Thursday, August 11, 2011

kawalan Quality

dalam mencari quality, selalunya lah apa berlaku ialah kepentingan kita terhadap Usia seseorang.
kerana terlalu di compress oleh pemikiran bahawa orang Tua lebih berilmu diatas alasan kononnya Hidup Lama.

cuba faham "Hidup" kemudian dimana pula yang dimaksudkan "Lama" tadi ..
penantian sering dikaitkan dengan waktu, kemudian penantian panjang dipadankan dengan lama. maka Penantian paling menyeksakan selalunya Lama untuk mengindikasikan jarak yang dinantikan itu panjang sedangkan menyedari bahawa manusia manapun yang dikatakan bernasib baik-lah mampu merubah Dunia dalam membuat satu keputusan sahaja.

sementara Hidup mungkin dapat difahami atau diketahui dalam satu hari, kepada seseorang yang tahu dan yakin bahawa tidur mereka itu adalah sebuah butang reset yang besar dimana ia berfungsi sebagai pe "mati" diri dari kenyataan Hidup disebelah negeri sedar /conscious state dan faham bahawa ada satu macam kehidupan disebelah negeri tidak sedar/ unconscious sementara ada satu lagi keadaan perantara yang dinamai negara bawah sedar iaitu subconsious nation..

3 buah tempat kita akan,telah dan bakal dibawa dalam seharian. samaada kita tahu atau tidak ia pernah berlaku atau sedang berlaku pada kita.

pertama itu bila kita sedar. yang sepatutnya kita tahu dalam tahap kesedaran ini semua deria pendengaran, penglihatan, penghiduan, percakapan, pernafasan dan sebagainya datang dari pancaran indera kita ada pada tubuh kita berfungsi seperti hari kelmarin. dan disini amali sakit atau selesa terhadap haba atau hawa sekeliling jadi penentu bahawa kita tahu, disini panas sementara disitu sejuk. memory atau ingatan dari simpanan otak menyimpan semacam memory kemudian memberi sedikit imbasan atau preview kepada visual dalaman kita bahawa semua itu tlah di map. dari hujung kepala katil yang kita sedang terbaring ini hinggalah ke hujung mana visual dalaman dapat recover dari ingatan kita perolehi kelmarin atau semenjak anda berusia 3 atau 4 tahun. maka jadilah sebuah negeri yang sementara, kerana ada dari antara kita dah faham bahawa nyata ada mimpi kerana "aku ingat mimpi tadi seperti demikian..demikian..dan demikian..."

kedua adalah peringkat unconsious dimana kita biasanya tidak dapat kawal sepenuhnya dan mungkin ada yang sudah reti kuasai sebahagian dari negeri tidak sedar tadi. rata-rata memanggil kehidupan ini adalah mimpi kerana kita tak dapat lakukan atau lihat hal yang tlah berlaku didalam mimpi itu menjadi nyata atau reality oleh kerana fakta nya adakala pelik dan keterlampauan dari sudut imaginasi yang mampu dari kepala memikirkan kelogican nya.. dalam tidak langsung kita nak kenal, walaupun mulut kita bersungut "ah mengarut lah"..tapi tak dapat nafikan kerana semua manusia ada masa rehatnya, yang meng-hibernate melalui tidur sekejap/nap atau off terus separa sistem badan kita agar bermimpi lagi untuk berehat alasannya. jika tidak berehat maka timbul lah penyakit macam-macam, kata oranglah.

kemudian datang hal ketiga iaitu peringkat subconsious/bawah sedar, yang sebenarnya adalah dimana kita berada disatu situasi yang bingung, atau tidak tahu apa dibuat atau dicakapkan namun terkeluar. sepertimana yang berlaku di kemalangan jalan raya, rata-ratanya kerana hilang kawalan, maka fahami keadaan hilang kawalan itu kerana apa?
mungkin alasan kita, tak tumpu dihadapan, atau ternampak Lisa Surihani ditepi jalan maka focus dihadapan tidak dihiraukan beberapa saat maka GEDEGANG! berlaga lah kereta anda dengan kereta orang dihadapan kerana kecuaian.
kerana apa ambe sengaja reka kan subconsious ini sebagai Negara bukan seperti hal pertama dan kedua yang ambe indikasikan sebagai Negeri/State sahaja.

