Wednesday, July 13, 2011

Puasa?

kalau selama tahun ini kita tak berpuasa,
malas kerana alasan sibuk kerja yang perlukan tenaga agar kamu lebih BERKUASA untuk melakukan apapun ikut SUKA,

RAMADHAN adalah taukey atau tukang ketuk kepala mereka,

ambe bawa pembaca ikuti serba sedikit pengalaman ambe dahulu,
yang pernah memonteng, bahkan pernah melakukan satu hal paling kelakar iaitu berbuka puasa ditengah-hari kerana tidak tahan dengan gatal telinga..maka pembatalan puasa itu kerana ambe sememangnya penagih kental cotton bud.

bodoh? memang pun..siapa kata pandai, satu. dahlah puasa tu cuma pada sebelah pagi sahaja.
bukan sehari pun.
dan kerana gatal telinga je..dah la tu, tak ada pun makan,minum atau merokok.

dan ambe menyesal dengan hal itu bertahun-tahun kemudiannya. bukannya esok menyesal lusa buat lagi..namun kalau ambe dah start satu hari tak puasa, maka esok pun belum tentu puasa ke tidak..

jika post sebelum ambe katakan bahwa ambe belajar dari Ibu Bhumi dan Bapa langit, kali ini ambe akan buka satu lagi hal.
Guru pada diri ambe adalah Bapa bangsa ambe, Raja Kamarul Bahrin Shah..

dari kecil beliau tak pernah tanggalkan pakaian maruah bangsa ambe, bahkan suruh ambe belajar buat drawing-drawing plan rekabentuk Muzium Negeri dan Istana Hinggap, Putrajaya.. ambe bingung kenapa rumah Melayu begini, dan kenapa motif dipilih tetap Melayu.. bila meningkat usia, setelah kemana-mana perginya dicampak diri. orang pada mengagumi hasil karyanya, ambe terkedu dan terharu..kerana beliau adalah ayah ambe, bangga pun ada. namun ambe tanyalah padanya apa bezanya dengan kerja orang lain?
maka ada lah kata kawan ambe itu kerana dia begitu sayangkan bangsanya, dia satu-satunya arkitek di Dunia yang tlah menunjukkan seni bina orang Melayu.

Melayu?..ketika itu ambe bertanya sendiri. oleh kerana ambe kurang jelas dengan soal apa perlu kita bangga dengan bangsa yang malang hari ini.

jika dahulu ambe gemar mencuri buku-buku di rak-rak kitab ayah ambe, terutama nya majalah GQ kerana memang akan ada gambar wanita separuh bogel dan seksi. kali ini ada sedikit perbezaan, ambe cari segala buku yang ada disitu berkaitan Melayu.
baru ambe sedar bahawa segala-galanya ada kunci kata "MELAYU" atau "MALAY"..
berhari-hari ambe duduk di rak buku sahaja sebaik selesai hal lain dan baca untuk tahu, apa sebenarnya istimewa Melayu.
bila ambe tanya ayah ambe, dia diam aja.. mula-mula ambe fikir dia malas, namun kini ambe tahu bahawa sa nya beliau ndak ambe perolehi ilmu itu dari sendiri agar tidak menjadi seperti orang Melayu hari ini, yang ikut-ikutan kerana tradisi..

dahpun curi dan baca akhirnya ambe fahamlah, roh Melayu Raja Bahrin ni besar rupanya, walaupun dia tak suka bila berbicara hal Raja atau Budaya pada masa kini..jika ambe start dengan berbicara bab raja, dia akan angkat kening dan katakan "tak ada bezanya dengan rakyat..bahasa gong belaka la ni.."
dan lawak kami bersama selalunya mempermainkan kata orang sekarang Daulat Tuanku kepada Donat Tuanku!
kenyataan diam nya, itulah humban rasa kecewa beliau terhadap nasib orang Melayu hari ini..yang dok tahu bende siapa dirinya..

