Monday, August 8, 2011

Meter Sifat

Setinggi manapun jawatan anda sebagai apapun baik di ruang pejabat yang tinggi bersama berpuluh-puluh privilege atau kelebihan yang tersedia bahagi mereka disamping menikmati kerja yang bebas berkeringat kerana anda dikelilingi oleh penyaman udara, meja yang lebih luas, berkerusi Ikea yang paling murahpun adalah RM400 ke atas, coffee maker ataupun mini-bar/peti ais kecil yang berisi pelbagai kebutuhan dan kelebihan apa mereka di tingkat bawahan..

Menjadi orang biasa, yang tugasnya adalah memerhati tiap ciri kelebihan atau kekurangan yang ada sudah mestinya.
Walaupun ada dariantara mereka pekerja atasan akan menjawab “bahkan kerja kami lebih berat..iaitu berfikir” sementara pekerja bawahan pula bersungut “kerja kami lebih berat..iaitu berbuat, kalau kami mogok satu department disebabkan korupsi yang melampau,” sudah pasti sebarang tindakan pun dibekukan andai kami anjurkan satu rusuhan, bahkan mengadakan demonstrasi besar-besaran secara full scale se kampong pun belum tentu pihak polis di daerah itu akan mencekup kesemuanya kerana kapasiti satu lock up terhad..

Walaupun begitu, didalam menghentam atau menggeser antara dua pihak tersebut. Dimana ambe yakin dariantara pembaca pun akan setuju dengan fakta akar tersebut. Teori yang disengaja timbulkan diatas dasar perbezaan pasti dan mesti mewujudkan pertikaian berkena mengena dengan soal siapa senang dan siapa susah.

Bahkan menjadi tanah, mereka tetaplah “hipokrit”.. kerana amat mustahilah daripada sekadar tanah sahaja ia tergumpal mampat ditengah menjadi Bhumi yang Sfera.. kelembapan dari air itu-lah sebenarnya yang diharap oleh tanah. Maka dengan kelembapan maka tumbuhan mampu subur diatas permukaan sebagai salah satu pati kehidupan.

Sementara kehebatan air tidaklah begitu hebat, kerana yang mempadui air tetaplah dengan tekanan yang udara kenakan. Sehingga diwujudkan satu macam “hukum” antara didalam ruang Bhumi atau di ruang angkasa yang tampaknya bintang berkeliaran ke mana-mana sahaja ingin oleh ia..
Namun ketetapan Matahari tetaplah disitu, hingga Nabiullah Ibrahim pernah menyangka bahawa Matahari itu lah “Tuhan”..bilamana berubah pada Malam, dicurangi akan Bulan.

Maka disangka kan Bulan itu “Tuhan” kerana disangka matahari terlalu panas dan tidak aman, maka Bulan hadir dengan rakyat Angin yang dingin, berserta kelembapan yang meresap tubuh itu lah dirasakan yang “aman” itulah Tuhan, yang layak jelas itu lah Bulan..

Akan tetapi sangkaan tersebut jadi salah lagi. Bila subuh itu sudah pada samar-samar kelihatan munculnya Matahari tadi. Maka berubahlah fikiran sang Ibrahim Nabi Allah.. kehebatan Bulan ternyata tak ditandingi Matahari yang tak tertatap oleh pandangan mata.

Hingga ambe yang pernah suatu masa zaman kebodohan mencuba juga lah untuk memahami sedetik bagaimana perasaan sang Ibrahim Nabi Allah. Ditengah keperitan tengah hari waktu dan membranikan diri menghalakan kedwa blah mata merenung Matahari. Pedih, bahkan nyaris buta hanya untuk mengetahui bahwa Matahari itu ada terkandung “Wajah Tuhan”..namun maseh tiada pun melainkan suatu lingkaran berwarna magenta dan ungu diantara warna hitam yang kelam gelap.

Dan andaian “Wajah Tuhan” itu tiada, namun barangkali “andaian” itu sendiri salah. Kerana Tuhan bersifat Baharu dari segala apapun yang baharu dan yang pastinya bukan Bulan atau Matahari.
Tuhan itu tetap satu, sementara diantara alam Siang atau Malam maseh lah berkadar Makhluk.

Dari mengaji akan “siapa” dariantara makhluk paling perkasa dari Tanah, Air ataupun Angin.. Api masehlah yang mutlah punca Hidup.
Dan pembakaran proses yang dipanggil Fotosintesis dan sebagainya tidak lengkap tanpa ada kepanasan yang lahir dari Api.

