Saturday, July 16, 2011

AREA 51 "kita"

satu kata akar atau nama kode atau code name,
iaitu: "Alien"

Kata orang, alien itu wujud.. Bagi sesetengah orang lain pula, mereka “rasa-rasa” nya alien itu ada, namun tidak lah tahu kebenarannya..walaupun bukti penemuan atas penemuan itu tlah tersedia ada berdasarkan bahan antara yang semakin hari semakinlah modern seperti camera, bahan tulis, video ataupun perakam bunyi.
Kenyataannya, walaupun diperingkat ini maseh ada lagi golongan orang yang maseh belum pasti dengan kewujudan alien tersebut.. bagi orang ini mereka akan berkata “aku tak tengok sendiri, maka tak tahulah betul atau tidak”

Berbeza dengan golongan ketiga pula mereka akan katakana bahawa alien itu tiada, dan bermati-matian akan menafikan sungguhpun mereka Nampak sendiri dihadapan mata sendiri.. kerja melawan itu tetap profesi yang julung-julung kali diperjuangkan.

Bagi ambe, sebelum memberitahu digolongan mana ambe berada, elok ambe beritahu bahawa dalam konteks Kepercayaan. Itu ada 3 golongan,
Pertama-Yang dikiri: penentang atau pembangkang.
Kedua-Yang dikanan: penyokong atau pejuang yang dikatakan “kebenaran”.
Ketiga-Yang ditengah: definasi lainnya dikenal dengan istilah “atas pagar” atau orang “neutral” disangkanya.

Ditiga scenario tersebut kita dah jelas, dan mungkin sahaja kita sendiri sedang menilai diri sendiri dimanakah “percaya” kita itu.

Sementara ambe yang ditugaskan sebagai penganalisa kemudian menulisnya diatas taarif yang ambe sendiri fahami diatas kebodohan ambe sendiri.. ambe tegaskan bahawa ambe TIDAK berada dalam ke-tiga-tiga hal yang disebutkan tadi, kerana ambe adalah orang Yang Keempat. Yang menulis bukan kerana kepentingan pihak mana-mana dan tlah sedia menjadi cacai abdi pada antara ketiga-tiga klasifikasi tersebut.
Padahal ambe sendiri pernah menyaksikan sendiri alien, dan berkomunikasi dengan yang juga dikenali sebagai “makhluk asing” tersebut..itu bukan hal karut namun demi kepentingan yang sama dan rata, ambe akan iya kan ajalah hujah-hujah yang datang baik dikiri,kanan ataupun tengah demi satu contoh atau modal cerita disini. Dengan harapan moga pembaca tidaklah menjadi orang yang bodoh atau dungu dan benak otaknya yang menerima 100% kata-kata ambe melainkan menilaikannya sendiri. Sebenarnya, inilah kedudukkan “penganalisa”..dan kenyataan golongan atas pagar tadi itu sebenarnya SALAH sama sekali, kerana mereka lihat dikiri dan kanan tanpa melakukan apapun tindakan kerana begitu was-was atau serba-salah.

Sedangkan golongan ke-empat seperti ambe tidak peduli sama sekali dengan apa kata orang pertama,kedua atau ketiga..pada kenyataannya lah.

Dan peri-hal Alien sebenarnya suatu yang pelik dan menjengkelkan kepala otak kita. “ada atau tiada” menjadi topic persoalannya.. sama seperti cerita Hantu, Jin atau perkara Ghaib yang lainnya.

Apa adakah Ufo dan adakah Alien ni berselindung sebalik manusia atau beruk ataupun ular sawa berkulit batik Noor Arfa?

Itu jadi bahas selama zaman ini berlalu, Roswell dan Area 51 jadi tumpuan utama jikalau kita kisahkan hal berkait dengan Alien ini.

Ini perihal Hakikat yang sama pernah ambe karang sebelum ini, bagi yang belum baca, maka beleklah topic sebelum ini..kalau rajin lah.

