Monday, August 29, 2011

FITRAH yang MERDEKA


malam yang sibuk hiruk pikuk kesana kesini sahaja kita di Negara yang bakal menyambut semacam acara terpenting dalam satu tahun,
bila sebut Hari Raya Aidil Fitri aja semua jadi sibuk, sementara Raya Haji, kurang mendapat sambutannya sepertimana Hari Raya Adha.
ambe dariantara puak yang juga pernah terjebak dalam mentality yang sama suatu masa dahulu, namun kini setelah cuba hampir semua list "cara-cara meng anticipate acara"..akhirnya memilih untuk duduk dirumah sambil menggarap semacam pemahaman serta keyakinan yang kini tlah ambe perbaharui pada diri.

maka bermula lah celoteh yang bakal memenatkan mata fikir anda yang lebih penat dari membawa kereta dari Kuala Lumpur menuju Terengganu selama 6 jam perjalanan atau 9 jam perjalanan kerana traffic jam..dalam tak sedar kita tahu, "ramai" sebenarnya Umat Islam ini, yang sepatutnya bersaudara namun andapun tak kenal kereta dihadapan anda tadi, atau sedang mengekori anda kerana tujuan nya sama dengan anda..atau yang cuba mengurat atau berlagak dengan kereta Skyline nya disisi anda sementara anda hanya membawa kereta Kancil atau Mercedes yang diwarisi dari tok anda.

bukanlah atau jangan lah dianggap posting ambe ini semua sebagai "Ceramah" kerana ia bukanlah "Ceramah" bahkan hanyalah penulisan sarcastic yang versinya santai. hanya menyentap akal anda untuk berfikir lebih baik dari sebelum semoga anda tidak menyesal setelah mati..itu sahaja fikir ambe. dan hebat atau tidak diri ambe, anda pun bahkan lebih hebat dari ambe kerana anda tak perlu tulis apa-apa kecuali membaca dalam mengetahui perkara yang biasa ataupun luar dari kebiasaan yang pernah anda saksi sendiri namun cuma malas untuk menulis seperti ambe..

dan seperti sebelum ini pun ada berkisahkan penerangan mendalam bagi menceraikan makna-makna Ayat-ayat atau Kata-kata yang hari ini sudah pun salah faham dan dipesongkan pemahamannya. Walaupun begitu, terima kaseh yang tak terhingga kepada Dr Teuku Iskandar dan sekalian penyusun, penyedia Manuskrip hingga hari ini dapat kita "makan" maksud Kata-kata dengan hidangan enak Kamus Dewan, jikalau tidak dari Silap ambe, kali pertama penerbitannya adalah pada tahun 1970.

namun didalam cuba memahami tiap-tiap kata, ambe jadi keliru dan pelik. Mengapa setiap kata itu maseh ada 3 maksud atau 4 maksud lain sedangkan kita tahu jika 1 Kata hanya membawa erti 1 sahaja untuk sesuatu. Jika anda adalah Siti Nurhaliza Binti Taruddin bin Ismail, pasti lah anda adalah Penyanyi Yang Popular.. adalah tidak mungkin jika Siti Nurhaliza binti Taruddin ada dua orang yang serupa namanya, dan jikalau adapun, pasti yang pelanduk serupa itu tidaklah popular kerana dirinya bukan penyanyi bahkan pelayan kedai mamak di Mydin Mall. banyak perbezaan jika kita mula bandingkan dengan dua orang yang bernama Siti Nurhaliza ini, pasti ibu dan ayahnya lain atau tarikh lahirnya, tempat lahir, raut wajah, berat badan, ketinggian..bahkan jika Mirip sekalipun, ia takkan ada yang sama dari sudut zahir..maka fungsi bahasa adalah menerangkan satu penamaan itu mewakili satu benda atau hal atau kejadian sahaja..

tapi setelah meneliti Kamus Indonesia, Kamus Dewan Malaysia, Kamus Bahasa Fusaha/ Arab(dimana ambe belajar dahulu di Mesir), Kamus Sanskerta dan kemudian mengambil Initiative merujuk lagi dengan Wikipedia, Google Translate dan beberapa lagi kamus Online yang ternyata maseh belum sependapat, lain dan berbagai-bagai tamsilan. Akhirnya ambe belajar dengan Pakar Sejarah dalam mengenali tiap Huruf yang sebenarnya adalah Lambang baharulah nampak maksudnya yang sebenar dan menjadi tahulah kemudiannya. dan pada ketika itulah ilham mewujudkan "Apikalam" ini timbul..kerana ambe hendak bakar semua kamus hingga disatukan semula.

