Tuesday, August 2, 2011

se-Pasang-angan

jika anda lelaki..sudah daripada semenjak azali itu anda menyedari betapa ber Tuah nya diri anda kerana Tuhan tlah memerintah kan para malaikat di Lauh Mahfuz agar catat dirimu diatas namamu itu sebagai antara pemegang Amanah Kepimpinan yang tersedia ada didalam tubuh rohmu.
benih Adam yang pertama-tama kalinya didalam menisytihar kan kewujudan Insan yang kemudian disalut dengan jasad Bhumi diberi nama Manusia.
adalah pada ketentuan yang sebegitu, menjadi Lelaki, yang adalah bakal Suami bagi tunang wanita mereka, Ayah kepada anaknya nanti dan paling penting, adalah Raja didalam merangka bentuk pimpinan di dalam "Masjid" yang bakal kamu dirikan nanti..
Imam dan Wali lah mereka jika benar berpegang teguh di tali keyakinan pengalaman susah-payah mujahadah mereka.

sementara bagi anda yang adalah wanita..sememangnya dengan kesyukuran yang sangat tinggi sudah anda ketahui bahawa anda adalah yang Istimewa dan begitu layak agar di Muliakan diatas Keistimewaan,
walaupun disengaja ambil dari rusuk Adam untuk dijadikan Siti Hawa. kerana anda adalah wanita, anda tlahpun mengolah Dunia agar lebih bererti, lemah mu yang memberi contoh kepada kaum Adam seperti ambe, tlahpun berjaya meyakin kan sebahagian diriku bahawa "Hamba" itu ada, kekurangan kerana 1 akal yang difatwakan wujud bagi wanita yang menguasai 9 macam Nafsu itu menyeret pemahaman ku agar terus mengatakan "benar! memang ada lah Murid yang Murad"..ternyata "kebodohan" yang tlah disaksikan ambe itu benar bahawa ambe akan menjadi lebih teruk daripada bodoh andai tiada mampu memimpin tarikah fikiran mereka kepada memandang Hikmah berbaik sangka.

tidak dilupakan yang menanggung sarat pada kandungan "bayi" didalam rahim seorang Ibu itu adalah wanita,
sementara selama belum wujud nya ijab dan qabul, betapa sukarnya ditanggung oleh lelaki kerana diri mereka sering diganggu oleh ujian 1 nafsu yang sememangnya ada dari 9 akal yang sering diguna pakai akan mereka.

yang melahirkan dengan penuh kesakitan itu adalah para bonda,
yang menjaga dengan penuh belaian itu adalah emak,
yang mencoretkan khat yang berisi puisi ayat-ayat cinta nya demi Tuhan itu lah Ummi..

tatkala sang Ayahnda berusaha separuh nyawa bahkan sepenuhnya demi menyara keperluan dengan memperkuatkan keyakinannya didalam menghadapi Dunia luar yang pastinya mengandungi beribu macam tipu daya yang mencurigakan,
Bapa mengagih pengabdiannya didalam mengorbankan hampir seluruh jiwanya diatas keamanan dan kedamaian rumahnya agar sentiasa ber- tangga, agar jejak kaki pertama anak itu nanti menjadi seorang zuriat baqa yang benar baik,
kemudian sengaja menjadi Abu dirinya dalam menyediakan panduan yang tulus dan ikhlas demi kepentingan Agama yang semestinya dibawa langsung kepada Allah yang maha empunya segalanya..yang sudah dijanjikan kesentosaan dijalan Akhirat nanti yang pastinya akan membawa se ke-luar-ga itu kembali menemui Rasulullah.

beberapa minggu selepas Nisfu Syaaban dan bilamana tibanya Ramadhan,
mata fikiran ambe tidak dapat memadamkan naluri keibuanku yang terdalam didalam mengharapkan agar dibelai saat menyadari kelemahan, akan ada sang Isteri yang Baik buatku agar membangkitkan kembali jiwa rapuhku..setelah beratus cercaan panah dan tikaman hadapan dan belakang angkara Dunia, yang senantiasa menginginkan agar ambe kekal disini dan meyakinkan kehidupan nyata ini sebenarnya lah yang paling abadi. padahal ajaran Agama dalam Amali Hidup itu sentiasa menuding jari ghaibnya agar kembali meniadakan atau "La" kan segala dugaan, cabaran, tentangan, halangan yang disediakan oleh muslihat licik Dunia.

