Saturday, June 25, 2011

Perjuangan

2003,
tahun keramat.
era sekolah bagi ambe..waktu itu ambe form 4,
dan menjadi "Skinhead" ambe tak pernah segan silu untuk mengaku.

disaat ambe berada di tingkatan 4 inilah kiranya satu rupa "Chaos" diwujudkan oleh hampir semua murid ketika itu, baikpun geng bola, geng sukan atau geng pra-rempit ataupun geng bas sekolah. walaupun tiada lah satu pengisytiharaan revolusi namun rasanya di tahun inilah kalau mengikut catatan record sekolah, paling ramai sepanjang sejarah sekolah ambe ponteng class,
pemberontakkan beramai-ramai kami selama berbulan-bulan tlah berjaya memeningkan kepala guru-guru sekolah masa itu.

jikalau form 1, kita maseh baharu dan cuba menyelami alam persekolahan menengah, culture shock ketika itu liar.
"budak" baru dalam hostel diragging atua bully secara terang atau sulit.
sebelum ambe berhijrah ke sekolah yang tetap, ambe terpilih untuk belajar disekolah cina.
disitu mind bully terhadap ambe sangat lah menyeramkan, kerana ambe memang penakut. walaupun dilantik menjadi pengawas, percubaan dibuat selama satu bulan, ambe terpaksa pakai tag yang bertulis "pengawas percubaan"..
minggu pertama dan kedua ok.
ada kawan cina,india dan melayu. walaupun melayu komuniti atau puaknya sedikit, kami bebas dan mesra bergaul dengan rakan-rakan bangsa lain. ambe rasa itu syok, kerana itu meluaskan lagi pemahaman ambe dalam sosial. sebelum itu, selalunya ambe diberitahu "jangan kawan dengan orang cina,india..mereka busuk" oleh antara kawan sekolah ambe, tapi ambe pernah bersekolah tadika saint teresa, yang dijaga oleh sister yang kristian.
ambe tak ada bau pun busuk atau jijik, melayu malah lebih pengotor, selekeh.. apapun, itu maseh dianggap mentah. semua melalui alam tersebut.

nak dijadikan Al-Kisah ambe ni, akhir bulan tersebut diadakan operasi oleh semua pengawas. dipendekkan hal tersebut, ambe di bully atau di gugat kuasa untuk jadi seorang pengawas hanya kerana file folder ambe ada gambar-gambar karya Alex Ross, Todd mcfarlane,Yoshitaka Amano dan Neil Gaiman. dan di dakwa atas kesalahan kerana memiliki dan membawa "comic" disekolah.
sedangkan ia hanya collage ambe, tak ada kena mengena dengan comic sebab ia tak ada bubble speech pun..hanya gambar,
ambe lawan kembali pada pengawas cina tersebut dan merasakan adalah tidak adil, kerana ada ramai lagi kawan-kawan ambe yang bawa bag,wallet,buku dan FILE FOLDER yang lebih kurang dengan ambe miliki bergambar cartoon seperti Hello Kitty bagi perempuan dan Gundam bagi lelaki.
tapi tak kena, kenapa?
jawapannya tak relevant lantas ambe diseret ke guru Displin atas kebiadapan ambe, di tambah dakwaan pertama dengan melawan tindakan pengawas senior maka ambe menerima dua hukuman.
disoal jawab oleh Cikgu Stone Cold, ambe tunjukkan padanya, tapi dia pun tampak serba salah. ambe berhujah dalam nada tak puas hati kerana apa ambe kena tak setimpal langsung. sedangkan ia bukan bahan bacaan comic yang dikatakan melalaikan dan menganggu orang belajar tapi ia adalah perhiasan atau inspirasi buat ambe.
dia jawab, ambe dilucutkan jawatan dan kemudian mungkin dikenakan tindakan serious kerana melawan pengawas dengan kata-kata yang kesat..
hukuman ambe kena bukan sahaja rotan namun dipotong 5 mata ape ntah dari merit-dimerit ambe.
sekali lagi kesalahan mungkin sahaja ambe akan dibuang sekolah.

ambe bingung dan ambe cuba bincangkan dengan ayah ambe, sedangkan ambe baru sebulan disekolah, dah kena macamtu..ambe taknak gawatkan keadaan maka sebelum ambe dibuang baik ambe angkat kaki,belum ambe bincang, surat tawaran sekolah ayah ambe dulu memanggil ambe untuk belajar disana.

dengan tiba-tiba, ambe serba salah dan ambe bilang, nanti dulu sehingga tamat hari sukan sekolah nanti ambe tukar sekolah..

maka bertemulah sekolah yang satu ini, tak jauh dari rumah ambe dan populasi orang Melayu lebih ramai,
namun Cina dan India pun ada. nak kata ambe lebih selesa disekolah ini, boleh jadi. tapi rindu kawan cina dan india ambe yang sangat baik, bahkan sering call ambe dirumah tak kira lelaki atau perempuan. ambe kadang terasa agak menyesal bila berkeputusan untuk tukar sekolah, tapi ambe dah didakwa melakukan hal yang ambe kira tak sepatutnya dijatuhkan hukuman seberat itu. nak salahkan pengawas itu sebab dia Cina, tak juga.. ia adalah mentaliti.

