Thursday, July 21, 2011

Puji dan Uji

sepengetahuan ambe,
sangat ramai jumlahnya orang hari ini buat untuk, agar atau semoga-moga nya diri mereka itu dipuji,
sementara tak siapapun sedar dalam ketololan indah tersebut..puji dan uji hanyalah dibezakan pada huruf Pa sahaja.
kalau ceritera Nujum Pa' Blalang babak teka teki antara ahli nujum. soalan sama ditanyakan..
dimana kekuatan Tuah?

dijawab akan Nujum Pa' Blalang itu pada Huruf Ta..dengan begitu gah dan yakin.
maka kemenangan itu menyeblahi Negara tersebot, jadi salah satu asbab kemenangan.
semua bergembira mabuk dengan kebanggaan itu.

heh!..bagi ambe,
yang disampaikan oleh Teuku Nyak Zakaria atau nama pena "P.Ramlee" melalui kisah Nujum Pa' Blalang itu bukanlah itu.
namun menemplak dahi sesama kita akan betapa bodoh sebenarnya Raja, Menteri dan Rakyat tersebut. yang begitu karut percaya sebulatnya diatas penipuan putrinya sendiri, hinggalah pada ramalan bangang Pa' Blalang.

tradisi KATA ORANG jadi pengukuhan. sedangkan KATA ORANG atau kata Wali atau orang-orang Suci(kata kita lah) maseh perlu dipertimbangkan, atau erti kata lain. Laksanakan. kerana apapun, "KATA" wujud setelah "ORANG" melaksanakan agar ia "ADA".
mustahil orang yang tak reti menulis atau membaca itu sudah dapat khatam Kamus Dewan dalam satu jam kerana jelasnya orang yang kita sering pilih itu adalah BUDAK yang baharu beberapa tangkai aja Urat Akalnya yang tumbuh.
maksud disini mungkin cadangan orang-orang beragama berkata, Tuhan beri petunjuk, kita yang mencendakan ia agar menjadikan huruf berdasarkan lambang yang mencerminkan satu maksud KATA kemudian dieja menjadi nama diatas satu-satu perkara akhirnya ia bersendi dan berisi kini kita gelarkan ia AYAT yang mewakili satu-satunya ras BANGSA yang didalam itu adanya BAHASA. bahagi yang tidak percaya ada Tuhan pula pasti akan mendakwa bahawa semua ini sengaja direka-cipta oleh manusia, Tuhan sekadar alasan dan rekaan agar sesetengah manusia jadi seperti budak yang takut dengan hantu.

bagi ambe, carilah kebenaran..diluar sana, berjalan dan saksikan semuanya dengan penuh penelitian..Sains mungkin meramahkan kita dalam memahami mekanisma kejadian, namun tidak dapat mengulas bagaimana sebelum awal itu wujud..maksudnya, sebelum "awal" ada. "Big Bang" itu ada diatas apa? Kromosom kehidupan timbul dan diolah kemudian itu ada atas kuasa apa jikalau sebutir karipap itu dibikin orang, intinya daging dan kentang..siapa jadikan benih kentang atau lembu? siapa jadikan benih gandum agar kulit karipap itu dinikmati bersama? hujah kita mungkin Sains. akan tetapi sebelum ia ada disini hingga dinamai ia "Karipap" siapalah pemberi nama dan pencetusnya?
Kalau maseh kita berkata ianya KATA ORANG, ambe tak mau dengar lah..berlambak buku dijual di Kinokuniya, MPH atau Popular. bersepah orang, bahkan chef wan boleh ceritakan dari mana asal usul Karipap hingga tahu siapa mereka Karipap.
kita slalu bersuara, "cakap saje..tapi tak buat, buat apa?" bila kita dah sakit hati dengan orang tersebut,
dalam kenyataan menyedari bahawa memang yang BENAR itu menuntut kita agar menyaksi.

