Monday, June 27, 2011

SAMA#1

waktu yang kelmarin ketika ambe berkelana di Pekan Baru bagi menghadiri acara perkahwinan saudara jauh,
selesai aturchara tersebut tinggal-lah baki beberapa hari sebelum ambe tangguh pulang,
ambe dibawa oleh adik ambe Aty dan teman ke panggung wayang yang ada disana kerana katanya adalah satu filem yang begitu sedang hangat dibicarakan dan telahpun diharamkan oleh pemerintah negara tersebut dari disiar secara awam.. "Kalau dah haram, kenapa pula ditayangkan?" ambe bertanya sendiri..

kemudian jawapan nya langsung zahir dihadapan tatapan kedwa belah mata ambe, scenario yang ringkas dan mungkin selesai lah buat ambe katakan itu-lah jawapan sementara ini dari yang maha hakim.. sedangkan ambe hanyalah wakil utusan Dendang Anak (yang dari awalannya memang niatnya hendak ke sana beramai-ramai untuk meraikan majlis perkahwinan tersebut) yang datang ke negara garudha ini dengan khabar baik dari orang Trangganu dan orang Malaysia.

Babi atau Khinzir yang dijual merata, kehidupan anak-anak kecil ditepi jalanan yang hanya menanti-nantikan kereta untuk berhenti dan memohon sedekah, ataupun scenario wanita atau lelaki yang mengaku beragama Islam namun tidak bersungguh-mana untuk memahami apa yang mereka pakai ataupun cuba serapkan..
Memang betul, tak boleh kita salahkan orang yang bertudung namun berperangai lebih-kurang babi, mungkin erleluasa jauh lebih untuk dipertayangkan di panggung wayang, sedangkan tujuan utama filem pun hanya sekadar medium penyampai "fikir" yang berkesan selain daripada lagu, lukisan, naskah-naskah, akhbar dan sebagainya bahan-antara seni lain.

menariknya kali ini ambe diajak menonton filem Hanung Brahmantyo, salah seorang pengarah yang memang semenjak filem Jomblo hingga ke Wanita Berkalung Sorban ambe ikutinya.. kali ini filemnya bertajuk "?"/tanda tanya.

sekilas bila ambe lihat semula trailer nya di youtube, ambe akui..ada fahaman Pluralisme ditonjolkan, scenario bercampur gaul majmuk didalam kehidupan hingga kadang kita sangkakan bahawa tak relevant andai mempersoalkan bab Tuhan, semua agama menunjukkan kebaikan diatas Tuhan yang mereka puja dan sembahkan. Suara latar halus tebal diakhir trailer tersebut mempersoalkan "APA ITU ISLAM USTAZ?"
menggambarkan bahwa sebenarnya soalan itu ditujukan Khas buat anda, yang beragama diatas keyakinan yang dicari sendiri ataupun budaya amalan masyarakat setempat disekeliling kita.

kontroversi merata oleh orang ilmuan dan agama hingga menggesa pemerintah menyekat soalan yang "patut" dipertanyakan kepada masyarakat, sedangkan selama ini kita hanya diajar melalui kelas berbayar fardhu ain atau sekolah berlambangkan agama namun menerapkan ajaran orang kafir yang mereka sendiri war-war kan agar memerangi beramai-ramai..

Isu ini bukanlah berat sangat padahal, anda tak perlu pun belajar hingga ke Al-Azhar agar tahu apa itu Islam, atau melakukan Umrah bertubi-tubi agar jelas boleh faham "kot" kenapa anda Islam dan tidak beragama lain. Ingat, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman ambe sendiri,
ambe pernah berada di Kaherah berhari-hari dan berbulan-bulan, dan apa yang Allah taala tunjukkan kepada ambe sangat jelas.. dan kisah pembunuhan orang negeri ambe, salah satu contoh yang perlu bagi ambe riwayatkan agar anda lihat SIAPA sebenarnya yang merosakkan tanggapan orang bukan Islam. Bergaduh hanya semata-mata kerana business, sedangkan niat asalnya untuk ke Al-Azhar itu belajar. Itupun dah lari niat, jangan kan soal hal maksud atau fikirnya kemana dan matlamat nya apa. Ada je antara kawan ambe yang terpaksa berniaga untuk sara hidup disana, buat ambe itu tak salah hanya jaga lah niat agar terus berada dalam mode "dalam belajar".. Orang bergaduh dalam urusan perniagaan, betul ia adalah proses pembelajaran dari semasa ke semasa, namun ingat-lah bahawa kita berpergian dan berada dirantau kerana kita ndak belajar, timba ilmu berdasarkan pengalaman sendiri. Ini sampai membunuh kerana kes hasad dengki atau salah faham..akhirnya yang dibunuh itu kata orang adalah mangsa kejadian. Bukanlah orang yang dicari oleh pembunuh itu..kita tahu kesan salah faham dan sangkaan melulu, boleh menyebabkan pembunuhan..Namun hingga hari ini kita tetap teruskan..Kenapa?

