Monday, June 27, 2011

Rokok Sebatang!

ambe duduk diam diluar pusat membeli-belah KLCC, sambil mengecis sebatang rokok Gudang Garam dengan penuh berhajat agar ia dinikmati, mungkin tak terasa dek lidah apa manis atau lemak nya seperti durian, namun apakala kepulan bunga asap yang berbau cengkih membuatkan jiwa ambe tenang dari segala ketegangan..segala punca kemarahan penting diri telah dikorbankan, walau sekotak harganya cuma beberapa ringgit,

setidaknyapun keinginan minum arak yang juga mengkhayalkan sudah pun dibatasi,
kepentingan menjana tenaga agar satu penubuhan yang akhirnya mengheret seluruh pengikut kepada arah politik negara hari ini, yang rata-ratanya golongan pemikir setuju-secara langsung atau tidak,
tiada relevant sudah, yang berpanjikan agama, tiap pagi-petang-senja takbir nama Tuhan,
tapi tetap mengata orang dalam masjid, sedangkan sah Nabi sendiri pun hanya suruh kita betulkan diri dan sebelum kata orang lain, cari salah lain, atau guna kata-katanya agar kita memerangi yang kafir,
ambe fikir, berpuluh-puluh atau ratusan perang slama wujudnya Nabi, Sahabat atau Waliullah mereka berperang pun bukan diatas dasar membunuh kejahatan semata-mata,

kalau kejahatan dibunuh semua..kita takkan kenal apa itu kebaikan, dan bagi pihak "orang jahat" pula, mereka tak pula bunuh kebaikan demi kejahatan, kerana hakikatnya kita lakukan apapun kerana kita sangkakan itu terbaik, pada fikiran..dan Ujian paling tinggi adalah menghadapi prang demi keyakinan yang teguh buat pendirian.
Kesimpulan ringkasnya, ambe yakin "Kekasih Tuhan" akan berprang atas dasar mempertahankan yang mereka yakini itulah Al-Wadud mereka terhadap Ya-Haq. Kata kunci disini adalah "Pertahankan"..Iaitu menjaga amanat, demi sesuatu yang belum ada dihadapan.

Namun hari ni, tokoh atau contoh "Hero" kita pun tak ada. Ya, tunjuk Hero atau berlagak Hero didepan orang ramai itu ada, dimana mutlak buat kita yang saling berharap pada pimpinan yang baik,adil,benar ataupun mengandungi elemen-elemen murni di hari ini?
Bila ada mengangkat orang ini sebagai Hero dahpun kita awal-awal tujah dengan "taksub" atau "syirik" atau "khurafat" atau extreme.. Tanpa mengambil sedikit ruang mengenal-memahami terlebih dahulu mengapa,kenapa,bagaimana,dimana dan sebagainya persoalan yang timbul..tak terlaksana juga yang Hak.
Akhirnya pelayaran kita adalah tanpa Nakhoda,
kita berada disatu bahtera besar milik Nuh namun tak bersungguh manapun mengenal siapa Nuh yang sebenarnya..

Bagi yang berbuat kerja, Ananiah (Keakuan) tak habis-habis, kata kita "Aku buat itu ini" "Aku betul" tanpa langsung ndak dengar apa orang lain katakan, beri pendapat kita dah perasan "macam mengajar aku je ni"..Bahkan ada mungkin sedang membaca penulisan ambe ni pun pada menyangka ambe ni berlagak baik,suci dan kononnya yang slalu betul.. Walhal ambe maseh berada dikadar "dalam belajar" walaupun habis sekolah, ambe maseh Murid dalam sekolah hidup. Ambe menulis bukan untuk dipuji, ambe tahu banyak ujian ambe akan terima dari sepatah ayat ke sepatah ayat lain, namun begitu ambe lakukan diatas Niat ambe yang baik, agar kita berhenti berdebat dan luangkan keterbukaan diri agar menilaikannya sendiri-ia ada dalam setiap perjalanan hidup kita masing-masing, ambe mungkin tukang tekan butang tersebut..itu terserah pekanira semua. Ambe apa adanya.