ambe tahu apalah masa tu. dah nama pun sekolah, bodoh tu memanglah.
dan kemudian transformasi berlaku dan baki tingkatan 1 ambe bermula disini,
hingga ketika form 2, adaptasi identiti kita dah mulai menyerlah, lumba-lumba bersaing diatas kehebatan masing-masing difasal pertama tampak baharu beroperasi. dengan gaya rambut yang ingin digayakan, atau gaya pakai ingin digayakan, sudah berjaya diamalkan..ini mungkin kerana block sekolah menengah pada kebiasaannya terasing dari form 3,4,5..
form 1 dan 2 biasanyalah, selalu block yang sama.
maka penindasan senior sudah terbatas.
jika disekolah ambe, kami terbahagi dua block iaitu block lama dan baharu,
kepada intake form 1 dan 2, di block baharu, block lama adalah form 3,4,5..

maka hip-hop, mat bunga atau romeo, rempit, mat sukan, atau mat belia yang memang menyimpan semacam misi untuk merebut kuasa itu dah mula dizahirkan.
ambe?
adalah mat ambe, kerana ambe tak reti nak gaya bagaimana, melainkan dengan rambut ala itik sudu, berbaju dan seluar standard sambil mengenakan kasut nothern star.
ambe serba salah ketika itu, kerana ambe berkawan hampir dengan semua jenis puak kecuali puak "orang kaya" atau elit.
bagi pemahaman ambe, elit sangatlah menjengkelkan mata ambe..jangan tanya kenapa kerana ambe ketika itu pun biul, tak tahu mengapa.

awek atau girlfriend ambe memang bersilih ganti, pantang lepa dengar ada orang suka, ada yang kirim hadiah, ada yang kirim surat melalui orang tengah, dan ada juga yang ambe sendiri initiate kan..pertama, ambe akan cuba menarik perhatiannya agar dapat kacau dia dari jauh ketika perhimpunan atau waktu rehat. akhirnya dapat tackle dan berkawanlah.. masa itu nak gayut, hp pun tak ada, telephone rumah tok lah jadi habuan gayut cinta monyet ambe.

itu semua berlalu bila ambe sibuk dengan bergiat sebelah petang dengan berbola sepak, teringat balik masa form 1 ambe diejek kerana ambe adalah yang gemuk hendak main bola.. musuh ambe adalah orang-orang senior rugby. tiap kali warming up round padang, asal lalu ditepi kawasan orang rugby je ada yang sorak dan ketawa kan ambe..
ambe kental, walaupun memang terasa juga lah sebab ambe tak pernah ganggu mereka ataupun start sesuatu dengan mereka.
namun form 3 membuktikan segalanya,
usaha pagi petang dan malam baik waktu sekolah atau tidak, ambe akan slalu training sendiri dirumah.. jogging satu kewajiban routine harian ambe, tak jog satu hari ambe akan rasa satu benda tak buat. maka ambe tanpa fikir samaada dah jam 9 atau 11 malam ke, ambe tetap nak jugak jog walaupun 30 minit..

badan yang gemuk ambe berisi dan boleh dikatakan berotot sikit lah..sungguhpun tidaklah se ketara menjadi atlit bina badan. betis dan peha naik kasar dan perut dan bahu tegap (menurut ambe lah)..Pemilihan untuk bersaing di Majlis Sukan Terengganu atau MSST. Peringkat pertama-antara sekolah-sekolah..Kami menang peringkat tersebut kemudian sekolah kami dipilih jadi wakil daerah, tidak lupa ketika itu Abdul Manaf(striker Terengganu sekarang) yang bersekolah lain join kami bagi mewakili daerah Kuala Terengganu.. Kesemua 7 daerah kami lawan hingga kami menang juga atas izin Allah dan terpilih menjadi wakil Negeri bawah 15.. Final leg kami bertempat di Sarawak dan ketika itu ambe pertama kali dialam persekolah, akhirnya dapat keluar..
seminggu lamanya kami disana, Sekolah Teknik Sejingkat jadi penginapan kami.
Stadium Sarawak jadi saksi kemenangan atas kemenangan kami hingga mara ke semi-final, kami kalah pada Selangor, tak silapnya..Pengadil pun orang KL, entah macamana last minute jatuh dihadapan gawang pemain Selangor, kad merah dilayangkan pada team mate ambe dan penalti dihadiahkan. Disitu kami tumpas. dan perlawanan merebut tempat ketiga dan 4 pun berlangsung setelah itu.