mengenang balik lagi kisah beliau yang banyak kali mengamuk kerana orang membakar sampah atau hutan di Resort kami di Setiu, beliau sendiri akan turun dari Land Rover beliau dan segera memarahi orang kampung itu. walhal tanah tu milik siapapun entah, namun untuk memberitahu betapa nya beliau menjaga "warisan alam" itu ambe kenal sudah,
apa sebenarnya BANGSA. walaupun belum jelas apa kaitannya dengan AGAMA.

sa hinggalah ambe dikenalkan oleh "Abu AGAMA" ambe, yang bukanlah berserban, bukan berketayap, namun rock dengan rambut halus panjang, berpakaian serba hitam (sementara pakaian kesukaan Raja Bahrin itu Puteh)..buatkan ambe segera tahu bahwa inilah guru Agama ambe cari,
kerana selama berdarjah 4 hingga berusia 15 tahun..ambe putus asa sebenarnya bab Agama, yang selalu ceramah bab janji, tapi sendiri tak tepati..itu berlaku pada diri ambe sendiri kerana orang yang dikatakan "guru agama".. yang beri amanah, dipecahkan..itu disaksikan sendiri oleh ambe dihadapan mata ambe, "guru agama" yang ajar orang mengaji dan tanpa segan silu ambil bayaran..hingga ambe naik sangsi, apa Agama ini adalah perniagaan?

ambe bertemu dengan guru yang satu ini, pada awalnya ambe jam atau bingung.
kerana selama hidup ini ambe lihat orang berceramah atau syarah, dia akan gunakan buku..pernah ambe ikut Raja Bahrin ke syarahan mufti terengganu dulu disatu surau bawah jambatan kuala terengganu, akan gunakan panduan buku Fiqh Kenegaraan, warnanya biru.. dan disitu ustaz itu akan mengulas ulang ayat-ayat itu..
kemudian khutbah jumaat di masjid manapun ambe pergi, pasti akan gunakan teks yang disediakan.. hingga menjadikan seluruh masyarakat yang hadir naik boring kerana penyampaian yang langsung tak ada perasaan risau, hanya sekadar baca bodoh aja..lautan manusia disuasana jumaat selalunya tidur belaka, kecuali mereka yang duduk ditepi atau depan speaker, pasti akan tersentap-sentap kerana sound control yang tak balance.

namun dengan guru ini, beliau dari dahulu hingga sekarang ambe perhatikan lagaknya yang langsung tak berlagak.. tak guna teks apapun kecuali menggunakan marker dan whiteboard untuk tujuan visualisasi, bahkan melukis pula dia-nya..
yang senantiasa memetik nama tiap yang hadir tanpa salah kerana terlupa. bermakna, ingatannya sungguh kuat.
belum lagi menceritakan bagaimana saksi ambe pada mengikutinya dalam sehari,
kesini-kesana, kerumah orang ini, kerumah orang itu, hanya kerana masaalah dan niat kuatnya yang ingin membantu..
ambe fikir, kalau lah ambe jadi dirinya..pasti gila.
bayangkan kalau satu hari tu boleh dikatakan setiap masa sms dan call bersilih ganti. macamlah perdana menteri sibuknya..

bila ambe tanya, "tak penat ke?"
beliau akan jawab dengan senyuman, "inilah kerja agama"..

sedangkan mengetahui background dirinya dahulu dan sekarang, banyak ditinggalkan atas maksud korban.

dulu, beliau adalah antara Executive disyarikat korporat telekomunikasi Celcom, KL. kalau ndak katakan itu maseh tak cukup untuk hidup selesa, itu sudah lebih mencukupi. namun ditinggalkan belaka..kerana fikir risau nya pada "nasib Bangsa" hari ini.

maka usaha terhadap penagih, anak yatim dan pemuda bermasaalah sosial seperti ambe ni dijadikan priority beliau.

