyat melakukan kesalahan yang sememangnya sengaja yang bakal membawa pengaruh tidak baik dari antara yang lain.

kita kata Orang Melayu kuat berangan, bermimpi..dah tu, orang lain buat Mimpi jadi Reality..dan Avatar atau lain-lain Movie dah box office. kita padan ke buat Hantu ajalah sampai ambe pun naik mual..tak Hantu..Lawak Bodoh...tak Cinta..Hiburan Kosong.
pendapat ambe lah, Lucah cerita mat salleh pun maseh kekalkan mesej Ilmiah..bukannya macam kita yang sengaja rakam guna HP berprojek di tepi tong sampah atau dalam jamban...itu tak ori, anda tiru orang Puteh.

kita MALAS atau orang kafir MALAS?

hadamkanlah api dari mimpi ini.

KBD

Friday, July 22, 2011

PENAT

bukanlah merungut, akan tetapi sound yang direct.. kerja blog ni sebenarnya penat. walaupun tak perlu fikir panjang untuk menulis kerana dah dicompose secara neutral dan spontaneous.
Letih bila fikir panjang..sa olah-olah ambe bawa kepala dari zaman paling purba merentas masa hingga zaman kemungkinan/akan datang akhirnya mendarat disini.

walaupun ianya seakan akan "angan"
tetaplah "angan" tersebut dibawa ke arah yang diyakini kebenaran.
letak kasut di rak kasut.

anda pernah sedar betapa penatnya tengkuk anda menegak sepenuhmasa kecuali anda berbaring?
dimasa lain, anda duduk atau menulis, atau membaca..buang air atau mandi. tengkuk maseh tegak berdiri.

anda tak rasa PENAT kecuali LENGUH, kerana otot dan tulang kamu buat kerja mereka.
LENGUH bila dah sampai had tertentu, dah kurang kekuatannya.
PENAT bila dah sedar betapa banyaknya had ditempuhi dari ke LENGUH-an kita.
LETIH tu keseluruhan..bila dah hilang punca kepenatan.
..itu menurut tamsil bodoh ambe lah. anda tanya orang lain pasti lain lah pula pendapat mereka.

kita berbalik hal tengkuk, yang menyokong benar Kepala. kerana mungkin anatomi tubuh sedemikian menunjukkan betapa bersungguhnya bahu menyokong sambungan agar saluran ke bahagian kepala itu berada benar disitu.
kita yang sibuk dengan urusan macam-macam, apa pernah ini dipedulikan?

inilah kerja sebenar penulis.
kerja mereka menyambung kembali hubungan Akal dan Hati semula agar dilihat Diri sebenar itu kembali..
Baharulah anda tahu dimana KATA sebenar berada, bagaimana ia lahir dari ketulusan Diri yang dari dalaman, Hati dan Akal.
kerja ini Penat. kata orang..lain orang, lain rasanya..dah tentulah, kita cakap pasal selera masing-masing kan?
namun tetap kerongkong itu menyalurkan apa yang mereka setuju, walaupun bola golf mungkin ia setuju bahkan cuba ia meng ok kan lah kehendak diri yang suka golf, tidur golf atau makan golf.
syaratnya hanya mati ajalah jika lubang esophagus tertutup dalam jangka masa lama.
betapa beriya nya saluran dari bahagian tengkuk kita ni sebenarnya kan?

dengan bantuan Angin, ia menurunkan apa sahaja yang dikehendaki tukang lahap itu bersama Air liur yang melicinkan perjalanan sebaikmungkin.
akhirnya tetap buat taik yang berkhasiat.

itulah ambe Penat-kan pun.. sumbangan karya ambe melalui pengalaman ambe pun maseh belum tentu merubah cara pemikiran kita setidaknya lebih luas scope nya..bersangka baik ajalah. harap semua dapat apa yang baik untuk dipertimbangkan.

ambe bekerja macam-macam hal dan buat pelbagai hal, walaupun tak sebagus apapun kadarnya tetap ambe cuba buat yang terbaik juga..sebagai Orang Seni. yang tak harap pun peminat. biar orang ramai benci kerja kita yang ntah hape-hape kerana kamu pun mungkin payah nak faham sekarang sebab terlalu senang..

bagi ambe, ambe hanya harap anak cucu jadi penerus dan pengubah nasib jagad hari ini..dan ambe tak hairan andai kemajuan kita hari ini tiba-tiba menerima kemunduran, kehancuran atau kebinasaan total dalam proses pemerintahan zaman-zaman ini.
yang makin hancur dan melebur atas kegilaan memonopoli kepentingan sendiri agar disuapkan ke mulut dajal-dajal yang kita ternak sendiri pada diri..sebelum semua di final call..maseh ada satu kebangkitan iaitu kebangkitan generasi yang sempurna.hingga manusia dah tak tahu buat apa kecuali balik pada zaman jahil..zaman paling rendah iaitu sembahan itu adalah berhala.
hala-hala tuju dibikin kemudian diabdikan oleh sendiri..itulah sangka Wali atau Tuhan.
fahaman ambe, inilah zaman nya..dimana tak ada lagi bahkan susah cari orang yang benar berpegang apa ditunjukkan dari panduan Agama dipilih..kemudahan serba murah dan sangat singkat untuk dapati.
anda type search di Google tak pernah ia mengagalkan anda. itu dariantranya..
bila ada orang macam ambe bersuara, banyak pertikaian..salahnya itu dan ini sedangkan penulisan ambe ini umum dan hanya menuntut kebersamaan fikir disini buat sementara kemudian saksikan sendiri kebenarannya..jika tak boleh pakai. tak usah buat..walhal disini bukanlah ajaran apapun. hanya usaha PENAT peneutralan kembali apa kita lalui, rasai atau ungkapkan melainkan hanya untuk kembali menguasai cara fikir yang terbaik apa ambe yakini diatas perjalanan sendiri ambe.

namun yang ambe dapati selalunya tohmahan, cercaan dan makian dari email dikirim, message FB dan sebagainya..
walaupun ambe selalu katakan ambe tak peduli, namun sungguhlah PENAT.
ikut cara zalim, ambe minta ajalah agar dibalikkan ajalah bumi hari ini..dalam menyedari betapa banyaklah teramat orang yang dah corrupted.
agar akhirnya itu generasi anak-cucu-cicit dilahirkan untuk tidak tertipu dengan apa kita reka untuk jauhi Sejarah.
generasi ambe pun banyak dah boring dengan Sejarah..bahkan ambe sendiri pun mual dengan cara penyampaian cikgu sejarah ambe..tak menarik dan langsung tak provoke kita untuk lebih tahu hal sebalik Sejarah.
segalanya bermula dengan Sejarah. berakhir dengan Sejarah. dalam penciptaan hidup sendiri hari ini sebagai salah satu Sejarah.

ambe PENAT bila tak ada kualiti dalam hidup hari-hari.. selalunya kita bikin tak berkualiti kerana semua mudah dan esok boleh baiki lagi. namun lebih PENAT bila post bodoh ini di sampaikan.

PENAT ambe dengan orang..semestinya. itu jawapan paling jujur dari berhipokrit rendah lemak atau diri kononnya....
Rasul tak pernah complaint. kerana baginda Pilihan yang sah..
ambe tak sah dan maseh memenuhi apa pernah diamalkan walaupun PENAT dengan undang-undang orang Melayu-Melayu Liberal hari ini yang berangan punggungnya puteh gebu..heh! Kejar sana sini dengan kerja macam-macam..PENAT.
orang call atau karenah macam-macam orang, PENAT.

hanya kerana tugas utama Api itu menyampaikan hal Panas. alasan ambe agar sudi PENAT kan diri berbahasa Syaitan hanya untuk Provoke anda.
tibalah masa merubah..berubahlah kerana jika ada esok..Matahari itu makhluk pertama yang timbul dipermukaan HARI mu.

ertikan balik semua. sebaik-baiknya.. tanpa ada sangka bahkan anda terima ia kerana ambe dah lalui begitu dengan keyakinan..

