Friday, August 26, 2011

Setia Curang

semenjak dari semalam, hingga hari ini..ambe agak sedikit pelik dengan diri ambe sendiri,
kerana didalam mengutuk atau menghentam dan berlagak suci dalam Apikalam ataupun kenyataan, tiap kali berputarnya lagu yang ada Salawat. ambe jadi terkesima..

dan diam tanpa bercakap banyak,
sebak, sayu, sedih dan syahdu bergabung jadi satu kimia rasa yang "dalam",
senak otak dalam berfikir macam-macam sebabnya mengapa,
senyap kalam dalam cuba berkata-kata, hajatnya ndak ucapkan beribu perumpamaan, perbandingan atau pengibaratan, namun di Kalbu atau Hati menafikan belaka,
seolah-olah Hati berpesan pada Akal dan Kalam itu agar diam sahaja, tak perlu berandai-andaian..
akan tetapi pertanggungan Hati masehlah tidak kuat sepertimana disangkakan,
Hati mengalah seraya menyerahkan mandat khas ini kepada Sendiri untuk menilaikan rasa ini..

akan tetapi Roh ambe sendiri pun jadi penat, letih dan haru biru..buktinya dalam peri laku ambe sendiri, yang tidak tetap..dan tak dapat ditentukan.

semalam setelah selesai melaksanakan tugas dan amanat sebagai wakil, dengan Imamkan Tarawikh, berdendang 3 macam lagu untuk persiapan hari ini di rumah Anak Yatim Darul Falah, kemudian bermesyuarat untuk persiapan ke Darul Falah dan akhirnya beramal lah lebih kurang..

di wakaf belakang rumah sambil ditemani oleh hujan lembut menyentuh bumi berkali-kali, maka api kecil jadi teman bersama sahabat ambe yang lain yang diputuskan untuk berzikir, nak kata Zikir ambe itu mantap tidaklah juga..apatah ndak membandingkan keadaan ambe di dalam Hutan yang purely mujahadah melawan ketakutan yang tak terlihat oleh muslihat-muslihat yang ada sebalik semak samun. itu pun pada awal dahulu ambe pun kecut, maka dikatakan Zikir pun tak ada, yang ada ketika itu hanya fikir ketakutan dan atasi ketakutan, dada meletup-letup seolah-olah jantung pun tak rela dengan apa ambe lakukan ini padanya..
susah payah itu pun maseh bagi ambe tak fikir itu adalah Zikir. Kerana Zikir bagi kita itu Lailahailallah..berkalimah toyyibah.
walaupun di dalam laku itu sudah kita tiadakan semua "Tuhan-Tuhan" yang melata di Dunia dengan mentiadakan Tuhan kemudian mengiyakan bahawa dengan pengasingan sebegini sahaja lah untuk keyakinan kita agar Yakin wujud itu HANYA ALLAH.
namun sistem asas ambe ketika itu tak selari, bahkan berlari bertempiaran kerana cerita-cerita orang lain yang pernah beramal dan diusik hantu atau jin atau syaitan.. Pandangan orang lain ketika ini lagi lah kuat pertikaikan bab ini, bila sebut beramal dalam Hutan dikatakan betapa, tuntut ilmu SALAH dan ikut ajaran SESAT.

dari harfiah makna luaran, mungkin anda benar, betapa kerana mengetahui dari teori bahwa orang-orang kita hari ini pun sedang asyik ber-betapa dengan kesombongan, ia tenang dalam sombong dan bahkan berjuang bersama sombong,riak,ujub,ralit,fikir sendiri ataupun pandang salah orang lain..akhirnya mula bersangkaan..

tuntut ilmu SALAH maka kita belajar ilmu yang benar, mana mungkin budak 4 tahun masuk exam college dan dapat Excellent. disekolah menengah atau rendah, anda belajar dari buku lah maka buku akan beri jawapannya, namun yang diamanahkan check atau periksa tiap latihan atau homework anda lakukan tanpa bertanya orang lain itu tetap Guru Subject kamu, maka bila dah siap semua anda tengok berapa SALAH dan berapa BETUL kemudian bandingkan ia, jika teori panduan akal kita mahukan semua BETUL, maka fahami apa itu KESALAHAN agar diperbaiki dan diusahakan agar BETUL.

