Wednesday, July 13, 2011

tukang & dalang

jika kita lihat di Youtube,
pasti anda kenali Ustaz Azhar Idrus..
dan mesti anda yang suka dengan caranya akan daripadamu tekan butang LIKE sementara yang tak suka,
diatas kepentingan Agama Politik anda pegang, anda DISLIKE pada kuliahnya..

disaat begitu bila ambe membuka kisah Hukum, pertama ambe pause kan terlebih dahulu hadis ini dan hadis itu.
kemudian ambe biasa tanyakan adik-adik ambe fasal kata Hukum itu sendiri.
Ada golongan "Sofis" yang bersependapat istilah Hukum ialah Hak dari Penguasa, apa maknanya?
sementara berpuluhan orang cerdik berpendapat selainnya.. biasalah tu, pokok lain..buahnya lain,

bagi pendirian ambe yakini, bila kita berbincang hal Hukum..ia adalah titah paling tinggi dari kepala yang atas daripada pemerintah,
kalau anda berada di Amerika Syarikat, dah tentu pucuk pimpinan nya adalah Barack Obama.
namun penasihat, naib pengerusi nya adalah Joseph Robinette Joe Biden, dimana dialah kepala Senator dalam Kongres Amerika Syarikat yang kemudian dipecahkan kepada dua jenis dewan bagi mengsahih akan pembubaran undang-undang yang baharu atau lama berdasarkan suara majority dan kata putus pemimpin.
apapun disini, walau pun ia suara demokrasi ke atau apa-apa krasi lagi lah.. tetap yang buat kata putus itu pemimpin atau kepemimpinan. Jika Obama adalah Raja(Ibaratnya) maka Joe Biden itu ibarat pemangku raja, penasihat atau bendahara yang menggantikan Raja sepanjang ketiadaan nya. itu menurut fahaman ambe lah..

dinegara lain, ada struktur lain pula. anda lihat sekeliling maka tahu lah keadaan peningnya untuk memahami konsep kerajaan yang jelas tak lagi beraja namun maseh menggunakan kerajaan sebagai pemerintahan.

dimana sahaja anda berada, ada undang-undang tertentu bagi negara tertentu agar ia boleh berani katakan ini adalah Rusia sebagai contoh, atau ini adalah Afrika bukan Malaysia, andai Hukuman berat dikenakan pada anda kerana didakwa dalam Mahkamah pasti kerana anda tidak mematuhi undang-undang yang ditubuhkan. yang pastinya dikatakan suatu hal yang SALAH disisi undang-undang..
dan secara asas, HUKUMAN yang dikenali mesra oleh kita adalah khas buat mereka yang melakukan sesuatu yang SALAH.
maka jatuh HUKUM setelah kononnya di bicarakan dahulu melalui proses "Hearing" menunjukkan Hakim adalah penganalisa kes tersebut dan perlu memahami kondisi kesalahannya dan juga mendengarkan rintihan suara terdakwa dengan menggunakan peguam yang memang ahli pengkaji undang-undang..
jika KALAH kes dalam bicara, disabitlah SALAH padanya..kemudian cara dihukum itu diukur berdasarkan budi bicara..(budi bicara ke? ambe nampok rasuah je slama ni)..
itu basically.

maka pemahaman paling dasar sebegini tlah kita tahu, bahwa HUKUMAN dijatuhkan pada mereka didakwa SALAH kerana melakukan ke-SALAH-an.

atas diri ambe, HUKUM itu harus firm dan menyokong maksud sebenarnya dalam bahasa Arab iaitu KETETAPAN.
bila dah masuk Islam, ramai Ustaz dan Ustazah mungkin akan ke Mesir, Madinah atau mana-mana negara Islam yang akan ajar bab fekah, syariah dan sebagainya bersangkut paut perihal hukum dari hadis yang dikarang oleh pelbagai perawi atau golongan Ulama yang ahli fikir contohnya seperti Hadis Bukhari atau Muslim maka kita tahu ia juga datang dari source atau sumber sama iaitu sabda Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam dalam menyatakan sesebuah perihal yang berlaku dan "apa pandangan Tuhan pada hal yang berlaku dan dilakukan oleh pelaku tersebut?"

scenario itu juga berlaku hingga terbahagi 4 mazhab pula kerana ulasan dan hasil muzakarah mereka berkenaan Nas,Riwayat,Sabda atau sebagainya..kita di Malaysia mengikuti rata-ratanya Mazhab Syafie kerana pengamalannya halus, namun ambe yang pernah bergaul dengan pelbagai mazhab suatu ketika dahulu di Mesir, meyakini bahawa kita tak boleh ndak katakan orang yang mengikuti Mazhab lain itu salah kerana kita tak amalkan. yang jelas, Imam tetap satu..jadi kenapa anda perlu HUKUM yang ini tak betul sementara yang itu betul, jika benarlah ia ketetapan..ambe nak aja tanya, SIAPA kamu?

