Friday, August 19, 2011

di ANTAra Nya

Mental dan Jiwa berada ditempat yang berbeza,
Mental adalah ketahanan yang berada ditempat paling tinggi dari structure perlembagaan Jasad.. "Kepala"..
didalam Kepala, ada semacam Organ yang mengandungi ribuan benang receptor yang dinamai Urat.
sementara Urat paling kasar dari segala jenis itu adalah yang menyentuh "keinginan"..keinginan itu pula ada 2 pecahannya,
sama ada anda MAHU kan ia kerana anda MAHUKAN ataupun PERLU kan ia kerana anda PERLUKAN ia..

ia berbeza dari dua tersebut,
relasi kata tlah membuktikan bahawa MAHU ini sering berkait rapat dengan KEPUASAN buat diri sahaja.
andai anda lapar, memang betul anda teringin untuk makan itu atau ini disebabkan receptor Urat tlah menyentap otak kita agar ingat kembali, bila agaknya makanan paling enak dariantara puluhan atau ratusan selera anda itu pernah merasai sesuatu subjek dengan begitu sedap dan la-zat.
maka anda usahakan agar KEMAHUAN itu dipenuhi..anda dah dapat dan nikmati ia hingga limit perut anda penuh, dan anda sendawa menandakan Jasad sudah kenyang.

sementara PERLU adalah untuk sesuatu hal yang lain.
anda lapar, tapi anda hanya ada beberapa jumlah wang sahaja. maka wang itu ada cabang keperluan lain pula untuk bayar pulsa/credit topup, bil air, api dan tanggung beberapa kerat orang yang dipertanggung-jawabkan.
maka anda makan secara ala-kadar sahaja kerana anda PERLU wang tersebut dan berjaga-jaga khuatir tidak bagi jumlah itu mencukupi. maka angan anda sendiri musnah kerana KEPERLUAN.

dan sedar atau tidak, antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN ada berkongsi persamaan..apakah ia?

NAFSU.

bila kita cerita perihal NAFSU, secara spontan memory Otak akan merespond kepada Sex. dimana kata orang ia satu fikiran yang Kuning dan kotor. Lantas terbit Peri-Bahasa "Otak Kuning"..
Kenapa ia Kotor? adakah kerana warna Kuning itu tidak secantik Puteh?
barangkali jua, ya.

Kuning itu lambang Kuasa yang hari ini dan dari dahulu sudah sebatikan warna ini kepada orang tertentu, kita panggil orang pilihan itu Raja kerana dalam institusi beraja, Kuning adalah warna Khas dan Khususiah bagi Raja.

Raja dari perlembagaan yang disengaja ada dan diamalkan orang Melayu dari dahulu hingga kini adalah Amir/Ketua dan Pemimpin dalam sesebuah perlembagaan.
Tempat nya itu di bahagian Anggota teratas iaitu Kepala.
jatuh Kedua itu di Bahu dimana Bendahara berada memikul tanggungan apapun yang diturunkan, diagihkan kepada anggota lain.
Jatuh ketiga iaitu di Dada yang Memiliki Hati..itu Makmum,Rakyat Jelata ataupun Pekerja.
Jatuh ke-empat iaitu di tangan Kanan..itu mereka yang dipercayai atau Orang Kanan.
Jatuh ke-Lima iaitu di tangan Kiri..iaitu mereka yang di perintah laksanakan kerja Hukum atau Setia Usaha.
Jatuh ke-Enam iaitu dikaki Kanan..kepada Para Pendekar sebelah Darat atau Hulu Balang atau Pertahanan Darat.
Jatuh ke-Tujoh iaitu dikaki Kiri..kepada Para Pendekar sebelah Laut atau Hilir Balang atau Pahlawan atau Laksamana.

maka lengkaplah Kaki dan Tangan sebagai Anggota Lembaga.
lalu dipanggil ia Ke-Raja-an hingga hari ini dan warna Konstitusi yang khas adalah Kuning kerana ia ada kait dengan Emas.
Paduan material logam paling berharga dan mampat hingga memerlukan beberapa usia tahun agar jadi nya Emas.

