Monday, June 27, 2011

Guru-Murid

Wassalam maka tutuplah segala cerita kita sebelum ini, dan setelah itu dan seterusnya nanti.
Oleh kerana penyebaran khabar pengetahuan kurang tahu ambe yang bakal dibentangkan kini,
dengan deruan angin Kuala Lumpur tengah hari garapan ini dibantu pena dan helaian yang rapi,
Hujan Batu mengiringi hari,
dan benarlah,
betapalah "Batu" kita dihari-hari sudah ini,
yang mendahagakan air "Hujan" turun kebumi, beribu-kali untuk menyucikan kembali perjalanan kita makhluk abadi, diatas karenah kelalaian kita kerana sibuk menjamu ke-intelektual-an kita, "Stim" sendiri masakini yang serba serbi maju, membuatkan tanah agak mual dengan kita, lantas menyimbahkan secedok air dari lautan hingga meragut ratusan ribu korban, keluarga, rakan-taulan, jiran dan sebagainya.

Dinamakan "Tsunami".. Sebagai laku mereka barangkali berpunca pada kita yang sengaja alpa dengan nasib orang lain. Bukan itu sahaja, bahkan adalah timbul dua tiga tompokkan taik yang hadir dari lafaz takziah para pemimpin yang kurang belajar menyebabkan tempat kita yang dinamai "Negara" pun menanggung malu. Itu semua terjadi, walau apapun bahas kita, nafi atau terangkan. Yang jelas tampak sudah jelas. Walhal mengikut logic, anda tak perlu berdebat atau melawan atau cuba membela pemimpin-pemimpin yang anda sendiri pun tak kenal siapa orangnya, dan pada hal sama, anda tak layak menetapkan hukum agama yang manapun agar keselesaan sesetengah dari anda terjamin.

Apa perlu dilakukan cuma, duduk, perhatikan dan belajar dari kejadian-kejadian kerana ia ada nilai tersendiri padanya, serta berubah-ubah cara olahannya ini kerana kita adalah Insan yang berakal belaka. Lantas inilah gunanya "Muzakarah"-Discussion-Brainstorming atau Meeting..Tampilkan isu dan curahkan pemahaman agar kita usahakan satu bentuk matlamat yang sama.."Apa bakal "kita" lakukan seterusnya?" bukan-lah beralih pada hal lain sebelum selesai dengan penyelesaian agar diusahakan. Itulah gunanya "Tashkil", kita bertanya Soal Siapa yang sedia lakukan dari hasil sesi Muzakarah tersebut?
Jikalau tiada bersedia, itu disabdakan Nabi, satu Majlis yang Sia-sia.

Kesah Guru dan Murid, ambe pernah ceritakan ia dari penulisan tidak langsung ambe yang sebelumnya,buat mereka yang pernah membaca, maka tahulah bahawa menjadi sa-orang guru syarat pertama itu adalah khas buat mereka yang sudah melalui nya terlebih dahulu, oleh kerana pengalaman itu dijadi bahan hadaman fikir yang dimengerti,difahami,dialami kemudian baharu kenal,
kedua perkaranya adalah ikhlas orangnya, untuk jadi ikhlas perlu kejujuran diri tertinggi, bukan ruang buat orang yang munafik dan penipu,
ketiga berfungsi sebagai dirinya yang menyampaikan keluasan..Biasanya hal bertentangan dengan diri, jikalau-lah kita adalah Perahu, maka Guru adalah sungainya maka kita akan faham bahawa untuk kesatu tujuan yang biasanya mengharungi berbagai Cabaran, Ujian dan Dugaan.

Kerja yang sukar andaikata hendak ke suatu tempat yang berlawanan arus.. Percanggahan pendapat adakala menimbulkan hal "Siapa lebih hebat" atau "Aku tahu lagi banyakkkkkkk dari kamu".. Pada hal ilmu kamu dan sesiapapun bukan untuk kamu agar diniagakan, ia untuk semua. Hanya penyampai perlu lihat siapa yang hendak disampaikan, bagaimana hemah bahasa digunakan dan sebagainya kerana tak semua menerima hal dalam cara yang sama, berlainan buatkan pemegang amanah ilmu ini "bijaksana"..Bijak-nya fikir jauh disana. Buat yang tidak pasti "mana"? Teruskanlah mengaji.

Dan usahlah penulisan ini disalahtafsir, menganggu market che gu tusyen atau penganjur bengkel itu ini. Jika anda rasa betul dengan cara itu, teruskan ajalah, ambe tak pertikaikan mana-manapun salah dan benar, ambe sekadar mengemukakan soal Ilmu, yang Allah taala belum pernah kedekut. Walaupun berkali-kali orang kafir terus kafir dan curang padaNya, Allah tetaplah Ya Rahman. Bahkan kemajuan dari segi Ilmu orang Barat yang jauh dari Timur kita buatkan kita tertanya pada rahasia-rahasia berilmu. Disebabkan kepandaian orang Kafir sohor sungguh dengan perubahan atas perubahan, persalinan demi persalinan, dari surat menyurat menggunakan medium burung Merpati hingga ke Corong kertas bertali, kemudian getaran wiring buatkan anda dapat bercakap dan mendengar suara dari gelombang getaran yang diciptakan-terhasilah Telephone- baik yang analog hingga ke digital masakini, "Iphone"!
Sebenarnya ia bukanlah rahasia,
Hanya mungkin pada kita, ia dah terlalu biasa..dan terlampau berjaga "status" Nama kononnya atau cepat tersentap, sampaikan terlupa akan hal pertama dalam belajar itu adalah BODOH.
Tak semua dan tak ramai dah amalkan benda ini dihari ini, mengaku Pandai tapi Bodoh banyak.