terkesan oleh beberapa syarah guru ambe berkenaan soal mencari Jodoh beberapa tahun lalu, dimana ketika disampaikan hal itu ambe sekadar ketawa dan mengambil ia ringan kerana mungkin melihat nombor usia ambe yang maseh putik atau muda ataupun mentah.
setelah merempuh hari kemudian, semakin lama jadi semakin yakin sebenarnya Jodoh tidak lah menanti berapa pun umur anda setelah anda waras atau akhil baligh, sebenar nya disitu sudah bermula langsung usaha mencari Jodoh..

dengan berpacaran yang jelas hingga hari ini, ambe sudahpun menyatakan pendirian ambe bahawa tidak lagi percaya atau yakin akan ke sahihannya, adalah budaya yang sengaja memutar belitkan pemahaman kita agar kabur dan curiga dengan restu dan jodoh apatah ketentuan yang sememangya Tuhan tlah catitkan di setiap manusia yang bakal dan sudah wujud di muka bhumi ini.
adapun wanita yang setuju maka mereka setia bersama ambe, sementara yang menginginkan kesukaan dan "enjoy" hidup secara bebas akan meninggalkan ambe dalam masa yang singkat, bersama puluh macam alasan mengapa tidak lagi seperti kali pertama bersua dahulu, yang walhal adalah restu dan izin Allah juga..itu pun satu Nikmat yang tlah rata-rata kesemua umat hari ini sudah tidak lagi mengambil kira ia sebagai satu Hadiah percuma, didalam mengenang "siapalah aku" yang mengucap dwi kalimah syahadah pun pelat lebih teruk dari Bilal bin Rabah, Solatpun menurut mood swing, Puasa pun mengelat dan ada "buka dan tutup" lampu keinginannya, Zakat pun tak tertunai memandangkan anda boleh usahakan untuk ber top up atau membeli rokok berkarton-karton, Haji pula begitu gelap mata kerana alasan kita selalunya "tunggu bila dah kerja, dah mampu"..disebabkan pada hujung rukun Islam itu ada menulis "bagi yang mampu"..
menjernihkan hal-hal ini buat ambe terduduk, dan lantas memaki diri sendiri kerana yang buatkan ia tidak "mampu" itu adalah pilihan. padahal ia akan "mampu" andai ada usaha yang terus-menerus..

namun kalam syahadah yang dipilih itu "i love you" pada awek atau pacar, tanpa ada rasa bersalah langsung kerana mencurangi Cinta kamu yang sepatutnya mencintai Tuhanmu terlebih dahulu.. kita boleh mencari awek hingga mendapat penyaksian yang tinggal hanya kita berdua sahaja berkhalwat, kenapa tidak Tuhan?

langkah kalimah Solat pula lebih dimuliakan dengan kerja-kerja yang bukanlah keutamaan, kumat kamit mulut atau jampi serapah hidup dalam memuzakarahkan perihal perasaan yang tak sudah, sementara tiap hari itu maseh kau dan dia tanpa apa perubahan ke next level, bertunangpun tidak, bernikah malah jauh dari fikiran..alasan kita ketika itu hanya "belum masanya" kerana dalam benak bodoh diri itu kita maseh kurang pengalaman dalam membuat keputusan. walhal dengan memberi janji-janji suci surah dibaca ketika solat itupun sudah satu pembohongan,
Al-Fil atau An-Nas surah pun tak difahami sedalamnya maksud yang ingin kita tahu agar dilaksanakan dalam kehidupan.
semuanya Bohong.

kemudian Puasa kita dalam berNafsu,
hari-hari Nafsu dan menuruti apa sahaja yang dipandu akan arus..mungkin sekali atau dua kali kita cuba lawan dan kemudian tewas dan berputus asa hanya begitu.
sedangkan kenyataan menjadi Orang yang Belajar jadi Islam itu adalah Perjuangan,
dan tak akan ada mudahnya didalam Perjuangan kerana ia adalah melakukan apa yang bertentangan dengan Dunia kehendaki,
jika Dunia hari ini dan selama ini kita tahu kebenaran Dunia yang menuntut agar kabur dengan Akhirat, dan memerintahkan kita agar duduk santai dan berselesa dengan arak-arak khayalan janji kemewahan dan kemegahan yang entah apa hendak dibuktikan.
justeru itu bilamana apa ambe cuba sampaikan ini sudahpun anda curigakan, "berlagak suci".."ye ke ni?" dan sebagainya kerana anda memandang ambe yang selama ini begitu kurang ajar dan biadap dalam berbahasa, terus apa yang membuatkan ambe tiba-tiba insaf? ujar sesetengah pembaca nya pula..