KBD

Thursday, July 21, 2011

Do It!

sepertimana nama yang disebut evolution beberapa bilangan tahil emas dari Harta milik Qarun yang tamak,
kemudian Arab gelarkan Mata nya "Dinar"..ada sesetengah pimpinan sengaja gelarkan Dirham.
tak lama kemudian turun pada era kita, dinamai "Pitih" oleh orang Ganu..tumbuh dari Pohon Pitis yang jika kita pandu kepala otak kita dalam sejarah pasti kita akan tahu sebelum itu urusan kita hanya sistem barter hingga satu peringkat awal hanya gunakan kulit kerang.
"Wang" pada era lain, akhirnya hari ini umum kita panggil "Duit".

tarik tali antara gila dan keperluan jadi tanda tanya,
lebih atau kurang, untung atau rugi?
kerana duit adalah medium keperluan hari ini dan selama kita jadi "orang terdidik dan intelek" konon-lah, maka duit itu ditimbulkan dalam Hukum, Haram bagi sesetengah hal, Makruh bagi separa hal, Harus bagi sesuku dan Halal bagi mengiakan ajalah kesemua hal yang kena dengan Nafsu.

bagi orang memilih gelarkan dirinya "orang susah"..option utama adalah cemburu dan skeptikal terhadap orang mereka sangka "senang"..
bagi orang memilih dirinya "orang kaya"..tutup segala panca indera agar langsung tak layan apa peduli orang lain.
itu tujuan hari ini,
ini lah muka hadapan hari ini,
segala-galanya bagi HIDUP..
Duit juga lah di cari agar berjaya memuaskan bahang keinginan. sedangkan kita sedar pun beli Kereta besar mana pun tetap BESAR masaalahnya, barang RARE..RARE lah masaalahnya. ke guane?

kerana isunya Duit,
maka tidak peduli itu mencapai tahap apa lagi entahlah..
Boss Besar kita pura-purakan, berlakon layar dan berdrama.
sedangkan technically memang Boss dah sedia maklum belaka siapa staffnya, melalui CV atau Resume atau Portfolio kita sendiri submit pada Boss.

ambe nak ajak anda ikuti ambe bagaimana seram sejuk persisnya pri-hal kerja kita dengan soal Agama..berdasarkan ambe dapat sendiri lah.

pertama, kalau kita kerja. pasti kita cari kerja.
medium nya mesti dari perkhabaran dari utusan.
disitu anda lihat kerja A atau kerja B atau kerja C..macam-macam offer Syarikat.

sepertimana Guru Nanak dan Agama Sikhism, Kristian dan Jesus atau Isa sebarkan, Siddharta Gautama Buddha dengan Buddhism, Judism atau Islam dan Muhammad Bin Abdullah.
itu maseh diparas KATA ORANG. kerana kita jauh dari fakta pernyataan tersebut. maka jika kita ke office yang offer mana Agama, dalam masa sama berminat dengan Agama tersebut agar tahu apa munafaatnya.
kita ke kaunter pertanyaan, tanya orang Agama itu tentang Kerja Agama ni apa bagusnya? kemudian anda tertarik dengan penyampaian receptionist kerana dilayan baik. disuruh tinggal Resume atau Portfolio atau Curicullar Vitae.

beberapa hari kemudian anda dipanggil untuk interview, disitu anda ditanya macam-macam berkenaan diri anda dan bagaimana berminatnya anda dengan Kerja Agama ini. hinggalah anda diterima kemudian anda disuruh berjanji dalam contract. Kalau Islam, kita disuruh Bersyahadah.. iaitu perjanjian antara kita dengan Boss Besar bahawa kita percaya company ini akan memberi kejayaan akhir nanti, baik untuk hidup atau mati.

dalam kerja ada syaratnya, Rukun Islam jadi tuntutan Agama Islam. kerana dah nama Agama itu pun "Islam".
tuntutan kedua itu Solat. kerana Solat itu lah Sembah-yang kita.
apa dipersembahkan, kalau dalam terms kerja ini adalah Presentation kerja.

namun cuba lihat apa maksud orang dulu kita "tipu dalam solat"..
yang sememangnya kita katakan Sembah-yang pasti sembah yang Maha Esa..Big-big Boss kita.
didalam itu kita bentangkan cara kerja dan progress..sepatutnyalah.
bila orang "tipu dalam solat" mereka akan jadi seperti berlakon dengan Boss. walhal anda dah kenalkan diri anda melalui CV serta apa macam kesah diri anda waktu Interview..disitu mustahil Pengurus dan Boss tak tahu secara kasar.
yang ambe sengaja gunakan Pengurus dan Boss kerana dalam Perjanjian Islam itupun akui dua kewujudan, "Allah" ibarat Big Boss dan "Muhammad" sebagai Rasul itu Pengurus Besar.

jika Iftitah itu Ic dan Perjanjian Sah kita adalah Orang yang bercompany kan Agama itu. maka situlah buktinya, Fatihah itu ibarat Jawatan pada diri sendiri yang akan memakai semacam pakaian Syarikat itu untuk jadi sebahagian Anggota Lembaga Syarikat tersebut. Manakala Surah dibaca itu Isi segala Presentation.

bila dah tanam pada visual imaginasi anda begitu, dah tentu-tentu lah anda dapat gambarkan bagaimana scenario orang office yang dah kerja sebagai syarikat itu dan tiap 5 kali peak hours, Subuh-waktu antara dua alam bertukar dipanggil PAGI HARI, Zohor-waktu matahari berada diatas kepala dipanggil TENGAH HARI , Asar waktu persediaan menanti malam dan siang dipanggil PETANG HARI, Maghrib- waktu pengantara dua alam dipanggil AKHIR IMSAK atau AKHIR SIANG HARI, dan Isya waktu antara malam menunggu DINI HARI..anda balik buat report pada wakil boss.
dan scenario paling mudah ambe rujuk bila cakap pasal penipu dalam solat ni adalah orang yang turun naik office pengurus membodek pujian kosong terhadap boss. asal dah cukup masa untuk Peak Hours masa tu lah kita naik office pengurus untuk ampu kaw-kaw..macamlah Pengurus Bodoh dan Boss bodoh gila..

Dan setelah agreement contract ditandatangani, guna pena jari telunjuk itu hanya SAMPAH jika kita buat baik kerana nak DUIT semata-mata..atau dalam pengibaratan kita dalam Agama, nak PAHALA semata-mata agar rasa PAHALA tu banyak dah dia buat.
yang tak boleh terima oleh kepala ambe adalah orang yang akui ada Syurga diakhirat baginya namun tak terima betapa Nerakanya Dunia kita hari ni dan selama ini pun.

Bila ada orang buat Baik, kita prangi. Kita kutuk sistem Yahudi dan pacak sebagai Musuh, Amerika itu Musuh sedangkan kita pun menggalakkan bersama-sama dalam doktrin pengamalan kita jijikkan, bank sebagai contoh. anda akui belaka bank pegang amanah, jangka masa sama Interest dari bank tetap ada. "Islamic" apapun nama bank maseh ada "Low Interest"..
Riba tetap mengalir di tembok-tembok masjid sebesar atau megah manapun.

Hinggakan ambe mengambil masa panjang untuk bersama kawan-kawan yang tak pergi jejak kaki ke Masjid untuk Solat Jumaat kerana tak ndak jadi pemanggil Tuhan sementara tempat itu sendiri dah Jamban bersama Tok Imam kita pun tak kenal mengenalpun jadi wakil boss anda.

Ya, ambe kuat complaint, cakap banyak dan berlagak bagus. namun lihat kenyataan yang terjadi dan jelaskan apa maksud Suci?