yang buatkan ambe terdetik akan soal Melayu itu sendiri adalah beliau,
kerana katanya Allah ciptakan kita berbangsa untuk kenal-mengenal..maka disinilah sedar ambe bahwa Agama dan Bangsa saling berhubungan, tujuan Bangsa agar diingatkan bahwa kita adalah Islam. detik tersebut buatkan ambe yakin dan bersetuju bahawa beliau adalah "Abu Agama" ambe, sementara bapa kandung ambe adalah bapa Bangsa ambe..

mereka saling lengkap melengkapi pengisian hidup ambe selama ini. namun banyak ketika setelah memberitahu atau menyampaikan sesuatu, mereka akan tinggalkan ambe sendiri dengan menilai sejauhmana kebenarannya..

kerana tiada kerja keyakinan itu melainkan menghadapi nya sendiri, orang bodoh belajar agama kemudian obses guru agamanya adalah segala-galanya dan mengangkat diri guru itu Ibarat Tuhan. bukanlah ambe katakan salah, namun kerja itu adalah Taksub. bahkan Abu Agama ambe sendiri sering ingatkan bahawa kita berasul dan berTuhan, asas kami pelajari tetap menghafal dan memahami maksud Asma Ul Husna, 10 surah yang paling simple, Surah Rahman yang beliau suruh ambe istiqamah baca hari-hari maksudnya bersama Surah Kahfi agar dijadikan semacam "assignment" terhadap keyakinan..
zikir tetap "lailahailallah" tasbih tetap "subahanallah" manakala pengisian cara hidup makan dalam talam beramai-ramai itu memang diwajibkan baginya, menjaga tertib masuk keluar rumah atau tandas dan berbagai lagi cara yang ambe kira di Mesir, Mekkah, Madinah, pedalaman Indonesia yang pernah ambe pergi pun maseh ada mengamalkannya, disantri ataupun dimasjid..
betapa beliau menekankan bab aqidah agar tidak lari darinya..
"Kita sembah Allah tuan-tuan, bukan dinding atau batu.." ujarnya dalam syarahan kerana begitu takut salah perletakkan dalam menunaikan solat.

guru hanya menunjukkan mana elok, tapi sang pemilih mengetahui, mengenali, memahami dan kemudian meyakini itu sendiri.

bagi menyambung hal puasa tadi,
dan dizaman kenakalan ambe belum selesai, ambe pernah tidak berpuasa dan ponteng puasa dirumah nenek ambe kerana nenek ambe dah uzur..disitu lah "safe house" yang terbaik.

suatu hari, ketika jamuan nasi briyani dan air sirap bandung tengah hari dimakan.. setelah siap merokok dan tidur kemudiannya, ambe didatangi oleh seseorang yang memang confirm ambe kenal. dia adalah Abu Agama ambe..namun mukanya agak marah bersama pakaian serba merah. menyentap ambe hingga terjaga..
itulah antara pengalaman ambe.
teringat ambe pada kata-katanya dalam syarahnya menjelang persediaan untuk bertemu Ramadhan,
"kalau tak puasa, hormatilah Ramadhan.."

maka buat ambe jadi terfikir, apa istimewanya Ramadhan..bila sudah diketahui bahawa di bulan yang satu inilah berbagai peristiwa yang ganjil berlaku. maka MALU sendiri itu ambe tahu sudah..

akan tetapi setelah berlalu tahun lain, ambe berjalan sendiri ketempat-tempat yang dikatakan kurang elok dan menghakis keyakinan diri terhadap pengamalan puasa,
alasannya ndak ambil gambar lah kononnya...namun nak ambil gambar pun jadi tak sanggup..

bila ambe teringat bahawa tujuan berpuasa itu untuk memerlihara kesucian dan membendung nafsu kemarahan dan keberahian hingga membuat anda tertelan air liur berteguk-teguk, sama macam minum air segelas kerana terpandang wanita melayu yang mungkin sahaja di IC nya itu Islam namun berpakaian separa telanjang..