ini bulan Mulia? maka berlagaknya biar Baik ke? kenapa tidak jadi dirimu sahaja?

maka ambe berikan kebenaran yang tak siapapun dapat menafikan, bahawa sa nya sebenar-benarnya anda semua adalah makhluk yang paling mulia di muka bumi,
dan asal usul kejadianmu itu Roh Insan yang baik belaja, yang daif, yang tidak tahu menahu apa itu kesalahan setelah dikenalkan Nafsu yang sebati bersama Jasad anda.
maka kesanggupan ambe menjadi dalang kejahatan yang menghasut anda berbahasa kotor agar meyakini bahasa yang baik, dan contoh paling dekat mampu ambe hampiri agarnya kamu tidak menjadi seperti ambe bahkan mencontohi apa Muhammad bin Abdullah bersama 24 Rasul yang lain lakukan selama ini demi kerana pengabdian mereka semoga Agama yang diperjuang kan itu tidak sesusah mana yang mereka rasai, tidak perlu melalui perang besar-besaran hingga meragut kematian atau memusuhi orang Kafir sebaliknya mengajak mereka menonton satu Masterpiece Allah dari Agama Islam yang mulia dan senantiasa memuliakan.

inilah "Zakat" batin ambe berikan pada anda melalui Apikalam,
berharap benar agar ia di Hijrahkan agar benar anda bermalam di padang Arafah(kebijaksanaan), sudi mengorbankan kehidupan diri, agar menyusuli kembali Sejarah baik moyang-moyang kita yang rata-ratanya yakin dengan keabadian Akhirat yang akan menentukan kita sama-ada kembali dengan cara baik atau cara jelik berdasarkan Pintu-pintu Neraka atau Syurga yang tersedia sekian lamanya.

namun bagi ambe,
ambe maseh bukanlah seorang pemimpin yang benar "khalifah" dimuka bhumi seperti mana dimaksudkan oleh umat Islam itu Khalifah di muka bhumi, seandainya ambe tiada bukti..itu sebenarnya antara sebab menghijabkan ambe untuk menyebarkan keyakinan ambe yang total kerana ambe tidak beristeri, tidak beranak.
terus bagaimana-lah Masjid yang dimaksudkan melalui ikatan ijab qabul itu melayakkan ambe berbicara dengan benar tanpa ragu sedangkan ambe sendiri maseh terkial-kial mencari calon yang tepat untuk beranak yang baik?
ambe tetaplah sendiri, maseh.

menyentuh perihal ber isteri, sebenarnya ambe sendiri sudah terfikirkan hal ini setelah melihat pelbagai krisis rumah tangga yang berlaku tepat dihadapan mata yang menyaksi. membuatkan ambe takut benar didalam berkeluarga, lantas ambe sering memencilkan diri didalam Ga-nya Gua yang gelap dan sangat takut untuk Keluar dari khayalan hidup ambe selama ini yang berada dari antara alam nyata dan mimpi.

bukan sahaja ambe pernah berbicara dengan bapa Agama ambe bahawa ambe Takut benar dengan bernikah, bahkan ambe turut pernah meluahkan rasa yang sama pada bapa Bangsa ambe, iaitu Ayahnda ambe sendiri.. betapa takutnya andai melihat scenario kehidupan hari ini yang semakin hari semakin gawat membezakan antara manusia-jin-haiwan,
bila melihat rakan sekerja, ambe sangkakan mereka ini manusia namun tingkah lakunya tak saling tumpah menyerupai harimau, yang begitu possesive dengan milikannya tanpa ada apa pun kompromi, atau sang accountant yang seperti tikus yang menghakis harta kepercayaan majikan hingga sekarang tetap dan terus ambe teguri silapnya, apa dilakukannya hanya cuba memadamkan document-document yang sah menunjukkan bahawa dia tlah makan sebahagian wang syarikat ke dalam lubang kecil dan gelapnya agar tidak diketahui oleh sesiapapun.
ataupun kawan-kawan yang seperti jin perangainya, yang begitu "halus" bergurau dengan cara budaya-budaya yang pelik, berpakaian pelik dan mengamalkan amalan seperti menagih Narkoba atau Dadah agar kekal didalam khayalan alam Jin mereka.
bila menegur, mereka tetap sahaja akan buat muka yang paling baik, seolah-olah sudah sedar namun dibelakang, ke "halusan" jin itu maseh diamalkan, seakan-akan dirinya itu sebati dengan Jin.

