Wednesday, August 17, 2011

Tok Dalang Merepek!

hari-hari anda mendengar kawan anda merepek, sanak saudara, kerabat ataupun adik beradik ataupun ibu bapa anda sendiri bahkan merepek..apa ambe beritakan inipun sudah subur dari antara pembaca menggelarkan "merepek harian" dari Ku Bad atau R Badruddin Hakim Shah atau Mandalika atau apa-apa lagi lah gelar nama yang tetap mengarahkan kiblat kutuk itu pada ambe juga akhirnya..

namun diatas sebab apa agaknya kita merepek? kerana apa sebenarnya kita merepek? lalu apakah maksud merepek?
walaupun secara rasmi perkataan "merepek" itu mungkin ada maksud atau tiada termaktub dalam kamus Dewan, anda carilah jawabnya.

sungguhpun itu merepek ada sinonim atau persamaan dengan mengarut, diambil dari "Karut"..

berceritera mengenai si Tukang Karut ini, sebenarnya menarik. walaupun sesetengah dari anda KURENG MINAT lah Dikir Barat ni, atau TAK FAHAM lah apa depa Karut kan..itu semua masaalah anda pilih sendiri.
namun di artikel ambe ini, bakal diterangkanlah beberapa sebab mengapa ia Harus menarik.

kebiasaannya menjadi Tukang Karut ini, kerjanya mengarut dikhayalak ramai sambil diiringi Tok Juara berserta "Awok-awok/awak-awak" sebagai latar belakang suara. Rangkap demi rangkap berbalaslah antara mereka, adakala ambe perasan ada macam sedikit tirulah orang Negro hari ni bikin Rap berpuak-puak..namun lantaklah, masing-masing tetap punya corak Budaya tersendiri. akan tetapi mendalami diri Tukang Karut itu sendiri, yang sering ambe ibaratkan sebagai orang tua yang tak sedar diri, gila serta nyanyuk.

dan itu bahkan ambe sengaja gambarkan buat cermin sendiri atas sebab dasar menjadi Tukang Karut yang lebih-kurang sama seperti ambe, yang "tak sedar diri"..suka mengata dan kutuk orang teruk-teruk sahaja, Perasan Tua sangat padahal baharu aja setahun jagung dan hingusan usianya, yang gila kerana sering sahaja dianggap makhluk Pelik dan Nyanyuk dalam mengingatkan diri ini yang sebenarnya banyak kurang, patut duduk diam-diam muhasab diri dari bercakap banyak.

mengheret Jasad diri ambe yang memiliki berpuluhan dan Jutaan Cell sampai Organ-organ tertentu bagi kerja tertentu, hingga mengisi Air pada System agar Seimbang, berisi Tulang sebagai Framing bagi Structure Badan, Urat-urat berselirat dimana-mana sebagai Wiring Tubuh dan kemudian memadukan Darah sebagai Kandungan Badan yang paling penting..bukan satu kerja senang.
apatah dalam Perut ini berisi beribu macam jenis makanan dan minuman yang ambe jamah selama hidup ini, ada Spaghetti 2 tahun lepas yang tidak mustahil pun jika ambe kata maseh ada walaupun setitik susuk Spaghetti, ataupun Biskut Bayi ketika ambe kecil dahulu dan yang paling jelasnya barang yang mungkin sahaja "tak dihalal-kan" oleh Kawan-kawan yang sudah bengkak dan maseh berdendam dengan ambe hingga ke hari ini..belum kita cakap pasal Arak dan Narkoba/Dadah yang tlah kita ambil "waktu Duluuuuuuuuuuuu"..itu semua tetaplah Taik belaka.

itu satu Kerja, tidak lagi menyentuh bab Akal yang kita ada, yang siang malam bekerja keras menerima dan berfikir atas hal-hal baharu dan lama,
Qalam atau Kata-kata yang kita timba selama berkomunikasi dengan Beruk, Orang, Tumbuhan ataupun Jin..itu memerlukan bahasa tertentu serta cara penyampaian tertentu agar sesebuah message itu di deliver dengan effective, bahkan anda yang slama ini baca garapan ambe, anda tahu lah berkali-kali ambe berkeras bahawa semua kata-kata adalah dari hasil karya Spontaneous ambe yang paling asli.