cuba lihat kenyataan hari ini, apa benar apa KATA ORANG itu selalu dan sudah jadi budaya PERCAYA yang membuta tuli?
Semalam kes Bapuk nak tukar Nama, majoriti orang memilih agar mengutuk keras orang yang dikatakan Bapuk itu teruk, bodoh dan sebagainya. minoriti pula memilih agar mendiamkan hal tersebut, katanya "itu kita tak tahu..tak boleh kata lah"
ambe keras memikir dimanalah sebenarnya silapnya?

dalam cercaan berbentuk komuniti, puak, parti, atau sesuatu kelompok pemahaman yang begitu "follow the flow" dengan apa disebarkan, menyokong bahawa Media cetak hari ini semuanya menyebarkan kebenaran..dan orang yang SALAH itu tetaplah watak utama kisah tersebut..
tapi pernah kita fikir untuk jumpa orang tu, tanya dia bila kamu sendiri pun tak kenal mana pun Bapuk tu tinggal sedangkan dia maseh menetap di Kuala Terengganu atau tempat yang tak adalah jauh sana.
nah, sini pun kita dah fail. padahal untuk kata orang lain, perlu berada di situasi sama atau paling tidakpun bayangkan sedalamnya apa masaalahnya dan bagaimana timbul keinginan yang bercanggah itu.
rata-rata main sahih je lah dengan berita.

kemudian tompok taik pemahaman minor pula, yang pemalas, dan kononnya begitu "myself" serta berjuang mati-matian untuk blah dan menentang keras-keras ideology Media..sesetengah contoh paling mendasarlah orang category ini adalah mereka yang konon begitu benci dengan fahaman Freemasons. kata kita, orang Freemasons ni lah bahaya. setelah di anak tirikan diri orang kelas bawahan ini selalunya akan memberontak pada golongan ramai yang berbentuk scale besar.

namun anda lupa lagi satu golongan,
iaitu untuk mereka yang konon rebel, konon radical, konon "pejuang" dan sebagainya yang bersangkut paut prihal ke adi wiraan atau heroic akan menoleh dan menafikan kedua-duanya. dari pemikirannya, dia tahu bahawa yang baik itu pendamaian antara dua blah pihak.
dari kelompok major atau minor, pihak ketiga hanyalah melihat dari atas semua permasaalaahan. ambe yakin ambe adalah dari golongan ini.

KATA ORANG antara BOLEH PAKAI atau TIDAK bukan soalannya..namun boleh kah anda menidakkan semua agar percaya ketentuan paling ultimate itu datang dari urusan luar dari sini?

itu tlah terjadi pada Nujum Pa' Blalang tadi, yang sememangnya contoh orang yang MALAS dan LANGSUNG TAK BERKEMBANG hidupnya..namun bodoh yang kita tahu berdasarkan laku Pa'Blalang itu kerana dengar kata anaknya sendiri.
akhirnya kita tahu, bahawa jawapan teka teki ahli nujum itu datang dari belalang, anak Nujum Pa' Blalang sendiri. watak yang dominan memimpin sebenarnya adalah Blalang.

akhirnya tanpa sadar, Pa' Blalang bodoh, ketua kampung bodoh, mentri bodoh hingga ke raja itu bodoh bermula dari Blalang sa-orang diri sahaja yang sengaja mengada-adakan kewujudan Jin diatas pokok, menakutkan Penyamun hingga lembu-lembu orang kampung diambil kembali dan kemudian Pa' Blalang jadi terkenal kerana telek nya didalam mangkuk mengatakan begitu..
SATU RAKYAT jadi bangang diatas kepercayaan KATA ORANG itu dan ini,
maklumlah..semua pengetahuan tak lagi dicari, hanya diorder atau dipanggil kemari sahaja.. makin hari makin "gemuk" hakikat kita.