ikut ajaran SESAT pula, itu sebenarnya dahpun berlaku dimana-mana, anda tak tahu jalan dan malu bertanya, maka SESAT lah jalan. Maka itu jadi kebingungan pada ambe terhadap kes-kes yang giat disebarkan dalam akhbar mengenai Ajaran SESAT ini, yang kata orang bila berguru yang ada kepelikkan aja, mereka itulah SESAT. sedangkan dari pernyataan tuntut ilmu SALAH tadi pun anda sedar, penting berguru atau anggap sesiapapun Guru, kehidupan Guru pada kematian maka belajarlah dari kehidupan kerana nyata kita semua pun mati, walau berilmu kebal atau susuk sekalipun bahkan pembela hantu raya. Mereka tetap menemui Ajal.

Guru lah savior atau penyelamat nasib kita, Guru beritahu ini dah tersimpang, maka kita ditarik kembali diatas landasan satu..andai ajaran Guru tersebut adalah Islam, maka tahulah tetap Guru apapun mereka, dia berguru atau berpandu pada ajaran Nabi dan Rasul. itu di certified atau disahkan oleh satu Dunia. walaupun orang Kafir, mereka ikut Kristian..namun balik-balik semula tetap Nabi Isa alaihisalam juga main character nya..tapi menyedari fakta itupun, ramai juga yang maseh perasan guru itu sangkaan nya sahaja..inference atau andaian dari akal pendek sendiri semata-mata..

namun dalam apapun dikata orang, ambe dah rasai, dah alami dan sudah nikmati mandian cacian hina sesama kita yang tak senang lihat orang lain senang, dan senang bila melihat kita susah.
belajar agama, orang jadi sibuk..konon caring lah. sedangkan kadar ke diri sendiri, yang tak cari guru untuk ajar pula lebih maha guru dari guru yang kita temui sepanjang hidup berjalan..pertikai ini dan itu. dia pun tak buat apa-apa kecuali cakap sama seperti orang lain yang suka menyusahkan hidup orang lain.
jika peduli, carikanlah guru.

bila ambe ajar orang dengan pendapatan ilmu yang ambe ada ini, dituduh ambe pula yang sesat..tak usah cerita bab Agama atau Bangsa. cerita pasal ajaran Photography pun begitu, lukisan pun begitu, cara editing pun begitu..padahal semuanya ambe by hard. belajar sendiri kerana ambe faham Seni itu maseh luas..apatah sedikit bahan fikir ambe yang sering kali bersifat radicalist bila ambe kemukakan....dituduh bermacam-macam.

dan begitu jugalah apa ambe amalkan malam itu, rasanya dalam Quran atau Hadist pun ajar kita Zikir, waktu terbaik itu tengah malam, dini hari..apalah salah ambe bila berzikir dengan satu pelita sementara duduk di wakaf yang dikelilingi alam yang sedang bertasbeh Subahanallah "Maha Suci Allah" ini?

dalam bodoh laku Zikir yang kurang seberapa, ambe tiba-tiba terasa sayup..jauh diri dan kecil.

dan tak pasal-pasal terdetik "Rindu" pada diri yang sebenarnya mengejutkan ambe.

..ya iyalah, ambe sedar, walaupun seribu wanita itu ambe ada sekalipun, yang sangat baik menurut orang ramai.hingga diibaratkan macam bidadari nanti... ambe takkan rasa Rindu macam ni.

kerana dari diri ambe tahu, betapa ramai ambe selingkuhi bagi tiap-tiap mereka yang ada didalam hidup ambe dahulu, kini atau akan datang, dan ambe jujur dengan kata, tak peduli lah siapa yang akan baca blog ini, itulah yang ambe hendak yakinkan pembaca bahawa ambe tak guna Imaginasi untuk garapkan ini namun hanya terangkan kembali hidup ambe sebelum ini.
ambe tak harap berapa ramai Like di FB atau berapa followers dibelakang ambe..

kalau tak seribu, ambe maseh curang dengan 2 atau 3 atau 4 atau 5 orang Wanita dalam satu masa. dan dengan melakukan itu pun ambe tahu "Redha" itu tak wujud pada kebanyakkan Wanita, sekadar kesimpulan pendek yang konon "Redha" namun apa mereka rasa sahaja kemudian boleh katakan ia "Ikhlas". Yang jelas tak tuntut apapun balasan..

dalam benak terbodoh ambe melakukan ini, ambe kadang rasa nak tanya..apa kamu rela ambe curang dalam pernikahan dengan cara poligamy atau curang ketika sebelum nikah? SEMUA akan jawab tidak rela pada dua-duanya. walaupun ada berbahas pada apa Nabi pun buat..pada masa sama, persoal dan pertikai macam-macam pula dibelakang.
jangan sebut Iman, tanya itukah sense of Confident diatas kebenaran, atau sekadar ikut-ikutan atau kita cuma Yakin tidak sepenuhmasa?

