Sunday, June 26, 2011

KE-BAHAGI YA-AN

"kebahagiaan..hendak diregang, akhirnya saudagar pangkat dijulang"
terngiang-ngiang dihalwa pendengaran kenangan..
ambe kira berapa hari semenjak pertama kali mendengar akan lagu ini..

"dalam" jika dikail maknanya, "cetek" jika kekeringan serba belaka.

cerakin akan kebahagiaan.
anda tahu yang sebenarnya perlu diberi-beri,
bukan sendiri katamu.

kerana yang selalu menemani kamu adalah Tuhan kamu,
kecuali kamu tak percaya pada Tuhan..maka Hantu lah teman mu.

esok hari yang lain bagiku, baharu tidak akan berulangkali berlaku lagi didalam suasana yang tadi,
panas matahari menjulang bakar Hari sementara dingin cahaya rembulan tak lari dari berbahagi-bahagi,
udara kelmarin bahkan beredar jauh ke sana dan mungkin kembali atau tidak,
air mengalir dari alunan gelombang ombak yang ia usahakan agar sentiasa menepuk serata tanah,
kemudian tanah yang tinggi lampai di udara mengimbangi kemampatan paling rendah agar ia tetap memenuhi kondisi berbahagi.

tapi ke mana bahagian "ya" kita?
yang pastinya pemilik itu adalah yang "an" atau "al" atau "as"..dalam bahasa arab yang bermaksud "the" dalam bahasa inggeris, atau dalam bahasa kita, " yang "
merujuk pada suatu hal yang PASTI dari struktur Article.

didalam mengetahui hal Kebahagiaan.
yang bagai nak gila orang sering sahaja tension kan atau rindukan.
atau mungkin kerana Kebahagiaan pun orang sanggup korbankan nyawa atau harta. kita anggap itu milik persendirian sedangkan dalam satu pihak, ia salah.

undang-undang penduduk atau penumpang Dunia, kebahagiaan perlu dibahagi-bahagikan sementara undang-undang Mati itu sendiri,

itu kekal dalam tatacara yang nyata,
siapa pernah saksikan kematian dan dapat membezakan antara kehidupan pasti mendapati bahawa kematian adalah akhir bagi kehidupan disini,
ia penamat..
maka ada dari sesetengah itu yang tidak lagi degil seperti yang ramai wujud hari ini, mereka berbakti kerana takut pada kematian..mereka belajar Agama dan faham teknikaliti janji Tuhan,
andai kita berlaku susah payah di Dunia dengan kelakuan baik, mengajar dan ajak orang mengamalkan kebaikan seperti mana kita tlah laksanakan, balasannya adalah kebahagiaan yang sejahtera..di alam kematian nanti.

sejauhmana logic atau relevant wujud kehidupan setelah mati, ambe biarkan anda hadamkan dalam pemikiran harian supaya usaha kita masing-masing terus cuba setidaknya agar melakukan apa yang hendak kita pastikan dan yakini.
dalam pada itu anda berguru pada seseorang yang mungkin manusia atau makhluk atau orang yang berkeyakinan tinggi dapat menyadarkan anda supaya tidaklah "syok" atau syak yang baik itu datang pada sendiri malah datang dari satu pencipta..Tuhan yang ambe yakin adalah pemilik mutlak pada kalimat AL-LAH.

pada ketika ambe lihat ibu ambe mengandungkan adik pertama ambe,
ambe terlopong..dan bingung. mungkin terlalu awal bagi otak menyentuh urat akal ambe yang maseh tidak berfungsi untuk berfikir. kemudian setelah menjangkau usia 5 tahun ambe pada menyaksikan buat kali kedua kelahiran adik ambe yang bernombor dua..ketika itu ambe hanya reti gosok dan bayangkan apa sahajalah adik ambe lakukan didalam sana.
kalau gugur, pasti dah lama tak ada..ini maseh sihat dan makin membesar perut ibu ambe.
percubaan untuk berkomunikasi pernah berlaku, ambe nak ketuk perut ibu ambe takut pecah..maka ambe cakap ajalah, "adik buat apa dalam tu?"
namun dia diam. bahkan nama pun tak ada lagi, lelaki atau perempuan pun ambe tak tahu.
akhirnya lahir lah Raja Nuraryani Munirah..
"oo..rupa-rupanya perempuan"..bisik ambe sendiri,

