Monday, July 11, 2011

Hal Lucah

lucu bilamana ambe dengar orang bilangkan pada ambe bahwa rindu itu diibaratkan sama lah seperti sabun mandi atau shampoo berkualiti yang mampu menghapuskan ketombe atau kelemumur bahkan kutu dikepala.

ia suci.

dan sementara kalimat perasan suci itu digapai dengan penuh sesangka, anda merindukan orang yang bukan muhrim melebihi orang yang "halal" bagimu sentuh dan bersua, walau dimana-mana bahkan tidur sebantal. menurut hukum itu tak salah.

sepertimana tajuknya, Lucah sememangnya pengakuan paling erotis dan kotor pernah manusia bodoh seperti ambe di tujah bermacam-macam hal oleh mereka yang bercuping telinga, yang konon-konon memiliki pendengaran yang memuji-muji dirinya yang sedang berketayap yang bercop brand agar sah bukan buatan yahudi dan berbaju kemeja ala-ala Muslimah modern..yang mengampu-ampu perubahan atau "hijrah" yang dulu kononnya pailang kongsi gelap tapi kini sudah belajar KHATAM satu quran dibaca namun tak kunjung faham apalah tafsiran ayat-ayat yang terkandung.

namun tiada perubahan, melainkan kenaikkan "pangkat" yang diiktiraf oleh fikiran sendiri bahwa sudah baik total.

apatah mereka yang punya pacar atau girlfriend, yang lelaki berdakwah dengan memaksa perempuan itu agar bertudung dan berpakaian XXL sedangkan dia hanyalah size S.

buat keyakinan ambe, yang ambe faham sendiri lah.. Agama manapun tak memaksa kamu untuk berbuat apa-apa..maksudnya, Agama-agama yang ada ialah salah satu cadangan atau saranan yang terkandung padanya nilai-nilai baik dan menyentuh bab-bab ke-roh-anian.
disini ayat "Islam bukan agama Paksaan" boleh diguna pakai. sebab anda bukan Islam yang dipersetujui sepenuhnya oleh diri yang zahir dan batin.

namun begitu,
setelah anda bersyahadah seraya akui tiada Tuhan hanya Allah, Muhammad itu Rasul Allah.
itu jelas bahwa anda sudah pun berserta didalam Agama Islam yang terkandung dalam Rukun Islam pertama, atau ertikata lain sudah bulat dan nekad agar abdi dan mengamalkan cara susunan yang "Islam"..yang mengambil teladan Muhammad Bin Abdullah sebagai satu cara hidup yang memang "orang Islam"(pada peringkat permulaan-lah)..

ambe kira, statement seperti "Islam bukan Paksaan" atau "yang penting HATI" tidak lagi sah diguna pakai.. dan layak bagi ambe kutuk siapa sahaja yang berlagak baik kononnya luar tak ada bezanya dengan manusia yang memilih agama lain sebagai cara kehidupan, akan tetapi bertubi-tubi berkeras kononnya "yang PENTING....HATI!"..untuk mengikuti cara hidup orang yang Islam, Nabi Muhammad berpesan agar "Bismillah" terlebih dahulu,
namun anda terlupa bila ditegur, akhirnya bodoh sombong menepuk dada konon "yang Penting Hati"..
dah tu, makan tak payah pakai mulut-lah..telan pakai Hati.

itu bukan Islam bagi ambe terhadap pengakuan sombong orang yang mengaku sudah Islam namun tidak sekali pun menanam sifat hamba yang benar rendah diri..sedia selalu memperakui silap-salah demi kebaikkan bersama tapi yang dipenting kan adalah BAHAS-BAHAS-BAHAS..Apa hebat sangat ke kalam BAHAS tu?, dan rasanya lah kalau anda tanya Paderi atau Biksu atau mana-mana ahli agama lain pun pada kurang menyetujui hal ini..kerana kenyataan semua orang memerlukan makanan yang berkhasiat agar terus hidup.

maknanya disini, makanan yang ditanam cara betul, baik dan bersih seperti jadinya....itu dasar paling zahir dan umum boleh kita lihat, bagaimana SEMUA makhluk yang kita lihat maseh memerlukan luaran bagi memerlihara dalaman yang suci-murni(dipandangan Tuhan lah)..

maafkan ambe seandainya pendekatan ambe agak kasar berbeza dari orang lainnya, namun tidaklah ambe dapat menahan betapa marah nya ambe ketika melihat scenario ini berlaku dariantara kita-kita yang terdiri dari kelompok kecil..bagi ambe yang pernah dan sering berkelana kesana-sini, ambe layak berkata ambe "marah" kerana begitu kecewa.

ambe memang dijadikan orang Islam sejak lahir kerana Surat Beranak dah tulis Islam dan berbangsa Melayu.
namun ambe maseh mentah, sehingga baligh maka bermulalah perjalanan syahadah atau penyaksian sendiri secara amali..yang didapati langsung kepada diri yang sendiri. ambe pegang satu, Agama semua ada baiknya, namun tiada yang serupa kerana dah jelas pun nama tiap Agama pun lain ejaannya..