Sementara wakil bawah 17 Kontigen Terengganu mara ke final dan berhadapan dengan tuan rumah sendiri, dan johan peringkat MSSM. walaupun 15 kalah disuku akhir, 17 menebusnya..
kami pulang dengan penuh gembira ketika itu.

setelah itu ambe dipilih untuk berlatih dengan Akademi Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu bersama beberapa angkatan rakan ambe yang lain.. dengan harapan menjadi pelapis squad Negeri Terengganu.
maka ambe banyak kali berpengalaman untuk ke stadium setiap kali Terengganu senior atau Junior beraksi.
namun kerana ketika itu form 3, ambe tumpu juga pada persediaan PMR.
dan lulus 3A 2B 2C 1D.

form 4, bergolak lah dunia ambe sekali lagi..dari awal pun ambe tak faham kenapa ambe atau pelajar lain tak boleh pilih jurusan apa kami kehendaki namun sekolah pilihkan berdasarkan grading result. ambe minat jadi Arkitek maka Kejuruteraan itulah sememangnya, namun kerana veto itu sekolah. ambe ditempatkan pada class Sains Sukan.
tak apalah.
lagipun ambe memang dah active berbolasepak ketika itu.

tak ambe jangka, nasib ambe semua nikmati dalam satu class, setelah dibuka mulut, semua meluahkan rasa tidak puas hati..
oleh kerana form 2 ambe pernah jadi ketua class yang menimbulkan sedikit bocoran controversy konflik satu guru dengan guru yang lain, form 4 diberi jawatan itu pada Manaf, ambe lagi lah suka..
dah dari awal ambe dah set form 4 ambe nak enjoy se enjoy-enjoynya.
kenakalan berterusan, merokok dimana-mana,
ideology Skinhead dibawa oleh beberapa kawan ambe dah awal-awal tertarik. kerana tak nampak dimana-mana ada Skinhead. mungkin ada tapi kurang menyerlah, yang ada hanya Punk.
betul, lagu yang diperkenalkan oleh adik ambe dulu itu Rancid, ambe suka, namun ambe tak mahu jadi yang sama, ambe nak lain dari yang lain. Itu dasarnya..

apatah mengetahui ia bukan sahaja dipakai, berhibur..Skinhead adalah satu "Perjuangan"..
kami turut naik bersemangat atas maksud itu.
maka carilah Doctor Martens, seluar Levis Sta Press dan baju label yang dipakai oleh golongan Skinhead di UK seperti Ben Sherman, Fred Perry, Merc dan sebagainya..

nak cari, bukanlah satu hal yang senang..susah. tak ada langsung disini baju tersebut, ada satu tapi size tak ngam.. macam-macam. setelah berusaha untuk dapat, maka ada lah pakaian seorang Skinhead,
walaupun begitu, penegasan berkali-kali dalam Spirit of 69, atau Nick Knight atau Zine-zine bebas keluaran Skinhead adalah orang yang "Bonehead" jika tahu dressing tapi tak tahu apa maknanya..

dan otai-otai Skin yang ada, kalau jumpa anda yang freshies ketika itu akan bertanya bila open table. kenapa begini dan begitu.

pertama, mengapa Skinhead botak? kerana mereka pekerja buruh, botakkan kepala untuk elakkan kutu terutamanya, ini kerana pekerja "working class" tak ada masa untuk jaga diri kerana sibuk bekerja berat lebih dari orang-orang lain.

kedua, mengapa memakai boot? antara sebabnya kerana itulah kasut yang safety sewaktu di UK tahun 1960 an..kebangkitan luas Skinhead tahun 1969 tlah menyetujui bahwa boot paling selamat,tahan lasak dan trendy ketika itu adalah boot Doctor Martens yang ada steel toes dihadapannya..

seterusnya bab pakaian pula ada dibahagi kepada beberapa bahagian jenis kecenderungan, berseluar jeans pertama kerana ia tahan lasak, dan fit kerana lebih mudah bergerak. baju yang dikira smart ketika itu yang turut menyokong gerakan Skinhead antaranya adalah disebutkan tadi, Fred,Merc,Levis,Ben Sherman dan sebagainya..

disini ambe faham, walaupun rebellious cara pakainya, bercanggah pada suasana ketika di Malaysia sekalipun, Skinhead yang true tahu apa dan kenapa mereka pakai..

paling tidak menjadi Skinhead, kami bukan Poseur semata-mata.

dan meneliti ketika itu akan perjuangan Skinhead, mereka memperjuangkan hak "Working Class" yang sering ditindas.
dalam Skinhead terbahagi pula 2 puak,
SHARP atau NAZI/White Power.
Pendekkan cerita, ini perang antara Racist dan bukan Racist..
Nazi Skin bawa Ideology Hitler rata-ratanya, tapi diadaptasikan ia pada tempat ini iaitu melaungkan perjuangan "Melayu".
banyak pertubuhan ditegakkan oleh initiative masing-masing..