Persoalan ambe disini bukanlah kerana kesah Nujum Pa' Blalang, namun perbezaan Ujian dan Pujian hingga menjadi obsesi orang ramai dalam sulit mahupun secara terang-terangan laku..
kita ni nak apa dari Pujian?
bagi yang dah RASA BAGUS, apa dapatnya bila meminta Ujian lagi dan lagi? Kekuatan apa yang kekal melainkan manusia tetap yang lemah dipandangan Tuhan. Tuhan itu sendiri maksudnya Kuasa. Jika jawatan kita sebagai Polis contohnya, boleh sahaja kita berbangga kerana digelar Pihak Berkuasa. Namun begitu, veto itu tetaplah pucuk pimpinan sesebuah pemerintahan. maknanya disini, Polis tetap perlu akur dengan Undang-undang yang dipra syaratkan oleh Bendahara melalui Titah Sultan atau Pemimpin, berdasarkan hasil kutipan suara aduan Rakyat selaku Makmum atau Pengikut..

bagi yang tak nampak..ini 4 intipati peranan terpenting dalam pemerintahan Melayu.

Sultan-Bendahara-Rakyat-Pendekar.

Sultan beri arahan, Bendahara mengolah arahan kemudian disampaikan, Rakyat belajar mentaati arahan, Pendekar melaksanakan arahan.

kenyataannya, walaupun kita diajar TAKUT dengan Pihak Berkuasa, heirarki atau susunan itu jelas menunjukkan bahawa Pihak Berkuasa sendiri menjadi kuli batak kerana dialah paling bawah, tak perlu rasa best sangat menjadi orang "berkuasa" bila kita nanti akan disoal oleh yang maha jauh atas dari Sultan sendiri, Tuhan.

soal pemerintahan itu ambe harap dah jelas,
kini kita beralih pada Perasan Bagus atau Hebat kita sebagai apapun kita tlah Kuasai.

contoh paling dekat adalah menjadi Pelakon. hari ini kita definasikan mereka ini "Artis" kerana bidang lakonan dianggap seni.
anda tanya ambe, seni apalah orang "Artis" hari ni bila mereka hafal dialog, ikut skrip dan menjadi kuli batak pada pengarah?
ye, memanglah ambe cakap macam best, tak tahu dunia lakonan itu bagaimana susah payahnya..namun ambe banyak kali terlibat dalam perihal kesenian yakin keadaan BANGGA hari ni semakin parah, sebagai orang TERKENAL ni rata-ratanya sakit.

sakit pertama itu PERASAN BAGUS, hingga separa putus urat kewarasan jadi SOMBONG hinggalah terkenal benar dengan laku mereka ADA STANDARD berbanding orang dibidang lain. hanya setengah bahkan segelintir sahaja "Artis" yang benar-benar baik walaupun kembang kecut lubang hidungnya menahan pujian peminat. naik meluat sebenarnya bila ada keadaan membezakan ini dari antara kita..

ambe sebagai penyampai dari kegiatan apapun ambe terlibat, ambe tak pernah rasa diri ambe itu penyanyi walaupun salah satu tugas ambe itu menyanyi..nak kata PERASAN BAGUS, boleh lah. akan tetapi disini ambe sengaja beritakan bahawa geli nya menjadi "Artis"..pernah ambe perform bersama berpuluh group Nasyeed dan pernah ambe perform bersama kumpulan seperti Ramli Sarip, Eto, Saleem, Faizal, Yuna, Hujan, Zainal Abidin, Man Kidal dan ramai lagi.. ambe rasa, orang "ternama" ni tak adalah act sangat bila kita kenal, yang act itu selalunya yang disekeliling mereka. tapi ambe tahu, ada juga penyanyi yang sombong, pernah ambe berada dikejadian tersebut namun yang pasti tidak tersenarai dalam kumpulan ambe senaraikan tadi.

pandangan judgemental atau buruk sangka ambe meyakinkan ambe bahawa selalunya orang yang PERASAN BAGUS sebelum benar BAGUS itu selalunya buat hal. sedangkan yang terkenal, itu terbukti kejayaan mereka..boleh lah sekali sekala SOMBONG pun kan? hahaha...

ambe tetap selesa mengenali diri sendiri dengan digelar "orang seni"..tak perlu nak translate kepada bahasa orang puteh lah bila kamu pun punggungnya hangus, mandi telanjang di parit yang penuh dengan taik ayam dan itik juga air kencing misteri orang-orang kampung... menjadi Artis atau Orang Seni, walaupun itu membawa maksud yang sama, kerja mungkin sama. namun ambe maseh berkenan andai dipanggil "orang seni" kerana ambe memang memang memilih Bahasa Melayu kerana ambe Orang yang memilih Melayu sebagai cara hidup sebenar ambe.. cukup.