kerana peringkat subconsious lah penilai yang jelas samaada anda tersilap kerana terlalu sedar atau tidak sedar atau dibawah kesedaran. apa anda tersilap kerana sedar? kemudian mengulanginya lagi hingga dibawa kepada kesalah yang tidak sedar? atau sengaja membiarkan ia berada dibawah sedar tanpa mengetahui bahawa maseh ada satu macam lagi Dunia lain yang dipanggil Preconscious. dimana ini lah sebenarnya simpanan memory ingatan yang lebih lama dari itu hingga kita rasakan "eh..macam pernah lah".. atau dipanggil ia De ja Vu.

dan perihal De ja Vu inilah sebuah pengajaran kita akan keyakinan. Sesetengah kaki rempit yang tidak memilih untuk jadi mat rempit kalau bukan kerana kawan, akhirnya terikut-ikut hingga ke alam tidak sedar menyebatikan dirinya menjadi mat rempit sejati. kemudian berlaku semacam kejadian yang nyaris menamatkan Nyawanya. di tahap Pre Conscious inilah sebenarnya "Hidayah" bagi mereka, bila dah terlantar di katil ward ditengah malam tanpa siapapun menemani kecuali beberapa gelintir orang hebat iaitu nurse dan doctor, yang dia sendiripun tak kenal dan mungkin pernah aja mencalarkan kereta doctor atau berlaku biadab pada nurse di tengah jalan raya sebelum ini..

dimana kawan, sahabat ataupun teman baik?

dimana keluarga atau family?

dimana awek, pacar, girlfriend?

bila mereka dah tahu kamu dah sedar dan sudah stabil keadaan, mereka tak ada lagi ditepi katil anda menangis macam orang kena sawan. kamu tetaplah sendiri dimalam menjelang kamu sembuh total nya.
kalau adapun mungkin kerana itu 1st timer, masuk kali ke dua atau tiga..orang manapun tak larat nak layan karenah kamu.

ambe pernah berada diposisi atau tempat begitu, sebab itu ambe berani katakan. kerana ini lahir dari "pra-kesedaran" yang datang istimewa dari Tuhan.
chronology ambe, yang menghidap penyakit pengecut ataupun Anxiety Disorder, Costochondritis, dan tlah berulang alik di Hospital sebanyak 7 kali kerana dibawah pemerhatian pakar kerana katanya ambe disyaki menghidapi CHD (Coronary Heart Diesease) atau Angina kesan dari kemalangan yang menimpa ambe pada 2 tahun sebelumnya. Kerana menurut Doctor, ada kebarangkalian tinggi pendedahan urat Carotid Artery ditengkuk penghubung Jantung ke Otak yang nyaris terputus itu termasuk semacam kuman yang menghasilkan Plaque di dinding saluran arteri ambe.

Hingga berulang alik lah ambe dengan memperdengarkan pendapat Doctor di sini katanya begini, disitu katanya pula begitu dan sampailah ambe sendiri sudah pening dengan penambahan dan penyingkiran kemudian ditambah ubat lain didalam sistem ambe hingga pengambilan ubat jenis Sertraline bernama Zoloft atau Alprazolam bernama Xanax, Aspirin,Nitroglycerin-bila sakit sangat, Beta-blockers dan macam-macam lagi lah hingga ambe perlu satu bag pouch khusus untuk bahagi mana yang perlu makan pagi, tengah hari dan malam, atau mana perlu makan seminggu 3 hari dan sebagainya..

hari-hari, selang beberapa hari atau tiap kali di admitted ke rumah kedua ambe, dah jadi hal wajib dikenakan procedure ECG-Electrocardiogram, pagi dan malam darah diambil atau MRI-Magnetic resonance angiography, TTE-transthoratcic echocardiogram dan sebagainya hingga orang hospital di tingkat ambe kenal ambe kerana ambe lah makhluk malam yang degil dan suka merayap keluar, jika tak larat, kerusi roda pun ambe heret untuk berada di lorong tingkat 7 Hospital Terengganu untuk menikmati angin pantai waktu malam..sambil mendengar leteran nurse tua yang baik belaka buatkan ambe lebih dekat rasanya dengan kak nurse berbanding "kawan" ataupun "girlfriend" yang juga antara symptom sakit ambe tanggung ini.