bila bertambah hari, ambe cuba bercakap dengannya.. "kenal tak ni abangyo?"
seingat ambe, dia hanya pandang ambe dalam keadaan pelik dan kadang-kadang takut pun ada..bila dia takut, menangislah dia, bila dia sakitpun menangis, namun belum waktu itu ketawa atau berkata-kata..

kedaifan bayi yang sedikit sebanyak ambe pantul kepada hidup ambe hingga kini, rasanya kalaulah bayi itu benar punya perasaan, ketika baharu keluar dan menangis, bermakna bayi tersebut adalah yang sedih.
kaitan kita buat orang yang selalunya menangis itu kan bayi?
jarang ambe lihat orang menangis setiap kali ia gembira..kadang-kadang,itupun payah lah. kecuali ia punya masaalah dengan kelenjar air mata. itu lain.

tapi tradisi hari ini, "teguran" atau "nasihat" bertema kasih sayang yang konon-kononnyalah kita kembang suburkan dalam amalan harian adalah marah diatas keterlampauan,

orang bermurung melampau kita marah, orang ketawa melampaupun kita marah..sedangkan kita tak tahu hal sebenar, tak pernah sedih sangat kerana terlalu sibuk pentingkan keceriaan, atau jarang gembira kerana sibuk memperjuangkan budaya hidup kemurungan.

maka yang mana jadi benar atau tidak?

jadi ambe berandaian fasal logic ber perasaan atau emosi ini terlebih dahulu pada soal pokok,
ambe lihat benih yang pertama, ia berlaku kerana kita izinkan sendiri, sedar atau tidak..
setelah itu perhatikan cabang akar yang tumbuh dari dua hal asas, iaitu sedih dan gembira.kemudian bercabang lagi dari perasaan yang berpasangan itu tadi,

soalan membezakan antara yang bakal dijulang dan bakal dilaksanakan terletak pada
batang yang tumbuh dari akar yang tadi,
ranting yang bercabang-cabang seperti bertanyakan ambe apa yang bakal menentukan sumber ini dari mana,
atau akar yang akan menjalar lagi bagi mencari sumber itu kemana arahnya,
dedaunan yang layu atau tumbuh bersilih ganti bertanyakan pada ambe..guna sumber itu supaya apa?,

tapi soal buah atau bunga yang lahir dari sesebuah pohon itu adalah yang utama patut ditanyakan,
mengapa diizinkan hal yang melampau sebelum ia dua-dua merosakkan diri?

manusia beremosi kerana keperluan,
namun emosi manusia yang sedih atau gembira adalah kerana hal yang sama..iaitu kerana tidak biasa.

anda tak biasa dengar lawak itu maka anda ketawa,
anda tak biasa berkaseh kemudian ditipu oleh orang yang anda menaruh kaseh..anda sedih,
bukankah begitu?

jadi apa yang ambe hendak sampaikan disini adalah keterlampauan itu kita perlu kenal-pasti,
kata orang, "belajar apa mampu udahlah pasal Akhirat, tak perlu lebih sangat.."
bila ucapan sebegini dihamburkan, ambe bingung, dah tu mustahil lah kenal Agama..kerana Agama itu luas, Akhirat itu hal semua orang yang akan pergi hadapi nanti. kalau tak belajar betul-betul fasal Agama, sampai bilapun takkan faham sepenuhnya.. "betul" yang disengaja ulang dua kali pun jelas dari sudut penggunaan kata yang melampau. Jamak sendiri adalah pelampauan yang dilakukan sebagai ramai atau yang lebih dari satu.

namun takkan jadi penerangan yang jamak. diatas bukti yang bukan "betul" bahkan benar atau haq.

kebenaran ambe diatas perlaksanaan sedih atau gembira adalah yang demikian maka demikianlah diturunkan.

