Thursday, July 14, 2011

Alatan Sulit

tersentap kali pertama pembaca yang hanya kenal lewat dari lelaman FB ambe,
tajuk yang memang sengaja provoke atau mencari publisiti murahan dari pembaca-pembaca yang anggap dirinya malang.

"Sulit bagi ambe khabarkan bagaimana..macamana ya?"
..itu prolog awal pra-kenalan atau muqadimah kita yang sudah tersangatlah penat menggeser fikiran dan rasa..diasak-asak macamlah batu api agar menyalalah api. tapi maseh belum hidup-hidup.
itu berlaku kerana ada dariantara batu yang dilagakan itu sebenarnya lembab (ibarat) dalam hal yang sebenar akan soal mengapa payah sangat ndak hadam hal ini adalah mungkin kerana ada kepentingan diri, egoist atau ananiah diri yang belum tamat atau sangka buruk, maka itu menyebabkan ia kurang pemahaman terhadap keadaan yang sedang terjadi.

terutamanya hal-hal bersangkut paut dengan "hakikat".
dimana ambe begitu skeptikal orangnya diatas perasan bagus bahawa ambe lebih suka mencabar kebenaran itu menanggalkan baju tersiratnya dan datang nyata jelas dimata ambe agar senang dihadam dek fikiran agar adalah hipotesis ataupun kesimpulan..

walhal kejadian tersebut berulangkali terjadi dalam kehidupan ambe, bahkan tanpa disedari ia tlah berlaku berpuluh, ratus atau ribu kali dalam seharian kita, hanya kita pilih agar sepeleh atau tidak endahkan hal tersebut dengan meletak tepi sahaja hal yang "tak perlu fikir lebih-lebih-lah..rosak kita sebab nanti main andaian banyak-banyak"..sekiranya kita pegang itu, teruskan sahajalah..ambe tak katakan ianya salah, hanya kaedah ambe lakukan tetap menekan sehabis-habisnya medan fikiran dan perasaan hingga kadang menyebabkan diri pun makin lemah dan akhirnya tidur kerana dalaman anda sudah kepenatan,

mungkin sahaja kerana "prang" tadi menyebabkan sel-sel yang berada di otak terkorban dan cedera, maka ia memerlukan proses untuk baik pulih dan rawatan. maka tidur sahajalah caranya. apa kata anda bila ambe gunakan dua bahagian penting di anggota bagi memikul maksud sebenarnya bagaimana.. bahu jadi perbatasan antaranya, ia membahagikan kiri dan kanan agar seimbang anggota seluruhnya dalam struktur yang sepatutnya baik secara vertikal ataupun horizontal.

didalam berkongsi hal "hakikat" ambe begitu banyak lalui sebelum ini, sepanjang berada dimana-mana sahaja ambe dicampakkan..
hakikat adalah perihal barang yang tidak logic agar ia jadi logic, walaupun ianya tidak logic namun pemecahan fikiran oleh para ahli fikir terdahulu yang sanggup putuskan wire akalnya menjadikan hukum akal tak lagi dapat diterima baginya,
namun hasilnya..kamu dan kita dapat ketahui setidaknyapun,

contohnya kamu lihat orang gila bersiaran ditepi jalan melakukan hal-hal yang bercanggah seperti memakai pakaian serba songsang, baju dipakai pada kaki seluar disarungkan ke badan, atau barangkali bertelanjang tanpa segan silu.. dengan kadar yang tak tentu arah.. makanya secara tidak langsung anda sudah pada ketahui bahawa baju tersebut ada caranya, dan seluar ada cara pakainya..walaupun anda tlah diajar pakai oleh orang tua anda waktu kecil namun itu masehlah hal teori, yang ditunjuk..dalam mengetahui kemampuan budak kecil hanya dapat INGAT apa dia LIHAT, dan menyimpan hanya mungkin 1gig memory tentang pengalaman sendiri, sakit bila menyentuh kendi air sedang masak diatas dapur atau sejuk bila tak berbaju selepas mandi atau apa-apa lagi lah.

