Saturday, June 25, 2011

Zaman

ambe?
orang politik...pun bukan, mungkin paleolitik agaknya..
seloroh ambe dengan seseorang yang dari tadi dengarkan celoteh mulut lancang dan busuk dengan setanggi Gudang Garam ambe bakarkan,
typical adakalanya orang kita, bila menabur kan pendapat diri secara peribadi..dah kita dianggap orang politik.
sedangkan politik itu kepentingan,
baik kepentingan rakyat atau diri sendiri kita dapat tengok dikanan dan kiri hari ini,
ambe tak ada apa kepentingan, mungkin kehendak ambe ada. ajak orang berbuat benda yang lebih baik dari itu, dari menyebarkan hal-hal khilafiah, kita sendiri tiada pada kondisi tersebut dah nak berhujah macam-macam..

tetapi itulah kenyataan yang berlaku sekarang, kita kata orang itu "photographer" bila dia mengangkat camera berserta lensa canggih dan mengepostkan ia kedalam forum atau website yang terdiri sudah tentunya photographer.
bila diberi pendapat mengenai hal photography serba sedikit, ada pula bidas kata kita.."kamu orang baru, apa tahu..kami dah lama, tahu lah" dari antaranya yang pernah ambe di soundkan.

padahal itu kan "pendapat", ambe dapat yang ini..sudah pasti kamu dapat yang lain rupa dan caranya, berbeza. kepada otak sempit mendapati pendapat itu selalu sama pada KETIKA ITU, secara tidak langsungnya lah..kemudian berdebat hingga nak terbalik meja makan kerana begitu KERAS dengan status nya.. kamu nak perasan PRO, atau semi-PRO atau baru ke. itu lantak pegi lah, namun mendengar dan menerima pendapat orang lain itu kan lebih sihat.
nafas..adalah keperluan nyawa, kamu butuhkan nafas dan dapat udara yang sama kerana itu anda hidup.
keperluan kita pada usul mula awal itu jelas sama, yang dimaksudkan berbeza dan soal kenapa KETIKA ITU tadi ambe sengaja caps lock kan adalah untuk menyatakan bahawa persamaan itu bakal berubah di KETIKA ITU. tunggu sahaja akan nanti itu.
KETIKA ITU menerangkan keadaan, yang berbeza suasananya. ada yang Tuhan beri segera, dan ada Tuhan beri nanti, ada juga Tuhan tak beri dalam bentuk yang sebegini malah diberi dalam kadar yang sebegitu.
kenapa harus begitu? itu method ketuhanan, yang rasanya jauh dari ambe untuk fahami, menjadi orang berkuasa sementara waktu yang pendek pun memusingkan kepala, apatah jadi seperti sekarang.
keadaan akan datang, lambat atau cepat ataupun ditangguhkan sementara.
tapi kenapa nak keras dengan hal didapati lambat atau cepat. sebaiknya bersiap sedia andai belum kena dan dah kena berhati-hatilah pada hal yang tidak baik dan memudharatkan business atau diri anda..

sama terjadi dengan perihal lain, ambe pernah nyaris dipukul kerana Politik Parti kerana ambe menyampaikan fakta yang terdapat dari media pembangkang. ambe pada mulanya cuma bertanya, dijawab dengan kurang ajar, maka ambe tanya kan "ini ke orang dikatakan pejuang Bangsa yang mendokong Agama?" terus melenting..
dalam hati ambe, kalau begini lah rupanya cara orang Melayu handle soalan, tak kemana lah.. no wonder kita maseh tidak dipandang hormat oleh negara International apatah lagi jiran yang kita langsung tak peduli nasib mereka bagaimana. sedangkan Negara Islam ni.