Suci apa maseh bau petai politik dalam masjid dan penggunaan ayat untuk memperkuatkan statement sendiri? Akhbar bebas hari ni pun mensahihkan hal ni. kalau dahulu memang ambe pun bimbang nak utarakan hal ni.. Hari ni semua dah terbongkar. Ada masjid Parti B dan Parti A dalam satu kampung yang kecik tak jauh pun masjidnya, tapi ini kita gelar satu Kerja Mulia?
contoh pepercahan ada lah..

bahkan bila ambe ke tempat lain, merantau.. kita sama kita pun tak kenal, jangankan Tok Imam sana ataupun Penghulu Kampung. bila kita mesra sikit, dah macam ada "gap" kita bikin, dalam masjid ni cerita nya..dah mula skeptis dan takut-takut, hingga ambe pernah tanya rumah, anak dan isteri tinggal dimana pun orang naik hairan dan takut.
lah..kata ISLAM BERSAUDARA? saudara apa gini pun dah macam geli.. mungkin tengok cara ambe pakai dan rambut panjang menghurai dia takut ini kaki mat pit atau rockers kot.. fikirkan logic, layan kan ajalah.

ambe tertarik dengan kesah Melayu dulu, ada Kampung ini dan itu, dan sungguhpun komuniti kecil mereka itu kecil. apapun mereka bersepakat, orang Melayu bikin rumah berkaki, agar orang kampung sama-sama boleh alih rumah atau angkat rumah ke tempat lain andai ditempat itu sudah bermasaalah atau ada penduduk baharu pindah masuk.. ini kesepakatan orang dahulu. Bahkan hubungan meraikan tetamu dari perantauan, disambut 3 hari 3 malam paling kurang pun.
itu semua termaktub dalam Sejarah lama-lama..walaupun KATA ORANG, ambe rela dengar KATA ORANG dahulu dari orang sekarang.

ini bukti orang Melayu amalkan konsep Muhajir-Ansar dari dahulu lagi.

sama seperti soal Business tadi.
bila ada orang dari Syarikat lain, raikan, layan dan ikram mereka sebaikmungkin..tunjukkan itu dan ini mengenai syarikat kita kerja ni, berikan kebaikkannya biarlah kekurangan apapun perlu diterima oleh kita yang semua berusaha ke arah kesempurnaan..
Itu kan PR? dalam soal Solat jika lah pembaca tertanya apa orang luar dari kampung boleh solat berjemaah atau tidak..semestinya boleh. kerana mereka lah tetamu, Tok Imam, Penghulu perlu tahu siapa orang itu, kenal dan fahami diri mereka. didalam solat menjadi antara bukti Presentation PR sesama kita yang memang Big Boss tuntut dan galakkan.
manalah tahu "Masuk Melayu" nanti..bahasa business itu jadi Subordinate atau Pekerja Baharu kita.

Jual-Beli sebeginilah sebenarnya konsep "Duit" yang kita sebenarnya tak perlu pandang pada kekayaan harta. tapi mengajar budaya memahami konsep Bantu membantu yang ada untung.
Siapa overtime boleh lebih gajinya. Namun jika tak bayar, mungkin Big Boss tahu ada satu macam "Duit" yang tak terbayar kerana tak ada nilai pun dengan credit card gold anda sekalipun.

iaitu Sumbangan pada Harta Hakikat buat kita yang berbuat sesuatu tanpa ada menuntut balasan dalam bentuk Material/Barang.
inilah orang yang sebenarnya Kaya, yang cerdik pandai guna bijak mereka untuk ke sana.
Kalau Bakar tlah Bakar semua Hartanya demi Islam,
Omar tiupkan suku Hidupnya diatas pengorbanan Hartanya demi Islam,
Osman mengalirkan separuh Hartanya demi Islam,
Ali tlah menanam kesemua Hartanya demi orang yang ndak cari dan gali pengertian Islam.
jika era Melayu, kita pernah didengarkan gelar "orang kaya"..sebenarnya tak adalah kayanya itu barang, Melayu tak pandang duit ni hanya guna atas perlu.
Kaya disini maksudnya Ilmu yang orang itu berjaya kuasai..Itulah kaya yang bermakna seandainya diamalkan cara betul.

Kita diperingkat 2 "Duit" itupun dah fail,
bab Duit..family hancur,
bab Duit kawan hilang..
memang tujuan asas adalah memahami ganjaran yang diberi hasil itu ada semacam bentuk Nikmat, akan tetapi Nikmat adalah satu rupa yang abadi, berpanjangan..sama seperti Nikmat melakukan seks(bagi yang pernah) atau minum sebotol arak ataupun menghisap candu ataupun sebagainya kesukaan kita. Akan tetapi bezanya adalah memerlukan pengulangan agar ia dirasakan lagi hanya semata-mata untuk me-Nikmati lagi..

bagi mereka yang ada Nikmat pancaran Indra, Akal serta Kata-kata yang senantiasa berbahasa Baik, Hati yang cantik serta Roh yang mulia.

gunakan semua itu untuk menghadam Api ini diatas korban lacur lidah ambe ini..agar tak payah jadi macam ambe.

dan manfaatkan "Duit" untuk keperluan. bukan sebagai kuasa yang absolute yang dapat kekalkan atau hidupkan yang mati kerana anda maseh MATI dan hidup SEKALI.

Do It!

KBD

Puji dan Uji

sepengetahuan ambe,
sangat ramai jumlahnya orang hari ini buat untuk, agar atau semoga-moga nya diri mereka itu dipuji,
sementara tak siapapun sedar dalam ketololan indah tersebut..puji dan uji hanyalah dibezakan pada huruf Pa sahaja.
kalau ceritera Nujum Pa' Blalang babak teka teki antara ahli nujum. soalan sama ditanyakan..
dimana kekuatan Tuah?

dijawab akan Nujum Pa' Blalang itu pada Huruf Ta..dengan begitu gah dan yakin.
maka kemenangan itu menyeblahi Negara tersebot, jadi salah satu asbab kemenangan.
semua bergembira mabuk dengan kebanggaan itu.

heh!..bagi ambe,
yang disampaikan oleh Teuku Nyak Zakaria atau nama pena "P.Ramlee" melalui kisah Nujum Pa' Blalang itu bukanlah itu.
namun menemplak dahi sesama kita akan betapa bodoh sebenarnya Raja, Menteri dan Rakyat tersebut. yang begitu karut percaya sebulatnya diatas penipuan putrinya sendiri, hinggalah pada ramalan bangang Pa' Blalang.

tradisi KATA ORANG jadi pengukuhan. sedangkan KATA ORANG atau kata Wali atau orang-orang Suci(kata kita lah) maseh perlu dipertimbangkan, atau erti kata lain. Laksanakan. kerana apapun, "KATA" wujud setelah "ORANG" melaksanakan agar ia "ADA".
mustahil orang yang tak reti menulis atau membaca itu sudah dapat khatam Kamus Dewan dalam satu jam kerana jelasnya orang yang kita sering pilih itu adalah BUDAK yang baharu beberapa tangkai aja Urat Akalnya yang tumbuh.
maksud disini mungkin cadangan orang-orang beragama berkata, Tuhan beri petunjuk, kita yang mencendakan ia agar menjadikan huruf berdasarkan lambang yang mencerminkan satu maksud KATA kemudian dieja menjadi nama diatas satu-satu perkara akhirnya ia bersendi dan berisi kini kita gelarkan ia AYAT yang mewakili satu-satunya ras BANGSA yang didalam itu adanya BAHASA. bahagi yang tidak percaya ada Tuhan pula pasti akan mendakwa bahawa semua ini sengaja direka-cipta oleh manusia, Tuhan sekadar alasan dan rekaan agar sesetengah manusia jadi seperti budak yang takut dengan hantu.