soalan yang sering ambe tanyakan diri ambe "apa kita maseh ingat(secara detail atau terperinci) tiap-tiap hari mengapa kita menangis? nak berak atau lapar atau panas?"..jawapannya pasti samar-samar atau TAK.

kesimpulan disini bagi me-relevantkan(sementara) akan hal orang gila itu, pasti ada sebab-sebab tertentu yang relevant kita terima akan kehadirannya lantas menggelarkan mereka dengan satu klasifikasi khusus..iaitu gila atau terputus akal atau sakit otak.
sungguhpun kita tak dapat memahami orang gila, namun persetujuan kita meng-ada kan juga lah mereka walaupun jelas mereka sudah bukan lagi "manusia" yang normal.. mereka juga antara contoh pra kenalan Hantu, yang ada tapi tiada. konsepnya tetaplah sama..

walaupun ambe bukanlah orang berbisa yang hanya berusaha memberi semacam kefahaman yang lebih luas untuk kita, yang rasakan layak tahu semuanya..
cuba kita masuk sedikit bab Alam Jin,
maka ambe mulai dengan pertanyaan pertama..Percayakah kita pada kewujudan Jin?
jika YA, jawapannya.. ambe nak tanya..dimana?
pernah lihat?
bagaimana rupanya?

"dan macamana pula Polong di Nusantara sahaja ada, kalau di sebelah Barat sana mungkin jenis Witch, Drakula, atau mungkin kebanyakkannya menyerupai susuk orang atau manusia je.."

soalan seperti itu sering ditanya pada ambe, sedangkan ambe kalau ikut pengalaman paling awal pun pernah didatangi Hantu jenis Mummy dihujung kaki..dan memang dari 4 tahun ambe memang minat dan obses dengan cerita hantu, maka mainan ambe dan video "spongebob" atau "bibo" atau "upin-ipin" ambe waktu kecil hanya cerita Demons & Dawn of the Dead..jika cartoon, ambe peminat terbesar Ghostbusters & Beetlejuice..pun kisah hantu-hantu juga.
adalah mungkin ketika ambe sadar dari tidur waktu itu, Mummy tersebut datang seperti hendak tarik ambe ke dalam kamar mandi atau bilik air(katil bilik memang setentang kaki dengan kamar mandi)..
ambe takut, memang takut, namun ambe tak menjerit melainkan tergamam..dan apa ambe lakukan hanya kejutkan Tok Aim atau Pak Ibrahim, datuk saudara ambe yang sememangnya bisu dan pekak orangnya..

cuit punya cuit, tak bangun..Hantu tersebut makin lama makin dekat dengan balutan kain dan dua butir mata merah saganya yang membara..ambe dah berpeluh-peluh sejuk waktu itu..akhirnya Tok Aim terjaga..dan Hantu itu berundur kebelakang dan lesap begitu menembusi pintu kamar mandi.

oleh kerana terlalu mentah dan begitu bengap. maka hal ini tak jadi satu subject yang rasanya logic untuk difikirkan..
dah namapun "budak" mana ada masaalah?

bila usia meningkat, ambe mulai menyusul semula apa ambe pernah kena dahulu, disebabkan satu kejadian yang abang ambe Iddin sendiri saksikan, dan berlari dari biliknya menuju ke dapur seraya menjerit "MAK"..padahal bilik nya bersebelahan dengan bilik bonda. selang dua langkah aja jauhnya...namun kerana ketakutan maka berlarilah dia satu rumah hingga ke dapur,
ambe waktu itu sedang buat homework di meja makan..maka terkejutlah pada kepelikkan..

bila dah sampai didapur, dia duduk diatas lantai dalam keadaan menggeletar..tak siapa tahu apa berlaku ketika itu.
hinggalah Bonda dan Ayahnda keluar maka mulalah sesi soal-jawab,
rupa-rupanya yang begitu ditakutkan adalah Hantu yang dia nampak ketika dia masuk ke kamarnya untuk ambil baju dibelakang pintu, kemudian Hantu tersebut menghembas cermin tingkap macam nak pecah katanya maka yang disaksikan adalah Hantu bertanduk, bermata merah, kulit berwarna gelap dan bergigi halus-halus, berkuku panjang sedang bersandar di tingkap dengan tangan kirinya memanggil-manggilnya kemari..

