Monday, June 27, 2011

kemaruk UNDI

penulisan kali ini tidaklah bagi ambe menujukan kepada sesiapa,
namun adalah luahan diatas dasar ke-meluatan ambe terhadap apa ambe tatap dan dengar bersama dengan diri yang sedia ada, yang biul, yang tolol, yang bangang, yang bengap dan serba bodoh..
pagi hari, di waktu pejabat tatkala lari sebentar ke kedai bawah untuk pekena secangkir kopi dan berbatang-batang Gudang Garam.

disitu akan ada dua pilihan bagi anda, erm...sebenarnya tiga.
pertamanya mungkin kita diberi pilihan baca surat khabar hari ini,
kedua, adalah siaran yang ada di kedai kopi tersebut(biasanya Tv1,2 atau 3)
ketiga, "talkshow live" atau "gossip-gossip" orang typical Melayu kita. (selalunya bab Politik)..

kita sentuh bab surat khabar, kita sendiri dah tahu, bukannya semua cerita betul. andai kita tengok muka depan pun dah tahu, selalunya tak berkait langsung dengan sukan(kecuali Malaysia menang Piala), hari lain-lain yang biasa, kita akan mendapati biasanya berkait dengan politik, negara, jenayah dan hal kita anggap "pelik", padahal yang "pelik" tu kita.. Orang bersukan lebih penat, lelah dan berkerja keras bagailah ndak rak hanya semata-mata difikirkan itulah kerja yang mampu dibuat oleh mereka(walaupun biaya yang disediakan buat mereka serba-lah economy)..

Sementara ahli keparat, politic-tikus ataupun penguasa mentera-mentera hanya duduk, fikir, sign, cakap banyak dan besarkan perut masing-masing. Itu kita katakan sangat penat, sebenarnya fikirkan cara untuk selesai sahaja sudahlah..namun susulan hari demi hari masaalah besar taik hidung dah bertimbun jadi besar macam taik gajah, kita himpun orang ramai yang tak bersalah untuk katakan taik sendiri ini buatkan perjalanan "suci" kita terhenti-lah kononnya.. Kerana ia makruh, najis dan jijik..dan kemengadaan itu membuatkan pencacai najis macam ambe ni cuci semua dan ajak pembaca semua bersangka baik udah lah apapun.

bagi anda yang malas untuk membaca, maka dipilihlah akan pilihan kedua tadi, tengok siaran TV yang begitulah ber"kualiti" kerana mereka dibelakang tabir atau dihadapan layar itu bertungkuslumus geng produksi ataupun "personaliti" mencungkil taik mata dan mengesat air liur basi mereka dan mungkin mengorbankan solat Subuh kerana perlu rush ke office awal kerana pagi tu ada program live!..namun outputnya hambar, kesian..bila kita terjumpa pembaca berita pagi atau penyampai rancangan di Pavilion atau Curve, lagaknya macamlah bagus sangat dah bila beraksi didepan kanta camera.
pada yang maseh membaca, nanti ambe akan ditujah, "kuat complaint" dan "macamlah dia ni hebat sangat buat artikel murahan yang komen semua orang sini sana"..biarkan ajalah, bersuara itu hak semua, namun menerima juga hak yang sama..tapi tak semua dapat terima comment untuk tujuan cermin diri sendiri. sedangkan itulah paling berharga. maseh lah lagi teruskan pertikaikan itu ini..

kita katakan Filem kita dah berjaya, yang berjaya masehlah Producer, Director atau crew, namun kita tonton katakan berjaya kerana moral dalam cerita tu disangka kan "sampai" dibenak otak kita. Buat ambe yang tak ada sebarang penindasan terhadap mengamati karya sesiapapun selama hidup ni, ambe kira dah terlampau jauh kita ditinggalkan, bertahun-tahun ambe tonton pelbagai cerita walaupun filem yang Haram sekalipun ambe rasa kita dapat nilaikan, yang mana ada kualiti. Orang negara lain bikin sekarang dah ada 3D version lagi, kita baru nak kecoh dengan 3GP murahan. tak pasal-pasal ada rating "Daring" dan "Dahsyat"..dan kalau ndak 3GP murahan orang kita lebih laku, reka satu cerita, "ayah budak perempuan tu sampai meninggal dunia sebab terlalu terkejut tengok anak dia dirakam bersetubuh dengan teman lelakinya".. apatah sebut "artis" ramailah kerumun cari..Teknik mengelat kita tak habis-habis.. ambil jalan singkat.
Sementara filem yang tlah memakan berjuta-juta wang, dah berabad-abad rasanya..Tak habis-habis menyiat-nyiat kisah "Cinta" dengan sesama manusia. Ambe tak adalah kata itu tak boleh, tapi perhatilah elok-elok kalau dah buka channel ini, Sabun Opera Cinta, tukar channel itu, Telemovie Cinta, tukar channel dalam astro beratus-ratus filem Cinta.. itu tak kira yang re-make. berapa banyak membazir..