bila kita buka huruf A anda cari AGAMA.
maka anda lihat maksudnya untuk Topic Pertama kita kali ini: 1. kepercayaan pada Tuhan & sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan Perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa.
2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain(yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa).

jadi disitu pegangan maksud itupun tidak kukuh, sedangkan Tuhan bagi orang Islam itu Allah taala, yang memiliki 99 nama lain untuk menggambarkan betapa berkuasanya Allah hu rabbil alamin. Judas atau Kristian atau Buddha pula berlainan, atau sama? cuba perhatikan maksud Ilahi atau Allah atau Lord? maksudnya tetap yang cuba menyampaikan hal sama.

Akhirnya kita sependapat dalam sedar atau tidak bahawa yang buatkan maksud berbeza adalah Agama yang A dan B kemudian C atau D. yang lain Istilah, lain pembawakan, lain pengajaran, amalan dan kepercayaan..

Apapun dalam Bahasa Arab dipanggil Ad-Din atau Din, "Agama" tetaplah barang dari Hindu yang dipinjam dari bahasa Sanskrit.
kemudian ambe kaji Sejarah lebih kurang dengan rujukan internet, museum dan buku-buku untuk mencernakan persoalan ambe, KENAPA orang Melayu dahulu maseh kekalkan istilah "Agama" hingga ke hari ini kita maseh gunakannya?

bertahun-tahun berjalan dengan Initiative sendiri serta rujukkan peninggalan Sejarah yang bertimbun-timbun(memang pening kepala dan menghancurkan akal ambe sebenarnya) maka dengan kesimpulan yang ringkas dapat ambe buat, adalah kerana kaitan rapat hubungan orang Alim Ulama yang cuba menunaikan wasiat Nabi untuk menerapkan masyarakat Hindu ketika zaman dahulu dengan Islam..inilah "dakwah dalam senyap" yang selama ini tak siapapun sedar bahawa dengan Bahasa pun Melayu tlah salurkan pemahaman yang teliti mengenai Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad hingga ke Nabi Adam alaihissalam.. walhal kita semua tahu, maksud Agama itu dalam Bahasa Melayu adalah "Susunan"..namun kita tak sedar soal MENGAPA kita maseh Rasmi menggunakan Agama? adakah Negara kita sebenarnya BELUM MERDEKA dari Sudut Agama yang Rasmi mengikut Rajanya yang Islam?

kemudian kita lihat hari yang kita bakal hadapi esok, yang setelah sebulan kita diwajibkan berpuasa kerana ia terkandung dalam Rukun Islam ke 3 dan Istimewa kedatangannya hanya satu kali dalam setahun iaitu pada bulan yang Khas iaitu Ramadhan SAHAJA.
dan Syawal pula hari sambutan Aidil Fitri. maka kita bersorak sorai setelah berkhutbah dan solat sunat Hari Raya dan pergi ziarah menziarahi rumah saudara mara, jiran dan sahabat handai dengan aneka juadah berbagai.

menurut sesetengah orang yang begitu serious dalam ber Ramadhan dengan meneliti, dirasakan tidak kena dengan Fitrah yang dari Aidil Fitri. Kerana Fitrah diri kita adalah "Hamba" pada Allah, jika nama "Hamba" itu kita semua tahu maksudnya adalah yang sama seperti "orang gaji" atau "amah" atau "bibik" atau "makcik" yang dibayar untuk berkhidmat sehingga lah dikatakan tamat contract maka baharulah Merdeka.. gambaran Fitrah diri yang sedar dirinya Hamba pada Tuhan kini sudah tidak lagi dipedulikan, dan mengambil tradisi bersuka ria bahawa sebulan puasa itu adalah hanya "training session" kita dan Nafsu. mengenali fungsi Nafsu dan membendungnya..

ambe tak adalah katakan itu salah, namun begitu FIKIR kan maksud sebenar "Aidil Fitri" setelah kita amalkan dengan penuh kesungguhan..kemudian tiba Hari Raya Aidil Fitri, kita malah pelahap kalahkan binatang ataupun makhluk lain sedangkan Berpuasa itu adalah penyucian diri agar kenal sendiri yang sebenarnya Roh..Roh yang terperangkap dengan sumpahan Jasad Manusia. yang gelar dirinya Hamba.

kemudian kita lihat Tajuk kedua dalam celoteh ini, iaitu BANGSA.

