Thursday, July 14, 2011

Amanah,Amanat dan Adil.

bilamana berfikir..itu amanah,
bilamana berbuat..itu amanah,
bilamana menyelami perasaan..itu amanah,
bilamana berhadapan dengan 1001 rintangan..itu amanah..

andai berotak dijadikan untuk menyimpan ingatan, maka akal diamanahkan agar difikirkan..tindakan seterusnya itu menjadikan ia amanat,
bercakap atau berlaku sesuatu dalam bentuk kalam..maka mulut dibuka agar getar suara dari kerongkong itu lalu diatas pelayanan lidah yang lewat dari kedua pembukaan bibir, lahirlah ucapan ataupun arahan, itu amanah..tindakkan kemudian itu adalah amanat.

amanah atau amanat, apa berbezakah ia?
walau bezanya hanya huruf ha dan ta dihujung kata..

sepertimana ambe cuba terangkan tadi, pasti ia berbeza.. kerana amanah itu yang tersedia ada, manakala amanat adalah peri-hal perlaksanaan.."tuntutan" yang ada pada amanah yang diterima.

ambe ambil beberapa contoh sebelum, dimana ceriteranya bermulanya begini..
adapun seseorang accountant bank, dia ditugaskan untuk menjaga duit-duit atau harta atau aset orang yang berkunjung di bank tersebut.
konsep nya mudah, menjadi accountant itu amanah..bermakna tugasan dan kerjanya sudah tersedia maklum JAGA hak orang lain ditempatnya, sehinggalah tuan empunya datang claim atau withdraw semula bilamasa mereka fikir berhak untuk melakukannya..
manakala amanat nya adalah sedia menerima ujian diatas ujian didalam menjadi seorang accountant diatas dasar memenuhi makna nama accountant.

atau ertikata lain,
menjadi orang itu amanat, kerana istilah "orang" itu kata kerja..kamu pilih ndak jadi siapa.."orang setempat" atau "orang asing"
itu konsep muhajir dan ansar pernah diamalkan zaman baginda. yang menetap menyediakan sementara yang bertandang itu wajib diraikan. walhal mereka tetaplah manusia yang sama. manusia disini adalah amanah.

dengan maksud tersebut maka diharap anda faham bezanya amanat dengan amanah.
sesuatu yang diberi kepercayaan oleh Tuan bahkan restu perkenan Tuhan sendiri padamu agar buat kerja yang benar. itu AMANAH.
yang didefinasikan sebagai AMANAT pula adalah hal yang dititahkan dalam perintah agar kerja AMANAH dilaksanakan dengan sepatutnya dengan memandang laku adil dimata Tuan atau disisi Tuhan.

kemudian timbul kemushkilan ke dua, iaitu soal ADIL. apa sebenarnya ADIL?
hari ini rata-ratanya kita berbalah sesama kita kerana KEADILAN yang kita tuntut bersama. sedangkan yang adil menurut hukum bumi maseh berat sebelah, kerana ia perlu diseimbangi dengan hukum langit.
hukum bumi adalah ketetapan yang digubal oleh para ahli fikir, pemerintah didalam satu bentuk lembaga setempat atau sejagat. kita gelarkan kerajaan kerana ia bertakhta dibawah satu tunggak yang tunggal, iaitu wakil Manusia atau Imam dalam Jemaah.
manakala
hukum langit adalah ketetapan yang telah ada dari azali lagi, dimana adalah kepemimpinan atau sistem pemerintahan yang tersedia susun oleh Tuhan sendiri. Azali dalam ertikatalain..

Kerajaan Langit, kerajaan Baginda Rasulullah..itu bagi kita yang yakin jika difahami bezanya nama "Rasulullah" dengan "Nabi" atau sekadar Muhammad bin Abdullah.

Rasul itu pesuruh Allah. bermakna apa sahaja amanah bersangkut paut dengan kuasa itu adalah peranannya..
Bagi pemahaman ambe, inilah istilah sebenar "Rahmatan Alamin". memberi pesanan ringkas dan membantu tak kira siapapun orangnya ataupun makhluk lain.

