Wednesday, June 29, 2011

NAMA

"mu belum tahu siapa aku!"

"aku adalah anak menteri, bapak ku adalah kerabat sultan dan ibu ku adalah keturunan ahlul bait"

"kau kena hormat aku kerana ayah aku adalah raja negeri isketambola"

antara kata-kata pedih ambe kira sepanjang perjalanan hidup ambe,

SOMBONG,

ANGKUH,

BONGKAK,

PERASAN!

dan ambe akui ambe pun pernah terterbit kata-kata tersebut kerana terasa sangat lah terhina.kerana itu ambe berkata.

namun setelah ambe lalu jalan yang sunyi,
ambe sedar, ini semua adalah hanya nama..

Raja Ali Haji dalam Gurindam 12 nya fasal pertama,
"Barangsiapa tiada memegang agama,
Segala-gala tiada boleh dibilangkan nama"

NAMA..apa itu?
beza orang kafir dengan yang Islam pada nama, ada sesetengah orang Ulama berfatwa..
kerana apa?
"kerana makna"..jawabnya
dah tu.."David" bukan ertinya sama dengan Daud hanya diubah dialeknya kerana ia bahasa Ibrani?
Michael bukan Mikail dalam bahasa Arab?
..jika kita ambil ia sebagai makna, segala-galanya ada makna.
hujah kita mungkin Nama tu berdasarkan Agama.
namun mana dahulu?
Nama?
atau Agama?

jika sesebuah nama dikatakan "kata kerja"..Sayur adalah perlu dibenih, tanam, baja kemudian baru hidup.
bagaimana Sayur diberi nama, berdasarkan apa Kobis,Lobak,Sawi dihimpun dalam satu susunan Sayuran?
apa itu Sayur sebenarnya?
tumbuhan..
kenapa rumput bukan Sayur? kenapa harus yang tertentu dijadikan Sayuran sementara yang lain dibahagikan pada susunan yang lain?

mungkin ambe bila bercakap begini, orang akan mengeluh "kamu ni teknikal sangatlah..sikit-sikit tahu cukuplah"
MANA BOLEH,
jika pengetahuan kita cetek, sampai bila kita takkan kenal.

kamu tahu ada awek di sebuah college tempat kamu mengaji umpamanya,
selalu pandang kamu, maka kamu naik syok dan teringin kenalinya..
soalan pertama kita pasti NAMA.
sementara pengenalan waktu kita diperingkat bayi kepada anak kecil, ibu memperkenalkan bahwa ini huruf A dan itu B, ini MERAH dan itu BIRU.
hanya kerana Ibu itu sudah tahu atas pengajaran dia perolehi melalui ibunya,
ibunya melalui ibunya lagi..dan apakala kita bertanya, dari mana sumber utama dan siapa menamakan warna demikian adalah demikian sementara yang berhuruf A itu dari Alpha yang datang dari Roman, apa mencetuskan masyarakat atau orang filusufi menamakan ia begitu. Pasti ada maksudnya..

kita ambil warna Merah sebagai contoh,
Merah dalam bahasa Melayu,
Red dalam bahasa yang kita kenali sebagai Inggeris,
Ahmar dalam bahasa Arab,
atau sebutan Hóngsè de diperlukan berdasarkan lambang orang Cina,
mungkin Lāla bagi orang berbahasa India,

disini kita dah nampak bahawa sebenarnya Huruf itu sendiri ada maknanya, yang merujuk Sim Alif Ya Wau Rha dalam rasmi Jawi,
menjadikan ia Sayur pada Ruminya.
Jawi disini juga menyamai tulisan Bangsa yang lain, ber watak atau character. Satu Huruf yang kita kenal hari ini, mewakili Satu watak. dipanggil logogram, padahal ia semua datang dari lambang. bermakna Logo itu sendiri adalah Watak yang Melambangkan sesuatu.. siapa dalangnya? ada kita hari ini peduli?
ambe sendiri bahkan takkan tahu seandainya tiada dalang pencetus fikir ini. bila ambe kaji sendiri, susah ya amat untuk tahu Siapa orang sebalik penciptaan ini..satu kerana kita dah jauh ditinggalkan, dua kerana tak ada langsung orang peduli hal ini dan mungkin tahu namun menyimpan ia dalam peti besi agar suatu hari bukunya laris dipasaran. pokoknya PENTING DIRI.