"Bangsa" yang didalam Kamus Dewan bermaksud: 1.Jenis Manusia daripada satu asal keturunan. 2.Kumpulan Manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. 3.Macam, Jenis. 4. Jantina, Jenis kelamin. 5.Darjat Tinggi keturunan Mulia.

pun kusut kepala nak tentukan, sebenarnya Bangsa ni apa? pun Orang Melayu terdahulu sengaja pakai hingga hari ini dari kalimat "Vaṃśa".
intipati pertama sejak Adam dan Hawa pun atau sebelum adanya Adam pun sudah diciptakan "Bangsa".
Unsur, Malaikat, Alam, Langit,Bumi, Haiwan dan Tumbuhan itupun boleh dikatakan Bangsa.

Unsur seperti Api, Angin, Air serta Tanah. cerita Tanah pun macam-macam kaum Tanah yang ada, Pasir, Batu, Lumpur,
Permata, Belerang dan sebagainya lagi.. Belum Suku BANGSA Air, yang ada Air Masin di Laut, Air Sungai, Air Tawar, Air Mata Air ataupun Air Hujan sendiri..atau Angin adanya aneka lapisan Atmosphera atau Ozone, kemudian Graviti yang buat kita sentiasa melekat di Bumi. atau Unsur Bangsa Api yang kita kenal dari lapisan dari bahagian paling bawah kerak Bumi atau diluar dari dunia dan dapat dilihatkan susuk Matahari atau teras dalam yang juga faktor lahirnya Bangsa Api lain seperti yang dilihat di Gunung Berapi yang dipanggil Laha atau Lava.

dan dalam itupun, kita tahu Jin itupun sebahagian dari Unsur yang ada iaitu Api.
apa anda faham dengan mengambil Langit dan Bumi sebagai Bangsa?
yang banyak hal Material atau kebendaan atau Syariat yang kita sering terpikat hingga terikat dengan kerja mendapatkan sesuatu yang berbentuk benda itu..

kemudian adapun sebahagian lain yang sedikit yang sukakan hal yang luar biasa, ndak jadi Astronaut atau pengkaji Falak atau pakar Kaedah yang cuba memberi jalan penyelesaian kepada mereka yang inginkan hal Material tadi.

ambe pernah terbaca garapan Kitab Lama di Museum Minangkabau kelmarin, yang sengaja mengibaratkan Bapa Langit dan Ibu Bhumi.. Maksud Langit disini adalah hal yang luar dari kemampuan namun degil untuk usahakan, tak masuk akal, kehebatan dan kesaktian yang akhirnya ambe setuju dengan itu kerana melihat reality kita, sebenarnya hal gila ini lah sifat yang tak mampu Wanita lakukan, kerana itulah Masculine.

sementara Bhumi bersifat Feminine kerana ia sering berminta atau hajatkan barang yang ada, atau minta dan harap yang tiada agar dizahirkan.. jikalau ini payah hendak diterima pembaca, cuba aja anda bezakan antara orang bercinta dengan yang tidak bercinta sesama makhluk. Faktanya jelas menunjukkan Lelaki tak kisah jika tak dapat berCinta dengan Wanita, asalkan mereka dapat Nikmat. Sementara Wanita akan merasa Kerapuhan dan hilang arah kerana sifat Emosi mereka yang sangat Fragile, maka kerana itulah alasan Cinta dengan Lelaki itu dianggap perlu dan wajib bagi mereka agar ada tempat berpaut.

atau ceritakan hal Tumbuhan ada macam-macam jenis yang melata, bila sebut Pokok, beribu-ribu jenis ada dimuka Dunia ni..
Haiwan yang ada pun bergantung pada Unsur mereka, dipecah jadi Carnivore, Omnivore, Herbivore kemudian makhluk Haiwan jenis Aquatic atau Daratan atau Udara (seperti Burung pada siang dan Kelawar pada malam).

dalam Malaikat sekalipun, kita tahu ada Izrail, Jibrail, Israfil, Mungkar dan Nakir serta sebagainya lagi..

ini masehlah merujuk pada satu Hal, BANGSA.. kerana siri pengenalan begini baharu dapat diklasifikasikan tempat-tempat mereka agar dibezakan untuk diperkenalkan.