Emas adalah barang paling berharga, ambe sengaja katakan "Berharga" yang dimaksudkan adalah tetap Rekaan,Dongeng, Tahyul dan cerita Tahyul Manusia sedangkan ia adalah ciptaan Tuhan yang SAMA seperti yang lain tapi jelas ada BEZAnya..ia tetap Semula yang Dijadikan oleh Nya untuk kita faham betapa sukar sebenarnya ndak diketemukan Emas ini.
dan diajar kita hari ini yakin ia "Berharga" kerana sudah di inject ke dalam mentality bahawa inilah MATA pada WANG.
kenapa?
kerana ia memerlukan tenaga yang kuat, paduan dan mampatan yang tertentu dan gabungan yang khas bagi melahirkan seketul Emas.

sepertimana ambe pernah kesahkan dari artikel sebelum ini, kita tak boleh lari dari fakta bahawa Jin itu ada. Maka penciptaan Emas itu sendiri ada Hawa dari Jin sendiri..Mengarut?
ok, kita lihat Usul Warna cukuplah.
Jika asas Warna itu Puteh..Maka Hitam secara tidak langsung pun Wujud bersama Puteh.
Hitam dan Puteh adalah Makhluk yang berada dialam yang berbeza..Terlalu Hitam maka kita itu Buta segala-galanya.
Terlalu Puteh maka kita pun Buta.

lalu apakah keseimbangannya andai Tiada Grayscale iaitu yang menyeimbangkan kembali Shadow dan Highlights kalau anda adalah seorang Photographer atau peminat Photography maka anda faham konsep traditional ini, gambar yang terlalu Overexposed maka hilanglah detail lain. Gambar yang terlampau Underexposed maka hilang jugalah detailnya.
Exposed adalah Dedahan cahaya terhadap Filem yang dipakai untuk menangkap masuk gambar tersebut, Over bermaksud Lebih Exposed sementara Under bermaksud Dasar maka kedua-duanya akan merosakkan Filem tersebut.
buat masa ini, jangan ditanyalah lagi mana dahulu..Hitam atau Puteh?
kerana ambe ndak cuba terangkan hal Warna tadi.

jelasnya dari Prisma atau Imbasan jernih yang tiada warna, halimunan warnanya atau transparent seperti Air atau Kaca membiaskan Warna diatas satu sumber Cahaya.

Warna paling Basic adalah Merah-Hijau-Biru.

Jika Merah adalah Api, Biru adalah Warna Angin dan Air, Hijau adalah warna pucuk Tanah.

Lalu kenapa ambe katakan Hijau warna Pucuk Tanah? padahal warna Coklat lah Tanah..kan?
itu Syariatnya..Maarifat atau Tanah yang Mengenal Tuhan mereka melahirkan Hasil darinya, maka Pokok itu antaranya..yang tegak seperti Lambang Alif berdiri dan dahan seperti memayungi atau melindungi sesiapapun yang ingin berteduh kerana rendangnya ia itu simbolik kepada tugas kita yang sepatutnya sebagai "Manusia".. Membantu dan berkhidmat untuk orang lain.
maka Hasilnya adalah dipucuk Tanah paling atas..apa tu?
Daun. dan warna Daun paling muda adalah Hijau.

dan apakah warna Angin dan Air tadi? kenapa ambe sengaja memeningkan anda dengan warna Biru?
kita ambil Air dari laut atau sungai..apa warna Biru itu ada ke?
atau anda berpeluang naik Pesawat dan lihat dari atas yang dikatakan langit yang berisi Angin yang kerjanya menyorong awan puteh kemana sahaja.. apa Biru itu Solid berada diatas?..Tidak juga kan? kadangkala bila Senja atau Subuh bahkan Warna lain pula kita disaksikan.
jelasnya Biru maseh tidak ada. Angin dan Air maseh setia mengaku Tiada Tuhan..Hanya Allah.