Wanita rasa mereka ingin dimiliki dan memiliki, namun mereka lupa apa yang diminta oleh mereka dalam hubungan melebihi sekalian apa adanya, secara dasar paling asas kehidupan seluruh Manusia tak kira siapapun..Agama atau Bangsa apa..ambil ini sebagai topic yang sama..kenyataan awal berdasarkan kata orang Eropah suka buat andaian Lelaki perlu seks dari hubungan dengan Wanita dan Wanita guna seks untuk hubungan.
Tujuan utama Seks mungkin sedap dan nikmat, namun ia berpotensi tinggi melahirkan anak pula..maksud disini ada Hasil diatas laku apapun, tetap menzahirkan susuk generasi atau baqa seterusnya..Tujuan Hubungan diperlukan bagi Wanita pula dirasakan hakikat diri yang lemah, perlu tempat berpaut dan senantiasa memberi sokongan moral dalam apa juga macam kehendaknya. Maka didalam mengetahui Hubungan yang liar itu mana-mana Agama pun kata SALAH dan Dosa, mereka buat dan "guna" seks untuk capai sesebuah hubungan yang baik dengan sesingkat mungkin..

memang lah macam "best" apa ambe sungutkan, seolah-olah ambe adalah orang yang seksis dan bangga diri mengangkat martabat seorang Lelaki. akan tetapi ingat, Jantina tetap ketentuan dari Tuhan. Bukan kita minta untuk berada disini dengan apa adanya dengan tanpa sebab-sebab tertentu..walaupun begitu, kita tahu Nikmat tidur, dibelai, dijaga, disara dan sebagainya tanpa diminta. kita lah "Kareem"..dan itu BUKTI mengapa setelah anda besar dan berakal, berbahasa, berjiwa atau ber Agama anda ada jalan menuju ke Akhirat agar kembali ke Syurga. kerana Nikmat itu sendiri intipati Syurga yang sedang atau sesudah 20 tahun atau berpuluh-puluh tahun anda nikmati tanpa tahu wujudnya Syurga. Yang Abadi, sedangkan kita sedar Nikmat yang adapun bukan Abadi, tapi sementara. itu hanya Sneek Preview pada Syurga yang sudah diberi izin dari Tuhan berkali-kali agar ingat semula bagaimana anda di Syurga dahulu. dongeng atau mengarut.. Fikirkanlah..

sungguhpun apa ambe sampaikan tak semua faham, katanya berbelit-belit..ambe cuma melakukan apa sepatutnya ambe lakukan,iaitu penuhi hidup ambe dengan memberi atau activatekan kembali kunci Keyakinan dari diri, yang ambe pun dahulu mungkin lebih teruk dan bodoh dari anda..dengan mengetahui perihal kecurangan ambe, bahkan curang ambe itupun ambe tidaklah sia-siakan masa, ambe tetap tunaikan apa sepatutnya mereka tahu mengenai Hidup sepatutnya, yang memang kenyataannya mudah, tapi payah bila menyedari keadaan sekarang.

seawal pagi hingga tengah hari ke petang, ambe kehulu-kehilir berusaha cuba buat paling terbaik tahun ini demi menceriakan anak yatim di asrama Darul Falah. memang tujuannya ndak tunjuk baik, agar anda tahu bahawa mengasihi "Anak Yatim" ini Wasiat Nabi yang terkandung dari 2 hal utama, Solat dan Umat.
Kerana kita tahu Umat adalah sebahagian besar jumlah dalam Masyarakat, sebagai Rakyat, orang Kampung, kelompok Puak-puak hingga ke suku kaum-kaum tertentu..termasuklah "Anak Yatim".