itu semua nya diceritakan oleh tuan yang saksi sendiri, tiada tokok tambah ataupun perencah tambahan..

menunjukkan betapa detailnya otak dapat menerima image yang disalurkan melalui retina mata.

namun lain orang..lain bentuk rupanya, disini ada dariantara kita dah mula goyang.. kita tak percaya, itu ok la.. namun tak YAKIN adanya mereka di dalam isi bumi ini, itu bermasaalah bagi orang yang mengaku beriman dan Islam.

pertama, kita guna akal untuk menentukan Agama, ya..betul, banyak hal yang kita dah disediakan disini dan kemudahan tak payahlah nak senaraikan beribu-ribu kemudahan bagi kita. lantas kerana itu kekuatan didefinasikan sebagai kelemahan.
dah nama pun kuat, jika kuat itu Tuhan aja..lain-lah Tuhan izinkan kita agar meminjam setitik zarah kuasa, itu lah yang sedang berlaku di negara mana-mana terutamanya hal Politik. bila diberi kekuasaan, dilemahkan yang lain..
itu maseh tak apa, Kena lah dengan konsep Hamba dan Tuan agar kenal Tuhan.
namun hari ni, bukan setakat melemahkan bahkan melumpuhkan atau diusahakan agar dimatikan sahaja.. cara apa ni? Spesis Hakikat pun ambe kira Jahat Manusia itu sebaik Jin sekalipun, tak adalah sampai melanggar ketetapan Tuhan..(kecuali mereka dah tak ada lagi pemimpin.)

guna akal untuk dipandu ia dalam mendapat pengetahuan yang selaras, itu maseh ok, bila kefahaman yang semestinya berlainan dari lain orang tak dapat dipersetujui maka disuruh pula tunduk pada satu hal yang mutlak.. kita berbalah.
padahal Negara atau pemerintahan itu salah satu amalan yang murni, ambe tak ada pun terbaca ada dalam janji-janji parti-parti manapun tulis yang tak baik..semua nya murni dan baik. (walau tampaknya baik, dalam buruk..nanti dulu, tak usah cerita kan lagi)..akan tetapi kita dah terlupa satu-satunya tujuan asal kita berpolitik, iaitu menyatukan semua pada satu, solat dibelakang Imam yang satu.

Kenyataan hari ini berlaku Masjid berpuluh-ratusan dibina, Imam dah lain-lain, Makmum pun lain-lain, entah saling mengenal atau tidak wallahualam.. yang ambe sering dihadapkan untuk lihat tetap ada semacam "bendera ghaib berlambang parti politik A" kemudian di masjid tak jauh dari situ, ada "bendera ghaib berlambang parti politik B"..
kita baca quran..ini kah hasilnya?
kita solat..beginikah caranya?
kita tasbih puji Tuhan..ini ke orangnya?
kita zikir untuk puja Tuhan..ini ke "Allah" yang maha pemurah dan maha mengasihi?

apa cermin diri kita terhadap orang lain?..
dan tak usahlah bersangka buruk pada ambe yang tanya soalan sebegini normal dan "cut and paste" syarah guru ambe.
dari akar ke pokok, ambe pernah dan sudah lalui dalam hidup..dengan bongkak memperakuinya sendiri.

jangan cerita siapa, namun cerita kan diri sendiri terlebih dahulu bentangkan sejujurnya apa anda ini orangnya sedia terima "bodoh" atau maseh ndak berlagak pandai atau mahu kekal "bodoh dalam sombong"?

kita cerita pasal Hakikat.. Agama itu sendiri perjalanan untuk Maarifat/ Kenal jikalaulah perihal Bangsa itu perjalanan mengerti Syariat dan Tarikat kehidupan berlandaskan Bahasa,Budaya,Adat yang subur dicipta agar tersendiri agar menyatu dalam melalui Hakikat hingga peringkat Mengenal.

soalan paling celaka sekali adalah soalan yang provoke Rukun Islam atau Iman kamu "Mana Tuhan kamu?"..kita ternganga ndak jawab, paling koman pun kita guna Kuasa Hukum ajalah..itu Murtad, itu Dosa.. masuk Neraka.
sedangkan ayat "Murtad", "Dosa" atau "Neraka" pun tak jelas, tak nyata dimata hari ini..hanyalah pengibaratan Api itu seperti Neraka. (sebagai contoh-lah)..

