Monday, June 27, 2011

dalam belajar

ada kesah sepi ingin ku leburkan menjadi umpan kepada umpatan orang ramai yang ingin mencari salahku dan menggoncang kepastian yang slama ini digenggam rapi,
ini bukan kesah Cinta ambe dengan mana warga wanita, ini kesah sendiri dengan bayang.. yang menyerlah itu dikata cantik, sedang yang tenggelam dibawah jasad itu masehlah bayang.

andai buruklah pula kita rasa apa adanya dihadapan cermin,
hidung kembang atau pesek,
mata lolong atau sepet,
mulut sumbing atau rabik,
telinga terkepit atau carik,
hakikatnya anda hanya lah bayang yang langsung tiada menghargai bagaimana adanya anda pada awal mula.

itulah ambe,

yang syak sendiri..

ada yang pada sangka..mereka anggap sarwa kata ambe selama ini..baikpun yang di notasi FB, Tintapusaka.blogspot atau dimana-mana lembar dasar luahan penulisan ambe dapat dipahatkan menjadi ayat-ayat yang berbaur tuduhan, hinaan, cercaan, perasan baik, berlagak, satira dan sebagainya yang lainnya adalah yang disengaja bikin sebagai tali atau jerat fahaman yang sesat sendiri, kalam yang tak tentu hala dan apa-apalah..

anda yang sedang baca. apa syak anda terhadap ambe?

ambe faham dan ambe tahu,
bukanlah semua faham pada kata ambe, ayat ambe..itu tak penting. walaupun ketika ambe menukil kata tersebut, begitu penuh kerahan fikir, pada kebisuan mulut cuba-lah akan ambe berlakon menjadi penulis, mengalirkan getar nada suara pada gerakkan akal yang menguasai jari jemari agar tempat letak jari ini benar menekan huruf A B C D yang berselerakkan diatas papan kunci atau "keyboard"..
paling tidak sekalipun,
sebelum anda pertamakali mengheret mata untuk menuju Nota ambe ini, tanyakan..mengapa rasa ingin tahu itu wujud?
apa yang menarik terdapat pada diri ambe hingga ada meng-like atau memberi sepatah dua kata bagaimana terkesan sebahagian anda membaca garapan ambe, yang jika ndak dibanding tarakan dengan penulisan Pak Samad atau mana-mana penulis yang sudahpun terkenal atau punya "nama" hinggap di otak anda.
Sedangkan ambe tidak mengejar demikian, ambe sekadar bercherita, itu kepala tajuk blog ambe suatu masa dahulu, ia sekadar kesah, pada mereka yang kesah akan kesungguhan satu orang yang tujuan hidupnya hanya berkongsi,

cerita hebat ambe, walaupun mempunyai semacam sakti untuk memamah besi atau pun berjalan diatas air. Maseh ada yang wujud dimuka bumi sama, bahkan dalam mengenal peribadi seseorang itu sudah tentu buat anda terkedu..apatah ambe, yang 0.

kerendahan diri yang dirasakan ambe, didalam mengenal sendiri itu sekalipun bukan lah pembuktian kepada pembaca agar yakin ambe adalah 100% baik. dah jelas, ambe disini dan maseh hidup, entah beriman atau tidak lagi, Islam atau belum benar yang Muslim, itu dalam seharian ambe, maseh dicari..Jika berjumpa, ambe kumpul akan ia dijadikan rujukkan, ambe tulis di nota Iphone ambe bagaimana rasanya hari ini atau menukil mentera atau gurindam di laman maya tujuan utama tetap diri ambe dahulu.
ia dijadikan peringatan, dan ada masa yang luang ambe baca semula,

seperti "Syok Sendiri" kata orang, ambe "Syak Sendiri" bahwa ambe tetap yang rendah..sementara anda yang paling dihormati, kata kesat yang tlah dilunturkan walaupun mulut ambe berkalam adakalanya satira.