Dari sesedut asap yang sekadar lalu di kerongkong masuk kerongga melekat didada, ambe sadar "mungkin" beban kita pikul sebagai apapun diri kita, sama seperti merokok, tekanan angin yang berpunca dari sedutan tadi menerusi nyawa dibawa ke dalam kandungan dada memendapkan fikiran yang serba kusut kita. Tapi siksa bagaimanapun, ada Nikmat padanya, buat para perokok yang tak reti untuk tafsirkan rasanya ambe akan cuba terangkan pada yang bukan perokok sebaikmungkin,

ya, kami berkhayalan tinggi melambung dengan pelbagai andaian fikir yang bermacam-macam..
Badan kami lemah kerana rokok yang dihisap, tapi kami lemah pada dasar yang kami semua tahu, ia berkadar sementara. Nikmat yang kami rasakan dalam merokok sekejap je rupanya, dan kami perlu ulang lagi berkali-kali agar rasa ini akan difahami bagaimana..Namun hingga ke hari ini, belum pernah siapapun dapat mentafsirkan bagaimana dan dimana rahasia "sedap nya merokok"..Sedangkan anda yang bukan perokok bertanya pada perokok, merekapun tak reti nak jawab macamana. Kata orang, merokok itu kerana pengaruh orang lain,
ambe nak tanya pada orang yang cakap begitu, apa yang pernah kita sendiri pernah lakukan tanpa bersangkut paut dengan "pengaruh orang lain"? beragama pun ikut orang, jangankan kita kata berbahasa tak ikut orang lain, berbudaya sekalipun kerana orang lain, adat kita lakukan pun demi orang lain.

Hakikatnya kita buat apapun semuanya memerlukan pengaruh orang, baik atau tidak itu sahaja pilihan kita.

ambe pernah dengar waktu ambe belajar di Mesir dahulu, sahabat nabi pun dahulu pun hisap candu, Nabi tak melarang.. balik ke sini pun ada katakan begitu juga, namun ndak dibelek hadis,riwayat,nas atau sahih mana, ada sahaja orang akan kata itu palsu.. Akan tetapi logic akal, boleh sahaja fakta ini diterima. Sebab boleh dikatakan SEMUA sahabat Nabi bukanlah terdiri dari orang yang dah ready made "baik". Pasti latar belakang masing-masing berlainan laku dan rupanya, apatah bab candu pun dah beratus tahun lamanya orang hisap.
Buat ambe yang bodoh, yang tak ada ijazah atau PHD apapun, soal kenapa dikatakan Haram "mungkin" pada kata cadangan ambe adalah bila ia Keterlaluan hingga memudharatkan diri. Tujuan Haram untuk mempertahankan. Hukum berlaku bilamana hal Haram tlah sengaja dilakukan, peringkat Sengaja adalah yang ketiga selepas Silap dan Salah. Itu bagi ambe lah.

Sedang ambe berbicara dengan sendiri, sambil menyambung rokok yang maseh belum habis ini, ambe jadi bingung..Kita hari ni suka benar tuduh orang, dahlah tuduh, kita berusaha keras agar tuduhan itu benar menerima hukuman setimpal mana yang kita kehendaki. Bagi mereka yang kaya raya, sign cheque dah settle semua..Yang hairannya, orang yang susah pun ada berjuang diatas menghukum orang yang mereka sangkakan salah, padahal Agama sama. Bertekak-bergaduh didalam mahkamah berhari-hari,minggu,bulan hingga memakan tahun. Bila dah jatuh hukum, tak adapun kepuasan tu. Jika ada pun, tak adalah glory gila pun kepuasan tu.

Ada je masaalah lain dan lain dan lain lagi untuk diselesaikan.. Apa berlaku dengan kemaafan kita? Orang semua buat Silap,ada buat Salah dan mungkin ada lakukan Sengaja. Namun Tuhan tetap mengizinkan semua berada diatas muka bumi yang sama, diberi makan minum cukup yang sama, bahkan harta yang melimpah ruah diberi pada orang yang sering berpaling kepada Tuhan.
Kita yang beragama akan Tuhan yang kita yakini benar, hari-hari sungutkan kekurangan dari mengusahakan kemudahan..itu je Zikir dan Tasbih harian. Kemudian iri dengan kelebihan orang lain, pertikaikan itu ini dan nyaris menyerupai laku Iblis laknatullah.

Sekali sekala tergigit juga puntung rokok sebab geram dan takut dengan scenario sebegitu. Tiba-tiba ada yang datang menyapa, mohon rokok sebatang. Ambe berikan, sebab sememangnya Gudang Garam pilihan orang yang berada di taraf "Gila" atau kurang waras.
Anda di Malaysia katakan rokok ini rokok penagih atau rokok "orang Indon" dan memandang semacam kerendahan kerana ianya datang dari Indonesia, mereka datang dari negara yang besar dan berhari-hari perjalanan darat dan laut untuk bantu kita disini, anda LUPA DIRI!..
Anda yang belajar di luar Negara Eropah jadi pelik bila ditanya, ada tak rokok Gudang Garam? dan sepertimana pernah ambe lakukan dahulu di Kaherah, kelana jauh mencari beberapa kotak Gudang Garam pun dah Gila.. Kenapa obses sangat dengan rokok jenis tu?
ambe jawab, kerana ia adalah usaha untuk mengelakkan buruk sangka kita yang slalunya, kalau beli tembakau dan daun atau kertas pembalut nanti orang kata kita isap ganja atau ada "benda lain" dalamnya..
Bukan tak pernah isap lenteng, namun perception orang yang rawak slalu menimbulkan was-was terhadap sesama kita hingga wujud fitnah. Teruk dari membunuh orang tak bersalah lagi..