bagi politik pembangkang, mereka banyak respond pada hal yang semasa dengan baik, bagus dan ambe nyaris-nyaris menjadi antara orang yang akan mengabdikan diri pada politik pembangkang diatas ketelusan mereka. walau hidup diatas udara yang bebas namun kedap udara rumah mereka disebabkan udara tersebut dicatu oleh pemerintah sendiri. "berlagak Tuhan" kata sesetengah orang parti politik yang cenderung kepada Islam katanya. reality logically pun betul apa, yang berkuasa itu yang memerintah. Tuhan dalam sanskrit, Kuasa dalam bahasa Melayu kita.. lain semua hamba abdi. mana mungkin satu negara semua mentadbir, sudah pasti ada satu sahaja yang terpilih. namun begitu mana-mana parti perlu tunduk pada satu kuasa mutlak.
iaitu sistem Monarki. yang paling sensitive isunya anggap sesetengah masyarakat, bila dipersoalkan tentang Ketuanan Melayu yang pribumi. dah mulailah melenting, ada penguasa bertitah "jangan persoalkan hal itu"..sedangkan yang tak tahu perlu tahu, paling tidak pun beri lah hint pada orang ramai supaya dapat menganggar bagaimana ia berfungsi sebenarnya..

semua kabur hari ini, ambe jadi seram sejuk pada membaca hadis petanda akhir zaman,
dimana dikatakan "akan berlakunya kabus"..
syariat kita tahu kabus itu mengaburkan pandangan mata kita, ndak berjalan diatas highway ditengah malam tanpa lampu jalan adalah satu-satu hal yang mengerikan, kerana sebelum zaman kabus ini ada kita dapat anggar kereta atau motor yang ada dihadapan apatah halangan kerana pembaikian jalan dilakukan..kita maseh boleh turunkan speed limit dan menekan brake seandainya ia diperlukan. tapi kabus yang tebal bagaimana?

itu lah pantulan pada reality kita hari ini, bila semua kabur..mulalah orang-orang yang perasan "Malaikat" ini meniupkan seruan sangka-kala mereka diudara.. sangka kita begini, dan begitu, sedangkan ia tak seperti apapun diandaikan. disyiarkan kepalsuan seruan-seruan kita..apa itu tak ada ke simbolik perilaku orang kita hari ini?
tanya ambe, semacam ejekkan pada Tuhan..memanggil-manggil agar bungkus sahaja lah tempat ni. adil kan di mahkamah Akhirat lebih baik memandang kan hidup disini semua dah dibeli-beli oleh orang-orang berharta. Undang-undang dijual beli murah bagai pasar..sedangkan itu Adatullah pada hakikatnya, MARUAH dan MARTABAT kita sebagai orang Islam. akhirnya semua sekadar sangka. kepada para ulama atau orang-orang yang perasan diri dah "Malaikat", mereka sekadar cakap diatas tanpa bersama orang susah..dah kata orang tak reti syukur, tak tahu sabar dan sebagainya.. bab asasi kehidupan dah kita KIV kan kemudian beralih bab Hukum.
tembak sana sini dengan hadis Nabi dan sabda Rasul atau paling bahaya bagi mereka yang guna Firman Allah sebagai Bomb Hiroshima, last card kita atau pertaruhan akhir dalam membenarkan apa KAMU kata sedangkan Tuhan atau Nabi memberi cadangan sahaja, itu dan ini agar diyakini dan disaksi sendiri..tak buat pun tak apa, tapi kafir lah jawabnya.

tanya orang Ulama hari ini, HUKUM untuk siapa?

jikalau ambe Ulama, ambe akan bisu kerana hukum, sebab ambe tahu salahnya itu semua dari ambe yang tahu namun tak usahakan semua yang masih bodoh mengenai hukum. sekerat kata dari 4 ayat sabda Nabi, "Ilmu tanpa amal, itu munafik"..cakap tak buat berbohong ajalah. kalau kata ambe disini tak beri apa kesan bermakna ambe ni sendiri tak buat, mencarut je selama ni..
namun syukur ambe bukan Ulama, hanya Ular dalam semak.. namun ambe tak patuk luaran, ambe patuk hati anda dengan bisa kata. hebat? tak pun.. semua orang boleh cakap. semua orang boleh buat hal yang sama. tak faham kenapa perlu hebat agar orang dapat pandang ambe. diberikan contoh dan diri ambe sebagai boneka yang terikat di tempat Setan direjam pada musim haji nanti agar anda tanya diri anda, apa sanggup menghina diri sendiri demi satu makna kerendahan?
ambe sanggup bahkan bertahun-tahun mengamalkan method hina diri ini agar ambe tak dimuliakan atau dikagumkan,
ambe ibaratkan diri hari-hari sebagai Tanah dan mengertikan kejadian tanah, yang kamu pijak dan kamu baring dan kamu buat apa sahaja diatasnya.. dan disitu ambe sudi berbahasa ambe, bukan beta..padahal ambe berketurunan Raja. terang di IC, Raja Badruddin Hakim Shah ber-bin kan Raja Kamarul Bahrin dan berdatukkan Raja Ahmad dan bermoyangkan Raja Rashid. Keturunan Perak, tinggal di bukit Chandan dekat Istana Iskandariah, bahkan mengikut undang-undang sebelum ini, keluarga ambe punya giliran untuk bertakhta..Kerana Raja Rashid adalah Raja Dihilir Perak. namun ayah ambe tidak mahukan itu semua, ayah ambe pandang dihadapan untuk kita fikir dan produce kan keturunan yang baik, itu sudah memadai. Atas Allah iktiraf lah kemudiannya, kerja Dia memilih Pemimpin, bukan kerja kita..

