Tuesday, June 28, 2011

mekanisma Ka-ta

ada orang menghantar message melalui e-mail ambe,
bilanglah dirinya "terkejut" pada bahasa ambe tonjolkan dari Apikalam atau tentratinta..

soalnya bukan apa yang ambe diberi pinjam agar disebarkan, hanya penampilan ambe sebagai orang yang agak biadab la andai hendak di ibaratkan.."bahasanya kasar dan tak mungkin semua orang faham apa ambe cuba sampaikan," tambahnya lagi..

jadi, bagi menjawab soal ini.. ambe cuma boleh bilangkan satu,
ambe tak peduli pada peminat, bahkan ambe lebih sukakan pembenci, pemburuk-sangka, ataupun yang sudi mengabdi kan dirinya sepenuh hati agar lebih membenci ambe,
bersama lampiran bahasa Syaitan ini.

disebaliknya, inilah kenyataan "Api" apabila ia berkalam,
tak mungkin api membakar tanpa cetusan atau spark!..

maka api memerlukan dua macam kepala batu agar dihantukkan ia menjadi satu, agar ia membakar menjadi satu pembakaran.
terserah bagi sesetengah mereka yang begitu mengandai ambe menulis untuk mendapatkan perhatian orang ramai,
agar diketahui dan akhirnya "top" ataupun terkenal.

dengan tenang ambe akan menjawab "benar sekali" kerana itu tak asing bagi sesiapapun dalam kehidupan masing-masing..

awal kelahiran andapun dah membuktikan satu hal yang jelas, walaupun anda tak sedar..namun begitu, hal pertama bayi akan lakukan adalah menangis..
tangisan itulah perantaraan kalam antara ibu dengan anak atau ayah dengan anak, bahawa ada sesuatu yang tak kena atau diperlukan dikenal pasti melalui kadar "volume" rungutan atau tangisannya.

anda memang tak pernah meminta agar ada, namun anda ada,
setelah itu pula anda menangis sebagai satu tarikkan perhatian kepada orang lain.

maka disini, sudah diterangkan fungsi kewujudan manusia. adalah menjadi seorang yang "Daie" atau lemah dari segala-galanya.
tanpa orang lain, ada makhluk menjaga.. terpulang pada ketentuan wujudnya anda.

perhatian takkan pernah lari dari penafian, kerana itu dari azali,
Hati memohon agar ia dimiliki atau dikasehi bahkan mengasehi seseorang..

"tapi kenapa pilih Api ek?"
tambah lagi soalannya disudut paling bawah.

Berguru dengan Kesetanan diri

kerana ambe belajar dengan Syaitan,
bahkan cara hidup ambe pun Syaitan,
lagu-lagu ambe dengarkan pun Syaitan,
nyanyian pengabdian ambe pun dalam rasa Syaitan..

siapa kata kita belajar dengan Kebaikan sedangkan anda tak tahu menahu pun yang mana kebaikan atau kejahatan?
jadi sesangka semacam itupun dah terang kecurangan, kita bermain dengan akal atas andaian pun satu method "berlagak pandai" yang diamal kan oleh para Syaitan sendiri terlebih dahulu. Iblis bapa sekalian Syaitan pun wujud sebelum adanya Manusia, maka daripada produk benih-benih Iblis sendiri itu pun Syaitan.

"Syaitan musuh utama orang Islam" suatu masa dahulu waktu tadika ambe pernah ke Tadika Al-Arqam, disitu ambe diperkenalkan oleh satu buku comic yang menceritakan pasal Setan..bagi ambe, itu cool ketika itu..sebab mungkin ambe maseh budak, mentah dan bergetah..tapi dah besar ni, medium Setan tu tak boleh lah lagi diguna pakai,
bahkan rejam batu pada semua salah kepada Setan pun tak boleh dipakai.
yang melukis bahkan menghasilkan karya tersebut, ambe repect. tapi cuba kita semua tanya diri, apa kita baik sangat ke?
tahu ke ada setan berwarna biru dan bertanduk?
kalau tak pernah tengok, itu adalah bohong.

sama macam orang jual ubat yang dikatakan untuk sakit jantung, tapi dia sendiri tak ada sakit jantung, tak pernah guna dan tak yakin langsung ubat tu untuk sakit jantung. sekadar cadangan atau assumption je.

jadi ambe ketika usia dah menjangkau besar, tercari-cari..mana Setan yang jahat itu sebenarnya?
macam mana rupa sebenarnya Syaitan itu?

satu kali ambe berdiri ditengah malam, oleh kerana ada orang pernah beritahu jika tengah malam sambil tengok cermin itu amalan untuk melihat alam sebelah sana.. maka ambe cuba lah uji ketakutan ambe ketika itu,
ambe tengok cermin maka yang ambe duk tenung betul-betul disetiap penjuru cermin agar mungkin alam tu akan tersingkap..