malah hingga hari ini, ambe lebih rindukan keadaan berada di Hospital dari berada di tempat-tempat ramai orang cuma berlagak tahu dan pandai serba apa sahaja mereka lakukan tanpa ada sedikitpun rendah atau sedar diri bahawa kita perlu orang lain untuk yang terbaik. untung hikmah berkali-kali di Hospital dengan berbagai kisah yang pastinya akan menyusul menerusi Apikalam ini.

namun disini lah "tamparan" hebat buat ambe, yang begitu loser, dan sangat cepat tersinggung dengan ujian Tuhan yang sebenarnya bukanlah ujian Tuhan lagi, malah hanya seruan untuk kenali diri ambe sendiri dan sedar bahawa ambe ni seorang penakut yang bacul. apabila berada disuatu sudut sebaliknya, benar sangat-sangat rasai betapa "tua" nya diri kerana penyakit-penyakit ini bukan penyakit orang berusia 19 tahun. jika hendak ikut fakta logic lah.. dan terbukti ketidakpercayaan orang itu bila ambe beritahu hal ini, orang cuma akan kata "stress aja kot".

hingga sakit dada yang ambe rasa sememangnya dari jantung maseh tergantung kondisinya, ambe pula dituduh sakit jiwa, dan kemudian dirawat berulangkali appoinment di Hospital Ampang Puteri dengan pakar Psychiatrist disana bersama tambahan ubat-ubat sedia ada menjadi bertambun-tambun didalam pouch bag ambe.
Pada awal ambe andaikan, appoinment itu sekadar untuk fahami Symptom penyakit jantung ambe. Namun setelah tiap minggu ambe seperti diwajibkan pergi jumpa Psychiatrist yang kerjanya sememangnya merawat orang sakit mental jadi semakin kerap dan malah menjengkelkan ambe.

anda bayangkan andaikata Sakit ini berada ditempat anda, yang anda sendiri Nikmati bagaimana Jantungmu digenggam oleh satu tangan ghaib hingga menyebabkan anda pun tak mampu kawal apapun kecuali rebah dan berketar kerana sangat lah sakit.. anda beri tahu pada orang yang dianggap dapat menyelesaikan masaalah ini, namun apa anda dapat adalah di treat sebagai orang yang Sakit Mental. Sedangkan sakit ambe itu di Dada.

menangis sedih ambe tersangatlah lama, bahkan ambe lebih rela menangis sendiri daripada mendedahkan diri yang lemah pada orang lain yang bukanlah hendak bantu comfort atau console ambe dengan kebaikkan, bahkan lebih meyakini apa Doctor kata lebih dari ambe rasa, sedangkan hakikatnya tak semua Doctor faham sakit apapun mereka pelajari berdasarkan Amali kerana kebanyakkan nya maseh Teori dan Hipotesis.

bahkan tiap malam di Hospital ambe sentiasa berdoa sendiri sebelum tidur, agar biarlah ambe berada disini sahaja lebih dari berada di kehidupan yang kejam.

walaupun makanannya tidak seenak Nasi Goreng Kampung Abang Damak atau Nasi Kukus Warung Yasmin..asalkan ambe tahu di Hospital, makanannya semua sama sahaja. Baik yang Kaya atau Miskin, sungguhpun ada Ward VVIP atau VIP..mempunyai kemudahan menekan butang Panggil Nurse, Tandas, Katil Automatic dan Aircond kelebihan buat mereka.
Air, Makan, Udara, Ubat ataupun uniform Hijau Hospital tetaplah disuruh pakai belaka dalam kadar sama.

apatah menyaksikan pemergian orang di VIP lebih banyak..berbanding dengan mereka yang berada di ward biasa, yang secara syariatnya nampak semuanya sudah bersedia untuk mati dan berfikir jauh serta bercakap tentang usaha Mati dan Hidup berbanding mereka yang senang sikit, selesa hingga mati secara mendadak..