Hikmah sebatang rokok boleh menyebabkan persahabatan yang lebih bermakna dari pertemuan dipasaraya, convention usaha-sawan, majlis ekonomi yang tak pernah membantu memudahkan orang lain, apa lagi pertemuan jenis komplot tompokkan "taik-taik" judi dan sebagainya. Tak semua orang tahan dengan asap rokok tapi tahan dengan asap kereta atau motor ataupun kilang kimia, sebab ia ada hasil..Merokok tak ada hasil duit, buang masa, bazir duit.. Kami lemas bersama-sama andai ruang diberi untuk para perokok hanya sebesar jamban awam je. Tak apalah..

Namun pelik buat ambe, padahal rokok maseh tembakau, ganja yang dikatakan haram kerana mengkhayalkan itupun digunakan dalam perubatan yang terkawal, sementara orang yang kecanduan wang hingga merubah tata susila kehidupan, cemar api sana sini dengan pembakaran, cemar angin dengan khabar fitnah macam-macam, cemar air dengan tumpahan kotoran barangan kimia yang bercampuraduk, cemar tanah dengan penebangan pokok, cari gali emas lah, tak ada kita pertikaikan pun, kita sokong dengan politk kebodohan kita dengan rela menjadi lebih bodoh dari bangang.

Bila timbul perkataan sebegini, orang melenting sebab terasa. Dikatakan "tak elok" sebab bahasa digunakan biadab dan kurang ajar, dah tu selama zaman bahasa Arab disampaikan dari Kalam Nabi sendiri pun kita malas ambil tahu, setakat tahu tanpa amal, buat apa, bahasa Cina yang mengandungi kata-kata pembakar semangat yang memang terbukti berkesan diatas medan juang prang mereka, bahasa India yang cukup berseni dengan Sanskerta hingga dimesyuaratkan di Kota Mekah suatu masa dahulu agar diciptakan satu bahasa lagi untuk bangsa bani jawi yang digelarkan Melayu. Hingga hari ini bahasa ketuhanan tulisan lambang Jawi membuktikan bahawa orang dahulu tak ndak kita lupa dimana usul Agama kita,jiwa bersemangat yang penuh datang dari campuran orang Cina ,budaya berseni kita walau ada banyak unsur Sanskerta. Adalah pintu masuk didalam alam Melayu yang mendidik kita semua agar kenal Bangsa agar Silaturrahim itu benar ada dan dipertemukan Mim bagi Melayu iaitu Muhammad, satu-satunya pimpinan kita. Agar tidak layu selamanya. Tapi kita pilih besarkan bahasa keturunan anak Nabi Nuh, Kanaan yang tentang habis-habisan ayahnya waktu banjir nya dunia dahulu..Namun tak adalah ambe kata salah berbahasa demikian, hanya gunakanlah ia sekadar keperluan. Sudahlah. Bila kita kata Bahasa Jiwa Bangsa, kita pandang semacam, dan cop "ini orang seni, saya buta seni"..."ini orang parti cap kayu, saya orang parti bola golf"...."Rasis!! jauh dari aku!"

Inilah keadaannya yang sedang berlaku dengan begitu tenat dan kritkalnya,
sementara perokok Gudang Garam duduk cari sana sini mana ada, memandangkan di Malaysia kerajaan haramkan berdasarkan sistem kafir, kita sungut kan Negara Islam namun hal rokok pun kita tak dapat selesaikan, bahkan kita sendiri sekat pendapatan saudara jauh kita dan disamping itu kita yang sumbang negara-negara yang kita sendiri berkempen pada rakyat, itu Yahudi dan ini Yahudi.