manakala SHARP atau Skinhead Against Racial Prejudice mempertahankan nasib semua bangsa. berpendapat semua dariantara kita maseh sama.
ini lah perjuangan ambe ketika itu. hingga hari ini, ambe walau di label sebagai pejuang Melayu. ambe tak pernah sesekali melebihkan Melayu sebagai yang perlu di 13 Mei kan agar usir semua bangsa lain.
Perjuangan Melayu ambe hari ini tak seperti apa kita dihadapkan hari ini, diajak join group 60 atau 83 ke apa ke, Mafia-mafia Melayu ke apa ke..tak sama langsung.
*baca artikel-artikel sebelum ini untuk fahaminya.

bahanakan asbab menjadi Skinhead, ambe dah mulai melahirkan apa slama ini ambe pendam diam-diam, dan takut pada pihak berkuasa tidak lagi hairan bagi ambe kerana pengalaman atas pengalaman berkali-kali kena raid, rush bahkan ditangkap masuk lock up berkali-kali ambe rasai.

persepsi masyarakat ketika itu memang nampak jeleknya ambe, kerana ada dariantara mereka kenal siapa ayah ambe.. akan tetapi disini ambe sebagai diri ambe. bukan atau langsung tidak berniat untuk berlaku kurang ajar atau merosakkan nama baik ayah. namun inilah dipanggil risiko perjuangan. yang ambe begitu ambe fikirkan betapa banyak orang Melayu di Malaysia tindas bangsa lain, beri hak berat sebelah dan korupsi. ini yang ambe serta kawan-kawan ambe perangi..
walaupun maseh mentah, diketawakan orang ramai kerana nampak muda sangat untuk dikatakan berjuang.
tapi semangat perjuangan itu sudah tinggi melampai ditinggalkan oleh kami, Skinhead, Punk atau mana-mana puak yang memegang ideology masing-masing..
"Extremist?"
cuba terangkan apa itu "usaha" andai tidak disungguhkan?
bagaimana pula nasib orang yang acuh tak acuh..buat ala kadar tanpa kesanggupan langsung?

kejar..diburu polis..kemudian dibilas pemikiran lagi dan lagi melalui orang tua ambe. degil punya pasal, ambe tetap dengan pegangan Skinhead.

dan arah ambe terubah seketika bila ambe dibawa hilang seketika, ambe kenal seorang pengusaha bebas terhadap penagih-penagih. bertempat di hujung bumi Terengganu.

pada awalnya, ambe andaikan dia akan buat treatment sama seperti orang lain buat..namun ambe silap, dia langsung buat tak peduli siapa ambe, dan tanpa segan silu menghancurkan semua pegangan ambe juangkan sebelum ini hingga terasa begitu bodoh dan terkutuk.

ambe insaf ketika itu, dan tak pernah dalam hidup merasakan ketenangan seperti itu sebelum ini..
ibarat kembali ke perut ibu, yang bebas dari segala macam unsur kehendak.. disitu, soal ambe dan diri ambe sahaja. makan dah sedia ada, walaupun kini ambe tahu sumbernya tak menentu datangnya, tiada sumber tetap.
tidur dipondok kayu yang usang, tak berpintu dan tak bertingkap.
hiburan anda hanya cengkerik dimalam dan hilai tawa kalangan orang yang ingin betulkan diri mereka. tak kiralah dipaksa sebelumnya, seperti ambe. atau datang dengan rela.. namun yang buatkan hingga berminggu-bulan atau tahun berada disitu kerana sanggup lah tu...tak sanggup dah lama lari.
bahkan "dia" tak pernah larang untuk lakukan hanya yang dipesan adalah soal Agama dan Bangsa yang sangat perlu dirisaukan setidaknya.

40 hari disitu ambe sudah bertaut 100% dengan ketenangan disitu, belajar serba susah, bergotong royong, malah sangat berat dan sedih bilamana meninggalkannya, ambe pernah berkali-kali mohon untuk bersekolah disitu sahaja namun tidak diendahkan oleh orang tua ambe..

kenyataan nya ambe perlu hadapi dunia luar dengan apa ambe pelajari selama ini, ketika itu ambe maseh tak reti guna fikiran dengan baik maka ambe hanya tahu satu, iaitu TAKUT..
takut jadi seperti dahulu yang berselaput dengan pelbagai salah guna.

perjuangan "Skinhead" dalam hujung kerak hati maseh ada,
namun maseh ditidurkan dahulu..

seminggu setelah itu ambe dikejutkan dengan kisah guru ambe, di akhbar berita..muka hadapan kerana merogol..
ambe terkejut dan tersentap. apa selama ini sihir ke? atau cuma mainan lakonan hebat?
ambe tak ada siapa-siapa ketika itu,
kecuali dapat sms dengan orang kanannya yang adalah antara orang yang bawa ambe ke tempat itu dari awalnya.

dia hanya bilangkan ambe "ustaz dengan perjalanan sendirinya" bila ambe tanyakan apa benarkah hal ini dan dimanakah dirinya berada?