bagaimana dengan Merah iaitu kait rapat dengan Api tadi?
ia adalah warna yang Panas andai hendak diertikan, namun sangat bersemangat jika diabadikan..Panji-panji berwarna Merah..apa hasil kepada Rakyat jelatanya seperti Negara China?
semua jadi Bersemangat, bahkan 96% andai dirumuskan sudut penghasilan dan productivity China pegang di Dunia. tak kira lah ciplak atau original, Bangsa Cina lebih berusaha keras dalam membakar semangat mereka. Tak macam orang India rata-ratanya, yang kuat membelit, atau orang Puteh yang kuat putar alam, atau Arab yang kuat benar ber-Ananiah atau orang Melayu sendiri yang kuat sungguh bersilat..baik kalam ataupun perbuatan..merekalah Laksamana hari ini yang hebat dengan kebodohan.
Merah itu darah, darah yang berisi berjuta cell merah dan puteh berprang tiap pagi dan senja bahkan bila kita tidur pun kita tak tahulah berapa ramai ekor cell tlah Syahid dijalan Allah. kerana mereka lakukan demi Tuhan. kalau tak buat untuk Tuhan, darah bahkan akan berkeliaran kemana sahaja ia berada. Disebabkan undang-undang mereka begitu maka mereka taatlah sebagai Makhluk juga.

tapi dalam mengimbau diri Api, Merah sangat tipis warnanya, yang ada itu Kuning, Orange dan Puteh..kadangkala warna paling Panas itu bukan Merah pun. ia Biru dan paling-paling hangat adalah "Hitam". jadi dimana lah pengibaratan demi pengibaratan itu berada melainkan tetaplah tidak tetap dan jelas. Disitupun kita dah tahu bahwa Warna apapun, dari Tuhan dan Izin Tuhan belaka.

ambe sengaja gunakan Pseudonym nama APIKALAM adalah bukti dan dalil bahawa ambe sudah faham, Dunia ini adalah Neraka.
Maka tugas Neraka itu membakar ajalah..pakai ambe hari-hari pun selalunya Hitam, warna khusus ambe pun Hitam..tak Hitam itu Puteh bagi Function yang tertentu dan Khas, tak Puteh ambe pilih Merah sebagai warna ketiga. walaupun ambe minat warna lain..tetapi asas warna Hitam-Puteh-Merah. ambe paling-paling Minati.

Hitam bagi ambe adalah warna "Tokoh" atau "Hero" yang tlah dibiarkan oleh masyarakat selama Hidup bermula.
ia Warna "Azazil" yang memiliki kekuatan Menyerap apapun warna menjadi kan ia sifar, jika dibaca sejarah pun tak dapat dinafikan bahawa Azazil tlah diberi mandat dari Allah taala untuk menjaga Alam suatu ketika sebelum Adam lagi ada.
dan Malaikat duduk dibawah Naungan dirinya, diatas izin Allah juga.
kekaguman tersebut adalah Mutakkabir Allah. kita hari ni duduk benci sangat Azazil apa hal? ambe hairan sungguh dengan Mentality kita hari ini.. Dia jadi Sombong dan tak taat kerana tak ndak Sujud pada Adam..bukan dengan Allah taala.
maka diatas hukuman tersebut dilaknat hingga jadilah Azazil itu Iblis.

dan ketakutan Azazil sepertimana diceritakan oleh orang yang Maarifatullah, menitiskan titisan peluh ketakutan yang kemudian melahirkan semacam Daun dipanggil Tembakau.maka itu pula di Hukum haram orang sekarang?..kelakar.

sedangkan dengan merokok lah kita kenal keperluan Api, kenal keperluan Angin untuk hembus dan Air untuk menelan air liur, hingga mengenal apa itu Tanah berdasarkan Debu yang akhir di rentap jatuh menyembah ke Bumi.

Jin adalah kejadian Api berserta dengan Iblis yang melahirkan Baqanya iaitu Syaitan. itu warna khas bagi mereka kerana kita tak boleh nafikan bagaimana kerja Puja Syaitan, panggil Jin atau seru Iblis dilakukan selama sejarah bergerak ini.. intipati pertama itu perlukan Darah yang Merah warnanya..itu Penyerapan bagi Mereka. Ritual atau Budaya ada kaitan dengan kewujudan Mereka bahkan kita yang Islam baca Quran tahu Surah Al Jin itu benar.

