Wednesday, June 22, 2011

Faham

sedahulu awal manusia ada,
samaada kita memperakui akan teori Darwin ataupun teori wujud Adam,
seterusnya confuse sebentar "Adam dahulu atau Dinosaurus?"
jika ambe berada dihadapan anda, ambe dah lama hampuk dahi anda dengan buku teks latih tubi subjek Sains darjah Enam.kerana teori Darwin maseh dianggap baharu..itu pertama,
kedua..Darwin kata moyang kita beruk, dah dari dulu secara spontan memang payah ambe nak gambarkan bagaimana species beruk,monyet,kongkang,kera ataupun kingkong tu moyang atau mungkin sesetengah orang "Imam Muda FC" mengutuk keras pada Darwin kerana turut berkata Adam hingga Muhammad pun keturunan beruk.

sementara orang yang obses dengan buku bacaan untuk dijadikan rujukkan, akan tahu dariantara Kitab yang wujud paling lama dan paling hampir dengan kewujudan Adam adalah kitab yang dibawa oleh orang berAgama Samawi. Walaupun ini baharu menceritakan dasar permulaan "hidup", namun maseh belum dikatakan Hidup sebenar Hidup..Tapi ingat, ambe guna perkataan "Cerita", yang kuat kaitan dengan amalan cakap, atau perteturunan dari mulut atau bahasa isyarat,
dari satu tokku kepada satu ayahku, kepada anakku menerusi kepada cucuku hingga berkuku panjang lamanya...

Ya betul, dari penemuan awal kita tlah jumpa penulisan atau ukiran terawal didalam gua-gua. Sedikit demi sedikit mereka menggunakan batu memahat semacam lukisan, yang me LAMBANG kan sesuatu yang mewakili sesuatu, kemudian dengan combination satu lambang dengan lambang seterusnya jadi satu cerita.



cerita "Jaguh"

Sepertimana cerita orang tua-tua kita berkenaan Jaguh, nama Beruk Pak Nik Man (sebagai contoh) yang mati secara mengejut didalam pondok kecil jagaannya menjadi misteri, sedangkan orang kampung semua memiliki beruk yang jauh lebih laju andai dibawa berlumba panjat pokok kelapa.. Meninggalkan tanya tanya yang besar semestinya, terutamanya buat Pak Nik Man dan keluarga. Dan lebih menggemparkan adalah beruk tersebut mati tanpa kepala, sehingga kan yang kurang jelas itu samar-samar sudah kelihatan, salah faham sedang bermain difikiran masing-masing..

Tradisi kebiasaan hidup kampung yang begitu bersungguh untuk berpakat mewujudkan satu gerakan menjaga keamanan kampung dari dibocori sempadan oleh pihak kampung lain yang berniat jahat kononnya, akhirnya tumpas dan dirobekkan oleh orang kampung Pak Nik Man sendiri..Tak tunggu tahu siapa yang khianat dan membunuh beruknya, hanya dengan Salah Faham sahaja cukup membuatkan orang sekeliling dah mulai naik Panas. Tak cukup kata ditujah, "saguhati" seperti batu sungai atau buah getah bersilih balas, satu terkena satu puak membalas dengan memberi "hadiah Naib-Johan atau Johan Keseluruhan" berserta "hamper" kaki serta tangan. Inilah mungkin "Budaya" kita, yang kuat dan cepat "melatah"..

Begitu anti menentang "Kebodohan" pada masa sama melaksanakannya tanpa ada rasa segan silu,
alih-alih kita dapati beruk tersebut dimakan serigala. Yang TAK ADA KENA MENGENA dengan orang kampung sekalipun....heh!

jadi jangan tanya ambe, "Kenapa kita tak ikut Agama tu je?"
tanyakan sebetulnya, apa Pengertian cara,tradisi,kepercayaam atau keyakinan anda terhadap apa anda sedang semadikan didalam diri-hati atau roh.

