Tuesday, August 23, 2011

Penulis API

ada tanya ambe dari kiriman E-mail baharu ni ambe terima..
soalnya :
"kenapa ambe menulis? dan buat cerita dari kejadian dengan berjela panjangnya..
tak penat ke?"

pertama kali membaca kiriman itu, ambe secara spontan ketawa, kerana rasa ia lucu.
walhal menulis ini salah satu Therapy buat siapapun.

Pihak Pertama yang menulis, ambe dapat baca semula apa ambe tulis setelah ia siap dan langsung di post. dan kenal pasti dimana silapnya lagi cerita ambe yang sudah 100% berdasarkan Kesah dan Kejadian yang benar berlaku yang ada kena mengena dengan yang hidup juga yang mati.

Pihak Kedua yang membaca, anda mendapat satu info bahkan mungkin berpuluhan pengetahuan yang sebelum ini mungkin tak pernah terfikir atau pernah terfikir namun rasa "tak perlu pergi extreme sangatlah" atau sebagainya lagilah.. dan melalui Therapy ini maka lahir Pihak Ketiga iaitu yang tidak wujud diarena Maya ini.

namun mereka-mereka yang wujud di Hidup Nyata. yang jelas anda sendiri mungkin saksi sendiri diluar sana hingga ada terdetik "eh..betul lah apa Ku Bad bagi tahu tu dalam Posting ini atau itu"..dan merasakan semacam "Hebat" lah kononnya ambe, padahal ambe maseh mengitar semula Ilmu orang terdahulu, ambe cuma compose ia menjadi suatu yang menarik atau membosankan diatas Therapy Cakap Banyak ini.

tengok balik apa ambe beritahu selama ini, apa keuntungan ambe selaku penulis yang dianggap kerjanya menulis dan mengarut aja memanjang? anda sedar bahawa apa ambe beritahu lebih-kurang "macam mak bapak aku duduk berleter kat aku je" yang selama ini kita tak ambik endah pun apa mereka suarakan hingga bertahun-tahun anda berkeluarga atau berada dalam kadar menumpang keluarga orang lain dan menyaksikan sendiri bahawa "susah sebenarnya ya nak didik anak ni kan?"
apatah lagi macam ambe atau anda yang degil dan panas baran, cepat melenting dan memberontak aja pada tiap benda yang kita alah untuk lakukan.

ada dari pertanyaan atau FAQ (Frequently Asked Question) list yang sering dipersoalkan oleh pembaca pun tanya ambe:
"kenapa tak boleh buka pun website Apikalam ni?"

bila ambe tanya kenapa? biasanya ada jawab "sebab ada content warning"..

padahal bila anda teliti apa yang tertulis dalam content warning tu adalah amaran kepada pembaca yang muda, kerana site ini mengandungi unsur-unsur yang bersabit atau berkait dengan Dunia ke DewaSa-an.

namun seperti lah ambe sendiri suatu masa dahulu yang pernah membuka laman web lucah atau porno kerana begitu suka dengan bahan terlarang, sering sahaja di beri semacam warning bahawa site ini 18 tahun ke atas, jika anda berumur kurang dari 18 tahun itu tak dibenarkan masuk.

tapi itu tetap kata website itu aja. kita orang degil tak peduli pun dan melangkah masuk untuk menikmati santapan mata dengan penuh berahi. dengan tidak langsung, anda atau ambe yang maseh bawah umur ketika itu, yang buka web lucah sambil paranoid takut orang keliling tahu atau kantoi akhirnya mengetahui dan mengenali bagaimana sebenarnya alam Dewasa ini. Soal kenapa Aurat lelaki itu hanya dari Pusat hingga ke Lutut tlah diketahui Rahasia itu bahawa setiap Lelaki memiliki Zakar dan Dubur atau Bahasa Terengganu Jubor.

Kemudian bagi ambe pula tahu larangan Wanita dalam ber Agama melarang mendedahkan aurat hingga disuruh pakai tudung, baju yang besar dan tidak ketat, kain dan bukan seluar jeans hingga ada lebih extreme mengenakan stokin kaki, sarung tangan dan "topeng ninja" atau Niqab.

