Sunday, July 3, 2011

dendam tak sudah

kebelakangan ini kita hebat disalurkan pengetahuan agar consume pemakanan perbalahan,
ini lah era yang mungkin sedetik lagi bakal kita tahu siapa pengundang bala ataupun pengguna nama Khaliq pada kesialan tahap dewa tingkat tertinggi..

kata yang itu begini..

kata yang ini begitu..

bila suara neutral seperti ambe sedang abadikan ini bercakap, kenyataan ambe langsung tak dipeduli..
kita dengan "darah pewira" atau "darah teroris" yang bakal menghancur luluhkan Agama Islam sendiri.
yang kita tahu jelas semenjak peristiwa september 11, konflik Palestine-Israel hinggalah keruntuhan moraliti Agama yang subur diamalkan disini, negara Malaysia. "Ustaz 1 juta" atau "Ajaran Sesat" atau "Guru Agama bunuh Murid".. semua dah jadi bahan jajaan wartawan yang orang Islam sendiri, seakan-akan mempromosikan pada Dunia, Islam itu begini.

sementara penilaian itu tak bermakna buat kita,
cuba kita pandang pula isu politik kita hari ini..pejuang mana anda sanjungi maseh pada amalan sama, iaitu bergaduh dan berbalah.

padahal tiap parti itu ada nilai baik,
tak digunakan kebaikkan sebagai solusi..walhal kita pilih agar mengeji-ngeji saudara sendiri pada golongan yang melapah daging saudara sesama ini juga.

hairan ambe, sedangkan "Politik" itu method yang berkesan lah juga suatu masa dahulu.. "Politik" pun mengajar kita kenang Sejarah. tetapi maseh berpolitik dengan cara paling hina didunia,

kau laung nama Tuhan bila selesai melaknat orang lain kerana salah orang lain?
kau janji akan tunaikan hak kesemua setiap seorang rakyat yang melata? nampak benar tipu.
kau hulur konsep ketuanan Melayu agar martabat Melayu diangkat..padahal nak kerusi lebih je. dah dia jadi menteri, haram pun kelibat ndak nampak.

itu antara gambar yang tertera didalam screen ingatan ambe.

namun menjelang tarikh BERSIH mengadakan himpunan atau protest mereka itu semakin dekat.

kehancuran pasti ada, kekusutan pasti ada dan kematian pasti ada.
dan esok kita beradu hebat diatas kematian, kehancuran dan kekusutan kita sendiri anjurkan.

ambe tak protest demo tersebut, bahkan ambe tak juga berkenan dengan "perjuangan palsu".

hanya ambe ketawa besar bergolek-golek dengan menyedari bahwa kita sanggup jadi sama seperti "budak" yang berebut coklat, dalam menerima kenyataan bahwa menjadi Rakyat itu "kanak-kanak abadi"..
lebih-kurang dengan boyfriend yang begitulah devoted hingga sanggup telan ubat gegat hanya semata-mata membuktikan dirinya itulah Romeo!

malu lah sikit dengan "budak" hai "orang tua".

kata orang puteh "hidup bermula bila 40 tahun. tapi perilaku kita hari ni yang bapak kepala atau kepala bapak pimpinan mana parti..dah serupa macam budak terencat akal.

yang sibuk dan gigih mengajak orang ramai berperang demi keadilan hidup nanti.
kemudian respond melalut pemerintah tak pernah tetap-tetap..

apa dah jadi dengan memperakui kelemahan diri sambil lengkap melengkapi, bantu membantu?

itu outdated atau kamu-kamu yang dah expired?

..apa bakal berlaku, ambe malas berspekulasi macam-macam, menulis ramalan mirip nostradamus.
pasti hikmah itu ada, akan tetapi baiknya semua tidak bersebelah sesiapa serta berehat ajalah dari melakukan protes dengan tidur aja dirumah...
kerana paling ambe bimbang adalah anak-anak kita semua..tak bersalah namun terpaksa terkorban disitu hanya untuk memenuhi syarat "Perjuangan Serba Setan" kita.

benarlah lambang tengkolok atau destar yang ada di setiap RM Malaysia..
"dendam tak sudah" itu akan senantiasa dihargai. disanjungi.
sementara kehidupan tak akan dihargai sekira belum menyaksikan kematian.

sanggup mati?

eleh! ramai harini sakit taik mata pun dah pergi ke clinic untuk minta pain killer. sembelit pun mengadu di Facebook..

bikin politik dan pemimpin semua malu dengan tidak menyokong mana-mana selain menyokong dasar Nabi atau Rasul.
lebih jauh "orang" dari "orang-orang" yang terang-terangan. itu doktrin gelap ambe. biarlah orang nak hukum apapun. lantak!

kerana itupun payah nak buat. sebab mentaliti typical penggelar diri "Melayu" tak ada sifat survival, telus dan adil. selalunya kita harap orang lain untuk cuci taik sendiri sedangkan anda sendiri boleh flush.

bagi yang dah TERjumpa sekalipun taik orang lain, sengaja biarkan..dan beralih arah ke tempat lain..sedangkan si pencacai atau pencuci najis itu pula sanggup kamu hina dan jauhi sejauh-jauhnya.....laku siapa tak senonoh sebenarnya?

belajar tengok tandas awam, itu pun cukup sebagai contoh penyakit rakyat yang begitu banyak ragam.
bila dah menyedari akan ragam,
apa api akan terpadam?

KBD