inilah "Pati" bagi segala Fikir ambe, yang diterjemahkan dalam bentuk konstruksi kata-kata..
bagaimana pula dengan Rasa? yang semua datang dari Hati, kerana penguasa atau Raja bagi sekalian Tubuh itu adalah Hati. Rosak setitik, maka racun lah semuanya.
atau Roh yang di alam Sedar atau Nyata ini menjadi Driver pada Jasad membawa kemana sahaja, melakukan apa sahaja atau mengawal pergerakkan.. itu pun kerja Berat.
kemudian Nafsu yang ada Syahwat, menyentap naluri dan keinginan Seks sebagai seorang lelaki atau wanita, nyatanya memanglah berbeza..yang hari ini kita tengok dimana-mana sahaja,orang akan kata begitu "mudah" lawan Nafsu serta bendung Syahwat ini.. sedangkan ia satu kerja yang sangat berat.

Lapar walaupun kita tahu Puasa ini bukanlah sehari 24 jam itu kita diwajibkan Puasa, malah hanya separuh hari sahaja.. Subuh ke Maghrib. Ramai je orang Tua yang berbohong pada diri sendiri sedangkan anak-anak muda serta kanak-kanak lebih malah Jujur sesama masyarakat, lebih sedia tahan maki dari Pakcik dan Makcik yang "Beriman"..
di shopping complex dimana diantara celah-celah orang Cina atau India di sini, dan kemudian anda terkesanlah ada beberapa gelintir orang Melayu yang Islam makan dengan slumber..

Tindakkan kita hari ini selalunya cemuh dari jauh aja,dah namapun masyarakat yang "prihatin" lah kan?
maka dengan teknologi terkini, ambillah gambar melalui handset yang ada camera kemudian post di blog mereka agar KONONNYA "inilah orang Akhir Zaman" dan membuat inferent atau ulasan "tersendiri" orang jenis ini Tuhan laknat kerana melanggar dan tidak respect atau cemarkan nama baik Islam. Tajuk BESAR seperti "RENUNGAN" megah terpacak di artikel nya.

maka respond comment orang ramai yang sering ambe baca itu adalah seperti "Ya Allah, ampunilah mereka", "MasyaAllah..teruknya pemuda sekarang" dan seumpamanya lagi lah yang menjelakkan mata ambe agar memecat diri untuk berbuat pelbagai andaian dimana-mana laman blog ambe kunjungi, bahkan lebih siap untuk ajak berantam saja..beri sedikit Api dan sindir aja orang yang "rasa" Niat dia dah Baik sangat lah tu....hingga hari ni ambe tak dapat terima mana la kenapalah ungkapan-ungkapan macam Doa tu kita tabur di comment box atau status, andai tujuan kita ndak orang lain berdoa sama-sama, maka buatlah proper sikit..bagi kebanyakkan orang mungkin tak perasanlah hal ni, namun ambe perasan hal ni hingga rasa macam "Tuhan" yang mereka sangkakan itu pun ada Account Facebook. dah macam-macam dipintanya..

hakikatnya, kita tak tahu sebab orang-orang hari ini berbuat begitu kerana apa.
Pasti diantara sebabnya adalah mereka tidak diberikan penerangan yang mendalam, friendly dan effective agar difahami setidaknyapun.
Bagi yang dah faham tapi sengaja buat tak faham tu pula, ya..ambe mengaku, orang se Agama dengan kita sepatutnyalah disedarkan dan ditegur dengan fatonah/bijaksana. tapi bukanlah dengan mengutuk dari belakang itu main solutionnya, anda panggil ia RENUNGAN sedangkan ia hanya berakhir dengan tenungan sepanjang hari, jadilah Katak yang bising duduk dibawah tempurung..

