Sunday, July 31, 2011

Bahang Puasa

bila masuk Ramadhan sahaja ada-ada sahaja lah sms seperti:
"Hi I'm Ramadhan..bla bla bla..minta maaf dan selamat beribadat dan berpuasa"..

ia adalah seasonal sebenarnya, bermusim.. dan penghantaran sms itu rambang atau pukal.."tanda ingat",
itu sahaja jika tanya pada ambe lah.

sementara ambe, hanya hantar sekeping sms ringkas dan sms pada sahabat yang mana ambe ingat dan sering bersama selama ini.
dan ambe tak perlu tunggu template atau pantun sms bodoh-bodoh seperti selalunya, ambe wajibkan diri bahawa apa ditulis dari diri sendiri biarlah seburuk mana bahasanya.

telan serta hadamkan lah maksud sebenar Ramadhan,
lihat serta perhatikanlah amalan di bulan ini,
berpuluh ribu jutaan masjid dibina serata dunia, yang hanya Ramadhan, Eid Fitri, Eid Adha, Maulid dan Solat Jumaat sahaja dipenuhi kerana dibulan lain kita akan disibukkan kembali oleh urusan Dunia.
itu kah Agama yang dikatakan Cara Hidup?

bagi sesetengah pengabdi Masjid, mereka akan katakan salah, bagi sesetengah jemaah luar Masjid, mereka akan katakan ada benarnya.. benar mungkin kerana urusan Dunia itu agar ada barangan berguna dengan harapan dibawa Harta itu agar diinfak atau korban kepada Akhirat.

kita lihat pula pada institusi rumah tangga yang dimana isinya sememangnya ada Suami dan Isteri, rumah pula diibaratkan "Masjid",
jika tanggungjawab seorang Suami itu mencari rezeki dan berusaha untuk menampung atau menunaikan hak Isteri yang mungkin dirumah perlukan ini dan itu. Suami lah Jemaah Luar masjid, Isteri itu lah Pengabdi didalam Masjid.
namun kemuliaan yang priority itu pada Suami bilamana sudah pulang kerumah.
yang berkuasa itu tetap Suami.

konsep sebegini pula di apply pada sistem pemerintahan, jika "Suami" atau Raja berpergian ke mana-mana luar dari tanah taklukkannya, "Pemangku" dilantik agar memain kan peranan, Sang "Permaisuri" menilai serta membantu "Pemangku" tersebut..jika ia tidak ikut Suaminya berpergian.
secara Hakikatnya, memang Permaisuri lah wakil sebenar Raja tersebut(andai maseh belum ada Putra yang sudah baligh umurnya) walaupun maseh memerlukan Lelaki untuk mengaburi pandangan kasarnya.
kerana kita tak boleh nafikan, Isteri itu adalah Maruah atau Lambang Nafsu bagi sang suami,
andai Isteri buruk tingkah lakunya, yang buruk sebenarnya itu Suaminya..
andai Mulia Budi Pekerti serta rendah diri dan tegas lakunya, itu tetaplah cermin pada Suaminya..

bulan yang akan datang ini, yang mungkin sahaja tradisi anutan yang berkadar ikut-ikutan.. jika tak dibuat, maka janggal lah. dibuat pula, tak tahu menahu apakah sebenarnya tujuannya dilakukan begitu.
ambe harap dapat dipecah kan lah pemikiran yang singkat, dengan luaskan sedikit kadar pengetahuan kita selama ini, yang sudah set kan di otak bahawa Puasa ini orang Islam sahaja yang lakukan.
ambe baca berpuluh bahkan mungkin beribu kali Rukun Islam, kemudian Naskah-naskah lama Buddha, Kristian ataupun Juda.. ambe rasa lebih-kurang aja dengan Agama lain jika kita sekadar baca ikut apa ditulis kan itu:

pertama, Mengucap Dua Kalimah Syahadah..Apa Hindu, Buddha, Kristian, Juda dan lain-lain Agama tak ada ritual mengucap atau berikrar dengan janji dengan penyaksian diri bahawa Agama ini atau itu benar sebelum menganutinya?

kedua, Sembahyang 5 waktu..Apa Buddha tak ada Sembahyang pada Patung atau Idol nya? Kristian malah ambe pernah terlihat cara sembahyang mereka mirip dengan orang Islam Solat.. bagi mereka yang baru mengetahui akan hal itu sudah pada kacau fikirnya, difikir keras apa pula beza nya dengan kita jika benar Islam ini Agama yang berada di titik akhir kewujudan Muhammad Bin Abdullah.

apatah menyentuh hal ketiga, Berpuasa..Apa selama ini anda diajar untuk Diet itu bukan miripnya dengan phase kanak-kanak agar dididik mereka untuk tahu bagaimana berpuasa ke? atau ndak membuktikan betapa abdi orang beragama lain berpuasa juga demi mensucikan roh dalaman mereka, kamu tanya biksu atau sami atau paderi akan Puasa, semua dari mereka itu ada dan pernah mengamalkan Puasa.
apa bezanya dengan Puasa kita?
kerana ia satu Bulan yang Khususiah yang ada Tarawikh dan diakhiri dengan Hari Raya?

ambe kira jika setakat kita meletak Puasa kerana kita Islam, itu tak cukup.. Kamu Puasa kerana kamu ndak jadi orang yang Islam. baca betul-betul ayatnya, itu berbeza maksudnya.

