Wednesday, August 3, 2011

Manusia dengan Sumpah dan Sesumpah..

..salah satu daripada tabiat atau habit ambe (yang sendiri kirakan teruk) adalah menghamburkan kutukkan terhadap "artis" manapun yang beriya-iya hendak masuk TV dan popular, terloncat sana atau sini dan jelas diriak wajah itu nampak benar lah "desperate" agar terkenal.
hal paling menyampah bagi ambe dengarkan adalah artis dikaca TV itu menyanyikan lagu cover artis lain, kononnya "ini versi Aku"..
satu sudut baik sangka mungkin-lah itu satu penghargaan lah kerana influence atau pengaruh artis itu pada mereka ke apa-apalah.
namun bila berburuk sangka, jikalaulah betul-lah anda hargai dan mengagumi karya sumber inspirasi, kenapa-lah lagu yang dipersembahkan itu diubah begitu teruk dan jauh malah bezanya dari asalnya?..apa sedarkah kecacatan yang tlah disengaja bikin?

ya, kita mungkin tidak dapat tiru nyanyian dan mainkan 100% sama arrangement seperti lagu cover kerana ternyata feel kita berbeza-beza pada tiap orang, namun bila irama dah kelaut kemudian lenggok dah kedarat..anda nilaikanlah sendiri.

pertikaian sebegini itu hebat sebenarnya,
kerana menyedari panca indra kita ini istimewa maka kita berhak suarakan yang terbaik buat diri atau mungkin fikirkan arah tuju kecenderungan sendiri itu dimana dan kecenderungan yang common dalam bentuk kelompok keluarga atau kawan atau masyarakat itu pula yang mana.
memang-lah selera nya berbeza,
walaupun begitu musim nya sama lah seperti musim buah..
bila datang musim durian, tiba-tiba semua gila-gilakan tempoyak, lempuk dan obsesi utama itu adalah memburu buah durian.
kemudian beralih pada musim lain, orang yang "typical" akan ikut musim yang itu pula..dan hingga lah apa adanya.

macamlah apa dikatakan musim "fixie" atau berbasikal, yang sudah berleluasa hari ini..boleh dikatakan hampir-hampir sahaja 90% Daerah Kuala Terengganu bersepah dengan orang berbasikal, berkelip-kelipan lampu dan berbagai aksesori lain.
jikalau sebelum ini, kita dikejutkan oleh trend "rempit"..sekarang mungkin orang Ganu sudah pandai memilih cara hidup yang "sihat". apapun budaya ikut mengikut ini lah priority yang kita lihat,

macam dunia Photography diawal ambe sendiri mula bergiat, pun sama.
semakin hari, semakin banyak nya Photographer tumbuh dengan nama yang pelik-pelik yang begitu mencuba keras mendapatkan tempat dimata orang ramai.
dan Forum menjadi topik hangat gadget-gadget terbaharu dan vintage jadi kegilaan, dan apa paling memualkan adalah isu perbalahan antara Puak A atau B atau C dah ambe perhatikan lebih kurangnya dengan dunia Politik. Padahal bila kita ambil ia berfikir sejenak, semua orang adalah Photographer. Dan anda tlahpun merakam gambar semenjak anda mula celik melihat dunia. Mungkin tak semua sedar bagaimana mengawal Aperture Iris atau menjaga Exposure dengan mengenakan Filter Sunglass atau menggunakan lensa Close Up Maginfying glass atau cermin mata untuk mencapai satu jarak yang sudah dibataskan oleh mata untuk melihat jauh atau dekat.

