Saturday, July 2, 2011

Sesumpah

kenyataan kali ini lebih kurang bakal tidak akan dipersetujui oleh antara mu yang membaca,
kurang disenangi akan tulisan serba berselerak bahkan serabutan..

anda orang intelek, sementara ambe adalah orang yang bodoh sekali pernah kamu dengari dari Dunia,
pertama, kerana ambe menulis tiap dini hari kerana mengharapkan orang membacanya..diatas kisah-kisah yang ambe perleraikan sa demi sa pakaian "sombong" ambe. diatas maksud itu maka satu blog lagi dibikin,

kedua, mungkin kerana ambe sering berpindah randah sekolah, sejak kecil lagi dari tadika saint teresa ke al-arqam ke yayasan islam, kemudian diperingkat sekolah rendah ambe berada di darjah 6 dua kali oleh kerana tidak cukup umur namun maseh tidak dapat keputusan 5A yang beribu-ribu manusia dari dahulu hingga kini tlah berjaya dengan cemerlang.. Pada fasal sekolah menengah, ambe tlah dipindahkan dari sekolah cina ke sekolah menengah sultan sulaiman, mungkin kerana tindakan bodoh ambe melawan kembali tuduhan yang ambe dikenakan.. hingga tingkatan 5 ambe tlah berikan kesungguhan yang berganda, namun maseh lah 3A sahaja keputusannya.
setelah menerima tawaran ke UITM, sebulan sebelum ambe menerima Sijil Pengajian. Ambe memilih berhenti untuk ke belajar di Mesir.

ya, ambe faham..ini bukan calon suami atau menantu yang anda cari-cari kan dari orang seperti ambe. oleh kerana teknikal spec yang diperlukan dalam penjodohan hari ini selalu berpandu pada pendidikannya.. Jika England, America, Australia, Korea, India atau Jepun..pak dan mak mertua akan senyum seraya menunjukkan jari best mereka. Itu Fakta!

mungkin ada dariantara anda pula yang menafi, ok tak apa.. bagi pihak yang menafi yang kononnya ndak calon yang belajar Agama, pastinya ndakkan yang berada di Maahad Tahfiz yang bertauliah, mengaji pondok atau santri yang ada nama, dengan Uniform Jubah, Kopiah yang bercop kedai biskut pak aji, berjanggut "kemas" dan berambut pendek juga punya kerjaya meniaga ubat gigi ala-ala Islamic atau lain-lain product Islamic kata kita yang begitu keras memboikot segala macam unsur Yahudi.
itu persetujuan visualisasi anda kepada yang ber Agama..
bagi ambe..itu terserah. ambe tak perlu pertikaikan apapun dengan memperakui kecetekkan beragama..namun bagaimana dengan orang seperti ambe yang datang pada kamu dengan berambut panjang, berjanggut panjang, namun berbaju T-Shirt Hitam berserta Jeans dan ambe bilangkan padamu ambe adalah orang yang belajar Agama..namun hampanya tiada sijil atau cop asli untuk mentauliahkan ambe ni belajar mengaji Agama macamana? jurusan apa? Fiqah? Usuluddin? Tariqah?

pasti majoriti akan meragui orang seperti ambe, akan bermain teka silang kata diatas diri ambe..

scenario seperti ini pernah berlaku dan sering berlaku dan sangat jauh dari tidak berlaku didalam hidup ambe, andai ambe ceraikan semua jadi cerita, dua tiga post sekalipun tidak selesai mungkin.

namun Hipokrit itu tetap ada, anda memeranginya, kita perangi Hiprokrit dengan liar sekali..sungguh liar hinggakan bukan setakat dengan Ibu sahaja kita berlakon, bahkan Ayah dan Tuhan sendiri kita sedia berlakon, tanpa mengharap apa payment, itu amalan Welfare tak perlu siapapun seru, kecuali diri, yang penting anda famous dengan prilaku itu, dan peminat nombor satu anda itu adalah Nafsu anda..Diri anda..
Jangan sebut lagi bab Syaitan kerana Nafsu itu halangan pertama dari diri..