namun ambe tlah dididik oleh guru dan ayah ambe agar senantiasa hidup dalam belajar atau study..guru ambe sandarkan sabda Rasulullah "Belajarlah sampai ke Negeri Cina sekalipun"..yang ambe kini fahami ketahuilah semua bangsa itu dijadikan untuk tujuan kenal mengenal diatas beza Adat,Budaya,Bahasa..SEBELUM menerima dan SETELAH menerima Agama. itu pun banyak beza..
ayah ambe pula, tak jemu dari kalamnya menyuruh ambe belajar turut menggunakan pesan atau titah tok nyang ambe, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berbunyi : "duit setinggi gunung, kalau tak ada Ilmu, semua akan habis sekejap sahaja"
makna yang ambe dapati sepanjang 24 tahun hidup ini, banyak duit tanpa ada asas yang kukuh(Agama) bagi mempercayai Ilmu itu untuk diamalkan, semoga yakin bahwa ia tidak sial-sia, ambe pegang kata "habis sekejap sahaja" itu pada kenyataan yang ada, kita hidup ada mati, muda ada tua, dan berlaku semua ini dalam masa yang "eh...kejap aja kan?"

jadi hingga hari ini, ambe maseh belum berani mengakui diri ini Islam sepenuhnya..ambe selalu jawab bila orang tanya "apa kamu ni Islam ke?" diatas kata-kata kesat dan kurang ajar ambe dengan berkata "ambe maseh dalam belajar..kenal Islam yang sempurna belum, kenal Islam dalam kekurangan mungkin"

ambe takut kalau diri ambe disamakan dengan pembunuh berani mati yang konon akui mereka Islam, tapi cara pun dah melampaui kemanusiaan. yang tak bersalah dibunuhnya..apa itu Agama? entahlah..bagi ambe pengertian Agama dan Islam sudah terlalu tinggi bagi ambe, namun bukan alasan ambe tak capai ketinggian itu..kehendak apapun kita mahukan dari awek yang belum kenal tapi kita minat, macam-macam kita buat..
akan tetapi untuk Agama kita lebih-kurang kan..atas fikir kita semata-mata.

yang mana selesa sahaja dipakai, tak selesa yang ganggu "dunia" kita..macam-macam kita bahaskan. alasannya Islam itu luas, kamu tak sedar jika kata kamu Islam itu luas sudah pasti luas cabang toleransinya yang mengufuk tetap menuju satu hala kiblat. Bukan ikut Nafsu kamu aja. kalau ndak beragama ikut suka kamu, tanpa ada guru kerana merasakan guru yang dibayar itu lebih mudah dipanggil bila rumah dimasuk hantu, atau e-ustaz atau imam muda atau tok imam masjid kampung yang semuanya hanya tahu berkhutbah, ceramah dan kemudian balik buat hal sendiri tanpa peduli apapun bahkan tak kenal pun siapa kamu..

disini ambe bukan suruh anda berguru yang sama dengan ambe, ini bukan promosi pun. ambe hanya menghebahkan apa ambe pelajari darinya, dan tak perlu masuk dalam sangatlah dulu. beliau mengajarkan ambe agar berhenti menghukum sebaliknya menunaikan hak ingin tahu itu dengan kadar sepenuhnya. selalunya ambe sibuk, bila ada ruang-peluang ambe akan hadirkan diri bagi menerima pengetahuan dan Ilmu, tiap kali berpergian..disitu timbul satu demi satu keyakinan..apa diberitahu itu langsung dihadapan mata ambe, dan bukan setakat CAKAP SAHAJA..
mengenali beliau, kamu pun tahu amatlah beruntung seandainya ada seorang itu yang begitu berusaha dan beriya-iya melakukan hal kebaikkan, menolong orang tak kira siapa, bahkan turun sendiri pergi melihat keadaan dan paling penting korbankan semua hidupnya demi melahirkan hidup-hidup orang lain yang baik sepertimana yang ditunjukki oleh Rasulullah sendiri. itu lah "guru" bagi ambe, dan hingga kini ambe pun digelar guru baik mengaji kitab camera, kitab reka-bentuk ataupun seni lainnya, bukan ambe mahu atau nakkan pun, dan tak ada niat untuk riak atau sombong pun.. hanya hal menjadi atau berguru, terbukti itu ambe tlah laksanakan.

yang ambe dapati, berguru itu mula dari bodoh..
penjelasan ambe MUDAH, walaupun guru ambe pun tak pernah nyatakan ayat "bodoh" dalam bertertib guru-murid. namun fikirkanlah selogic-logicnya, kalau rasa dah pandai dan serba tahu, buat apa perlu guru?
dengan menjadi guru pula beza, kerana ia mula dari pandai dalam melakukan hal bodoh..sebab ambe ertikan "melakukan hal bodoh" kerana dari sudut logic pemikiran, tampak nya suatu hal yang sia-sialah orang pergi belajar jauh-jauh atau masuk maktab perguruan bertahun-tahun untuk timba ilmu, balik sini curah macam tu aja. sedangkan hari ni semua dah berbayar..
apa kita tahu dan perolehi hingga mengamalkannya disampaikanlah pada orang seterusnya. tanpa minta apapun balasan, kerana anda bermurid dengan guru yang baik pun tak pernah Tuhan minta bayar apa sen pun.
kenapa perlu ada bayaran?

