Friday, July 15, 2011

Api yang tak mati-mati

pada awal penerbitan laman blog ini, ambe terima berbagai message pribadi di FB juga di Email ambe yang diambil dari FB ambe.
sememangnya memberangsangkan.
terutamanya yang anti pada ambe,
kerana mereka-lah yang tlah kipas-kipas bara kalam ini.

mereka minta ambe kemukakan nas,hadis ataupun apalah bab hukum hakam yang Islam, ambe disini bukan bersuara sebagai orang yang Yakin diri sudah Islam total dan beriman dengan sepenuhnya, ambe maseh mencari kebenaran dengan perjalanan..maka perjalanan jadi usaha keyakinan ambe, disini medan cerita ambe. dan kepentingan ambe ada apa yang berada disimpan oleh kepala ambe sahaja. ambe malas petik kata-kata orang ambe tak kenal kecuali yang datang dari mulut guru-guru ambe..atas dalil, ambe dah naik dan saksi pada apa mereka lakukan itu memang benar,pure,original dan authentic..

jika Bapa Bangsa ambe, Raja Kamarul Bahrin adalah ayah kandung ambe yang mengajarkan makna BANGSA secara tanpa lisan dan lakunya,
Abu Agama ambe, adalah ayah angkat ambe yang tlah mengangkat martabat Bangsa,Budaya,Bahasa pada peringkat pengenalan bahawa Agama itu Usul Bangsa..tiada alasan lain melainkan pembuktian nya diatas kata-katanya jelas menunjukkan bahawa sedikit atau sebanyak Bangsa lahir dari Agama itu sendiri..

yang menjadikan ambe terinspirasi sejak 4 tahun kelmarin dalam bentuk karangan bebas seperti ini diberi nama Apikalam kerana memang kenyataannya lebih-kurang sama konsep dengan para cerdik cendekia dan ulama masakini hujah dan war-warkan.. cakap berapi-api..
maka ambe ambil makna itu menjadi satu bahan bakar pada kalam disini, maksudnya ambe jadikan ia Api yang paling panas daripada api-api yang ada moga menjadi pembakar akalmu dan disalin lagi dengan pemikiran yang lebih luas bukannya kolot dan sempit atau jumud.

dan amat ditegaskan disini bahawa banyak kias dan perumpamaan yang to the max bagi ambe kerana memang benar sepertimana kata pembaca setiawan ambe yang mengirimkannya mendefinisikan ia kepada "pendekatan yang berani"..

faham apa itu berani.itu ber- dan ANI. dalam bahasa arab itu maknanya MATA.
kalau anda bermata maka sememangnya anda hanya gunakan dasar dilihat apa yang ada dan hentam pada yang ada sahaja.
sebagai photographer bebas, ambe kini mengerti apa fungsi sebenar mata. buat apa yang dirasakan benar, jujur pada diri..sepertimana mata yang tak dapat nafikan pada kebaikkan yang ada pada diri seseorang, baik sebalik atau diluaran. itu tetap ada baiknya.. pegangan ambe hingga hari ini tetap memandang 1 kebaikkan diatas 99 kejahatan sesuatu subject pernah lakukan. kemudian bagi tujuan hentam diri sendiri, pandang 1 kejahatan walaupun 99 prasan wali nya kepada kebaikkan.

walaupun begitu, ambe agak sedikit terkilan dengan respond tidak baik dan begitu suka mengumpat dibelakang ambe bila ambe merakam gambar wanita yang tak bertudung. sedangkan subject anda kutuk baik photographer atau model itu tak kamu kenali, dalami dan memahami keadaannya mengapa begitu. begitu mudah HUKUM orang dengan singkat, sedangkan anda dan semua orang yang pegang Islam ini luas Ilmunya, sudah pasti berbagai Kaedahnya dan BUKAN yang dipaksa dari orang namun diri sendiri yang memperakui dirinya tlah dilamar Agama.