sama seperti Kita, yang Manusia dicipta dengan wajah berbeza, akan tetapi technical spec Manusia yang bermata,berhidung,mulut atau hidung, berkaki dan tangan dari kasarnya nampak bezanya mengikut BANGSA Arab yang kebiasaannya bermata besar, hidung mancung, berkulit Puteh dan badan kasar, sementara Cina halus orangnya, rambut lurus, yang sepet dimata atau berkulit puteh kekuningan khususnya..India yang gelap Kulitnya, matanya yang menarik, rambutnya kerinting dan kaki runcing..memanglah dapat dipertikaikan macam-macam oleh kita, "eh, tak juga..bla bla bla" namun dari perbincangan sihat itulah buatkan antara kita kenal perbezaan dan mencari persamaan atau mempertahankan persamaan walaupun jelas ada bezanya..

tapi didalam badan tiap Manusia itu tetap ada organ yang sama. Indikasi ini lah mengesahkan bahawa dari Hakikat kita itu tetap sama..dan setelah itu kita dapati ada bezanya pula kerana ada kecacatan jantung yang kecil atau paru-paru terlebih lebar atau otak kecil dan sebagainya..dan Research ini buatkan ambe yakin bahawa dalam diri kita maseh ada diri yang lagi satu, lalu dimanakan ia?

itulah Sendiri.

yang bila anda duduk diam bersendiri, anda sedar bahawa anda berakal walau kadang kita buat hal gilapun tak perlu kan memory apapun, berkalam walau tidak perlu mulut untuk berbicara..malah ambe cuma menaip atau menulis aja, berhati untuk nikmati apa sahaja perasaan walaupun jantung anda sakit..itulah Organ Roh yang dah berkali-kali rasanya ambe ceritakan melalui post sebelumnya..

dari research sendiri, ambe temui pelbagai fakta yang ada menceritakan kejadian zaman Nabi Nuh, dimana banyak mengisahkan disinilah mula nya PENGAGIHAN BANGSA secara Luas.. kerana Banjir Besar itu tlah menenggelamkan Dunia hingga kandungan Tanah pula tinggal 1/4 sahaja kerana dipenuhi air kerana Hujan Lebat tanpa henti selama berhari-hari dan ada mendapati ia adalah berbulan dan ada berkata mencapai tahun..cuba bayangkan logic hujan lebat tanpa henti selama bertahun?

dan mengikut rujukkan ada, Nuh Alihissalam bersama penumpang yang ikut dan Haiwan serta Tumbuhan yang ada itulah memulakan ekspedisi pengagihan.. dari fakta sejarah India bermula dengan keturunan Ham anaknda Nabi Nuh yang tinggal di kaki gunung Himalaya, lebih kurang sekitar tahun 6.000 Sebelum Masehi mereka datang ke Sumatera/Samudra.
dimana mereka tlah menyusul kerabatnya bangsa Polinesia ( dari Heth keturunan Ham bin Nabi Nuh alaihissalam), yang telah terlebih dahulu datang, dan bertempat tinggal di bagian timur Nusantara.

Pada sekitar tahun 4.500 Sebelum Masehi, datang Bangsa Cina (keturunan Shini keturunan Yaspith bin Nabi Nuh alaihissalam). Bangsa ini membawa budaya Agraris dari tempat asalnya.

Sekitar tahun 2.500 Sebelum Masehi, datang Bangsa Eropah atau Bangsa "Troy"/Romawi Purba (keturunan Rumi keturunan Yaspith bin Nabi Nuh alaihissalam), mereka membawa Peradaban Harappa, yang dikenal sudah sangat maju.

Dan terakhir sekitar tahun 2.200 Sebelum Masehi datang pula Bangsa Arab Purba atau Bangsa Khabiru (keturunan 'Ad keturunan Syam bin Nabi Nuh alaihissalam). Bangsa Khabiru yang kemudian adalah pengikut setia Nabi Hud, mereka datang dengan membawa keyakinan Monotheisme atau Tauhid, di dalam masyarakat Pulau Sumatera.

Kemudian Ibrahim Alihissalam dari keturunan Nabi Saleh yang adalah keturunan Syam ibni Nabi Nuh alaihissalam pula menyusul kemudian dimana dipercayai dengan perkahwinan dengan Siti Qanthura atau sebahagian meyakini Siti Jawiyah yang merasmikan Rumpun Jawa. Dimana diketahui kita Kaum Jawa yang teramai ketika itu sehingga kemudian pula melahirkan Suku Sunda yang Kuno..