akhirnya yang palsu itu kita yang hanya sekadar bersandar pada pengertian "Percaya" sedangkan bila ada orang "percaya" pada kesaktian sebuah batu cincin, kita dah Hukum Syirik.. kamu kata Percaya Kiamat pun tak jelas..
kata "Percaya" sendiri tak sedar, itu cuma ujian..maksud sebenar nya adalah untuk Yakin pada yang dicadangkan agar Percaya..
kerana "Percaya" hanya cadangan.."Yakin" itu pengalaman.

bermakna ia semua perlu di saksikan agar Yakin pada kebenaran. baharulah dikatakan Iman. dan Iman bukan setakat diperasankan sendiri aja..sampaikanlah dengan orang lain setidaknya, memang agak SULIT ndak ceritakan bab Hakikat agar Mengenal ni. namun berilah panduan yang ada berdasarkan pengalaman.

ambe tahu, apa ambe sampaikan ini adalah risiko besar.. ya iyalah, kamu sendiri sedar berapa ramai orang Agama di cop sesat dan diberkas. itu bukan hal yang asing lagi..

"sesat" tu memang mohor besar yang ada di nama ambe, bukannya ambe tak tahu di mana sahaja ambe pergi ada suara sumbang dibelakang, yang beritahu pun orang yang mengumpat bersama mereka-mereka juga.

"..tapi betul ke dah jumpa jalan?" itupun ambe belum tahu.. yang ambe tahu maseh dalam perjalanan..yang ada banyak ujian
namun ambe sudah lalui bahkan maseh berminat untuk belajar lagi dan lagi..manalah tahu nanti ambe diuji lebih besar lagi, maknanya memang sengaja Tuhan ambe kenalkan Dunia ni memang teruk belaka..yang kerja kita ajak mana yang mahu aja.

dan tujuan ambe hanya minta fikirkan dan kemudian pertimbangkan sejauhmana berjaga-jaganya anda terhadap apa anda pegang. ini sekadar bahan hadam makan, walaupun api, bakar ayam pun ada sedapnya juga.
ambe sendiri baca penulisan ambe dan menilaikan diri ambe sendiri bagaimana..
itu bukan "Syok Sendiri"
itu antara tugasan kenali diri sendiri. memandangkan apa ambe tulis dari tadi pun hanya sepintas lalu. penerangan ambe adalah penerangan yang ambe buat sendiri berdasarkan perjalanan sendiri, itu yang pasti untuk ambe jamin..guru atau siapapun yang membawa, memanglah mereka akan tunjukkan kerjanya bagaimana, diakhir kerja itu harus submit padanya..guru akan menjawab kan bagi kita akan perihal apapun kita diajar kepada Maha Gurunya pula. Konsep yang sama disekolah, ada Pengetua, ada penolong kanan, guru, murid atau staff.
Andai anda lah murid, maka ketahuilah kita bahwa Staff itu sebenarnya kuli-kuli batak anda, yang bikin kerja cuci jamban, type surat menyurat untuk kita atau jaga pondok security.. kerana itulah tugas "hamba"..
Guru berperanan menyampaikan silibus yang disediakan oleh majlis guru-guru dan penolong kanan sekolah sebagai pengerusinya agar ia syncronized.
sebelum menyampaikan, yang pastinya guru perlu tahu-faham-buat baharulah dikatakan confident apa yang disampaikan itu berkesan pada diri, baharulah disampaikan pada murid.

andai didapati prestasi murid merosot, akan mendapat perhatian utamanya dari Pengetua. maka pengetua akan perintahkan agar penolong kanan mengenalpasti permasaalahan yang timbul, disitu konsultasi berlaku antara Penolong kanan-Guru-Murid.
hasilnya dibawa oleh Penolong Kanan untuk kepada Pengetua agar dia tahu apa sebenarnya permasaalahan dan memutuskan solusinya kemudian.

