Friday, August 12, 2011

seekor Ego bernama Anjing

ego adalah Anjing yang berada diluar gua, yang dihuni dari kita.

sementara memahami Gua, bukanlah suatu hal yang mistic atau pelik bahkan menyesatkan.
kejadian Gua adalah struktur semula jadi,
dikonstruksi akan ia menurut keadaan permukaan bumi bagi sesetengah tempat..

ia adalah shelter atau tempat berteduh yang orang zaman Paleo-Meso hingga Neolitik berumah.
kerana kejatuhan Manusia awal dan pertama iaitu Sang Adam, keturunan Adam bahkan menghuni di bawah Gua sebagai tempat berteduh..hingga ke Muhammad bin Abdullah turut memilih Hiraq dipuncak Jabbal Nur sebagai tempat Uzlah baginda kerana terlampau upset atau kecewa kerana perihal Manusia.

ia adalah struktur paling asas dalam seni bina alam yang merelevantkan soal rumah yang perlu beratap, berdinding, bertingkap ataupun berlantai kering untuk dijadikan tempat khususi berehat ataupun bermastautin. bahkan dalam memahami Gua itu sendiri, itu source atau sumber usul atau paling awal. Sehingga bahasa Melayu memilih sengaja huruf Ga sebagai satu kemestian dalam merujuk soal keluarGa, ia ini kerana yang me "lahir" kan keluarGa itu sendiri kerana sang pria/lelaki dan wanita yang keluar dari Gua bujang mereka, dan berhijrah dari gua KeluarGa mereka dahulu mewujudkan satu macam kehidupan baharu.

namun ambe bukan hendak menceritakan soal keluarGa malah berkongsi pendapatan ambe terhadap Gua yang dimaksudkan sebagai sumber Ilmu.
kalau orang zaman dahulu pergi "menyepi" atau menuntut ilmu, mesti orang akan kata kan pergi ke Gua.
bukanlah disebut pedalaman hutan, atau berkemah ataupun mendaki gunung. Namun tetaplah disebut Gua sebagai rujukkan utama. kemudian sesetengah orang menganggap ia suatu pembelajaran yang sesat dan salah.
sedangkan kita sekadar tahu orang itu ke sana, tak tahu dan kenal pun apa modus operandi atau motive mereka kesana.

bagi yang bertanya, dijawabkan itu adalah "menuntut Ilmu"..persoalan kita kemudian itu "belajar dengan siapa dalam Gua tu? Hantu? Jin? Setan?"
begitu "creative" nya daya pemikiran kita yang sering bantah apa sahaja orang lakukan sebelum kita sendiri buat dulu.

yang pastinya didalam Gua hanya ada itu "Batu" yang dikatakan jenis Tanah yang hidup lama hingga mengeras, dan dingin kerana kelembapan natural alam, angin yang dibiaskan masuk menerusi lubang gua kemudian kehangatan itu ada dari antara rasa yang tercetus. binatang liar yang ada mestilah ada, dan haiwan yang menghuni didalam Gua itu selalunya seperti Beruang, Laba-laba atau Spider, burung Walit dan beberapa lagi spesis binatang lain.

apa "Ilmu" yang dapat dari sang pertapa? sering kita kaitkan dengan perihal Ghaib dan Mistic..kita yang tak dapat melihat dengan kasar mata maka akan katakan itu ajaran salah, terpesong dan bahaya. padahal penafian kita itu kerana kita tak berani untuk hadapi sendiri, melainkan menggunakan senjata mulut untuk berkata dan menghukum.

dari garapan Saidina Osman Radhiallahuanhu, antara 4 sahabat unggul Rasulullah yang sudi berkongsi naskah wahyu Muhammad dan 24 kisah-kisah Nabi sebelumnya. Kita tahu apa itu TUGAS ber Agama..namun menjadi orang yang Islam itu melalui TANGGUNGan Agama yang semestinya perlu di-JAWAB seluruhnya sebelum mengisytiharkan diri itu tlah ber Iman..
Surah Kahfi adalah antara amalan ruji tiap minggu dimalam khusus di Malam Jumaat bagi mempersiapkan diri menunggu datangnya tok Penghulu Hari. Hari yang dikatakan berlakunya Qiamat ataupun menurut sejarah, ia adalah hari yang bermulanya kehidupan.