namun segalanya adalah "tanda", yang ada ditepi jalan raya ada "tanda lencongan" kemudian dihadapan lagi ada tanda "perlahan kan kenderaan" dan sebagainya.. bagi ambe, yang tertulis itu disini semuanya adalah tanda peringatan bahawa ambe sayangkan diri ambe, dan takut ambe pada soal "kau kata hari ni lain, buat lain..cakap tak serupa bikin".. ya iyalah, ambe atau anda sekalian pun turut melalui fasal yang sama atau serupa. "cakap tak serupa bikin" ternyata bukan filosofi yang membuat anda beringat bahawa andalah yang tepat dan tetap pada kata-kata. Ia berubah pada ketentuan, dan ketentuan itu bukanlah kita kuasai sepenuhnya. Mungkir janji sudah tentu ada menguji dan menghalang agar perjanjian awal itu tak dilaksana dengan sempurna. itu mesti dan pasti.
bagaimana kita dapat bergantung pada kata-kata Pemimpin kita dahulu yang mentamsil istilah "Janji Melayu" sedangkan dia sendiri pun tidak Melayu.. Buat pendirian ambe, menjadi Melayu itu paling halus,
jika pandangan kita pada orang Arab kita katakan mereka Kasar, Melayu itu tersangatlah perinci dan halus..

cuba berikan bangsa apa lagi yang ada dimuka bumi ini setelah istilah "Melayu"?

akan tetapi bila ambe katakan begini, orang akan berprasangka bahwa ambe adalah orang UMNO dan membenci pada pembangkang, sedangkan pandangan ambe yang sama sepertimana guru ambe beri tahu suatu masa yang dahulu, kita bukan rasis jika kita perjuangkan Melayu, kerana Tuhan suruh kita saling kenal mengenal dengan Bangsa yang lain..

pendapat ambe ketika itu,sangat bercanggah, kerana ambe berfahaman Skinhead SHARP. Penentang hal perkauman.. namun ambe diamkan sahaja, dalam diam ambe bertelagah dengan sendiri. Hingga ambe mengaji semula segala bahan yang tersedia, perihal Melayu hingga Arab..Berpuluh-ratus-ribu suku kaum atau puak yang menggelar kan diri masing-masing dengan nama lain.
Inilah "Sejarah"..dipinjam dari bahasa Arab, Syajarahtun andai ditafsir kepada bahasa Melayu maknanya "Pohon"..

Mengenal isi kandungan Pohon sudahlah satu hal yang gawat, ada Akar, ada Ranting, ada Daun, Bunga atau Buah. Namun pohon itu ada benihnya, titik mula, ada tempatnya, ada suasananya..yang tersendiri.
Pergantungan hayat pohon itu pun memerlukan Api-agar tidak terlalu dingin, Angin-agar tidak terlalu panas, Air-agar tidak terlalu mencengkam, Tanah-agar dibataskan kelembapan mengikut kesesuaiannya.. Itupun sudah jelas, Sejarah bukan setakat kita hafal dan ingat, walhal amalan seharian kita pun ada kadar yang lebih-kurangnya, dan saling memerlukan itu sudah tentu. Kitaran Sunnatullah atau Sains, menyebabkan ia berlaku begitu kenapa tidak begini dan terus titik.
dan titik akhir kata itu mengehadkan agar kita cukup berfikirpanjang diatas hal-hal demikian, simpan untuk esok dan lusa atau suatu hari nanti kononnya.

Tetapi hingga hari ini, istilah kafir "Sains" sendiri tak dapat mengkaji Ajal. Kerana untuk mengenal Ajal, perlu Mati. Sampai ke hari ini mungkin Ajal atau Mati tak dapat Sains kupaskan apa punca Mati. Hanya yang ada cuma alasan, sebab, tak kukuh.. Ada orang mati sakit jantung, sementara ada mati kencing manis, lalu kita pun "oooo"...dan teruskan menangis, mengeluh dan mengutuk Tuhan dengan soalan "Mengapa matikan dia, bukan aku?"..