dengan mengetahui sedikit sebanyak fakta yang ada ambe pernah kumpul dan bandingkan kekukuhannya berdasarkan time line catatan ambe maka ambe Yakin Nabi-nabi tak sahaja bertempat di tanah Arab sebagai tempat Usaha Agama namun melata hingga ke sini sejak dahulu sudah ada Usaha yang kita tidak ketahui, sehingga pernah dicatitkan oleh William Marsden dalam Sejarah Sumatra/Samudra akan kemungkinan hubungan Nabi Sulaiman dengan Sumatra/Samudra yang dimana ada hasil Emas dan Gading..walaupun maseh "kemungkinan" namun maseh juga dapat dibahaskan setelah mencari sumber bukti keberadaan itu sah atau sekadar andaian.

akan tetapi fakta yang jelas ada dan wujud dimuka bhumi Tanah yang dipanggil Tanah Melayu ini adalah dengan adanya Batu Bersurat di Terengganu yang jadi antara perbualan yang dipendamkan oleh penjajah dari pengetahuan Dunia kemudian dicuba bawa lari ke Singapura dalam jangka yang agak lama. Hingga orang kita dah nyaris lupa dan tak lagi berminat dengan mengkaji fakta untuk menghubungkaitkan dengan kewujudan Islam dan pengisytiharaan "Melayu" pertamakali kerana memandangkan penggunaan Bahasa Melayu yang begitu lancar tidak seperti penemuan sebelum ini yang maseh ada beralaskan unsur Hindu dan Buddha.

Pengetahuan Sejarah yang meletihkan ini sedikit sebanyak diharap dapat kita mula sentap akal untuk menilai kebenarannya dengan mencari atau turut mengkaji ia, kerana kedatangan Melayu ini yang di Yakini ambe adalah solution terakhir didalam merawat penyakit Bangsa-bangsa yang pernah wujud sejak dahulu..yang diusahakan oleh para Nabiullah yang begitu ramai hingga kini, apa kita lihat kenyataan orang Arab yang peduli dengan Agama disini atau turun ke Tanah Melayu untuk bantu permasaalahan Politik kita yang makin memecahbelahkan dan merosakkan persepsi Agama Islam hari ini?

kalau anda tanya ambe lah, yang kita "Jemput" dan Bayar adalah.. kerana Istilah Saudi Arabia pun dinamai oleh Penjajah Kafir suatu ketika dahulu.. diambil Raja yang sebenarnya bukan keturunan Sayyid yang langsung dari Nabi Muhammad pun. diberi Kekayaan, Mewah dan Minyak melimpah ruah..hingga mereka yang berkalam Quran pun tak peduli dengan nasib orang lain. dan menganjurkan pembaziran yang melampau hingga tak peduli Negara lain. kerana Kepentingan itu cumalah memandang "Negara" sebagai "oh itu rumah orang lain, laki bini bergaduh dan saling menikam hingga berpancut-pancut darah di halaman..biarlah, itu masaalah mereka"..sedangkan nak cerita tertib berjiran, bahkan masak sesuatu hingga baunya sampai jiran tegur pun hukumnya WAJIB kongsi..ndak cerita betapa mesra, sepatutnyalah.

apa dah jadi dengan PERSAUDARAAN dalam Islam yang mereka pun tahu apa makna Bismillahirahmanirrahim?
adakah sekadar CAKAP atau SEBUT sahaja?

hari ni kita tengok bahkan lebih parah keadaannya, Raja-raja Saudi..apa mereka bertindak sebagai tonggak pemegang KUNCI KAABAH dan AMANAT-AMANAT RASULULLAH? adakah Islam itu untuk mereka sahaja?

kemana hilangnya Bangsa Arab yang seperti Tamim Habibul Ad Darr yang diceritakan hingga berkelana dan tersadai di Nusantara, atau Fakir atau Sultan Muhammad(dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Raja Pasai) iaitu Sharif Muhammad Al Baghdadi yang sanggup tinggalkan Takhtanya dan bertemu Sheikh Ismail untuk jadi Nakhodanya menuju Samudra kerana melalui Wasiat Rasulullah katanya akan ada wali-wali Allah disini kemudian diperintah Islamkan mereka..

bertemulah Merah Silu, yang mendapat Mimpi Rasulullah Ludah mulutnya hingga pandai bersyahadah. Kemudian diserahkan Quran padanya dan ditabalkan jadi Sultan Malikul Saleh..

hingga tergantung lagi kesah, terputus kerana kita dijajah dan mungkin sahaja dibuang segala fakta hingga orang Melayu hari ini pun jadi semakin BODOH dan DUNGU untuk tahu diri sendiri siapa kerana System Had-had yang disuburkan dalam Pendidikan sejak sekolah rendah hingga ke University dan melahirkan Graduate, Proffessor yang berlagak kerana Pandai sebab ada Sijil..