Rupa-rupanya dalam ransangan Nafsu Syahwat tinggi itu, ambe sedar rupa-rupanya Wanita ini Istimewa mereka jauh lebih dari lelaki, yang dada mereka hanya Katang dan Flat sahaja sementara Wanita memiliki Buah Dada atau Payudara.
dan pabila meneliti rampingnya tubuh para Pornstars yang tidak lah seteruk diri ambe yang lelaki, buncit dan menggeleber badannya, Kalau kurus dan pergi Gym pun, Lelaki tetap tak seramping Wanita kecuali mereka Paksa diri mereka dengan mengenakan Corset itu lain punya hal lah.

Namun untuk mengisahkan betapa menggiurkan bentuk badan seseorang Wanita, 30 Post ambe tulis pun mungkin tak selesai, dari angan-angan hingga cara lebih effective berada diranjang bersama technique tersendiri..takkan ada habisnya.
anda lihat merata-rata di alam Maya, satu dunia Memperakui Wanita ini istimewa dari Lelaki kerana kecantikkan, kejelitaan dan raut wajah mereka. Itu belum diceritakan jenis-jenis yang tlah dicategorize kan oleh manusia sebelum ini.. Faraj atau Vagina mereka yang siapapun akui adalah tempat yang dikongsi bersama menjadi sedap sangat.

Hingga jadi satu Keistimewaan sampai anda ketika budak-budak dahulu tak dibenarkan untuk tahu pun, disekat dan dimarahi seandainya cuba mengetahui. dan ambe Yakin ini lah pengibaratan kita terhadap kesah Adam dan Hawa dengan "Buah Khuldi". Yang dilarang oleh Tuhan tapi kita degil, bila dah termakan hasutan maka terpaksa menerima Hukuman diatas kesalahan.

dan bagi yang sedang membaca, dah rasa macam ambe ni orang lucah la pulak. kemudian pertikaikan ini itu, eh semalam cerita Agama-Allah-Rasul..Hari ni cerita "kotor" pulak? tak elok lah macamtu..

ambe mohon dari anda semua agar bersabar dan tenang, sebenarnya begitu jugalah pada sebab apa yang ambe sengaja bikin melalui Apikalam. dan sengaja gelarkan ia Api pada Kalam kerana bahasanya yang kurang ajar dan mungkin penulisnya satu-satunya pemberi contoh yang extreme dan teruk serta tak patut dicontohi.

Padahal Buah-buah Khuldi fikiran ambe tlah anda nikmati disini dengan kenyang, tanyakan diri apa anda yang sudah mengaku Dewasa dengan meng- I Agree Kan menggunakan mouse sambil diketik jari Syahadah atau Telunjuk anda untuk masuk dan saksikan apa si bodoh ni nak mengarutkan hari ini. Bodoh atau Pandai ambe, pinjaman atau kitar semula, apa yang ada disini tetap dari ambe, yang tulen. bukan diciplak dari Blog lain atau Rujukkan lain.. ia dari Keyakinan ambe sendiri.

dan kalau kata orang ambe memburukkan Agama dengan menyampaikan Hidayah dengan himpunan kata macam ni dan pendekatan yang tak bijak.. lihat kenyataan, sekarang ni anda berada dimana?
ini alam Maya, dan alam Nyata itu diluar dari Monitor.
ia adalah 2 Alam yang berbeza..

kalau ndak bandingkan ambe dengan Ustaz di Masjid, ambe bukan Ustaz, ambe bukan Guru, bahkan ambe hanya diri ini sahaja.. jadi apa Ustaz atau Ulama sampaikan di Masjid mengenai apapun hal, yang perlu berlapik cakapnya bukan liar seperti ambe berbahasa itu dua Medan yang berbeza. disini hanya Tarbiah bagi diri ambe, dan anda nilaikan diri ambe bagaimana, jikalau ambe adalah teruk, maka buktikanlah diri anda itu lebih baik dengan mengatasi apa ambe tlah kemukakan. Jiruslah Apikalam ini dengan Angin,Air atau Tanah tak apa.. akan tetapi 1 dari 1000 quote atau ayat ambe, anda pun tak boleh nafikan ia salah. Kerana anda pun bermula dari Hina baru tahu Mulia itu bagaimana, Baik takkan diketahui kecuali dimulai dari Kejahilan atau Kejahatan.. dan janganlah mengarut katakan pada ambe bahawa tiap diri anda pun tak pernah buat salah atau tersilap sedikit dalam hidup dan kerana itu anda ndak hukum orang senang-senang.

Nabi pun mula dengan Sabar, apa lagi kita.. tapi adakah benar kita bersabar sekarang?

ambe tetap bersabar dalam menulis, dan melonjak mengatasi kemarahan bahkan naik murka pada diri sendiri.