bagi ambe, carilah kebenaran..diluar sana, berjalan dan saksikan semuanya dengan penuh penelitian..Sains mungkin meramahkan kita dalam memahami mekanisma kejadian, namun tidak dapat mengulas bagaimana sebelum awal itu wujud..maksudnya, sebelum "awal" ada. "Big Bang" itu ada diatas apa? Kromosom kehidupan timbul dan diolah kemudian itu ada atas kuasa apa jikalau sebutir karipap itu dibikin orang, intinya daging dan kentang..siapa jadikan benih kentang atau lembu? siapa jadikan benih gandum agar kulit karipap itu dinikmati bersama? hujah kita mungkin Sains. akan tetapi sebelum ia ada disini hingga dinamai ia "Karipap" siapalah pemberi nama dan pencetusnya?
Kalau maseh kita berkata ianya KATA ORANG, ambe tak mau dengar lah..berlambak buku dijual di Kinokuniya, MPH atau Popular. bersepah orang, bahkan chef wan boleh ceritakan dari mana asal usul Karipap hingga tahu siapa mereka Karipap.
kita slalu bersuara, "cakap saje..tapi tak buat, buat apa?" bila kita dah sakit hati dengan orang tersebut,
dalam kenyataan menyedari bahawa memang yang BENAR itu menuntut kita agar menyaksi.

cuba lihat kenyataan hari ini, apa benar apa KATA ORANG itu selalu dan sudah jadi budaya PERCAYA yang membuta tuli?
Semalam kes Bapuk nak tukar Nama, majoriti orang memilih agar mengutuk keras orang yang dikatakan Bapuk itu teruk, bodoh dan sebagainya. minoriti pula memilih agar mendiamkan hal tersebut, katanya "itu kita tak tahu..tak boleh kata lah"
ambe keras memikir dimanalah sebenarnya silapnya?

dalam cercaan berbentuk komuniti, puak, parti, atau sesuatu kelompok pemahaman yang begitu "follow the flow" dengan apa disebarkan, menyokong bahawa Media cetak hari ini semuanya menyebarkan kebenaran..dan orang yang SALAH itu tetaplah watak utama kisah tersebut..
tapi pernah kita fikir untuk jumpa orang tu, tanya dia bila kamu sendiri pun tak kenal mana pun Bapuk tu tinggal sedangkan dia maseh menetap di Kuala Terengganu atau tempat yang tak adalah jauh sana.
nah, sini pun kita dah fail. padahal untuk kata orang lain, perlu berada di situasi sama atau paling tidakpun bayangkan sedalamnya apa masaalahnya dan bagaimana timbul keinginan yang bercanggah itu.
rata-rata main sahih je lah dengan berita.

kemudian tompok taik pemahaman minor pula, yang pemalas, dan kononnya begitu "myself" serta berjuang mati-matian untuk blah dan menentang keras-keras ideology Media..sesetengah contoh paling mendasarlah orang category ini adalah mereka yang konon begitu benci dengan fahaman Freemasons. kata kita, orang Freemasons ni lah bahaya. setelah di anak tirikan diri orang kelas bawahan ini selalunya akan memberontak pada golongan ramai yang berbentuk scale besar.

namun anda lupa lagi satu golongan,
iaitu untuk mereka yang konon rebel, konon radical, konon "pejuang" dan sebagainya yang bersangkut paut prihal ke adi wiraan atau heroic akan menoleh dan menafikan kedua-duanya. dari pemikirannya, dia tahu bahawa yang baik itu pendamaian antara dua blah pihak.
dari kelompok major atau minor, pihak ketiga hanyalah melihat dari atas semua permasaalaahan. ambe yakin ambe adalah dari golongan ini.

KATA ORANG antara BOLEH PAKAI atau TIDAK bukan soalannya..namun boleh kah anda menidakkan semua agar percaya ketentuan paling ultimate itu datang dari urusan luar dari sini?

itu tlah terjadi pada Nujum Pa' Blalang tadi, yang sememangnya contoh orang yang MALAS dan LANGSUNG TAK BERKEMBANG hidupnya..namun bodoh yang kita tahu berdasarkan laku Pa'Blalang itu kerana dengar kata anaknya sendiri.
akhirnya kita tahu, bahawa jawapan teka teki ahli nujum itu datang dari belalang, anak Nujum Pa' Blalang sendiri. watak yang dominan memimpin sebenarnya adalah Blalang.

akhirnya tanpa sadar, Pa' Blalang bodoh, ketua kampung bodoh, mentri bodoh hingga ke raja itu bodoh bermula dari Blalang sa-orang diri sahaja yang sengaja mengada-adakan kewujudan Jin diatas pokok, menakutkan Penyamun hingga lembu-lembu orang kampung diambil kembali dan kemudian Pa' Blalang jadi terkenal kerana telek nya didalam mangkuk mengatakan begitu..
SATU RAKYAT jadi bangang diatas kepercayaan KATA ORANG itu dan ini,
maklumlah..semua pengetahuan tak lagi dicari, hanya diorder atau dipanggil kemari sahaja.. makin hari makin "gemuk" hakikat kita.

Persoalan ambe disini bukanlah kerana kesah Nujum Pa' Blalang, namun perbezaan Ujian dan Pujian hingga menjadi obsesi orang ramai dalam sulit mahupun secara terang-terangan laku..
kita ni nak apa dari Pujian?
bagi yang dah RASA BAGUS, apa dapatnya bila meminta Ujian lagi dan lagi? Kekuatan apa yang kekal melainkan manusia tetap yang lemah dipandangan Tuhan. Tuhan itu sendiri maksudnya Kuasa. Jika jawatan kita sebagai Polis contohnya, boleh sahaja kita berbangga kerana digelar Pihak Berkuasa. Namun begitu, veto itu tetaplah pucuk pimpinan sesebuah pemerintahan. maknanya disini, Polis tetap perlu akur dengan Undang-undang yang dipra syaratkan oleh Bendahara melalui Titah Sultan atau Pemimpin, berdasarkan hasil kutipan suara aduan Rakyat selaku Makmum atau Pengikut..

bagi yang tak nampak..ini 4 intipati peranan terpenting dalam pemerintahan Melayu.

Sultan-Bendahara-Rakyat-Pendekar.

Sultan beri arahan, Bendahara mengolah arahan kemudian disampaikan, Rakyat belajar mentaati arahan, Pendekar melaksanakan arahan.

kenyataannya, walaupun kita diajar TAKUT dengan Pihak Berkuasa, heirarki atau susunan itu jelas menunjukkan bahawa Pihak Berkuasa sendiri menjadi kuli batak kerana dialah paling bawah, tak perlu rasa best sangat menjadi orang "berkuasa" bila kita nanti akan disoal oleh yang maha jauh atas dari Sultan sendiri, Tuhan.

soal pemerintahan itu ambe harap dah jelas,
kini kita beralih pada Perasan Bagus atau Hebat kita sebagai apapun kita tlah Kuasai.

contoh paling dekat adalah menjadi Pelakon. hari ini kita definasikan mereka ini "Artis" kerana bidang lakonan dianggap seni.
anda tanya ambe, seni apalah orang "Artis" hari ni bila mereka hafal dialog, ikut skrip dan menjadi kuli batak pada pengarah?
ye, memanglah ambe cakap macam best, tak tahu dunia lakonan itu bagaimana susah payahnya..namun ambe banyak kali terlibat dalam perihal kesenian yakin keadaan BANGGA hari ni semakin parah, sebagai orang TERKENAL ni rata-ratanya sakit.

sakit pertama itu PERASAN BAGUS, hingga separa putus urat kewarasan jadi SOMBONG hinggalah terkenal benar dengan laku mereka ADA STANDARD berbanding orang dibidang lain. hanya setengah bahkan segelintir sahaja "Artis" yang benar-benar baik walaupun kembang kecut lubang hidungnya menahan pujian peminat. naik meluat sebenarnya bila ada keadaan membezakan ini dari antara kita..