setelah selesai sms tersebut dibaca. ambe notice bahwa soalan pertama itu tak terjawab, namun yang dijawab hanya soalan ambe kedua.
buasnya sangkaan ambe ketika itu, maka ambe makin kusut dengan hal ini. ambe keliru dan mengambil jalan yang sendiri juga sebagai saksi pada soalan ambe..

maka perjalanan pertama itu disekolah,
orang ramai termasuk rakan ambe tak tahu menahu dimana ambe berada sepanjang kehilangan itu.
dan untuk mendekati ambe ketika itu pun orang naik takut, entah kenapa.. tapi memang ambe tersangatlah berat untuk membuka mulut,
diam ambe selama disekolah memakan masa hampir 1 bulan rasanya.

mungkin ambe naik takut lagi bila persepsi pertama kali kawan-kawan ambe tampilkan waktu memandang ambe seperti HANTU yang hidup dari mati.

komunikasi ambe cuma melalui sms, itupun nombor baru. kawan-kawan lama ambe tak ada dah nombor.. nak minta balik dengan kawan-kawan ambe, rasa berat.. semua berat bagi ambe, barangkali serba salah dalam keadaan separa ini.
apatah ditambah isu yang terbit dari berita, lagi lah susah bagi ambe untuk hadamkan ini dalam benak pemahaman.
maka ambe berkawan dengan sesetengah orang sahaja ketika itu.

sebulan kemudian, proses adaptasi ambe diterima kembali.. ambe mungkin tak ingin hidup seperti dahulu lagi, namun ambe maseh dapat bersama kawan dengan aktiviti lain seperti bermain bola sepak petang-petang.

lepak ambe di canteen sekolah, memang dari form 1 ke 5 memang ambe tak reti makan beramai-ramai dimeja makan, atau lepak lama-lama dan bersuka-ria di mana-mana waktu rehat.
kebiasaannya ambe akan bawa diri kemana sahaja ambe mahu,
kadang ambe sengaja buat hal gila dengan berjalan kaki dari block lama ke block baru ditengah kegeringan jam 9:30-10 pagi yang memakan masa 10 minit kerana ia jauh lah juga,
hanya untuk makan disana..tak kerana ada girlfriend form 2 atau form 1 disana.

lebih-lebih lagi masa merokok disekolah, ambe lebih suka merokok sendiri dari merokok beramai-ramai..alasannya sebab tak dapat nikmati sebatang rokok jika beramai-ramai, pasti diminta sepam dua, kemudian puntung jadi basah kerana kawan anda itu baru lepas makan atau minum. geli.
namun kadang-kadang terdesak pergi juga..buat juga hal yang ambe sendiri katakan geli tadi pada orang lain.

ambe akui ambe pelik disekolah.
pelik ambe kadang kerana serik, kerana ada kawan..pasti nak kawan yang terbaik untuk dijadikan kawan baik, kemudian kawan baik curi hp ambe bukan sekali bahkan dua kali, itu buat ambe fikirkan kawan baik ambe masehlah diri.

form 5 tiba dan ambe didatangi hal yang malah lebih kritikal, iaitu krisis yang besar. dari sekolah yang 15 minit lebih kurang perjalanan dari rumah ambe jadi 30 minit, kerana ambe terpaksa berpindah kesuatu tempat lain atas sebab meredakan keadaan yang sedang tegang..dan ambe disitu bukan kerana ambe mahukan, apatah dirinya..

oleh kerana tahap ini ambe terpaksa merahsiakan nama dan butirannya atas sebab menjaga sensitiviti, mohon maaf terlebih dahulu andai sebahagian hal ini diceritakan. atas nama "perjuangan"..

maka bermulalah fasal kedua terbesar dalam hidup ambe,
perjuangan kali ini adalah dasar paling asas pada kehidupan.. yang kamu dan kita semua bakal lalui dalam satu suasana yang lebih-kurang sama.

hari-hari ambe kesekolah tak tentu dengan apa, kadang terpaksa jalan kaki 5 minit untuk ke airport(oleh kerana rumah itu dekat dengan lapangan terbang) ambe kesitu untuk ambil taxi untuk kesekolah, jam 5:30 dah bangun. 6 keluar dan 6:40 begitu sampai disekolah. namun kerana ambe jauh dari orang tua ambe, wang adalah terhad, bahkan kadang makan minum ambe sebab kawan beri, ambe pinjam dan teman ambe belikan.
bagi ambe, itulah makan pagi dan tengah hari dan mungkin malam..seminggu permulaan semua maseh ok, kami maseh boleh makan nasi, berlauk apa lah, dan boleh rasa masakkan kedai, sampai satu ketika gawat itu benar menjelma.. untung ambe maseh lah orang yang tahu Allah ada, Allah jamin rezeki itu tiap masa. kadang tu, bila ambe terlintas sahaja, ada orang beri, jiran beri..
freaked out memang, sebab itu hanya kuasa Allah sahaja mentidakmustahilkan ia berlaku.

