Tuesday, July 12, 2011

askar pencen

"boom bamm!!!"

"prappppppapappapapapapapapaaa!!!"

berhamburan peluru ditabur merata, tembak rambang mulut bersenapang..
sound sini, sound sana.
bom yang menangis telah dan sedang dilontarkan kemana sahaja arah daya yang dikehendaki olehnya,
bagi wanita yang ada berlegaran disitu pasti merasakan dia ni "wah..legend!"

geli hati ambe sendiri gelakkan, segila-gila orang gila pun, belum tentu menikmati kelucuan yang sedang ambe rasakan..

sementara teman setia ambe hanyalah buku sketch dan headphone yang dipasang ke iphone ambe.
disamping mendendangkan koleksi lagu-lagu yang aman dan tenang dari kekacauan suasana.

ya iyalah, tampak kera sumbang itu ambe. sombong pun ambe, walaupun begitu tidak sanggup pada diri menyerabutkan lagi tali-tali wayar ideology berlainan yang disuarakan.

pentas ambe hanyalah berbekalkan pena dan lembaran puteh dimana apa sahaja ingin dikhabarkan itu menjadi satu penyampaian yang original, yang asli tanpa siapapun dikiri dan kanan. sesobek apapun kadarnya, pasti lah penilaian itu anda tahu.

pada nilai manusia bernombor, ambe diantara nombor yang agak sensitive.
8.
dakwa orang yang pengikut setia ajaran "manusia bernombor" itu,
bila orang berkata sesuatu, ambe cepat terasa..katanyalah.
namun kenyataan manusia bernombor yang sengaja di teorikan tersebut tak pula nampak ia satu pegangan yang MESTI BEGITU dan MESTI BEGINI kadarnya.
sifat berubah bila masa tiba pengalaman yang mengajar pada mereka, perangai bertukar jikalau dirinya sedia menerima kebodohan sendiri dari mencari kebodohan orang lain.
yang jelasnya, apa ada pada orang bernombor 1 atau 2 atau 3 atau 9 itu tetaplah ada pada tiap diri mereka.
anda buka kitab tajul muluk..anda baca keseluruhan kategori nombor berasaskan kiraan tarikh lahir anda, dan dapatilah bahawa anda sebenarnya bernombor 5 sebagai contoh.
anda ketahui apa yang ada pada nombor 5 itu dan lihat diri anda, dan pada merasakan "eh..betul lah, sama lah"
sedangkan anda tak sedar nombor lain pun ada sifat yang anda sendiri buat dan amalkan dalam hari-hari.
makanya ambe berpendapat, panduan kitab tajul muluk atau rahasia diri manusia itu hanyalah panduan awalan,
mukadimah dan pra-kenalan dalam usaha pengenalan diri agar diperbaiki akan kekurangannya.

bila anda terima apa sahaja kata orang menurut apa orang kata, baik atau buruk..anda tiada respond apa-apa bermakna ia dah subur ditanam pada diri bahwa anda dah tahu dan sudah pada mengatasinya.

bagi golongan sensitive seperti ambe(katanya),
setidaknya ambe peduli pada diri, dan ingin tahu dimana silapnya atau salahnya..yang sememangnya ada dan akan dibuat dalam sengaja atau tidak.

apa perasaan anda bila orang berkata "ibu anda sa-orang pelacur?" pasti kita respond atau bertindakbalas dengan cara tertentu bagi tujuan memerlihara maruah ibu kita, akal berkata "itu ibu mu", hati merasa "pedih tu" manakala mulut hilang kawalan dengan pelbagai hamburan kata kesat diatas kemarahan, namun sebenarnya yang protective. yang tak sepatutnya dibilang begitu, meskipun ia benar..kenyataan orang yang pribadi, harus disampaikan secara pribadi..itu "rahsia" diri dengan empunya sendiri.

buat diri, ambe akui falsafah orang Minang dahulu yang berpegang pada 2 asas, iaitu "Bapa Langit" dan "Ibu Bhumi" sememangnya menganggap "ibu" itu semua yang berada dibumi. bermula-lah di ibu tanah kepada yang lainnya.. Wanita itu hiasan Dunia, kata guru ambe..
bermakna segala apapun yang ada di kenyataan ini, adalah Wanita. merekalah pembimbing pada diri kita dalam mengerti apa sahaja terkandung dibumi ini.