dan prang Photography hingga hari ini pun sudah buatkan ambe sendiri loya untuk mula bercakap tentang Seni Melukis Cahaya ini, level "orang otai" yang sering dicop para Amateur atau Beginner terhadap ambe hanya kerana ambe berkawan dengan mereka yang otai atau old timers sebenarnya kesalahan hukuman paling teruk sepanjang abad ini.
Ambe berkawan dengan para Pro atau Semi-Pro bukan lah ambe buat survey melalui internet ke apa untuk berkawan melainkan terjumpa dimana-mana temasya atau tempat yang sama, maka ambe tegur jadilah kawan yang ada minat yang sama.
dimana Istilah ambe "Pilih Bulu" itu entahlah. kebanyakkan perbualan pun, bukan mengenai "belajar fotografi" ke apa. filosofi dan kepercayaan diatas pengalaman masing-masing.

bosan bila melihat "orang baharu" kemudian terkinja-kinja macam monyet mengayakan diri dengan gadget up to date kemudian beberapa bulan tu dah puas, tinggal bodoh macam itu sahaja. bukanlah ambe perasan ambe "orang lama" atau otai. hanya ambe dah sedia maklum dengan pengalaman hampir 10 tahun, dari awal hanya bantu ayah ambe mengambil gambar di tapak atau model bangunan nya hingga hari ini yang hanya buat kerja Photography bila-bila sahaja secara freelance. mengambil apa sahaja dengan berbagai cara yang fleksibel tanpa peduli apapun orang nak kata.
haluan ambe tak seperti kiri atau kanan, ambe ditengah dan terus.. kerana sememangnya sejak dari kecil dahulu, ambe sungguh kurang minat dengan ikut arus sesak orang ramai atau arus lengang orang "minimalis".

kerana haluan yang pasti itu sebenarnya adalah sifar Km bila anda mati. apa nak kecoh bila anda minimalis atau common?
buat lah apa anda suka, kacau orang lain..bukan kah satu kerja yang penat dan membodohkan diri je ke?

sementara berbalik kepada Issue utama tadi, iaitu trend "ikut-ikut" atau "membontot" sememangnya jelas terpampang dimana-mana media bahan antara masa kini.
dan pada masa sama timbul juga statement murahan orang yang proclaim dirinya "artis" atau sudah perasan "artis", cukup berdesing dan marah serta stress dalam menangani soalan bertalu-talu ditujukan oleh wartawan kepadanya mengenai gossip mereka sengaja atau mungkin "mangsa keadaan"(biarlah..baik sangka aja).

ambe naik pelik benar bila "artis" seperti ini cepat benar melatah,
sedangkan kita maklum bahawa itu lah kerja wartawan, mengumpul informasi mengenai "artis" sensasi agar artikel mereka dibeli oleh syarikat penerbitan media Tv atau bacaan..itulah kerja mereka hari ini.

namun sebelum menjadi "artis", apa mereka tak fikir ke bahawa risiko itu memang tersedia ada. dah rasminya "artis" itu umum sebagai role model utama yang sangat-sangat bertuah..kerana Dunia terima kehadiranmu dengan cara sebegitu kemudian menobatkan kamu "artis" atau celebrity atau personality diatas kerelaan dan sanggup menjadi popular.
orang popular lah orang yang sering dibidas, pak sanggup atau mak nenek yang paling tabah dari kalangan masyarakat.
malah maseh lah timbul statement-statement yang langsung tak ada elemen mengajar atau inspire orang ramai sepertimana yang diharapkan.
apa yang kecoh mengenai "artis" adalah dengan perpecahan band dan pertukaran angin ahli band ke band lain.
nak sebut pasal lagu, masa promosi album baharu je selalunya kita tahu "ada kelainan"..sangat obvious. memanglah "lain" dah nama pun album baru.
band ngong!

kemudian controversy yang tak pernah habis-habis itu issue tangkap basah atau gossip dengan Datuk G atau H atau I dan Tan Sri blah blah blah... apa kita tak sedar langsung ke betapa stereotypical nya "artis" hari ini?

