Monday, June 27, 2011

rindu awek

busuk atau wangi?

pasti wangi pilihan kita,
tanda pertama mengapa kita suka..

dalam memahami wangi, kita tahu berlambak minyak attar atau minyak wangi dijual digedung jualan.

CK,POLO,Burberry hingga Malaikat Subuh, Rose atau Jasmine,

semakin ramai manusia, semakin luas perkembangan industri minyak wangi hari ini..

bagi yang setuju bab ini pasti akan menyetujui bahawa jika awek yang diimpi memakai satu macam bau-bauan yang misteri,
terkandung intipati ghairah seks yang mungkin dapat me-realisasi akan fantasi kotor kita,

sementara "fantasi" adalah mainan pengertian, bergantung pada khayalan kita ditahap mana, makin tinggi fantasi, makin tinggilah kehendak, kerana yang tahu akan mula usahakan agar di reality kan.

ambe pernah berawek yang ramai, bersilih ganti..itu jelas pada kisah sebelum ini baik yang tercatit atau diceriterakan melalui kalam api ambe ini.

dan salah satu pengalaman ambe adalah mengenali awek yang satu ini, yang begitu lah berlawanan dengan ambe dan pelawan arus yang kuat,
dia begitu menghapuskan fantasi-fantasi ambe sebaik sahaja ambe mula berimaginasi,
"ah karut lah" pendek ayat dari selembar kata-kata penuh kesat bagi jiwa sensitive ambe waktu itu..

sedangkan apa ambe hulur hanya keabadian rasa, yang ambe faham ia sementara, cuma waktu itu hendak diberi betapa "Adam dan Eve" nya hamba untuk dalilkan syukur setidaknya..
bukan ambe suruh dia bertelanjang atau separa telanjang dengan pakaian yang menyetujui fetish fikiran ambe.
hanya ajak melakukan sedikit zina imaginasi semata-mata, yang tak bersentuh atau apapun seumpama yang menyalahi hukum syariat.

kalau nak cerita zina imaginasi ni, kita sendiri pun pernah zina sendiri dengan hal yang sama, bahkan zina "sangka" tu lebih jauh memburukkan keadaan dunia syariat adalah..

tapi iyalah, bila sebut orang ber-awek ni orang akan potong kita belajar salah atau guna agama untuk senangkan diri je.

baca balik ayat tu berkali-kali dan malah anda setuju andai ambe kata, dakwaan orang pada ambe tu pun seakan soalan bagi mereka sendiri. apa belajar salah itu siapa? kamu betul atas sebab apa? atau guna agama untuk senangkan diri itu bukan ke kerja utama kita ke?
salah sekalipun KATA ORANG tetap kata orang, paling tidak ambe berterimakasih atas menyedarkan ambe yang salah belajar, maka cari guru untuk betulkan....

dan bukan post kali ini rungutan ambe terhadap bab itu. bab ambe kali ini adalah fasal awek, yang orang perasan full islamic dengan uniform kopiah bercop iktiraf JAWI ke apa ke, bersama baju kemeja yang entah fashion apa ambe sendiri pun tak tahulah, seluar slack dan 3 pasang sepatu, 1 sandal mahal, untuk jalan-jalan harian, 1 lagi selipar jamban untuk pergi masjid(sebab di masjid slalu berlaku kecurian selipar) dan satu lagi adalah kasut hitam berkilat yang khas untuk gi kenduri atau majlis bertaraf antarabangsa kata you.

belum kenal ambe dah terang-terang perangi..itu selalunya ambe hadapi hari ni, ambe ulangi SELALU..andai nak buka kisah satu satu pembaca pun sedia maklum ambe tak akan cerita ringkasnya, maka akan memakan masa panjang berjela pula untuk cerita..namun pokoknya dah kata salah hukum tak boleh, tapi bila dah nikah, colour sebenar baru keluar, bahkan keluar dengan menjadi orang Islam yang buta dan memimpin isteri buta ditengah lebuh raya yang kita tahu semua speed limit 120km/j.. last-last, jadilah orang Islam yang beragama pengetahuan sangat-sangat luas sepatutnya disempitkan dalam satu macam kehidupan, jika dikata tak boleh oleh Ustaz di Surau maka dia akan kata tak boleh, tanya kenapa dia pun kata Ustaz tu kata begitu..begitu rendahnya yakin diri, perlu sandar pada kenyataan orang lain yang ia mungkin tak kenal pun.
akhirnya bila tak ada awek cun ndakkan dia kerana dia macam separa bapuk tapi mengaku Khalifah dimuka bumi..kononnyalah, dia pilih agar berkawan dengan kawan-kawan sepesen dengannya. dikenalpasti melalui uniformnya semata-mata..
tak berkembang kemana kerana dia tak tahu menahupun siapa orang rockers atau hoppers ataupun geng basikal FIXIE..dah wanita pun dibuang awal-awal demi memenuhi citarasa kesucian diri lah kononnya akhirnya kedengkik tubuhnya tu buat orang kata mamat ni macam mati pucuk aja..

ye ambe memang suka kutuk orang pesen itu bukan kerana ambe rasa ambe baik, namun ambe dah kenal kebaikkan yang langsung takda kena mengena dengan rupa, dan ambe yakin pada hal yang itu..maka itu satu pun kira cukup memadai dari berpinta-pinta pada keyakinan yang lain, banyak buat baik dan ajak orang buat baik, Allah takkan buang kita bahkan orang kafir buat baik Allah tambah kan pada mereka nikmat yang mereka tlah berikan.