Dasar orang Freethinkers atau Aetheist ataupun Pagan yang saling mempercayai bahawa semua berlaku ada sebab dan terus mencari butang noktah. Ulasan dan Kesimpulan logikal mereka buat kita pun saling serta mempersetujui akan hal yang zahir, sementara bidas semua yang bukan fakta atau hal yang ghaib. Ada sahaja dari antara mereka, yang ambe berkawan di FB ini, kutuk keras pada orang berpegangan Agama, kerana Tuhan yang maha baik pun kamu orang saling bertelagah, kamu kata Agama tu kebaikkan?

ambe tersentap, kerana memang kenyataan kita hari ini begitu..

walaupun niatnya bukan berbahas, ambe berkias semula "kamu tengok sahaja pun dah sah bukan kebaikkan, penting diri dan lupa diri, ajaklah kenal apa yang baik..yang hidup kan saling bergantung"..

tak ada jawapan setelah itu, dan lalu remove ambe dari friendlist.

prang antara terima dan nafi kita dari dahulu dan kini, tak pernah habis-habis.
padahal kebenaran itu tak terjangka sampai bila, ia ghaib pada kedatangannya.

Hebat?
ambe kira Hantu lebih Hebat, berjaya membina satu kerjaya buat pembikin filem hari ini, box office lagi.
lain keadaan, kerana Hantu..orang malas mengaji boleh jadi Khatam satu Quran hanya semata-mata untuk halau Hantu.. kita kata baca Quran boleh halau Hantu, ambe dengar macam orang Islam berversi Hindu je..ada ke Quran buat halau Hantu? Nabi Muhammad perturunkan wahyu Al-Quran untuk halau Hantu semata atau suruh kita faham dan laksanakan apa ada pada isi kandungan dalam Quran?
Dahlah Quran bahasa Arab, itu sekian hal lah.. Kalau lah ambe Hantu itu yang datang dari Arab, fasih berbahasa Arab, ambe rasa ambe pun sengih dan berkata "Cerita apa ni?"..dahlah baca tu berketar-ketar kerana takut.

Namun begitu, baca sesetengah ayat itu benar dapat menghindarkan Hantu ataupun Jin. Ia adalah peringatan seandainya anda baca Ayat Kursi sebagai contoh, atau Kalimah Audzubillahiminassyaitanirrajim..
Bahkan Hantu pun sedar, ada khalifah atau penyampai kalam Muhammad dimukabumi ini, yang ditakuti hingga lari hantu itu bukan bagaimana berkesannya anda baca, namun pancaran kebenaran ayat tersebut berkenaan kebesaran Tuhan terhadap mereka. Kalau ambe kata mereka kenal Tuhan lebih dari anda, pasti anda mula skeptikal.. "dia tu hantu kot".
Bagi fahaman ambe, hanya yang kenal maka dia buat sebaik-baiknya.
Jika Hantu tak kenal Tuhan, pasti lah ada yang baik juga.
Hari-hari kita, ada dengar orang kata berjumpa "Hantu Insaf?"..Jin ada-lah..Setan pun tak ada, jangan kata Iblis.
peranan mereka masing-masing begitu. Iblis dari Azazil yang degil dan sombong tak ndak tunduk pada perintah Allah taala. Kerana rasa bagus dari Adam. itu je ceritanya, bermakna Iblis pun menyaksikan Tuhan sebenar Tuhan....terus kenapa dia tetap begitu?
ambe rasa baik tanya soalan kenapa Kesah sebegitu dijadikan, siapa diantara makhluk ada akal untuk fikir kalau bukan Manusia?
Jadi ia bukan sekadar Kesah atau bahan Sejarah. ia adalah renungan kepada kita, sifat Sombong dan Rasa Bagus dan Hebat kononnya itu masaalah pertama kenapa kita maseh kekal untuk berbahas dan bergaduh atau berpidato ataupun berdebat Satu tugasan kecil, yaitu "Terima"..kita sendiri buat payah, diperpanjangkan kerana rasa pandai, hingga ada kalah dan menang.
Beragama tak ada kalah dan menang, kalau betul begitu maka ada masa Tuhan pun kalahlah ye?
ia hanya apa kita amal atau malas buat..terima atau menolak.itu je..Pilihan.