Pandangan Salah yang ditegah oleh Nabi sudah ambe lakukan, sehingga ambe pun naik bingung mengapa ditegah benar kita Pandang Salah orang lain dalam Islam..maka setelah itu ambe ketahui bahawa Nabi menuntut kita agar senantiasa bersangka baik dan mengusahakan yang baik dari mereka yang kehendaki, hingga disatu tahap dimana usaha itu maseh ditentang hebat, disaat itulah perpisahan yang "la kum din nukum wa li ya din" ertinya Bagimu Agamamu, Bagiku Agamaku..yang diam tersirat didalam Surah Al-Kafirun..oleh kerana yang ditetapkan Nabi dalam Islam itu begini, seandainya tidak tepat begitu maka istilah sesat itu ada. Sesat yang bermaksud tersimpang dari jalan sebenar..jikalau hari demi hari kita sudah berhadapan dengan Guru yang sama, dah dengar apa Guru sampaikan berkenaan Agama, maseh belum berusaha untuk melaksanakan ajaran Islam yang sepatutnya Baik lakunya..maka perpisahan itu lah Guru yang paling terbaik didalam memberikan mereka pengajaran yang paling berkesan,
apa bezanya hidup sendiri dan apa bezanya hidup berjemaah pasti berbeza maka yang tidak taat itu sudah-sudah lah. dan apa paling mampu bagi kita setelah korbankan kesemua milik kita, hanya sangkaan yang baik sahaja.

walaupun ambe tahu serba kurang ambe hari ini, didalam menumpang keluarga orang lain dan menuruti perintah sebaikmungkin setidaknya ambe maseh ada pemimpin,
namun untuk menjadi pemimpin bagi tiap diri lelaki itu pasti ada,
kita lihat diluar sana, bagaimana kegilaan mereka terhadap politik..berapa banyak pecah belah dan kehancuran itu bukti nya.
malah itu menakutkan ambe menjadi pemimpin didalam mengertikan ciri kepemimpinan itu sebenarnya wajib menanggung umat kecil mereka, menunaikan keperluan serta mengambil kira tiap tanggungjawab yang ia dipadankan sebagai Pemimpin.

sesi pecah kepala ini sudahpun ambe bawa hingga ke puncak Jabbal Nur, didalam merenung tepat melalui jendela Gua Hiraq dan terus menonton Kota Mekkah yang jauh dari puncak itu, terlihat berduyun umat manusia yang masing-masing punya hajat tersendiri bagi memohon pada Tuhan, meminta agar dipilih, merayu agar diampunkan kesalahan lampau mereka.
ambe pernah berlagak Tuhan dalam mencuba membayangi apa perasaan Tuhan jikalau ambe ini adalah Tuhan, yang ada makhluk paling sempurna ambe ciptakan, disuruh turun ke Dunia buat usaha namun tidak lah melakukan apa diperintahkan, berbagai-bagai petanda dan petunjuk diberi melalui kuasa-kuasa ambe, Manusia maseh liat mengalahkan tanah yang bersalut pada tiap jasad mereka. Lantas ambe jatuh sayu rasa dihati, apalah daya ambe sebagai apapun..serba apapun ambe tetaplah loser melawan pemikiran akal yang istimewa tercipta pada tiap-tiap kejadian, perkataan yang berhimpunan bahasa yang tercipta pada tiap-tiap mereka, atau perasaan yang berbagai-bagai dialami oleh Hati masing-masing ataupun Roh masing-masing yang akan dikembalikan sepertimana mereka didatangi..
tersentap sebak yang amat didada ambe dalam menyedari kenyataan sebegitu lah apa Nabi-nabi pernah rasakan dalam usaha kerja agama ini..yang perasaannya umpama hendak bunuh diri kerana kedegilan Manusia sendiri.