sepertimana kita bernyanyi, kita rasa lagu yang enak pasti kerana tertarik dengan liriknya.
kalau lagu yang instrumental tanpa vocal, kita tetap tertarik kerana notasi arrangement yang tlah dicompose kan.
maka compositioning lagu melalui Note-note perlu tahu agar benar susunan itu dipatuhi oleh mana-mana ahli musisi,
dari pemahaman akar ini kita dah tahu bahawa apapun hendak dilakukan sehebat atau lebih hebat dari itu, kita perlukan rujukkan agar kita pun mampu memberi arahan seperti itu.

bila kita BACA surah, yang dipentingkan adalah lenggok..itu selalunya lah. namun lenggok itu pun ada Notasi tertentu yang adakala methode sebegini perlunya suara yang datang dari dahi, mulut,dada ataupun perut.
Empat "Note" Jasad kita gunakan untuk tujuan memantulkan dimana Do, Re, Mi atau Fa..agar Fa dikembali pada So, Mi dikembalikan pada La, Re dikembalikan pada Ti, Dan Do kembali pada Do.

anda cuba tilik suara anda di Dahi untuk resonansi "Do" pertama ,
di Mulut untuk resonansi "Re" kedua,
di Dada untuk resonansi "Mi" ketiga,
ditekanan Perut terendah untuk resonansi "Fa" keempat,
kemudian yang di peringkat Empat dimana suara perut itu keluar..luahkan "So" pula,
kemudian berbalik pada dada dengan menyebut "La",
"Ti" dari Mulut,
kemudian "Do" kepada Dahi semula..

ia latihan yang sering ambe lakukan, walaupun suara ambe sumbang. namun biarlah..asal ambe tahu basic menyanyi itu begitu. ada undang-undang tertentu bagi tujuan tertentu.

begitu juga lah bila ambe sadar bahawa untuk mengetahui cara melayani kewujudan Quran itu bagaimana,
bukan setakat dibaca dalam harfiah lughah pilihan bahasa Arab. pada masa sama kita yang tak tahu maksud nya menjadikan satu hal yang flat sahaja..

ada ndak jadi Qari untuk "luahkan jiwa murni"..tapi sedarkah bahawa Ayat Quran bukannya pertandingan yang ada hadiah berbentuk wang ringgit?
ada ndak jadi Tahfiz untuk "abdikan jiwa bertuhannya"..tapi setakat membaca, orang pergi sekolah semua boleh baca. atau sudah menghafal Quran dari penguasaan lisan hingga jadi lancar namun tidak tahu fungsinya. ibarat anda ada laptop namun anda hanya tahu ia digunakan untuk online sahaja. sedangkan bila anda online, anda tahu betapa banyaknya munafaat pengetahuan lain yang belum diketahui.
ada ndak jadi Ustaz untuk "hijrah dari hidup lampaunya"..tapi setakat menjadi Ustaz dan Faham Quran serta Hukum Hakam tak menjadi jika pengamalan kita itu takut-takutkan orang sahaja. sedangkan paling asas berAgama itu Bismillah berserta kemurahan dan kaseh.
ada ndak jadi beriman diatas Quran berdasarkan pemahaman sendiri, sedangkan Quran, Hadis, Naskah yang ada tersedia buat kita hari ini berfungsi sebagai bahan muzakarah/ pendapat, di letakkan buah apa kita dapat dari penerokaan sendiri di hutan tadi di atas meja makan, agar sama-sama menikmatinya.. Sahabat A jumpa Durian maka dikongsikan Durian, Sahabat B jumpa Mangga maka dikongsikan Mangga, Sahabat C jumpa Anggur maka itu dikongsikan kemudian Sahabat D tak ada apa-apa kecuali kepandaiannya untuk mengopek Isi Durian, menceraikan Kulit Mangga untuk dihiris isinya ataupun membasuh Anggur untuk menjamin kebersihan buahnya.