sebelum perenggan diatas ini ada, ambe ada bincangkan bagaimana struktur HUKUM secara kasarnya terjadi.
namun pastinya scenario tersebut berlaku dalam kadar berbeza dalangnya, kemudian tukang menulisnya begini.."ooo...baginda Rasulullah sabda begini.." namun dihari atau waktu lain terjadi hal yang lebih-kurang sama akan tetapi dilakukan oleh dalang lain, maka tukang lain pula yang lihat hal tersebut menulisnya begitu pula..

tak perlu pergi jauh,
kamu kata makan babi itu HARAM HUKUM nya..pertama kerana kita ISLAM. kedua kerana ia binatang kotor.
namun kamu tak tahu kondisi yang bagaimana hingga dikatakan HARAM dan bagaimana pula dikatakan HALAL. bagaimana jikalau ia darurat keadaannya hingga hanya ada seekor babi sahaja dihadapan anda yang terpaksa dimakan kerana kepentingan memakan daging untuk mendapatkan tenaga bila anda terdampar ditengah kawasan yang tak ada apa-apa? apa katamu? Makan atau tidak?..itu perumpamaan yang sering ambe dengarkan,
namun ada sesetengah yang bercakap dengan ambe hal HUKUM makan babi ni ambe pun naik loya, kerana dia berada di Petaling Street, Kuala Lumpur namun maseh ada pilihan makanan lain..Darurat apa nya situ?

kemudian ambe tanyakan pula, apa berlaku jika obses kita terhadap HUKUM hingga jadi paranoid tak tentu fasal sampaikan WAS-WAS dan Ragu pula?
Nabi sabda mahfumnya, jangan buat jika was-was. kalau soal wuduk, kita was-was, buat semula. tapi soal makanan dan darurat tu, jika semua jadi was-was, kita makan kerana takut Hukum semata-mata itu tak juga menjadi,
pertikaian rumah yang dibina hasil riba, itu dimana-mana sahaja kalau di Kuala Lumpur sebagai contoh.. jangan kita tanya kan pula tilam kita baring ni hasil yang halal, selimut yang kita guna haram ke? atau makanan yang nampak halal tapi sebenarnya haram bila diselidik dari mana puncanya akhirnya kita mati bodoh macam lembu diatas padang yang berumput hijau.

hal ambe hendak tujukan bukan menidakkan HUKUM, namun biarlah anda lalui dahulu sebelum katakan ketetapan sesuatu, fahami dan kenali keadaan tertentu dimana boleh dan dimana tidak boleh,
kalau hendak dipersoalkan bab nafas orang kafir sekalipun, orang Islam tak boleh dekati..kerana ia mencemarkan kesucian diri.
apa katamu? eh?? tak pernah dengar pun..

tak perlu dengar, tengok dan faham kenapa tujuan pertama Agama tu ada. Kenapa ada rumah Ibadat khusus untuk orang Agama tertentu dan mengikut orang terdahulu, orang bukan Agama lain pun tak boleh masuk kecuali sedang berusaha atau diusahakan untuk masuk Agama tersebut. Masjidil HARAM pun jelas menunjukkan ia HARAM atau bebas dari kekafiran atau unsur yang bawa kita kembali menjadi hamba Dunia.

namun sedih sekarang tak dapat tahan, bila orang Arab yang diberi amanat jaga Kaabah dan Masjidil Haram sendiri pun dah masukkan unsur kekafiran mengelilingi nya.. McD atau Hotel Hilton tu pun dah cukup untuk buktikan bahwa dalam diam, pemimpin yang bernama Islam ini mungkir pada janji mereka. Sedangkan konsep TANAH HARAM itu bebas dari semua unsur keduniaan, senang susah itu sama dan rata. apa dah jadi hari ini kamu pergi sendiri, saksi sendiri dan yakinilah sendiri sebenarnya orang Islam kita hari ni nak apa?

bahkan ambe sendiri ni pun tak berani nak HUKUM orang melainkan HUKUM sendiri dengan menulis atau maki hamun diri sendiri dengan tujuan pembangunan keyakinan.