Dengan mengakui kesalahan pun dah melambak pidato kita, kita je betul. Orang lain salah. Tapi diri yang dirasakan betul tu pun tak mendatangkan perubahan buat orang lain, tak bermunafaat. Jadi apa fungsi adanya Ilmu andai tak diagih-berikan pada orang lain?

Buat pemahaman ambe, Ilmu datang sama seperti huruf atau kata-kata lain. Ia adalah tanggungjawab. Apabila anda berIlmu, anda perlu tahu guna pakainya, letaknya dimana, dan tanggung itu perlulah dijawab melalui amalan, perbuatan..Baharulah benar. Setakat "copy-paste" itu bukan Ilmu, itu maseh pengetahuan, yang anda tahu Merah itu Merah kerana dilihat itu Merah kerana orang beritahu warna ini Merah bukan Hijau. Namun apa punca Merah? dari mana asal usulnya Merah? kesan warna Merah? dan sebagainya jarang kita persoalkan dan carikan jawabnya..malah baharu disuku perjalanan "Tahu"..

Menjadi Bodoh sebenarnya tak rugi, tak merendahkan jika anda berhajat untuk berdiri tinggi melebihi yang lain agar balik mengadap yang Maha Tinggi. Soalan yang banyak selalunya buat kita sendiri lemas dengan persoalan sendiri. Kerana semuanya perlu dilaksanakan agar tahu, bukanlah setakat dengar boleh 100% kita tandakan "Sudah Tahu".

Ambe mungkin orang yang asing, sombong bagi sesetengah orang yang tahu wujud ambe dihidup mereka. Kerana ambe kurang berkenan dengan bertanya macam-macam tanpa kesediaan untuk mencari pengesahan. Ambe lurus bendul, adakalanya bila orang kata A itu adalah K sementara B itu adalah A. Namun disetiap diri kita, baik manapun kaedah kita menggunakan akal sendiri, pasti ingin tahu itu membuatkan anda mengulang-kaji sendiri melalui kehidupan yang tampak dimata . Dari situ kita tahu bahawa kelebihan berfikiran cara original itu buat anda adalah diri anda, dan anda berpendapat diatas pihak anda sendiri agar orang tahu "Nah, itulah aku"..
Maka inilah salah satu acara pembentukkan Keyakinan diatas keyakinan. Akhirnya anda yakin pada diri anda bahawa anda-lah yang mampu diatas segalanya yang anda cuba ingin buktikan.

Mungkin kita ndak salahkan Ego kerana terlalu Ananiah(Keakuan)..
tapi betul ke caranya begitu, salahkan yang dah ada, diatas PILIHAN sendiri agar anda tenang merasa betul selalu tanpa tolak ansur pada orang lain? Padahal mengalah itu kunci pada Kemenangan.

diatas nama: Guru dan Murid buat kita terkenang pada sekolah dahulu, rindu agar pulang kesana dan berada disuasana yang begitu, kita rindu kerana kita rindukan munafaat yang ada diwaktu itu, dimana kita diletakkan pada satu Shopping Complex yang besar untuk anda rebut apa adanya dan nikmatinya semua, kerana diwaktu sekolah ajalah anda tak perlu fikirkan apapun masaalah selain belajar dan beraktiviti apapun anda sukai.
Namun oleh kerana penyesalan diam membuatkan kita mungkin kuat kehendak untuk kembali ke alam persekolahan semula, anda ditempatkan disebuah Shopping Complex yang dalamnya serba lengkap kedai aneka macam dan yang paling menyukakan mungkin anda tak perlu guna duit untuk membeli bahkan anda disuruh ambil mana yang mahu. Tapi kita pilih untuk menghabiskan masa kita di Kedai Buku Kinokuniya atau MPH semata-mata, padahal buku adalah rujukkan. dan Ilmu bukan setakat yang berada dicatatan, ia dimana-mana..
selagi anda Bodoh,
andalah Murid yang berusaha disetiap pagi-petang-senja-malam untuk menuntut Ilmu dengan Guru, iaitu dirimu yang sebenar.
namun Maha bagi segala Guru adalah Tuhan. Jika betul lah anda Yakin, tiada kebetulan, dalam kehidupan.
Selamat Hari Guru Hai Khaidir Alaihissalam,
Selamat Hari Murid Hai Musa Alaihissalam..

KBD