"ye lah..manusia, no body is perfect"..katanya, dah tahu tak perfect mengapa tak berusaha dengan hal yang tak perfect? cakap macamlah tahu apa maksud "perfect" atau sempurna, bukanlah susah sangat pun..yang menepati, itulah sempurna.
orang lain kata tak sempurna, pergi jahanam lah, bagi kita itu sudah sempurna, sungguhpun mengetahui yang maha sempurna tetap yang menjadikan.. akan tetapi yang ambe tak boleh hadam, ibarat mencuba beratus kali menelan sebutir buah kelapa dimulut itu adalah mengapalah tak ada improvement dari sudut moral setidaknya pun?

hari ini kemudian esok, yang membangun itu bangunan besar-besar, condo dan penthouse, kereta mewah diimport, perabot made In Switzerland atau mana lagi Negara yang bikin barang interior yang ada class semuanya agar "setaraf" dengan negara orang puteh. "Moral" yang bagi ambe maseh jauh menyentuh Agama mana-mana lagi, pun makin meruntuh dan ranap.
sebagai "Manusia" yang biasa, pun dah fail.

jadi, diatas maksud yang mana atau kenapa hendak kita agungkan pada berhala-berhala AFUNDI atau Undian SMS kita selama ini? anda segan kerana mereka "artis" dan sering terpampang di Akhbar dan Majalah atau TV? anda sendiri boleh kencing kan aja diatas Akhbar atau bakar Majalah atau kutukkan aja sepuas hati di Plasma TV 42 inci rumah anda jika anda sangat meluat kerana masa anda pergi Jom Heboh baharu ni dan minta autograph tidak dilayan, apa lagi yang buat kerek atau sombong pada anda.
Popular mereka tetap kerana anda yang ramai ini juga, nak takut apa nya.

dia nyanyi sedap?..anda pun ada suara, boleh bercakap boleh nyanyi lah..nyanyi hanya technicalities mendaya gunakan muscle dalaman dan kepandaian mengawal udara dari pernafasan dan hembusan je.

dia pandai buat lagu?..anda pun ada mata dan tangan, bahkan pena dan kertas hari ni tak adalah mahal sangatpun. beli dan tulis ajalah lirik, bikin music hari ni anda boleh aja pinjam guitar atau piano atau langsung aja download simulator guitar atau piano dari internet. kerana semua itu dah ada, manual ada, download aja. jika tak jumpa, google search aja..

dia cantik? dia baik? dia istimewa??..apa semua itu tak ada pada kamu? atau kamu aja yang enggan bersyukur dengan dirimu?

bottomline buat orang suka membontot ini bukanlah "malu" atau takut..namun MALAS untuk berusaha.
anda tiru gaya orang lain,
anda tak original kerana sokong plagiarism atau budaya tiru meniru karya orang lain..melainkan anda original, itu lain lah ceritanya.

dan disaat bacaan ini sudah selesai kerana mata anda maseh mengikuti huruf-huruf kutukkan ambe ini,
sedar lah,
sedarlah sebenar-benar sedar..anda Melayu di Nusantara dan sepertimana Budaya "Cowboy" yang hingga hari ini maseh diadaptasi dalam Movie terbaharu karya orang puteh, dimana lah adaptasi orang Melayu yang authentic? begitu jaranglah kita ndak ketengahkan hal ini, walhal kita cakap hal logic zaman hari ini dah lain..demand tinggi pada trend ke baratan.. ye ke? ambe tak yakin langsung dengan pola fikir begitu..

bagi ambe lah, bila sebut "Melayu".. kita bukan sahaja ada orang Jawa, Minang, Bugis, Deli ataupun Jati.....ada element Cina untuk dieksploitkan, ada element India untuk diperagakan atau element Arab untuk dipersembahkan. ternyata "Melayu" itu lahir dari percantuman 3 jenis Bangsa ini.. bukan kah itu kelebihan?
ini tidak,
asal kita buat drama atau movie, ala-ala Islamic ceritanya dah berkonsep Arab belaka.. disebabkan minda kita dah sengaja set berkopiah keras, serban dan berjubah itu Islam.

mengapa tidak satu dari berpuluh-puluh cerita jadikan seorang watak lelaki yang berseluar singkat, baju t shirt pagoda dan pakai semutar atau ikat kepala ala-ala nelayan tu? lebih kurang aja rasanya..sunnah tutup kepala dah jelas ada, bertanjak pun tutup kepala..tutup aurat pun dah jelas tutup.
kurang sesuai?
siapa kata?
director?
producer?