ambe sebagai penyampai dari kegiatan apapun ambe terlibat, ambe tak pernah rasa diri ambe itu penyanyi walaupun salah satu tugas ambe itu menyanyi..nak kata PERASAN BAGUS, boleh lah. akan tetapi disini ambe sengaja beritakan bahawa geli nya menjadi "Artis"..pernah ambe perform bersama berpuluh group Nasyeed dan pernah ambe perform bersama kumpulan seperti Ramli Sarip, Eto, Saleem, Faizal, Yuna, Hujan, Zainal Abidin, Man Kidal dan ramai lagi.. ambe rasa, orang "ternama" ni tak adalah act sangat bila kita kenal, yang act itu selalunya yang disekeliling mereka. tapi ambe tahu, ada juga penyanyi yang sombong, pernah ambe berada dikejadian tersebut namun yang pasti tidak tersenarai dalam kumpulan ambe senaraikan tadi.

pandangan judgemental atau buruk sangka ambe meyakinkan ambe bahawa selalunya orang yang PERASAN BAGUS sebelum benar BAGUS itu selalunya buat hal. sedangkan yang terkenal, itu terbukti kejayaan mereka..boleh lah sekali sekala SOMBONG pun kan? hahaha...

ambe tetap selesa mengenali diri sendiri dengan digelar "orang seni"..tak perlu nak translate kepada bahasa orang puteh lah bila kamu pun punggungnya hangus, mandi telanjang di parit yang penuh dengan taik ayam dan itik juga air kencing misteri orang-orang kampung... menjadi Artis atau Orang Seni, walaupun itu membawa maksud yang sama, kerja mungkin sama. namun ambe maseh berkenan andai dipanggil "orang seni" kerana ambe memang memang memilih Bahasa Melayu kerana ambe Orang yang memilih Melayu sebagai cara hidup sebenar ambe.. cukup.

tujahan berat ambe terhadap orang yang begitu gemar dipuji dari menjadi manusia yang hanya menantikan ujian seterusnya itu sememangnya keutamaan post kali ini.
ambe tak fikir bila buat blog ni, orang nampak baik diri ambe..dah terang-terang bahasapun kurang ajar. makanya, ambe tanam senantiasa diri yang selalu dalam belajar..sampai mati mudah-mudahannya..
sebelum menulis, ambe dah awal-awal terima diri yang berlagak bagus paling panas kadarnya dengan membakar semua "HAK" yang kamu rasakan kamu layak buat dirimu.
biarlah angin kemarahan anda itu cuba memadamkan kewujudan Apikalam ambe,
biarlah air dingin anda itu berusaha me-nyahkan kewujudan ini,
walaupun tanah seluas gunung sekalipun digunakan untuk memampuskan ambe..

yang bodoh tetaplah orang yang berjuang menutup cerita orang lain. ditolak ke dalam ketetapan LA(tiada) HAD fikir sendiri kita sedangkan jelas mereka maseh hidup dan belum dipanggil, dah kita cabar Tuhan kat situ.
sudahlah begitu, korek lubang 7 kaki dalamnya kemudian menggunakan tanah yang berbukit-bukit tadi untuk kambus kawan kamu yang bersungguh-sungguh berusaha menentang ketentuan manusia agar dapat terus hidup itu tadi..kerja paling bodoh.
kalau kamu tahu bahawa seandainya apapun cara kamu buat untuk menutup salah sendiri,
kebusukkan mayat itu nanti akan diketahui tanah..maka dari api hingga tanah akan kutuk pelakunya,

kerana dalam fakta sudah jelas, MAYAT MANUSIA lah paling teruk bau nya..jangan lah tanya ambe bau MANUSIA yang MAYAT pula, busuk,mual,hanyir,mareng atau apapun bahasa BUSUK dapat ditamsil atau tafsirkan pada cara hidupnya.

ambe sering bermimpi..sama lah seperti anda,
beza antara ambe dan anda mungkin anda banyak mimpi indah dengan awek ataupun pakwe khayalan anda yang sedang bergulingan didalam Mydin Mall..atau Hantu yang otak kamu record waktu tengok wayang cerita murahan Hantu-hantu dibikin orang Malasia hari ini.
sementara ambe banyak mimpi bertemu dengan orang yang dahpun mampus,mati ataupun meninggal.

antara kesah yang ingin kongsikan adalah bertemu dengan arwah Pak Haris, yang begitu banyak menunjukkan ambe cara berkhidmat untuk guru-guru ambe dalam masa hidupnya.
beliau dengan senyuman datang dekati ambe dan bersalam seraya beritahu ambe:
"..Bad, cara hidup sebenarnya menentukan cara mati, berhati-hati lah"..

dengan nada penuh selamba, ambe beralih ke tempat lain....

bagi ambe, beliau dah lepas ujian disini.. namun maseh menantikan akhirat.
kita pula yang belum mati pun dah busuk dengan najis serta daki taik mulut, hidung, mata, telinga, pusat,kuku ataupun kemaluan sendiri.
belum cerita busuk kentut ataupun berak bahkan betapa hancingnya bau kencing kita..

nak BANGGA dengan PUJIAN?...CEH!

sementara berpinta-pinta agar lulus dalam UJIAN sedangkan anda maseh duduk bersahaja tanpa usaha?

BANGKAI tetaplah BANGKAI.

menurut kisah ambe yang benar, mata saksi berkatalah yang menyuluh membakar..orang suka atau puji, fed up atau bersungut. SILAAA!

BAIK atau JAHAT semua kenal API walaupun melalui bara yang terpercik oleh Gudang Garam ambe hisap ini.

KBD

Monday, July 18, 2011

Baiki dalam Baki

bila kita dengar orang kata..Syaitan bertepuk tangan,
semestinya kerana kita dah berjaya buat hal tak baik.
terutamanya bergaduh.

namun adakah Malaikat pula akan bertepuk tangan setelah kita buat baik dalam perdamaian?
itu tak pernah dijawab oleh orang yang sedang berkata tadi.

pertama,
Malik dan Ridhuan sibuk menjaga pintu Syurga dan Neraka.
Mungkar dan Nakir sibuk mengadakan sesi soal jawab alam kubur,
Jibrail sibuk dengan mengutuskan hidayah dan utusan-utusan restu doa-doa..
Rahmat sibuk dengan berbondong-bondong acara penyampaian hadiah atau rezeki yang tlah memang disediakan agar ada buat semua makhluk.. Israfil sang peniup sangkakala pula sibuk benar memeriksa semboyan akhir yang senantiasa di standby kan hingga tiap Jumaat kita, ataupun jawatan Izrail begitu fully booked untuk menyentap keluar Roh dari tubuh hidupan. terutamanya Manusia yang tiap saat bergerak waktu dunia memang ada satu kematian dan satu kehidupan baharu akan dilahirkan..
dan kepelbagaian yang super busy Malaikat mengurus dan abdi apa yang tlah diperintahkan..

bahkan Raqib dan Atid berada di kiri-kanan bahupun tak kan sempat letak pena, kemudian bertepuk tangan..

begitu setianya para Malaikat buat kerja masing-masing.

kata kitab lah yang ceritakan tugas-tugas Malaikat. ambe tak ndak kata kan iya disini ataupun tidak. soalan anda akan bertambun banyaknya seandainya ambe jawab iya..mesti keinginan untuk tahu itu ada dari antara kita..bagi ambe, biarlah anda sendiri tentukan dan saksikan sendiri. jika ada fikir kepada Meyakini adanya mereka.

namun didalam istilah kita "baik macam Malaikat" itu..apa kamu itu benarkah baik?