maka dipandangan begitulah sepatutnya Syumul dan menyeluruh rupanya. atas alasan "Rezeki" itu jaminan Tuhan semua dapat, jika kita perhalusi tiap rupa luar, perantara, dalam ataupun melata.. pasti ada.

penyakit kita selalunya kerana Hijab Ego kita jadi Ikutan.

yang ambe sengaja gunakan Anjing sebagai satu makhluk Ego.
memandangkan asal kita cakap bab ketaatan aja orang akan katakan "tu ANJING kerajaan" sedangkan baik buruk itu sudah daripada siap mereka Taat pada pemerintahan yang macamanapun berlaku diatas Pilihan Tuhan.
berbanding dari Soal Azazil yang tak TAAT kepada sujud pada Adam. kerana Adam itu makhluk terendah baginya yang merupakan Tanah sedangkan dia adalah Api.

dilaknat ataupun dibenci, Iblis tetaplah taat pada Tuhan, kerana itu kerja seterusnya baginya setelah menjadi pemerintah Malaikat.
maka janji menyesatkan itulah kerja asas orang dibenci, dilimpahi segalamacam perihal buruk agar anak Adam mengamalkan apa yang bertentangan dengan Tuhan.
kalau dikira lah Api Neraka dan Iblis, itu Kampung Abadi buat nya kot. kerana itu lah Usul kejadiannya.
kita ada roh dan jasad kemudiannya, kenapa dipilih mentidak adilkan ketetapan Usul yang sepatutnya.
kepulangan Jasad ke Tanah itu sudah tentu, namun dimana pergi kita sebagai Roh setelah itu? apa kita ndak menyesal setelah itu kerana dah tak ada lagi penyesalan yang paling kesal bila dah dimatikan.
Pilihan itu maseh ada buat anda yang sedang membaca, dan mengenal pasti apalah Ego sebenarnya.

ia adalah agen atau makhluk suruhan yang memiliki deria hidu dan pendengaran yang tajam,
dan taat kepada Tuan yang menjaganya kemudian menyerang siapapun yang diperintahkan oleh Tuannya atau dirasakan bahaya buat tuannya.

anda tengok orang Cina atau India atau orang Eropah bela Anjing. tempatnya diluar selalunya..kerana Tugas anjing menjaga persekitaran agar tak ada menceroboh kawasan milik Tuannya.

kalau ikuti Kisah Ashabul kahfi dari Surah Kahfi, jumlah yang kita tahu secara asas bilangan pemuda yang sebenarpun tak diketahui, dan ditegah dalam surah tersebut bahawa tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor Anjing.

pemikiran yang berupa sedikit berdasar kan kejadian Anjing yang besar mana sahajalah size otaknya untuk dibandingtarakan dengan Manusia yang malah ber akal. Anjing tetap menjadi makhluk yang taat dan pembantu Tuan nya dalam melakukan apa sahaja yang disuruh atas apa diajar oleh Tuannya.

bagi ambe,
Tuan bagi diri ambe adalah sendiri ambe. Pastinya dengan sensitiviti hal yang mungkin mengancam sendiri ambe akan diri ambe pertahankan. Dan menyalak dengan pelbagai kata-kata sepertimana sekarang.
Luaran ambe adalah ibarat seekor Anjing walaupun ambe bukanlah Anjing namun Manusia..yang bersepuh perihal Haram untuk disentuh oleh orang yang rasa dirinya dah Islam. Perlu disamak guna Tanah kerana kekotoran ambe tiapkali orang yang perasan Islam ini menyembah berhala keakuan tanpa melihat dunia yang luas dari puncak gunung manapun.

dan ambe mengonggong semacam ayat-ayat yang berupa najis air liur yang meleleh kerana kenyataan Apikalam ambe pinjam ini Panas rupanya. demi perluasan fikir kita semua..