Kita hilangkan sendiri Keistimewaan maksud Cinta sebenar, dan bikin kome-sial hanya untuk duit. Bukan Seni. tak ada duit, tak boleh buat lebih, budget burst katanya..

Trend terbaru, HANTU..HANTU..HANTU..HANTU... tak habis-habis. sebelum cerita Hantu merancak, Uncle Seekers diwawancara dan diserang ancam-ancam, kita sepakat katakan dia ni sesat, mengarut, syirik dan khurafat.. Hari ni kita sendiri yang penuhi panggung wayang beramai-ramai hanya untuk membuktikan kita bodoh kerana kita sekat apa orang lain perjuangkan, "tapi Uncle tu banyak menipu"..ujar sebahagian kita, ambe tak nak kata Uncle itu menipu dan Uncle itu benar. Namun apa dia sampaikan dahulu itu ada betulnya, Kontroversi dia kurang ajar dengan Dr Fadhilah Khamsah dulu bagi ambe, ambe rasa tak salah. Kerana mesti dan pasti ada orang sebegitu untuk "alter-ego" kita, dah terlalu banyak Dr Fadhilah Khamsah ceramahkan perihal motivasi, nilai diri, rohani ataupun agama..Namun 1 bab paling ambe anti adalah menuntut agar dibayar setimpal atas Ilmu yang dia ada. Itu salah kerana Dakwah tak menuntut kebendaan.. Dakwah yang sebenar bukan buat orang ramai, ajak orang ramai buat baik dan sebagainya, namun sendiri dahulu, buat dahulu baru berkata. Itu Dakwah. Kemudian sampaikan yang anda pernah lalui berdasarkan apa yang anda lalui.. Orang cakap banyak, bimbang jadi Munafik dan bersangka-sangka. Itu yang sepatutnya digeruni dan ditakutkan kerana ia adalah Penyakit HATI.
Alangkah Nabi Muhammad pun ada "alter-ego" nya, Abu Lahab..Jangankan kita.

Namun ke mana dan apa sepatutnya kita buat? Beri peluang kepada orang lain berkarya dengan aslinya..Bukan diatas commercial value semata-mata. Tak payah ndak menyombong.. Kita buat sesuatu, memang ada orang kata, pertikaikan dan cuba jatuhkan. Iri orang kita nilah yang biasanya kita akan dengar dikedai atau warung sarapan pagi kita, ini hal no 3 yang ambe sendiri sedang lakukan.."Cakap banyak dan berleter panjang berjela".. Mengumpat sini sana, itu tradisi dari dulu, amalan nenek moyang...ye ke?
Ambe orang ikut Sejarah yang serba boring ni, rasanya bila alasan seperti itu dikemukakan, ambe fikir tak ada kena mengena dengan nenek moyang.
Kalaulah betul, anda pasti merindui untuk jadi macam mereka, baik dari segi pakai atau berbahasa. Bahasa orang dahulu murni dan berisi, apa bahasa kita guna yang maseh tinggal dan ada? rumah-rumah dahulu dibikin apa kadarnya, bukanlah Melayu dulu pemalas, tapi Melayu dulu tahu..Hidup sini tumpang je, anda tanya kenapa rumah Melayu rata-ratanya berkaki? Kerana ia mudah dialih, dan jika nak alih perlu bantuan orang kampung, mustahil kita sama kita je dapat buat benda tu.
Bermakna pastilah orang dahulu hubungan mereka sesama mereka rapat dan saling mengenali dan memahami..
Mengumpat dahulu tak ada, mengempat mungkin ada. itu angka yang Lengkap.
Atas sebab faham mereka dengan alam, apa boleh diperlihara..dijaga..
kita hari ni kalau boleh nak lari, lagi jauh lagi nak.. Lapar dengan kehidupan yang serba angan-angan, orang kata kita ni Melayu kolot, kalau kolot.. Kenapa difikirkan Mati untuk Hidup agar amalan Hidup menentukan benar Mati?