beratus tahun kemudian Fakir/Sultan Muhammad atau Sharif Muhammad Al Baghdadi yang dimakamkan di Hulu Terengganu sepertimana kita tahu sekarang adalah penulis Batu Bersurat, Kuala Berang yang didalamnya berisi peringatan akan amanat akhir zaman buat Orang Melayu.

kita dikaburkan dengan kemerdekaan Malaysia kononnya British bantu kita, sedangkan bila kita teliti elok-elok bahkan kita dipermainkan oleh mereka..dengan "gurauan" Portugis yang kita tahu keruntuhan Empayar Melaka ketika itu bermula dari Orang Dalam juga. dan Belanda yang datang menjajah ditempat saudara kita, Aceh yang dikatakan "Serambi" pada "Mekkah" pada Nusantara. apa kita berdiam sahaja?

kalau ada antara anda katakan Isu Melayu ini memperjuangkan Racism, mari kemari ambe ketuk kepala dan bilangkan pada anda SEJARAH RACISM itu dari bila? siapa Pioneer? BUKAN orang Melayu pun..bahkan pemahaman membenci BANGSA lain itu tak timbul pun.. dan Isu yang common seperti persoalan "KENAPA SEBUT MASUK MELAYU? BUKAN ISLAM?"
tengok Sejarah sebelum Islam diisytiharkan, berzaman-zaman orang yang faham apa maksud MELAYU ini berdakwah dalam diam-diam guna Istilah Masuk Melayu ini..untuk bela ISLAM macam Nabi Muhammad, kerana menjadi Melayu biar lah MATI ANAK jangan MATI ADAT, maksud disini biarlah anak terkorban asalkan ADAT sebagai orang yang Islam tidak dicabul..lebih-kurang macam pengorbanan Nabi Ibrahim..

setelah anda baca sedikit sebanyak ini, harap usah kaitkan lagi lah isu Racist ini dengan perjuangan Melayu, atau cuba kaitkan Melayu dengan contoh orang hari ini yang mengaku dengan sombong bodoh mereka adalah Melayu, kerana kita payah ndak lihat kebenaran yang jauh dari nyata kerana tlah dikaburkan oleh system membuatkan kita pun yang sama-sama terlibat bahkan terbabit dalam subahat menyokong kekafiran dan ketaghutan. Bagi ambe, Melayu ini sangat Perfect kerana ia adalah Pembentukkan terakhir, BANGSA akhir yang paling kecil andai ndak dibandingkan dengan BANGSA lain yang melata.

HENTIKAN MENTALITY BODOH dengan mengatakan Melayu ini adalah Racist atau Penting diri. kerana Melayu PENTINGKAN AGAMA maka BANGSA itu dijadikan Alasan untuk mempertahankan Islam..

jika mereka Yakin
Mim itu Muhammad, Pemimpin Mereka
LA itu Lailahailallah..Janji Bahasa
YA itu Yau Mul Akhir iaitu..Wawasan Budaya
WAU itu Wujudnya diri yang Insan dalam ber Adat kan diri sebagai Hamba yang memandang orang lain sebagai Tuan mereka.

akan tetapi menyebut perihal BANGSA, ambe fikir ia PENTING buat kita tahu sempena acara yang berlaku tahun ini sebelah menyebelah..adakah ia KEBETULAN?

sebab itulah ambe kata, kepentingan Sejarah bagi ambe bukan untuk pengetahuan semata-mata bahkan mencuba mengenali dan menyusuli, track kembali pesanan dan kerja-kerja moyang kita yang pernah juangkan untuk kita hingga kita hari ini apa adanya yang jauh SENANG dari SUSAH bahkan semakin MEWAH kehidupannya..

Menyusuli AGAMA bagi sesetengah orang yang rasa tak relevant sudah BANGSA, tak salah..Tetapi Range atau Jarak Agama dan kita jauh dari untuk diyakini, bahkan mengetahui itupun kita cuma ambil short cut dan Percaya sahaja.
antara Percaya dan Yakin, itu berbeza.. sepertimana ambe pernah terangkan sebelum ini. jika anda sekadar Percaya, tanpa Yakin itu seperti percaya Tok Bomoh kerana magic-magicnya benar berlaku dipandangan mata penyaksian anda, terus dalam diam anda memilih untuk Yakin Tok Bomoh dan kerana itu anda hilang Takut atau Ragu pada Bomoh itu..walhal kita tahu kuasa yang sebenar adalah Allah hu rabbil alamin..bukan Makhluk. dan kerana itu anda tlah jadi Syirik secara tidak tahu..hingga keyakinan itu melarat menjadikan anda Yakin pada tiap makhluk yang ada seperti Ubat, Elektrik atau Handphone atau Pc untuk selesaikan masaalah anda sedangkan Yakin anda sepatutnya diharap pada Tuhan.