sebulan, ambe maseh ke sekolah, ndak dijadikan cerita, classmate ambe duduk tak jauh dari rumah ambe tinggal, maka pengangkutan ke sekolah tak lagi bimbang, ambe tumpang dia hari-hari dan balik pun dengan dia.
hanya lama kelamaan ambe pun naik segan dan malu, sampai satu tahap ambe menangis sendiri kerana sedih menyusahkan orang lain..ambe bukan orang yang ada keistimewaan apapun. ambe yang rapuh kerana itu ambe jauh dan makin jauh dari rumah ambe sendiri...
ambe terpaksa tidak kesekolah seminggu kerana tak nak susahkan kawan ambe ni, ambe duduk dirumah itu sambil baca sendiri apa yang mungkin ambe tlah tertinggal.

dibenak kepala ambe cuma satu, ambe nak jadi Hotel Manager dan belajar di UITM, ambe kena lulus baik SPM ni.

kes jadi serious bila ambe kembali ke sekolah setelah seminggu bercuti sendiri..
bila kawan sekolah mengetahui hal sebenar ambe ketika itu, ambe jadi malu. kerana ia adalah perihal dalaman ambe.
tak cukup dengan itu, cikgu sekolah pun turut memainkan peranan masing-masing, tujuan ambe ke sekolah untuk belajar dah jadi macam "institute rumah tangga"..sedangkan mereka tak faham, keadaan ambe ini ditengah-tengah.
namun ambe ditujah oleh hukum hakam yang mereka sengaja guna agar membuatkan ambe serba salah, akhirnya ambe pun bingung perihal Agama. mengapa berat sebelah? soal ambe ketika itu..

tekanan ambe rasakan bila ambe dipanggil guru class,
kerana dia sahaja lah guru yang bukan Islam..pada awal dia berbahasa baik dan kemudian menghuraikan moral rumah tangga, bagaimana dia dan suaminya, ambe sedikit selesa.
bila tiba satu tajuk, ambe melenting seraya berkata "kamu tak tahu bagaimana keadaan dirinya dan bagaimana perasaan dia"
langsung ambe keluar dari kamar guru dan beredar ditepi dewan untuk bersendiri..

sejak tahun kelmarin, business abang tiri ambe membuka kedai makan singapura, dari modal kesemuanya dari seseorang, hingga lah tahun ketika ambe berada dikondisi sebegini, maka adakalanya selain tumpang balik dengan kawan ambe, ambe boleh tumpang balik dengan abang tiri, walaupun lewat malam setelah kedai tutup atau kadang baikhati tu ada, ambe sampai disana, setelah makan sepinggan dan minum segelas, ambe pun dihantar pulang sementara kakak ipar ambe jaga.

ini antara sumber income setelah hidup diluar rumah sebenar, ambe faham.. ada boleh rolling dan ada untung, walaupun dah mula dengar complaint tempat kurang strategic atau lain-lain alasan kenapa tak laku. ambe sekadar iyakan ajalah, kerana ambe tak punya pengalaman bagi mengatakan apa sepatutnya dan apa tidak patut. ambe maseh sekolah.

namun setelah beberapa lama ambe, abang tiri dan kakak ipar bersama dirumah itu. akhirnya meletuslah kemarahan diatas rasa tidak puas hati.
jika hendak kompilasikan rasa tidak puas hati yang pernah dilontarkan pada ambe diatas kesalahan seseorang itu yang padahal tlah banyak bahkan melebihi sepatutnya dalam memenuhi maksud pengorbanannya terhadap hidup abang tiri. fakta jelas, nikah pun disediakan semuanya, urusan disediakan, belajar dibayar, tak masuk biaya belanja pun orang yang sama keluarkan, bahkan kereta atau lesen kereta sekalipun ditanggung, ditambah pula kereta Volkswagen lama untuk kegunaan di tempat dia belajar, dah habis belajar tukar kereta lain kerana beralasan kereta VW tu banyak masaalah, Wira Aeroback 2nd hand dibeli, tidak lama setelah business kedai makan yang disponsor penuh dari pinggan mangkuk,gelas, dapur dan segala macam modal lain hingga cari kedai untuk disewa semua dari satu sumber..maka bersama alasan perlu bawa banyak barangan basah untuk masak dan sebagainyalah, maka Van dibelikan sementara kereta Wira itu di trade in. belum 1 tahun business, bahkan baru 2 bulan tak silapnya business berjalan, investement atau pembaziran dahpun subur diamalkan semata-mata demi Kasih.
walaupun begitu,
malam-malam ambe yang sudah muak dengan karenah disekolah, ambe disaji dengan sesi curahat aduan rakyat. corong telinga ambe berapi-api melecur kerana kata-kata nya lembik kalahkan makcik, yang mengadu atau definasi ambe.."kutuk" orang yang berusaha gila-gila membantu dia.