Akan tetapi kali ini topiknya adalah Alien.
Yang pihak pertama, terutamanya yang kenal berdasarkan fakta dan buat kerja untuk menggali hakikat kebenaran yang tlah ditinggalkan, golongan ini dipanggil pengkaji atau orang saintis ataupun ahli Syariat.
Sepertimana orang hari ini yang beragama diatas IC, hidup kerana dirasakan mereka inilah orang Buddha, maka yang extreme Buddhist akan sedia mewakafkan hidupnya menjadi Sami atau Monks berdasarkan Tarikat atau panduan yang ditunjukki melalui kitab-kitab. Manakala ahli Hakikat sahaja merasai apa sedang diamalkan itu diisi semacam perasaan yang “Mirwana” atau bertemu dengan Siddharta Gautama Buddha sendiri.
Maka peringkat ketiga, mereka sudah pada mengatakan bahawa ini lah Kebenaran yang dibentuk pada Sangka paling extreme-nya.
Sedangkan butiran itu langsung tak dapat diterima oleh pihak pertama dan kedua, jelasnya Hakikat yang dirasa-rasakan itu maseh yang berubah-ubah. Semua tahu hal itu kan?

Anda marah pada pakwe atau makwe anda kerana tak call anda semalam disebabkan anda menunggu sampai 5 pagi, maka timbul bengang. Kemudian anda mengendurkan kemarahan tersebut bila sahaja pakwe dan makwe anda berkata atau berbuat sesuatu yang mencairkan anda.
Rasa itu tetap berubah, tak kekal.. Melainkan ia benar dipegang erat dan digabung kan pada ketiga-tiga hal jadi satu maka cetuslah yang dikatakan golongan ke-empat, yang sudah kenal.

Maka yang sudah kenal itu atau golongan ke-empat akan melakukan proses yang sama bermula dari golongan pertama,kedua dan ketiga hingga kembali semula pada empat demi pengenalan yang lainnya.

Ambe dengan bongkak dan sombong mengakui diri ambe adalah golongan ini oleh sebab-sebab perjalanan ambe lalui sendiri, dan ambe tidak menerima atau menolak satu hal itu satu jika kondisi ketiga-tiga golongan sememangnya berbeza. Ambe yakin itu-lah bukti mengapa Tuhan itu perlu wujud didalam system kehidupan nyata atau tidak. Dia berkata ini adalah begitu kemudian ketetapan tersebut berubah menjadi perkara yang lain pula, sedangkan subjektifnya maseh hal sama.

Pening atau tidak itulah maksudnya kenapa kita jangan letakkan Tuhan didalam akal kepala bahkan tanamkan sifat dalam belajar hinggalah anda sendiri mampus atau mati atau meninggalkan dunia.

Ketetapan Tuhan tetap rahasia Tuhan. Dan golongan kenal itu sahaja yang tahu rahsianya apa.. walaupun ambe maseh didalam proses yang dalam belajar dan sudi kiranya dihenjak kaki dikepala kerana kebodohan statement ambe. Tak apa..

Dari dasar Hari Ini, Semalam atau akan datang..
Bayangkan dalam satu kelompok komuniti paling kecil bilamana ia di alienisasikan..kamu katakana alien kerana ia asing, maseh anda akui ia makhluk dalam kata-kata..namun makhluk buatan Siapa? Padahal bila istilah “makhluk”, fikiran tidak sedar kita memperakui ia adalah Ciptaan.
Jikalau Ciptaan Rokok itu adalah manusia, yang melakukan proses penanaman hingga penghasilan sebalut Rokok itu maseh manusia atau mesin buatan manusia. Namun siapa yang ciptakan benih tembakau dari awal-awal pertumbuhan tembakau?