kemudian tersentap lagi pandangan mata ambe pada lautan manusia yang saling bergeselan dan berebutan untuk beli satu macam kueh yang katanya sedap, oleh kerana office hours sampai jam 5 petang dan masa untuk balik, mandi dan duduk tunggu di meja makan sementara bedil yang menandakan sudah masuk waktu maghrib itu berbunyi jadi tradisi hari ini.
maka gaduh pun ada, tak gaduh pun..jelasnya muka menjeling-jeling sesama sendiri tu ada.
ambe jadi tersuara sendiri, "ooo..sebab tu rupanya menghakis keyakinan berpuasa"..

setelah itu ambe dibawa satu keadaan dimana duit-duit berhamburan diatas meja kerana begitu sibuk menyediakan kueh mueh yang sedang digoreng sementara berasak-asak orang tunggu giliran untuk membeli. itupun dah satu pembaziran..
bahkan dekat akhir bulan Ramadhan, anda boleh saksikan sendiri bagaimana tololnya orang kita pilih waktu tersebut agar ke kedai beli baju raya, seluar dalam raya, kerusi raya, jamban raya..semua lah berkaitan raya.

anda kirakan sendiri, peratus perbelanjaan umat Islam sebelum Hari Raya dan selepas itu lebih mendadak adalah sebelum Hari Raya..dan untuk menyadarkan anda semua kenyataan ini, dalam 12 bulan setahun.. 1 bulan ini sahaja perbelanjaan paling besar-besaran dilakukan..

bazir? itu kalau kita kata..orang akan jawab dengan beribu alasan yang KENA pada kenyataan hidup nya semata-mata,kemudian disebabkan post ini dibikin, orang akan kata ambe ni dah kaya mewah dan sebagainya..pertikaian...biasalah..
tak boleh berdiri sendiri, tarik orang lain untuk bandingkan..

sedangkan akhir RAMADHAN itu sendiri adalah akhir segala nikmat kebersamaan kita sebagai satu jemaah,
ambe kenali rasa ini tiap tahun setelah ambe bernazam agar tak lagi ulangi salah-salah sebelumnya,
waktu itu ambe berpuasa sebulan suntuk bersama-sama Sahabat-sahabat Dendang Anak ambe, yang rata-rata semua sanggup bercuti sepanjang bulan dari kerja apapun agar dapat bersama dibulan ini dalam satu tahun, itu maksud Jemaah..ia sentiasa bersama walau kemana-mana pun kerjanya..
Pagi kami berkhidmat bersihkan itu ini bersama, kemas rumah, tengah hari bangun solat Zohor dan tidur..selesai Asar ada programnya seperti berdendang lagu-lagu lama.. Maghrib dan makan lebih-kurang dan ada program diisi ketika gap Maghrib-Isya. kemudian selesai itu kami bertrawikh beramai hingga disambung dengan aktiviti berdendang hinggalah tengah malam tiba, amalan tahjud ataupun baca quran atau berzikir dibuat secara sendirian..hingga jam 430 kami bersiap untuk sahur dan tunggu Subuh..hari-harinya begitu..
dan tak adapun hal yang membosankan dalam mengulanginya bila kita tahu bahwa tiap hari adalah baharu.
ini semuanya berlaku kerana satu manusia sahaja, Abu Agama ambe.
Pengasas dan Penyatu kami dalam apa bentuk program yang selagi dipanggil Dendang Anak.

kami sedih bila dah makin akhir dengan Ramadhan, sedangkan dengan Ramadhan lah kita bersama-sama menghidupkan Budaya memuji Tuhan dalam lagu-lagu..

Hari Raya adalah musuh ketat ambe, kerana dari dahulu ambe kena pergi ke Istana untuk berjumpa senak saudara yang ada dariantaranya sombong dengan kekayaan kereta kancil turbo nya atau rumah setinggan yang dibiaya oleh kerajaan kemudian dimulut penuh loghat ataupun mungkin ramai memilih bahasa mat saleh.. Hilang suasana Melayu. sedangkan pemahaman ambe Istana itu ibu pada sekalian Bangsa. Jika di negara Cina ada Istana, pasti Maharaja nya akan pancung mereka yang berbahasa pasar, kerana ndak nya anak cucu semua nanti tahu bahawa inilah bahasa Cina.. England pun amalkan yang sama kot, kamu tengok Prince Charles atau Ratu Elizabeth berucap dalam Istana, hemah mereka lain....kita pula yang nak agungkan bahasa lain. kelakar!