apa buatkan "Baik" hingga kamu serious memperakui Ke-Baik kan?
apa itu tugas orang "Baik"?
siapa orang "Baik" dan siapa orang "Jahat"?
kenapa Jahat masuk Neraka nanti manakala Baik itu Syurga buatnya?

soalan seperti itu berlegar didalam pemikiran ambe, bingung memikirkan baik. tak reti sungguh klasifikasikan Baik secara Baik.

namun begitu, yang di cadangkan Agama semua, itu adalah kebaikkan..angguk kepala tanda setuju.
bagi mereka yang tak ber Agama.. mustahil anda kenal Kebaikkan tanpa Agama. kerana Agama itu sendiri adalah susunan.
cara mana kemudian kita namakan Agama Islam atau Agama Kristian..disitu titik penentuan Syahadah kita dimana. Penyaksian Baik itu sebenarnya cenderung ke arah Agama mana yang disyorkan?
jika Islam itu Susunan paling teratur dan ter BAIK.. pastinya ia luas maka pendekatan nya pasti bermacam-macam caranya..

soalan ambe yang timbul waktu itu adalah Baik itu buat apa?
jika Agama menjanjikan pertemuan dengan Tuhan. maka Tuhan yang mana paling Baik? lihat didalam contoh product Tuhan jadikan..pertama itu tetap kita.
orang kata buat baik, baik ikut..buat jahat, jahat lah turut.
itu malah lebih mengelirukan..bahkan kita sekarang berada didalam tugas memahami Baik itu APA dan untuk APA serta buat apa akhirnya Baik buktinya di mana?

itupun kita kelu, jawab lebih kurang dan terus sepeleh pada orang.. itu respond Baik?
hmm...

ambe berpuluh kali terkena panah dibelakang, kaki bahkan didahi pun fitnah-fitnah dilontarkan dalam tidur malam ambe..walaupun ambe tak tidur malam selalunya.

terutama pada mereka yang sering berkumpul, dan jadikan satu subject sebagai BAHAN korban agar menyokong apa mereka sahaja lakukan itu baik. orang lain buat baik dah jadi macam-macam speculation mereka bikin. orang ini sesat, orang itu tak betul, dia salah, sepatutnya manusia perlu begini sedangkan maseh berada ditempat sama, beralih topik lain namun muzakarah mereka itu lah pemenuh masa bekerja curi tulang sambil ada dariantaranya duduk main Farmville dalam pejabat kemudian sebelah itu sedang belek gambar Porno terbaru dan jauh sedikit dari sudut itu sedang menonton tayangan 3GP murahan lucah yang di download di Internet..namun tiap kali ambe jengukkan muka dan sengaja lalu disitu, senyuman plastic itu tetaplah maintain..

betapa HIPOKRIT nya kita bikin "Dunia Islam" yang kononnya kebaikkan dan kaseh sayang..

sementara yang bodoh dan biul itu ambe, yang tidur hanya 2 jam sejak semalam sambil ulangkaji untuk peperiksaan pagi tadi, diikuti pertemuan dengan orang ini dan adinda-adinda ambe atas dasar cuba membantu agar berdamai semua dengan cara BAIK....ambe pikir taknak rasakan buat Baik namun cuba belajar apa itu Baik.

buat pemahaman ringkas ambe, Baik itu memberi kesan yang lega pada sendiri. dari sudut psychology perkara murni atau amalan murni seperti membantu itu banyak menyumbang dalam mengusahakan satu nama akar iaitu hal Baik.
bila ada pancaran senyuman pada orang-orang kita bantu.. maksudnya diatas satu perlakuan dari kita dibalas satu tindakbalas yang tak terbanding perasaannya..

akan tetapi ambe fikir lebih bagus andai tunaikan apa sepatutnya mereka dapati maka malam-malam ambe pasti terang dengan bintang-bintang.. keamanan tersebut yang diwujudkan dari senyuman penuh makna tiap manusia unik membawa mereka ke langit agar teman ambe dimalam hari agar tiadalah bersendiri semata-mata.
bantu tetap bantu, baik itu tanggapan orang yang kenali kita. Ikhlas itu kerja Tuhan pada laku kita. Ungkitan ambe disini tak memberi apa untung atau rugipun. itu tetaplah 0 kadarnya melainkan pembaca sudi memahami apa sebenarnya yang mau diberitakan..adalah munafaatnya, namun ambe taknak tahu dalam bentuk apapun balasan baik atau jahat ambe terima, mode ambe sentiasa terima lah apa datangnya..

setelah hari ini berlangsung, ambe dah tahu. bahawa membantu orang itu ada risikonya/cabarannya. tetap ada dan maseh ada. walaupun kita katakan "baik" niatnya, tapi maksud perlu dijaga sepertimana ia dimaksudkannya..
kemudian fikiran kita itu kemana akan kamu bawa. itu patut dirisaukan..jika ada point seterusnya. anda pastikan ia begitu dan tidak begini kemudiannya..namun sekiranya sudahpun berusaha segilamana, tetap yang datang menentukan itu maseh Tuhan. satu kuasa yang absolute dan tak siapapun dapat kalahkan.

ambe secara jujur am-nya, tak merasa kelebihan bernama "Raja" pun menjadi advantage agar berani. ambe tak pernah gunakan IC untuk dapatkan kawan, persahabatan ataupun awek sekalipun. namun yakin dariantara lautan manusia pasti akan percikkan yang terkena pada anda. walaupun sedikit. syukur itu jaminan maha kuasa tentukan layak kita ditambahkan nikmat atau tidak. jangan guna akal untuk meminta pada perkara yang kita sendiri tentu sudah berikan kembali pada tempat asalnya..
ambe bekerja apapun, baik sebagai buruh malam pun memang sudah ambe lalui sendiri, meski terpaksa perkenalkan diri, ambe maseh tidak beritahu siapa ayah ambe, kerana ambe adalah diri ambe yang sendiri..hinggalah mereka tahu, itu hal mereka la..ambe tetaplah ambe yang begitu.
tak pernah rasa lebih sedap dan exclusive untuk bersandar diatas nama ayah atau ibu walaupun hutang budi mereka patut ambe balaskan..Rahsia tetap hal Istimewa buat ambe pada orang ambe Sayang, Kaseh apatah Cinta.

ambe terpengaruh kuat diatas diri ayah ambe, yang jika diikutkan adalah cucu kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin, Sultan Terengganu dahulu. namun beliau maseh bekerja siang malam, ke site sini sana tanpa apa payung sutera ataupun iringan dayang-dayang ke tempat mana beliau pergi untuk bermesyuarat perihal kerja. Sakit atau Jatuh bangun beliau ambe kagumi kerana maseh tegar untuk terus bekerja bukan untuk kaya raya namun kerana 8 orang anaknya berserta Isteri serta Ibu dan Ayahnya.
apatah kebelakangan ini bila project beliau setelah bertahun usaha tlah ditarik kerana sebab yang tidak munasabah, beliau maseh berusaha untuk menampung biaya tanggungannya dari sumber lain pula. sedangkan dari keseluruhan itu sahaja andapun dapat rumuskan, Raja apa lah begini yang susah payah, boleh aja guna harta rakyat melalui skim bodek dan dapat project. namun dia atas dirinya tak ndakkan yang itu tanpa susah payah. itu melalui pengamatan ambe sendiri.

baik atau buruk, yang ditampilkan melalui andaian serta analisis sendiri media. kami telan sama-sama, bahkan menjadi orang seperti kami.. kitapun menanggung beban yang berlipatganda berat melebihi orang yang rasa dirinya "miskin" sedangkan kaya dengan sangka tidak baik.. "tak mampu" sedangkan kelebihan pada diri pun belum diusahakan..macamana?

disinilah ambe berdiri, sebagai "Ku Bad" anda kenali. ambe apa adanya.. apa diberitahu, tiada satu patah ayatpun ambe sengaja reka agar sedapkan cerita. inilah kebenaran. BUKAN ambe minta untuk jadi TERKENAL atau POPULAR bahkan lebih-lebih ambe muliakan aja orang yang ndakkan benda tu.
demi satu ketulusan rasa ambe agar semua peroleh kebaikkan.

sementara fitnah di tempat ambe kerja atau berada, sering didatangi angin khabar hal kurang enak.
ambe baik kan sahaja lah ia.
sampai bila lah nak kata ikut belakang?
atau kita BUTA pandangan TUHAN pada kita yang mengaku Agama ini benar sementara maseh bersangka Buruk atau Jahat pada orang lain? amalan ke Agamaan kah itu?

mana lebih BAIK tahu mu itu..beritahulah, ajarlah, apa yang pasti ambe maseh tak baik..
belum baik.
maseh pencari makna Baik serta cuba mengetahui apa baik dan yang terbaik. ambe pengumpul sisa najis baik agar maseh tetap rasakan ada baiknya.

api maseh api, namun kirakan kebaikkan yang pernah api sumbangkan?
banyak..

tak tahu?

bertanyalah.

