Monday, July 4, 2011

Wanita Melayu ber Versi

mari ambe beritahu apa ambe fikir dan rasa,
berdasarkan pengalaman..didalam kadar bahasa paling kurang ajar.

didalam Istilah berteman atau berkawan dengan wanita Melayu ini,
mana wanita yang paling kamu suka? wanita Melayu versi "Indon" (pada istilah orang Malaysia) ataupun wanita Melayu versi Malaysia?
maka dengan ringan mulut ambe akan jawab, "Perempuan Indonesia"

dan soalan seterusnya yang sering terbit dari rasa ingin tahu anda adalah "kenapa?"
kemudian ambe akan beritahukan beberapa sebab mengapa,

pertama,
ya ia lah..jika kita jawab dihadapan orang ramai apatah dihadapan perempuan Malaysia kita ni, mereka akan katakan:

"ALAH...SAMA AJE, PEREMPUAN JUGA KOT!"

namun sebenarnya teori sebegitu ada yang betulnya, apa yang membenarkan pernyataan tersebut adalah perempuan tetap datang dari Bonda yang sama, iaitu Siti Hawa.
yang datang dari rusuk Adam.
sememangnya diciptakan Khas sebagai pendamping Adam, pembawa Permai dalam menjadi Suri pada tauladan rumah bertangga nanti.

bahagian itu ambe setuju,

yang ambe tidak setuju adalah mencermin jarak kita dizaman sekarang dengan zaman awal kewujudan manusia, berapa ramai agaknya manusia hari ini sedar bahawa betapa banyaknya perubahan keadaan dan suasana Dunia sendiri telah terima?
daripada kerak mantel yang panas serta kering kontang, tandus hingga angin diputar mengelilingi Bumi dalam mengarah segala permukaan air agar disama ratakan pada dataran tanah yang kita pijak bersama kini.
bagi menjelaskan hal ini berdasarkan fakta kenyataan, kita tak perlu lihat jauh lah.. cuba bezakan perubahan yang berlaku dari zaman 1910 ke zaman 2010,

yang zahir tetaplah fashion, itu yang kita guna dan pakai..dari pemakaian sarong hingga pemakaian ala-ala British atau Portugis atau mungkin Belanda yang tlahpun dibawa setelah Penjajahan berlaku,
cuba anda minta gambar-gambar lama moyang anda atau pergi ke Muzium untuk lihat fashion mereka ketika era sebelum penjajahan dan bezakan dengan era datuk-nenek kita pula.
dari situ pun sudahpun ketara rupanya, walaupun minda mereka ketika itu mungkin maseh kuat mempertahankan semangat kebangsaan masing-masing..tak kiralah Melayu atau Cina ataupun India sekalipun, ambe yakin mereka maseh yakin kuat pada jiwa Bangsa kejadian mereka.

itu maseh belum kita lihat gambar orang asli atau manusia Homo erectus, yang separa telanjang!
kamu pula yang malu ndak memperakui itu adalah antara nenek-moyang anda sendiri, yang mungkin degil dalam menerima Agama atau fed-up suatu masa dahulu dengan orang-orang yang bodoh sombong mengaku Agama akhirnya menjadi pendusta atau perosak kemuliaan Agama, akhirnya memilih jalan jauh..dan memencilkan diri mereka.

peri-hal pemakaian, "Apa Penting Sangat ke Luaran ni?" ujar antara mereka yang sombong...kemudian tambah lagi "yang penting HATI"....

bak kata pepatah Melayu: "Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati"

kalau penting Hati, sanggupkah anda berlapar dan mati demi perjuangan Hati?
itupun maseh kita fail, ambe sendiri pun maseh perlukan Nafsu dalam meneruskan perjuangan Jasad diri,
amatlah kelakar bila ambe dengar orang yang tak bertudung dan kuatkan statement "yang penting...HATI!, dong jush the buk bai its kaber-lah"
bagi sesetengah perempuan yang berpakaian serba American style atau Western, sambil mengenakan rambut blonde namun keningnya tetap berwarna hitam.