secara teknikal, logic untuk membantu anda fahami bagaimana struktur pemerintahan.
apatah lagi hal Agama. yang jika anda Lihat bagaimana Mulianya Allah taala meletakkan Muhammad sebagai Rasulullah, semacam orang kanan Nya. kemudian Guru sebagai Wakil(makhluk langit dan bhumi), Murid itu pula adalah mereka yang senantiasa merasakan dirinya serba kurang dan sedia menerima kesalahan diri bahkan orang lain agar diambil sebagai pengajarannya sendiri.. Staff ibarat Malaikat kerana yang selalu buat kerja itu Malaikat, bila ada Taat maka ketahuilah ia lahir dari perkara paling dasar sebagai Hamba. Malaikat jika belek mana buku atau kitab, semua akan katakan diri mereka tak berjantina, tak ada jantina tak ada nafsu lah tu maksudnya..

dan jangan lah lupa walau sekali..Semulia makhluk yang pernah dijadikan adalah Manusia.. kerana mereka lah pemikul amanah Allah yang gunung, laut, bumi atau makhluk lain pun tak sanggup untuk pikul..itu termaktub di Hadis.
anda nak percaya atau yakin buta-buta itu terserahlah. buat ambe, sudah cukup 24 tahun untuk tahu bahawa manusia ini sangat special..dan ambe maseh ndak gunakan semangat ambe agar teruskan lagi sehinggalah diceraikan nyawa.. agar jadi "Manusia" yang punya "Roh" setidaknya pun..

sememangnya sulit untuk diceritakan, salah sikit orang dah skeptikal. silap statement dah jadi kontroversi..

jika kata orang bab "sesat" tadi, memang ambe akui dalam berjalan kadang kita tersesat, namun diperbetulkan kembali..dengan mengingati "map" yang tlah dibekalkan oleh guru berdasarkan apa macam bentuk penyampaian baik syarah, kuliah, pesanan atau gurauannya..itu semua digunapakai oleh ambe..kenyataannya memang suatu masa nanti, guru akan tinggalkan kita dan kita berjalan sendiri, disitu keyakinan kita mula diuji.. dan hikmah sebalik pilihan itu menentukan kita sudah dipersetujui. maka terus lagi kehadapan..ada yang lain pula..yang pasti, guru akan tunggu dihadapan..kerana dijalan dia pernah lalui ini, tak mustahil lah dia tahu short cut ke apa ke-lah..

maafkan ambe andai anda pening dengan banyak kata-kata, ambe berjaga-jaga kerana itu ambe berpanjang lebar dengan penerangan yang mungkin dengan mulut sendiripun akan berhenti kerana penat. disini ambe kirakan kesempatan yang lebih mendalam dapat dikongsikan, agarnya anda dapat bertumpu sendirian dalam membaca..
salah eja atau apa ke itu yang jujur dari ambe..kerana ambe begitu kurang berkenan dengan butang backspace.
itu tak "original" buat sendiri.
maka biarlah baik buruk tu dilihat..ambe maseh yang sama seperti kamu. walaupun ceritanya tak serupa...

berkenaan hal "Alatan Sulit" dikepala tajuk itu ambe maksudkan adalah perihal-perihal yang seperti ini,
orang takut untuk cerita kerana terlampau dibendung oleh risiko..
jika takut risiko. buat apa panggilnya perjuangan kan?
maka fikirlah semoleknya.

dan semoga anda tahu sulit itu untuk diberi-tahu,
kerana ada merasakan ia adalah rahsia..
rahsia ada dua macam,
rahsia baik atau buruk..
rahsia baik seperti dendam, benci,umpatan sendiri atau meluat dengan orang lain..