kemudian ada tujah ambe, pakai Agama ikut Nafsu.. ya iyalah. nak guna apa lagi di Dunia ni? Nabi pun makan. maknanya guna atas perlu lah. bahkan orang yang kenal ambe itu pun tahu dan kenal Nafsu ada 7 peringkatnya, Amarah diperingkat mula, itu yang patut kita bendung, lakukan hal bertentangan yang kadang kita sendiri tak tahan kerana ia adalah keselesaan dalam kesakitan dan sebagainya.
Lawamah dikatakan peringkat kedua setelah Amarah, namun sudah punya hemah atau pertimbangan baik-buruk. Nafsu tersebut tahu beza dan pada sudah belajar untuk taat pada kita, driver badan. namun jangan dianggap sudah taat sepenuhnya..maseh belum..diperingkat ini pun kita tahu bahawa ia umum, kamu atau aku sendiri pun sedang dan bahkan berada diperingkat ini. tak perlu cerita yang seterusnya hingga Kamilah walaupun itu peringkat usaha tertinggi bagi diri.
maka kegunaan Agama atau Din atau Susunan biar ikut Nafsu yang baik, YAKIN ia baik maka buat, tak yakin JANGAN buat.

apatah nama ambe sendiri pun Badar-ud-din. Bulan bercahaya Agama. disitu tak ada tulis Agama apa. tapi Umum, Agama!
kita sering maksudkan dan set dikepala bila sebut Agama itu Islam tanpa mengetahui dimana silap Agama lain, kemudian kata itu ini tak betul berkenaan hal lain tak bersangkut paut dalam Islam. cara tersebut tak baik, anda mungkin tak boleh terima kerana anda sedang belajar yakini Islam. namun ketahulah sepenuh atau separanya, Islam datang terakhir atas kehadiran Muhammad Bin Abdullah. itu pada Sejarah Sirah.. jika anda sudah skeptikal dengan ambe bahwa jangan guna Islam untuk membuktikan relevant Agama. ya ambe ada kawan Aethist dan Freethinker, bahkan dengan berkawan dengan mereka ambe faham semua Agama itu ada kebaikkan, perjuangannya kebaikkan, tonggak utama kebaikkan, dan dijadikan satu contoh sandaran agar bertumpu pada satu pimpinan. Kita bukan cakap hal pemerintahan, tapi hal keagamaan. tapi anda sedar kan betapa samanya konsep nya?

tugas ambe hanya menebarkan kemurahan atau Rahman dalam mengertikan hal kehidupan yang semua memerlukan susunan, susunan itu sendiri bermaksud Agama. bagi pembaca yang membaca, itu terserah ndak ambil Agama apapun untuk disangkakan menurut katamu, tapi ingat lah betapa dahsyatnya kesan bersangka hingga boleh menimbulkan fitnah antara kita, padahal dari awal ambe dah beritahu bahawa sa nya kemurahan yang tlah disediakan oleh mana-mana Tuhan yang kamu puja atau puji itu WUJUD. hanya yang diusahakan agar ada itu Hakikat, iaitu Cinta,Kasih,Sayang pada sesama kita..dipraktikalkan agar mengetahui bagaimana rupa nya perasaan yang tak tergambar, dan mengetahui Cinta itu berwajah paling-paling-paling Istimewa.

ndak tuduh penyampaian ambe ni seperti Pluralist atau apa ke, ambe maseh seorang radikal orangnya..ambe mungkin hipokrit dalam menyokong namun akan menyokong seandainya hal sama terkena dibapak kepala ambe sendiri ini.
kenyataannya ambe maseh radical iaitu bermaksud MENYELURUH atau dari AKAR.

setidaknya dengan kebodohan hujah atau debat orang-orang yang pernah silat kalam dengan ambe pun tlah ambe berjaya jadikan modal agar kamu yang baca tak menjadi orang bodoh seperti ambe atau pun tok wali silat kalam bertalipinggang hitam 5 suku paku bintang.