hingga semalam ambe ada garapkan teks ucapan untuk berucap sebagai wakil Keluarga, Syarikat Kecil ambe Malayapura dan yang penting sekali..Dendang Anak. Kerana boss besar kami tiada disini dan tlah korbankan segala-galanya demi membahagiakan keluarga-keluarga ramai di Indonesia.
maka sedang ambe tulis di kertas sesudah berbuka puasa dan Maghrib, ambe mulailah menulis menceritakan itu ini berkaitan dengan usaha Dendang Anak serta Aryani Resort dan Malayapura. cuba compress atau ringkaskan dari 7 muka surat hingga jadi 4 muka kemudiannya. Menariknya disini, di akhir kalam ambe, ada mengesahkan kenapa Program Berbuka Puasa bersama Anak Yatim ini dijadikan semacam tradisi yang wajib dalam calendar tahunan keluarga..ia bukan Musim walaupun ia tampak macam setahun sekali aja. akan tetapi adalah bahagian diam ambe yang sering mengirimkan sumbangan pada pihak Darul Falah bila gaji ambe terima..dan ia memberi semacam kesan pada diri ambe secara pribadi dalam memikirkan SIAPA sebenarnya "Anak Yatim" dan mengapa Anak Yatim ini Nabi Muliakan..

kita tahu, Nabi Muhammad pun dari kecil dah Yatim, kemudian Piatu.. apa kerana itu Tuhan kirim Wahyu dari Surah Al Maun kerana baginda je?
faktanya itu kita terima dan tak boleh pertikai kerana baginda adalah contoh satu-satunya Manusia dan Insan yang paling perfect pernah dijadikan oleh Tuhan.
tapi yang kita tertinggal adalah soal apa ndak tunggu orang itu kehilangan Anak Yatim baharu kita peduli atau membela nasib orang yang bakal Jadi Anak yang Yatim dan Piatu nanti?
kita pun suatu hari akan jadi Anak Yatim, tapi Bonus bahagi mereka yang sudah rasa kehilangan orang tua mereka dari kecil dalam diam tlah beri satu pembelaan dari maha tangan Tuhan yang Mukmin serta Muhaimin.

akan tetapi apa benar isitlah "Anak Yatim" ini cuma merujuk asasnya pada hubungan genetic mereka yang sudah terputus kerana kematian sahaja atau sebaliknya?

Fikir dengan jernih maka anda sedar, sebenarnya tak semua Ibu itu adalah Ibu hari ini, tak semua Ayah itu Ayah di zaman kini..Peranan tlah dipisahkan kerana kesukaran System hari ini, yang semakin menyempitkan rusuk kiri dan kanan kita hingga ambe kadang dapat bayangkan mungkin inilah "Preview" pada seksa kubur orang yang dihimpitkan tanah kiri kanan hingga bertemu kedua-dua rusuk mereka.. Ia semakin lemas, siksa dan memenatkan mangsa azab.

Manusia hari ini yang terikut dengan Kemajuan dan Kemodenan yang disusun oleh jari jemari puak Kafir dari segala Agama dengan tidak lagi mementingkan mana-mana Agama kecuali mensyurga kan Dunia pada zahir hingga tak sedar, bahawa pilihan mereka tlah "Membunuh" kita dalam Neraka ini.

akhirnya Ibu yang sepatutnya komited dalam memerlihara keserian rumah mereka, demi Anak-anak tak lagi dipedulikan.. kerana rata-rata Ibu hari ini ndak bekerja juga, walaupun awalnya tak ada yang salah namun dalam bekerja, mereka tak sedar bahawa ada perbuatan mereka tlah menurunkan darjat ketaatan mereka pada Suami mereka. Yang pada hari Akad Nikah sudah diisytiharkan sebagai Raja Sehari.. Maka apa "Raja" bagi Suami itu Hari itu sahaja? atau esok juga perlu dan tahun depan maseh perlu? "Raja" perlu ke?..Kalau tak ada Raja dalam sesebuah Negara atau tempat, apa akan jadi? maka disini sebenarnya soalan pada kita, apa istilah "Raja Sehari" itu hanya diambil kerana hari itu sahaja special atau esok lebih special dan selama-lamanya special? jika ndak special apa kita perlu Nikah hari-hari ke? jangan bodoh. tapi amalkan Adat dan tertib yang tlah disyiarkan oleh Pemimpin dahulu yang beraja. Adat tertib-tertib tertentu dan undang-undang tertentu bagi tempat tertentu dirumah. Taman Larangan bagi anak-anak itu Kamar atau Bilik Orang Tuanya. sementara tertib makan, mandi, keluar rumah semua ada susun cara.. baru lah semua tersusun.