Kesibukkan orang-orang kita dengan perjuangan "Suci" kononnya, membawa panji Agama masing-masing, baikpun Bahai, Buddha, Druze, Hindu, Jainisme, Kaharingan, Katolik, Kejawen, Konfusianisme, Orthodox Christians, Marapu, Mormon, Parmalim, Protestan, Raelianisme, Saintologi, Shinto, Sikh, Taoisme, Yudaisme, Zoroastrianisme..atau Islam. Nilai kebaikan dinampakkan sejelasnya, justeru itu semacam "concept" perkauman pun dah kita amalkan dalam diam.. Kita bidas orang Arab kerana kebanggaan mereka, Cina dengan ke-intelektual-an mereka sementara kesemua "kaum" dijadikan, masing-masing maseh ada keistimewaannya,
jika tiada sekalipun, dan jawab kita "sama jugak ape".. Maka paling tidakpun kejadian "kaum" tlah mendidik kita agar mengenal akan diri, atau memperingatkan diri.. Bahwa kita sama pada usulnya, asal yang membezakannya..

Buat pemahaman ambe,
jika dari awal nama "Islam" dah wujud untuk beri kesejahteraan, buat apa dengan 24 nabi-nabi yang wujud dan lahir sebelum Nabi Muhammad?
dan untuk menganggu sedikit, isytihar Agama Islam pun bukan Isa, bukan Yahya atau Adam. Namun Nabi Muhammad.
bermakna dariantara Agama "Akar" yang wujud pun maseh berselerak, maka Nabi Muhammad lah yang mengikat-jamin dan menyatukan semua. Menunjukkan ada fasal-fasalnya dalam perubahan, merubah cara fikir mengikut zaman, agar yang diamanatkan itu melaksanakan tugas mereka.

Bukannya "Muhammad tak ada Idea, curi Idea Agama lain?"

ah! sudahlah..kamu yang tak ada Idea,
ndak dibayangkan untuk menyatukan pun, betapa sukar semuanya, apatah disaat kekafiran sudah asyik merancak. Islam bagi pemahaman ambe, sama seperti agama lain..NAMUN, berbeza andai anda atau ambe mempraktirkan ia dengan apa diperintahkan oleh Islam dengan penuh Yakin.
Mengaji kitab Al-Quran bukan sekadar berdondang sayang, walaupun kepala otak kita tak faham apa dibacakan.. sungguhpun yang sedang dialunkan para qari-qariah Internationale mengisahkan penderitaan umat atau Nabi-nabi, kesedihan umat atau penindasan Abu Lahab sebagai antara contoh yang ada..Kita lantak tarik dengung tinggi setingginya.

Yang sepatut diperasankan adalah maksud, inti atau isi kandung agar diketahui, tapi dah jadi satu perkara yang rutin, dan menjadi satu keagungan sekampung,
sohor benar kita dengan "Qari Kampung Kayu" hanya kerana Irama "feel" itu, bahan sembang kita cuma pitching, makhraj dan apa-apa lagi..Bukannya mengetahui pengertian sebenar "Al-Quran"....yang dibaca untuk diamalkan.

Hal lain berlaku lagi didalam scenario Maahad Tahfiz, tujuan serba serbi diwujudkan pusat pengajian pondok, itu semua dah cantik. Berbulan atau tahun pengajian untuk menghafaz Al-Quran atau Hadis atau Sahih-sahih disamping mengamalkan Sunnah Nabi tampak begitu nyaris sempurna.

Berdasar pengalaman-pengalaman ambe berkenalan dan bersama mereka, buatkan ambe terkesima.. Namun terdetiklah andaian,
andailah Hafal kemudian Khatam, bermakna anda dah tahu belaka berkenaan Quran atau Hadis atau Sahih, mengapa tidak disebarkan?

Anda tanam benih buah Mangga(sebagai satu contoh), yang dikirakan buah yang rare atau sukar ditemui kononnya, anda baja dan siram hari demi hari mengikut rujukkan atau "manual penjagaan". Hingga berpokok, itu sudah satu jangka hayat yang lama..
Dalam jangka penantian itu, apa anda fahami apa sedang anda lakukan?

