Sunday, August 21, 2011

Wasiat Api

bukanlah amarah..namun berbara jugalah Matahari hingga terik ia simbahkan, maka Dunia jadi mangsa kemarahan.

Sabar! Sabar! Sabar! ada yang menasehati,
ambe tahu salah andai ambe berjawab "Sabar pun ada Limitnya".. sebaliknya ambe balas "tengah Sabar lah ni.."

walaupun muka bengis benar terpampang, mata melolong macam burung hantu, gigi terkacip dan tangan mengenggam rapi..akan tetapi bukti Sabar itu maseh dipertahankan, kerana tak ada bertindak menggunakan anggota kecuali mungkin mencalarkan perasaan dengan Kalam yang lebih tajam daripada Scalpel atau Katana.
kerana Dendam? ataupun Benci? atau Iri?

tidak. namun meluahkan expression ketika itu..kerana tetap dalam Karma Hidup. Jam 12 hari ini mungkin ambe kena, esok lusa (andai maseh hidup) peristiwa jam 12 itu pasti akan berbalik padanya pula. Maka setidaknya pun sudah bersiap sedia dengan mengatasi sebelum terkena lagi. walaupun scenario atau keadaan berlaku itu berbeza, apa Hati rasa pasti ada persamaannya..

bukanlah ambe ndak menafikan perasaan amarah yang tak ada limit dan cuba meyakinkan pembaca bahawa ambe adalah orang yang sabar dan "baiklah sangat"..namun mengetengahkan kenyataan yang sebenarnya dan sepatutnya kita ketahui, pada hal-hal yang berlaku "luar dari kawalan" kita selama ini..pasti ada sebabnya ia begitu dan bukanlah spontan semata-mata.

dalam lubuk api kemarahan pasti kita tak akan ketahui, kerana amarah itu Panas dan Senantiasa terbakar,
menjulang, marak dan berkobar-kobar..
namun, cuba kita terbalik/invert kan Matahari..dan Lihat dimana kita sedang berpijak. Itulah Dunia.
yang dimana kita tlah diajar oleh Science bahawa bahagian Teras paling dalam sekali selepas kerak padu/ solid crust kepada Mantle kemudian Teras Luar itu bahagian yang paling Panas, hingga di Theorize kan menyamai lebih-kurang suhu nya dengan permukaan Matahari.

bahagi mereka yang ragu, maka dipersilakan korek tanah sendiri dan carilah kebenaran sendiri. Buat ambe, itu tidak mustahil untuk diambil sebagai contoh terdekat memandangkan laha atau lava gunung berapi pun kita dah lari tunggang langgang macam apa. Itu baharu sedikit.

walaupun begitu bukan maksud ambe untuk cerita hal Science, namun lihat kebaikan pada kemarahan juga.. Yang adakala berlaku pada hal tertentu, kita hilang kawalan dan bukanlah hendak begitu agar terjadi begitu. Hikmah Kemarahan dari lubuk paling dalam menghasilkan satu Kehidupan yang kita subur nikmati bersama, dan tak dapat dinafikan lagi kita marahpun kerana mempertahankan apa dirasakan HakNya sepatutnya begitu, mengikut diri kita, atau hati kita atau fikiran kita, walaupun dianggap cetek..namun melalui kemarahan itu tlah menghidupkan beribu benih yang tumbuh segar menjadi pohon yang kemudian ada buah-buah atau tumbuhan bernas bagi kita sama-sama renungkan.

Api mempertahankan Hak nyata dan membahagi-bahagikan Hal nyata kepada kita semua, yang jelas jika kita benar, terbakar dengan hukuman orang ramai itu tak menjadi masaalah langsung kerana anda sudah pada Yakin sebenar-benar Yakin bahawa Api juga memerlihara amanat antara Ghaib dan Nyata.
percikkan Api didalam kegelapan membuat anda tahu bahawa dalam kegelapan Hitam ada Puteh yang menerangkan.
dan bukanlah suatu hal yang PELIK pun agar diketahui.

ambe adalah kemarahan, biarlah ambe dianggap seteruk itu agar ia tidak lagi dicontohi..itu sebenarnya yang ambe ndak melalui Apikalam. kerana ambe Yakin benar anda pun boleh melonjak bahkan lebih tinggi kepada darjat yang tinggi dari menjadi Manusia..maka ambe paksa anda memikirkan nasib sebenar anda sebagai Roh. yang Insan..