dan tak perlu pun pendekatan yang formal dan skema untuk lakukan itu kerana bila disebut Undang-undang kena serious dalam apa jua hal, Serious kadang tak perlu dinampakkan namun dijiwai soal kenapa perlu penekanan begitu extreme dan ketat? Cuma ndak menyusun fikiran kita dalam berinstitusi rumah-tangga. Dan menjadi barang atau modal berguna bila sudah keluar dari rumah dan kemana-mana sahaja, maka pegangan satu-satu itu Mak Pesan macamni, jadi tak boleh buat katanya..ada sesetengah anak degil gi buat aja apa dilarang maka akibat itu ajarkan kita berbalik pada sebab pertama, jadilah satu pengajaran dan "Ilmu" yang diyakini benar kerana sudah terbukti.
ambe bila degil dan buat juga apa bonda ambe larang dan ambe terkena, dan kemudian menangis, selalunya bonda akan berkata "Ha, kan Bonda dah pesan"..

dan sungguh itu lah gayanya, yang ketat dan leceh kalau jadi orang Islam, anda jadi orang Kristian, jadi orang Buddha atau apapun Agama yang ada mengikut selera. tetapi ingatlah, scenario ini bukan sahaja berlaku didalam kelompok Melayu yang Islam, bahkan dimana-mana sahaja Nikmat tetaplah ada jangka nya untuk tetap membuktikan pada kita ia sementara disini.
Rata-rata orang Bosan dengan Undang-undang namun dengan Undang-undang jua lah menyebabkan Malaysia atau Indonesia atau Brunei atau Singapura maseh lah Negara yang tak ada lah kacau bilau, bahkan maseh ada nama "tersusun" walaupun disebabkan beberapa kelompok yang maseh amalkan Undang-undang menurut apa diperintahkan.

Cerita perihal Anak Yatim ni, sebenarnya banyak ambe lalui dan fahami kemudian jadi kenal.. Selingkuh ambe ajarkan semua ini secara halus bertahun-tahun lamanya, dengan hubungan dari awal sekolah dahulu, "Cinta Pertama" kononnya dari berbilang ex-girlfriend ketika sekolah ambe pilih itu Tun Fatheana. 6 Tahun hubungan ambe dengan dia, dari sekolah hingga selesai. sedikit demi sedikit tersingkap semuanya, dan tahu background muslihat keluarga sekarang itu sebenarnya bukan keluarga betulnya, dia hanya menumpang bersama Ibunya didalam hidup bersama Bapa Tiri dan adik-adik tirinya..

dan abang kandungnya tidak berada bersamanya, bahkan kadangkala ambe anggap diri ambe pun macam abang padanya dalam waktu yang berketika..dimana atau kemana sahaja Nana pergi, ambe cuba penuhi lapangan hidupnya yang ambe ibaratkan sepi, kerana watak semula jadinya pun sukar difahami, berketikanya begini dan kemudian begitu itu sudah sekian dari hal, walaupun begitu ambe tetap degil..meski sudah dilarang oleh kawan-kawan dan keluarga agar tak perlu lah "ber do'oh lalu"(lebih-lebih) ambe tetap selami lautan api itu.

bahkan mengetahui background arwah abahnya, dan nasib abahnya ambe jadi makin kuat untuk terus mendampinginya.. Sympathetic kata orang puteh.
Hingga kadang menjadi orang yang expect orang boleh buat lebih bagus dan baik dari itu, ambe terlupa dan kemudian terasa diatas lakunya tapi tetap memuliakan dia kerana "Kasihan" padanya..
hingga kehilangannya ambe tanggung semacam burden terbesar dalam hidup pada ketikanya sampai menjadi manusia paling loser dan penakut serta tertekan dalam batin sendiri.

setelah beberapa kali break up dan make up ambe tetap lah bingung kemudian bilamana usia semakin meningkat dalam memandang kenyataan. dan bila mengetahui betapa memang suci nya hubungan sampai ambe sedar bahawa ambe cuma pernah cium dia hanya satu kali sahaja dan ndak dapat pelukan darinya itu pun jauh dari senang.. ini lah kesah benar selama 6 tahun hubungan..dan tiada hubungan seks pun pernah ada untuk memperkuatkan usia hubungan itu sekalipun.

