Friday, June 24, 2011

sandiwara

pernah anda lihat bagaimana overlap-nya satu filem yang sepatutnya menceritakan satu hal, kemudian bertindih kerana ada karekter utama yang kedua atau mungkin akan ada yang ketiga pula..
apa kata kita?
keliru atau serabut atau kurang faham dengan ceritera asal filem tersebut?

namun kerana kepuasan ekspresi emosi..kepentingan orang lain tak dipentingkan lagi,
kita tahu apa "kita" kehendaki, bukan lagi "kita" yang ramai dan melata di atas mukabumi. jangan lah sebut kanan, dikiri lagi lah tak ndak kita toleh walau sekali..

pengalaman dari pedalaman hutan lampau,
harimau memerlihara belukar atau ular yang tugasnya membelit dan melingkar.

apa maknanya?

emosi..itulah "hutan" yang dicuba teroka oleh semua, semenjak zaman lampau lagi.

harimau memang kerja azali-nya penjaga, ia membela anak-anak atau kawasannya. tapi jangan lah sekali itu lupa, ia tetaplah MENATANG.

tapi ya iyalah, bagi mereka yang konon mengaku pejuang melayu,ini sedang giat diamalkan dan nasib ini selalu disaksikan bertalu-talu, jauh tinggal kan maksud tahu, bahkan faham dan kenal,
yang berlaku pada "abang long" kita semua hari ini yang begitulah romeo. hingga possessive nya tak ambe pernah dapat bayangkan. ambe pun dulu begitu, ambe sangat garang suatu masa bila "awek" ambe diganggu orang lelaki lain. namun tak ada lah sampai bengap nya membontot "awek" atau pacarnya hingga ditempat mereka bekerja,belajar ataupun berkarya.
bahkan scenario boyfriend tak percaya dengan atuk tuan empunya kedai jimat(majikan girlfriend), bodoh ke diri pergi tunggu diluar kedai dimana girlfriend-nya bekerja..

yang buatkan mata ambe bersawang makin gelap, kekanta retina mata mengembang dan mengecut hingga membuatkan focusing ambe sekejap besar dan sekejap lagi mengecil terhadap subject itu bukan kerana "salah ke boyfriend sayang girlfriend dia?"..namun sifat possessive yang berlaku, SEBELUM nikah lagi..akan tetapi demi kebakaran "Cinta" sedang marak menjulang langit hingga membocorkan lapisan ozon Dunia menyebabkan kesejahteraan Monyet,Beruk,Kera atau King-kong yang turut ingin juga "bercinta" itu terganggu.. tak dapat lagi bergayut kerana panas dan lemas, rimas mengadap kebodohan seperti ini berlaku dan diamalkan oleh orang-orang yang sebenarnya dah jelas tahu "aku Khalifah".. yang tertera pada sticker motor nya.

buat wanita tersebut,
ambe kalau diberi kepercayaan untuk ajar dia. semua jenis lada ambe sumbatkan ke dalam telinga, hidung, mulut dan mata..
yang lelaki pula,
fantasi kemarahan ambe hanya ndak lepuk 3 kali je dikepalanya. satu dengan menggunakan surat khabar kelmarin, keduanya..dengan surat khabar hari ini dan ketiga dengan surat khabar esok.

anda tahu lada pedas, tapi tak faham-faham. Jika hari ini kita kata lada jarum paling pedas, esok gunalah lada lain, atau tambahkan gula lebih bagi mencairkan sedikit rasa pedas dalam lauk, kalau itupun malas tak payahlah complaint pedas sangat atau kurang pedas..

anda yang patut lebih bijak dalam "baca", kalau mimpi semalam adalah ngeri, tidurlah elok malam ini, tak payah lah tanya apa esok aku akan mimpi apa lagi..hadapi dan lakukan yang terbaik hari ini dahulu..

tanya ambe, mana salah dalam scenario bf atau gf. ambe kata dua-dua bodoh, dan patut bersyukur kerana sedia maklum bodoh. kan belum terikat apa-apa, pilih dan berkawanlah sebaikmungkin dahulu..
pokoknya, BELAJAR. tapi hari ni dah berlagak macam dah khatam semua, orang tegur sepatutnya terima kasih, bahkan disergah semula. kamu hebat kerana kaki kamu dapat sampai dikepala orang lain atau kamu hebat sebab mekanisma keizinan Tuhan meminjamkan "Kuasa"-Nya..walau ambe tak tahulah apa sikit itu satu zat atau berjuta kecil nya zat itu baru layak dikatakan Kuasa.