..yang wujudkan suasana sebegini dari awal penjajah mungkin boleh kita salahkan pada orang puteh kerana menjajah, akan tetapi jika diintai dalam lagi punca penjajahan dahulu pun disebabkan "orang dalam" juga..
namun yang hendak diketengahkan disini tetapkan trend kita maseh antara orang-orang kita. jangan salahkan siaran TV atau media cetak yang sengaja diambil bawa masuk ke tempat kita, sewajarnya kita ambil itu sebagai rujukkan dan bahan usaha dan rujukkan dalam menetapkan trend disini bagaimana untuk bersaing dengan mereka, bukanlah bertindak rasis namun mengekalkan budaya sendiri ditempat sendiri agar lebih original dan authentic.

yang peliknya orang-orang kita malas ndak tampilkan Bangsa sendiri.
bila ambe cakap macam ni dah orang cop ambe macam orang UMNO, sedangkan melalui Bangsa lah kita bersatu,
hingga hari ini mungkin tak ramai perasan pun kenapa Bahasa Melayu ni ada Dua macam, pertama Rumi dan Jawi.
Jawi pula adaptasi huruf-huruf datang dari Arab..itu pun dah membuktikan bahawa orang Melayu dahulu begitu ndak kita ingat walau apapun Bangsa kita dibezakan agar diperkenalkan, tetap Usul itu adalah Agama. dan Bangsa itu lah Pendokong Agama.

teruk apapun hari ini, masaalah meniru ini sebenarnya punca mengapa lah kita seperti lalang..
orang kata tak boleh begitu, kita ikutkan aja walaupun ia bercanggah dengan kepercayaan sendiri. dan malah izinkan agar lebih diterukkan..

ambe pernah terfikir setelah merenung setiap penjuru kota sibuk KL yang jam suatu ketika dahulu ambe berada di Masjid Jamek berjalan kaki..kesana kemari orang kita berbaju kemeja, collar tebal, neck tie, coat, seluar slack dan berkasut kilat.. namun makan di warung kaki lima tengah hari buta..."lunch time" katanya..
janggal tak bila menyedari betapa tidak kena nya dengan gambaran sebegitu?
kalau di sana, munasabahlah pakai stokin, kasut, kemeja lengan panjang berserta seluar slack dan neck tie atau mungkin mengenakan blazer atau coat kerana alasan cuaca mereka dingin dan kering.

kita disini dengan cuaca lembab dan panas, dingin dan lembab..berpeluh sejuk atau panas yang tlah paksa mengalir keluar dari
celah ketiak dan rongga lain kerana kepanasan dan lembabnya keringat tengah hari.

soalan ambe, mengapa dikatakan "salah" bila ke tempat kerja pakai selipar aja?
atau memakai kain pelikat atau baju biasa-biasa aja. bercollar atau t shirt..sedangkan yang buat kerja semua tu bukanlah apa dipakai namun tangan, akal dan mata,mulut,telinga,hidung yang masing-masing ada tanggungjawabnya tersendiri.

ditekan kan Professional Policy cara pakai, kerja yang adapun hari ini bukanlah semua berkualiti pun, kerja lebih kurang dan output sembarang-suka hati aja.. namun penegasan kerja tak ditekankan, penegasan cara pakai itu yang ditujah macam-macam. sewajarnya..biarlah seimbang.

tapi tak apalah, priority kita orang tengok macamana, "jika orang lain tengok tak kena nanti kata apa pulak.." kata kita selalunya..