Soal cemar nama Islam atau Orang Akhir Zaman, apa anda yang kutuk orang tak puasa itu bukan kah tergolong sebagai orang Islam juga? yang turut berpijak di reality Akhir Zaman..berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya..

Apa perlu dibuat? jangan tanya ambe.. tanya diri jika anda bersungguh bagai ndak gila menjaga Girlfriend atau Bakal Suami..kenapa risau itu tidak disungguhkan sama treatment nya? anda belajar Agama dan mengenal Islam dengan cara yang paling mudah, ndak Quran sudah ada Buku mengenainya, ndak mengaji Iqra pun ada semua dah tersedia..

apa kesusahan kita relakan demi Kaseh itu benar sudah ada? checklah diri. kerana Ikhlas dicapai dengan berbuat baik,
hanya kita dan Tuhan sahajalah yang tahu. serta menjadi orang Ikhlas, itu kita dah jelas tidak setanding tuntutan apapun barang agar dibalas kecuali Budi yang semestinya dibawa mati.

kebanyakkannya-lah ambe tengok hari ini, HUKUM jadi satu perkara penting bila ber Agama Islam.
kalau macamni HUKUM nya apa? macamtu HUKUM ni apa?
kita yang dahulu bacul, pengecut dan penakut kerana dah sedar banyak buat salah dengan Tuhan akhirnya terima Hidayah dengan senang lenang kemudian sengaja TAKUT-TAKUTKAN orang lain yang baharu ndak balik pada Tuhan.
itu yang sering nya dibalas..apa dah jadi dengan Kemaafan yang Allah taala sudah Siap menerima kamu itu diatas nama Maha Pengampun lagi walaupun macam celaka perangai kita yang tahu dah dulu, ikut mana-manapun Hidup ada relation dengan Tuhan yang maha Ghaib.

yang patut ditimbulkan melalui HUKUM itu Bimbang dan Berjaga-jaga agar tidak terjebak dengan Penyakit Was-was. bagi fahaman ambe, itulah.

maka pengajaran ringkas disini hanya satu..TAK PERLU NAK BERLAGAK SUCI dengan kerja bodoh iaitu menuding jari situ dan sini tak betul. Check Diri sudahlah..

hal sebegitupun sudah dari kita tidak lepas dalam kehidupan. lantas berani pula katakan "Hidup ni Senang aja sebenarnya" dalam Menggawatkan hampir kesemuanya setelah itu Menyusahkan hal yang paling Simple agar jadi alasan tidak diamalkan, beri alasan itu ini padahal andapun tahu dalam satu hari, takkanlah tak ada satu ruang anda boleh fikirkan hal ini dengan jernih. walaupun 60 saat atau 10 saat yang aman.

selesai tiap kali bicara ambe pun, maseh ada yang anggap ambe "mengarut" sedangkan anda lebih awal dari ambe bahkan sangat teruk mengarut dalam tak sedar bazirkan masa untuk turut berfikiran "karut" seperti ambe..kalau anda pilih pernyataan ambe belaka sebagai satu hal "mengarut"..rekaan dan fiction.

itu terserah, bahkan kalau anda ambil dengan cara itupun tidaklah ambe kesahpun..setidaknya ambe dah curah Api dalam perasaan anda agar terbakar halaman Hulu Hati. moga dengan pembakaran itu sudah dari anda Peka sebenarnya Hati itu wujud dan Ilmu yang tak masuk akal ini lah usul dari pengamalan sebagai Orang ber Agama dan kenal Islam ataupun orang yang Ber-Iman..
Rasul atau Nabi atau Muhammad sebagai dirinya baginda, pun "mengarut"..
bahkan sebab "mengarut" kan Agama Islam lah rata-rata 90% umat ketika itu menentangnya. kemana sahaja baginda pergi, Prang Psychology atau Bathin tetap ada issuenya..dipulaukan atau diburu, padahal itu NABI dan itu RASULULLAH tau?
kita yang tercalar dengan kutuk orang pun dah mula berdialog ala drama petang-hari.
betapa LOSER nya jadi Orang Islam hari ni..langsung tak ada Keyakinan diri atau Self Esteem sebusuk-busuknyapun.