jadi disini, tidak mungkin AGAMA kita ketahui secara teori dan praktik hari ini tanpa BANGSA..kerana yang bawa tetaplah BANGSA. Melayu yang membela Islam demi kita pada suatu masa dahulu, bahkan di Melaka atau di Aceh dahulu pun kerana Islam untuk kesinambungan anak cucu, bukanlah kepentingan mereka. Budaya berpuasa atau balik kampung yang mungkin sahaja dahulupun praktikkan namun yang dinantikan oleh Ibu dan Ayah pulang itu lah "Anak Bulan"..
Bulan yang ada kaitan dengan Agama sama seperti ambe, yang bernama Badar yang bermaksud Bulan Purnama.. Nabi Muhammad pun dikaitkan dengan Bulan kerana baginda begitu menyerlah dimalam hari dengan cahaya nya..
secara Metaphor maksudnya tetaplah diri yang menyinari kegelapan, penuh dengan keyakinan..tetapi silap hari ini kita cuma buat kerana orang lain buat, kita tak ada keyakinan atas perilaku bahkan ikut secara bodoh macam lembu yang dicucuk hidung..bila orang tanya kenapa balik, nak jumpa orang tua alasannya..kenapa tak balik hari lain sedangkan anda tahu raya ni lah traffic jam merata-rata, semua jadi sesak kerana begitu ramai Typicalists..
maka wujud alasan bodoh "sebab Raya je dapat Cuti".. sedangkan semuanya dapat diatur jika mahu, cuma kita MALAS dan cuma ikut ajalah arus hingga hanyut ke manapun tak kita sedar..padahal jika keyakinan benar ada, kita akan katakan kita pulang untuk menyambut keraian diri sebagai Insan yang confident 100% dia adalah Hamba berdasarkan pengamalannya sepanjang Ramadhan..

maka ada pula sesi airmata dan hingus dipagi raya, sambil ber soundtrack kan lagu raya atau takbir dan sedih mengenangkan dosa terhadap orang tua, penyesalan itu sepatutnya di awal Nisfu Syaaban. kerana disitulah titik mula "buku baharu" dan tiba masa untuk clearkan semua agar Ramadhan, aku dapat buat 100% demi Allah. bermaaf-maafan itu sebelum Ramadhan sebenarnya..

itupun bagi mereka yang cuba menyusuli sejarah, tak sampai 1890 dah terlekat dengan era Woodstock, Hippies atau Skinhead. ambe tahu lah kerana ambe pun dari penganut Skinhead suatu masa dahulu, kerana ambe percaya hidup perlu perjuangan, maka ambe pilih yang singkat kerana ketika itupun Sejarah Melayu pun tak siapa nak cerita kecuali jawab "dok tahu gok"
bila ambe pilih jadi Skinhead Sharp yang tentang isu Racist inilah ambe sedar bahawa Melayu bukan pejuang Racist, Cina bukan pejuang Racist, India bukan pejuang Racist hanya orang kulit Putih atau Bangsa Eropah sahaja yang wujudkan perihal ini dan mula kaitkan ideology ini untuk sama-ratakan semua nya kononnyalah..

dan Abang Misai atau Polis tangkap ambe berkali-kali kerana ambe Skinhead, bawa ke balai dan cuba brainwash ambe dengan ketakutan macam-macam sedangkan mereka pun maseh ada "main belakang"..bila tanya keadilan itu apa dia dah mula marah sedangkan itu Mesra Cekap dan Betul motto atau "jati diri" sepatutnya mereka jadi.
akhirnya itu semua wujud sekadar "Mentality"..bukanlah pegangan. Makan Rasuah, semua orang tahu namun adakah mereka cuba selidik dan telus didalam mencari permasaalahan dalaman dahulu sebelum mencekup budak bodoh seperti ambe yang dengar sini sana cerita masyarakat berkenaan Rasuah?
kalau 1 atau 2 atau 3 orang, boleh lah tahan kira..namun dah ramai, takkanlah bohong kot.
akan tetapi solusi Gertak dan Gempur selalu jadi penyelesaian shortcut mereka, bukan ndak cakap elok-elok atau tanya masyarakat baik-baik.. Ketegangan tak pernah ada Penyelesaian kecuali Putus sahaja.

menjelang Kemerdekaan kita,
Kemudian peristiwa 13 Mei Wujud sebagai peringatan lah kononnya orang Cina ini jahat. Melayu hari ni pun ramai Jahat..nak cerita Jahat dan Baik semua bahkan Sama sahaja hanya yang jadi kebingungan adalah kenapa ia tetap jadi modal perbalahan atau topic perbicaraan untuk menegangkan keadaan? padahal faktanya kita tahu siapa dalangnya, sudah-sudah lah..