tujahan berat ambe terhadap orang yang begitu gemar dipuji dari menjadi manusia yang hanya menantikan ujian seterusnya itu sememangnya keutamaan post kali ini.
ambe tak fikir bila buat blog ni, orang nampak baik diri ambe..dah terang-terang bahasapun kurang ajar. makanya, ambe tanam senantiasa diri yang selalu dalam belajar..sampai mati mudah-mudahannya..
sebelum menulis, ambe dah awal-awal terima diri yang berlagak bagus paling panas kadarnya dengan membakar semua "HAK" yang kamu rasakan kamu layak buat dirimu.
biarlah angin kemarahan anda itu cuba memadamkan kewujudan Apikalam ambe,
biarlah air dingin anda itu berusaha me-nyahkan kewujudan ini,
walaupun tanah seluas gunung sekalipun digunakan untuk memampuskan ambe..

yang bodoh tetaplah orang yang berjuang menutup cerita orang lain. ditolak ke dalam ketetapan LA(tiada) HAD fikir sendiri kita sedangkan jelas mereka maseh hidup dan belum dipanggil, dah kita cabar Tuhan kat situ.
sudahlah begitu, korek lubang 7 kaki dalamnya kemudian menggunakan tanah yang berbukit-bukit tadi untuk kambus kawan kamu yang bersungguh-sungguh berusaha menentang ketentuan manusia agar dapat terus hidup itu tadi..kerja paling bodoh.
kalau kamu tahu bahawa seandainya apapun cara kamu buat untuk menutup salah sendiri,
kebusukkan mayat itu nanti akan diketahui tanah..maka dari api hingga tanah akan kutuk pelakunya,

kerana dalam fakta sudah jelas, MAYAT MANUSIA lah paling teruk bau nya..jangan lah tanya ambe bau MANUSIA yang MAYAT pula, busuk,mual,hanyir,mareng atau apapun bahasa BUSUK dapat ditamsil atau tafsirkan pada cara hidupnya.

ambe sering bermimpi..sama lah seperti anda,
beza antara ambe dan anda mungkin anda banyak mimpi indah dengan awek ataupun pakwe khayalan anda yang sedang bergulingan didalam Mydin Mall..atau Hantu yang otak kamu record waktu tengok wayang cerita murahan Hantu-hantu dibikin orang Malasia hari ini.
sementara ambe banyak mimpi bertemu dengan orang yang dahpun mampus,mati ataupun meninggal.

antara kesah yang ingin kongsikan adalah bertemu dengan arwah Pak Haris, yang begitu banyak menunjukkan ambe cara berkhidmat untuk guru-guru ambe dalam masa hidupnya.
beliau dengan senyuman datang dekati ambe dan bersalam seraya beritahu ambe:
"..Bad, cara hidup sebenarnya menentukan cara mati, berhati-hati lah"..

dengan nada penuh selamba, ambe beralih ke tempat lain....

bagi ambe, beliau dah lepas ujian disini.. namun maseh menantikan akhirat.
kita pula yang belum mati pun dah busuk dengan najis serta daki taik mulut, hidung, mata, telinga, pusat,kuku ataupun kemaluan sendiri.
belum cerita busuk kentut ataupun berak bahkan betapa hancingnya bau kencing kita..

nak BANGGA dengan PUJIAN?...CEH!

sementara berpinta-pinta agar lulus dalam UJIAN sedangkan anda maseh duduk bersahaja tanpa usaha?

BANGKAI tetaplah BANGKAI.

menurut kisah ambe yang benar, mata saksi berkatalah yang menyuluh membakar..orang suka atau puji, fed up atau bersungut. SILAAA!

BAIK atau JAHAT semua kenal API walaupun melalui bara yang terpercik oleh Gudang Garam ambe hisap ini.

KBD