sementara yang bertudung labuh sampai mencecah kaki pula begitu sulit, namun sebab mak bapak yang suruh pakai begitu diajar dan di didik begitu..tak apalah,
kita usik anak dia, begitu marah betul..macamlah harimau..sedangkan anda ni orang kuat Agama.
nak jadi Islam ke nak jadi Aslan(Singa)?
macam tu pula kaseh sayang kita belajar, kekerasan, hukuman dan serba lah ke Aku an.
berapa ramai kawan-kawan ambe kenal sepanjang hidup ni ada pergi dan ada yang maseh kenal ambe, rata-ratanya tlah mencerminkan kotornya wanita bertudung ini. Perangai macam Ulat Buah dan pengumpat paling hebat dari kalangan bertudung mengalahkan yang tak bertudung.
ya, ambe Judgementalist. namun paling kurang ambe tidak guna pakai kata orang lain dan sekadar ambil kesah ambe sendiri sebagai contoh. Jika ada yang dapat membuktikan bahwa pandangan ambe salah..silakan!
namun orang bertudung kerana ia tradisi, bukan kerana ingin rasakan bagaimana tertindasnya anda sebagai orang Islam pada pandangan Dunia.
bertudung itu memang bagi ambe satu penindasan terhadap wanita, ambe suku dalam mempersetujui dasar perjuangan wanita bodoh yang setuju angkat mereka sebagai Icon Islam cara Liberal, yang memerdeka kan adalah Suami nya nanti. Itu cara Agama Islam.
buat bersuami pula hari ini, tak kita peduli dengan Syariat Isteri.."Biarlah dia" kata orang hari ini..kerana sayang, kerana kaseh dan kerana Cinta konon-konon, sporting! kemdian marah orang sebab kata dia Laki Bodoh. sedangkan perbuatan itu dah jelas dalam Quran, tempah ticket free ke Neraka. anda tak percaya Neraka atau Syurga itu terserah, ambe Yakin ada walaupun sukar untuk di ceritakan bagaimana rupanya.

disini ambe sekadar memberi dua macam indikasi, bahwa pada nasib mereka yang ikut Agama melalui tradisi, akan menjadi pemilik kereta yang tak tahu bagaimana membawa kereta. mereka tahu Hati ada kerana orang beritahu ada, mereka tahu Jantung itu ada kerana dia pernah lihat Discovery Channel program Medical. tapi fungsi yang mana untuk yang mana tak ndak lah mereka fahami paling tidakpun.

sementara scenario pertama tadi sepertinya anda ini adalah pemilik kereta, dan tahu bahawa kereta perlukan driver..anda berlesen kerana takut JPJ atau Polis dan paling penting perlukan minyak untuk jalan. tapi dengan filusufi Hati tadi yang kononnya maseh bising dengan harga minyak yang mahal. sedangkan ia keperluan LUARAN atau ZAHIR.

sama-lah dengan Hati dan Jantung..kedua-duanya berfungsi untuk sesuatu hal yang lain.
anda cakap hal perasaan, namun hal perasaan sendiri hingga hari ini tak dapat kita jumpa dikedai atau gedung atau pasar malam. Mengapa?
kerana Perasaan itu suatu hal yang hakikat, yang tiada namun ada.
sama seperti keberadaan Roh.
Hati itu Jantung buat Roh jika Jantung itu Hati pada Jasad. ia adalah nadi dan penghidup diri dan yang berada didalam jasad. seperti kereta yang memerlukan drivernya.

namun beleteran ambe kali ini bukan untuk berlagak jadi ala-ala Ustaz atau perawi Falsafah atau Saintis. ambe disini hanya untuk memberikan contoh dua hal, yang mungkin ada tiga macam lagi atau empat atau sepuluh. itu maseh belum penting, belajar dua hal ini dahulu, kerana had ambe bercerita atas pengalaman sendiri baharu 2 macam diketemukan rupanya.

Wanita Melayu versi Indonesia atau Wanita Melayu versi Malaysia, mana jadi pilihan itu rujukkan paling tepat bagi ambe memberitahu anda bahawa Perempuan di Indonesia jauh HEBAT sifat hambanya, halus adabnya, amat jujur bahasanya..
ambe akui, mengenali sebahagian besar perempuan Malaysia ni, sakit jiwa sebenarnya.. Kita cakap A dia belok pada B, kita tunjuk C dia pilih D.
dah rasa pandai, serba educated dan ber Agama dari Hati lah kononnya.. dan scenario paling ambe letih gunakan panca indera telinga dan mata adalah melihat sendiri perempuan disini mengumpat, rancak benar tambah api-api.. orang itu tak kena, orang ini tak kena, salah belaka..dia lah satu-satunya SUCI!..

sebuah negara besar, populasi mengalahkan penduduk Malaysia dan kenyataannya LEBIH KAYA dari Malaysia (walaupun orang Malaysia suka benar kutuk orang Indon ni).. dibanjiri jutaan jagad keturunan Adam dan Hawa.
mungkin kerana suasana yang serba susah kerana pemerintahnya pun berkepala 20 pada satu badan, ambe faham keadaan itu meyakinkan diri mereka sebenarnya Hamba Tuhan yang satu-satunya..
kita disini sangat senang, nak cakap orang menderita sengsara kerana lapar..maseh ada pekan yang berdekatan yang jual barang runcit, jika tak ada peri kemanusiaan..rompak ajalah yang penting lapar itu maseh belum se kritikal di Indonesia di mana ada dari ratusan mereka berebut-rebut untuk dapatkan "duit raya" dari bapak kepala mereka ketika open house. KITA ADA macam tu? tak ada kan?