Kombinasi Tanah, Air, Angin tau Api ataupun amoeba, parasite atau microorganism yang difatwakan oleh para saintis maseh belum jelaskan hujung penciptaannya..sebelum Api, anda perlu geselkan batu dengan batu agar ada yang dinamakan cetusan. Namun cetusan itu mustahil kita dapat lakukan melainkan keperluan kita pada Gelap dan Terang. Jika tak terang, macamanalah nak cari Batu atau lain-lain alatan untuk tujuan mencetuskan api tadi, tetap anda memerlukan kegelapan atau bayang-bayang agar ia di seimbangkan penglihatan kita, agar tidak terlalu terang yang membutakan. Akhirnya Batu tersebut dijumpai. Setidaknyapun. Yang menjadikan hal tersebut mustahil adalah keberadaan Cahaya dan Kegelapan yang stabil dan seimbang sukatannya.. anda belajar Photography anda akan faham konsep Over exposed dan Under exposed dan apa yang membuatkan gambar itu Picture Perfect, tak semestinya camera itu mahal atau murah, lensa berjenis apa ataupun disebabkan Aperturenya, Shutternya, ataupun nilai sensitivity ISO itu sendiri.
Namun begitu, kombinasi kesemua itu diambil kira untuk sesuatu hal yang Sempurna. Yang Izinkan TETAP suatu kuasa yang luar dari ghaib atau nyata, adalah Tuhan yang sememangnya diluar jangkaan,sangkaan atau analisa otak penulis ini sendiri.

Demikian ambe harap pembaca fahami betul-betul apakah yang dimaksudkan dengan Konsep Ketuhanan dan fungsi Agama bagi menyokong adanya Tuhan. Kerana ambe tidak mengambil kira satu-satunya Agama untuk mengsahihkan apa anda anuti itu betul atau tidak, anda tentukan sendiri berdasarkan pengetahuan-pemahaman-pengamalan hingga tahap naik diatas ketiga-tiga hal sebelum ini dan saksi agar “kenal”. Agama yang berdiri sebagai yang tunggak, belum lagi Agama APA..

Istilah “Alien” tadi yang dimaksudkan ambe adalah “orang” yang sengaja menidakkan kewujudan kita itu dari hasil percantuman Sperma dan Ovum hingga mewujudkan satu macam ciptaan, yang awalin nya adalah Adam dan Hawa. Yang dikatakan berasal dari Syurga dan diciptakan oleh Tuhan melalui proses-proses yang Rahsia nya hanya wallahualam, terjemahan bahasa Melayu. Hanya Allah yang tahu. Dan seandainya menurut hukum akal kita rasa ber Hak tahu, maka usahakanlah pengetahuan itu.. Pasti disampaikan dengan kadar yang paling tak dapat kita sangkakan sekalipun, yang kita sedar hanya mulut kita terkantup ataupun ter “OOOOOO….” Dalam tak langsung anda tahu bahawa Nombor bagi Tuhan adalah “O”..tiada awal dan tiada akhir. Beza manusia dengan Tuhan pula, kita ada mula namun tiada akhir, maksudnya permulaan awal bagi mengesahkan kewujudan kita itu ada kisahnya, namun begitu bagi menetukan hal yang bakal kita hadapi bila dah mati atau seterusnya maseh lah berada didalam kadar teori, bagi mereka yang belum laluinya dengan sendiri.

Bentangkan pada ambe sekiranya tiada Agama yang Agama, memperakui akan wujudnya Syurga-Neraka, Makhluk Baik(Malaikat)-Makhluk Jahat(Iblis), Dosa-Pahala, Nyata-Ghaib..

Mereka yang beragama yang berbeza pasti memperakuinya namun dengan cara yang berbeza, lain-lain cara pakai, panduan, atau penafsiran rasa dan pengenalannya..

Islam ajar ambe melihat semua hal dalam 4 cabang,
Kerana kewujudan 4 Kitab yang ada padanya, 4 Sahabat unggul yang ada padanya, 4 Mazhab yang menyatukan semua dibelakang satu Imam ataupun 4 sudut permukaan Kaabah yang memungkinkan Kaabah itu adalah Kaabah. Inilah Syariat-Tarikah-Hakikat-Maarifat yang diajarkan pada ambe, yang maseh hari ini ambe belum berani memperakui sepenuhnya Islam..Bahkan tetap meyakini susunan Islam yang tulen ini menetapkan ambe agar bersangka baik walau apapun keadaan, kerana benar yakin BAIK itu adalah BAIK kemudian bersangka BURUK kerana yang nyatanya BURUK itu sememangnya ambe sendiri..