Mengarut ataupun istilah yang selesa bagi ambe gunakan sejak awal tadi iaitu "Merepek",
bagi pendapatan ambe yang sedikit dalam ber Ilmu,
ambe bersungguh benar bila "Merepek", atas Keyakinan yang melampau..Hingga sanggup merepek adakalanya dari berkata yang fakta aja oleh kerana sering sahaja ambe dikecewakan dengan menyampaikan pemahaman ambe secara lisan fakta.

ada lebih baik Merepek aja.. kerana ambe bukan Tukang Karut kerana ambe bukan ndak cerita hal Dongeng melainkan kisah benar sendiri,
atau jadi Tok Juara kerana tiap kali ambe menang sahaja, ada pula kekalahan yang lain..maka biarlah jadi Tok Pengalah dari menang selalu. ramai rasa ngeri agaknya bila di gelar LOSER..dalam masa sama mengalakkan LOSER punya spirit kekal di apply buat diri sendiri.
juga bukan "Awak-awak/Awok-awok", kerana Prahu ambe tlah lama dilubangi oleh Guru-guru ambe yang Gila-gila semuanya.
yang tak peduli apa orang kata, janji mereka tahu, ambe adalah muridnya dan hal tertentu disengajakan bagi pengajaran yang tertentu..

namun didalam mencari pengibaratan yang tepat buat diri ambe ini "siapa-lah" sebenarnya,
entahlah mungkin kerana hidup kita ini bukanlah satu kebetulan,
kejadian apapun berlaku atau pertemuan apapun bagi ambe malah jadi lebih Yakin bahawa tiada satu hal pun kebetulan melainkan itu sudah ketentuan,
ambe di gelar "Tok Dalang" oleh seseorang yang cukup istimewa, kerana didalam sesingkat waktu mengenal tlahpun diberi gelar sangat bermakna buat diri ambe..
semenjak itu makanya, hingga kini melekat dengan kesesuaian yang benar sama sekali. bahkan ambe ada mengarap semacam komik grafik dengan watak utamanya pun "Tok Dalang".

"Tok Dalang" yang khusus istilah buat ahli wayang Kulit yang melayani Beribu watak bayang-bayang bersama Hikayat,Riwayat,Ceritera atau Kesah yang berbagai-bagai mampu baginya sampaikan.

maka dialah "Pengumpat" paling buruk dibelakang tabir pernah anda andaikan.

dialah pengecut, pelacur lidah Apikalam paling teruk pernah Dunia dan seisinya saksikan, lantas kerana itu menjadi Punca Keredhaan mereka terhadap kekacauan Khabar Angin darinya,
Punca Kesyukuran diatas ketidaksyukuran dirinya yang bergelas-gelas Air liur sembang,borak,cakap banyak atau olah ribuan lagak serbatahunya telah diludahkan,
atau mungkin menjadi Punca Kehambaan, kerana setinggi manapun anda berlagak suci, berkasta atau heiraki..Tanah juga tempat tumpah segala Sumpah setia.

"Merepek" atau "Me-Al-Rafiq(nama Allah ke 23 bermaksud Maha Meninggikan-makhluk) itu lah maksud ambe sengaja rekakan, dan sudah jadi antara tasks penting dalam menyatakan ini antara kerja ambe.
kerana ambe faham serta yakini, ambe tetap Hamba pada semua dalam melakukan segalah perihal bersangkut paut dengan Usaha.. Tinggikan orang lain dengan cakap banyak agar mereka tahu, tujuan mengapa kita tak perlu cakap banyak..
kerana ia Bohong? atau kerana ia adalah Kebenaran?

nilaikanlah sendiri.

"Tok Dalang" mohon terus Merepek lagi pada masa akan datang andai diizinkan.

KBD