1. Anda memang tahu lah, buah itu untuk dimakan.
2.Anda memang tahu lah, buah itu manis yang berlemak,sedikit masam dan ada kelatnya.
3.Anda memang tahu lah, buah itu ada musimnya.
4.Anda memang tahu lah, buah itu namanya Mangga...akan tetapi soalan ambe disini, apa betul buah itu Mangga kerana orang kata? Sedangkan yang anda saksikan hanya benihnya. Boleh sahaja jadi buah lain, bukan?

jadi anda sandarkan pada kefahaman anda, biarkan soal tu dinantikan.
bagaimana dengan tahu buah itu ada Musim nya? Padahal bersepah kot buah-buah yang tumbuh tidak ikut Musim..Justeru situasi nya buah tersebut dah rare dan hampir pupus, ada contoh atau bukti, atau sudah cukup dengan manual dan orang kata?

anda maseh letakkan bahawa "orang kata", sedangkan mungkin sahaja orang itu hanya pembekal benih yang rare, namun tidak punya ladang untuk menanam buah tersebut. adalah lebih rumit keadaan andai pembekal itu membeli pada pengeluar yang terjumpa dan mendakwa demikian adalah demikian..eh, tak.."orang tu kata betul dah"..

degil maseh keras diteruskan.

buat kenyataan rasa buah tersebut, ambe keliru..bahkan ambe makin bingung. kata anda itu begini dan begitu, tapi bila ditanya "apa pernah rasa sebelum ini?"...belum pula dijawabnya,

kalau dijawab "pernah" sekalipun, diceritakanlah buktinya sewaktu anda adalah sa-orang bayi, kemudian tlah disuapkan buah itu dimulut, sungguh kurang meyakinkan, walaupun orang tua anda sahihkan ia benar buah itu.
Namun yang merasa adalah anda sendiri, masaalah sekarang adalah anda maseh sa-orang bayi yang kecil dan begitu daif dalam menterjemahkan ia. Akal pun maseh belum Matang.

bagi membungkus semua soalan Yakin anda terhadap buah yang ditanam, kembali pada kenyataan anda yang pertama,

"kegunaan buah itu untuk dimakan".
dengan penuh nada yang tidaklah terlampau tersumbat dan tak begitu memekak bunyinya pula.
akhirnya penantian 3 tahun lama, terbukti soal ambe dan andaian ambe benar, apa kata anda?

didapati-lah buah itu bukan gunanya untuk makan,
hanya diguna untuk perubatan sakit kulit, keguguran rambut atau sakit otot dan dilarang pula untuk ditelan..pasti anda merasakan ia sia-sia.
sekiranya 3 tahun usaha dan didapati anda betul sekali. anda pasti gembira dan hendak mengajak orang-orang lain menikmati bersama, diberi-beri kepada orang kampung sedikit agar buah yang sangat jarang diketemukan itu dirasakan.

itu perumpamaan ambe terhadap yang di "fahami", ambe tak ada rasa ndak menjual beli dengan menukar ganti wang diatas maksud itu, kerana ambe fikir sesuatu yang besar dan lain dari yang lain, apatah jarang. Dikongsikan bersama, semoga orang lain dapat faedahnya. Biarlah mereka kata ia Pahit, terlampau Masam dan sebagainya, "Kemanisannya" maseh rahsia diri, apa yang buat kan ia Istimewa kerana ia adalah Rahsia.

kepada mereka yang rasa "tak faham lah"..sila bertanya Dewan Bahasa Pustaka, apa erti "faham" sebenarnya.

Kemudian ingat, bahawa sebelum anda "faham", kenal dahulu baharulah jadi tahu. Akhirnya Faham, yang memerlukan cara bagaimana kita bertindak balas terhadap apa difahamkan.
terpulanglah cara fikir yang membentuk pemahaman yang abstrak, kita terang berbeza, namun semua berakhir dengan Nak atau Tidak terlebih dahulu..

Semoga Faham!

KBD