akhirnya ambe fed up, dan ambe toleh ke lain..menyadari ada kata orang "kita tak lari dari kesilapan"..maka ambe tersentap,
rupa-rupanya yang Setan itu adalah diri ambe sendiri.
yang begitu kuat mengandai,
kuat menambah tokok kata-kata secukup rasa,
akhirnya..hati yang ambe sangka itupun sebenarnya bukan hati..tapi Nafsu.
diri yang disangka menghindari hal tidak baik selama ini sebenarnya adalah Setan, sebab? ambe dah awal-awal tuduh benda atau orang lain buat perkara jahat, tak baik dan sebagainya sementara ambe pun tak tahu apa itu sebenarnya.
hanya bercakap dan buat hipotesis sendiri dalam penuh rasa berlagak pandai dan suci.

"Yakin" bagi pegangan ambe, adalah bagi mereka yang lalui dan berkuasa dalam mengatasi segalanya.
mungkin,
maksud: "Aku Naik Saksi" dalam Kalimah Syahadah itu sendiri cuba menyampaikan begitu.

Aku adalah kamu, ambe.. ganti nama pertama atau diri.

Naik adalah usaha, kalau kita paling dibawah, ndak ke suatu jalan yang vertikal..perlu Naik. secara teori Akal pula, Naik disini membawa maksud "mengatasi" serba semua atau ertikata lain "lalui" dengan sendiri. tanpa bergantung harap atas kata orang lain selain dari Nabi dan Rasul yang kita yakini lah.

Saksi adalah satu hal yang perlukan kita berada pada kondisi tersebut. orang yang ndak ke Amerika, sebagai contoh lah.. dia perlu cari orang lain untuk beritahu, dimana Amerika. dan orang tersebut adalah yang pernah ke Amerika maka dia lah yang layak memberitahu kerana dia pernah berada di Amerika. mustahil lah orang yang tak pernah pergi tapi tahu tanpa mengambil mana-mana sumber pengetahuan dari cara yang berbeza.
nak menikah pun perlu saksi, saksi lah yang sohehkan pernikahan tersebut. Tak silap ambe, yang perlu jadi Saksi atau Wali kepada pengantin tu perlu beristeri atau bersuami, baharu layak jadi Wali atau Saksi. maknanya mereka dah lalui, maka dengan pengalaman mereka-lah menilai pada pasangan mempelai itu nanti..

dan teknikaliti nya menjadi Saksi baik dimahkamah manapun lah yang bertanggungjawab sepenuhnya atas persetujuan atau bantahan yang bakal dijawab hanya pada "Iya" atau "Tidak setuju".

Rumusan pendek, "Saksi" adalah orang yang terpilih dimana pernah lalui jalan yang dikatakan oleh orang lain itu.

sementara kita yang pernah jadi saksi pada setiap perkara baik yang kecil ataupun besar bentuknya,
adakah kita maseh menafikan keyakinan bahawa kita ini sebenarnya yang lemah,
kita adalah paling hodoh,
paling tolol dan bodoh?

memang kata-kata ambe adalah kasar, keras dan begitu teruk. biarlah setidaknya ambe sudah berjaya menjadi "Syaitan" yang membayangi setiap langkah perjalanan kamu,
hingga mak ayah akan berpesan, "jangan kamu hampiri dia, kerana dia adalah Syaitan bertopengkan manusia"
namun kedegilan anda tetap ingin menjaga bahkan memerlihara persahabatan yang tlah wujud sekian lama atau baharu.

jika ambe sudah sudi menggelarkan diri ini ambe atau Hamba,
sudah pasti tok sanggup pada suruhan kamu itu ambe, dan pencacai najis itu adalah ambe,
tertuduh ataupun terhina maseh ambe,
kerana perasaan segan silu ambe sudah tinggalkan..

ambe yakin ambe yang paling Syaitan dan paling terkutuk,
oleh kerana itu ambe berkalam dengan api..
dan mungkin ambe mengamalkan kebaikkan untuk sesuatu, bukan semata-mata.

walaupun Syaitan,
mereka tlah belajar satu hal yang paling jarang pada kita semua amalkan, iaitu ketaatan pada ketua atau pemimpin mereka.
Iblis..
yang dilaknat Allah,
namun yang suatu masa dahulu sudah beriman pada Allah taala dan tersohor dengan gelaran Azazil.

bagaimana dengan kamu?
yang ada pimpinan yang manusia tapi maseh dengan prang kita sesama kita?