bagi ambe, yang baru sedar..inilah KASEH yang dimaksudkan ABADI. kerana KASEH tetap memerlukan pengorbanan, bunuh KERINDUAN bila wujud PERTEMUAN. itulah pembunuhan yang kita sering lakukan demi KASEH.
dan soal Poligami pun antara bukti KASEH itu perlu dikongsi dengan yang tertentu, yang dapat menanggung itu hanya Lelaki sementara kelebihan Wanita hanya belajar CINTAI yang satu sahaja. kalau ndak banding CINTA dan KASEH.. CINTA paling tinggi..beruntunglah Wanita sedangkan Lelaki hanya dapat ber KASEH hanya kerana CINTA mereka milik ALLAH.
Lelaki yang kenal ALLAH, dia tahu bahawa Rasul dan Nabi lah BUKTI atau DALIL CINTA dia pada ALLAH.
Maka Lelaki yang Cinta ALLAH akan laksanakan apa sahaja Rasul atau Nabi amal, pertama itu SUNNAH, Pada Diri kemudian orang lain pula.. walaupun menurut akal kita hari ini Poligami seakan-akan tidak adil..sedangkan kenyataan Poligami hanya diamalkan pada mereka yang mampu sahaja. Orang hari ini aja yang buatkan ia rosak kerana mereka tak mampu namun maseh berusaha amalkan semua Sunnah Nabi yang menyukakan Allah..

namun Allah tetapkan ketidak adilan Lelaki itu lah jadi penyebab mengapa maseh kita lakukan hal yang berlawanan, kita tolak Poligami namun maseh mengaku Islam. itupun dah salah kalau kerja kita maseh degil untuk Hukum.
kita sebagai Isteri tetap perlu taat macamanapun bertentangan dengan kita, kerana kita buat kerana ALLAH. tapi takkan menjadi sekiranya Isteri terus sahaja melenyapkan Suami dari pandangannya kerana ALLAH, kerana tetap Suami itu penjamin Syurga dan Neraka nanti melalui ke TAAT an..keistimewaan yang tak sedar atau saja buat tak sedar itu Isteri hanya boleh dapat jaminan Syurga dengan hanya TAAT pada Suami, tak kiralah jahat manapun Suami yang maseh mengaku dan yakin mereka orang Islam. tapi mujahadah berpegang pada TAAT itu sahaja dapat Syurga. walaupun ambe tak tahu lah gaya Syurga tu ndak digambarkan macamana namun Yakin lah dengan Nikmat pun kita tahu WUJUD nya Syurga.

bagi menyambung Love Story ambe dulu,sesudah tamat riwayat itu, ambe jadi makin liar, dan cuba pick up kembali kehidupan yang dimana sepatutnya "orang muda" nikmati ketika itu. iaitu dengan berselingkuh atau main kayu 10..dan menyedari hal yang lebih berbeza tapi akhirnya bawa kepada maksud yang "sama" jua..

maka itu jadi kesah untuk direnungkan kembali, SEJARAH..dan mengenali tiap-tiap wanita yang walhal ambe tahu hukumnya dalam Agama salah begini dan begitu secara basic namun tetaplah mempersoalkan ambe pada hal yang sama menerusi scenario "kebetulan-kebetulan" hubungan ambe dengan wanita-wanita yang Anak Yatim atau bukan Anak Yatim malah Piatu, atau tidak berada didalam Istilah Rasmi diantara itu namun kehidupannya seakan-akan sendiri sahaja..

Yatim dan Piatu bawa erti yang berbeza, ambe pernah rujuk pada Kamus Dewan dan Kamus Indonesia sendiri tapi tak jumpa dimana bezanya. Sedangkan ejaan lain dan sebutannya pun lain..Sudah pasti ada unsur kelakian atau Muzakkar dan kewanitaan atau Muannas nya.
maka kesimpulan ambe hanya memberi relasi Yatim yang di biasakan oleh bahasa tutur kata kita itu pada Lelaki.
alasan ambe kerana ia Umum. Pertikaian kita hari ini mengenai apapun selalunya bermula dengan Lelaki, soal kenapa Nabi,Wali itu semua Lelaki, soal mengapa kepentingan Undang-undang berat pada Lelaki, kenapa Pemimpin itu begini dan begitu, dan paling biasa didengarkan oleh kita yang hidup dalam suasana kekampungan yang orang selalu pakai nama Ayah diatas laku buruk anak..