"eh!! terbalik ke?"

sementara rahsia buruk pula seperti mengelakkan orang lain mengetahuinya dengan harapan agar dia ketahui sendiri agar yakini nya..

dikeadaan ini ambe dah terlalu masak dengan dituduh terang-terang atau diumpat kemudian ambe ketahui sendiri..
oleh kerana jika ikut Tajul Muluk(alamak..guna ni lagi ke?? ) orang yang suka sangat guna tu, dia pasti akan kata no 8 ni memang suka cover line, pandai cover line..suka berahsia buat apapun..

tampak rupa, ambe akui memang ambe sebagai orang yang normal. sifat ambe memang suka sulitkan perkara, ada masaalah ambe diam, cuba usahakan sendiri..atau berawek pula, ada kata ambe ramai awek, tapi sebab cover line maka kabur lah.
bila hari Ahad ambe dengan awek lama sedang mengopi di kedai kopi, orang nampak. dia tanya tu "awek mana?"
ambe cakap "kawan lama" tak percaya..
kemudian hari Selasa ambe dengan awek sekolah dulu sedang minum, orang sama ternampak. "mana pulak ni?"
ambe jawab "kawan sekolah" pun tak percaya..
sebab itu lah hingga hari ini ambe fed up dengan istilah GF atau Awek. bagi ambe yang dah berpuluh-puluh awek sejak sekolah rendah lagi.. ambe dah muktamad untuk katakan bahawa istilah itu sekadar mengelirukan..

dah..cuba bezakan antara kawan biasa dengan awek?
"eh lainn...." kata sesetengah orang yang terisytihar ada boyfriend atau girlfriend.
sama aja bagi ambe, walaupun apalah kamu nak bahaskan..tetap sama walaupun eja lain dan sebut lain..anda tak sedar budaya mana ia dibawa,
kalau kita kata "BUKAN MAT SALEH" tapi Hindu.
kenal dulu apa Hindu dan orang hindu di asia guna istilah pacar itu apa sebenarnya....
sebab itu timbul kata bila mengadap Sultan akan bahasakan diri "HAMBA PACAR yang HINA"..maksudnya memperakui kejahilan dahulu dalam mengikuti cara Hindu(yang sebenarnya bukan Agama)..dengan patah kata itu pun menerangkan betapa perlunya seorang hamba agar dihinakan hadapan Sultannya yang bakal memohon pada Tuhan untuk memuliakannya. Sultan itu kan pemimpin Agama, jika Sultan Islam maka baginda lah Imam dalam solat.

semuanya bermula dengan SANGKA BURUK,
akhirnya ambe dituduh macam-macam kerana ambe kabur dan tak jelas, walhal tujuan berkawan tu untuk apa? kalau kita nak pinjam duit pun berat-berat nak bagi..itu kita kata nak bantu? baik buat sendiri, sebab ambe yakin ambe dah survive selama ni dengan bergantung pada ramai lagi kawan-kawan atau cara lain..
tahap KAWAN pun dah main SANGKA BURUK..teruklah..lainlah ada SAHABAT, yang memang peduli apa kita buat semua untuk menjaga batasan fikir,kata atau hati kita bahkan sedia berkhidmat dalam membantu kehidupan anda. itu SAHABAT. berapa ramai KAWAN atau SAHABAT dalam diary 20 atau 30 tahun hidup anda, congakkanlah..

bab pacaran atau gf atau teman wanita, apa sahajalah soalan anda, ambe dah clear pada semua yang kenal ambe bahawa ambe tak percaya bab itu, jika ingin disayangi maka sediakanlah diri kerana pasti diuji berkali-kali..

itu tahap Sayang.

belum Kaseh.

pernah guru ambe beritahu ada Sahabat beritahu pada Rasulullah, "Ya Rasul..Aku Kaseh padamu"
Rasulullah hanya balas,(setelah beberapa kali Sahabat mengulangi kata-kata itu kerana disangkakan tak dengar atau kurang jelas)
"jika benar Kaseh, bersedialah menghadapi ujian yang datang bagai air yang mengalir"

begitu berhati-hati terhadap perletakkan kata-kata, agar rasa tak binasa begitu sahaja..kita hari ni ikut dan aja. ambe sendiripun pernah macamtu..jangan kata tidak lah.

makna disini hal Sayang pun tak kita terokai, kalau Suka memang dah hari-hari..Nafsu..semua ikut SUKA. asal selesa dan sedap.