Merah dan Hijau warna gabungan Kuning.
lalu apakah Hijau?
Hijau adalah Pucuk Tanah. ia adalah lambang pada Nabi Khaidir sendiri, bahkan warna Islam pun dikaitrapat dengan Hijau..
melalui Surah Al Kahfi, Khaidir menguji Musa dengan pelbagai hal..demi satu pembaharuan, dan KEBETULAN atau tidak.. Lambang Parti Politik Pas pun Hijau warnanya, bermakna mereka secara Hakikatnya akui yang dicari itu adalah "Musa" agar hentam Firaun dan Hamam..ambe taknak pakailah ideology parti manapun namun ambe ndak tunjukkan apa sedang berlaku hari ini adalah benar.
BN atau Barisan Nasional berlambangkan dacing hari ini, Itu Biru dan Puteh. melambangkan bahawa mereka cari seorang Bendaharawan yang Bijak dan adil bagi menggunakan Mizan milik Allah diatas Kerajaan yang sama ini. Biru bukan diawang-awangan atau bukan dilautan. Biru tetaplah Bendaharawan yang melahirkan BANGSA-aWAN.
ataupun UMNO sendiri.
menggunakan Warna Merah, Puteh, Kuning dan Hijau. menunjukkan apa?
jika ambe kata tadi Merah itu warna Jin maka golongan Jin dan orang Suci harus sekata dalam satu Jemaah dalam satu Pimpinan yang seBulat Purnama yang Beraja.
Raja yang memiliki warisan Keris Hijau yang sepatutnya menyokong Usaha PAS iaitu menegakkan Agama.

menjadi MELAYU, bukan bererti anda perlu racist dan benci Bangsa lain..kenal lah mereka mana-manapun yang berbangsa lain. Tuhan tak pernah berkata salah, Nabi bahkan mengalakkan konsep Muhajir-Ansar dalam Islam tanpa kira apapun Bangsa..Kenal ajalah..

Masaalah hari ini kita TAKUT bila sebut KENAL.
ambe hari-hari beritahu, ajar, dan terangkan dengan mulakan atau gunakan kalimat "KENAL"..dah macam nampak hantu. macam-macam ayat dibacakan pada ambe, sumpah seranah kerana tak boleh terima apa ambe pandang padanya.

kita lihat apa sudah Bangsa Arab lakukan selama ini, benar Agama pun lahir dari titis baqa-baqa orang Arab. Hormatilah mereka kerana Nabi itu semuanya orang Arab. Bangsa yang sepatutnya tegakkan Alif demi Rabb, tapi apa kita terima hari ini?
Yahudi pun Arab, kita kerja sebagai pelaknat aja tanpa ambil pengajaran agar tak lakukan kesilapan yang sama..
rata-rata mengambil sirah Qarun yang tamak agar sudi bersenang lenang dengan kekayaan buat kezaliman sendiri.
atau Hamam yang gila Kuasa dan kaki ampu yang suka mengiyakan apa aja tanpa ada sedar akan Hukum hakam untuk orang Islam atau orang Kafir. Nabi Muhammad tak galakkan perbendaharaan macamtu..anda tengok dan baca sendiri bagaimana Kekalifahan 4 Sahabat Unggul baginda, 4 Imam yang berlainan Mazhab apa Natijahnya? tetaplah mereka solat dibelakang satu imam sahaja.

sirah Firaun yang haloba dengan ke Akuan yang teruk seteruknya. Penguasaan Ilmu buat diri dah jadikan dirinya macam Tuhan dan gelarkan dialah Tuhan. Rasanya sama sahaja dengan orang kita hari ni, yang senang lenang Hukum orang tanpa Rujuk apapun..ikut Hukum Mata dari Jantung, bagaimana Hukum Mata Hati?

dan setelah baca ini, apa semua ini Tahyul, Karut, Dongeng ataupun Rekaan semata-mata selama Adam hingga era Nusantara ini?
ia berulangan, dan tetap berulangan andai tak dirubah dengan kebersamaan.. anda baca Al-Fil dan teliti maksudnya. Dimana simbolik Kaabah, Gajah, Tentra Abrahah, Ababil itu berada dikenyataan..pasti ADA.

itu silap orang Arab selama ini, silap orang Cina, India ataupun Eropah hingga kini..anda semua tahu Sejarah mereka bagaimana mulanya mereka, dan hari ini? sama sahaja kan?