kenapa Lelaki itu dibiasakan dan dipentingkan? kerana menurut Sejarah, Hawa pun diciptakan dari Rusuk Adam. percaya atau tidak itu terserahlah, kerana mungkin kita lebih pandai dari orang dahulu..wallahualam lah.
kenapa Undang atau Priority penting kan Lelaki baharu wanita? hukum akal berkata kekuatan fizikal lelaki mampu menjaga dan membela nasib wanita yang lemah. Reality dasar, memang tampaknya Lelaki yang terhegeh-hegeh cari Wanita untuk dinikahkan, setelah nikah atau jalin hubungan selalunya Wanita yang banyak komitmentnya..itu menurut kepala kita lah.
kerana Suami atau Boyfriend payah ndak ucap I Love You tapi sibuk dengan kerja aja..walhal kerja Lelaki itu semata-mata untuk tampung 1001 permasaalah Wanita..Lelaki dicampak kemana-mana sahaja, dia tak kesah hidupnya. Kerana ada jati diri yang memang survival.

tapi kenapa Suami BUSY SANGAT kerja? tak ada masa untuk Isteri? maka lihat apa yang dah terbentang didalam Rumah itu sebagai sebahagian sumber atau bukti atau penyebab Syukur Isteri.. walhal pertikai kita Suami jarang dirumah kerana sibuk di office dan sebagainya, namun dia cuba pastikan semua dikeliling Isteri itu tetaplah secure dengan kadar kerjanya..itu Korban Suami pada Isteri yang jarang Isteri-isteri kawan ambe yang datang pada ambe mengadu hal ini "Syukur"..
dan menghabiskan masanya ketika Suami dirumah hujung minggu dengan berleter dan gaduh itu ini atas issue bodoh dan remeh. sedangkan masa singkat itu patutnya dipenuhi dengan luahan rasa sebenar yang ingin dibelai dan manja. letak tepi lah susah apapun, yang penting hari minggu Tuhan tentu dan pilih anda bersama, dari Suami sibuk dengan scandal atau selingkuh lain..

menjadi sedemikan rupa pun adalah dalam diam amanat yang ada buat seorang Lelaki, yang suka rasa dirinya bertanggungjawab apatah ada seseorang atau sudah ber Isteri. makin motivated lah Lelaki, ambe pun begitu..

bila pertikai bab Politik yang semua tahu siri-siri perbalahan yang berlaku, orang sebut Pemimpin..Bukan Isteri Pemimpin kecuali memang Pemimpin itu kalah dengan Isteri, itu lain cerita.
Apapun prihal berlaku didunia, perbuatan Al-Qaeda yang dilibatkan dengan Osama, satu dunia perang dan benci dirinya kerana keganasannya..tapi orang tak sebut pun Isteri Osama bahkan mungkin tak tahu pun siapa isteri Osama.
atau Muammar Ghaddafi yang terbaharu, yang jahat atau apalah di gambarkan..orang tetap sebut dia, bukan Isterinya. Obama dan sebagainyalah, tak orang tanyapun kenapa Isteri si George W Bush lancarkan serangan pada Afghanistan?
walhal yang selalu "cucuk" atau "hasut" ditempat para pemimpin benar-benar berehat itu hanya di Rumah..sama macam kita, bersama Isteri dan Anak. Boleh sahaja jadi Isterinya aja yang perintah atau doctrine atau tarbiah mereka, kita tak tahu kan?

Jadi kepentingan yang dasar ini ambe sengaja terap pada kebiasaan routine ucapan kita, yang kuat pertikaikan laku Orang Lelaki. Maka Yatim itu ada unsur Muzakkar atau Masculine.

sementara yang jarang dibicarakan itu adalah Piatu, yang jarang dipersalahkan malah diistimewai lebih..Mentality kita selalu kata Anak Yatim itu Istimewa, namun bila Anak Yatim Piatu, gred nya malah VVVVIP.