SABAR lah kayu arang atau intipati bahan bakar Apikalam sebenarnya..kerana SABAR itu Sejarah atau Pokok, yang ada kesahnya masing-masing tapi tak siapapun Peduli melainkan "guna" untuk berteduh aja..hingga Ribut, Hujan atau Gempa Bumi menumbangkan mereka jadi lah Pokok yang kita panggil Tak Guna..namun sebelum ia Tak Guna, ia sedia dibakar agar manusia dapat hidup. ia berbakti buat orang lain walaupun sering kali jadi tempat kencing kita..tak apa, Pokok Yakin Tuhan lebih adil.. maka itulah kesabaran sebatang Pokok.
akan tetapi menjadi Manusia, kita bukan Pokok semata-mata..orang Ganu selalu marah orang luar "wey KAYU ke?"
maksud kemarahan orang Ganu simple je, adakah kamu ini Manusia atau Kayu? yang kerjanya tegap disitu sahaja, sedangkan anda ada kaki untuk jalan, tangan untuk laksanakan, dada untuk mengarah hala tuju, bahu untuk pikul barang berguna dan kepala yang sarat mengandungi apa sahaja munafaat yang makhluk lain pun tak ada atau pandai guna kan.

Maka datanglah seekor Monyet bergayut di Pohon yang diibaratkan pada kita Cinta Monyet dalam peri bahasa..
kenapa Cinta itu dikaitkan dengan Monyet? sedangkan Monyet mana ada akal macam kita, mana boleh berbahasa untuk communicate dengan makhluk lain dari nya, atau perasaan yang ditanggung hati.
kata kita, Hati itu mula berputiknya Cinta. Walaupun berputik, tak semestinya ia berbunga dalam Hati, dan ada semacam "taman"..dengan menyadari semua itu Binasa juga bila orang kita sangka "Cinta" berpaling pada kita..sama macam monyet yang bergayut disini kemudian disana mencari buah kemudian blah..kalau anda rasa buat pasangan anda kerana bertujuan untuk dapatkan buah nikmat dan tinggal aja lepas tu. lebih kurang monyet jelah tu..

bermakna Cinta itu bukan di Hati malah lebih besar tempatnya iaitu dalam kandungan "Hidup dan Mati" itu sendiri..Cinta Kekal kata kita. Maka siapa Raja kita? Lelaki diwajibkan oleh Nabi Cinta pada Allah dan Rasul, kerana itu sahajalah tempat paling paling berkuasa dan layak, dengan itu maka Lelaki jadi lebih bersungguh dalam mengejar kehidupan dunia akhirat yang dijamin melalui Agama, kemudian Agama mana dipilih maka sesetengah memilih Islam diatas Hidayah yang dipancarkan terang pada mereka yang benar Yakin sudah Naik Saksi Allah tetap Tuhan dan Muhammad itu lah satu-satu sahaja Contoh Manusia yang paling perfect.
Dan disini relevant Lelaki yang bakal jadi Suami itu layak di Cintai oleh Isteri, kerana Suami lah penjamin Syurga dan Neraka kerana duduk dibawah itu Isteri kemudian anak,
menjawab lah secara tak langsung kenapa Nabi bersabda tiga kali untuk utamakan kaum Ibu yang keempat itulah Ayah.
"Syurga dibawah telapak kaki Ibu" itu kita selalu dengar, tapi Ibu mereka wajib taat Suaminya kerana dengan hanya Ketaatan itu sahajalah penentu Syurga.

banyak fadhilat yang kita tahu, yang para Ulama atau Ustaz hari ini tlah sebarkan dalam medan mereka, sebagai Anak, Ayah atau Ibu..semua dah dibentang dan dihuraikan.. namun apa cukup bagi yang dimasjid atau surau dengar kuliah semata-mata kemudian balik tak amalkan? itu soalannya.. dan dari kejahatan atau zalim ambe, oleh kerana ambe bukanlah Ustaz atau Mufti atau orang Agama yang ada sijil kecuali sijil Usuluddin, Feqah dan Lughah Fusaha yang ambe sendiri pun rasa macam tak berapa laku pun.. maka ambe berani katakan yang rata-rata pandang apa Ulama dan Ustaz atau Tok Guru atau Tuan Guru ajar itu sekadar sia-sia, sedangkan itu semua hal-hal baik. tapi yang pergi "Dengor" dan buat sebab "dapat Pahala" sahaja..adakah itu sudah memadai? macamana dengan orang lain yang juga nak masuk Syurga? apa kita cuma perlu jarak dan sempadankan diri dengan orang yang jahil dari kita kerana mereka tu jahat. jadi tak payah bergaul atau berkawan..ramai lagi kawan baik.kata kita lah..