walhal, tanpa keberadaan wanita..mustahil lahir ambe, ataupun kamu atau berjuta-juta tokoh dunia hinggalah Muhammad bin Abdullah sendiri. sungguhpun Tuhan boleh sahaja mengkehendaki agar apapun dijadikan dengan kehendakNya, namun maseh Tuhan memilih satu hal yang sama dari biasa bagi memberi semacam kefahaman pada kita bahawa kita pun mampu capai apa yang Muhammad capai, iaitu kenal Tuhan. sebab itu sahajalah hal yang paling ultimate dan kemuncak..
apa anda rasa Syurga bila dah kaya sedikit?
sudah pasti anda didatangi beratusan atau ribu orang untuk pow! atau bayar hutang mereka..anda beri namun duit yang ada itu maseh belum kekal, bersalin ganti juga..
ada masa kurang 2 juta dan ada pula masa hanya ada 50 sen dan lebih parah ada masanya anda langsung tak ada satu sa pun namun kerana status jutawan itu diiktiraf dunia, anda terpaksa berlagak macam orang yang beruang.
itukah sebenarnya istilah kamu katakan "tak putus-putus?" hmm..ambe dapati itu tak betul, yang dijamin Tuhan rezeki itu tak putus-putus, bukannya wang perak, emas ataupun hari ini kita panggil duit.

anda dapat wanita sebagai teman seks sekalipun, sebulan atau bertahun-tahun bersama, pastinya akan capai tahap bosan..samaada wanita tersebut bosan dengan anda atau anda cepat bosan dengan wanita tersebut, itu bakal berlaku kerana segala apa yang berada disini maseh sementara kadarnya. ambe sendiri yang pernah-lah membantu sahabat ambe menguruskan jenazah arwah ayah atau ibu mereka sedar bahwa kematian itu tetap lah yang kekal. jadi dimana dikatakan "Syurga" bila disini tetaplah sementara?
sedangkan Syurga itu sifatnya kekal.

sedikit sebanyak agar anda fahami konsep senstive yang wujud dari tiap diri kita yang ada, ambe yang dibekalkan sensitive atau cemburu memuncak seperti Syaitan yang iri kan kebahagiaan orang lain tetap berusahakan agar dapat merasakan hal yang sama, cemburu itu hak Makhluk.
Pokok yang hidup pasti memerlukan bahang api, hembusan angin, air yang cukup dan tanah yang seimbang..itu karma atau hukum alam yang dijadikan oleh susunan Tuhan sendiri. sama dan rata. itulah "Agama" sebelum mengenal Kristian, Buddha atau Islam..

akan tetapi tak boleh lah disamakan dengan Makhluk lain kerana kita ni Manusia, yang memang jelas diabadikan sebagai contoh kuasa yang tak terbanding kita oleh makhluk lain,
cuba lah fikirkan..
dengan hanya akal..berbagai hal yang mengatasi kemampuan makhluk lain manusia ini tlah buat?
dengan hanya kata-kata..seluruh dunia berubah dengan serta merta..itu pun dari manusia,
dengan hanya hati..bermacam-macam hal "gila" atau luar logic akal dan keterbatasan kata dapat lihat?
semua berlaku kerana kita ada-lah penumpang yang menduduki kenderaan dunia. itu jasad, sementara drivernya adalah roh kamu.

keistimewaan manusia tak dapat kita nafikan, itu sememangnya ada dan subur wujud dalam diri semua.

sementara bagi orang yang memilih agar obses dengan pegangan falsafah "manusia bernombor" ini ambe kira berhenti ajalah tuduh orang yang dah bersama kamu bertahun-tahun,
mengenal orang nombor pada tahap muqadimah ok-la..ini dari dulu sampai sekarang duduk tembak peluru sama aja, "mulut"

bukannya ambe tak boleh terima apa dikata hanya penat dengan kaedah atau strategy prang yang serba konvensional.

bagi ambe dan segelintir kecil orang yang bersama iaitu sahabat,
ambe yakin, kami bernombor 0.

itu sahaja.

prang askar pencen memang lah memenatkan,

peluru atau modal?
cerita. bahan cerita atau kesah lama nya dalam prang "hebat" nya.
"pakcik dulu gini, dulu lagi teruk dan hancur..bla bla bla"
dan anda pula cuma perlu dengar kan ajalah celotehan zaman ago-go nya..
padahal sejarah dah ajar kita balik jauh terus kebelakang lagi dengan tiada "aku".. sa-hinggalah mengenal benar SIAPA AKU yang sebenar.