Kesedihan yang wujud sejak menulis itu ambe jadi makin dekat pada mereka, maka semalam sudah sejarah bahagi ambe kenal mereka dengan lebih erat, mengimbas kembali kecurangan ambe pada 1000 Wanita yang pernah mungkin hanya singgah atau menetap atau menumpang di Hati ambe.

Selesai berdendang sebelum berbuka, maka terlibatlah pula dengan acara Khatam Quran dan Penyampaian Hadiah dari Darul Falah kepada Penghuni Darul Falah yang tlah Khatam Quran serta kejutan pada Ahli Dendang Anak kerana mereka pun ada bahagi Hadiah khas buat kami diatas usaha yang bertahun-tahun kami ke sana.

maka kami berbuka Puasa. dan ambe yang sedikit terlewat maka Solat Maghrib kemudian bersama beberapa orang, dan tak sangka setelah selesai Imamkan itu dan berpaling rupa-rupanya ramai lagi dari yang awal tadi..

dan balik ambe kerumah sambil mendengarkan Koleksi Lagu-lagu yang senang didengaar..demi pembentukan jiwa Syaitan agar berlembut lah ia kembali. bila terputarlah Lagu Salawat ambe jadi naik sebak tiba-tiba dan nyaris menitiskan airmata.

kerana ambe tahu,
kalau tak kerana Rasulullah, kita tak akan kenalpun Allah.
tak kerana Nabiullah, kita tak akan kenal Iman yang semestinya Islam dan meyakini Diri yang Insan,
tak kerana Muhammad bin Abdullah, ambe takkan tahu betapa tingginya nilai dirinya yang sentiasa ajar kita Sangka Baik pada tiap apapun walaupun orang jahat sekalipun. Baik tetap Baik.

dan siapalah ambe tanpa ajaran Muhammad bin Abdullah..mungkin tak sampai se extreme ini untuk beri kan pada anda agar paling tidak bakar otak agar membarakan kembali Akal itu. semoga Hati kita pun turut menyala terik hingga mempertemukan Kalam diantara mereka yang ajar diri agar mengenal sendiri..yang bakal melebur jadi Roh yang kembali pada Ilahi..

Ya Alimul Ghaibi Wa Syahadah Hu Wa Ar Rahman Ar Rahim..
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi.

Curang atau tidak, itu terpulang pada anda nilaikan ambe..tak apa. itu tetap jujur dari diri ambe belaka.
agar kita terima apa adanya dan laksanakan sebaiknya dengan usaha yang meyakinkan kita.

Api itu hebat, namun air mata ambe mengenangkan Rindu ambe pada Muhammad yang pasti tak terbanding atau tercapai dengan seribu wanita ini yang mungkin sahaja membuatkan, wujudnya fitnah dalam soal mencurigai bahasa Panas ini.
apapun diambang akhir ini ambe merasa sedih..jikalau Wanita atau Lelaki hari ini maseh berkeras untuk jadi yang sombong kerana garangnya se ekor anjing gila "Ego" diperliharanya ataupun maseh merasa pandai kerana sudah malas belajar atau sedang berusaha dalam mempertahankan kesalahan walaupun ada kebenaran diatas kata-kata..

ambe sendiri, walaupun ramai dikeliling membantu dan menyokong apapun usaha. ambe maseh sendiri.
dan ini antara perjalanan sendiri ambe didalam pengakuan curang ambe yang paling jujur, kerana ambe tak fikir orang yang curang seperti ambe tidak akan ada seseorang yang hadir dalam hidup ambe sebagai bukti kesetiaan.

kelmarin mungkin sudah berlalu..kerana yang ambe tetap cari kini hanyalah Isteri..

walau "calon Isteri" itupun mungkin tidak sedar, betapa Istimewanya dia sehingga terpaksa dirahsiakan..hingga hari itu tiba.ambe nantikan kesetiaan dalam kecurangan.
"Anak Yatim Piatu" yang mana lah yang sudi Setia pada orang Curang seperti ambe ini?..

JawabNya tetap AS-SOBUR.
Itulah permulaan dan 1st step buat sesiapa walaupun selalunya orang cuba capai lebih dari setakat BERSABAR sahaja,
namun kenanglah kembali KESABARAN Allah yang sentiasa bersabar dengan kita dari sebelum hingga sudah ADA.

apa orang setia ADA dan apa orang curang ADA? kedua-duanya maseh lah TIADA yang selamanya.

KBD