rezeki Tuhan dah jamin, hanya soalannya Syukur atau tidak dengan Nikmat yang sedikit? yang kemudian dalam surah Ar Rahman berulang kali bertanya "Nikmat Tuhan yang mana telah kamu dustakan?"

bagi ambe, andai diizinkanNya memerintah suatu masa nanti atau diberi ruang untuk bersuara pada mereka yang memerintah.. ambe hanya ndak satukan Indonesia dan Malaysia.
agar kita saling kenal-mengenal,
diantara sebab mengenang nasib "Perempuan" Melayu Malaysia yang jauh pergi dari asal namun sibuk dengan sikap Sombong yang Bodoh ataupun nasib "Perempuan" Melayu Indonesia yang sentiasa rendah dirinya, hemah dan penuh dengan kekaguman..ambe dah berkali-kali ulang alik, dan pernah satu ketika ambe terdetik untuk bernikah sahajalah dengan teman ambe di Indonesia itu, namun ambe rasakan itu satu tindakan yang selfish atau penting diri walaupun ambe akan lakukannya juga nanti,

pilihan ambe maseh hendakkan menyedarkan orang-orang kita, tak kiralah lelaki atau perempuan tengok disana dan pelajarilah dari mereka sifatnya Hamba..kerana zaman bermaharajalela kita dimuka bumi ni dah lama ketinggalan, tak perlu pemimpin ramai hanya satu sudah mencukupi. Satu Suami dan Satu Isteri. Belajar benar apa erti "Tuan" dan erti "Hamba" dalam mencermin diri.

Melayu tak pernah kotorkan atau celarukan pemahaman kita, ia adalah ideologi yang paling basic dari segala basic dahulu dan akan datang. Ia adalah kaedah hari-hari kita lalui dengan menjadi Kota pada Agama. benteng pertahanan terakhir, Jaga belaka agar tidak celaka. inilah Melayu yang tiada politik berkepentingan sendiri semata-mata..

sementara maseh tiada sesiapa ini..baik di Malaysia atau Indonesia.
Jadikanlah ini satu contoh mengapa anda yang lelaki perlu cerewet adakalanya dalam memilih yang mana satu kerana anda inginkan zuriat yang baik agar jadi penerus perjuangan yang baik..dan tidak mengulangi kesilapan atau kesalahan kita agar tidak kita Sombong bila kita dah serba tahu dan tak kita terlalu Bodoh dalam kadar tak tahu tetapi menerima sesuatu maseh keras menafi.

Sedangkan Lidah lagi tergigit,
Buang yang keruh, ambil yang jernih..baru teguh peri-badi.
kata P Ramlee..

buatkan ambe lagi lah bersungguh agar ber Istrikan yang lebih baik dari ambe, agar ambe dapat jadi yang terbaik untuknya.

yang kita sibuk gaduh dengan teruknya Najib atau bagusnya Anwar, kita maseh minum dan mandi dari sungai yang sama. Udara yang sama..
sedangkan Anwar, Najib atau Nik Aziz sekalipun, mereka berbahas pidato dan kempen untuk politik masing-masing, maseh tidur selesa, makan kenyang dan mandi dalam bilik air yang VVVIP.

Scenario Politik hari ini sama je seperti Suami dan Isteri (dalam makna tersiratlah). ada kala Suami itu pembangkang dan Isteri itu pemerintah dan adakalanya pula Suami itu pemerintah dan Isteri pula pembangkang.
anak-anaknya adalah rakyat, yang adakala beralih dikanan dan kadang ke kiri..mereka berbelah bahagi..serba salah.
akhirnya kita semua yang terpisah bahkan tlah diusir keluar dari rumah kerana sistem politik ini Kafir sediakan pada kita.

jangan berdalih lah dengan Al-Quran atau Hadist-la. 7 hari 7 malampun tak habis berbahas kita.
baca dan faham surah Ar Rahman sudahlah.itu "homework" pelajar sekolah Tuhan beri dari dulu, tak siapa disini pernah siap-siapkan dan submit pada Maha segala Guru sendiri..

dan tanyakan Nikmat Tuhan yang mana tlah kamu dustakan? dengan SENDIRI maka pedas itu adalah buah Api yang kamu panggil La-da.
kita Hidup agar sentiasa berkata Tiada atau La..kerana itu perlu ada Tuan bagi sekalian Manusia dan Tuhan bagi sarwa Makhluk yang dijadikan olehNya..

semua..menurut ambe,
yang sedia terbakar sendiri dengan kata-kata.
asalkan kamu orang semua mula Percaya dan akhirnya Yakin dengan apa ada-Nya.

KBD