KBD

Saturday, July 16, 2011

Centi-Mental

pada kita pasti bingung,

apa mental dapat diukur?

apa kata anda jika soalan seperti ini ada didalam peperiksaan anda?..beruk yang terkejut dari atas pokok pasti sudah berada di Greenland untuk membuktikan bahawa dia sendiri bingung.

andai benarlah ia dapat diukur, bagaimana-kah caranya? perlu anda mengaji 4 hingga 10 tahun keluar masuk institusi Mental Negara atau institusi Luar Negara kemudian berada di Asylum Ward untuk mengenali penyakit mental?

bersedia kah anda mengetahui kebenaran sebenarnya yang pada kita pernah atau bahkan lakukan?

TUTUP mata, PEJAM telinga, RAPAT kan hidung dan TENGOK dengan mulut.
itu lah kebenaran..

ok, tak faham.

sebab tak masuk akal, kan?

arahan pertama: TUTUP mata..itu boleh lah.

arahan kedua: PEJAM telinga..itu mustahil, kerana kalau dimata tlah kita tutup dengan ke dua belah tangan, macamana telinga ndak ditutup. tapi kalau ayatnya adalah TUTUP telinga, secara automatically atau tidak langsung itu mata akan dipejamkan kerana arahan pertama itu sudah bertukar jadi PEJAM.

kemudian datang arahan ketiga: RAPAT kan hidung.. apa tu????
langsung tak logic. habis-habis pun kita hanya boleh menekankan atau menahan nafas dari masuk melalui lubang hidung. Jika ayatnya KEMUT kan hidung, mungkin sahaja bibir diangkat ke atas sehingga menutupi lubang hidung kemudian pipi kiri kanan pula berusaha keras untuk mengepitkan hidung untuk memenuhi maksud KEMUT kan hidung tadi. kenyataannya TUTUP hidung..kita perlukan jari atau bahan kepit untuk tutup kedua belah lubang yang ada ataupun sumbat tissue bagi ketepatan maksud TUTUP tadi. sementara PEJAM kan hidung pun langsung tak boleh diguna pakai oleh kegunaan hidung, kerana keadaan kulit hidung yang tak ada lebih, kecuali ada kelebihan yang luar biasa seperti monyet yang hidung cartoon tu, lain lah..
logically, arahan ketiga itu langsung tak dapat diguna pakai kecuali arahan istilah RAPAT kan hidung itu diubah menjadi TAHAN nafas. Maka saluran hidung ditutup berdasarkan tissue dalaman paling hujung dalam yang paling tipis lubangnya itu ditutup seketika.

akhirnya tiba arahan ke empat: TENGOK dengan mulut.. maka anda segera sudah naik bosan kerana ini sudah dikira habis bodoh lah arahan dari hidung tadi, sedangkan apa anda tahu faktanya lidah yang terdiri dari komponen mulut itu tak bermata, gigi tak bermata, gusi tak bermata, bibir sekalipun tak bermata, anak tekak pun tak bermata dan kerongkong paling dalam sekalipun tak bermata. lain lah jikalau anda ubah kedudukan mata atau lakukan operation khusus bagi meletak satu lagi mata lembu di mulut, namun saluran mana pula hendak kita makan dan minum serta bercakap..itu akan menjadi persoalan walaupun hal ini langsung tak relevant, tak boleh dipakai dan amat bangang lah ambe yang cakap mengarut.

itu menurut sesetengah anda yang begitu kuat berandaian, berimaginasi setelah cuba menvisualisasikan apa diarahkan.
Perintah Otak yang anda tahu berdasarkan informasi reseptor Penglihatan, Pendengaran, Penghiduan atau Pengesanan Rasa itu jadi panduan utama. Hal yang bercanggah dari itu menjadi tidak logic dan akan diambil kira sebagai suatu hal yang gila. dan merosakkan atau menyerabutkan otak sahaja..sedangkan apa yang tlah anda lakukan ini lah sukatan atau ukuran Mental anda.

sejauh mana ketahanan anda yang sudi menerima-melayani-memahami kemudian melakukan ke-empat arahan tadi.

sedangkan bila anda duduk diam, dan fikirkan hal tidak logic agar di logic kan. Hukum itu tak akan dapat dilaksanakan melainkan anda cuba terlebih dahulu dengan hukum logic.

setelah berejam atau berhari atau berbulan-bulan atau mungkin tahun pencernaan empat arahan itu jadi bingung buat kita hadamkan, itu semua kerja gila.
akhirnya yang anda disadarkan hanyalah berdiam diri sahaja. itu sebenarnya arahan yang keempat.

tutup mulut bila anda sedang menjaga pandangan. Pandangan disini bermaksud anda jagalah kata-kata dan hati-hatilah bila bercakap, gunakan akal dan hati untuk menilai apa sebenarnya yang hendak dikatakan.
Mata yang memerlukan kelipan setiap beberapa saat agar air mata itu sentiasa membasahkan bebola nya, cuci agar maintain jelas untuk melihat apapun, kecuali mata itu dah rosak maka dipanggil rabun pula. barangkali sukatan jarak cahaya atau kelebihan bergelap tlah mengesankan kekanta mata lari dari landasan sepatutnya hingga memantulkan imej ke dinding reseptor otak dalaman mata itu kurang sharpness..

akhirnya retina pun menerima tekanan itu dan rosaklah ia sedikit demi sedikit.

tatkala anda "melihat dengan mulut"..bercakaplah apa yang anda saksi dengan kalam mata, kebenaran yang anda yakini jika benar mata itu berada didalam mulut.. anda tak menilai apapun kecuali mata anda bersedia untuk membukakan mulut agar dilihat apa yang di "suap kan" oleh keseimbangan cahaya dan kegelapan luar. itu aja.

kebinasaan otak bagi mendelete data pemahaman dahulu kemudian diupdate pemahaman atau ingatan baharu jadi bukti pada kerosakkan mental anda, kemudian jadi sesuatu yang logic bagi mu. kerana ia adalah pemahaman yang disebalik apa selama ini diandai atau sangkakan tetap.