terus anda soal, mengapa lah dan siapalah Melayu dahulu hingga kini yang suka sangat Tiru Bangsa lain. orang main Fixie, dia main Fixie, orang Photographer, dia Photographer, orang Graphic design, ambe pun tiru jadi Graphic Designer..APA sebenarnya kita nak jadi?

dah dapat Agama, dah sibuk dengan Slang Arab. Sedangkan anda tahu Kalam Melayu ini Istimewa, lempar di Arab boleh berkalam Arab macam api, lempar di China boleh berkalam Mandarin atau Cantonese atau Bahasa Ibu Cina iaitu Monggolia macam Angin tiupan serulingnya, lempar di India anda balik boleh berbelit-belit bicara hingga orang pun naik pening dengan sanskerta..itu ambe. tapi tak ada orang pun bersungguh untuk tanya, kenapa Melayu ada Dua versi, Rumi dan Jawi..
kerana Melayu perantara Dunia dan Akhirat. Bangsa akhir zaman..

dan apa kerja kita hari ini melainkan berleter panjang macam makcik dan pakcik nyanyuk yang tahu tak lama lagi..Matilah.
last card iaitu campakkan daun terup yang paling berbisa..maka wujudlah blog seperti Apikalam, salah satunya.

kerana ambe percaya adalah BANGSA Melayu lah penulis Sejarah yang bakal dibaca oleh Allah hu rabbil alamin diatas perubahan sebelum balik kepada Ya Malik.

apa berlaku dalam kadar sekejap dahulukala Kegemilangan Melayu Melaka yang sementara itu hanyalah Pre-View..Bagaimana kita akan bangkit nanti..atau Anak Cucu kita akan bangkit sebagai Orang Melayu Sejati.
dan bukanlah bererti bila cakap pasal Melayu aja, orang Bangsa lain Wajib Takut dan Gerun..tidak.
Namun sepatutnya mereka pun Balik pada BANGSA masing-masing dan baiki kesilapan moyang mereka. itu lah Mentality yang harus dilahirkan hari ini.BUKAN macam hari ini dengan rungutan macam-macam..itu buang masa dan percakapan yang sama macam buang hadas besar atau kecil aja bagi ambe..

nak dengar orang lain cakap, hari-hari boleh. tapi soal dengar dan buat itu berbeza. apa kita terapkan dalam Jiwa mengikut rasa atau melawan rasa? itu sebenarnya patut ditanya..kerana jalan yang jauh ini mencari Tuhan bukan jalan yang senang..melainkan anda terpilih atas hidayah. itu Special Case lah. apa ambe atau anda ini Special Case seperti Muhammad bin Abdullah?

Bagi orang yang kata "Ah..sama aja, Melayu,Cina,India,Arab" itu salah. kerana Tuhan ciptakan Adam dan Hawa pun diatas Kaum yang berbeza, Dunia dan Akhirat pun Puak dan Kehidupan yang berbeza..bila Isytihar BANGSA. itu adalah Kota atau Benteng Kepada Agama.

percaya atau tidak itulah keyakinan ambe.

Rujuk pada KEMAHUAN ataupun KEINGINAN kita dimana? Nafsu ada satu sahaja yang tidak baik sementara 6 yang lain itu adalah yang baik yang ingin memanjat ke arah kebaikkan agar diyakini BENAR dari sendiri.
7 Petala Cinta bagi mencapai YA WADUD agar KAMILAH mereka.

sementara MENTAL dan JIWA maseh terletak didalam keghaiban diri anda, USAHAKAN.
jangan sekadar mengadu SAKIT JIWA atau SAKIT MENTAL tapi tak cari UBATNYA.
bagi mereka yang tertanya-tanya dimana UBATNYA?
tanyalah pada YA DHAR..pasti ada jawab dari Nya.

yang pastinya anda perlu satukan KEWARASAN dan TIDAK WARAS lahir dari MENTAL ataupun JIWA agar dicetuskan jadi SATU.

kerana ambe takkan putuskan asa ambe agar menyampaikan apa ambe fahami dan dapati didalam kerja Agama yang kecil ini selama Hidup ataupun Mati ambe..

semoga Syahid/Saksi-lah kita semua, dengan bertanya pada diri..
"Nikmat Tuhan yang Mana tlah kamu Dustakan?"

AMIN dan TUTUPLAH perkhabaran di ANTAra Nya

KBD