bila dah terbit buku tu, kita baca pada muqadimmah, konon risau, konon peduli, konon itu dan konon ini..Tuhan tak pernah suruh kita kedekut kongsi ilmu, bahkan sekerat ayat disampaikan itu mengajar kita sejelasnya bahwa ilmu bukan sekadar dikongsi kemudian habis macamtu namun usaha kita setelah itu yang melayakkan anda dipanggil berpengalaman, baru dapat Ilmu.

oleh kerana hari ini kita dah jauh teramat-amat senang dengan kemudahan, makanya biarlah ambe rahsiakan dahulu siapa dalang bagi pencipta huruf tersebut yang mewakili bangsa masing-masing agar kita sendiri yakin apa lah orang bodoh ini sedang merepekkan.

hikmah kedua ambe terima dari penelitian ini adalah berdasarkan penyatuan,sekaligus merombak pemikiran orang-orang yang suka melompat pada tajuk lain dan membuat kesimpulan pendek kerana dah malas nak fikir yang mendakwa bahwa Bangsa ini direka oleh Manusia sendiri, bukan Tuhan..

amboi kamu orang ni, Tuhan dah buat kamu tu kira mujur..jadikan Manusia agar kenal mengenal dah malas, dan buat inferens sendiri.. satu Manusia, Adam dan satu lagi Manusia lain jantina, Hawa.
mereka dikatakan Kaum atau Bani,
Bani maseh satu gugusan yang besar dan tersangatlah besar sehinggakan anda pun tak mampu bilangkan berapa ramai umat Islam yang mati hari ini, dan berapa juta atau trilion umat Islam yang dilahirkan pada masa sama.
maka diminimalkan jadi lah Keluarga,
keluarga akhirnya membiak lagi dan berkembang menjadi Jemaah,
Jemaah pula terpecah dalam Halqah masing-masing.
berbilang dan tak terbilang maka digelar Masyarakat..
yang duduk dalam satu bentuk Lembaga baik dari Kaki atau Tangan, digelar pula Ketakhtaan,
dalam konteks besar dipanggil Rakyat yang memukul semua rata dalam satu pemerintahan.

Dari Arab-India-Cina-Eropah hingga Melayu. kesemua era ada maharajanya, yang menjaga adat, memerlihara budaya, membela bahasa masing-masing didalam dasar yang sama..iaitu menjalani titah Tuhan yang menjadikan kita dariantara kaum-kaum melainkan untuk kenal mengenal.
maka Bangsa itu dirasmikan, agar masing-masing kenal Amirul Mukminin mereka siapa,
dengan usaha Penyatuan..
yang diamalkan oleh sesiapapun dalam tidak tahu sekalipun,
penyatuan itu sudah ada diatas bahasa kita(walaupun kita cakap saja banyak tapi tak faham-faham),
contoh tadi ambe ambil dari perkataan Merah,
kerana kita berbahasa Melayu maka bahasa lain bersetuju dengan itu ditempat kita secara umum,
sementara bila kita ditempat mereka, maka sebutan Merah mungkin tak siapa kenal,
ada lah yang tahu namun sistem ditempat lain mengamalkan bahasa ibunda mereka pula dengan harapan jiran mengenali keluarga besar mereka yang mungkin India atau Cina atau Arab..
untung kita,
yang tak perlu sibuk dengan bahasa,
tak perlu sibuk dengan budaya,
tak perlu sibuk dengan adat,
cuma sibuk kita hari ini adalah Agama..anda kata Agama Islam sementara amalan yang jelas bukan semua amalan diterima umum, kemudian atas setitik amalan itu pula kita langsung tak tahu pengertiannya.. lantas dalam diam kita mencipta Agama Lain..susunan lain mengikut kepalaotak sendiri,
akhirnya ramai naik berang dan setuju dan protes beramai-ramai..

bila kita seru, kembali pada ajaran Rasulullah, ramai jeling dengan muka yang seram sejuk tanda tak setuju tanpa kata.
walhal dengan cara menjadi Islam sendiri pun dah ramai terang-terang tentang Allah taala. Nabi tetapkan Imam itu satu dihadapan kita bedal buat masjid berpuluh-puluh dengan harapan jemaah mereka dapat bersatu dan berkomplot dengan cara masing-masing, kamu ingat Imam kepada 4 Mazhab tu nak sangat ke jadi Imam?
bahkan naik ngeri pun ada, namun manusia dah semakin "bijak" dan senang merentas zaman..pastilah pemberontakkan yang lebih intelektual dianjurkan.