sementara kita membaca sirah-sirah Nabiullah, anda akan ketahui bahawa Nabi itu tanggung jawab setelah menerima wahyu. Sang penerima Wahyu akan diberi nama Nabi, maksudnya Penyampai itu tugas baginya. secara basic, kita tahu apa yang tlah kita lalui dan yakini akan sesuatu hal itu tetapnya begini dan begitu perlu disampaikan pada orang lain.
Penyampai berita ataupun Penyampai Syarahan dan kerja sebenar orang yang Islam, itu kerjanya Nabi yang 25 terdahulu, hingga kemudian ada Sahabat, Khalifah hingga ke peringkat era Melayu kita gelarkan Wali. iaitu dari nama Allah yang ke 77 dalam Asma ul Husna. "Al-Waliyy" bermaksud Maha Memerintah..sepertimana Wali Songo dariantaranya yang maseh melakukan usaha kerja-kerja Agama dalam memenuhi Amanah nama Al Waliyy agar dikenali Tuhan sebenar yang memerintah.

sedikit sebanyak, Amanah yang dimaksudkan disini adalah menjadi Pemerintah yang berkerajaan setelah kekecewaan terhadap keadaan Dunia jadi kerisauan yang amat dibimbangkan. maka Amanat sebagai Insan disampaikan dalam bentuk sistem Syuro yang berjemaah.

dan sebagai Muhammad bin Abdullah, itu pula adalah berdasarkan namanya, "Terpuji"..yang terpuji hanyalah mereka yang Yakin bahawa merekalah Hamba. Amanahnya adalah melaksanakan apa dinamakan olehnya pada kadar sepatutnya, yang tahu dia adalah Manusia, yang punya Roh. kefahaman paling asas sekali.
sebagai contoh, anda lihat petanda atau "label" nya pada seekor "burung", walaupun burung tidak berakal dan tidak tahu namun Tuhan tlah tunjukkan pada kita bahawa spesifikasi diri ia sebagai burung itu jarang berjalan, selalunya terbang kemana sahaja dikehendaki, deria yang ada digunakan sepenuhnya agar haus dan lapar itu dicukupkan.bila ia penat maka ia tidur disarangnya. antara AMANAH yang ada padanya adalah Deria-untuk cari keperluan, Sayap-untuk pergi mencari keperluan, Paruh-untuk memburu keperluan..

harap anda sudah faham dengan konsep NAMA dan PERANAN terlebih dahulu sebelum ambe pergi kepada soal ADIL.
andai kita ambil pemahaman nama itu label bagi sesuatu kerja, lebih mudah.
yang pasti sebagai orang bujang, anda adalah diri anda yang tunggal, namun kerja anda tetap berubah, adakala anda terpaksa baiki kereta yang rosak disebabkan keadaan darurat, maka anda adalah Mechanic atau Technician sedangkan anda hanya seorang Pelajar College yang kerjanya belajar dengan Guru, di rumah anda adalah Anak kepada Bapa dan Ibu kamu, jika ada adik label diri anda itu adalah Abang, bila beristeri, label anda berubah menjadi Suami, dan untuk memenuhi kewajiban sebagai Suami pada Isteri, kamu adalah Guru ada masanya, adalah Kawan ada masanya, adalah Teman ada masanya, juga Sahabat bila masa masaalah Isterimu jadi sulit untuk diperdengarkan sebagai Suami. perlu bijak mengguna pakai label nama diatas kerja dan fahami fungsinya sesuatu itu..dan saat anda sudah berpunya anak, maka anda ditambah lagi label Ayah, Bapa, Abah ataupun Abu. pasti tiap "label" nama tadi adalah berlainan kerjanya..

cuba pantulkan kebodohan laku ambe yang suruh pada dirimu melihat apa sedang jadi pada kita hari ini,
bilamana soal Amanah kita pertikai si polan tak Amanah, tanyakan diri..apa benar 100% kita dapat jaga sepenuhnya?
atau soal Amanat kita umpat-umpatkan dibelakang keputusan pemerintah..apa betul 200% kamu sudah sanggup melakukannya?
dan kerana itu kamu katakan ia tak ADIL?

apa sudahkah anda letakkan perlaksanaan dirimu diatas "label-label" Nama yang pastinya tersirat peranan yang berlainan itu? berhasilkah ia dan adakah ia menurut kepala mu sahaja atau kepala semua?

ADIL bagi definisi meletakkan sesuatu pada tempatnya, ZALIM adalah menyalahi ketetapan ADIL.
tapi sebelum Rakyat mahukan pemerintah yang ADIL, pandang kezaliman diri terlebih dahulu sebelum persoal, kenapa pemerintah itu dikatakan ZALIM?..tiada Raja tanpa Rakyat dan tiada istilah Rakyat andai tiada Raja, ada Raja bererti sudah ada semacam bentuk Kerajaan. apa maksudnya disini adalah jika setitik nila disengajakan pada susu sebelanga, rosaklah semua..dalam perkataan paling ringkas Tuhan tidak akan tunaikan apa kamu kehendaki sebelum kamu sendiri ubah diri agar sedia memecahkan hati yang iri untuk kemenangan nanti.

