Saturday, September 3, 2011

NAK TAHU? BAYAR!!

setelah sakan beraya selama beberapa hari,
kemudian dijamu selera dengan tabiat pelahap sebelum Ramadhan untuk dimeraikan Setan yang tlah kembali back in business..

anda tertawa-tawakan kiri dan kanan, kemudian anda "cucuk" langit dengan bunga api atau mercun, tandanya apa ambe pun kurang pasti.. mungkin itulah cara kita hiburkan budak-budak atau jiwa kebudak-budakkan kita dengan aneka jenis peledak yang mampu sahaja mencederakan atau mengejutkan sesiapa sahaja yang berada disitu.. kemudian menyebarkan asap yang bahkan lebih beracun dari Gudang Garam ini.

tapi tak apalah, "setahun sekali"..kata kita,
jika katamu bermain Mercun itu khas buat orang Hebat aja, ambe tak terfikir itu maseh layak untuk diistilahkan Hebat kerana kita tahu,
orang Hebat bermain Mercun itu hanyalah mereka yang Berani mengenggam Mercun yang dicucuh itu..bukanlah bakar dan lempar, itu Bapuk atau Bencong pun boleh lakukan tanpa siapapun sogok "Hebat"..

fakta jelasnya bagi yang maseh Blur.. Orang Hebat itu diklasifikasikan sebagai pejuang risiko.
Ayah kita ternyata Hebat, dia buat kakak, abang atau adik atau kita melalui hubungan intercourse dengan Ibu namun setelah itu dia bertanggungjawab dengan menyambut kehadiran kita didunia ini..Ibu kita pun Hebat, dia menanggung berat apa sahaja terletak pada jasad kita berbulan-bulan kemudian melahirkan kita dengan penuh keringat, 99% Nyawa dihujung kepala.. namun begitu posting kali ini bukanlah hendak menceritakan kehebatan siapapun..akan tetapi mencuba tarik tali fikirmu supaya berbalik jadi realistic.

dan melihat PELAJARAN apa tlah ambe kemukakan dari berpuluh-puluh posting,
ambe salah seorang pembaca setia pada karya ambe pernah terfikir didalam beberapa hari ini yang tak berapa rasa nak raya kecuali duduk biasakan dengan routine kerja semula setelah 1 bulan bercuti atau keluar jikalau di hubungi Sahabat ambe..apa adakah pembaca yang sudah mengambil sesuatu yang bermunafaat dari therapy hina diri ini?

complaint..ya, memang ramai, bahkan itulah majority kewujudan rakyat yang adapun dalam Dunia ini.
condemn..itu pun ke-2 ramai,
console..itu sedikit,
compliment..kalau adapun, ambe tutup mata dan telinga ajalah. puji yang elok dan paling dihargai ambe tak fikir buat ambe, tapi Tuhan ambe, Rasul ambe..itu lebih-lebih layaknya.

bercakap mengenai PELAJARAN,
itu luas..dan relasi sering dikaitrapatkan oleh minda kita adalah ia bila di LUAR. kerana kita KELUAR baharu kita belajar. duduk dirumah kata orang, tak belajar..
ambe sedikit kurang setuju dengan cadangan atau inference itu, kerana dimana-mana sahaja kita tetap belajar..sejak bermula kali pertama Akal kita mula bertanya SEBAB, itu sudah "pecah dara"-nya AKAL.
kali pertama mulut kita berbahasa teriak dan menangis..atau Hati kita merasa tenang dalam tidur sebagai bayi yang baharu lahir, itu semua adalah pelajaran pertama, yang diajar tanpa kita minta untuk diajar..kerana bahasa kasar bagi golongan Bayi-Budak itu tetaplah BODOH.

ia tak sombong seperti kita yang sudah berusia ni, ia tak pertikaikan apapun keputusan kecuali turut, ia tak berlagak dengan pakaian barangan branded atau fashion masakini..

akan tetapi yang sering ambe lihat Ibu dan Ayah budak-budak yang mengamuk atau menangis untuk dapatkan sesuatu mainan di Toys R Us atau dimana-mana Mall yang ada jual barangan mainan, mereka selalu nya respond dengan mencubit, menarik tangan dan seret ketempat lain, atau marah dihadapan khayalak ramai..paling serious dan buat ambe tergamam tanpa berkata apa adalah sang Ayah yang kononnya ndak tunjuk garang tlah sepak-sepak anaknya sendiri, walaupun tak kuat mana..tapi itukan tetap di klasifikasikan sebagai tindakkan Kasar dan tak bertamadun?