"Ego" kerana Yakin pada sesuatu hal yang kita dah tahu, dah faham, dah laksanakan kemudian dah nampak apa sebenarnya Keyakinan..bagi ambe itu tak apa.

masaalah kita hari ini bila me "rasa-rasanya lah".."dah yakin, kot"...kemudian dah katakan Yakin sepenuhnya.
anda tak Yakin dengan Ketentuan yang ambe tlah kesahkan didalam artikel sebelum ini, maka jadi seperti satu karenah kebudak-budakkan yang membentak-bentak kakinya hingga dah rasa bagus sangat dah. dan tahu Nak itu dan Nak ini tanpa ada fikir orang lain bersusah payah demi memenuhinya.
jika anda ada fikir, anda berSyukurlah setidaknyapun kerana itulah bukti pada Jasa seseorang Manusia yang walhal berbeza dari banyak hal namun Sama bila anda ada Tuhan yang sama.

complaint tanpa ada usaha pendapat yang bernas apatah berbuat itu lebih teruk dari Anjing.
kerana Anjing tak suka complaint melainkan menyalakkan ketakutan demi sendirinya yang sangat takut "diri" nya tak mendapat Pandangan dari Tuan atau Tuhan mengenai apa ia lakukan..

dan ia, sebahagian Jasmani ambe adalah Anjing. kerana Tugas ambe adalah Taat dengan Ketua ambe yang Tuhan dah tentukan siapapun..agar Khidmat buat mereka yang ingin bantuan.

namun perihal sedih mengenai Anjing ini adalah selalunya kita sekadar panggil bila saat paling perlu dan biarkan sahaja bila tak diperlukan. walhal bila-bila sahaja Perlu itu wujud, beritahu ajalah.

itu sering berlaku diantara kita, penyakit Ego yang bangga entah kemana disamping menyingkatkan segala macam pemikiran, sedangkan itu ajaran orang Kafir pada Silibus atau Doktrin pengajian yang tlah subur diamalkan hari ini.

kita orang yang hendak ber Agama.. tahu lah bukan Islam di isytihar dari Mula. bahkan Agama lain giat diamalkan..
maka fahami lah mengapa usaha itu maseh sesat belaka?
untuk menunjukkan bahawa Agama dibawa Muhammad bin Abdullah ini lah menyeluruh dan solusi 1001 macam permasaalahan. Hidup atau Mati.
Islam itu panji Hitam bagi kita, kerana tiada Putih kita tahu melainkan Menyerap Kehitaman agar Disucikan kembali dengan Keyakinan yang tegak berdiri..

Ego kah ambe?

ya. dan ambe nantikan siapa hendak kembali ke "Gua" kemanusiaan.
dan sebagai lelaki yang begitu teringin untuk ber Isteri, ambe tak salah untuk berlaku Ego..kerana itu kepimpinan ambe bagi menyelamatkan hubungan yang sepatutnya berjangka panjang dan selamanya..
anda tanyalah teman atau kawan wanita ambe yang manapun ada dalam FB atau di dunia Social, ambe tak pernah mengalah.

kerana ambe ndak mereka tahu bahawa Suami-suami mereka atau mungkin ambe akan menjaga mereka walaupun dibenci dan meluat bagaimanapun..kerana dah terlalu banyak contoh buruk dan teruk bagi orang yang mengaku Islam tapi Dayus meredhakan apa sahaja Isteri mereka buat hingga berjangkit pada anaknya atau cucunya..

melatalah generasi Anjing Gila. yang menyalak ntah kenapa, dan tak bertuan. kerana siapa ndak bela Anjing Gila melainkan tembak mati aja.

setidak-tidaknyapun..itulah usaha kembali menjadi Manusia.

KBD