Pertama bagi ambe mengertikan Puasa dari dahulu hingga kini, beza orang Islam adalah memerlihara Puasa mereka kerana Malam itu ada Tarawikh dan disambung amalan sendiri. Hari esok itu dibiarkan esok sementara sepanjang hari yang akan anda mulakan Puasa ini adalah tumpuan khasnya.

Jika Tarawikh dahulu Nabi amalkan bersama Sahabatnya dalam kadar berjamaah, maka amal Malam itu amalan sendiri. terserah apapun amalan seperti mengaji quran, atau berzikir..amal Malam itu menentukan siapa sebenarnya diri kita,
jika bangkit tidur itu malas setelah tarawikh dan kita setakat bangun beberapa jam sebelum Bersahur, itu rugi dan berbohong.
kenapa ambe katakan ia rugi? kerana solat tarawikh itu anda lakukan beramai-ramai, manakala amal malam itu anda sendiri..anda dengan Tuhan secara jelasnya.. ketepi kan soal Wajib, Sunat atau Harus. itu sekadar indikasi merujuk apa yang Utama, Penting dan Segera dalam satu ketetapan.
yang ambe hendak utarakan adalah dimana kemahuan serta kehendak kita?
jika anda berdalih dengan berbagai alasan, itu maksud ambe "berbohong"..disebabkan kita sebenarnya mampu lakukan dan tunaikan, hanya kita lembik atau malas didalam menyedari betapa teruk Nafsu dibantai sepanjang hari.

jadi, apa makna ber Puasa memandangkan anda menghabiskan masa malam untuk tidur?
setahu ambe, tidur waktu malam itu sunnah khusus buat yang sudah beristeri atau bersuami..tidur sunnah lain yang pernah diketahui ambe itu antara Zohor ke Asar..lain lah bagi mereka yang sudah kepenatan, di harus kan rehat atau SAKIT..pada yang suka benar menjawab tu, SAKIT apa? anda tahu penawar SAKIT HATI itu hanya diselesaikan dengan ketenangan, ketenangan yang banyak ada dalam beramal..jika logic difikir, beramal diwaktu siang, semua sibuk..anda dihubungi telephone, anda dipanggil untuk ke sini atau kesana atas urusan kerja..namun Malam? mana ada, kan?

kerana itu lah adanya Lailatul Qadar, yang dimana sebenarnya Malam kejadian itu hanya sendiri yang tahu bila, tak akan sama dengan orang lain.. Dah namapun Malam(Laila) Ketentuan(Qadar)..
dan seringkali Malam itu lah biasanya diceritakan keajaiban suasana yang ditelan sunyi, semua Pokok seolah-olah Tunduk, angin dingin menyapa baik, bintang jelas kelihatan bagai cahaya lampu-lampu sebuah bandar besar dari pandangan jauh seumpamanya dari berbagai lagi penyaksian orang-orang lain yang terpilih, namun realitinya kita maseh diatas permukaan bhumi. anda sendiri..

buat ambe yang pernah, ambe faham jelas serta yakin bahawa itu lah yang dikehendaki Allah bagi kita semua, menidakkan apa sedang ada, atau mencurangi Dunia agar dibawa ke kampung Akhirat yang jauh lebih abadi.

disebabkan itulah ambe tak runsing dengan susah apapun, walaupun diketika itu memang nampak mengeluh atau marah, ambe maseh lah membantu orang lain agar gembira dengan apa mereka inginkan..masaalah ambe hanya dengan diri, yang lapar bila perut kosong..namun Tuhan tlah jamin saluran Rezeki Nya datang dari sumber yang menghairankan adakalanya, bila duit dah tak ada, ambe mohon belas ehsan dari sahabat, rakan atau kawan..tak semua mengambil kesusahan ambe sebagai masaalah yang perlu dibantu, iya..ambe beralih arah ke tempat lain dengan harapan Tuhan celikkan mata mereka pada melihat Rahman dan Rahim.
sedangkan permulaan Hidup pun Sudah jelas Bismillahirahmanirrahim. Tiada "dengan Allah" mustahil ada "Ar Rahman" atau "Ar Rahim".. anda baca bismillah didalam tiap ayat anda baca, apa anda amalkan diatas Kemurahan Allah atau Kaseh Allah di hari ini?
jawapannya sangat menyayat hati ambe untuk mengungkapkan, memang jelas ambe boleh sahaja mohon bantuan dengan Keluarga untuk perihal "Pinjam Duit" namun diakhir cerita, Keluarga Maseh dan tetaplah Keluarga.
walaupun moral orang kita hari ini yang sengaja tidak halalkan makan minum hingga mati, ambe tak percaya orang dahulu budinya begitu, alangkah cara berbahasa mereka pun begitu berhati-hati dan sangat "dalam" maknanya..berapa lama bagi kita yang payah berbahasa baik untuk himpun,susun dan sampaikan ayat-ayat berbentuk pantun atau puisi yang "dalam"?
sudah pastilah memakan hampir berbulan bahkan tahun bagi memahami setiap kata agar indah nya rupa untuk dikhabarkan.
maknanya disini, beza orang dahulu dengan sekarang begitu kuat berkira, tamak nya kalahkan qarun, lahap kalahkan babi..sedangkan di akhbar sahaja sudah bertempel-tempel kisah-kisah yang menyayat hati, alasan kita hanya mampu ucap "kesian" kemudian beralih muka surat lain..itu-lah reality kita sekarang.