atau ambil semua kejadian ini dan putarkan kepada tempat berbeza, visualkan dirimu adalah anak itu kemudian kamu juga adalah ayah itu. agak-agak apa anda rasa? teruk? jahat?
itu semua masehlah penilaian anda setelah anda sekarang, yang sudah tahu apa teruk dan jahat..jikalau anda cuba selami kembali ke zaman anda berada dahulukala, anda takkan menuduhpun bahawa ayah anda itu jahat atau teruk namun yang anda tahu adalah sakit dan sengaja lebih-lebihkan perasaan "sakit" itu..atau kerana rasanya "malu" disebabkan ramai orang yang tak anda kenali sedang memerhati anda dikiri dan kanan akhirnya memilih option "sakit" tadi juga untuk cover "malu" tersebut.

diantara sari-rasa yang tlah diajar tanpa manual atau bahan rujukkan, sakit dan malu adalah yang paling tinggi pernah seorang budak eksploitkan.. adanya itu kerana satu sahaja SEBAB yang mereka ataupun kita sendiripun tak tahu ketika itu, iaitu TAKUT.

walaupun kita kabur akan ketakutan apa sebenarnya, bayi atau budak tetap ada perasaan TAKUT itu.
kesimpulan ambe yang pendek adalah cuma satu, mereka memang dah kenal Tuhan, maka mereka TAKUT dengan kedewasaan, TAKUT dengan Masa, TAKUT dengan Binatang apapun yang mereka temukan dan sebagainya..

pepatah lama berbunyi TAKUT kerana SALAH adalah benar sama sekali.. kerana diri setiap Bayi itu tlah Suci, maka yang Suci ini TAKUT dengan Risiko yang ada sebelum mereka diperkenalkan secara praktikal pada Hidup maka putaran Insan itu didapati berbeza, ia adalah Anti Clockwise/lawan putaran jam sementara putaran Manusia sahaja adalah Clockwise/ikut putaran jam.
kerana Manusia yang sedar akan wujudnya diri sebenar dalam kandungan jasad yang dikenderai itu akan mula mengerti, memahami, mengenali beza antara menjadi Manusia atau Insan ini.
akhirnya yang Yakin dirinya adalah Insan itulah Pejuang..mereka tak lagi TAKUT dengan Risiko. Kerana mereka tlah bijak mendaya-gunakan Akal dan Hati sebaiknya yang melahirkan Kalam yang Yakin bertujuan untuk membangkitkan Roh yang layu dalam penjara Jasad.

BERANI kerana BENAR..pun berputar lain arah buat diri yang Insan, kerana Perjuangan mereka yang Berani kerana Salah itu lebih dipertahankan.. dan ambe mohon usah disalah tafsirkan pengertian berbuat salah yang salah atau melawan yang benar.akan tetapi yang ambe maksudkan disini adalah mereka yang Berani mengaku Salah dari diri, seandainya benar ia Salah.. kerana hanya dengan belajar mengenali Salah itu sahaja lah buat kita Yakin, ya! betul, itu Salah dan ini Benar. kita menjadi penilai sendiri diatas risiko sendiri.

tidak seperti menjadi setakat Manusia, yang mainstream dan follow apa yang termaktub..jika ditulis "BERANI kerana BENAR" maka itu lah "perjuangan Manusia" yang sebenarnya hanya "sarung" pakaian kita sebenar agar berada di Dunia ini.
ia bersifat Material/Benda, maka cuba lah anda perhatikan diluar sana mereka yang berpegang teguh dengan prinsip "BERANI kerana BENAR"..apa mereka itu hari ini pernah menganjurkan kesyukuran dikalangan kita agar lebih akrab ataupun mengajak kita agar berpuak dalam puak dalam puak kemudian berpecah lagi jadi puak kecil kemudian suku dan akhirnya dia sahajalah mem-beruk sendiri..
ternyata inilah amalan kita hari ini, yang suka sangat anjur pergaduhan dan perbalahan..alasan kita konon Debate, atau Bahas..namun yang diraikan bukanlah apa-apa kecuali berusaha untuk dapatkan semacam Piala kemenangan diatas pertengkaran kalam yang disifatkan kini "sihat"....apa katamu jikalau memang ada semacam fakta yang begini, mereka sengaja olah kepada bentuk makna lain untuk kuatkan statement mereka aja agar mereka menang?