dan disini jugalah ambe bertemu dengan orang-orang yang akan mati atau yang sudah mati menerusi beberapa series kesah-kesah ambe di Hospital selama 7 kali di Hospital Besar Kuala Terengganu, 2 kali di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur dan 1 kali di Hospital Kuala Terengganu Specialists. Ironic nya, Hospital Besar itu lah tempat ambe dilahirkan berbanding adik beradik ambe yang lain semuanya di Private Hospital. itu satu. keduanya adalah Hospital Ampang Puteri itu Hospital bertaraf VIP walaupun hendak dibandingtarakan dengan Hospital Gleneagles atau Pantai memang Ampang Puteri failed kerana ia maseh berada ditahap Business Class. Sementara Hospital yang paling satu-satunya Termahal di Terengganu iaitu Kuala Terengganu Specialist alasannya kerana disitu tlah disepakati oleh semua Doctor Pakar Terengganu agar mengutamakan Hospital tersebut demi Kemajuan Perubatan.

dan tiap kali ambe di admit, paling lama adalah 2 minggu, sederhana itu 7 hari maximum dan 3 hari paling biasa dan minimum.

maka kesimpulan ringkas dapat ambe berikan adalah 3 macam Hospital ambe dah pun rasai dengan 3 macam peringkat yang berbeza.. seterusnya menghilangkan rasa takut ambe dengan mengetahui Mati itu sendiri berbaring disebelah ambe, adakala dihadapan ambe ataupun sedang bersembang dengan ambe mengenai anaknya ataupun keluarganya.
bila dah larut, ambe dan calon kematian pun sama-sama ketawa kerana timbul satu macam persetujuan antara kita bahawa kelakar sungguh jenaka "Sakit" ini.

Arwah Pok Aleng(sebutan orang Ganu bagi orang bernama Halim) yang berbaring disebelah ambe disebabkan penyakit Lemah Jantung ditahap kritikal(ambe dapat tahu pun setelah dia meninggal) dengan penuh bersahaja berkata:

"kita Sakit parok guane gaye pung, Keluarga dok brape nok care ke kite awang eih..Dunia tu Nadi, nok kate mende lagi..tohok la kita di spital ning plok..hahaha"
-Kita sakit teruk macamana gaya pun, keluarga tak berapa nak cara(peduli) pada kita awang(gelaran pada orang lelaki Terengganu) eh..Dunia itu Nadi, nak kata apa lagi.. buang lah kita di hospital ni.

ambe terdiam, dan dalam mencuba menyedapkan hati nya dengan berkata-kata..disampuk lagi:

"biar lah, kare hok sayang balah gi la mikir hok molek belaka, biar kita tahu hok buleh harap tow sendiri je..atah kehendok lah pulok..ke guane wang? hahahaa"
-biar lah perkara yang sayang balas sahaja lah fikirkan yang baik belaka, biar kita tahu yang boleh dibawa berharap itu sendiri sahaja. atas kehendak lah pula..ke macamana awang?...sambil ketawa nya yang berlapuk kerana sudah berumur dan langsung senyap hingga tidur.

bilamana ambe sedar dari tidur disebabkan nurse nak ambil blood sample dipagi buta, ambe tengok dia dah tak ada disebelah. maka ambe tanyalah pada Nurse, dimana Pok Aleng? diberitahu Nurse tersebut bahawa dia telahpun meninggal dunia beberapa minit sebelum subuh tadi.
dan buat ambe itu lah pengajaran mengenai "Ketentuan."
hari ini kita bersahabatan, esok perpisahan. itu tetaplah Ketentuan.

dan menyedari kata penting Arwah, ambe sedar bahawa orang hari ini lebih gemar dan gila-gilakan merasakan dan menikmati "Sayang" atau "Kaseh" pada diri dan untuk memenuhi keperluan atau kelengkapan diri sahaja secara hakikatnya,
pada apapun yang diperlukan oleh pihak ke dua..itu sekadar andaian atau inference diri. walhal tugas kita bila katakan "Sayang" atau "Kaseh" itu membuktikan pada pihak ke dua tersebut sehinggalah terungkaplah kata-kata bahwa dia rasai apa yang anda rasai. walaupun tak serupa, sekurang-kurangnya anda tlah usahakan ke arah yang sama.

seseorang Anak walaupun tidak reti untuk merawat penyakit ayah atau ibunya, mungkin sahaja alasan kerana itu bukan bidang nya dan banyak commitment, paling tidak pun menemani ditepi katil ward itu sepanjang malam atau sebahagian masa sudah kira memadai..ataupun hubungan kurang realistic seperti berpacaran, yang ambe kurang percaya kerana saat kita jatuh sakit terlantar di hospital lah dapat dilihat warna sebenar sejauh mana si dia peduli.
dan perbezaan "berkata-kata" dan "berbuat-buat" itu benar dilihat.

