Saturday, August 13, 2011

ke NYA +A- AN

di satu tempat yang nyata dan bukan fiksyen ataupun non fiksyen, itu lah "Hidup" dan itulah "Mati"..
kerana kebenaran sebenar itu adalah kita pun tlah "Mati" dan "Hidup" tiap masa.
andai indikasi terhadap "Mati" orang akan menggunakan kata seperti "menghembuskan Nafas Terakhir"..difahami secara pengertian bahawa "Nafas" itu semacam bahan yang buatkan Jasad bergerak, berfungsi kemudian mengikut arahan drivernya iaitu Roh.
bilamana "Nafas" dikatakan "terakhir" maka fahamlah bahawasanya itulah "graduation day" buat makhluk "Nafas" kerana tlah berjaya melaksanakan perintah Allah dengan sempurna.."Nafas" merdeka kepada Sang Khaliqul Alam, namun begitu Roh maseh ada perjalanannya iaitu merentasi persoalan Alam Barzakh menunggu Akhirat dan kembali. Sementara Jasad maseh ada perjalanannya iaitu melalui kembali proses pembusukkan, pereputan dan pembangkaian sebagai Mayat atau Jenazah.

Perkara yang hendak ditekankan disini adalah "Hembusan" dari Nafas Terakhir tadi, jikalaulah "Hembusan" itu "Hidup" terakhir buat Mata kasar melihat Dunia, maka inilah akhirnya. Orang Lama tidak menggunakan perkataan "Tiup" sedangkan hal yang buat Dunia ini Qiamat adalah melalui siren ataupun semacam signal dari Israfil yang "Tiup" sangkakala.
kenapa?

simple, kerana Hembus itu datang dari Hidung, bukan dari Mulut. berbeza maknanya walaupun dua saluran itu datang dari sumber yang sama. saat kita muntah bahkan bukan sahaja Mulut yang menelehkan sisa tak diingini itu, namun Hidung juga..bahkan dari sesetengah scenario luar dari kebiasaan, dari celah mata pun ada mengeluarkan semacam cecair yang kadangkala memedihkan mata sendiri, dan kita yakini bahawa itu datang dari sisa yang sama juga.
walaupun begitu,
berbanding 7 macam saluran yang rata-ratanya mengeluarkan atau tinggalkan sisa kita panggil Najis.

seperti Hidung..ada taik Hidung, Mulut yang ada taik gigi, Mata yang ada taik mata, Telinga yang tak dikorek maka ada disitu taik telinga, atau pengantara kita iaitu Pusat yang ada juga terdapat Taik Pusat, Kemaluan Hadapan atau Qubur yang ada tinggalkan Najis yang kita panggil taik juga, Jubur atau Dubur yang semestinya penguasa sekalian sisa Taik.
ada satu lagi macam Najis yang hari-hari kita perlu bersihkan tanpa kita sedar, bahkan tiap kali solat pun disuruh berwudhuk..
dimana?
itulah Kulit. yang ada Daki padanya..itu kotoran Najis atau Taik paling micro atau seni rupanya.

dalam menyedari itu, apa kita ini "suci" sangat ke? atau mereka yang sudah separa-separa sakit dan paranoid dengan kekotoran, apa jijik sangat ke ciptaan Tuhan amanah kan pada kita ini?-maka biarlah itu jadi "Iklan" untuk menjana kembali machine berfikir paling dalam mengenai saluran paling tipis dan atas iaitu Hidung.

berbalik pada isu utama mengenai Hembus tadi,
makanya anda tahu secara kasar bahawa apa sahaja yang kotor dan jijik itu lah Bangkai, Mayat ataupun Jenazah.
andai lah Bangkai itu benar tak bernyawa, maka kita sudah faham apa ambe maksudkan pada "Mati" dan "Hidup" berkali-kali tadi..

maka berbalik kembali pada Akar usul bicara ambe seawal tadi mengenai fiksyen dan non fiksyen bilamana menyaksikan ia diatas kesedaran yang Nyata.

jika ambe ambil Nyata sebagai digit TOTAL, maka Fiksyen dan non-fiksyen boleh sahaja jadi bilangan jumlah kisah yang ada sementara ia dirujuk pula kepada "wakil penguasa" yang Tambah,Tolak,Bahagi ataupun Kali.

andai Tambah dan Tolak adalah Bismillahirahmanirrahim.
maka Kali dan Bahagi adalah Saddaqallahulazim.