Namun dariantara Hebat Api, kita maseh mampu daripada menghapuskan kebakaran menggunakan Angin, pada ketika nya setitik bara Gudang Garam melompat dari mata baranya..atau gunakan Air, pada ketikanya diatas sejumlah himpunan unggun..atau gunakan Tanah untuk memendapkan kewujudan api yang marak menjulang semoga nyawa api itu segera di matikan.

Pada sudut lain pula, Api adalah makhluk yang Rahman kerana tlah menyampaikan kehangatan didalam musim yang dingin melalui Hawa nya,
Mendidihkan satu teko Teh yang panas atau tanak nasi dengan kerja sama Air,
Nikmat Api yang tak siapa dapat menafikan adalah dengan pembakaran yang baik, menghasilkan batu bata, logam, bahkan Ayam Bakar ditengah petang sebelum waktu berbuka puasa.

Apatah anda yang sedang menjamu Apikalam ini yang mungkin ada bahasanya terlampau panas hingga melecurkan pemikiran anda, atau memberi semacam rawatan steam kepada otak anda..jelasnya penyampaian ambe yakin bahkan memberikan semacam pembaharuan kepada cara anda berfikir, tidak lagi seperti sebelumnya.

Namun bukanlah itu menjadi motive sebenar topic kali ini digarap, adalah untuk memberitahu hal kebersamaan kita yang sebenar-benarnya.

Tidak kiralah anda pekerja bawahan yang buruh kasar ataupun pekerja atasan yang terdiri dari CEO, Director, Executive, Manager, ataupun Menteri Besar, Timbalan Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri hingga ke peringkat Perdana Menteri ataupun Sultan sekalipun..

Tiada yang paling penting kecuali “Sifat”. Kerana bersifat hemah dan berbudi bahkan bersopan santun yang tepat malah benar diresapi ke dalam jiwa itu lah pemilik pangkat yang tertinggi..
Kita sadar bahawa Sifat yang murni itu terdapat di jauh pedalaman kampong..yang tiada berjawatan kecuali rakyat biasa, mengapa tidak itu dicontohi bahagi yang “turun padang”?
Bukan kah itu dari antara hal yang kita ndak bantu mereka selain dari berkempen mempromosi Parti masing-masing demi menerima pucuk Pimpinan yang katanya akan membangunkan kehidupan yang lebih baik?

Atau kita lupa dengan amanat Sifat yang ada hingga merasa senang dengan kesombongan, keangkuhan, atau kebongkakan diri yang pastinya semua akan tua hingga hilang upaya?

Lihat Tokoh Pemimpin sebagai contoh dan rujukkan utama sudahlah,
Walaupun kita belum kenal secara dekat dan pribadi dirinya, keluarganya, sahabatnya atau kehidupannya bagaimana. Secara kasar kita tahu betapa hebatnya Pemimpin kita walaupun dibenci oleh sesetengah orang lain berparti politik lain atau dari Negara lain..

Dr Mahathir suatu ketika dahulu adalah antara pakar revolutionary yang penting dalam merangka pembaharuan di Malaysia, buktinya ada dari Usaha-usaha yang pernah suatu ketika dahulu beliau tunaikan dari beribu kata-kata. Itu tak dapat kita nafikan.
Jangan kita cemuh Dr Mahathir kerana beliau adalah seseorang yang kuku besi dari sesetengah cara pemerintahannya kerana itu tetaplah rahasia pimpinan. Pandang lah dirinya sebagai orang yang Bukan Melayu sepenuhnya kerana ternyata dia berketurunan Mamak namun maseh peduli dengan nasib orang Melayu bahkan meninggalkan kesan dalam satu puisi berbau provocative iaitu “Melayu Mudah Lupa”…jelaslah walaupun beliau bukan seorang yang Melayu yang pure atau asli sungguhpun begitu beliau tlah menyentap pemikiran kita semua dalam ber Bangsa.