"eh, mana boleh sudah..mereka ambil tanah kita!!"
ujar orang yang konon BERSEMANGAT MELAYU.

wey, orang Melayu dia steady ajalah..tak perlu nak marah-marah pun boleh..orang dahulu lawan pantun sebelum bersilat, jika kalah pantun atau patah kata, mereka tak bertempur lah. Begitu lembutnya dan halusnya Bahasa Melayu.
yang dibiarkan orang ambil tanah itu kita, kenapa tak berusaha bersama-sama untuk usahakan tanah itu jadi milik kita, cakap elok-elok dan belajar berbahagi..kan itu lebih baik?

selesai hari Pertama meraikan FITRAH DIRI kita menyambut hari KEMERDEKAAN TANAH MELAYU.
dimana Tanah Ini, jadi saksi semua alam bahawa Rasulullah tlah lalu pada 702. sepertimana tercatit di Batu Bersurat.
Sejahtera dan memberkati Tanah Bani jawi, Umat Akhir Zaman yang akan bawa dan tegakkan PANJI HITAM iaitu Trangganu Darul Iman, satu-satunya Bendera atau Panji berwarna Hitam yang ada di Dunia. BUKAN di Asia Tenggara.

dalam Doa Pri Badi ambe selama Ramadhan ini, ambe tlah Istiqamahkan agar kita semua kembali mengenali Fitrah diri, dalam ber Ramadhan..kerana disini sahaja lah Bulan yang sudah terbentangnya Fadhilat mengenai diri kita dan Tuhan sebenar-benarnya..

Maka ketahuilah bahawa dengan menahan lapar selama Subuh dan Maghrib, anda tak perlu pun makan yang banyak untuk kerja.. tak perlu makan yang banyak untuk ubati hati hancur, tak perlu makan banyak untuk hindarkan cakap banyak dan tak perlu makan vitamin pandai apapun untuk pandai, kerana anda sudah ditentukan oleh Allah Ar Rashid sejak azali.. yang BIJAK nya di SANA..maka percayalah hingga anda Yakin bahawa dengan berfikir tentang mati dalam tiap laku kita dan menerima bodoh pada diri untuk terima kata-kata orang lain itu lah akan buatkan anda LAIN dari yang LAIN..

ITULAH MELAYU. mereka UNIQUE dan MINIMALIST yang sebenar.

maka itu ambe berilah renungan pada semua, bagi yang rasa ia bermunafaat, sebar-sebarkan lah..

SELAMAT LAH BER AIDIL FITRI bagi INSAN yang HAMBA,
SELAMAT LAH ME MERDEKA kan diri dari fikiran yang menghadkan kita untuk tidak tahu agar kita malas berfikir..

Guru ambe pernah pesan pada ambe,
Makanan pada Akal adalah Ilmu..maka Makanlah Ilmu dengan mencari Kebenaran disebalik kepalsuan Dunia.
kerana KITA tetap MENCARI yang WADUD(maha Men Cintai) demi KEBENARAN

CINTAI saudara mara kita di Negara yang melata di Nusantara ini kerana kita terpisah bukan diatas kehendak kita namun System Kafir,
kerana itulah KEBENARAN dari CINTA yang Allah beri tanpa kita Minta..itulah Al-KareemNya.
dan Quran itu lah mula BACA.
walaupun ia seperti SEJARAH namun lihat dan BACA-lah SEJARAH kita dan lihat kebenaran yang ada di Quran tetaplah hal yang berulangan..

maka BACA lah dengan mengetahui Ertinya kemudian jadikan ia kerja Agama..maka Bismirabbikallazi halaq lah, mudah-mudahan..

jika ada bertanya hendak mula dari mana,
AL-FIL kan lah kita.

salam penuh kaseh dari ambe yang tlah korbankan 6 JAM untuk menuliskan ini demi pengetahuan anda semua..

KBD
{Raja Badar Ad Din Hakim Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah, Paduka Dendang Anak, Mandalika, Adityawarman, Ku Bad}