Lalu apakah Roh Insan? adakah ini ajaran Karut, Tahyul atau Dongeng?
anda Google dan Search "Mr Nobody" dan Download kesahnya. ada sesuatu hal yang memang benar dari cerita itu, dimana babak sebelum adanya dia, dia sudah berada disuatu alam lain yang mendahului alam Sperma Ayah, ataupun alam Rahim Ibu setelah ia disenyawakan pada Ovum menjadi Janin. yang mana menurut apa dikesahkan, dialam tersebut, dirinya Tahu segala-galanya sebelum berhijrah menjadi dari antara ribu atau jutaan Sperma.

inilah BUKTI mengapa Rindu yang tak terbanding, overwhelming dan sangat hebat terasa walaupun kita kata "i miss you" pada yang dirindui kemudian bertemu dengannya, lama kelamaan anda jadi Rindu dengan benda lain pulak..Family, Kawan..
dimana Rindu jika tak bermula dengan Cinta? dan dimana Cinta yang absolute kecuali Cinta kita pada Tuhan? yang cipta kita dan menaburkan rasa nikmat Rindu dalam CintaNya yang satu-satunya Benar..
maka kebenaran itu kita cari meskipun kebenaran itu didapati didunia, tetap berubah-ubah pada hal lain pula, kerana semua Makhluk tlah bersumpah setia agar Cinta TuhanNya dan pembuktian mereka yang sentiasa menafikan kebenaran dirinya itulah bukti Cinta.

Nabi membawa ajaran Tauhid kepada Tuhan hingga Rasulullah yang meng Wahid kan Tuhan yang AL-LAH.
"AL" jika diambil Kamus tafsir maksudnya apa, iaitu Satu-satunya..dalam bahasa English adalah "The".. one and only.
Rasul tak ajar sembah diri mereka, Nabi tak ajar taat pada mereka namun mengajar amali ketaatan bagaimana yang sepatutnya diamalkan untuk perhalusi tiap susunan yang dicadangkan.

Agama adalah bukti Manusia itu sedar mereka ber Tuhan.
Islam adalah bukti Insan itu wujud dihadapan ALLAH hu Rabbil Alamin..
bukanlah perkara tersebut baru hari ni direka-reka agar semua orang obsesi dengan kepercayaan, dah berkurun-kurun lamanya..dan bukanlah alasan zaman dahulu tak ada apa-apa kemajuan macam sekarang maka saja je lah buat-buat Agama agar ada kerja dari tak ada kerja langsung. Semua berlaku dari Hidayah. bahkan dengan tiada apa-apa lah siri "Mengenal" atau Maarifat dalam bahasa Arab menjadikan ia lebih mudah tapi sangat dan amat susah payah untuk dimengertikan.

Kita hari ni bersepah dan berlimpah-limpah Rujukkan mengenai Ilmu dan "peta" atau "instructions" peri-Hal Ilmu untuk diusuli..berapa ramai je yang berminat untuk tahu? dan dah tahu, berapa kerat je yang ndak buat apa yang mereka Tahu ia memerlukan Experimentasi atau Perlaksanaan agar wujud Bukti yang mengembalikan kita untuk Yakin kembali pada sendiri.

ternyata terlalu senang buat kita mudah alih ajalah posting Apikalam yang sampah ni ke halaman lain, anda tak sedar bahawa hal sama anda lakukan dalam baca Quran sekalipun..tapi makna, itu nombor dua. Padahal itu yang utama, anda baca ayat apapun dari Quran. Apa Tuhan tak tahu ke? Malaikat kalau ada perasaan mungkin sahaja dah naik jelak dengan sekadar "Baca" tapi tak faham.. Kamu baca Quran tu pertamanya ndak "Sekolahkan Tuhan" atau diri anda?
maka baca dengan kefahaman maksud, bersepah-sepah Tafsir ada. Kalau tak yakin dengan perawi, pergilah class Bahasa Arab dan tahu sebutir-sebutir ayat Alif hingga Ya. dan kenal fungsi Muzakkar dan Muannas dan sebagainya..
lebih menyeramkan scenario hari ini, pasang Mp3 atau beli pen yang boleh baca Quran sendiri..
kononnya dah maju, maka pen tu dah mengaji..kita diam jelah, dengar pembacaan Quran pun dah kira Pahala.