pasti buat ambe adalah hal yang membikinkan makhluk asing itu dinamai Alien itu pun rekaan kita, kita yang mengalienisasikan makhluk tersebut dengan rekaan jentera pemikiran yang serba macam halnya..tak ada dalam quran tulis Alien melainkan Manusia, Binatang, Tumbuhan, Syaitan, Iblis ataupun Jin.
Sedarkah betapa bodohnya teori Alien buatkan kita lupa bahawa sa nya kita adalah sebenarnya yang asing sendiri?
Dasar permulaan hidup sebelum adanya Adam pun kita tlah jumpai fossil penemuan Dinosaur hingga jadi tanda tanya samaada Dinosaur itu ada atau tidak atau direka?
Buat ambe, ambe mengaku mereka ada, kerana Adam datang dari luar Dunia, Syurga. Itu keyakinan ambe..biarlah ambe belum saksi pada peringkat mata, namun didalam diri yang bukan Hati atau Roh maseh berkeras memperakui bahawa ADA dan fullstop berdasarkan saksi ambe yang mengatasi segala yang ada disini, walaupun diatas sedikit aja dari kebenaran..setidaknya ambe maseh yakin bahawa sa nya ambe tidak lagi lagi Baik dan terlalu melambung dengan perihal tidak nyata di alam nyata.
tetap berkeras ambe tetapkan Alien itu adalah kita sendiri, kerana orang yang tidak tahu menahu itu menamakan ia Alien, sedangkan yang asingkan diri dari kenyataan mereka itu tetaplah dengan hipotesis atau simpulan kesingkatan pemikiran mereka yang terutamanyalah saintis. Betapa Asingnya kita dengan orang atau kehidupan yang serba jelas memberitahu bahawa keperluan anda itu bermacam-macam, perlu dibuat atau bikin melalui pelbagai proses yang rumit agar kamu berbaju kerana takut badan panas atau sejuk, atau kaki yang perlukan selipar atau kasut disebabkan tidak tahan lasak dengan permukaan bumi yang bermacam-macam adanya.. Ayam tetap berkaki ayam, beruk tetap berkaki beruk..kita berkaki selipar apa pasal? berbaju? berseluar dalam lagi? sedangkan anda pun tengok bangkai Alien(katanyalah) di Internet. BOGEL. mana ada baju seluar?

SIAPA sebenarnya Asing?

kamu ndak jumpa Tuhan dengan sembahyang-sembahyang khusus kamu, tetap memerlukan Rumah Ibadat yang khusus, yang sememangya untuk hal itu sahaja.. Pengasingan "Dunia" dari "rumah Akhirat" iaitu Masjid kita bikin.

ambe tanyakan sekali lagi..adakah Makhluk lain itu Asing atau anda yang sebenarnya orang Asing?

Dengan kata-kata ini maka ambe harap jadilah modal bagi memecahkan kebuntuan yang slama ini kita sering dibendung-bendungkan oleh mereka yang mengehadkan pemikiran kita agar sempit dan lebih mengecut hingga jadi bangsa Pengecut yang lagilah Asing. Ini bukan ajaran atau penanaman ideology sumbang yang ingin menyesatkan, andai ambe sesat atau menyesatkan anda, maka tak benarlah kata-kata ambe tadi yang kononnya yakin dengan kewujudan Tuhan yang hingga kini dicari-cari…dan pasti ada balasan pada ambe yang menanggung kata-kata yang merosakkan kepala anda, kata kunci nya adalah PASTI dan salah silap kata itu tetaplah ambe, bukanlah ajaran Islam ataupun Guru bahkan Maha Guru Muhammad bin Abdullah.. diatas diri ambe semata-mata, jika anda memang ndak hukum, hukum sahajalah ambe..tetapi ingatlah bahawa yang “rahsia sebenar” itu tetaplah keistimewaan ambe pada diri ambe yang sendiri dengan Tuhan. Tak mungkinlah ambe hendak beritakan segala-galanya kecuali memberikan kisah ambe sebagai contoh bagaimana paling tidak memenuhi maksud ber-“Agama” peringkat paling dasar walaupun belum Buddha,Kristian ataupun Islam.