peduli apa orang lain tu, anda boss syarikat apapun anda lah tentukan siapa staff dan quality kerja dan memahami etika apapun. anda sara semua kot.
begitu ramailah harini bekerja, namun yang tak reti itulah disengaja ambil kerja, kerana boleh bayar murah-murah aja. safe cost kononnya..pertama itu, dah mengkaburkan kesadaran pekerja dengan pengalaman sedikitnya.
kedua,mungkin memberi keyakinan palsu bagi pekerja yang berandaian bahawa dia sudah bagus..dan sebagainya lah.

penerapan ini juga adalah gejala Hakikat yang sedang berlaku hari ini,
wujud generasi malang yang sekadar suka benar duduk dalam komuniti yang kaki angguk dan iya-iyakan anda aja..lahirlah Puak ini dan itu akhirnya bila dah mulai kurang setuju dengan sesebuah komuniti. tanggungjawab mereka bukan ndak cari penyelesaian bahkan berprang terus-terusan..anda katakan itu Politik sementara ambe katakan itu amalan "Iblis" semenjak pertama kali ia derhaka kepada Tuhan kerana sombong tidak mahu sujud pada Adam. Hingga wujud Puaknya yang dianggotai Syaitan berserta Jin.

bila ada menyoal apakah itu "Malayapura", adakah ia satu community?
atau satu Puak yang lebih-kurang aja dengan puak lain?
ambe seringkali diam kan sahaja persoalan itu, atau biarkan andaian bermacam-macam orang bertanyakan hal berbagai-bagai...apa yang ambe boleh katakan mengenai "Malayapura" itu adalah sebuah safe house,
ambe sengaja menjadikan diri ambe itu ibu dan bapa bagi mereka yang ambe sengaja pilih..dan tinggalkan mereka, diamkan mereka, agar diharapan ambe menjalani lah pengertian terhadap apa yang sudah ambe beritahu selama ini.
sudah ambe bentangkan peta atau masterplan nya suatu masa dahulu, jika maseh lah issue "bayar" atau "tidak bayar" tajuk utama, kerana ada job namun ada yang sengaja ambe tak bayar, mungkin sahaja jadi pertikaian ditabir belakang..kita sendiri pun kaki umpat pada ibu dan bapa kita sendiri adakalanya walaupun tahu, itu hal tidak baik. ya iya kan?
ambe tak pernah pun larang untuk pergi, namun ambe sangat-sangat mengalu-alukan siapapun yang benar ingin berjasa, maka mereka datang. "Jemaah Setan" Malayapura yang kecil atau berpecah belah ini usaha sedikit ambe didalam mendevelop atau gilap kembali butir keyakinan dan kejernihan mata fikir didalam membantu orang lain yang malah lebih memerlukan..

didalam perjalanan masing-masing mereka ke merata tempat, bersendirian..sama seperti ambe dahulu dan sekarang.
perjalanan sendiri itu lah lubuk ilmu dalam mencurigai kebaikkan slama ini cuma "orang kata" kemudian anda sedar betapa banyak nya kerosakkan pada diri bila satu biji "baik" yang di perasankan terhadap diri. pada masa sama anda sudah membutakan nilai "kebaikkan" itu sendiri yang senantiasa memerlihara dan mengurnia tanpa ada fikir rugi,
berbuat baik, jahat yang takut, buat jahat, baik pula merebut..
dok gitu?

hingga hari ini, tidak jelas lah bagi mereka yang tidak tahu.. terang malah bersuluh bagi mereka yang sudah melihat..apa sebenarnya ambe hendak dari "Malayapura"..bukan obsesi diatas menuntut nama atau popularity, ia adalah lagak ngeri yang sengaja dilakukan selama bertahun-tahun ambe pertimbangkan dan nilaikan setiap titik mula dan akhir perkara.

dan menyampaikan semacam didikkan atau ajaran yang beri dan bawa bersama, class room mereka adalah dunia, waktu belajar itu bila mereka diwarung kopi bersama ambe. maka hal terbaik itu menjadi curahan bersama minuman bergelas-gelas isi zat kopi yang mencetuskan haruman kenangan..walaupun jangkaan ambe itu benar bahawa si polan ini akan beredar dan tinggalkan "Malayapura"..ambe tetap berharapkan yang baik, disamping menyentap sedikit sindiran halus dalam kata-kata....beberapa bulan setelah itu, si polan itu tiada lagi didengarkan. khabar pun tak ada, apapun tak ada.
sedih? remuk hati memikirkan hal demikian..