dan dipuncak Jabbal Nur itu lah didengarkan doa ambe terhadap apa ambe rasakan.. suasana sendiri benar menyelubungi keadaan ketika itu, walaupun beberapa orang dari Turki ada bermain diluar pintu masuk gua tersebut.. sudah tidak lagi dihiraukan.

setelah selesai dan turunlah ambe sendiri dikaki Jabbal Nur, ambe diiringi oleh seekor kucing yang entah daripada mana munculnya yang seperti memberi tunjuk jalan untuk turun ke bawah. Hingga sampai, kucing itu naik semula ke atas.

Pulang ambe ke bilik hotel, tiba-tiba muncul lah perasaan hendak ber Isteri itu,
hingga rasa sangat dalam dan kurang pada diri,
ambe yang tidak mampu menahan maka mempersoalkan hal tersebut kepada Bonda ambe yang ikut ambe bersama waktu Umrah dahulu, "bagaimana berumah tangga itu?"
bonda ketawa seraya menjawab "mula-mulanya semua indah, dah sampai satu saat nanti dah fed up..kerana bau hapak ketiak pun jadi perbalahan dan punca penceraian"

ambe hendak sahaja soalkan lagi, namun kalam ambe seakan-akan terbisu sendiri..
malam itu ambe turun sendiri ke Masjidil Haram, dengan harapan agar suasana tidak sesibuk mana waktu lain..ternyata benarlah apa ambe kirakan, disitu ambe mengambil peluang bersolat hajat tepat bertentangan dengan Mihrab Kaabah memohon pada Allah taala agar ambe dikurnia akan Isteri yang mampu berada disamping ambe, membantu dan khidmat ambe setiapmasa dan jadi "best friend" ambe Didunia dan Akhirat didalam mengusahakan Anak yang baik buat keturunan-keturunan akan datang yang membawa munafaat Agama dalam menyatukan kembali Bangsa Melayu.

wajah siapapun ketika itu maseh kabur, yang jelasnya itu adalah Harapan.
ambe tak begitu mengharap pada Wanita yang mengenali ambe agar memenuhi apa ambe kehendaki, namun mengharap pada yang paling layak diharapkan.

Rasulullah yang tlah banyak mempengaruhi inspirasi hidup ambe, jadi orang yang sentiasa tidak pernah rasa rugi dalam memberi kesenangan buat orang lain.. walaupun ambe ada kalanya menangis sendiri kerana ia sudah melebihi had perasaan yang ditanggung sebagai manusia yang ada As-Sobur, disalin lagi kemudiannya menebal menjadi lebih kuat dalam bersabar..hinggalah ambe hidup hari ini. tanpa rasa apa kekesalan yang dilakukan.
masaalah utama ambe itu adalah masaalah orang lain.
itu semua sudah seperti sebati, walaupun ambe bukanlah seperti ini dahulu..

sementara merenung akan sang Isteri. harapan yang ambe tanamkan dalam doa itu semoga Ramadhan ini memberikan pengajaran pada ambe agar menjadi lebih Hamba dari sekalian Hamba..itulah maksud sebenar Pemimpin.
kerana mereka sanggup turun ke darjat paling bawah dari Hamba agar segala permintaan umat itu ditunaikan seperti hendakNya.
ambe tidak mahulah ada umat yang kuat mencabar sepertimana puak kafir dahulu pernah mencabar agar Tuhan turun ke Dunia dan nyata dihadapan mereka hanya semata-mata untuk keyakinan yang percuma.
biarlah mereka kenal dahulu siapa Hamba Tuhan sebelum mengenal Tuhan yang sebenar.

semoga para bakal Isteri, persiapkanlah diri dalam mengenali diri bukan lah mengenal pasanganmu..baiki dirimu sebaikmana yang menyenangkan suami mu nanti.
dengan ketaatan sahaja, sang Isteri sudah diberi keistimewaan diSyurga.

sementara buat bakal Suami, berjalanlah..agar keyakinan mu itu benar,
bukanlah teori semata-mata kerana kita hidup didalam kenyataan.

lakukan demi Anakmu. agar tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan diantara dirimu.

KBD