digarap sebegini demi apapun sangka anda, samaada mengangkat ekor sendiri atau bangga sendiri. itu tak penting bagi ambe. hanya menunjukkan bagaimana kesan Agama Islam dan Bangsa Melayu ajar bagi ambe yang tlah amal subur dalam ajaran tok guru ambe.. pernah diberitahu dahulu, Amir atau pemimpin adalah Khadam pada Jemaah. walaupun sistem Jemaah yang perlu orang minta izin atau mesyuaratkan setiap hal nampak macam suatu benda yang leceh dan perlu hormat keputusan amir, setelah berselawat beramai-ramai dan mengambil ia ibarat keputusan itu datang pada Allah..jemaah tabligh tahu lah bab ini, kenapa perlu dikatakan keputusan Allah? bahaya kot statement begitu..Ibarat kita menyamakan manusia dengan Tuhan.
tenang..itu kan "ibarat" bagi mereka yang belum kenal Tuhan. Pengamalan begini sekadar menyetujukan garis panduan akal kita. Tuhan maseh yang rahsia bagi siapa mengenal, bahawa yang hamba tetap Manusia. Allah maha berkuasa, manusia diberi pinjam sedikit kuasa itu agar dapat jadi Khadam. Kuli yang rendah dari yang dipimpin..itu sebenarnya..

bagi menutup hal kali ini, orang yang ndak berpolitik..selagi kita kata berhentilah semua sekejap. namun degil. makanya biarkan ajalah.
kita dengan cara kita, andai kita anggap kebenaran atau segalanya datang dari Tuhan maka cari ajalah sebelum Tutup Zaman.
Hadis Akhir Zaman dah ada sejak zaman Nabi lagi, Nabi pun tak tahu bila. cuma tunjuk dua jari sebagai ibarat atas masanya.
tak kita fikir berapa lama orang dahulu gunakan ia sebagai bahan renungan dan rujuk pada petanda ada disekeliling bagi mengetahui, kita ni di zaman apa?

ambe migrain bertalu-talu bahana mengumpul kesemua fakta dan bukti yang ada dengan kaitan akhir zaman bagi menentukan, kita dizaman mana..apa tengah atau akhir?
tak juga jumpa.
yang tetap melekat diakal ambe cuma Mati,
Hari Kelmarin dah satu bukti, kita Hidup,
hari ini kita tak tahu lagi..Hidup atau Mati,
sementara Esok..itu Kurniaan yang terbaik..kalau ada, satu hari lagi..untuk Hidup berbakti, dan menebus salah sendiri.
kenyataan yang jelas, Hidup tetap akan kembali Mati.

tapi dalam perbandingan, amalan "kerendahan" yang mana lebih cantik?
belajar dari Permulaan lebih baik dari berada di pertengahan, memandangkan akhir zaman sekali pun tak siapa dah peduli dengan pesanan,
hingga hari ini, tak ada konklusi, klasifikasi zaman apa ntah sekarang ni..

yang nampak hanya kita macam kuman menggeletis je..kepanasan pada bahan bakar kita sendiri tiup-tiupkan agar lebih menyala.

tiliklah.

KBD