Umrah termasuk kali ini ke Madinah-Makkah, ambe dah berkali-kali kesana. Tidaklah niat riak,berlagak itu ambe pentingkan, akan tetapi menceritakan betapa drastik nya perubahan yang berlaku.. dari awal ambe form 4, itu pertama kali. Maseh ada hotel yang murah dan berbudget rendah berdekatan masjidil nabawi dan masjidil haram, kali kedwa dah dalam pembinaan hotel-hotel baharu dan akhirnya kali ketiga, sudah siap dibina Hilton Hotels dan pelbagai lagi hotel bertaraf 5 atau 6 atau 7 atau 8 bintang.. Ambe jadi haru seharu-harunya, soalan ambe hanya "Apa Islam tu Agama untuk orang Exclusive atau orang kaya raya dengan harta?"
dan bagaimana nasib orang yang tua, miskin dan perlu kerja selama 40 tahun, kemudian dah berumur 80 tahun baharu dapat menunaikan Haji..eh, lambat benar orang nak jadi "Islam"?

Hari ni kita bidas lah, kempen lah, cuba benteras lah segala macam unsur ke-Yahudi-an kononnya, namun McDonalds, Hilton Hotel dan beribu-ribu franchise yang cuba kita ajak anak muda dan budak-budak kecil "boikot" kononnya, tapi di masa sama baik je didepan masjidil haram, sedangkan JELAS kot nama HARAM itu merujuk pada HARAM segala Unsur Dunia.. ye ambe faham, nabi dan sahabat pun dulu berniaga dan berurusan dengan orang Yahudi dan Kafir, segalanya itu di Madinah. Bukannya Mekkah..Namun apa dah jadi Sekarang itu ambe biarkan tuan dan puan pertimbangkan sendiri, nilaikan berdasarkan pengalaman sendiri bukannya dari buku semata-mata kerana adanya buku pun berusul dari kehidupan yang praktikal, bukan theory yang kamu andaikan..Namun Quran turun pada zaman kita setelah Taurat,Injil dan Zabur sebagai rujukkan dimana kembali kita atas dasar fikir risau Nabi yang kuat mengenai isu kita, yang berlagak serba pandai..Kerana semua bahan dah siap didepan mata.

Apa-laku kita diatas itu semua? yang ambe dengar orang yang laungkan takbir berjuta kali pun boleh jawab "kita buat apa kita mampu".. tapi mampu tu sendiri baharu 1% dari 99% yang ada. Pertikaian kita atas korban harta kononnya cuma RM0.05 sen dari RM10 juta yang ada.. "eh takpalah, yang penting Niat/Nawaitu..."
itu jawab kita, dah kalau niat baik kenapa berkira sangat? anda tahu kan yang menilai dan menentu ukur Ikhlas kita adalah Tuhan, kita ndak kata orang Ikhlas dan tak Ikhlas pun padahal Tak Layak pun.

Inilah antara fasal ambe katakan filem "?" patut kita tontonkan, kerana ada scenario yang banyak buat anda fikirkan, kirakan apa maksud "Kebaikan"..kerana ambe memang tak mampu tahan sebak kerana yang jelas ambe faham selama ini tujuan beragama pun demi kebaikan, kaedah mencapai maksud kebaikan, dalam bentuk Jemaah.. Kesemua Agama ada Jemaah, bermakna ia adalah ajaran yang menuntut kita ber-Satu kembali dalam satu bentuk kumpulan yang kecil hingga melata..
Semua Agama punya Guru yang Mursyid(pembawa), yang penting guru mereka tetap satu..Ketua tetaplah satu.
Dan didalam proses kenal agama, tak kiralah agama apapun, anda pasti akan bertemu dengan persamaan hingga terterbit kata "eh, sama lah!"..Pertapaan Buddha yang menyamai amalan Zikir, buat mereka yang rapuh Aqidah, barangkali adanya yang terpesong atau barangkali tersimpang. Nauzubillah..