Ibrahim adalah bapa kepada bangsa, semua genetik bangsa datang darinya. baik Arab-Cina-India-Eropah-Afrika-Melayu.
dan sebelum lahir bangsa, yang telah memecahkan sekalian BERHALA-BERHALA fikiran, janji palsu dan perasaan yang karut baik dari sudut ideologis ataupun fahaman cetek..
dan kerana itu menjadi alasan dirinya dibakar hidup-hidup..

yang menjadi mukjizat bagi dirinya, tak ada sedikitpun terusik kain ataupun kulit atau rambutnya diatas kebakaran tersebut..
diatas kalimah doa yang lahir dari kalam nya, maka sejuklah api tersebut.
itu atas cerita-lah.

manakala ambe sengaja memetafora akan kisah tersebut diatas API KALAM nya, menjadikan restu doa itu dibawa angin ke atas, meruap hingga menjadi bintik-bintik zarah doa keluhan seorang Bapa pada Bangsa, yang begitu bersungguh agar akan lahir Bangsa yang tidak lagi mengulangi kebodohan menyembah Tuhan yang diolok-olok atau dibikin sendiri agar disembah, kerana dia Yakin ada Tuhan yang malah bukan Matahari ataupun Bulan ataupun apa sekali dialam andaian.

ia original dan dicari sendiri, diusaha kemudian diyakini..maka kesinambungan ini dijadikan dalil mengapa Api Majusi tidak mati-mati sebelum ketibaan Maharaja Agung Terbesar sekalian Manusia, Muhammad bin Abdullah.
Baginda lah Bulan Penuh yang sebenar, kerana baginda belum pernah sekali menganiayai orang yang kita gelarkan Kafir, meskipun diburu dan dimacam-macamkan..Muhammad tetap Muhammad.
inilah pembuktian dan korban paling rendah diri.
Baginda tetap mengaku Asal-nya adalah Tanah..andai "kama sollaitaala Ibrahim"
"wa ali Ibrahim.." itu keluarga BANGSA kita..maka fil alaminlah, kerana innaka hamidun majid..

jika kita tak tahu mengapa tahyat akhir itu perlu ada Ibrahim dan Muhammad bukan Isa atau Musa atau Daud dan sebagainya Nabi Mulia..kita takkan faham pun apa kita buat selama ini. ambe belek maksud dan lihat fakta yang ada maka inilah pemahaman ambe,
baharu anda tahu mengapa Bangsa itu penting dalam Agama kan?
seperti mana Bhumi dan Langit saling merindu.
sepertimana Tanah yang padu bersedia untuk Dibakar Api agar memampatkan lagi keyakinan.
maka terbitlah "Apikalam" yang ambe tlah catit slama penantian, moga ada munafaat walaupun bahasa ambe kadangkala biadab..dah nama pun Api. tak terbakar bukan Apilah namanya..

...apa ambe katakan mungkin mengarut, mungkin kerana awalan sudah berburuk sangka pada ambe. tak hairanlah.
namun yang ambe ndak sampaikan soal keyakinan yang ambe pelajari sendiri, walaupun guru banyak berjasa dalam memberi semangat dan kata-kata,
keyakinan itu pribadi. atas sendiri yang lalui..maka rahsia itulah kamu pegang dan guna untuk menghadapi lagi apa yang bakal dan akan terjadi.

semua berakhir sebagai sampah,
kemuliaan nama ambe tercatit diatas billboard hanya sementara..selesai cabut undi, maseh sampah,
badan atau jasad yang dikatakan berjasa banyak pada kita, akhirnya kita perlu terima kenyataanya bahwa ada luputnya..
ditanam dan kemudian membusuk dengan taik-taik najis kumbahan selama 60 atau 70 atau 100 tahun usia hidup..
bangkai dan sampah.

apa yang tinggal hanyalah sendiri.

walaupun janji kiamat itu jelas, kewujudan API hingga hari ini kita saksi..TAK MATI-MATI.

maka selagi ia tercetus dan membakar. Apikalam ku, tetap disini dan abadi..biarlah siapapun ndak benci.
ambe tak pernah peduli pada orang tu.
yang jadi peduliku hanya pada yang sudi mencari. dan disinilah medan kemerdekaan fikiran, kalam, hati atau diri.

selagi anda memandang ambe tidak sebagai ustaz..akan tetapi "orang seni".
maka tahulah tempatnya
ini.

KBD