adalah menjadi diri ambe, jika benar serious dengan hubungan bersama seseorang,
ambe akan terus kenali keluarganya.. kenal siapa Ibunya bahkan cuba berada dilandasan yang sama bersama Ayahnya, rapati Adiknya.
dan hal ini pada kulit buku cerita, tanggapan orang yang sering ambe terima adalah "Hipokrit"..buat baik untuk memiliki wanita Idaman lah kata kita.
bagi ambe pula, persepsi itu salah kerana walaupun ambe diterima sekalipun oleh kesemua ahli keluarganya, ambe maseh ditahap yang "berusaha" atau "berikhtiar". bukan lagi memiliki, kerana soal memiliki pastinya anda dah dapat bawa si-dia balik kerumah, tidur bersamanya ataupun mengadakan hubungan seks luar nikah..tapi macamana soal milik itu timbul bila ia luar nikah?
jadi, pandangan itu tak boleh diguna pakai.. walaupun ia pengalaman tradisi turun temurun dan kepercayaan nikah itu turun temurun, ambe ambil ia sebagai langkah memahami soal "kenapa harus nikah dalam Islam" agar moga-moga ia diyakini.

bahkan semenjak ambe kenali "wanita". hal ini tlah diamalkan sekian lamanya.. dan orang ramai malah tahu hubungan ambe dengan keluarga awek semuanya yang pernah ambe kenali. tak perlu tunggu masa lama nak pergi kenal, hanya jadi "gentle-man" pergi ajalah sekiranya berpeluang. ini langkah yang baik dan sihat bahkan anda dapat mengenali siapa sebenarnya orang yang bakal kamu ambil nya sebagai Suri yang memPermaikan hidupmu nanti.

dan didalam peristiwa kenal keluarga si dia, banyak hendak ambe kongsi. pertama soal berlagak suci Emak si awek yang seringkali menuding jari pada suaminya, konon-kononnya dia ni lah yang sporting namun ayahnya yang kuat betul risau itu ini. pada awal kerana kebodohan kita selalunya akan kata "ooo...yeke?" dan langsung percaya,
dah berkali-kali hal sama terjadi, akhirnya kesedapan susu akhirnya jadi mual dan muak, diatas perbuatannya sendiri membuatkan naluri anda sendiri terdetik bahawa dia sedang berbohong.
selalunya ambe diamkan sahaja dengan harapan agar dia sedar, namun maseh tak sedar-sedar.. anda fikir logic cukuplah, ambe ada semua nombor contact ahli keluarganya termasuklah ayahnya bahkan ambe sentiasa sms ayah si dia agar jikalau ada apa-apa salah silap ambe, tolong tegur ambe.. dibalas "ok" lagi. tak ada masaalah.

namun yang ambe terima bertalu-talu, yang sibuk tetap Emaknya, yang walaupun ambe keluar makan pagi atau tengah hari pun tiap 10 minit atau 5 minit akan hubungi si dia.. pasti anda akan berkata "ye lah, emak mesti lah bimbang"..

ambe mohon pernyataan "bimbang" diubah pada skeptikal.. sebab ia dah berlaku bahkan bertahun-tahun lamanya. ambe tanggung hal ini sahaja dengan penuh rasa dalam hati yang diri sahaja lah tahu macamana gayanya jika ambe sembur depan muka Emaknya sampai masa nya.. dan scenario ini bukan berlaku sekali dalam hidup ambe bersama bekas bakal A bahkan juga bakal B dan C.. dan ambe cuba lah fahami, cuba terangkan dengan berjela-jela sms dengan harapan bahawa ambe tak ada niat yang tidak baik namun perbuatan yang sama tetap berlaku.

ia bukan hal yang besar pun sebenarnya, kecil ya amat..namun kita soal bab selesa orang yang bersama kita, hingga menaruh pra sangka yang meyakinkan ambe bahawa ambe ini memang ternyata didalam kategori yang dinyatakan diatas.
yang tiada kelulusan bagus atau baik dalam bukti bertulis.

ambe tetap salah kan diri ambe dalam apa jua hal..salah kan sebab tak belajar bersungguh-sungguh disekolah, ambe belajar bagai ndak gila waktu tingkatan 5 namun keputusannya tetap begitu.
berkat guru yang ambe sering khianati atau lawan?..guru yang datang ke sekolah pun belum tentu memasang niat mereka sebagai guru yang ikhlas mengajar. bahkan jadikan ia sebagai "kerjaya"..yang berbayar. macamana nak kata ia ikhlas bila ia diumpamakan dengan Duit walhal nilainya lebih dari itu?

jadi dimana silap ambe? ambe renung tiapkali ambe dah kalah dengan usaha atau pun putus dengan seseorang itu.. hal yang lebih-kurang sama cuma berbeza keadaan dan peringkatnya,
apa ambe tulis kan ini adalah mainan perasaan..adu domba? luahan diatas maksud publisiti murahan?