Inilah kepentingan berguru..Selagi anda memperakui diri sendiri adalah guru, mula lah menerima kekurangan dari mencari kelebihan. Dan jikalau payah buat kita menerima kekurangan sendiri, ada je jawapan nak dijawabkan maka carilah teman agar berguru untuk melihat diri sendiri. Maka nanti pasti dan pasti anda akan diuji diatas ujian agar ditemukan "guru" dalam beragama. Mustahil akan sampai pada orang yang jarang memikir atau kuat berusaha untuk beragama..selagi "perasan" pandai, maka runtuhkanlah berhala tersebut yang ada menghalang dinding hati kita untuk menerima.

Pluralisme memang tlah begitu lama ambe fikir panjang, ambe tahu dan faham bahawa akan ada ujian dan tentangan kuat dari orang ramai setelah ambe sampaikan hal yang dianggap "berat" ini.
Persamaan yang diwujudkan dalam fahaman Pluralisme, memang ada nilai baiknya walaupun ada ulama membanteras keras hal ini dari menyerap pengetahuan yang terchipta dari setiap agama.

andai kita terima hakikat bahwa Istilah nama: "Islam" dibawa oleh Nabi Muhammad, akan tahulah bahwa ia adalah Agama yang akhir tiba selepas wujud beratus tahun lamanya agama Kristian, Buddha dan sebagainya agama yang "Akar"..maklum lah dengan ini tujuan Istilah "Islam" itu punya perjuangan tersendiri, pengamalan yang berlainan dan menuntut maksud perbezaan dariantara amalan Agama yang lain. Kalaulah "Agama" dalam bahasa Sanskrit bermaksud "Susunan", "Ad-Din" turut membawa makna yang sama.. walhal Sanskrit itu bahasa orang Hindu. Sampai ke era Melayu yang menchipta bahasa Jawi pun kekal wujudnya ke Hinduan kita yang jarang kita sadarkan, hingga jadi amalan dalam budaya dan adat kita sebagai siapapun kita selagi berpijak di Nusantara ini. Kenapa? Apa orang Melayu dah hilang "idea" bagi menchipta satu Istilah "Susunan"? Mengapa sampai hari ini kita maseh guna Istilah "Agama" dari "Susunan" sedangkan ia sama?
Soalan terakhir ambe, SAMA ke sebenarnya? Ejaan pun lain.. rupa kalimat yang tertera diatas dinding puteh pun lain.
bagaimana kita katakan ia SAMA?

Bagi mengakhirinya, izinkan ambe patahkan bicara kali ini pada menyambung bahwa sememangnya ada persamaan, didalam persamaan itu tetap wujud perbezaan, dan hanya satu sahaja maksud kenapa tujuan perbezaan itu dituntut, menyempadankan antara yang benar dan yang palsu.. dengan satu syarat, iaitu ia perlu disaksikan sendiri hingga seluruh anggota zahir dan bathin terima apa yang berlaku itu bukan dari apa yang ada, namun yang tidak wujud..hinggalah sampai masanya "rahsia" itu anda dapati.
bukan kah hal yang rahsia dan sulit itu paling istimewa?

adalah hal yang paling kelakar bilamana ada dariantara kita mendongakkan kepala sambil menongkat langit seraya berkata "Kita semua ni Sama je"..dengan nada yang sombongnya,
sedangkan hari-hari mu menuntut hak yang berbeza..dan bukanlah itu sahaja, dalam berbuat perkara yang sama, kerana diatas dasar perjuangan kita yang Plural kononnya, ada benda kita sendiri buat yang lain menyeret jauh maksud Sama..akhir sekali, "semangat Pluralisme" kita terkubur.

Yang wanita rata-ratanya ambe pernah kenali dan fahami sendiri dari hidup ambe, hari demi hari..
Dimulut mereka jawabkan itu ini "semua sama je" bila ada lelaki ajar kan sesuatu. "Kenapa perempuan tak boleh buat? lelaki boleh buat? manusia yang sama je kot?" itu antara soalan yang pernah ambe dipertanyakan..