maka lahirlah Raja Badruddin Hakim Shah..Penguasa Bulan Purnama Agama yang Bijaksana dan Masyhur kalau di translate pada bahasa Melayu.
namun perilaku ambe maseh sebaliknya, dari dipanggil Raja atau Penguasa, baik jadi Pengecut atau Hamba Abdi atau Kuli Batak ajalah..itu semua ambe akui, bahkan kekal menggunakan ganti nama diri sebagai "Ambe"..

dari dipanggil Bulan, yang sifatnya baik dan setia dan sanggup apa sahaja, baik jadi Matahari aja..yang selalu aja memberontak, membakar dan menyiksa makhluk bumi dengan kepanasannya..apa itu Apikalam itu belum jelas untuk anda fahami secara Subliminal atau Tersirat ke?kalau Kalam itu datang dari Api pasti dari Matahari pun..

dari Agama, ambe dah kemukakan hampir semua Agama yang ambe tahu dan fahami sepanjang hidup berkawan dengan bermacam jenis kawan yang berlainan Agama. Bahkan dalam FB ambe dijemput oleh kawan-kawan untuk serta Persatuan Aethist(orang yang tak beragama)..pun ambe ditujah macam-macam, diwarning pada kawan-kawan ambe lain agar "hati-hatilah dengan dia"..dan ada juga anggap ambe ni Pluralists. bagi ambe itu kerja ambe, ambe serta tak semestinya ambe bersama. Anda yang main politik hari ni, dengan kawan pembangkang lah kononnya..tapi diam-diam atau terang-terang akui juga sistem Kerajaan betul berdasarkan perlaksaanan sendiri. itu kita panggil keyakinan? BOHONG.

Kebijaksanaan? heh..kelakar kalau nama ambe pun kebijaksanaan sedangkan ambe sebut Siapa selama ni yang patut dicontohi?
bukannya ambe pun. bahkan Sahabat ambe lebih mulia, Wali lebih mulia, Nabi atau Rasul lebih-lebih Mulia dan Allah taala lebih Maha Mulia Nya dia.

Shah yang Famous atau Masyhur lah kononnya.. yang ambe tahu selama ni pun terkenal ambe pun dengan cerita buruk pasal ambe ada lah..baik? ambe tak minta lah, sebab ambe tahu Manusia maseh boleh puji, ampu dan muliakan orang lain mengikut keadaan je..mana ada orang puji kita dengan Ikhlas walaupun Ikhlas tu Tuhan adili namun kejujuran yang ditampilkan tu dah nampak sangat menipu. Akui ajalah Manusia ini kejadian Paling Selfish dan Penting Diri. Perlu makan dia makan, dah kenyang dia berak dan kencing.. itu lah selalunya kita lakukan hari-hari. dan tak sedar Tahi kita buang didalam loji pun meresap kembali ke tanah sebagai baja kemudian di recycle semula menghasilkan tumbuhan, kemudian jadi tanamanan akhirnya makanan semula. kenyataan menjadi Jasad yang Manusia maseh Makan Najis,Bangkai yang semuanya kotor.. Kita malas fikir jauh begitu kerana kita taknak dibayangi kekotoran itu, sebab makan dan minum ini sedap.. Potong selera.

namun itulah kebaikkan Puasa.
makan apa kadarnya dan sedar diri bahawa kita sebenarnya tak berapa perlu sangat sangat pun makanan dan minuman ni, cuma dah diajar pelahap maka baharu tahan sebelah pagi tengah hari dah berbuka, Gastric lah apa lah..macam-macam lah alasan agar tak Puasa. sedangkan berPuasa tu Syarat jadi Orang yang Islam.
faham elok-elok. BARU syarat untuk cari diri yang INSAN agar kembali jadi orang ISLAM. belum lagi ber IMAN.
kita dah bising-bising dengan nak buka apa ye hari ni? sedangkan berpuasa lah SEDAR DIRI kita ni tak perlu Jasad ni sangat, tapi ROH yang dalam Jasad tu perlu Makanan..iaitu dengan tahan lapar dan dahaga. belajar susah, siksa diri..ada pula kata eh tak baik mudharatkan diri, scenario tu sering dipertikaikan bila ambe start merokok.
tapi anda Puasa pun sama juga, siksa diri, Jasad sebagai Manusia tu diri lah.. Roh? itu dah terdiri. tak perlu kita bangunkan kecuali hidupkan dengan Zikir kerana itulah Nadi Roh. tapi macamana nak activekan Roh bila dah melahap macam apa bila berbuka. Solat lepas berbuka makan banyak dan sedikit? anda tahu lah bezanya kalau dah amal. yang belum, cuba lah baru tahu..