TIDAK..namun ia adalah contoh bagaimana orang bodoh tolol yang mampu buka pc, sambung pada internet dan buka browser hingga dapat ingat www.blogger.com, sambil memasukkan e-mail dan password, boleh membuat post seterusnya, kemudian bayar bil elektrik dan bil internet agar usaha sia-sia ambe ini maseh dapat diteruskan.
dan segalanya jadi kenyataan..hanya dari sebutir Pc yang wujud kerana dahulu abang ambe guna dan ambe curi-curi guna hingga belajar semua sendiri.

soalan disini adakah ambe ini hebat?
tidak!
tapi siapa mengajar ambe sedangkan ambe dah beritahu tak ada siapa mengajarkan pada ambe,
guru utama ambe disini adalah keberanian.

namun begitu,

walaupun dah berani untuk salah sekalipun kata orang..maseh berlambak hal yang ambe takuti, diantara hal nya termasuklah diri yang sering perasan baik dan sudah bagus untuk kutuk orang lain.

sementara disini, bakar diri itu sering..kerana ambe sudah bosan jadi manusia yang konon low profile, atau konon tenang macam air tasek, atau "cool!" berhadapan orang-orang yang begitu kuat berpura-pura tidak suka,
walhal suka.. itu paling tak dapat dimaafkan.

contoh paling simple adalah bila kita cakap dengan perempuan bab Blue Film atau sex, dan respond sesetengahnya adalah "ee..tak senonohlah"..padahal kenyataan itu maseh dianggap normal dan umum perlu diketahui.
kemudian kamu bantah, lagi dan lagi agar kamu berjaya menangkan diri,
dah tu? menang? makan kenduri 7 hari 7 malam lah?
tetapi, scenario kenyataan "menang" apapun dalam debat HEBAT cara Islami kononnya, maseh ada ramai anak muda melakukan seks luar nikah bahkan tabii seraya membawa lampiran kad ic bertulis "Islam" sebagai agamanya..
dimana orang agama hari ini yang sanggup turun padang bermandi lumpur sambil menarik mereka yang lemas ke pulau yang ada harapan?
ada lebih baik dan tidak hipokritikal, letak "freethinker" je sebab orang macam ni tak ada "idea" apa kamu sedang bawa dan kemudian laku anda itu mengakibatkan apa. hanya kerana berlagak atau lakon ala-ala "suci dalam debu" lah kononnya....

tidak bertudung namun maseh berusaha pagi malam.."Solat" katanya, "Puasa" katanya, "Mengaji" katanya..
sedangkan itu semua tuntutan Hakikat diri,
cuba lah dia beriya-iya buktikan wanita tak bertudung ni lebih baik jauh dari bertudung..

ya, memang..ambe akui, hari ni nilai kebaikkan atau jujur lebih terang ambe kenali melalui wanita tak bertudung.
bahkan kawan-kawan wanita ambe pun ramai tak bertudung..
lebih beradab bahkan tiap kali bersurai, orang-orang tak bertudung inilah datang untuk salam cium tangan ambe..walaupun mereka tahu ambe ni taik semuanya, kerana pandang ambe sebagai pencacai peringkat otai. maka salamlah.

sementara perempuan yang mengaku dirinya "wanita" bertudung pula, mereka takkan salam. HARAM katanya. apa dah jadi dengan Islam yang "bersaudara" kononnya tu? ambe pun hairan..
sibuk petik sabda ini dan itu, firman ini dan itu, surah ini dan itu hanya untuk perkukuh akan statementnya atau dijadikan senjata hentam pada orang lain, realitinya begitulah teruk menghasut orang lain agar jangan kawan orang begini dan begitu, apa orang ni baik sangat ke? kalau dah benar "baik" pasti dia tahu siapa makhluk pertama menghalang orang agar bersama atau beramai-ramai, itu kerja Iblis.

paling ambe anti adalah orang yang bertudung namun gedik atau denerr kata orang ganu, serupa orang kapir..tak ada malu bahkan lebih teruk dari pelacur atau penari bogel kelab malam gerak lakunya..Ulat Buah!

sedangkan jika kita tengok rancangan National Geographic atau Animal Planet, itu kerja sesumpah.
yang kau ikut apa fasal?

KBD