namun bapa Bangsa ambe sering memaksa ambe untuk kesana, pandang mereka sebagai saudara mara, sepupu yang tak adalah semua itu begitu..pasti ada yang baik hatinya setidaknyapun..

maka pergilah ambe dengan tidak rela, memang ambe tahu ada yang baik. akan tetapi bila waktu berjalan dengan kaki tahun. makin lama, makin kurang saudara yang ndak balik Terengganu. tak seperti dahulu-kala dimana kita semua begitu pentingkan maksud kesatuan dalam keluarga ini. dua tiga menjak ini, yang ditanya si polan ini mana, pasti dijawab.."oh, dia beraya di UK"
kemudian yang itu pula menjawab "oh, saya beraya di Georgia tahun ni"
apa lah bangang sangat nak beraya di negara orang kafir entahlah, kepala ambe pun tak boleh proses pemahaman tersebut..jika sebab belajar, maseh relevant la. ini sebab "saja-saja..ubah angin"

bila pergi sana, pastinya heret nama "i ni kerabat Sultan Isketambola yu kno?"
itu andaian paling buruk bagi ambe boleh fikirkan orang yang begitu suka sangat meraikan hari Agama di negara yang tiada langsung suasana menghormati setidaknya pun Islam.

dan ambe tak terkejutlah kalau ada beritahu ambe "oh..yu know raya disana tak sama disini, kurang hap-pening"
dah tentutlah tak happening, kamu nak makan maggi rebus dalam piring memanglah tak kan rasa macam makan guna mangkuk..orang rebus sebab nak rasa sup nya..bukan nak rasa maggi semata-mata.

sakit kulit ini lah buat ambe rimas,
apatah lagi rimas dengan budaya Puasa yang ikut semata-mata tahunan dalam masa sama tak sensitive langsung dengan apa kamu tlah lakukan. itu Agama..yu kno?

kemudian tradisi menangis dan minta maaf terbahak-bahak hingga melelehkan air hingus ke seluruh kain ayah atau ibu baharu siap tempah untuk beraya tahun ni.. apa benda ni?
sepatutnya kamu minta maaf diawal mula Ramadhan, kerana minta restu mereka agar diampunkan salah semoga ibadat Puasa dan Trawikh itu dipandang Tuhan..

hal-hal sebegini jadi kelakar gila. geli ketiak ambe dibuatnya hingga hilang habis bulu ketiak.
kita mengadap Tuhan hari ni macam lah Tuhan tu boss pejabat kamu,
luar nampak baikkkkkk sangat...dalam tu macam-macam fikirannya..

ambe tak tuju sesiapa melainkan mengutarakan kata ini pada diri sendiri agar tak jadi bodoh bangang dan bengap untuk ulang hal sama seperti sebelumnya.

Puasa?

budaya yang dibawa untuk berAgama? atau kepercayaan yang hanya kerana anda berBangsa..agar senang dijawab, rambut sama hitam, hati lain-lain?

seperti apa ambe kisahkan tadi melalui perguruan ambe pada 2 orang penting dalam hidup ambe,
kita BERBEZA bila kita BERBANGSA-itu kata Bapa Bangsa ambe,
kita SAMA bila kita sudah kenal APA itu AGAMA-itu kata Abu Agama ambe.

terserah apa katamu, yang penting ambe belajar dari sendiri. bukan seperti sesetengah blog yang berbohong dengan copy-paste sesuka hati mengikut tema. bila ditanya, kamu pun teraba-raba cari makna nya..teruk tak orang ilmu macam tu?
teruk sangat..penipu dan pendusta.

maaf..ambe sengaja.
kerana bodoh!
sebab itu ambe maseh dalam belajar..

KBD