Sayang bagi pendirian ambe, sifat memerlihara..Sayang pada orang maka Sayangi lah diri dahulu . maknanya jika kita ndak Sayangkan orang lain maka belajar agar dengan cara macamana kita ndak layan diri kita maka kita kenal caranya maka amalkanlah..

bagi ambe yang memang cukup suka andai orang menggunakan kata "Sayang" yang memang dari hatinya kepada kita.. itu ketulusan yang tak ada di Mydin Mall atau Jaya Jusco. maka ambe praktikkan dengan sesiapapun guna kata "Sayang" tak kiralah lelaki ke perempuan. dah macam-macam tindak-balas nya..
dikata "macam gay" sedangkan ambe tulen Bangsa Muhammad.
dikatakan "playboy" "mulut manis" oleh sesetengah perempuan pada ambe, habis tu? nak aku maki hamun HOI ke BETINA..tahu pulak terasanya..

Kaseh. bagi ambe sangat exclusive, oleh kerana memang diajar dari dulu agar mengetahui Kaseh itu perlu pilih, maka tak semua berada di dalam tempat itu..jikalau Hatinya belum luas dengan berkorban..

P. Ramlee..betapa dia Kaseh pada kita, orang seni..sanggup dia bersusah payah dari kecil hingga ke tua, buat filem..orang kita ni macam biasalah, tak appreciate..kuat complaint, critic..buat tidak. akhirnya bila dah meninggal,
bukti paling jelas tanda Kaseh dan betapa BESAR nya hatinya, korban anak-isteri lagi,
diatas satu lagu:
"BERKORBAN APA SAHAJA"

itu paling tepat untuk mendefinasikan betapa Kaseh seseorang pada Rakyatnya. Nabi Kaseh pada Umat hingga hari ini lautan manusia terkesan dengan sirah beliau,langsung siap menerima Agama Islam secara terbuka..
kerana Kaseh semata-mata...

ambe hanya Kaseh pada Isteri dan anak ambe dahulu. setelah itu baharulah boleh nak kata Kaseh orang ramai ke apa-apa lagi..
itu LIMIT bagi lelaki.

dan Cinta?

itu milik Allah..
dan tahap tertinggi buat wanita kerana mereka boleh Cinta suaminya, kerana melalui SUAMI sahaja yang layak menentukan tahap Cinta baginya.

"dah kalau tak ada suami sampai tua?"
kenapa pula tak ada..bersepah lelaki, pilih ajalah..

"memanglah pilih, tapi macam tak ada je"
cerewet melampau, macamtulah..

"kalau suami mati bila nanti kita tua..nak berCinta dengan apanya?"
lah..Cintailah apa suami buat.

nanti kalau ada bertanya, apa lelaki tak boleh ber-Cinta?,
boleh..namun satu sahaja, andai dua atau tiga itu bukan Cinta.
bagi pengertian ambe sendiri lah..

sementara soal siapa lah calon Isteri ambe, biarkan ia menjadi Rahsia,
kerana memang wanita layak dimuliakan dan ada sesuatu yang tiada pada wanita lain.
itulah "keistimewaan"..
dan tahulah anda, yang membuatkan sesuatu hal yang sulit untuk dicerita,
hanya yang ditentu tahu akan tahu bila tiba masanya,
disebabkan orang ber-Rahsia itu lah yang membuatkan sesuatu itu begitu Istimewa.

walaupun lautan tinta api ini cuba menjulangkan maksudnya,
takkan dapat meskipun ia diganti berkali-kali atau selamanya..
begitulah Cinta. bagi mereka yang bersedia untuk beri segalanya.
itu kerja "gila".yang akal itu sendiri tak dapat menerima kecuali anda Yakin dengan sendiri bahawa itu sahaja-lah yang adanya.

hari ini..tak lagi kita cuba maknai tiap ayat atau kata yang terbit,
kerana semua telah tersedia bahkan anda tak perlu berakit-rakit..
itulah penyakit Sulit sedang dari kita hidapi..tanpa rasa sakit.
walaupun sedikit,

dan oleh kerana kali ini terlalu berat atau heavy metal versi penyampaian ambe, maka usahlah menyambung kalam andaian sendiri diatas kata yang disaji,
lalui sendiri..agar andapun menerima bukti.
diatas nama bakti yang abadi dibawa pergi,
yang pasti itu maseh dan tetaplah MATI.

KBD