Bagi yang maseh berbaik hati dan sudi menerima kata-kata ambe sebagai jalan kembali kita menuju Ramadhan ini, maka jadikanlah ia alasan mengapa perlu kita "AREA 51" kan tempat ibadat kita. Agar kenali semula bahawa kita disini Siapa dan apa tugasnya. dengan peringatan baik ambe, ingatlah bahawa bila anda terpilih didalam malam lailatul qadar itu nanti untuk bertemu Nabi ataupun Rasul, anda pasti begitu remuk hati bilamana mengetahui bahawa betapa singkatnya pertemuan itu sebelum dikembalikan pada kenyataan hidup disini.

Jangankan pula yang kita selalu sebut Tuhan atau Allah yang paling superior dan mutlak, yang setelah anda sendiri naik saksi..cuba mengerti mengapalah anda perlu berada disini kembali sedangkan pertemuan dengan yang maha-maha tinggi itu sememangnya kerana anda adalah yang dipilih satu dari berjuta-juta jagad bahkan istilah “Manusia” hari ini….beruntung dan bahkan sangat beruntung hingga ambe sendiripun tak dapat ertikan dalam kata-kata..

Tapi kenapa ditinggalkan pula disini? Menurut persoalan yang lahir dari karya imaginasi fikir kita..

Pasti dan semestinya, anda ada Kerja yang maseh belum selesai..maka ditunggulah sepertimana Adam menunggu masanya sehinggalah Muhammad menunggu detik akhirnya. Terpisah dan kembali-lah kepada RahmatNya yang sememangnya jauh tidak terbanding baik itu dengan Dunia ini sendiri agar diibarati.

Apa yang jelasnya buat ambe fahami sendiri,
“Tuhan” tetap bukan yang dapat disangkakan oleh akal bagaimana..
diceritakan diriNya bagaimana, dirasakan bagaimana Cintanya..kerana ia adalah tetap segala-galanya, disebabkan SEMUA yang ghaib dan nyata itu CiptaanNya dan MilikNya..

mana mungkin sesuatu yang di cipta itu diibarati akan diriNya sedangkan ada ciptaan yang lebih baik setelah atau sebelum ataupun bersama ciptaan yang tadi. Kita pun sebagai wakil Tuhan di muka Dunia, diberi semacam amanah dan amanat bagi melakukan hal lebih baik dari apa kita kirakan sudah baik..

mengapa maseh piih untuk mengalienisasikan kehidupan sesama dengan sangka buruk dan tidak baik? Kerana perasaan walaupun anda tahu perasaan tetap yang berubah, yang dapat anda sendiri kawal jika anda kuat dan dikawal sekiranya anda memperakui diri yang lemah.

Ambe yang tlah dan sedang menunaikan diri sebagai “Hamba” yang tlah korbankan masa ambe berada dihadapan laptop ini untuk memberikan salah satu hal yang ambe yakin agar kita pun turut bersangka baik dengan cuba dan usaha sebaik mungkin atau melebihi mungkin hinggalah yang menentukan baik atau jahat itu dipandangan Tuhan..dan bila berangan-angankan betapa dekatnya pengabdian ambe sangkakan ini,
Ambe tetap Hamba yang berkhidmat sepenuh masa untuk sedia membantu masaalah anda kerana bagi ambe tiadalah masaalah yang besar itu adalah anda, atas dasar Kaseh dan Kemurahan..
Belajar ambe mengenal dan kembalikan kehidupan yang mengamalkan
“Bismillah”

Tanamkan azam dan saksikanlah agar benar anda sendiri meyakininya dan cuba mengerti mengapa Muhammad bin Abdullah begitu bersungguh dari 24 Nabi sebelum ini ada dan berusaha agar disiapkan semua silibus atau makna sebenar perjuangan sebelumnya didalam istilah terbaik dan meluas kadarnya, iaitu Islam.
diatas dalil Hamba yang ber Tuankan dirinya pada Tuhan,
sampai-lah Al-Quran.
yang diturunkan di bulan akan datang,

"Ramadhan"

dengan Bismillah ini juga Ambe yakin, anda lebih baik dan bagus dari ambe. Disebabkan ambe sekadar menulis dalam bentuk perintah, anda Bacakanlah kerana itulah Perlaksanaan..dapat apalah bersangka buruk walhal dengan buruk ini lah kamu kenal siapa baik atau lebih baik...berhentilah meng-Hukum..Buat je-lah dulu.

KBD