...kemudian kita lihat ular yang belit aja kerjanya, dah lidah tak cukup bercabang, berbelit sana sini jalannya licik teramat.
Munafik atau bohong yang tak habis, kepura puraan lakonan sandiwara kita dalam lakonan dunia..sanggup menipu dihadapan muka orang yang menyayangi kita, yang sepatutnya anda pun sayangi. tapi anda pilih pentingkan gf atau bf anda, atau baru "bakal" atau calon gf anda.
sedang mereka maseh belum tentu.
didepan mata, jahat kejam atau mat dajal sekalimanapun adik kamu di kampung, keluarga maseh keluarga. ajar mereka,tegur mana yang kamu yakin salah, itu caranya..seandainya didapati tak boleh pergi, kamu ada sahabat, kawan dan rakan-rakan. share hal ini. istilah orang mengertikan "girlfriend atau boyfriend" hari ini dah tak lagi ada makna, bahkan disalah fahamkan selalu. maka sebab itu siapapun tanya ambe hal ni, ambe akan jawab "kawan je dulu dan tengok boleh tak jadi kan teman"..
alangkah hari ini,
berapa kerat aje yang reti berkawan, beritahu ambe kalau ada satu "kawan" yang paling tidak pun cuba tahu masaalah kerana dia suka bantu kamu..yang bukan "cakap saje",kata orang ganu. namun mengusahakan bab kesenangan diri kita, tidak lagi nampak apa kepentingan buat dirinya melainkan "suka" tengok kamu senang..SUSAH hari ni.
kebiasaannya, bila kamu kusut...orang keliling itu akan berlalu, dan berhenti dihadapan kamu dan tanya dan buat-buat caring.
"kenapa ni?"
bila adu sesuatu hal heavy duty, perlahan-lahan dia kalis dengan beberapa kerat kata hikmah yang secara halusnya bermaksud "pandai-pandai lah kamu sendiri, aku tak ada kena mengena dengan hal kamu".. akhirnya blah.
teori sesumpah kita sebagai "kawan" dah awal-awal fail,
baharu kita sebut watak sa-orang "kawan",
belum "rakan" ditempat kerja, tidak lagi "kenalan" yang merata-rata, jauh lagi ndak sampai pada "sahabat" yang terpilih pula agar jadi "teman".

itulah kelemahan hari ini, dah tak ndak tengok dah apa maksud dalam konstruksi ayat-ayat orang hadiahkan, apatah ayat atau kata-kata sendiri. semua haprak!

bagi kita, bahasa untuk cakap aja. tak perlu skema sangat belek kamus dewan 24 jam sehari..

ini lah maksud ambe kesan bila kita dah salah faham, dicampur dengan secubit galok/gatal dan degil secukup rasa dalam pemakanan ruji kita. akhirnya lahirlah masyarakat hodoh, tapi berlagak seksi dan cantik..sementara yang cantik jadi takut "bodoh", akhirnya berbodoh juga dalam kesombongan diri sendiri. dan pelbagai jenis sesumpah yang mengambil munafaat cara permakanan hari ini yang ditunjuk ajar oleh orang yang kita pun tak tahu dari mana atau siapa pengasasnya.

terjelma lah bayangan "Girlfriend atau Boyfriend",
bila dah berkawan dua hari kebelakangan ini, yang pentasnya mungkin di sekolah atau tempat kerja..ketidakprofessional kita lakukan dengan ditambah kebongokkan diri, yang langsung tak peduli dengan akibat terlalu nikmat,
maka ikat janji sumpah setia tu dengan menggelar bf atau gf dengan istilah "baby","b","darl","suwithard" dan sebagainyalah..
tak kisahlah apapun nak panggil(walau kadang agak meluat),
tapi lagaknya tu yang tak boleh blah..dah macam laki bini dikontrol. mok pok pun dok tahu,
malah lebih bahaya, kita bawa kefahaman dan sangka munafik dalam diam pada diri, dan berkawan dalam kemesraan sementara perempuan tersebut dapat tahu kemudian,lelaki itu menaruh harapan padanya..
sedangkan perasaan Sayang dan Kasih perlu dikongsi, diberitahu..agar ada respond,
kita kata Cinta bertepuk sebelah tangan namun tak beritahu Cintanya pada orang yang satu lagi, macamana nak bertepuk?
bila "Cinta bertepuk sebelah tangan" apa maksudnya?
Cinta yang ada kehendak, dan diusaha, tapi tak ada kesanggupan dan tak ada pegangan yang kuat. ndak bertepuk, perlu sebelah tangan lagi, jika kudung anda memerlukan tangan yang lain.
anda yang ada tangan kedua-dua belah, satukanlah dengan usaha yang berterusan, anda ndak kan Cinta. buat lah betul-betul..hadapilah apa dikatakan onak berduri atau lautan api sekalipun, walaupun dari sudut kalimat tampak tak masuk akal..biarlah, kamu perjuangkan pun dah nama pun Cinta. tak ada dalam bentuk barang atau produk yang dijual..
satu hal yang langsung tak realistic dan malah lebih fantasi rupanya, angan-angan berahi dan khayalan dimangkuk tingkat paling atas..melambung-lambung "ringan" diri keudara.