Yahudi jahat ke kejam ke, apa yang kamu mampu lakukan diatas diri sendiri sebelum ajak orang pada perjuangan yang tak berapa nak jelas apa Niat hingga Matlamat sebenarnya? Jadi rakyat Palestin tak mau, berdalih macam-macam. Family lah apa itu ini. Picket sana sini angkat tunjuk perasaan, itu jelah yang mampu. Yang pergi tengok atau konon "bantu" serba sedikit tu balik dengan cerita pengalaman itu ini.. Semua orang boleh ambil trip 3 hari 2 malam ke sana, sama macam melancong jelah. Cakap je "Bantu" tapi "Buntut" juga akhirnya. Kalau ndak bantu, pergi kat Pemimpin kita, suruh dia korbankan sedikit perbelanjaan harta rakyat..Tak buat juga, kalau buat pun sekadar-kadar jelah.

Akhirnya ambe yang kena tuduh "cakap banyak macam best", sedangkan ambe maksudkan kalau kita benar maksudkan..Buat lah betul-betul dan berpeganglah pada kejujuran dari menuntut keikhlasan. Bukan setakat buang air dalam jamban, dah cuci kemudian blah, pam lah dulu sebelum tinggalkan.

Perihal merokok, apa kurangnya.. kita kempen TAK NAK MEROKOK, namun Kilang Tembakau maseh ada..Tak tertutup pun. Bahkan demi "Kestabilan Ekonomi dan Sosial" ia dikekalkan.
Kita kata rokok sebabkan kanser paru-paru, keguguran, dan macam-macam penyakit lagi.. namun maseh ada je kes sama berlaku datang dari orang yang BUKAN PEROKOK.
Pencemaran alam lah konon-kononnya dikatakan rokok buat ozon tipis, kerana ia mengandungi tar jalan lah apa la itu ini, kamu orang makan dan minum dari proses yang lebih-kurang sama juga, dari tanah juga diambilnya, tak pernah dengar beras tuai dari langit, ayam, lembu atau itik diternak atas awan.
Jawab kita macamlah wali, warak konon rokok Haram hukum nya, full stop. Tak ada pun ambil kira bagaimana ia dikatakan memudharatkan, sedangkan semua perkara andai berlebihan itu memudharatkan. Kau dah jatuh sakit, dan buat hal terlarang..Bagi lagi sakit, kenapa?
"Eh, kan kita ni Tuhan beri sihat tubuh badan..Mengapalah kita merokok, rosakkan diri kot"..Jadi, minum kopi atau teh berlebihan tu tak ada kesan buruk? Makanan yang berminyak, bergula atau bergaram yang berlebihan tak ada kesan? SEMUA ada risiko-nya. Kita semua adalah pengambil risiko.
Kemudian ada menyapa, "Merokok tu membawa pada hal tak baik"..Wah, tak baik? Kamu baik ke? Belum pernah sekali dengar orang merogol,menculik,membunuh,mencuri sambil merokok, bahkan semuanya itu memerlukan lagak baik dengan keadaan, ada strategy yang perlu disusun atur agar niat sampai ke matlamatnya..

Suka ya amat melompat ke tajuk lain dari mengizinkan orang lain menyambung kata. Kenapa ya?

Makanya dengan rokok sebatang,
ambe berpesanlah dengan baik..jika anda tidak merokok, janganlah kata orang yang merokok..Habis cerita,
dan pada yang merokok, janganlah slalu "sangka baik" pada bukan perokok, hakikatnya kita maseh sama.
Walaupun perokok lebih berani mengambil lagak membunuh diri, agar lebih kita tahu dan kenal siapa yang peduli atau tidak.. Biarlah kita yang tahu sebenar-benarnya apa kita lakukan.
Agar kita tak buat "ikut orang", biar original dari kehendak diri.. asalkan ia tak disalah gunakan.

Rokok jelas buat ambe "guru" pada nikmat didunia, jika diberi selamanya, jasad tak mampu menanggungnya..kita mereput membusuk dengan hina. Tengok apa dah jadi pada penagih salahguna dadah? Nak salahkan penagih, mereka semua ambe yakin adalah pencari penawar, namun "ubat" yang disangka dapat mengubati luka hati kita adalah perosak diri dan mengkhayalkan diri dari mengingati bahawa kita berada didunia hanya semata-mata untuk menebus salah silap diri dan moyang kita.
Ingat, tatkala Adam dan Hawa turun kerana sengaja Makan Buah khuldi, maka dihantar kesini.
Jangan bersandarkan kejahatan yang buatkan kita berbuat kejahatan,
kita tak kenal apa itu jahat, dah dituduh sewenang-wenangnya jahat..apa kes?
Iblis bapa Kezaliman dan unsur kejahatan, kerana itu peranannya..
kita Manusia-Insan-Hamba..apa sudah melaksanakan SETIAP SATU nama dengan sepenuhnya sebelum bernama
atau belum?

Rokok Sebatang!

KBD