menceritakan hal bayi tadi yang tlah sebentar ambe sengaja tinggalkan dari subject penerangan..
huraiannya ringkas, disitu ada bukti bahwa ada satu Alam lain didalam kehidupan yang bertindih dalam satu kehidupan lain.
Alam Bayi dan Alam Manusia kita hari ini yang sarat dengan bermacam-macam hal dan perkara.
Seorang bayi yang baharu lahir dan kemudian menangis..itu dianggap normal kerana hakikatnya bayi menangis kerana tahu dirinya serba lemah,
dirinya daif,
dan paling "maksum" keadaanya..
kerana itu Nabi pernah bersabda mahfumnya, anak yang baharu lahir hingga mencapai suatu tahap iaitu: akil baligh adalah ahli Syurga. Dosa mereka itu tiada, namun amal baik mereka adalah Pahala buat penjaganya.
tak diwajibkan pukul kecuali hukum itu adalah diguna demi peringatan dan pengajaran bagi yang melaksanakan hukuman atau melihat..itupun kerana kita dah berkali-kali tegur dalam nada yang tegas, yang tetap maseh diulangkan lakunya. diharuskan pukul dan memesan terlebih dahulu, kita lakukan atas dasar kaseh sayang. dan syarat memukul tak perlu keterlaluan hingga meninggalkan kesan parut.

ambe pernah berada di keadaan ini, maka subahat ambe adalah satu. berada dirumah yang dikelilingi orang tua, namun tidak hirau akan adik-adik mereka berbuat kesalahan. dan ambe kesal terutamanya diatas diri ambe, yang juga leka dan alpa pada hal tersebut. maka disini adalah pesan,
sebelum hukuman dikenakan pada ahli Syurga lagi, berusahalah agar menjadi contoh pembawa atau pemimpin buat mereka setelah mereka akil baligh nanti,
kerana mereka memang memerlukan pemimpin dan guru agar mula belajar.

pada keluasan dunia yang berjutaan hektar hari ini, berapa juta jeritan anak yang kita pernah terdengar atau terlihat di kaca tv atau baca di akhbar?
apa rasa anda?
kesian kemudian belek muka surat hiburan?

buat yang cakna atau peduli,
apa yang ingin di BAHAGI kan pada mereka dari kesyukuran gembira atau sedih kita sendiri rasakan?

"ketawa,suka..atau gembira, itu ketika"..tegas seseorang pada ambe,
bila memerhati kembali bab bayi tadi,
ambe sedar tak ada bayi ketawa, sebelum ia benar biasakan diri dahulu..ia memakan masa yang lama juga sebenarnya,
senyum ada. tapi ketawa dalam masa seminggu, itu abnormal.

lantas ambe terpetik dengan kata Raja Ali Haji dalam Gurindam 12 nya..
"apabila banyak suka, itu tanda hampir duka"..
kerana kedukaan yang paling kita takutkan adalah jauh dari diri atau Tuhan.

contoh paling tepat bagi membuktikan teori ambe ini adalah Nabi Muhammad sendiri, yang sering sahaja risau..sedangkan baginda tahu, baginda adalah dilantik sebagai Nabi dan kemudian diangkat darjat menjadi Rasul,
nak risau apa lagi?
keyakinan dah dalam tangan..anytime is Heaven for Him by rights.
namun maseh risau..

guru ambe pernah berpesan.."risau Muhammad,risaukan Umat"..bermakna yang baginda risaukan itu adalah masaalah orang lain, hal orang lain disibukkan serta penyakit orang lain ditanggungkan.

hari ini usaha murni kita disekat, seandainya ada orang yang kata "risau Bangsa" dikata rasis..pentingkan bangsa sendiri. walhal tak siapapun sekat nak ajak bangsa lain join jadi Melayu pun.."Melayu" sendiri itu Cara Hidup. Islam pengabdiannya. Iman pengorbanannya.
namun kadar larat kita sebagai manusia biasa, yang dikatakan cuba laksanakan apa Nabi buat dalam scope Keluarga Besar kita yang ini..baikilah selagi belum mati.