ada ketika, bila ambe saja-saja "test" girlfriend ambe (ketika itu) untuk minta dia jaga ambe malam ni di hospital,
walaupun memanglah ambe tahu TAK MUNGKIN lah ada orang yang super-peduli dengan kata-kata mereka dan laku mereka demi kaseh sayang yang murni..
dah pandang semacam dah, signalnya "HARAM" la kononnya.."mana boleh" alasannya.
bila ambe jawab, "saya kan sakit"..
"ye lah..kena berehatlah ok sayang?"...itu je lah paling hebat pun pesanan "pedulinya",
tapi menyedari kenyataan hubungan pacaran, pegang tangan, cium, peluk dan sebagainya yang tak siapapun peduli..
bila tiba bahagian yang akan menggugat "comfort zone" atau zon selesa hidup sendiri, maka mulalah cari Agama untuk jadikan Perisai nya..betapa pathetic atau menyedihkan kenyataan sebenar yang tlahpun disampuk oleh orang kita hari ini disebabkan mentaliti dan doktrin ajaran yang modern dan makin modern dan sesangatlah senang.. anda nilaikanlah!

atau cuba nafikan namun itulah antara ketentuan manusia, tak semua dalam dekat atau jauh hubungan benar peduli..
walaupun dikatakan "dalam doa", ingatlah balik apa betul ke dalam doa tu ada tertilik wajah orang yang ia peduli tu? atau sekadar penyedap kata??
itupun belum tahu sampai ke tidak doanya.

ketentuan sebenar SUSAH sebenarnya ndak cari calon teman hidup ini. bila dah ada, PAYAH untuk jaga hubungan hingga menantikan saat yang benar sah.

dengan mengenali Ketentuan yang berupa Absolute mengenai Jantina, Rezeki, Jodoh dan Ajal.
ya jelas lah, bahawa semua dari antara 4 hal itu boleh dibahas,
Jantina boleh dirubah, Rezeki bahkan boleh dicari melebihi dari ketetapan, Jodoh boleh didapati dimana-mana tanpa ada sedikitpun ruang antara mereka bertanya akan diri sendiri yang mana maseh belum siap dan perlu disiapkan, ataupun soal Ajal yang faktanya semakin ramai orang memilih untuk Bunuh Diri mereka dengan segera.

padahal itu semua Ketentuan. yang dijanjikan kejayaan sekiranya berusaha, dan dijanjikan kekalahan andaikata malas berusaha.

Ketentuan ambe bukanlah pada siapa ambe perlu berkawan, kerana ambe boleh berkawan dengan siapapun berdasarkan naluri pembawakkan sendiri ambe yakini.
soal Quantity itu tak lah begitu penting,namun persoalan Quality yang perlu wujud dalam kehidupan agar dikenal dan dipastikan bahawa itu ada standard yang terbaik.
bukankah itu kita cari dalam apapun hal?

tak usah kata tidak lah..berlagak semata-mata.

apa kamu ni dah ber Quality sangat ke? atau sekadar perasan Quality pada diri tanpa ada rasa peduli pada orang lain yang pastinya ingin hal sama didalam mencari makna Hidup yang baik atau terbaik, mungkin paling baik untuk mencapai yang maha Mulia.

fahami Quality maka anda tahu secara teoris dengan meletakkan 99% datang dari Tuhan, hanya 1% itu usaha kita..
bila kita usahakan satu hal yang orang lain anggap remeh temeh, hingga kita timbul rasa Syukur..apa tak mungkin ke untuk kita tahu atau ingat balik, janji Tuhan akan tambahkan lagi berlipatganda buat diri seandainya kita rasa Syukur dan buktikan Syukur yang paling sedikit itu?

dan buat ambe, setelah sebahagian kecil kesah ambe dikongsikan untuk jadi contoh yang asli dari diri,
ambe tak rasa elok pun berkawan dengan orang yang tak berQuality diatas sikap Manja yang melampau, atau terlalu Tua diusianya namun maseh berlagak Muda dengan fashion yang entah apa-apa tak kena langsung dengan dirinya..kerana dia maseh berhasrat untuk jadi POPULAR dan TOP kemudian TERKENAL. maka berilah sahaja peluang buatnya, agar dia sendiri tahu nanti bahawa Tuhan terlalu "segan" memanggilnya diatas kebiadapannya yang langsung tak peduli susunan dan melanggar bodoh dengan apapun cara hingga meludah langsung ke muka boss nya sendiri.