ambe tak nafikan, kita perlu kan Muzakarah/perbincangan, atau Tazkirah/perkongsian antara fikir dan rasa, dan Syarah/huraian.. namun tidak perlu lah bertegang urat untuk tegakkan kebenaran yang cuma hadir pada sangkaan atau perasaan.

dari awal tadi ambe tlah kemukakan atau caps lock kan PELAJARAN kerana ambe sudah fikir semasak-masaknya untuk menaburkan serangkai fikiran ambe yang mungkin cetek ini.

Hari ini kita dah di train dan diajar untuk BELAJAR di SEKOLAH,
bagi ambe itu tiada masaalah.. hanya mungkin method pengajaran yang ambe kurang setuju.. "Kita" dariantara golongan Umat yang ada hari ini, yang mencemuh dan mengutuk keras orang Kafir, atau keturunan Penjajah namun dalam masa sama kita tlah apply cara mereka subur dan membiarkan ia tanpa difikirkan pun sebab mengapa "baik sangat" mereka?

bukanlah ambe ajak anda untuk berlaku prejudice terhadap Penjajah kerana kesah itu mungkin tlah kita anggap Karat. Cuma memberi semacam fikir balik dan lihat kenyataan apa tlah berlaku hari ini, yang semuanya tlah di limitkan pengajaran..kerana kita sebagai guru ni ndak marking ini dan itu untuk gred kan student ini bagus dan itu perlukan lebih usaha gigih dan sebagainya.

padahal anda tahu, kalau dah nama Guru.. anak murid itu amanah mereka. maka bukan sahaja care kepada mereka itu ditahap kertas sahaja, atau marking paper atau grading..namun kehidupan anak murid itu sepatutnya diketahui juga. bottomline di sini, Guru sepatutnya lebih akrab dan karib dengan muridnya baharu disitu Guru tahu dimana kelemahan dan kekurangan muridnya.

dan sekali lagi, "System" jadi alasan Punching Bag lagi. Guru dihadkan, Guru yang IQ tinggi untuk Sekolah Elite atau istilah meloyakan hari ini, Cluster.. sementara Guru Bangang dan bermasaalah atau pernah buat kes untuk sekolah kampung.
Pembahagian itu sudah subur diselenggarakan hari ini, hingga kita tak nampak lagi Nilai seorang Guru itu dimana kecuali mengerti, Guru ada Gaji..dan Guru sekadar Profesi atau Pekerjaan yang bergaji..

maka ambe tanya, dimanakah "ILMU" yang Ikhlas sedangkan erti Ikhlas pun sudah hari ini kita tuntut balasan?

akhirnya jadilah sepertimana kita lihat hari ini jadinya,
anda belajar lah luar negara atau belajar berpuluh tahun untuk himpunkan sijil-sijil, diploma-diploma, master atau degree..namun maseh menyusahkan Kerajaan yang sebenarnya Perlukan Quality kepemimpinan.. Tiada Ain ul Yakin kecuali BUTA Yakin.

sepertimana ambe post di Status Facebook ambe tadi untuk BUAH fikir pada semua,
fahaman ambe setinggi-tinggi atau sejauhmana belajar masuk "U" pun,
apatah pemilik Masters atau Diploma dari luar negara,
tanya lah mereka APA sumbangan IKTIRAF PANDAI itu buat kita semua?

kecuali maseh menjadi KULI kepada KEBODOHAN yang kaya dengan KESOMBONGAN,
apa perlu kita jadi PANDAI untuk berkerja? TIDAK..
anda hanya perlu BERANI untuk BENAR-kan SALAH dari sendiri yang sering ditakut-takutkan oleh Mentality Hari ini.