bab Mahar atau orang guna istilah Pengeras itu cuma sedikit je kalau nak ikutkan, ia ujian sebenarnya. dari guru pada murid.
apa kita sanggup bayar tanpa ada soal apapun atau kita persoalkan dalam diri sendiri?
ada itu maknanya Niat pun dah lari, jangan lah cakap pasal benda lain.. anda sendiri agar mengiyakan kata Nafsu yang selalu ndak selesa dan begitu mencantas hal susah payah. Nabi belajar semua dari susah payah.. kamu yang serba mudah sekarang ajak susah sikit pun dah mengaduh..manja sangat.

tamatlah kisah guru padahal ambe bukan nak cerita hal guru atau agama..namun penerangan ambe yang panjang hanya ndak khabarkan bahawa betapa bermaknanya Agama itu bagi ambe,
namun penyakit Hukum orang hari ini tak pernah habis..

dah lah Hukum tanpa kenal siapa orang tu, tanpa tanya kenapa berbuat begitu kemudian buat hipotesis sendiri begini begitu.

memahami Rindu bagi ambe,
satu hari itu macam seratus tahun,
lagi jauh lagi sakit, lebih dekat semakin sarat.

itu ambe dalam mengetahui hal ini berlaku pada diri ambe berpuluhkalinya.. dan beza rindu dah jelas bagaimana dengan keluarga, sahabat dan teman.

kesakitan ambe paling tinggi adalah menanggung rindu orang paling jauh dari ambe, yang jarang dirapati, yang kadang bila ambe sibuk dengan tugas,tanggungjawab dan peranan sudah lama tak hubungi, jika adapun sekali sekala..
tak cukup dengan itu bila anda berada didalam keadaan yang mirip seperti ini, menonton betapa intimnya hubungan orang lain bersama pasangannya. anda hajatkan yang sama, namun pulang kerumah berbaring dikamar dengan memasang semacam antenna mencari siaran si-dia.. sakit? memang sakit.. siksa? sudah pastinya.

yang menjadi pengaman adalah karya imaginasi akal, yang berusaha keras untuk menterjemahkan rasa dada anda yang begitu perit atau indahnya ketika terimbas ingatannya..

di zahir kita mungkin boleh bataskan ia dengan melarang atau meletak papan tanda AWAS disini ada lencongan atau sebagainya, tapi diruang akal, bahasa atau hati yang merasa..itu semua melampau-lampau rupanya, inilah Lucah!
hikmah ambe berada dikeadaan begini tak ambe ambil ia kesempatan agar dirungut atau keluhkan "betapa malangnya hidup kini".. kerja tak pernah habis dan selesai, ada-ada sahaja..

namun ambe menanam pohon "ganja" kesyukuran ambe pada kewujudan calon Isteri ambe agar dibawa lebih hebat menembus setiap pintu langit agar bertemulah dengan yang maha Wadud. dan pulang ambe bakal dikurniakan anak-anak yang bakal mengulangi hal yang sama dan lebih baik dari itu agar dihebohkan pada semua semoga sempat menyedari makna kesyukuran yang tlah sedia ada pada hidup sebelum mati..kemudian menyesalinya.

Sayang ambe pada dirinya..ambe akui tetap ada satu sudut paling rahsia dalam Hati ambe,
yang ambe bersumpah pada sendiri tidak akan sekali dibilangkan namanya kecuali benar..dia-lah orangnya.
dan andai dia tahu betapa beruntungnya ambe diberi peluang sebegini hebat mengendali semacam kuasa rasa yang disebabkan cetusan pertemuan diri ambe dengan dirinya melahirkan setitik makna Cinta. yang tidaklah hasil pengaruh filem-filem box office atau sinetron atau drama cinta. bahkan lebih jauh ber-erti dan berkualiti..apatah lagi bila ia memang sepatutnya diharamkan siarannya, oleh kerana ia melampau Lucah.
Lucah ambe buat Tuhan, ambe abadikan..
dan salahkah andai melampau rasanya?

bagi ambe dengan cara sebegini sahaja kadarnya, tidak!..
pasti yang benar atau salah tetap Tuhan..
Dia lah Ya Haq.
(jika kita tunaikan Hak kembalikan semua rasa apatah rindu kepadaNya)
betapapun orang lain mencuba nafikan hal ini pada ambe, ambe tetap berpaut pada keseluruhan ini..

anda LUt pada CAHaya..maka andalah lebih tinggi dari cahaya, anda bersama Tuhan yang maha Esa kerana Dia mengatasi segala-gala-galanya..

demikian pengertian ambe. mohon api ini marak menjulang ke angkasa.

KBD