Tuhan tentukan kita disini, ndak lari ke sana. Itu tak kita kisahkan betapa lahap nya, serba serbi nak. Untuk diri, apa jenis manusia pun ambe tak reti nak kata, sebab ambe sendiripun maseh teruk..
yang kemaruk Undi dengan perjuangan orang Politik yang kerjanya menipu dan terus menipu. tiada khusus, bagi ambe semua SAMA. satu pihak menyokong penuh program realiti yang melibatkan anak-anak muda yang tak bersalah bersaing demi memenangi Undi orang ramai, dikepala mungkin sahaja kita rasa inilah "Budaya" hari ini. Hari-hari jerit sana sini BANGSA tapi sendiri pun ikut cara hidup Bangsa lain, pakaian kebangsaan kitapun tak lagi pakai dengan penuh bangga kerana kita lah siapa diri kita dizahirnya,
kita tak risaukan Agama,
Sementara satu pihak lagi membantah terus menerus dengan mempertikai guna pakai kalamullah agar dapat berhujah dengan penuh hebat. Allah atau Rasul, ambe tak pernah lagi faham satu patah sabda atau firman yang begitu menekan agar HUKUM orang lain itu kafir atau jahat. Hina diri sebenarnya.. Inilah alasannya ada Bangsa,yang Tuhan sendiri cipta. dengan tujuan kenal dan mengenal..Cermin diri sebenarnya, bukan yang utama kita cari Beza India itu Hitam atau Melayu pula Sawo Matang, belum pernah diguna pakai sebagai perjuangan yang rasis.. Tapi untuk kenal dan cari apa persamaan dalam perbezaan..itu yang sepatutnya..

Namun pernah tak kita berfikir dizaman nabi dulu, apa Rakyat-kah yang "Pilih" Muhammad bin Abdullah jadi Nabi? sedangkan dalam mana-manapun sirah, Nabi Muhammad mulainya dengan bersendiri, hidup serba sederhana dan diatas bukti penyaksian masing-masing maka sedikit demi sedikit, adanya Sahabat, kemudian melebar dan terus melebar. Mungkin ada akan pertikaikan sabda Rasul yang menyeru agar "ikutlah aku"..namun itu bukan dari dasar diri semata-mata, bukan sesuka hati minta orang ikuti dirinya, tapi Perintah Allah taala. Kerana baginda Kenal siapa Allah. Itu layak buatNya.

Cuba bayangkan pula, dah banyak orang kata "dunia nak kiamat" tapi maseh tidak paranoid terhadap diri yang serba cacat. Hadis Akhir Zaman adapun berbunyi akan fasal kelahiran Imam Mahdi yang akan memimpin Umat Muhammad nanti, yang pasti akan ditentang satu dunia kerana dia akan menghisytiharkan bahawa dialah "Imam Mahdi".. Dimana kedudukan kita dan apa tanggapan kita kalaulah memang era inilah "Akhir Zaman"?
Dimana kita?
Adakah kita menanti cabut Undi agar dapat sepakat kononnya melantik dirinya Imam Mahdi? Perlu lihat CV untuk sah kan bahawa Imam Mahdi ini ada Master dalam pelbagai bidang Agama? atau perlu Imam Mahdi muncul dalam program siri Imam Muda agar kita benar katakan "ya, itulah Imam yang "Mahadi" yang kita cari"...

Apa relevant kah buat kita Demokrasi? kena Akal..semua logikal. Pakai fakta, semua mendapat sokongan..
Akan tetapi buat kita, yang "aku tahulah siapalah aku, Insan Hina" dimulut 24 jam, fikirkan yang nyata, LAYAK ke ALLAH taala tunggu kamu sokong? baru dikatakan bahawa inilah pemimpin kamu sedangkan ALLAH taala maha maha maha maha tidak ada apa keperluan apapun dari kamu.

Jika kita kuat buat bising, kenapalah pemimpin kita macam lahanat hari ni,
mungkin inilah masanya anda melihat diri anda sendiri.
Kerana Allah taala akan turunkan Pemimpin yang Zalim seandainya Rakyat yang Zalim,
kaji kisah Firaun,Hamam,Qarun kemudian lihatlah Musa..namun bagi diri yang Musa, dia diuji berkali-kali oleh Khaidir demi mendapatkan moral kesah bahawa semua dari Allah.
yang adil akan diturunkan seandainya kita bersedia 100% untuk berlaku adil dan terima bahawa tak kira tua muda kita maseh dalam belajar.

Imam yang satu kepada makmum yang berpuluh, ratus bahkan beribu adalah "lembaga" yang bakal naik mengadap Allah taala. Jika kita yakin Solat itu persembahan, makanya persembahan Imam bakal menentukan siapa lah kita..Jika anda bermain didalam Solat, maka tak usahlah Solat berimam, jika anda menipu didalam Solat sendiri, tak usahlah solat. Kerana banyak menipu dan berlakon je kalau badan dan fikiran kita merapu-rapu, entah kemana....

ini sekadar kongsi, ambil lah ia sebagai cadangan. Ambe maseh ada kurangnya, sebab itu ambe maseh belum "dipanggil"...walaupun memang seksa bila merenung hidup hari ini yang serba huru hara.

Kemaruk Undi LIKE anda ambe tak tagih,
yang ambe tagih adalah Kaseh Sayang dan Kemurahan hati agar menerima ambe sebagai hamba, yang berkhidmat sepenuh masa didalam fikiran anda moga-moga mendapat pandanganNya atas apa kita semua lakukan.

KBD