andai ambe bekerja dengan orang sebegini, ambe tak ada kompromi dalam hal ini melainkan menghulurkan "kad raya" paling awal.. meskipun boss akan marah ambe. biarlah..
buat ambe, meski Quantity orang ber Quality itu kurang, setidakpun Quality kita perlihara dengan lebih kemas dan teratur. walaupun Kehidupan hancur berserabai, asalkan Quality bagi hal itu dan ini maseh berada ditempatnya.

kerana penyakit Orang Tua yang tak sedar diri, biasanya tak akan dengar cakap orang Muda seperti ambe ataupun Budak-budak melainkan memandang rendah dan cuba layankan ajalah atau kipas sahajalah apapun bara ternyala dari Hati ambe ataupun sesiapa pengusaha diri sebagai orang yang maseh belajar untuk menjadi orang Islam pada peringkat Bodoh ini, memang sangatlah Panas dan mudah berangin.
dan ambe mengaku diri Kurang Berkualiti, kerana itu pun antara hal yang penting perlu ditambahkan buat diri. agar sendiri itu lebih berkualiti.

sebelum bantu orang lain, bantulah diri terlebih dahulu..itu pepatah lama,

kalau kita tak ada modal atau product, jangan jadi ahli perniagaan..

menunjukkan apapun kita lakukan perlu ada bukti setidaknya pun. setakat bercakap, baca buku dan ambil tahu sini situ dan himpun jadi satu karangan konon "mantap"..itu belon angin ajalah.

jika jawab kita "buat apa buktikan pada kamu"..ambe nak tanya, pada siapa kamu ndak buktikan? Tuhan ke? manusia paling teruk seperti ambe ini pun kita dah perlekehkan, Tuhan buat ambe juga walau teruk dan hodoh manapun katamu..

dan pada mengetahui sendiri dan malu sendiri ajalah, orang nak ber Agama dan ber Tuhan tak ada lah attitude atau perangai macam ni-lah.
mereka Yakin kebaikkan itu kelak bakal dibalas oleh Tuhan, meskipun berpuluhkali dibalas jahat oleh Manusia. Baik tetap ada bagi mereka yang menginginkan..

dan buat mereka yang dah rasa gembira bila dah meludah muka-muka boss mereka sendiri, yang selama ini jaga dan bela nasib kamu, ambe dah terlalu lama menegur dalam berlawak ataupun secara serious.
perbuatan yang sama dibuat dengan cara muslihat ampu atau kipas nya..

maka bermula lah belajar di dua buah Negeri sedar dan tidak sedar, agar kamu tahu bezanya dimana, kemudian bawa perbezaan itu kepada Negara yang penuh kerendahan sedar agar dianjak tinggi sehinggalah Dunia pra sedar itu diketahui wujudnya agar disuluhkan kedalam jiwa-jiwa kita, yang semuanya menuntut self esteem atau confidence atau dalam bahasa Melayu kebanggaan ambe,
YAKIN.

YAKIN lah dengan fikiran yang ber quality,
YAKIN lah dengan perasaan yang ber quality,
YAKIN lah dengan diri yang ber quality,
YAKIN lah dengan hubungan yang ber quality,
dan YAKIN lah dengan cara beradat,berbudaya,berbahasa dan beragama yang semuanya ada nilai quality.

jika tiada dari itu terbukti..ber-Usaha lah dengan mencari Quality dalam mengetahui kita tak ber Quality tanpa bertemankan kawan,rakan,kenalan,sahabat ataupun teman pilihan yang ber Quality.

maknai Quality yang ambe yakin semua ciptaan itu ada baiknya kerana datang dari Tuhan yang maha Quality dan
selamatlah menghadapi buat "manusia" yang sentiasa Usahakan Quality dan korbankan nilai tak ber Quality agar dapat bagi kita nilaikan diatas amali sendiri.

semoga kawalan Quality sebegini lebih memaknai hidup dan mati,
yang tiada penyesalan kerana kita tlah lakukan diatas landasan ke yakinan sendiri.

KBD