jika ambil untuk belajar Makhraj dan cara baca betul tak apalah juga, ini tidak. semakin hari semakin malas..bahkan guna Agama sebagai penyedap diri aja. yang susah tak payahlah, Tuhan tak suruh mudharatkan diri.. sementara yang senang ajalah diamalkan. Pakai kopiah dan Jubah jadi Fashion bahawa anda akan dikata "oh, dah Islam"..

betapa berlagaknya kemajuan tlah buat kita jadi, Mentality punah ranah semudah itu sahaja tanpa ada gangguan Syaitan pun..dengan "diri" pun dah kena tipu.

sedangkan demi Cinta kita cari kebenaran..
Ibu Api iaitu Matahari yang sudah Kenal Khaliqnya hanya perlu duduk situ aja. yang berputar hanya Dunia.
diganti Bulan pada Malam, walaupun Bulan kelihatan macam tak bertenaga pun seperti Matahari, yang boring dan pelik dengan variasi Buan Sabit, Separa hingga Purnama tetap berusaha menyerap Cahaya dan memantulkan pada Bhumi, walaupun sedikit kadarnya..Bulan tetaplah teman setia Malam-malam kita.

kerana ia sudah Kenal Khaliq bagi dirinya..seperti makhluk lain, yang berusaha sedaya upaya walaupun tanpa akal, bahasa, hati ataupun diri sehebat seperti kita..mereka tetap berusaha agar jadi Pokok, dan tak berlagak jadi macam Beruk.
kerana kadar kejadiannya adalah Pokok, amat peliklah jika kita tengok Beruk jadi Pokok kemudian Pokok pula bergayut jadi Beruk..maka kesimpulan awal ambe dapat berikan adalah mereka tetap berusaha dengan terbaik untuk mendapat pandanganNya demi menantikan sang Rahmatan lil alamin.

kerana Khalifah tak ada lain kecuali fikir kuat untuk jadi Pilihan. itu terbukti melalui Sejarah Kesah waliullah, sahabat hingga Rasul dan Nabi.

dan didalam Najis hari ini pun, bukankah itu hal yang sama berlaku? dimana dalam jutaan Manusia, kita miliki satu macam perasaan hendak menjadi pilihan atau terpilih dari berjutaan yang ada?
lalu apakah yang buatkan kita rasa seperti itu? simple, kerana kita adalah Insan dari dalaman badan Manusia.
perkara Utama kita kejarkan itu pastinya Cinta.
walaupun erti Cinta kita takkan kenal kecuali melalui berpasangan, kita tetaplah sang pendegil yang tegar mencari Cinta yang benar dan tetap.. Maka setelah Amali kehidupan berkali-kali berputus "Cinta" akhirnya ambe sendiri jadi lebih Yakin dalam jatuh paling rendah dan tersembam serta malu sendiri, Cinta sebenar itu luar biasa.

apa kita lakukan demi Cinta pada makhluk, sememangnya luar biasa, anda sanggup menggadai nyawa demi Cinta. anda sanggup membunuh kawan dan menikam belakang sahabat demi Cinta mu pada Harta atau Takhta atau seorang Wanita dari gandaan Nisbah hari ini yang padahal lebih dari jumlah Lelaki..tapi itukah Cinta? yang relasi kait rapat dengan perlaksanaan yang tak terjangka dan Gila?