dan mengenai Tujuan "Pinjam Duit", memanglah perlu dibayar dari sudut akadnya, namun begitu jika benar Agama Islam ini bersaudara..berkira? ambe tak fahamlah macamana. Kristian melabur berpuluh ribu atau mungkin juta ke seluruh dunia bagi usaha Fundraising mereka terhadap orang cacat, anak yatim, orang tua dan sebagainya.. kita maseh sibuk repair Masjid dan meng-IT kan Masjid, padahal MANUSIA itu sendiri sudah canggih dari Computer, Projector ataupun visualisasi mereka.. yang cipta itupun maseh Manusia, ilham dari Alam Ciptaan Tuhan.
sebak pun ada, fed up pun ada..bila melihat berkeliaran "Usaha Agama" orang Islam bodoh hari ini yang membina Madrasah Anak Yatim dan memburuh kan Anak Yatim agar kononnya ber Khidmat untuk menampung belanja Madrasah itu..APA yang ndak orang Islam seperti itu buktikan pada Dunia sebenarnya??..

kejadian tersebut sudah berkali-kali berlaku pada diri ambe,
terutamanya sesudah ambe keluar dari kedai buku Pustaka Seri Intan dan datanglah anak-anak yatim menjual minyak urut, sambil memegang fail Madrasah yang hendak ditampung perbelanjaannya.. ambe tanyakan adik itu, "mana ustaz yang tinggalkan adik?"..dia takut-takut untuk tunjuk, katanya nanti dimarah.
bila ambe rasuahkan duit padanya agar digunakan duit ini untuk makan dan minumnya, baharulah dia toleh ke arah belakang mengarahkan diri pada van buruk disudut tempat parking,
ambe angkat muka padanya yang kelihatan begitu gaduh dan cemas..start engine kemudian hilangkan diri.

ITU ISLAM BAGI KITA HARI INI???

ambe lelah untuk dengar orang jawab pada ambe bila balik dan kongsikan hal ini melalui telephone atau chat ataupun perbualan biasa antara rakan karib atau kawan college. sebabnya ambe akan dengar orang kata "kita kena faham, mungkin itu dan ini"..bagi ambe yang pentingkan apa ambe saksi itu, bila orang jawab dengan andaian bermacam-macam itu pun sudah fail. kamu soalkan ambe hal lain yang sudah pasti bercabang-cabang hal nya, berbagai-bagai kerja dan cara penyelesaiannya..
ambe sampaikan satu contoh, cuba lah sampaikan pendapat. bukannya andaian atau persoalan lain.

jika benarlah, "kita kena faham"..cuba fahamkan maksud ANAK YATIM, yang Baginda Rasul begitu berkeras tuntut agar dimuliakan. hingga ada satu Surah Khas buat mereka. Surah Al-Maun.
baca dan faham maksud itu sebelum kita suruh orang lain bersangka baik pada ketetapan yang jelas buruk dan hancur kan Islam sendiri.

syukur bagi ambe yang maseh diberi peluang dan ruang untuk menulis, dan menyampaikan bahang kepanasan Ramadhan yang sememangnya kita perlu pisahkan dengan kehidupan cara senang dan mudah didalam sengajakan diri agar berkeringat,susah payah dan menikmati Letih atau Penat sepanjang bulan ini.. telanjangkan diri anda dari segala pangkat atau darjat kerana bukan sahaja Raja,Menteri,SUK,Setiausaha Sulit atau apa-apa lagilah pangkat, Tan Sri, Dato, Datin atau Toh Puan..dibulan ini SEMUA SAMA.

anda Buruh kepada Tuhan..kalau sudi bagi anda menjadi Hamba Allah la..

andai Puasa belah pagi hingga Petang sudah pada lahap membeli juadah Nafsu di Bazaar melampaui keperluan, sudah-sudahlah berlagak macam orang Islam. ada baik anda Kafir teruslah..tak payah nak rosakkan Agama Islam, ataupun Agama lain.

bagi ambe yang sengaja berbahasa kurang ajar, lebih gemar sengaja perasankan diri ambe adalah Pendusta Agama dari JADI PENDUSTA AGAMA yang sebenar,
melacur mulut agar reti bahasa bahawa istilah "Hamba" bukan sekadar cakap.
dan menjadi ketua, hakikatnya adalah sebenarnya Kuli Batak bagi sekalian Hamba.

Berlagak apa nya?
kamu besar sangat ke dalam bahang Puasa ni?

KBD