Sama seperti Tuan Guru Nik Aziz, yang tlah berjaya mensyiarkan pemerintahan cara Islam, dan mewujudkan satu system yang berteraskan Islam walaupun Hudud yang hingga kini maseh belum tercapai. Nyanyuk atau tidak bagi sesetengah persepsi orang ramai tentulah berbeza, lain makan lain cara hadamnya, lain selera lain pula cara telannya.. bagi ambe, Tuan Guru adalah Tokoh Melayu ambe dizaman ini, kerana Melayu sebenar itu penyebar Dakwah Agama. Melayu adalah semestinya Islam..itu bagi pemahaman ambe lah.

Atau Anuar Ibrahim, yang dari awal muda beliau bergiat untuk mencari penyelesaian dan bantu rakyat. Diraikan oleh pemerintah suatu masa dan kemudian disingkirkan kemudiannya diatas alasan yang berbagai conspiracy. Ambe enggan lah untuk tuding kan salahnya politik hari ini dimana, namun dengan adanya Anuar Ibrahim, jelasnya Keadilan yang ingin ditegakkan oleh beliau kini wujud di kehidupan nyata hari ini.
Terang-terang “sergahan” Parti Keadilan Rakyat memberi semacam amaran pada Pemerintah hari ini bahawa kita semua layak menerima penjelasan diatas perlaksanaan yang berbagai-bagai, bukanlah dengan sesuka hati sahaja membuat apapun, kerana Duit Rakyat itu adalah harta kita yang bersama.apapun bagi ambe, seruan Anuar Ibrahim mengajak kita berfikir sejenak perihal Kemerdekaan kita yang sebenar.

Dari antara tokoh yang Lama, yang Kini atau yang mungkin Akan datang ambe sengaja ambil sebagai contoh adalah untuk mengajak anda memerhati kenyataan,
Diatas perbalahan baik isunya Bangsa, Agama atau ke-Merdekaan. Kita memerlukan ketiga-tiganya..
Anda Mungkin boleh katakan Bangsa itu tak penting, namun ingat bahawa yang cipta Bangsa secara amali nya dari Tuhan. Dan Tuhan berpesan melalui firman kejadian Bangsa, Suku, Kaum adalah untuk tujuan kenal mengenal..maka orang lama bersepakat menamai Arab, Cina, India sebagai antara rumpun utama yang ada..
Melayu datang dari tiga-tiga bangsa tu juga, yang dihimpunkan dari puluhan suku rumpun Jawa, Minang, Bugis, Deli dan sebagainyalah yang melata di Nusantara.

Agama pula dijadikan sebagai satu panggilan pulang kepada landasan awal, dari orang yang tak tahu menahu dia manusia, setelah diajar oleh Bangsa maka Agama mengajar mereka menghayati roh mereka kembali yang pasti tak akan kekal di kandungan Jasad yang ada.
Maka dengan kedua-dua itu lah maka kita tuntut erti Kemerdekaan.

Hari ini, masaalahnya bukan orang itu atau orang ini..jika ambe silap atau salah, perbetulkan ambe.
Rata-rata tlah celik kemudian “lompat” kearah menuntut kemerdekaan langsung tanpa peduli siapa mereka dari dasar sebagai orang ber Bangsa atau separa sebagai orang ber Agama terlebih dahulu..

Nasihat ambe, tak usahlah cari salah orang kerana ternyata ia mengundang masaalah yang malah bertambah lagi. Usah soal siapa calon Tuhan yang menentukan kemerdekaan kita, balik dan perbaiki diri terlebih dahulu kerana jelaslah soal Bangsa atau Agama itu memakan perjalanan yang malah lebih lama dan panjang bagi orang bodoh seperti ambe.

Maka ditentulah oleh Tuhan soal SIAPA sebenarnya akan Merdekakan kita.
Yang pastinya bukanlah Anuar Ibrahim,
Bukanlah Tuan Guru,
ataupun Mahathir, Abdullah Badawi apatah Najib..

oleh kerana mereka hanya penyampai Titah perintah, pelaksana Kerja dan peninggal nisan-nisan Pesanan buat kita, anak cucu hingga generasi seterusnya..

secara sedar atau tidak, “Meter Sifat” itu kita tahu dan kenali dalam kehidupan. Yang tahu apa Baik, amal dan buat aja lah hal Baik. Perjuangkan kebaikkan..
yang tahu apa tak baik, teruskan ajalah jika anda yakin dengan kezaliman begitu namun beringatlah akan Mahkamah paling tinggi di kampong Akhirat yang kesemua Agama percaya..

tentukan dari pena Api yang berada diantara Meter Sifat ini.
Anda dimana?

KBD