Perasaan hal yang rumit, kongsi perasaan beramai-ramai mungkin ada tahu, tapi faham belum tentu sama semuanya. kita tak lain tak bukan melainkan suka mengandai hal pandai.
hal ini di "sila" kan..biar lah, kita dah berpesan, kita dah beri-tahu, orang yang babir.

kebisaan ular sering bersembunyi dicelah-celah semak-samun muslihat atau "magik trick" autar. dan paling menarik, mereka akan nanti waktu yang sesuai untuk mematuk mangsa dengan kebisaannya.
bukan itu berlaku hari ini? kelentong diatas kelentong, kantoi sekali dia menyorok..sebentar nanti keluar pula lagi.
apa yang menarik tentang ular, ia TAK BERKAKI dan TANGAN!
maknanya apa?
orang yang "ular" tak perlu "geng" pun,
cukup bawa diri sendiri, perseorangan dan membelit mangsa dengan perlahan..tanpa sedar, akhirnya NGAP!

kira dengan jari(jika larat)..berapa orang "kawan" penipu hari ini?
dan adakah boyfriend yang tersangatlah baik sampai pijak semut pun, semut tak mati, ndak beritahu betapa berhalusnya dirinya yang sama sahaja dengan "kawan" tadi treatment itu.

bila ditanya bezanya apa dia jawab "perasaan"..
betul ke "perasaan?"...ambe takut PERASAN aja.
jangan perlekeh, walaupun ejaan yang hilang satu huruf sahaja, sebutan sedikit lain, MAKSUD pun dah lain, apa peduli kita hari ini buat kita tahu?

bagaimana perasan atau perasaan anda bila dah tahu boyfriend anda bukan sahaja penipu bahkan pembohong paling besar sepanjang keberadaan kamu dimuka bumi ni? itu Cinta? itu Kasih? itu Sayang?
buat lelaki atau boyfriend, tak payahla nak guna "first aid kit" dalam kereta tu kalau baru luka sikit, kita tak tahu kalau lah didepan sikit lagi jari kita terputus gara-gara cuba tutup pintu dan terkepit.
"first aid kit" dimaksudkan itu adalah bohong sunat..yang ambe fikir, tak salah jika tepat dengan cara pengunaannya..tapi yang tak reti guna, tak payah dulu.

disini,
ambe baharu keluarkan dua macam menatang dari penerokaan ambe dulu di hutan belantara kehidupan muslihat kita hari ini.
dah macam-macam terbongkar,
walaupun nampak secara dasar..ambe digugat, cakap sajer je ni..sembang.
sedangkan ambe langsung tak tergugat, dan tak peduli pun apa orang nak kata apa..kerana kebenaran hak semua orang agar tahu kemudian kenal.

kamu yang pagi petang siang malam membantah, tak suka? tak payah lah baca.
kepada yang gigih cuba mengerti dan memahami,
perhatikan sandiwara orang bodoh dungu dalam memperjuangkan Cinta sedangkan hakikat nya kita berbuat segila-gila, hanya kerana "AKU SUKA" semata-mata.
yang mandul dalam melahirkan apapun faedah.
kerana ia Nafsu serakah..belon panas yang mengembang bila ditiup,
mengecut bila dilepas,
eleh..selama ni berlagak Tuhan kata "aku memang hebat"..
bila jari sendiri lepas tangan dari memegang belon pun..dah melayang ke mana belon tu. kecut pada usul awal jadinya..
belon itu nafsu. kamu sekadar bertuhankan diri sendiri yang egois, sombong dan bongkak ya amat tanpa peduli apa nasib orang lain.

sandiwara dalam panggung wayang kita bakal bersambung lagi nanti..

namun setakat ini, apa perasaan anda sebagai kuman dan sesumpah?
anda marah pada ambe kerana banyak hal kurang setuju,
atau anda suka pada artikel ambe..peduli apa.

KBD