bagi ambe andai dikurnia kan satu pemimpin,
walaupun mengetahui dia adalah adik ambe sekalipun..
taat ambe maseh tetap.
lebih baik pada belajar langsung dari Iblis..yang mutlak dan terang-terang akan sesat atau kelirukan anak cucu Adam.
sememangnya itu Baiyah Iblis pada Allah taala.
biarlah orang ndak pertikaikan Isu umur sekalipun, tak boleh orang muda memimpin, kucar kacir..
apa kamu fikir istilah "Raja Muda" tu hanya gelaran semata-mata, bagaimana kalau ambe kata "Raja Muda atau Raja Kecil" yang pernah diberi amanah untuk memerintah sepanjang pemergian Sultan itu hanya berumur belasan tahun sahaja atau belum baligh sekalipun?
ambe-kamu kita tiada dizaman dahulukala, namun ambil fakta logic itu begitulah kiranya,
yang pasti, ambe maseh berpegang dalam konteks beragama tak kenal siapa dahulu atau siapa baharu.
kita maseh yang SAMA.

jika disini sudah antara kita bertarung dengan akal, dan tak tumpas-tumpas walau 7 purnama sekalipun.
anda dah fail, kerana maseh ada kalam untuk disilatkan,
kemudian hati, dan akhirnya diri sebagai ganti..

"Inna Solati, Wanusuki, Wamahyaya, Wamamati",
Solat, Ibadat, Hidup dan Mati kata kamu dalam Iftitah..kerana Allah atau kerana anda sendiri?

....

sementara memahami mekanisma kata-kata yang terjalin dariantara abjad K dan A digandingkan bersama T dan A.
jadi KATA.
bagi ambe yang pernah belajar sejarah Font didalam college ambe,
ambe tahu bahawa setiap huruf itu berasal dari Lambang.

Pictograph atau apapun graph jelasnya tulisan tersebut wujud dipintu gua-gua, yang menceritakan sesuatu..kemudian Roman menggunapakai ia jadilah Simbol..
A untuk Alpha
B untuk Beta
dan sebagainya...

sedangkan jawi tlah bermula awal dari itu,
Alif melambangkan Wahid atau Satu-satunya Tuhan. bagi mereka yang benar Islam dan beriman pasti tahu Allah bermula dengan Alif.

Ba yang terdiri dari 1 garis yang melengkung dihujung kiri dan kanan, sementara bertitik pada tengah dan kemudian berada dibawah.
apa maksudnya? mewakili apapun terserah anda lah yang memerhatinya dari sudut apa. hanya kali ini ambe bukan berada pada mode menceritakan huruf. cukup satu huruf itupun untuk memberi gambaran, bahawa pentingnya mengetahui ia sebelum berkata-kata.

antara sebabnya itulah ada orang berpesan, "hati-hati bila berkata-kata, sebab nanti banyak berbohong"
kerana kita tak dapat mengertikan dahulu apa maksud setiap huruf kita gunakan bagi melambangkan apa, kemudian berlagak tahu. dan satu lagi sudut, mungkin cakap ikut sedap..macam ambe, ahahahaha...

oleh itu fahami lah mekanisma kata.
kalam yang lahir ini api rupanya, serba setan..namun anda punya 3 lagi bahan yang dapat menghapuskan kata-kata ambe,
cuba kalahkan ambe atau matikan ambe dengan anginmu, atau airmu, bahkan tanahmu.
dengan ketentuan,
mungkin itu kejayaan mu..siapa tahu.

asalkan dengan Apikalam ini tlah mengusik mindamu, mempermainkan akalmu, membelit lidahmu, menghancurkan hati mu..

"Yakin" adalah hasrat ambe,
Yakin bahwa Ilmu bukan yang diterima lewat mata, dibuku sekalipun kerana itu cuma Pengetahuan, Peringatan,
namun diatas cetusan Perasaan dan Pemikiran itu membuahkan Amalan.
kamu amal dengan kesungguhan maka tahulah dimana sebenarnya Fungsi Yakin.
kamu yang bertasbih "Maha Suci Allah" dalam rasa kotor pada diri atau konon dah tangkap stim "Suci" sendiri?
baik itu jadilah pertanyaan pribadi baik buat ambe atau anda yang sudi menerima kata ambe.

"Yakin"
ialah "product" yang dihantar terus kepada mu diatas usaha.
usaha pertama adalah mengaku Setan,
dan kesungguhan supaya kamu cuba berhari-hari agar dapat menebus segala macam kesalahan,
baik yang dilakukan atau tidak.
selagi ada, itu bermakna anda maseh ada hal yang belum selesai atau maseh belum bersih.
kecuali anda dah mati,
anda tak perlu baca apa ambe tuliskan ini kerana sudah berjaya dipanggil mengadapNya.
baik dan jahat jadi tanda tanya bagi kita yang hidup,
soalan-soalan yang bakal ditanyakan itupun tak mungkin dijawab dengan membawa kertas nota kecil atau blog ini.
kerana anggota yang menjawab, jika Roh anda belum Yakin pada apa anda tlah lakukan dari kehidupan sebelum mati.

KBD