method pembelajaran Agama Islam kita di sekolah pun ikut cara orang kafir, tak usah kita nak cakap lah belajar jauh mana pun.. Nabi, Sahabat, Wali, Imam atau siapapun yang sudi menjadi orang paling hina dimuka bumi pada awalnya belajar segalanya dengan amali..agar dari awal itu dapat tahu bahwa kenapa salah buat itu dan ini.
kalau taknak lah kerana sekarang semua senang maka kita takutkan sangat dengan sedikit susah,
paling tidak pun teori dengan detail dan terperinci..hingga jelas faham...bukan pembuktian di kertas semata, mata.. namun secara pendekatan yang up-close and personal pada setiap murid yang ada..itu sebenarnya tugas guru.
kerana ini bicara kita tentang Agama, bukan soal Makan dengan tangan boleh tapi sudu garfu tak boleh.

pada peringkat rendah pun begitu, menengah pun sampai naik lenguh badan membanting otak. namun jadi bengap kepala dibuatnya.. padahal rata-ratanya dah baligh..layaklah buat mereka di amali atau praktikal kan, kemudian sampaikan dengan cara teory untuk tambah keyakinan apa mereka lakukan..itu method paling berkesan, buat ambe lah dalam mengajar anak murid ambe tentang hal ilmu kerana ambe fikirkan keberkesanan mengajar priority atau keutamaannya agar ada kesan. bukan sia-sia..maka ambe lebih memilih tengok dan tegur mana yang perlu, kemudian perbaiki, dan tambah pengetahuan agar ia di confident-kan atau yakinkan atas apa diamalkan..pok pek banyak pun tak berguna adakalanya, namun ada masa ambe turut apply cara yang sama bergantung pada siapa orangnya..

dan seperti Ustaz Azhar Idrus sendiri yang sebenarnya juga antara sahabat ambe,
yang ambe kenali diri beliau tanpa mengetahui bahwa dia ini adalah seorang penceramah bebas ataupun juga bergiat dan bekerja dalam hal seni sebagai photographer..
setelah sekian lama mengenali beliau, baharulah tahu sesudah diberitahu dan kemudian ditunjukkan oleh kawan-kawan ambe..

serta didalam perkenalan tersebut pun, ambe sememangnya didengarkan comment kurang suka dengannya kerana dia banyak kutuk orang, perendahkan wanita, ataupun terlalu kasar bahasanya..
ambe tersengih pada orang-orang yang berkata pada ambe kerana mereka rata-ratanya tidak tahu menahu bahwa dia adalah sahabat ambe..

selalunya ambe berseloroh "mulut berbau budu, itulah orang Terengganu Darul Iman.."
kita belajar yakin dan beriman dalam menkhabar dan melebarkan kebaikkan dan kejujuran diri sebagai hamba..tak perlu nak cover-cover. bukan itukan yang kita hendak dari memahami kebenaran meskipun menyakitkan?

walaupun ambe belum pernah pergi ke kuliahnya, cukup bagi ambe setakat menonton Youtube beliau..ketawa berdekah-dekah. kerana bila lepak dengannya pun memang itulah dirinya....

anda adalah "tukang", setelah mendengar ataupun menelaah apa ditulis ini pasti ada kerjanya,
tanyakan diri apa anda fahami kemudian itulah kerjamu,
orang seperti ambe atau Ustaz Azhar, kami adalah "dalang"..sungguhpun ambe ni bukanlah orang yang menghafal semua hadis ataupun sahih bukhari atau muslim, ambe menyampaikan teguran didalam berkongsi apa ambe pernah lalui dan fahami.

selalunya hari ni, orang bodoh sombong yang pergi "mendengor" atau pergi ikut kuliah atua syarahan, sering mengambil semula kata-kata orang yang tlah mencurahkan pengetahuan kepada mereka bukan untuk dinilaikan namun dijadikan sebagai bahan bukti kebodohan sendiri yang sedang mengumpat, sedangkan dia sendiripun belum tentu tahu siapalah ambe atau orang yang menyampaikan khabar baik tadi dan apa maksud sebenarnya..

maka orang seperti ambe ni lah jadi mangsa yang tetap pada ribut hujan kutukkan dan umpatan itu, padahal ambe ok je. tak ada rugi apapun melainkan keuntungan melimpah ruah kerana ambe memang jelas isytihar diri ni bodoh, yang kamu rasa pandai sangat ikut orang bodoh buat apa?

jadi pesannya mudah, tak payah lah "tukang" tiba-tiba ditukar jawatan jadi "dalang" pula,
cukup sekadar mencari "kerja" agar suatu hari nanti anda menjadi "dalang" pada pembentukkan generasi, anak serta cucu akan datang..itupun dah cukup buat ambe.
MULA DENGAN SANGKA BAIK..itu je syaratnya.

walaupun anda sedang membaca kalam kotor bersalut api ini.
setidaknya, api itu ada cahaya, bahang, guna dan munafaatnya.
kamu?

KBD