selagi anda maseh pengejar hal materi atau kebendaan, itu bukan Cinta. kerana Sifat Cinta itu Abadi salah satunya. lalu apakah Abadi kekayaan dengan Harta melimpah ruah sepetala Hidup sekalipun dalam mengetahui ada lebih dan berkurangan pula kemudian? Cinta tak berkurang bahkan bertambah dalam Hari demi Hari kita lalui.
atau Abadi kah Kuasa Takhta yang dikejar oleh mu dan dijuangkan melalui panji politic seperti berlaku hari ini dalam menyedari tiada siapapun yang TAAT setia dan sedia menjadi Hamba yang menyamai sifat seekor Anjing?
walhal anda tahu, Cinta adalah Kemerdekaan..scenario berumah tangga anda lihat hari ini melalui sahabat-sahabat anda sendiri, jika anda tahu lah yang memerdekakan Hubungan bukan Muhrim jadi Sah sebagai Suami Isteri itu adalah Suami, namun kemudian sang Isteri tak henti untuk menuntut apapun pada Suami agar dipenuhi permintaannya sendiri sedangkan anda kata Suami mu itu lah yang di Cintai..
memanglah betul, tanggungjawab Suami itu tunaikan hak Isteri namun apa Suami ni terlalu Bodoh ke untuk langsung tak tahu langsung kemudian diminta-minta dan pesan berkali-kali oleh Isteri agar Belikan Susu atau Beras, dalam hidup Bujang pun dahulu kita lalui scenario sama kot. Beras nak habis, kita cari bekalan tu. Bahkan dalam berkeluarga pun kita tahu benda-benda tu kerana kita ikut mak atau ayah pergi pasar.. ambe fikir, kaum Isteri atau Bakal Isteri perlu teliti hal ini..dan belajar hormat Suamimu yang tlah memerdekakan dirimu didalam Istana yang tak adalah sebesar mana yang dibayangkan oleh angan, namun tetap didalam pemerintahan Suami itu kamu bebas buat apa sahaja didalam rumah..Kalau dulu kamu di rumah kamu tak boleh lari telanjang didalam rumah, maka dipersilakan aja dirumah anda. Atau berpakaian seksi yang dimana Haram hukum mendedahkan aurat pada orang ramai, maka dirumah dan bilik khas antara kamu dan Suami, bebas melakukan apa sahaja....

begitu juga dengan Tuhan, dimana anda tak perlulah minta banyak-banyak hal sama berkali-kali. Sungguhpun ada dariantara kita tahu, Allah suka bila kita berdoa padaNya..Namun faham betul-betul fungsi Doa.
Kata orang Tua dahulu, tiap kata kita lahirkan dari mulut atau perlakuan itu pun Doa. Jadi, apa kita tahu dan sedar pengabdian sumpah setia Qalam yang dikuasai tiap kita pada tiapkali kata-kata kita keluarkan itu sebenarnya demi Tuhan?
kalau kita tak sedar, maka sekarang ketahuilah. dan jangan buat Tuhan itu pekak dengan permintaan berkali-kali seolah-olah Tuhan pula macam Khadam yang disuruh-suruh oleh kita yang ndak ini dan itu, walhal anda dah faham Tuhan tahu apa Dia buat. sama lah seperti Suami dan Isteri. Jika, Isteri benar Cinta suaminya maka dirinya dah Yakin pada suaminya..bagi ambe, rasa macam orang yang suka minta banyak-banyak kali ni macam tak yakin dengan Tuhan jangankan orang.

dan setelah Doa atau Cakap, buktikan dengan perbuatan bahawa itu anda mahukan. Bukan termenung dan tak buat apa. Kebanyakkan berlaku hari ini pun orang yang suka cakap ikut dan serta buat suka hati sendiri. tak tele/sama langsung.

ada pun kata orang Arifbillah yang maseh segar diingatan ambe berkata "Sebelum meminta, tanyalah apa kita berikan dahulu"
menunjukkan bahawa kita sering minta dengan apa kita andaikan belum tertunai sedangkan ia dah tertunai sebelum kita minta pun, ada tercatit dilapangan ketentuan atau Lauh Mahfuz Allah taala. kemudian mengandaikan sendiri apa kita beri itu dah menepati perintah..mungkin sahaja anda buat dengan setengah hati..tapi itu, takkanlah kita ndak mengaku..kan?

dan menjadi Rahasia lah semuanya buat anda dengan Tuhan,
Kemarahan yang baik atau tidak baik..pun Rahasia anda dan Tuhan..jika anda Yakin Tuhan ada-lah.