kerana Tambah itulah Ar Rahim..yang menambah Kaseh pada diri menjadi lebih kuat dan banyak jumlahnya.
Tolak itulah Ar Rahman..kerana nyatanya itulah Kemurahan, beri dan tolakkan apa sahaja pada orang lain agar jumlah besar itu didapati walaupun keadaan yang tertentu membuatkan ia tidak diperbolehkan. contoh: jumlah pertama yang kecil, tak boleh ditolak pada angka yang besar, namun jika jumlah pertama itu besar, ia boleh ditolak pada angka yang kecil bagi mendapati jumlahnya..

apa itu bukankah Ar Rahman dan Ar Rahim yang datang dengan Nama Nya?

sementara Kali pula, ia tak kira apapun jumlah maseh dapat memberi kan Jumlahnya walaupun usaha itu perlu guna khidmat Tambah dan Tolak. itulah Keagungan atau Azim buat Kali..

pada Bahagi pula, ada undang-undang tertentu padanya. Anda boleh Bahagikan jumlah pertama yang diluar itu selagi jumlah yang berada didalam column pembahagian itu besar untuk dapatkan Jumlahnya. disini ke tiga-tiga kuasa diperlukan bagi melahirkan Jumlahnya..Ada kerja Tambah, Tolak serta Kali demi membahagikan ia sama dan rata.

sementara naik turun sesebuah perkembangan Agama pun ada Bade' atau persalinannya, Peristiwa Prang berperingkat, Usaha Dakwah Nabi pun ada pasang surutnya.

andailah column rumus sifir itu ada dua pada asasnya, maka kita tahu itu hubungan "Muhajir" dan "Ansar"..
dan realitynya tak semua Muhajir atau Jemaah Dalam Masjid betul "ngam" dengan Ansar atau Jemaah Luar Masjid, dah tentu-tentunya ada penambahan, penyingkiran, pembahagian ataupun pengandaan.

12 orang Muhajir di "X" dengan 2 Ansar maka Nyatanya pada Jumlah adalah sama dengan 24 orang.
12 orang Muhajir di bahagi dengan 2 Ansar maka Nyatanya pada Jumlah adalah = 6 orang.
12 orang Muhajir di tolak dengan 2 Ansar maka Nyatanya pada Jumlah adalah = 10 orang.
sementara 12 orang Muhajir di + dengan 2 Ansar maka Nyatanya pada Jumlah adalah=14 orang.

yang jelasnya disini kita tak payah ndak bandingkanlah kerja Muhammad, Isa, Daud atau Musa.
atau persoalkan Mazhab Maliki, Hambali, Hanafi ataupun Shafie.
persoalkan dimana pemahaman anda terhadap apa anda lakukan terlebih dahulu, jadikan itu contoh utama buat diri sudahlah.
kerana payah untuk kita faham diri mereka yang dah tak ada, maka lihatlah diri sendiri yang maseh kelihatan ada.
atau bertanya pada ambe dari mana ambe belajar dan tahu ini semua, ia tercetus dari diri sendiri.
andai ambe sesat, bantulah ambe yang maseh bodoh dalam apapun hal, malah stagnant terhadap kesunyian sendiri.

yang bukanlah ahli Matematik yang mahir dan pro, dan waktu ambe bersekolah dahulu bahkan ambe pun fail dalam Matematik Tambahan. kerana bagi ambe itu sudah complicated. maka setelah ambe menerima pencerahan begini berdasar penelitian sendiri dalam membuat hubung kait antaranya maka dapatlah disimpulkan begini..mungkin sebab dahulu ambe pernah dikhabarkan, yang ciptakan sifir dan matematik itu orang Islam juga. maka tidak menjadi salah rasanya andai kita relatekan ilmu ini yang sudah mestinya datang dari sumber yang sah iaitu Quran.

bilamana itu pula sesudah kembali ke sekolah tadi, maka kita lihat hakikat sebenar BESAR nya ilmu Sifir yang Bodoh kita langsung perlekeh-lekehkan bila ada orang macam ambe maseh berbilang-bilang dengan tangan sambil terkumat kamit mulutnya membaca serapah nombor.

bahkan anda dan kita telahpun yakin dalam diam bahawa fiksyen dan non fiksyen ada dan wujud subur diantara kepercayaan kita sendiri..