kenyataan TETAP selagi didunia tak akan tetap, kerana ketetapan maseh bergantung pada keadaan dan suasana sesuatu yang dibuat kadangkala menyalahi caramu lantas apa bercanggah itu terpaksa dibuat seperti contohnya makan babi di padang tandus hingga memaksa kita kena makan agar terus hidup. namun penegasan disini yang maseh itu KEADAAN dan SUASANA ketika itu. bukanlah galakkan bagi ambe itu makan babi, sekarang ni ikut logic memang tak ada alasan kenapa babi kena dimakan memandangkan Mc D atau apapun franchais Yahudi ataupun orang kafir bikin tetap ada merata-rata. di Negara Kafir yang amalkan kekafiran dan kehidupan tiada suasana Islam, makan ajalah Mc D fish fillet sebagai contoh jikalau ayam dan daging kita ragu, minum ajalah Air mineral meskipun bila kita kaji semula air tersebut dikeluarkan oleh kilang arak. anda boleh lari, namun jika kesihatan dan keterbatasan anda yang membuatkan semua terhad, makan ajalah diatas keperluan bukannya kerana itu pun kita dah lari dari kenyataan bahawa tak boleh sokong Kafir dan sumbangan orang Kafir itu sebenarnya disalurkan oleh persatuan rekrut berani mati menentang orang Islam sendiri.

hari ini, pejuang berani mati, pemegang saham judi, arak dan tipu duit orang itu banyak lagi orang kita buat..ataupun dari sudut kerja kebajikkan rata-ratanya Kafir melebihi peratus orang kita yang buat kerja amal dan tanpa berkira siapapun orang yang datang dikaki gereja dijemput masuk, diberi pakaian, bantal selimut dan makan serta minuman diatas dasar kemanusiaan.. ambe tak katakan Kristian yang lebih dalam hal ini namun ada juga Buddhist menubuhkan rumah kebajikan demi dasar bantuan ataupun kaum yahudi sendiri yang kita begitu anti dan benci.. bila pihak kita ditanya sebab apa tak tahu menahu, antara alasannya sebab kita nak upgrade dan terus upgrade rumah anak yatim, alasan pengetua rumah anak yatim kononnya ndak internationalized buat mereka. kita tak ndak international, kita ndakkan semangat national, kebangsaan itu kembali bertapak di tiap diri yang mengaku dirinya ini Bangsa A atau B atau C diatas keyakinan bangsa masing-masing agar benar tunaikan semangat bersatu dibawah Imam Bangsa terpilih.

tapi kita pilih agar lebih jauh dan berpecah maka langsungkan kutukkan tanpa segan silu sambil mengenakan cara pakai Islamic, namun sukatan Mental mereka sangat terhad, dengan keterbatasan yang tlah pun ditetapkan atas dasar "aku percaya" semata-mata sambil prejudice dengan orang kafir tapi cuba lah baik sangka dengan sesama kita yang di kipas-kipas dengan perasan baik tanpa penilaian Tuhan, aku dah tahu..dalam diam orang macam ini lah berikan pandangan yang serong pada mata orang yang belum ber Agama apapun..maksudnya golongan yang Islam atas nama sahaja.

yang tahu Islam tak kita seru cara baik atau dekati tanpa rasa ada perbatasan apapun kerana diyakini inilah Kaseh Sayang, akhirnya anak buah sendiri pun orang sangka "wali" ini beraksi dengan perangai yang teruk dari Syaitan lagi, akhirnya paper keluarlah dengan tajuk muka depan "Ustaz Pukul Murid sampai Mati"..bila baca sikit dah naik meluat, "Ustaz" tak dapat tahan Sabar tapi suruh orang Sabar...perkara sebegini buat ambe bingung, SIAPA KUTUK TUHAN SIAPA sekarang ni?

nanti ada menjawab, "ya iyalah..Manusia. semua buat silap dan salah..Ustaz pun"
dah tahu lemah janganlah isytihar kamu ni sebagai apa, orang gelarkan kamu Ustaz atau beri Sijil Ustaz dah macam dapat Datuk. Walhal soal Islam itu lebih tinggi dari soal Agama. Agama berfungsi sebagai tuntutan Hidup, yang semua orang boleh pilih, namun menjadi Judaist,Chirstian,Buddhist ataupun Islam itu cadangan, bagi mereka yang maseh dalam belajar lalui proses Keyakinan terhadap Rukun sebagai Islam..kemudian baharulah cakap bab Iman.

ambe sendiripun naik seram sejuk dan betapa takut dengan mengaku orang Beriman, bukan kerana takut kerjanya, namun peranan dan tanggung jawab yang belum pastinya dapat dibuatkan yang terbaik buat Tuhan..istilah Islam disinipun maseh didalam hubungan kita sesama makhluk, jika benarlah Insan itu dibentuk melalui rukun Iman..keimanan itu disebarkan pada semua. kerana ia usaha menyusun hubungan kita pada Tuhan.

sebab itu ambe hanya berani persembahkan pada anda semua peri-hal paling dasar, paling rendah bagi memahami apa ambe dapati pada maksud paling tunggal pada tiap kata, Agama atau Tuhan. maseh berdiri dengan sendiri, bukanlah yang digandingkan dengan apapun..Tuhan Agama mana ambe tak ndak pertikaikan, itu hal yang pasti akan memburukkan lagi..kita cari Agama sebagai alasan bathin diri dan zahir hidup tak lagi aman seperti dahulu..itu antaranya. dan sungguhpun ambe yakin diri ini adalah orang yang dalam belajar mengenal diri yang Islam atau Insan atau berIman. namun pendapat ambe yang menyentuh sedikit peri-hal Sirah atau Surah ataupun Sabda yang diambil dari ajaran Nabi Muhammad, ambe tak fikirkan apatah merasakan ianya ADIL jika highlightkan Islam semata-mata tanpa anda sendiri cuba amalkan dalam berbuat. maka ambe beri indikasi yang global seperti mana Nabi ambe lakukan dahulu, tidak dikiri atau kanan ataupun ditengah..namun semua, menyeluruh dan umum agar faham serba sedikit berdasarkan kebodohan ambe dapati sendiri, yang jadi milik anda pula seandainya anda sudi menerima apa ambe cuba sampaikan dengan baik ini. ambe yakin ada juga antara anda yang sedang baca ini pun bukan Islam rata-ratanya. maka lihat dan bandingkan serta nilaikan. fahami setiap satu hal bukan kerana orang lain katakan. tapi original dari anda yang langsung tak menyokong anda. namun belajar langsung diri dengan apa berlaku. peka.

Ubah lah cara fikir agar lebih "gila" atau berusaha menekan minyak pemikiran kita agar menerima keluasan Agama kerana anda berhak menerima empat sudut macam penyampaian serta arahnya, Utara-Selatan-Timur ataupun Barat. itu 4 ufuk yang asas.
Agama yang mana, itu diukur mana 3 suku pemerintahannya di Dunia waktu Kekalifahan menurut sejarah.

sementara anda yang kusut antara mempersoalkan aku ni sebenarnya gila atau tidak. mengaku ajalah memang gila,
sebab banyak hal gila kita lakukan,
pertama itu tidur dengan slumber tanpa ada sedikit peduli pun hal ajal yang siapapun antara disini maseh TAK TAHU bila dia akan mati. kejadian berlaku secara meluas, setiap kategori atau peringkat dah terbukti, bayi tidur dan mati..ada, kanak-kanak tidur dan tak terjaga..ada, remaja tertidur dalam class tanpa penyakit apa dan mati mengejut..ada, dewasa mati dalam banyak kadarnya tu selalu lah kita dengar, orang tua..memang confirm kita tahu sebab semua fungsi semakin hari semakin out of service. kenyataan yang dikhabarkan selalunya sebab sakit itu dan sakit ini,
alasan tak makan ubat slalu lah ada,
tapi MATI tetap lah MATI..itu tak siapapun boleh katakan dengan muktamad.

apatah peringatan MATI itu selalu diperingatkan hingga istilah tidur sendiri dipanggil MATI kecil. logic MATI itu apa selama ini sukatan Centi-Mental kita peduli? atau sedari tidak Cinta itupun salah satu hal yang Gila, namun berapa banyak Cinta tlah kita curangi dengan pengabdian yang gila sombongnya. bersalinlah tanpa sedar, dari kecil hingga membesar. tapi tak besar-besar..

sama-samalah ukur panjang mana tali "Syukur".

KBD