tapi fikiran yang "think global" menindas sama sekali pemikiran local dianggap pegangan hari ini, kononnya ndak maju dan bangunkan Negara. buat lah kalau nak buat, Tuhan dah larang kita bikin jugak..nak buat macamana lagi..bahkan sebut "Tuhan" dalam environment metropolitan atau bandaraya sekalipun macam carut. sebut kuat di coffee bean atau starbucks, ambe pernah cuba buat..sekeliling orang termasuk abang jaga counter jenguk semacam.
maklumlah, ambe tak berjubah, tak berketayap,songkok apatah berambut panjang sambil berbaju tshirt dan jeans lusuh sambil menghisap Gudang Garam. Hari ini dah terbalik,

nak kenal orang tu ahli apa, tengok luar..
jika tak beruniform islamic maka ia akan dituduh belajar tak betul atau ajaran sesat.

sementara nak tahu siapa, tak payah kenal..cakap aja apa yang dirasakan betul tu.
selama ni kan kita selalu betul, salah dan betul pun kita slumber hidupi..padahal akal dah terang-terang kata SALAH pada diri, kita bantah sebab kita rasa "hati" kita kata best dan menyedapkan diri ."Majmuk"-lah katakan..

yang paling best bukan itu sahaja, bila ada orang pesan benda baik dan tegur sesuatu benda yang tak betul.
dia akan kata "assume" atau tuduh.
melenting yang pertama bukan rasa salah atau rendah diri pada orang lain sebab nak belajar, tapi rasa salah kerana "hati" yang kita sangkakan tu kata tak selesa. sementara akal pendek kita menterjemah "hati" tu dengan fikiran yang mengalahkan Jin Idrus yang pernah kita tengok di Youtube dulu..

kalau hati itu murni, baik dan selalu tenang..pasti ia nak bersih. kita mulut macam tong sampah pi marah orang tak tentu pasal kemudian boleh golekkan "taik" dari mulut kepada orang yang setia dengar luahan anda, selepas itu anda cakap bab hakikat hati..kemudian perasan itu adalah hati.
wei..Hati,Jantung,Otak,Akal,Mulut,Telinga,Mata atau tangan,kaki,jari apapun termasuk pokok,air,batu,burung,bahkan BABI atau ANJING sekalipun dicipta demi Tuhan. Bahasa mereka atau keberadaan mereka semua adalah atas dasar memuji Tuhan.
namun berlaku banjir, ribut taufan, kebakaran yang adakala memusnahkan semua itu tak ada kena mengena dengan kemurkaan Tuhan,
namun semua kerana "Orang" yang start. kita dengan laku kita provoke alam dan makhluk lain fed up dengan kita. jangan sebut lagi Manusia kerana maseh ada "orang" yang nak jadi Manusia kembali.
tapi ambe kutuk keras pada mereka yang begitu "orang-orang" yang kemudian dah tuduh-tuduh Tuhan..ape hal? ambe yang jauh perjalanan untuk kenal Tuhan dan banyak berusaha kenal diri yang bodoh ni pun takut nak sebut "Tuhan", kerana terpaksalah sebut agar yang sama ambe terima ini anda pun rasakan bagaimana sakit dan penatnya..

hanya mereka yang memberi selalu, tidak akan pernah rugi..jika Tuhan itu ada buat ambe dan kamu, pasti ada yang diberi,
tanpa kita curi,
dari nikmat yang sepatutnya di abadi kan..dalam KE-BAHAGI YA-AN.

ini pengalaman, bukan Dongeng,
jika ingin satu pembacaan yang selesa dan kena 100% pada fahaman anda, cari di kedai..berlambak!

Api tetap Api, tiup angin, tuang air, tanam tanah..Mampus.
tapi sebelum ambe mati,
ambe teringin untuk berpesan, sekali lagi..jika ada lagi, maka ada ruang, ambe takkan pernah rasa rugi untuk berkongsi..

apatah mengetahui ini hanya yang teori,
pemilih tu anda,
yang mengetahui itu sendiri,
pilih lah yang mana yang di-impi.

KBD