macamana kita yang sibuk sokong Agama/Susunan lain? Bodoh Sombong atau Bodoh?
anda yang membaca mungkin skeptikal dengan ambe, dan lantas mencari informasi berkenaan ambe dan sudah mengetahui ambe ni cuma yang lahir tahun 1987, dah anggap.."eleh..budak! darah muda..memanglah kuat berontak"

ambe orang radikal, bukan orang muda, bahkan ambe lebih naik menyampah berkawan dengan orang sebaya dengan ambe, kerana sering sahaja nak lepak dan buat benda-benda yang langsung tak bermakna, akhirnya mengumpat fasal kawan lain kerana mereka berbalah atas nama business yang awal-awal ambe dah nasihatkan "berhati-hati" tapi mana-mana pun tak peduli. bila ambe angkat kaki, orang kata ambe "perasan Tua"..ya iyalah, baik perasan orang Tua yang dah dekat nak mati, bahkan alhamdulillah setiapkali ambe jatuh sakit Tuhan beri sakit ambe yang teruk-teruk, demam urat sampai tak bangun, gastric sampai beberapakali pengsan..paling kurang ambe dah mesra dengan "kematian"..

berbalik kepada perihal nama,
jika golongan kerabat ndak buru ambe...buru lah, pastikan ambe mati lah, tak payahlah nak seksa sikit-sikit,
jika golongan ahlul bait ke apa ke ndak kecam ambe..kecam lah, namun biarlah kejam tu sampai putuskan nyawa ambe..
tak payahlah dengan ayat-ayat kutukkan,
kata-kata ambe sendiri ini pun kutukkan yang memang khas kutukkan buat ambe. bahkan ada yang ambe tak tulis kerana fikirkan anda-anda yang baru membaca karya ambe ini akan jam nanti hingga wujud kata seperti "apa lah mamat ni kutuk diri macam tak syukur langsung Tuhan berikan kesempurnaan"

biarlah..hanya nantikan sahaja. ambe akan tentukan itu.

hanya disini penerangan ambe, cuma kerana Nama.
sekadar ingat itu amanat dan mulia kemudian kamu berbaring diatasnya..
ambe ambil pedoman yang satu-satu ini,
waktu pertama kali baginda mendapat wahyu..
disuruh "Iqra"..Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu.
ambe garu kepala,
baca macamana? Malaikat turun bukan bawa kertas, booklet atau notepad yang tertulis semua tuntutan tu..
kalau bawak sekalipun,
boleh baca ke? bukan ke Muhammad bin Abdullah itu buta Huruf?
ya..sebab itulah(diantaranya) baginda menangis ketakutan. bukan kerana baginda dipeluk malaikat buatkan dia menangis....
namun jika kita diletakkan pada scenario itu pun akan takut,
Tuhan tuntut baginda lakukan sesuatu yang tak pernah diajar selama ini, apa bukan satu kerja gila ke tu?

orang hari ni boleh la kata tak gila, sebab semuanya dah jadi logic kerana fakta-fakta dipersembahkan..ditulis dan dibaca. ceh!

bahkan pengertian BACA pun tak tahu.
kerana ndak membaca perlu indikasi nya..
contohnya anda yang sedang baca blog ini..anda dah tahu kerana anda dah dilatih dan diajar agar membaca, tapi anda kenal siapa orang yang buat huruf ini? tidak kan?
atau
sebelum semua ini ada sekalipun bahkan penulisan pun tiada, anda baca apa untuk tentukan apa?
yang panas itu anda gelarkan api. sementara panas masih semula-jadi, kemudian kepanasan dijadikan dalam bentuk bahang hawa, keluh anda kerana "panas" sedangkan panas itu api, pada keadaan air yang mendidih, anda tak kata ia api bahkan anda gelar ia air sedangkan formal panas itu maseh api..manakala batu jalan buatkan anda menggelupur hingga kaki anda masak macam sotong dibakar, anda katakan ia api sedangkan zahiriah itu tetap batu, sebahagian sumber yang datang dari Tanah juga.

begitulah dari sudut panduan akal ambe secara pribadi, sudah tentu Nabi berusaha sebagai Muhammad dalam mem-BACA, setiap satu hal dan mengenakan ia kepada penama-nya siapa, hingga dibawa balik kepada Tuhan sekalian langit dan bumi.