Dunia-Akhirat dan pengantaranya iaitu Nyata. adalah yang sama seperti memahami Sifir tadi.

kita menduniai Dunia kerana orang kata begini sedap dan begitu edan kemudian yang bercanggah itu lah Nikmat di Dunia..itu sebenarnya Non Fiksyen. kerana Nyata kita berdiri dan lihat kan BENAR, DUNIA adalah Syurga Nikmat. dan Akhirat hanya Fiksyen.

sementara Akhirat yang mengarut ditunggu dari dahulu hingga kini apatah menurut orang dulu kata ia adalah begini dan begitu, rata-rata dari kita tak nampak kenyataannya kerana jelas ia tak nyata..kata kitalah. maka itulah Fiksyen, Dongeng, Khayalan dan sengaja dibuat-buat dan ditakut-takutkan macamlah cerita Hantu dizaman kanak-kanak..kemudian kita sendiri jadi Paranoid.

Syukur ambe dari 3 tahun dahpun menggilai cerita Hantu, Beetlejuice, Demons, The Shining dan Night of The Living Dead menjadi mainan bagi ambe. walaupun ambe tak tahu apa melainkan minat ajalah.. Hingga ambe sendiri menyaksikan Hantu sebenar dengan mata sendiri. Maka ambe tak perlu rasanya ditakut-takutkan dengan cerita-cerita yang entah tukang cerita tu dah yakini atau belum setelah tengok sendiri.

wallahualam.

namun dari pengajaran yang diajar dan diasuh oleh budaya Hantu sejak 3 tahun dahulu buat ambe malah lebih takut pada Manusia yang pandai berkata-kata, pandai berbuat macam-macam lakunya yang unpredictable atau tak terjangka, yang kedekut dan sombong atau lupa diri bahawa kenyataan yang bukan fiksyen itu sebenarnya kita teramat takut menyaksikan kebenaran.

dan atas alasan itu bangkitlah Zombie atau Bangkai Hidup dari pada memilih jadi Manusia yang sudah tahu dirinya selalu Kotor dan Hina. maka mereka pilih option kehidupan yang non fiksyen sebagai panduan dalam diam mereka yang diam diam, dan mengapplykan "prinsip" fiksyen Agama kerana itu dasar orang ber "Agama" hari ini, mungkin bila orang ramai tahu kita tak ber Agama orang akan kata kita ni bodoh kerana tak ada pegangan, manakala pihak sebelah itu menyokong kerana mereka menuntut Bebas.

Bebas apalah yang bebas selagi anda sendiri salah dari Satu orang antara beribu yang degil dengan Karma Alam yang Tuhan yang jadikan dan Sunatullah yang Tuhan dah tetapkan.

kalau dahulu ambe pernah terbitkan satu artikel mengenai Angan dan bagaimana Angan itu dapat membantu kita hingga membebaskan kita hingga lePAS dari ikatan ANGAN menjadikan apa Dongeng menurut Khayalan serta pemabukkan Angan itu satu kenyataan. maka ambe seru dari antara pembaca, berubahlah dan berjuanglah demi kebaikkan bersama yang bukan dari fikiran kita semata-mata, namun pemikiran Tuhan sendiri yang pastinya kita sendiripun tak mampu lakukan kecuali akur kelemahan dan kurang diri dalam melaksanakan Amanah Tuhan sebaik-baiknya tanpa ada terfikirkan dan beri anugerah sendiri kau buat jasa baik hari ini atau esok.
walaupun begitu, basic kehendak kita adalah tetaplah ber Pasangan. maka lePAS-kan lah dari ANGAN agar ia lebih bererti tanpa ada lebih atau kurang disebabkan semua itu Rahsia Khabir Tuhan.

akhirnya disini, fahamlah bahawa Dunia dan Akhirat itu ada kita dari antaranya, yang mampu merubah dan melaksanakan serta merubah nasib sebelum ia ditentukan semutlaknya.
mendengar dan belajar dari Sejarah agar orang terdahulu yang sudah menyaksi dan yakin pada Akhirat.
kita berdiri sebagai apa? Palsu ataupun Nyata.

Jika ia belum Nyata, buat lah sampai ia jadi Nyata terlebih dahulu.
jika ia sudah Nyata, dimanalah kerjanya?..paling kurang dan bodohpun, ambe dah curahkan disini. kerana ia memang Nyata dihadapan mata anda yang sudi membakar anak mata demi secangkir Sahur Jiwa yang Nyata buat hari ini...

KBD