benar lah kata sahabat ambe.. frustasi dalam berkawan dengan orang yang ndak menuntut sesuatu atau istilahnya "menadoh", pada awal begitu iya-iya kejarkan kita, bagai nak rak kita curahkan dan kongsikan. namun bila dah berkerjaya, ndak ajak minum air segelas pun payah..jangan lah nak sebut bab minta tolong hantar balik padahal sudah satu haluan jalan rumahnya.
"orang Mulia" kita jadikan sendiri, kemudian kita juga sendiri "Hina" kan sehina-hinanya..

dan tak usah petiklah lagi perihal ber Tuhan..sebut hal ber Rasul atau Nabi yang dikatakan Utusan Tuhan atau Kekasih Tuhan..itupun dah cukup.
satu masa anda ikut cara Rasul atau Nabi dengan baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat,
bila dah dapat apa ingin dicapai, lupa belaka. malah perilaku yang teruk dari Babi lagi..

Kotor sangat kah bahasa?
eh, mana ada..ini kan nyalaan Apikalam.
dan perjuangan jemaah Malayapura itu tetap diteruskan walaupun ambe terpaksa sendiri, tetap ambe teruskan. selagi bernyawa.. asalkan Haqqul Yaqin itu tumbuh melata.

jika tidak kerana pentingnya nilai dan fikiran mengenai kerja yang perlu disandarkan agar jadi lebih luas pemandangannya serta berjaya menghasilkan hal-hal di luar daripada kotak kebiasaan. semoga-moganya tidak lagi menjadi orang yang suka sangat mengikut macam tak tahu bagaimana nak hidup..
keyakinan??

tiru itu dan tiru ini,
sampai bila anda ndak lari dari menjadi diri atau belajar yakini sendiri?
dalam celik hari ada Sumpah kita luahkan dari kata-kata,
Janji pun Sumpah, yang selalunya Sumpah itu ndak jadi diri sendiri.
pada masa sama dilihat orang begitu, maka jadi begitu pula..macam lah Sesumpah, apa dipakai atau digayakan melambangkan apapun tak tahu langsung.
menjadi Askar pun memerlukan diri mereka menjadi seolah-olah sesumpah, meniarap ditengah hutan tak kira hujan ribut atau apapun hanya untuk capai matlamat nya..kemudian selesai mission itu, menjadi orang kembali.
bukanlah ambe katakan salah trend ikut-ikutan ini, namun cubalah realistic sikit..diri anda adalah anda. suatu masa nanti anda pun akan sampai tahap puas atau boring, dan masa itu lah anda alih ke minat lain.

tanpa ada sedikit kesedaran, bahawa yang sering teman anda bukanlah kawan-kawan kelab "Fixie" atau "fixed bike" mana, atau forum-forum photography, geng awek-awek cun atau persatuan 10 line pun.

akan tetapi itu lah diri "sendiri" anda.

dan kerana sibuk mengumpul Quantity kita lupa secara menyeluruh, Quality yang sebenarnya Tuhan dah tetapkan sejak dahulu lagi.. iaitu dengan sengaja menjadikan diriNya sebagai alasan untuk mengenal diri mu sendiri.
"awaluddin maarifatullah man afara nafsa"..awal mengenal Agama itu Mengenal Tuhan, mengenal Tuhan mengenal Diri.

kepentingan pada Quality atau Quantity?...bertanyalah elok-elok.
ketuk kepala sendiri, maka tahu lah sakitnya..
bangun lah dari igauan mimpi selama suku abad ini. jadi orang berguna dengan gunakan apa adanya. dari bersungut tak berbuat apa-apa..macam ambe.

KBD