ia berbeza, anda rasa lain dan melayang. sebab Roh dah tak terlekat dengan Najis Jasad. itu je maksudnya..tapi apa guna Roh? ntahlah..anda rasa?
Abdi dengan Tuhan lah. apa lagi. maka dah hidup, Roh tak payah tunggu arahan kitapun, ia akan berdiri sendiri tegak. Itulah Insan. yang Hamba.

faham, telan dan hadam apa ambe berikan ini kerana istilah menjadi Hamba inilah membuatkan ambe ndak dan beriya-iya untuk menjadi penulis, sedangkan ambe bukanlah pengikut setia blog mana-manapun.. ambe buat blog ni pun pada awalnya kerana ambe rasa ndak sampaikan atau contribute karya seni ambe. yang tak berapa seni pun sebenarnya. namun dengan berpuisi,syair atau gurindam dari 6 tahun dahulu ambe jadi semakin meneliti tiap apapun butir perkataan yang termaktub hingga mengambil kira setiap huruf yang ada dan mempersoalkan kenapa A itu harus pertama dan Z itu akhir sedangkan Alif itu pertama dan Ya itu akhir.
dan mencuba fahami mengapa ia A sedangkan ndak sebut A pun perlu E dibelakang. maka jadi "Ae" "Bee" "Cee" "Dee" "Ee" "eF" "Ghee" dan sebagainya..sama macam Arab yang guna Alif tapi guna Lam Ya dan Fa dibelakang Alif hingga benar disebut Alif..mesti ada ceritanya. takkan la saja-saja je macamtu..

dan disitulah mula pemahaman ambe mengenai Nabi kita Muhammad salallahuaalaihi wa salam, yang dikatakan Buta Huruf.
kata Guru ambe, memanglah buta Huruf sebab semua Huruf yang dipanggil Huruf bukannya Huruf..tapi LAMBANG yang melambangkan sesuatu..

ambe sebelum belajar di PTPL, bahagian Graphic ambe dah belajar sendiri mengenai ini, dimana ikut Fakta Sejarah Typography. Asal Usul Huruf pun memang Lambang. dari Gua orang dulu lukis, ia adalah Symbol, bukannya Word atau pun maksud sebenar Huruf iaitu "Letter"..tapi kenapa istilah Words digunakan hari ni bagi menafsir Huruf?

senang aja..itu untuk kelirukan kita je. ambe dan kita dah terang-terang kena bodohkan oleh orang terbodoh didalam Dunia ni tapi kita maseh terima ajaran mereka. nak buat macamana kan?

jadi faham lah bahawa apa ambe sampaikan bukan satu benda yang ambe dah rancang untuk tulis begitu dan begini, ia adalah curahan ambe paling jujur boleh ambe beri.. bagi yang kenal ambe, mereka tahu lah yang ambe suka sangat hantar message panjang berjela. sebab ambe bimbang salah faham dan yang penting, itu lah Therapy kejujuran ambe untuk menilaikan sendiri.

ambe menipu atau cakap betul pun, ambe yang tahu, anda cuma buat andaian je..namun yang patut di segani adalah Tuhan. Dia buat kita, takkan lah Dia tak tahu dalam kepala kita bila tengah Solat atau buat apapun. Yang Khaliqul Alam bagi semua kejadian.

hinggalah Apikalam itu sendiri. yang bukan sekadar bahasa yang kurang ajar dan dapat diterima oleh semua orang pun.
hanya orang tak baik je faham apa ambe celotehkan selama ni.

selagi mengakui diri tu baik sebab rasa atau sangka.
tidur lah tak payah baca lagi..itu lebih baik. kerana ini bukan medan anda, ini lah medan Tentera Tinta.
dimana jika anda berada disini pun akan hairan jari ambe menaip macam menari atas bara. Ya iyalah kerana ambe lah antara Penulis API. Hebat? sakit sebenarnya.. sakit..percayalah. bukan di jari, tapi HATI.

KBD