hari ni doa-doa-doa dan terus doa, ambe tak kata berdoa tu salah. namun orang yang suruh doa slalu tu salah, dah nampakkan macam doa ni satu mantera, walhal doa hanya ikhtiar terakhir kita pada Tuhan setelah berusaha..Usaha tanpa doa kan satu pembohongan yang besar.
realiti hari ni, doa ntah apa dibaca ambe tak tahulah, samaada nak tadah tangan juga atau tidak, tapi demi melambangkan Syiar Islam..iyakan ajalah tok imam muda tu,
baca arab fasih dahsyat, tapi umat belakang saf ntah tahu ke tidak, wallahualam.. sedangkan kamu (imam) wakil umat dari saf sembahyang tadi minta dengan Tuhan.
Kalam doa kamu sendiri mewakili beratus umat yang datang hari tu..boleh sapu muka dengan slambe dek je pastu, langsung tak ada masaalah. oh ye, lupa..lepas solat "kamu-kamu dan aku-aku" tu dah jadi budaya kan?
kenal pun tidak,
sedangkan memahami maksud "Islam bersaudara" dah cukup mengerti bahawa Islam bukan berkawan sepertimana di kehidupan sosial kamu, atau ber-rakan seperti di kehidupan kerja kamu..saudara tu darah daging kita,
tapi hari ni..lapah daging saudara sendiri melalui amalan subur riba atau interest kita dah jadi amalan yang "relax la"...

kalau kenal apa "doa",
ia adalah ucapan baik dan permohonan terbaik pada sang khaliq,
dalam aplikasi tersebut dikehidupan harian sekalipun anda berdoa pada mereka dengan sekadar beri "salam" atau cakap "anda cantik"..sedangkan dalam kenyataan, awek setara Angelina Jolie pun maseh ada berlambak yang lagi cantik di Iceland, Itali atau Jepun sekalipun..kita yang cakap "anda cantik" tu sebenarnya adalah "doa" agar yang terima kata itu mengiakan kecantikkan yang dimana itu (zahir atau batin) semua datang dari Tuhan..ambe rasa tak layak orang atau makhluk lain dapat memberi makna "cantik" tersebut, walaupun kita berterima kasih dengan SK2 atau Maybelline atau Sendayu Tinggi kerana kecantikkan itu dizahirkan dengan jelas..kau sedar dulu muka macam tong sampah hari ni macam bik mama, dah lupa diri..
semua dengan Tuhan agar kamu kenal siapa kamu..itu je bottomlinenya.

dengan ini bermakna apa kita kata tadi adalah doa..semua adalah doa sebenarnya.. yang khusus dalam doa tadi adalah khusus atas fikir risau dengan kerja risau kita lakukan dengan mengikuti cara baginda Rasul(moga-moganya)...

sama seperti anda bersama awek anda, anda bermadah pujangga sekalipun..orang kata anda disampuk jin boyfriend kamu bela, tetap yang khusus, orang lain tak tahu apa anda cakap. tahu kata je.
namun ayat khusus itu jadi tanda tanya samaada awek tersebut terima atau tidak bahwa pakwe mu ni doakan banyak hal yang baik dan indah buat kamu. Syukur tak? bagi yang Syukur ok la..tak Syukur, tengok la apa kamu buat selepas itu. apa kamu yang tamak haloba atau berkadar belaka..

merindukan awek yang wangi tapi bermulut busuk, hakikatnya anda rindukan usaha terhadapnya.
yang wangi itu bahan lain, busuk tu bahan dalaman. nak beritahu mulut busuk ni kadang-kadang awek kuat sensitive, melenting..namun yang kadang pakwe bimbang adalah mulutnya yang busuk diketahui orang ramai, menjadikan ia kurang istimewa pada pandangan orang.."peduli apa orang?"
dalam hal ini peduli itu penting, sebab mungkin awek tu adalah jodoh, kita tak tahu..jika orang tahu 1 hal dari rumah kita nanti. itu mencerminkan peribadi lelaki tersebut, suami lah maksud ambe.
busuk tu masaalah. sampah atau bangkai berbau, itu kan busuk. salah disini adalah menganggu deria bau orang lain, walaupun dimana-mana ada bau busuk kerana dunia ni penuh dengan lumpur yang bergaul taik. apa kita nampak dan boleh perlihara sebahagian kecil tu jagalah..takkan nak jadi orang lain tu terbiar..tadi kata Islam, mestilah care for everything kata orang UK.

sementara rindukan awek yang wangi mulutnya, busuk bau minyak wanginya, hakikatnya kita rindukan kebersamaan.
orang ditahap ini adalah orang yang gila Cinta.
tak kata salah andai dari awal tahu Cinta itu cuma milik Tuhan, Kaseh milik yang kita pilih sementara Sayang pada semua dan Suka pada sesetengah perkara.
masaalahnya tempat Cinta atas nama Cinta sendiri kita dah silap. Cinta patut pada 1 je..macamana boleh dua?
bagi yang dah tersampuk sawan Cinta, mereka tak peduli dah apa orang kata..dia tahu dia yakin itu adalah Jodoh dia. itu sahaja.

buat masa ini, ambe berhenti dulu..
namun tiba-tiba ambe ter rindu awek yang berbau busuk ni. mulut atau minyak wangi digunakan..dua-dua..

ya, ambe ramai awek. salah? selingkuh? curang?
tanyakan kenapa nasib kamu malang kerana ada orang curang, mesti anda dah cuba curang pada satu-satu Cinta anda..
kalau situ pun anda kantoi. maka jangan marah ambe kerana ambe maseh "cakap saja" disini..agar beritahu pandangan ambe itu ini..bukan sepertimana dibayangkan selalu. ini jelas zahir dari pengalaman ambe.
dan ambe jadikan bahan bakar pada api kalam ambe.

awek-pakwe? ambe tak percaya..
Isteri..iya, ambe percaya,
tapi maseh belum ada.
macamana?

=P

KBD