2 bulan bersama akhirnya berpisah dari rumah itu, abang tiri kembali ke rumah tinggalkan kami. dan orang paling sedih ketika itu adalah ambe, kerana tak dapat bantu apapun.. dan orang paling pissed off adalah juga ambe, kerana begitu meluat pada laku manusia yang teruk dan betapa rendah fikirannya.

maka saat getir itu disalut dengan kemurungan, 3 hari rasanya ambe tak sedap duduk baik disekolah atau dirumah itu, memandangkan merenung nasib yang diluahkan dari raut wajahnya.. makan pun tak lalu, maka ambe carilah sedikit bantuan wang dari kawan, pinjam dan belikan makanan dikedai agar paling tidakpun makan. ambe takut masakkan ambe nanti tak sedap, memang ambe slalu masak. hanya berusaha menceriakan keadaan ketika itu..

kerana begitu tertekan, yang ambe jarang tunjukkan dihadapan orang, akhirnya dijelaskan melalui perbuatan bodoh iaitu mengelar tangan ambe sendiri bertalu-talu hanya untuk mengenal pasti, ini mimpi atau benar?

ambe sungguh tak berpijak pada bumi yang nyata, rasanya baru semalam kita ketawa, hari ini semua murung.
keceriaan disekolah ambe dah hambar, semua nampak macam sesumpah.
dimana ambe nak pergi? soal ambe sendiri..

tak mungkin lari lagi..ambe nak bantu keluarga nanti, belajar walaupun kadang ambe fikir terpaksa turut sistem yang kurang seberapa yakin ini terpaksa juga ambe lakukan..

setelah selesai SPM,
adalah sandiwara atau drama bersiri-siri berlaku, ambe dituduh membela saka kemudian dirawat guna headphone yang mengaji, yang bawa itu pun ustaz.. dan surah dibacakan pun cuma Fatihah, Yasin dan Ayat Kursi..
ambe baca bersama lagi, dia terkejut maka tiadalah lagi bayang ustaz Ipod tersebut dan kemudian, blockbuster main event antara pelakon nya adalah orang yang pernah berada bersama seawal tahun dahulu..konon dirasuk. Jin yang masuk badan dia, kononnya kata rumah ambe duduki itu keras.
ambe jadi lawak dalam menyadari fakta rumah tersebut memanglah keras, kalau tak keras, tak mungkin tahan ribut dan hujan..buat dari batu kot.
nak bahas bab Jin, jin tu dimana-mana aja, khususi bagaimana lagi kita nak pertikaikan?

selesai itu datanglah gerombolan lain, permainan "police and thief" berlaku dan kami hijrah ke KL setelah itu, berteduh dirumah sepupu ambe.

disitu ambe bekerja untuk sara diri berbulan-bulan, kemudian ambe sambung belajar..

hingga ke Mesir jadi saksi kedatangan ambe selama setahun, bukan kesana hanya untuk SIJIL agar dipandang ia dari kelulusan Universiti Al-Azhar. namun untuk membuka lebih lagi mata fikir ambe terhadap "Perjuangan"..
dan penyaksian berserta penjelasan detail dengan berdialog bersama para Ustaz dan orang yang bertaraf Ulama di sana, apa ambe didatangi awal ketika form 4 itu satu hadiah.
kerana orang hari ini pun nak jaga 1 penagih tak mampu..jangan kata 1, apatah lagi beratus hingga mencecah ribu, tempat atau orang yang melata melakukan usaha murni ini..

yang diasaskan oleh "dia"..bertunjangkan Bangsa yang mengamalkan kehidupan yang Islam. tak ada yang salah buat ambe..selagi Niat kita teguh menyukakan Allah hingga mencapai matlamat Cinta yang abadi..sukakan orang mengikut cara Rasul amal itupun sudah cukup suatu benda yang Allah suka, membantu orang tanpa ada sebarang harapan dengan pemerintah dan mengekalkan usaha ini diatas persendirian bukan bagi ambe cara yang bodoh dan tak strategic..pokok pangkal dari laku ini dah buktikan bahwa usaha asbab "dia" tlah membuktikan usaha demi Tuhan, Tuhan sendiri akan jamin rezekinya..
tiap anak dilahirkan baik kafir atau Islam pada kad pengenalan maseh Tuhan jamin rezeki buatnya, jangan soal darimana datang namun sejauhmana kita yakin atau confident adalah urusan Tuhan sendiri.

dan setelah bersama Dendang Anak buat waktu ini, mungkin sahaja nanti ambe ditakdirkan pergi lagi..siapa tahu,
ambe tetap berpegang pada "Perjuangan"..
kami pernah dituduh geng sesat, kerana Akhbar katakan begitu..bila kami ajak ke tempat kami, pendakwa sendiri yang cuba hindari..salah itu bukan salah semata, tapi mentaliti kita itu dimana?

kamu kata itu salah, sementara kamu belajar fahami atau tidak apa benar bagi pihak kami?
bila ambe kata ia fitnah..sesetengah yang pernah berbicara dengan ambe dan bertanya pada ambe sendiri akan cuba sedaya upaya memperkuatkan lagi fitnah tersebut. pertama, dah lah singgung perasaan ambe. orang yang sudi bersemuka, walau beratus orang tlah berburuk sangka terhadap ambe..
kedua, dah tahu kata "fitnah", kaji lah terlebih dahulu kenapa, bagaimana, apa dan dimana yang ambe katakan hal itu atau ini fitnah?

kita ambil contoh Anwar Ibrahim sudahlah, yang menurut penyokongnya satu "fitnah" mengenai yang dituduh melakukan hubungan seks dengan pelacur. walaupun di video yang kurang jelas, ORANG KATA betul kita percaya bulat-bulat, walaupun muka yang lebih kurang sama, ORANG KATA begitu maka kita iyakan sahaja.