Sementara lelaki pula sibuk perjuangkan hal yang "Sama" tiada pemimpin yang satu, "kita" inilah pemimpin,
itu kita anggap "Adil" sedangkan yang adil itu adalah mizan yang ada kebaikan disebelah kanan dan kejahatan disebelah kiri. Baharulah seimbang kehidupan, selagi yang kita kejarkan itu "Dunia"..

terkubur mati perjuangan sama kerana yang ingin kita buktikan itu adalah persamaan, wanita rata-ratanya melawan keras isu Poligami, kerana mendapati ia adalah tidak adil bagi mereka. Sementara lelaki yang dalam usaha beriman turut cemburu dengan wanita, kerana keistimewaan mereka yang hanya taat pada suami sudah cukup menjamin Syurga bagi mereka. Persamaan yang diperasankan, hanyalah perbezaan, Allah taala wujudkan kelainan yang terchipta dari tiap individu tiada yang lain hanya tujuan kenal mengenali, namun tiadalah Tuhan yang sama melainkan kita mengamalkan semua yang sama, tanpa berbeza..

Isu perbalahan Kristian untuk gunakan "Allah" sebagai pengganti nama Tuhan, sememangnya merisaukan...

Risau kita dalam bermasyarakat, Kristian guna Nama "Allah", di Indonesia dah lama guna nama "Allah" hingga hari ini pernikahan campur atau majmuk, Isteri Islam dan Suami Kristian sebagai contoh dah pun membingungkan..di Bandung tempoh hari pernah ambe terlihat sendiri Gereja yang dinamakan "Gereja Allah"..
namun sketsa rumahtangga, soalnya apa tertegaknya rumah tangga dan perasaan Cinta diberi dari punca atau Tuhan yang mana?

Andai ada dari kita yang tidak mengambil Nama sebagai Isu besar, kita sendiri tahu nama "Allah" ada 99, secara asasnya..nak yang itu, ambil lah.. Namun tetap ada yang melawan dengan berkata "perbuatan itu seperti tidak endahkan maksud "Ahad" nya Tuhan. Kalau lain nama digunakan bagi merujuk Tuhan Islam yang sama, seperti membingungkan tampaknya.. Apa mungkin orang bernama Sharifah itu lelaki, sebagai contohnya.. Buat yang baru dalam usaha kenal Agama, mereka akan sangkakan Tuhan Islam itu ada 99, dah jam pulak kita nanti.. Walhal tujuan wujudnya Nama pun merujuk pada Peranan sebagai Apa.
Jika nama anda Muhammad, maka usuli lah semula makna Muhammad atau paling tidakpun ikutilah "Muhammad" mana yang terbaik.

dan diatas maksud itu risau paling patut kita takutkan adalah diri sendiri, apa kita kenal siapa "Allah" atau Tuhan?
anda penentu masa hadapan anak-cucu-cicit..dimana bakal kamu letak nasib mereka nanti?

janganlah menganggap penulisan ambe sebagai satu "ajaran" namun ia adalah satu sebaran atau perkongsian fikir yang patut kita fikirkan..anda dan sahya. nilaikan lah dengan ilmu pengetahuan, pengamalan, pengalaman dan pengenalan anda terhadap hal yang "SAMA" namun memastikan dimana "BEZA" nya.. Agar "Islam" benar Islam. dan bukanlah diperangi orang yang memusuhi kita. Sebaiknya ajarkan mereka yang tidak tahu, agar tahu.
diri yang Islam segalanya diamalkan dengan Bismillah-Ar Rahman-Ar Rahim.
jika anda kedekut, anda maseh belum mengenal Tuhan yang penuh dan jauh lebih maha Kemurahan-Nya,
jika anda pengecut, anda maseh belum mengenal Tuhan yang maha tinggi KasehNya.

? itu mohon disoalkan kepada diri, agar tidak kita bohong sendiri, cakap tapi tak buat.
ini khas untuk peringatan ambe, dan khusus buat pekanira yang sudi menghabiskan masa yang banyak dalam mengamati kata demi kata, yang ambe perturunkan.

La Maujud ilallah, La ilahahilallah..

KBD