As-Sobur dari Asma Ul Husna,
Maha Sabar, itu bahasa mata mentafsirkan sifat orang yang memberontak, melalaikan dan sebagainya.. yang mungkin anda tahu mereka boleh melakukan lebih baik dari itu namun tidak dilakukan juga. bahkan mengutuk pencipta..
Nabi lalui dalam ujian pertama, ditentang orang macam-macam..dilontar batu sepanjang perjalanan bahkan najis disimbah pada rumahnya..namun diakalnya tahu, andai HILANG SABAR dalam mengenal Tuhan. tidak akan ada Nama Allah yang As-Sobur. HILANG SABAR bahkan tiadalah alam, tiada bumi, tiada langit, bahkan tiada diri jangankan anggota. Kesabaran yang pertama sering kita sengajakan itu pun datang dari anggota.. yang sentiasa lemah dengan penuh harap.

kalau tahu semua dengan nama Tuhan, punca kejadian itu adalah kerana Rahman dan Rahim.
Kemurahan yang tak pernah kedekut untuk memberi sementara Kaseh yang tak pernah berkurangan untuk menerima dan mengembalikan semula.. wallahualam,

buat ambe dengan satu demi satu pembelajaran ini-lah yang dilalui oleh Muhammad Bin Abdullah hingga dilantik Nabi kemudian Rasul. sememangnya menjadi keturunan mulia hari ini, kita ndak. kerana kita berhajat agar zuriat itu baik benar, namun kamu sebagai ayah atau ibu perlu lalui dahulu, buat dulu sebelum berkata bahwa keturunan kita begitu bersungguh-sungguh dengan hubungan diri dengan seseorang makhluk paling sempurna pernah diwujudkan dan disaksikan oleh sekalian alam.
ndak berbuat pula, janganlah sewenang-wenang guna kepandaian sendiri..Nabi ajar kita hidup berjemaah, bermasyarakat yang kecil agar tahu bagaimana persepsi orang yang bukan dan berjemaah. sudah tentu ada sangkaan buruk, maka kita tangani dengan bijaksana, bukannya pergi pukul...lain lah ambe, tak apa..ambe tak pukul, ambe letak surat khabar atas kepala dia je bagi memperingatkan hari kelmarin atau esok. itu aja.

ambe tak takut andai ambe mengaku ambe ni sememangnya berjemaah,
namun sampai masa adakala kita bersendiri juga..disitu penyaksian kita berlaku, andai ada perkara kita bincang atau muzakarahkan.. Penyampaian Tuhan pada kita kadang tak boleh kita budget atau sangkakan pun, tiba-tiba datang macamni..kenapa? akhirnya kita kenal bahawa itu hikmah, dan hikmah ajar kita bersangka baik dengan Tuhan.

hari ni, bila sebut Hikmah dah kena kepalabapak hang!..sebab apa kita ndak tak dapat, maka kita offend lah sehabis-habisnya.
itu Nafsu..maseh Nafsu..bahkan ambe tulis inipun tak mustahil berbau Nafsu..ya iyalah, selagi di Dunia, Nafsu itu perlu. Bulan Ramadhan nanti boleh la kita train nafsu kita kembali, ajarkan bahwa ini tak boleh atau itu tak boleh.
nak bunuh Nafsu tak ada zuriat lah kita brader, kamu pun bahkan mati kelaparan..

namun semua ini hanya pandangan ambe, terjemah bahasa api..inilah dapatnya, kebakaran yang mencemarkan bahasa. biasalah! kamu bakar keturunan kamu dengan perbuatan kamu sendiripun tak sedar. bahkan lebih tak peduli.

DAH SENANG katakan!

memang ada puisi atau lagu berbunyi "Aku menulis bukan kerana Nama"..
sebab dia cari Agama. dan perlukan keyakinan dalam menjadi orang berAgama.
seperti ambe.
yang masehlah teruk dari kamu, hingga perlu tebus kesalahan dalam penerangan yang berjela-jela rupanya.
hanya kerana NAMA.
yang kini berada pada empunya..sangat berbeza dengan dahulukala. orang hanya dikenal sebagai Tuan dan Hamba pada era Melayu,

"MUHAMMAD"
pun default name apa. Kerja diatas nama baginda pun sebagai Hamba Allah semata-mata yang serba tak tahu menahu dan makhluk innocent.
kamu hari ni nak kecoh apa? baginda pun relax aja dengan nama tu. tak perlu Syed,Syeikh,Tuan,Engku,Tungku,Tengku,Tun atau Raja pun didepan.

kenapa?

tanya diri..mengapa kita perlu NAMA sebenarnya?
mengambil NAMA sebagai perhiasan Kebanggaan atau Kerja?

PILIH

KBD