Sifirnya mudah, Anak yang jahat orang akan sebut tetap Ayahnya.. andai kita ambil pemerintahan atau negara ini sebagai satu rumah yang besar, konsepnya tetap sama. Buruk manapun ayah anda, itu tetap ayah. dan cara paling mudah untuk tidak lagi berada dikelompok ini adalah Hijrah..namun kemanalah hari ini ndak diri dihijrahkan melainkan hal-hal permasaalahan yang sama timbul dari scenario atau hal yang tak terlesai. fikirkanlah sejauhmana kita ndak pergi mengecilkan kemudian mengecilkan lagi dalam bentuk community atau puak-puak walhal untuk jadi satu ummah perlu luas.

ubah lah diri dan sistem pemerintahan fikiran anda, mulut anda ubahlah dengan perbendaharaan kata-kata yang baik atau jahat yang maseh ingin menyampaikan kebaikkan yang diingini, hati anda yang satu terkontang kanting kekeringan ntah apa makanan kaseh sayang ndak dikonsumsi kan dengan udara yang sarat dengan kebencian dan iri sesama sendiri..

namun kezaliman yang berlaku tak dapat kita lagi imbangi. baik disangka jahat manakala jahat itu disanjung makhluk halimunan yang suci..sedangkan itu maseh semua sangkaan..

fahami Amanah,
maka atas nama Amanat itu ambe tunaikan,
dalam kata-kata..
agar bersama kita usaha tunaikan..

Hukum Bhumi yang diterangkan awal tadi adalah sekadar memberi indikasi fahaman bahawa segala Hukum bersangkut di Bhumi maseh penentu nya Manusia, walaupun yang memutuskan ketentuan yang paling kukuh adalah wakil Tuhan di Langit iaitu Rasulullah. namun relasi atau hubungan ini lah (Hukum Bhumi dan Hukum Langit) secara logic menunjukkan hubungan dan dalil kita kebenaran cara hidup Ber-Tuhan. kita tak boleh katakan bahawa kerajaan Tuhan itu langit semata-mata, kerana itu hal yang kita tak saksi sendiri, maka untuk saksi sendiri, amalkan dahulu apa adanya, Zahir diamal untuk memahami Bathin, Syariat diamal agar yakin kewujudan Hakikat, baharulah kita tahu(secara praktikal dan teori) bahawa sa-nya Tuhan itu mutlak di Langit dan di Bhumi.

apapun Kezaliman itu perlu diperangi seandainya berlaku dihadapan mata kita,
itu ambe fahami setelah sekian lama menanggung fikir yang sekadar kasihan semata-mata..
walau begitu lah gayanya, kita perlu bincangkan, fahami tiap hal tanpa menggunakan perasaan..kerana perasaan itu ibarat bahagian fragile dalam diri, biarkan perasaan berehat dan gunakan akal bagi mengatur langkah atau strategy BAGAIMANA ianya diatasi.

..teringat ambe pada kisah lama disuatu tempat, waktu pemerintahan seorang raja.. yang siang-malam risaukan rakyatnya, dan begitu Amanah. hingga suatu malam, ndak dijadikan ceritera waktu baginda duduk membaca kitab undang-undang didalam kamarnya menggunakan pelita, didatangi-lah anaknya, maka ditanyalah pada anaknya tadi "atas urusan apa anakndaku..Peri-badi atau Negeri?"
maka dijawab penuh hemah bahasa putranya "alasan Peri-badi ayahnda"..
ditutup akan kitab tersebut dan begitu jugalah pelita atau lampu bacanya dipadamkan sekali..maka gelap gelita lah kamar yang terang tadi..

pada sedetik awal, ambe bingung dan anggap kisah ini lucu..bila faham hakikatnya mungkin kerana minyak pelita tersebut adalah harta rakyatnya, dan urusan ketika itu adalah kerana hal peri-badinya..

itu, AMANAH, AMANAT dan ADIL punya fasal.

andai ada dari kamu boleh kata ambe "cakap sahaja..buat tidak"
disini, ambe boleh kata "baca sahaja..buat pun belum"
ambe tak pernah minta siapa-siapa yakin pada kata ambe melainkan carilah sendiri..
ambe laksanakan apa seharusnya ambe lakukan. iaitu menulis..itupun salah satu label kerja sebagai "Dalang".
sekurang-kurangnya.

kepedulian anda?

KBD