dari complaint terus-menerus akan kekurangan Kerajaan atau muslihat Kerajaan, apa anda sebagai pembangkang tlah bantu bangunkan rakyat yang ber Quality dengan usaha bersama NGO-NGO yang bertahun-tahun ada?
atau Kerajaan yang sering sahaja kita dengar dan baca dalam akhbar Pembangkang yang selalu menindas suara-suara yang sepatutnya dan selayaknya diperdengarkan dengan jujur dan telus..

apa ini CONTOH-CONTOH KEPEMIMPINAN yang di tegakkan oleh kedua-dua belah Pihak baik Pemerintah ataupun Pembangkang?

fikirkanlah..kerana dengan penulisan inipun mungkin sahaja tidak dapat menyadarkan kita belaka untuk sedia terima kesalahan sendiri..sepertimana apa ambe cuba terangkan dari tadi soal Insan dan Manusia yang berada di dua hal berbeza dalam satu badan, ternyata lah dan tanpa ragu untuk ambe katakan bahawa perjuangan kita hari ini maseh belum yang Insaniah, bahkan lebih menjurus kepada Manusia yang maseh Haiwaniah.

yang miskin maseh berjuang diatas kata-kata "Kais Pagi makan Pagi, Kais Petang makan Petang"
ungkapan "Kais" itu pun sama seperti Ayam, apa anda Ayam atau Manusia? Jika BENAR anda manusia, kenali Otak yang punya ingatan, dan balik pada Akal yang terletak pada organ Roh kita..selarikan ia dan BERUSAHA!

"yelah..cakap pandailah"...dah habis tu, tak pandai cakap macamana ndak nasihat elok-elok?

sementara yang kaya raya maseh berjuang untuk kekal berada diroda teratas, melanggar segala hukum Alam yang Tuhan tlah tetapkan didalam roda Sunatullah.. Hingga imbuhan kemewahan dan kekayaan itu mengakibatkan ramai orang tlah di zalimi.

ingat lah kembali dari mana kita tlah didatangkan, itu sahaja morality yang utama ambe hendak anda semua fikirkan..kerana keraian Aidil Fitri inilah buatkan anda sombong untuk cari kembali FITRAH diri anda sebenar yang tlah diberi pada anda untuk Tahun ini, pasti dan mesti ada bezanya dari kelmarin..renungkan betul-betul..jika tak ada, jangan salahkan ambe lah kerana rugi itu terpaksa ditanggung sendiri. Ilmu bukan untuk makan sendiri, Ilmu untuk dikongsi..ndak kenakan bayaranpun agak-agaklah. memadai sudahlah jika Niat anda ndak uji kesungguhan murid asal tak lari dari landasan hingga dijadikan sebahagian sumber pendapatan tetap sudahlah. Nabi kalau nak meniaga Ilmu dah lama kaya raya..jangankan Nabi, Cendekiawan dulu pun tak pernah ada syarat bayaran pun kecuali kongsi..kita ni setakat recycle balik ilmu ni nak bayar-bayar juga ke?

oleh kerana dah Ramai berlagak PANDAI, akhirnya kita mengakui bahawa kerjaya paling senang dan tak pernah diiklankan dimana-mana media adalah menjadi orang BODOH, kerana anda berguru dengan Hidup yang mencari Tuhan. Gaji-mu adalah KEYAKINAN.. Dunia nak kata apa LANTAK!

bagi yang maseh tidak tahu, SILA ambil TAHU agar Faham dan telan Apikalam ini dengan penuh kesanggupan untuk menghancurkan pertikaian kita yang tak pernah terlesai..sedangkan Tuhan wujudkan kamu disinipun dengan kepandaian atau kebijaksanaan dengan sama dan rata terpulang pada mereka yang berusaha lebih,
dalam menyedar akan diri itu semua maseh TANPA SEBAB..kecuali Allah jualah datang dan Allah jualah kembali.

akan tetapi FITRI pertama perlu anda terima adalah BANGSA, kerana dari BANGSA lah pri-mula KENAL MENGENAL..
apa anda sudah terima anda MELAYU atau CINA atau INDIA atau ARAB?
BELUM?

nak tahu KENAPA?
"BAYAR LAH!!!!!!!!!!!!" (ala-ala Cikgu Zaman sekarang) wakakakakakakakaaaaaa!!!!!

KBD