Fitnah satu perkara yang bermula dengan tuduhan.
orang melakukan Fitnah terhadap orang lain itu, kamu rasa ada kepentingan tak?
kita cakap pasal Politik lah, semua berkepentingan in fact.

untuk mengetahui samaada Fitnah tersebut benar atau palsu, hanya satu sahaja caranya untuk tahu.. berada ditempat yang sama dan keadaan yang lebih kurang sama.

meletakkan diri anda ditempat Anuar Ibrahim sedang lalui kemudian rasakan apa sebenarnya perasaan anda?
bab melakukan hubungan seks atau tidak, secara tabii atau luar tabii, semua orang mungkin atau tidak mungkin lakukan hal itu.bergantung sejauhmana kita ndak pada Agama atau tidak, yakin atau belum..Pilihan sebenarnya.
"Undi" pada pilihan raya membuktikan bab Pilihan, buat mereka yang turunkan Undi, tak payah sesekali mendedahkan undinya, ia seharusnya Rahsia.

tapi kita soalkan bab apa perasaan anda, jika andalah Anuar Ibrahim. pasti anda tahu dengan kekuatan dan pengaruh Anuar Ibrahim ada, pasti ada yang dengki dan ingin menjatuhkan dia kerana kepentingan sendiri. kenyataannya, orang akan menindas orang lain dan saling berbalah tanpa henti hanya kerana satu..capai apa dia ndakkan. Matlamat bermula dengan Niat. jika Niat tak baik, Matlamat hancurlah.

ambe gunakan Anuar Ibrahim sebab ia paling baru, ambe nak cakap pasal Mahsuri atau lain-lain tak semua tahu sangat secara umum.

akhirnya orang yang Fitnah itu akan menyedari bila mengenangkan perasaan orang yang mereka tuduh.
kecuali mereka yang ada tujuan lain. mereka akan tetap Fitnah.
sedangkan Fitnah itu, lebih teruk dari membunuh orang beriman.
padahal 1 orang beriman itu menurut "dia" adalah Rahmatul alamin....

dan hingga hari ini, walaupun ulang alik kerana Fitnah.
"Perjuangan" tetap diteruskan.
Usaha penagih maseh hari ini berjalan..tanpa menghiraukan apa orang lain kata, yang penting apa Nabi kata.
"dia" ambe maksudkan disini adalah tok guru ambe.

dan ambe bukan taksub kerana kata-katanya, namun ambe ambil kira semua kata-katanya agar ambe sendiri saksikan sendiri..
walhal dia jarang bercakap atau muzakarah secara berdua dengan ambe..sms pun kadang kerana kerja atau tugas,
tapi bab kemushkilan, ambe sering didiamkan.
mungkin lah..kerana dia nak ambe lebih yakin pada janji Allah, bukan kata-kata manusia. dalam diam laku itu, beliau sedar..beliau adalah manusia, makhluk Allah..

orang yang SESAT..pertama mereka tak jumpa jalan, tiada haluan, tiada arah..ambe dan kami semua, paling tidak ada orang yang pembawa. bermakna bila dah ada orang atau guru yang pembawa..sesat itu tak pernah ada. ambe berkali-kali diseret keluar olehnya kepada mengenal yang trang. walaupun hanya hadir sebagai pesan.
jadi siapa yang sesat tanpa guru sekarang ni?..

tak kurang nya kes ayah ambe hingga hari ini tak selesai,
kerana dah kenyang..apapun hal Stadium Runtuh tak dipedulikan langsung pihak berkuasa.
sedangkan ia boleh mewujudkan sangkaan salah. akhirnya jadi Fitnah.
ambe tak hairan jika dah berlaku pun hal Fitnah.
ayah ambe dah terang-terangan nak lawan, biarlah apapun jadi.. katanya.

sebelum berakhir kalam, ambe ndak jelaskan bahawa apa ambe sampaikan tiada sebarang niat memalukan sesiapapun kecuali diri ambe sendiri..semua ambe lakukan demi penjelasan atas nama "Perjuangan"

bak kata pepatah Iwan Fals:
"Perjuangan itu perlaksanaan kata-kata"..
kata penyair terkenal suatu masa dahulu, Rendra tak silap ambe:
"jika takut pada risiko (susah payah), jangan panggil ia Perjuangan"

bagaimana dengan "Perjuangan" anda?

KBD