Ambe nak kata pancaran kebenaran datang dari diri tu, macam menipu pun ada.. Hari-hari pancar air kencing merata riti sampai hilang tertib sunnah adalah.
Hakikatnya memang begitu, kita sebagai Orang yang memilih, adalah Manusia yang Insan, pada diri ada Roh yang begitu ingin dan rindukan hal suci, kerana dari awal kejadian pun terbukti penciptaan diri pun datang dari Syurga. Rujuk Kesah Adam alaihissalam..

Justeru, mereka takut bukan kerana Sejarah yang kita bacakan terhadap mereka akan tetapi sebelum adanya Sejarah atau segala-galanya. Maha Punca menjadikan kita sehebat diriNya dimukabumi, dengan tiap perkara dan hal dengan namaNya.. Asma ul Husna, jelas ada pada diri kita. Yang Sabar, Yang Memberi Petunjuk, Yang Pemurah dan Penyayang.. Agar memberitahu makhluk lain, tanggungan dan peranan Umat yang Muhammad bukan sekadar hidup yang menanti mati. Akan tetapi menjadikan diri yang Khadam kepada Allah dimuka bumi..Hamba sebenarnya.

Lihat betapa berkuasanya kita hari ini, merubah berpuluh ekar demi pembangunan, sekelipmata dah ditebas pohon, binatang dan segala makhluk diusir, apa perasaan anda bila amanah memelihara itu diperkosa sendiri? Anda tentukan jika andalah binatang hina Babi atau Khinzir, dahlah makan najis dan sisa. Diusir dari tempat nya..Bengang tak?
Sekarang baharu nak terasa, baharu nak sibuk ajar kan atau ajak orang untuk berubah, sedangkan mentaliti berubah itu perlu anda terlebih dahulu.

"Dah tu, dia tulis panjang berjela ni nak suruh siapa berubah? kenapa tak tulis kat buku sendiri je, baca lah hari-hari untuk sendiri..semak-samun jelah Ku Bad post nota ni."

buruk sangka ambe menuduh anda yang begitu baik dan sudi membaca, seraya menjawab "dah tu, kenapa add friend dari awal-awal? kamu ber FB atau belek diri orang lain yang "Friendlist" anda. Kenapa tak fikir dahulu tentang risiko atau jerat ambe yang mengarut ni?"
..dah nama pun Facebook. Buku kepada Wajah diri..walau ada sesetengah anggap ia sekadar suka-suka untuk bersosial dan mengenal, ambe ambil peluang ini agar ada perbezaan sedikit adakalanya. Buat ambe, kita dahlah jarang berjumpa, kadang-kadang bersama, selalu bersama pun belum tentu faham siapa orang yang mereka temui. Maka disini ambe ambil lah kesempatan agar pemikiran ambe dikongsikan, dinilaikan sendiri, diamalkan kerana ambe bukan ndak siapapun berubah, kecuali diri..Hanya ambe ndak kita merubah Nasib anak,cucu dan seterusnya yang bakal meneruskan perjuangan bernilai baik. Tak suka dengan Kitab Wajah ambe, delete atau remove sahaja saranan yang terbaik. Kerana anda takkan beroleh apa munafaat bila dah mula meluat dengan orang yang anda tak boleh terima..kecuali meneruskan berprang dan melontar batu dari jauh tanda kebencian yang kritikal.

Syak Sendiri ambe kekal asli buat sendiri, sahaya adalah ambe.. maka ambe Syak bahawa ambe banyak salah, kerana itu maseh disini, bukan di Syurga atau kayangan..cara paling terbaik buat ambe, adalah belajar dan terima semua dalam kadar Dalam Belajar.

disitulah kunci segala "Hakim" yang ada.

perkongsian kali ini mohon berhenti..

KBD