ambe memang bodoh, bangang, tak tahu malu, celupar, lucah, pencuri dan kurang ajar..
kerana itu ambe berguru dengan Ibu Bhumi serta Bapa Langit..bukan ayah pin,
namun bila sedar waktu ambe membelek kitab-kitab Minang lama di Rumah Gadang kelmarin, sebenarnya ia adalah amalan orang Minangkabau atau Menang-akhbar. betapa terkejut beruknya ambe menyedari bahwa selama ini ambe dan kita semua tlah pun amalkan ia tanpa menyedarinya.. ambe jadi makin yakin bahwa mereka pun akui pelajaran kita pada Ibu Bhumi mampu mendamaikan suasana,
belajar meyakini pada Bapa Langit yang rata-rata meluaskan lagi mata pemandangan saujana kita yang lebih tinggi ufuknya..atau erti kata lain, ilmu yang turun dari langit itu akan menjaminkan kesentosaan tempat yang berjaya mengamalkannya.
bulan, itu ada..bintang pun ada.. matahari itu pun ada, namun mengetahui isi kandungnya atau berapa luas cakra-wala tak siapa disini maseh tahu..

kita hari ni, sibuk dengan cari hal remeh dibumi agar diagungkan kemudian anda teriak "Allah hu Akhbar",
bergaduh sesama sendiri dengan kepentingan sendiripun "Allah hu Akhbar"..sedangkan kepentingan kamu sendiri pun Tuhan belum tentu pandang dan beri, Tuhan tetap ajar kita Usaha untuk capai sesuatu bukanlah menunggu duit bergolek didepan kaki..kecuali mereka memang hebat dipandangan Tuhan yang Maha Hebat.
ambe rasa kelakar bila orang over dengan perasannya atas kejadian buah tomato yang ada kalimah Allah, ataupun pokok yang berkalimah syahadah.. kemudian itu dikatakan "Allah hu Akhbar"..itu semuakan umum, makhluk semua tahu mereka ber Tuhan.
sepatutnya anda sedia pecahkan pemikiran tersebut dalam mengenali apa yang berada disebalik bumi yang besar ini, ada planet lain disekelilingnya, tak bertali dan tak terikat pada apapun namun berada didalam susunan saf yang sepatutnya.
logic atau tidak kata ahli sains, itu maseh diusahakan agar ia relevant dan tetap ada logicnya..
bagi ambe, itu tak logic..
maka dengan tak logic akal untuk diterima itulah "Allah hu Akhbar" yang sebenar...kerana Tuhan sentiasa baharu dari segala yang baharu.

Kisah-kisah "tak masuk akal" yang dikesahkan oleh Nabi-nabi pun jelas menunjukkan bahawa fakta dibawa turun itu suatu hal yang baharu, tak ada bukti didalam bentuk barang atau benda namun sekadar cerita..
ayah selalu marah kita buat itu ini kerana katanya salah,
kita tak tahu lantas berontak..namun untuk mengenali soal salah.. anda perlu lalui sendiri, baru tahu "kenapa" nya..dan kemudian anda nak terangkan pada kata-kata pun payah. kerana Salah itu beribu cabang keadaan dan suasanannya agar kita toleransikannya. akhirnya anda melarang hal yang sama, berikan contoh pada akibatnya..

sifarkan diri. maka anda pasti terima apa yang kurang untuk dibaiki tanpa perasan baik bahkan syukur banyak-banyak.
jangan jadi "askar pencen" yang konon berjasa, kerana parut sejengkal diaduhkan macamlah maseh luka berdarah yang belum berhenti tumpahnya,
katanya prang..
namun akhirnya api dia saksi ini masehlah yang datang dari api kemarahannya sendiri.
disini lah batasan antara ambe dan askar pencen itu..ambe marah, kerana yakin kita boleh buat lebih baik dari itu tanpa alasan..
bagi yang kenal ambe, pasti tahu itulah kata-kata ambe yang slalu dibeleterkan..
kerana ambe pernah begitu dan yakin orang yang melakukan hal sama bahkan boleh buat lebih baik dari ambe lakukan.
tanpa segan silu seurat benang malu pun ambe beri tahu kan semua,
ambe adalah askar sepenuh masa,
tak ada masa untuk kata "aku dah pencen" kerana ambe yakin,
usaha tak pernah kenal usia..ia berterusan, bukan disitu had atau limitnya.
moga anda tak jadi macam "sahya" yang termenung sepenuhmasa dijamban tanpa peduli apa tugas kemanusiaannya diluar,

akan tetapi biarlah senantiasa bersedia agar menjadi hamba yang sahya. taat pada ketua kerana tanpa kepala, siapalah anggota?
anda akui ketentraan dirimu namun dimana bapa kepala mu dan dimana ibu jari kaki mu?

walhal disini jelasnya ada nya TENTRA TINTA.

KBD