maka anda tak peduli la apa orang ndak katakan. Namun begitu ingatlah, Tuntutan Rasul itu menjadi Insan dahulu,mengembalikan Manusia itu yang sedar bahawa anda bukan Jasad tapi Roh,
kemudian Islam kini didalam pengamalan Harian..cara Hidup anda agar dibawa akhirnya kepada Iman selamanya. yang menjamin Akhirat kita nanti..

bagi yang ragu atau skeptikal dengan ambe, adalah digalakkan.. bagi yang rasa pelik dan was-was pada hal-hal selama ini ambe sampaikan, dipersilakan. ambe tak minta untuk disanjung hanya minta junjung apa yang berada lebih maha tinggi dari kita semua,
dan ambe menulis melalui kemarahan ambe agar anda terbakar disini dengan kata-kata yang mungkin sahaja menimbul dan activatekan segala macam unsur warna iri, dengki, sangkaan buruk ataupun hukum orang seperti ambe..

"cakap banyak..buat ke tidak ntahlah Ku Bad ni.." "..ELEH!, macamlah BAGUS sangat"

..apa menulis ni bukan KERJA ke?

bagus atau tidak bagus ambe dah sedia dimaki diatas kata-kata ambe sendiri, bahkan dihantui oleh sumpah seranah ini. hingga mati..

apalah yang penting bahagi ambe mengembalikan amarah kepada Api..leburkan "Diri" agar sendiri menyaksi..apa benar dan apa tidak. dengan sendiri diketahui. Sebagai Suami, mungkin sahaja mereka sedia membelah-belahkan diri dalam kerja gila yang semakin menyusahkan hidup mereka.. Tetapi sebagai Isteri, anda sudah Yakin secara amali, SATU sudah mencukupi.
walaupun sangat,amat dan terlalu PAYAH dari itu men SYUKURI apa NIKMAT diberi, sebaliknya mencari LAGI agar di DUSTAI.

dan kerana CINTA lah kita Yakin ada Kebenaran. Kita lah Kebenaran sebelum wujud bersama Jasad.
kerana kita hampir denganNya maka tak salah jika ambe katakan kita sudah ber CINTA dengan Nya suatu ketika dahulu hingga terbit Rindu. ceraikan CINTA dan KEBENARAN jika anda maseh ragu, apa CINTA boleh berdiri tanpa KEBENARAN?
atau KEBENARAN boleh berdiri tanpa CINTA?
Itu menunjukkan kita perlukan CINTA diatas nama KEBENARAN..CINTA adalah SEGALA-GALANYA.
KEBENARAN adalah ke-SEJATI-an yang bersemayam dalam ke-ABADI-an.

peringatan ini buat diri yang utama..bagi yang rasa usaha ambe selama ini dengan meng-Amarahi dalam berkata maseh ada guna.
IQRA. kerana ambe berpesan sepertimana orang lain lakukan, sebelum benar MATI..
Apikalam adalah Wasiat Api,

hari ini mungkin sahaja semua boleh sewenang-wenangnya kita buat tanpa peduli, dan soal apa kamu sudah lalui sendiri diatas kata-kata ini? walhal anda yang berkata pada ambe itupun sama Agama. ber Saudara lagi..apalah bukti Saudara jika kita kata CINTA namun ragu pada KEBENARAN Islam?

akan tetapi kalau itulah perjuangan kita, yang senantiasa mewujudkan ahli mesyuarat belakang tabir Saudara sendiri.. Teruskan ajalah.
yang penting ambe dah sampaikan apa ambe Yakin.
hari ini atau esok boleh lah ndak berprang hingga apapun tidak mustahil jadi mustahil..boleh, Allah izinkan belaka.
orang Kafir pun Allah izin..bahkan beri Nikmat lebih dari kita lagi. apa itu pun BUTA?
namun apa kita ni Kafir yang sama? itu soalannya..

dengan tentangan, halangan, prang sesama kita..semua maseh di izinkan.
namun beringatlah bila dah tiada.... nanti.

bila ke-izinan itu yang datang pada kita yang sendiri. agar diadili.
FIKIR

KBD